Anugerah Faiz Subri, Cadangan Yang Hanya Impian

Kami sekali lagi merakamkan jutaan tahniah kepada Faiz Subri di atas kejayaan beliau merangkul Anugerah Puskas 2016.

Selepas memenangi Anugerah Puskas 2016, kami terus terfikir akan idea untuk menamakan Anugerah Faiz Subri dalam Anugerah bola sepak kebangsaan.

Ia adalah simbolik kepada kejayaan orang Malaysia dan juga orang Asia pertama yang memenangi Anugerah Puskas ini. Alangkah bagus kalau ada simbolik ini dibawa dan dijenamakan di dalam anugerah bola sepak di negara kita.

Ini bukanlah kenyataan untuk terlalu menjulang Faiz Subri. Sebaliknya ia lebih kepada penjenamaan sesuatu kepada satu peristiwa penting.

Kami berbincang dengan wakil PFAM tentang potensi anugerah ini. Untuk pengetahuan semua, PFAM adalah badan yang bertanngungjawab untuk Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Malaysia.

Anugerah jaringan tercantik bulanan mahupun tahunan adalah tidak wujud buat masa ini. Jadi kami terus mencadangkan agar ia diwujudkan.

Mereka menjelaskan, halangan terbesar adalah kesamarataan dan keadilan berdasarkan prinsip fair-play. Adakah adil untuk hanya pemain yang ada siaran langsung sahaja yang akan dicalonkan dalam anugerah ini?

Bagaimana dengan perlawanan yang tidak ada siaran langsung? Bagaimana dengan liga lain seperti Liga Premier dan Liga FAM?

Kami cuba mencadangkan idea, kita hanya menerima pencalonan yang dihantar sama ada ia footage dari siaran langsung ataupun rakaman daripada kamera amatur dalam perlawanan.

Isu lain akan muncul adalah hak penyiaran. Badan yang memenangi hak penyiaran sudah pasti tidak membenarkan rakaman dari footage lain berbentuk video perlawanan.

Isu ini mungkin hanya dapat direalisasikan jika setiap perlawanan ada rakaman penuh ataupun highlight, sama ada siaran langsung ataupun tidak.

Maksudnya di sini, badan yang mendapat hak penyiaran menyediakan laporan perlawanan yang tidak disiarkan secara langsung di arkib laporan perlawanan mereka.

Jadi, buat masa ini Anugerah Faiz Subri hanyalah impian semua namun realitinya masih terlalu banyak halangan.

Selamat kembali ke tanah air Faiz Subri!

Baca juga: Demi Selamatkan Bola Sepak Selangor, Jamal Yunos Tawar Diri Jadi Presiden FAS

The post Anugerah Faiz Subri, Cadangan Yang Hanya Impian appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Syabas, Mohd Faiz Subri!

10 Januari 2017 (Selasa)

Alhamdulillah. Seperti yang dijangka, Mohd Faiz Sabri telah memenuhi harapan orang ramai terutamanya seluruh rakyat Malaysia apabila dinobatkan sebagai pemenang anugerah jaringan gol terbaik (FIFA Puskas Award) dalam majlis The Best FIFA Football Awards 2016 di Zurich, Switzerland.

Bola tendangan Faiz Subri yang melencong “mencabar hukum fizik”.

Selepas melepasi peringkat saringan, sepakan percuma jarak jauh pemain Pulau Pinang (Penang FA) ini dalam perlawanan Liga-M (Liga Super Malaysia) akhirnya telah menewaskan dua pencabar terdekat iaitu sepakan gunting Marlone dari Brazil untuk pasukannya Corinthians dan gol hasil gelecekan solo Daniuska Rodriguez untuk Venezuela dalam Kejohanan Sudamericano Bawah-17 Wanita.

Terima kasih dan tahniah kepada Mohd Faiz Subri sekeluarga di atas kemenangan yang amat bersejarah serta cukup membanggakan memandangkan pencapaian ini juga merupakan kejayaan sulung bagi seorang wakil dari benua Asia untuk anugerah tersebut. Tidak lupa juga, kredit harus diberikan kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana dalam banyak-banyak perkara, ini adalah salah satu perkara yang dilakukan dengan sangat baik oleh mereka apabila membuat keputusan untuk menghantar video jaringan Mohd Faiz Subri ini kepada pihak FIFA.

Selain itu, adalah menjadi harapan besar agar Mohd (pronounced as “Muhammad”) Faiz Subri akan dipertimbangkan untuk diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan Harimau Malaya (Harimau Malaysia) dengan sewajarnya pula selepas ini, inshaaAllah.

duniabolasepak.blogspot.my

Selepas ini, Faiz Subri untuk Malaysia.

#bravoFaizSubri   #MalaysiaBoleh   #MainBolaTutupAurat

DUNIA BOLA SEPAK

Teori Fizik Di Sebalik Sepakan Percuma Faiz Subri

“Naw, I’m pretty sure he is a wizard”

“We found the last airbender”

“That’s the best free kick I’ve ever seen”

Ini adalah antara komen peminat bola sepak antarabangsa di forum Reddit selepas melihat gol sepakan percuma Faiz Subri ketika menentang Pahang FC dalam Liga Super 2016.

Ramai peminat bola sepak menyamakannya dengan gol sepakan percuma Roberto Carlos ketika Brazil menentang Perancis dalam perlawanan persahabatan pada 1997.

Ada juga yang menyamakannya dengan gol Papiss Cisse ketika Newcastle United menewaskan Chelsea 2-0 dalam perlawanan Premier League musim 2012/2013. Teknik yang sama, tetapi gol Faiz Subri lebih sukar kerana beliau menyepaknya ketika bola sedang statik.

Teknik yang sukar

Ada sebab mengapa sehingga kini gol sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997 tersebut masih disebut-sebut sebagai calon sepakan percuma terbaik di dunia. Ini kerana ianya sukar, istimewa – oleh itu, ianya jarang berlaku.

Andrea Pirlo pernah cuba melakukannya ketika Itali menang 2-1 ke atas England semasa Piala Dunia 2014, tetapi gagal. Sepakannya hanya singgah ke palang ketika Joe Hart tak mampu berbuat apa-apa.

Jadi apabila Faiz Subri berjaya melakukannya, tidak hairanlah komuniti peminat bola sepak di Internet menjadi gila.

Kerana gol tersebut, nama Faiz Subri, Pulau Pinang dan Malaysia menjadi terkenal. Mulai sekarang, peminat bola sepak dunia akan menyebut 3 nama ini setiap kali topik sepakan percuma terbaik di dunia muncul.

Melanggar hukum fizik

“I think that guy broke physics”

Ini adalah satu lagi komen peminat bola sepak di Reddit mengenai gol Faiz Subri. Ia mencadangkan gol tersebut sangat mustahil, unik dan pelik; seolah-olah melanggar hukum fizik.

Tetapi mengikut kajian ahli-ahli fizik Perancis dari Ecole Polytechnique di Paris, gol Faiz Subri dan Roberto Carlos sebenarnya boleh dijelaskan mengikut hukum fizik.

Malah Isaac Newton sudah mengesan fenomena ini seawal tahun 1672 selepas bermain tenis. Heinrich Gustav Magnus pula melengkapkan penjelasan fenomena ini pada 1852; dan memanggilnya ‘Magnus effect’.

Bagaimana Faiz Subri menjaringkan gol ‘mustahil’

Mengikut Hukum Newton Pertama, sesuatu objek akan kekal bergerak dalam haluan dan halaju yang sama sehinggalah ada daya yang bertindak ke atas objek tersebut.

Apabila Faiz Subri menyepak bola tersebut, beliau memberikan haluan dan halaju kepada bola tersebut. Tetapi tiada daya yang bertindak ke atas bola tersebut.

Jadi mengapa bola tersebut melencong?

Bola tersebut melencong kerana Faiz Subri memberikan putaran (spin) kepada bola tersebut. Dengan menyepak di bahagian bawah kiri bola, bola tersebut akan melayang ke atas sambil berputar pada paksinya.

Putaran inilah yang menyebabkan bola ini melencong. Fenomena ini dipanggil Magnus effect.

Bagaimana lencongan bola Faiz Subri boleh menjadi extreme seperti Roberto Carlos?

Berdasarkan kertas kajian ahli-ahli fizik Perancis tersebut (yang boleh dibaca di New Journal of Physics), bola yang disepak oleh Faiz Subri mempamerkan lencongan extreme kerana ia mengikut ‘trajektori seperti cengkerang siput’ atau spiral.

Dengan menggunakan gol sepakan percuma Roberto Carlos pada 1997 sebagai contoh, ahli-ahli fizik Perancis tersebut mendedahkan inilah trajektori sebenar bola yang disepak Carlos jika faktor graviti tidak diambil kira:

Sumber: BBC
Sumber: BBC

roberto carlos FK

Menurut kertas kajian tersebut, pada jarak 35 meter, sudut relatif kepada pintu gol sebanyak 12 darjah, dan kelajuan 38m/s:

(a) bola tersebut akan tersasar 4 meter dari pintu gol jika tiada spin

(b) bola tersebut akan tersasar 1 meter dari pintu gol jika ia mengikut trajektori bulat

(c) bola tersebut akan masuk ke pintu gol jika ia mengikut trajektori cengkerang siput (spiral)

roberto carlos FK2

Kesimpulan

Jika dilihat dari segi teori fizik, sepakan percuma Faiz Subri boleh diulang dan dicipta semula.

Tetapi dari segi praktikal, ianya sukar. Mengapa?

Ini kerana untuk menguasai sepakan percuma seperti ini, anda perlu mengawal tiga pemboleh ubah (variables):

  • sudut relatif kepada pintu gol,
  • kelajuan bola dan
  • kawasan bola disepak.

3 pembolehubah ini pula perlu disesuaikan mengikut jarak sepakan percuma tersebut dengan pintu gol.

Dalam bahasa pasarnya, ya. Ia sukar untuk diulang. Tetapi seperti yang kita tahu dalam bola sepak, semuanya tak mustahil.

Baca juga: Inilah Apa Yang Jepun Pelajari Selepas Membandingkan Kualiti Pemain Bola Sepak 15 Negara

The post Teori Fizik Di Sebalik Sepakan Percuma Faiz Subri appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: