Bola Sepak : Pusingan 16 UEFA Piala Liga Europa 2016/17

Saingan UEFA Piala Liga Europa 2016/17 atau UEFA Europa League 2016/17 telah memasuki pusingan 16 pasukan terbaik. 16 pasukan ini akan bersaing bagi merebut 8 slot pasukan ke suku akhir. 16 kelab tersebut terdiri daripada 3 kelab dari Belgium, 2 kelab masing-masing dari Jerman dan Russia serta masing-masing 1 kelab dari negara Sepanyol, England, Itali, Perancis, Belanda, Greece, Turki, Denmark dan Cyprus. Antara pasukan pilihan yang masih meneruskan cabaran ke Pusingan 16 Pasukan Terbaik ini adalah seperti pasukan Manchester United, AS Roma dan Schalke 04. Namun begitu, saingan pasukan lain juga pastinya sengit dan kejutan pasti berlaku seperti edisi-edisi lalu.  

Undian Pusingan 16 pasukan terbaik telah diadakan pada 24 Februari 2017 yang lalu. Perlawanan Pusingan Pertama dijadualkan berlangsung pada 9 Mac 2017 manakala Perlawanan Pusingan Kedua pula dijadualkan berlangsung pada 16 Mac 2017 akan datang. Bual Sukan percaya, Pengurus pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal bertemu pasukan lawan. Setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya akan dimanfaatkan sebaiknya oleh pasukan masing-masing. Berikut adalah undian Pusingan 16 UEFA Piala Liga Europa 2016/17 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Sevilla Juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16

Kelab Sepanyol, Sevilla FC berjaya muncul juara UEFA Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 apabila berjaya mengecewakan kelab Liga Perdana Inggeris, Liverpool dengan keputusan 3-1. Kejuaraan ini merupakan kejayaan buat kali ketiga berturut-turut untuk pasukan Sevilla FC setelah muncul juara kejohanan edisi 2013/14 dan 2014/15 yang lalu serta kejayaan kali keenam sepanjang sejarah kejohanan. Kejayaan pasukan Sevilla FC di bawah kendalian Pengurus Unai Emery ini menewaskan pasukan Liverpool di bawah kendalian Pengurus Jurgen Klopp ini melayakkan pasukan mereka ke saingan UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2016/17 selain akan merebut kejuaraan UEFA Piala Super Eropah 2016 akan datang menentang juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 sama ada pasukan Real Madrid ataupun Atletico Madrid. 

Kekalahan ini nyata amat mengecewakan pasukan Liverpool setelah sekadar menamatkan aksi Liga Perdana Inggeris 2015/16 di kedudukan ke 8 salain muncul naib juara Piala Liga Inggeris 2015/16. Pasukan Liverpool dilihat lebih mengusai perlawanan dengan mendahului hasil jaringan Daniel Sturridge pada minit ke 35. Namun tiga jaringan pada separuh masa kedua masing-masing oleh Kevin Gameiro (minit 46) serta 2 gol oleh Coke Andujar (minit 64 & 70) memusnahakan harapan serta impian pasukan Liverpool mengecap kejuaraan musim ini. Tahniah Bual Sukan ucapkan kepada pasukan Sevilla FC atas kejayaan merangkul kejuaraan musim ini. Pasukan Liverpool di bawah bimbingan Jurgen Klopp ini pastinya akan bangkit semula memberikan saingan terbaik dalam saingan domestik musim akan datang dengan membawa masuk pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan mereka.  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Previu Final UEFA Europa League 2015/2016: Liverpool v Sevilla

Awal pagi esok, Liverpool dan Sevilla memiliki talian hayat terakhir untuk ke pentas Eropah pada musim depan. Pemenang perlawanan ini akan kekal bersaing di Eropah. Yang kalah akan kempunan beraksi di Eropah.

Bagi Jurgen Klopp, malam ini adalah final kedua baginya bersama Liverpool dalam masa 7 bulan.

Menang perlawanan ini, nama Klopp akan sebaris dengan nama-nama pengurus Liverpool lain yang pernah membawa kejuaraan Eropah seperti Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan, Gerard Houllier dan Rafael Benitez.

Prestasi Semasa

Liverpool – S S M M K S

Sevilla – K K M K S M

Perkembangan Semasa Pasukan

Mamadou Sakho digantung perlawanan selepas isu gagal ujian doping. Besar kemungkinan Kolo Toure diberi kepercayaan oleh Klopp berbanding Skrtel untuk bergandingan dengan Dejan Lovren di pertahanan tengah.

Jordan Henderson pula pastinya berharap untuk dapat memainkan peranan, walaupun sedikit, dalam perlawanan ini menjelang EURO 2016.

Baru pulih daripada kecederaan yang dialaminya semasa suku akhir pertama menentang Borussia Dortmund, Henderson mungkin tidak akan bermula dalam kesebelasan utama.

Bagi kem Sevilla, pemain sayap Michael Krohn-Dehli pula baru-baru ini disahkan mengalami kecederaan lutut yang serius. Beliau akan menyertai Reyes di bilik rawatan.

Selain daripada itu, skuad Unai Emery tiada kecederaan atau penggantungan.

Senarai Kecederaan

Liverpool – Joe Gomez , Divock Origi , Danny Ings
Sevilla – Jose Antonio Reyes, Michael Krohn-Dehli

Pengantungan

Mamadou Sakho (Liverpool)

Senarai Berjaga Jaga

Henderson (Liverpool)

Fakta Perlawanan (Opta Stats)

1. Malam ini adalah pertemuan pertama antara Liverpool dan Sevilla.

2. Liverpool telah memenangi kedua-dua perlawanan akhir Eropah menentang lawan dari Sepanyol, menewaskan Real Madrid pada 1981 (Piala Eropah) dan Alaves di (UEFA Cup 2001).

3. Liverpool tidak pernah menjaringkan lebih daripada satu gol di luar Anfield dalam Europa League musim ini.

4. Liverpool mempunyai 11 penjaring berbeza dalam musim Liga Europa, lebih daripada mana-mana pasukan lain.

5. Dalam 10 final terakhir Europa League/UEFA Cup, hanya sekali pasukan yang menjaringkan gol pertama tidak menjulang trofi (Dnipro, menentang Sevilla pada tahun 2015).

6. Kelab dari Sepanyol telah menjuarai 7 daripada 12 edisi terakhir Europa League/UEFA Cup (Sevilla 4, Atlético Madrid 2, Valencia 1).

7. Sevilla telah memenangi 3 daripada 8 perlawanan Eropah menentang kelab England (kalah 2, seri 3), termasuk kemenangan 4-0 ke atas Middlesbrough semasa final UEFA Cup 2006.

8. Sevilla pernah bermain di St. Jakob Park pada awal kempen Europa League musim ini. Mereka seri 0-0 dengan Basel.

9. Kevin Gameiro telah menyumbang 7 gol dan 2 assists daripada 14 gol Sevilla dalam Europa League musim ini.

10. Emre Can telah merekodkan 34 bentesan tepat daripada 41 percubaan – menghasilkan ratio tertinggi dalam Europa League musim ini.

11. Klopp telah tewas 4 final terakhirnya:

  • Champions League 2013 dengan Borussia Dortmund (kalah 1-2 kepada Bayern Munich)
  • DFB-Pokal 2014 dengan Borussia Dortmund (kalah 0-2 dalam masa tambahan selepas terikat 0-0 kepada Bayern Munich)
  • DFB-Pokal 2015 dengan Borussia Dortmund (kalah 1-3 kepada Wolfsburg)
  • League Cup 2016 dengan Liverpool (kalah penentuan penalti 1-3 selepas terikat 1-1 kepada Manchester City).

Pemain Tumpuan

Roberto Firmino (Liverpool) – Pemain ini memiliki kemahiran teknikal dan kemampuan taktikal yang luar biasa. Memiliki kreativiti, skil, visi dan juga kemampuan meledak gol.

Kevin Gameiro (Sevilla) – Pemain ini adalah target man yang sangat berbisa di Europa musim ini. Menjaringkan 14 gol dalam 8 penampilan terakhir beliau setakat ini.

Previu Taktikal 

Corak Permainan Liverpool

  • Penguasaan bola (possession football)
  • Hantaran pendek
  • Serangan di bahagian tengah

Corak Permainan Sevilla

  • Serangan di bahagian tengah
  • Cuba melepaskan hantaran lintang (cross) sekerap mungkin
  • Lebih selesa bermain banyak di kawasan sendiri
  • Pemain berteknikal baik

Liverpool adalah pasukan yang sangat menggemari bolasepak menyerang dengan menguasai bahagian tengah.

Manakala Sevilla di bawah kendalian Unai Emery boleh dikira memiliki kekuatan teknikal yang mungkin lebih baik daripada Liverpool dalam berberap aspek.

Sevilla boleh dilabel sebagai ‘pakar’ Europa League apabila menjuarai 2 kejuaraan Europa League lepas secara berturut-turut.

Tekanan kedua-dua pasukan bukan sahaja untuk menjuarai Europa, malah untuk merebut kelayakan ke UEFA Champions League pada musim depan juga.

Potensi kesebelasan utama

Liverpool 
Mignolet, Clyne, Lovren, Toure, Moreno; Lallana, Can, Milner; Coutinho, Firmino, Sturridge

Sevilla
Soria, Mariano, Rami, Carrico, Tremoulinas; Krychowiak, N’Zonzi, Coke, Banega, Vitolo, Gameiro

Sebelum Sepak Mula

Liverpool adalah pasukan yang sangat menggemari bolasepak menyerang dengan menguasai bahagian tengah.

Manakala Sevilla di bawah kendalian Unai Emery boleh dikira memiliki kekuatan teknikal yang mungkin lebih baik daripada Liverpool dalam berberap aspek.

Sevilla dan Liverpool boleh dilabel sebagai ‘pakar final’ dalam kejuaraan Europa dengan kedua dua pasukan memenangi kesemua final Piala Europa (dahulunya UEFA Cup) dengan Sevilla (4) dan Liverpool (3).

Ini bermakna pasukan yang kalah pada awal pagi nanti akan merekodkan kekalahn final mereka yang pertama dalam Europa League.

Tekanan kedua dua pasukan bukan sahaja untuk menjuarai Europa, malah mahu menjadikan ia sebagai vice versa kepada kelayakan ke Liga Juara Juara musim hadapan. Ia adalah pertembunagn antara 2 pakar taktikal di Eropah.

Baca juga: Lallana: Klopp Mungkin Selalu Maki Saya Ketika Perlawanan, Tapi Beliau Buat Saya Dihargai

The post Previu Final UEFA Europa League 2015/2016: Liverpool v Sevilla appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bagaimana Llandudno FC, Pasukan Kecil Dari Wales Cari Dana Bermain UEFA Europa League

Bagi Llandudno FC – sebuah kelab kecil Liga Wales dari sebauh pekan yang hanya mempunyai populasi kurang 30,000 orang – pencapaian layak menyertai pusingan kelayakan UEFA Europa League sudah cukup hebat.

Llandudno FC layak selepas juara liga, The New Saints turut memenangi Welsh Cup.

Menurut peraturan Liga Wales, juara liga akan layak ke pusingan pertama kelayakan UEFA Champions League. Manakala naib juara liga akan memasuki pusingan pertama kelayakan UEFA Europa League.

Juara Welsh Cup pula akan memasuki pusingan pertama kelayakan UEFA Europa League.

Memandangkan The New Saints menjuarai liga dan Welsh Cup, slot pusingan pertama kelayakan UEFA Europa League menjadi milik Llandudno FC yang menamatkan musim di tangga ke-3 liga.

Llandudno FC 1

Bagaimanapun Llandudno FC mempunyai sedikit masalah sebelum dapat memulakan cabaran Eropah – mereka tiada duit.

Perlukan duit

Untuk menyertai UEFA Europa League, Llandudno FC memerlukan duit untuk membayar kos berikut:

  • tiket penerbangan pegawai pasukan ke Geneva, Switzerland untuk menghadiri upacara undian pasukan
  • pemeriksaan kesihatan pemain seperti yang disyaratkan UEFA
  • gaji staf bantuan tambahan untuk perlawanan home
  • kos penginapan hotel pemain dan pegawai pasukan pelawat

Llandudno FC menganggarkan mereka memerlukan sekurang-kurangnya £30,000 untuk menanggung kos di atas.

UEFA ada menghadiahkan £157,496 (RM914,116) kepada setiap pasukan yang menyertai Europa League seperti Llandudno FC. Tetapi wang tersebut hanya akan masuk ke dalam akaun pasukan pada bulan Disember ini.

Ini bermakna buat sementara waktu, Llandudno FC perlu meminjam dahulu duit atau mendapatkan penajaan untuk menanggung kos tersebut.

Pinjaman tanpa faedah dari majlis perbandaran

Mujurlah Majlis Perbandaran Conwy, kawasan mereka bernaung memahami kemelut kewangan mereka dan bersetuju untuk meminjamkan £30,000. Mereka juga membenarkan Llandudno FC membayar wang pinjaman tersebut tanpa faedah!

Sebagai balasan, Llandudno FC hanya perlu mencetak nama Majlis Perbandaran Conwy di jersi kedua mereka.

1496724_485263355008041_8887441260754557196_n

Bagi Majlis Perbandaran Conwy, pertolongan tersebut adalah cara mereka untuk mempromosikan bandar Llandundo yang terletak di tepi laut sebagai destinasi pelancongan.

Kami melihat hubungan simbiosis antara majlis perbandaran dengan pasukan bola sepak sebagai sesuatu yang boleh dicontohi oleh dua finalis Liga Bola Sepak Rakyat – Kuching dan Padang Besar yang ditawarkan tempat beraksi dalam Piala FAM 2017 nanti.

Selamat berjaya Llandundo FC, Kuching dan Padang Besar!

Baca juga: Fed Up Kalah, Penyokong Berusia 55 Tahun Hantar Surat Permohonan Jadi Pemain

The post Bagaimana Llandudno FC, Pasukan Kecil Dari Wales Cari Dana Bermain UEFA Europa League appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Perlawanan Akhir UEFA Piala Liga Europa 2015/16

Saingan merebut kejuaraan UEFA Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 akan menuju ke kemuncak saingan apabila pasukan juara bertahan dua tahun berturut-turut Sevilla dari Sepanyol akan menentang kelab England iaitu Liverpool. Perlawanan akhir dijadualkan berlangsung pada 18 Mei 2016 di Stadium St. Jacob Park, Basel, Switzerland. Pasukan Sevilla di bawah kendalian Pengurus Unai Emery pastinya berazam memburu kejuaraan buat kali kelima manakala pasukan Liverpool yang semakin meningkat di bawah kendalian Pengurus Jerman, Jurgen Klopp pastinya memburu kejuaraan buat kali keempat sepanjang sejarah kejohanan.

Kedua-dua pasukan ini pastinya mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing untuk muncul juara edisi kali ini. Pasukan yang muncul juara akan beraksi dalam UEFA Piala Super 2016 atau UEFA Super Cup 2016 menentang juara UEFA Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 atau UEFA Champions League 2015/16. Bual Sukan menjangkakan peminat kedua-dua pasukan bakal disajikan dengan aksi perlawanan akhir yang mendebarkan dan tidak mustahil ianya akan berakhir dengan keputusan yang dramatik. Kedua-dua pengurus pastinya akan menurunkan kesebelasan terbaik masing-masing selain merancang taktikal, strategi serta formasi tersusun bagi memastikan pasukan mereka berjaya merangkul kejuaraan kali ini. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang menjaringkan gol selain disiplin pertahanan yang mantap mampu menjulang gelaran UEFA Piala Liga Europa 2015/16 akan datang.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Separuh Akhir UEFA Piala Liga Europa 2015/16

UEFA Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League telah memasuki pusingan separuh akhir dengan tinggal 4 pasukan yang meneruskan saingan merebut 2 tiket ke perlawanan akhir di Basel, Switzerland akan datang. Juara bertahan dua tahun berturut-turut, Sevilla dari Sepanyol adalah antara 4 pasukan yang berjaya ke pusingan separuh akhir. 3 lagi pasukan lain ialah Villarreal (Sepanyol), Liverpool (England) dan Shakhtar Donetsk (Ukraine). Keempat-empat pasukan ini mempunyai kekuatan serta kelebihan masing-masing di mana pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol serta mampu mengekang asakan lawan mempunyai kelebihan untuk melangkah ke perlawanan akhir akan datang.

Bual Sukan percaya, pasukan yang menjadi tuan rumah pastinya akan menggunakan kelebihan tersebut membawa jaringan selesa dalam perlawanan di gelanggang lawan. Manakala pasukan lawan juga pastinya akan memberikan saingan sengit kepada pasukan yang beraksi di gelanggang sendiri. Perlawanan Separuh Akhir Pertama dijadualkan berlangsung pada 28 April 2016 manakala Separuh Akhir Kedua pula dijadualkan berlangsung pada 5 Mei 2016 akan datang. Berikut adalah undian Separuh Akhir UEFA PIala Liga Europa 2015/16 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Pusingan 32 Piala Liga Europa 2015/16

Saingan peringkat kumpulan Piala Liga Europa 2015/16 atau UEFA Europa League 2015/16 telah pun berakhir dengan 24 pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan bersama-sama dengan 8 pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 akan bersaing dalam pusingan 32 pasukan terbaik. Saingan Pusingan 32 ini akan berlangsung secara timbal balas pada 18 Februari 2016 untuk Pusingan Pertama manakala Pusingan Kedua akan berlangsung pada 25 Februari 2016. 32 pasukan ini bakal merebut 16 tempat ke saingan Pusingan 16 Pasukan akan datang.

Saingan Pusingan 32 ini pastinya menarik dengan setiap pasukan pastinya akan mempamerkan permainan terbaik serta mencari bekalan gol yang selesa untuk mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Bual Sukan percaya, kejutan pasti berlaku dengan kelab-kelab kecil pastinya akan memberikan saingan terbaik kepada kelab-kelab yang lebih besar dalam saingan kali ini. Berikut adalah Undian Pusingan 32 Pasukan saingan Piala Liga Europa 2015/16 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa