Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos?

Jualan jersi pemain berjuta-juta boleh membantu pembelian pemain yang baru atau menampung kos operasi yang lain? Adakah ia fakta atau mitos.

Persoalan ini sebenarnya sudah dijawab oleh Jake Cohen, penulis bola sepak terkemuka dari The Gaurdian.

Ketika Manchester United mengumumkan pembelian Paul Pogba dengan nilai £89 juta, Zlatan Ibrahimovic mengeluarkan kenyataan:

“Tidak mengapa, jualan baju saya sahaja sudah cukup untuk membawa Pogba kembali.”

Ia membuatkan ramai penyokong bola sepak di seluruh dunia percaya akan kenyataan tersebut.

Sebenarnya, Ibrahimovic tidak senaif itu untuk tidak memahami proses dan angka melibatkan hal ini. Ia kenyataan yang mungkin atas dasar berseloroh.

Ia sekadar mitos

Masih belum ada kelab profesional di Eropah yang mendapatkan hasil jualan jersi secara langsung.

Adidas, Nike, Puma dan pembekal kit lain biasanya akan mendapat 85-90% daripada hasil jualan jersi ini.

Bahkan pemain itu sendiri mendapat lebih daripada kelab untuk hak imej jersi dengan nama mereka.

Walaupun ada beberapa kelab kelab seperti Bayern Munich yang ada pemilikan lesen khas oleh Adidas juga tidak mendapat peratusan yang besar.

Bezanya, mereka mendapat pendapatan lebih sedikit dan Adidas menyediakan rekaan khas yang lebih istimewa untuk mereka setiap musim.

Berapa sebenarnya United dapat?

Manchester United mendapat kontrak tajaan kit selama 10 tahun dengan Adidas bernilai £ 750 juta.

Ianya salah satu penajaan kit terbesar dalam sejarah bola sepak dan EPL setakat ini.

Walau bagaimanapun,  secara prinsipal Adidas membayar Manchester United £ 75 juta setahun.

Manchester United adalah alat pemasaran Adidas untuk memperagakan produk mereka. Hak ke atas segala macam nilai jersi adalah milik Adidas.

Nilai perjanjian yang besar ini kerana United adalah kelab yang paing popular di dunia.

Adidas juga menafikan mereka ada membayar dana tambahan untuk membawa Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic.

Ia hanya cerita rekaan. Bahkan baru-baru ini Manchester United sendiri mengumumkan pemain-pemain mereka akan dipotong gaji sekiranya gagal ke UCL.

Ini kerana kelab tidak berhak mendapatakan bonus dari Adidas untuk mana-mana musim mereka gagal ke UCL.

Kelab bola sepak adalah kelab bola sepak

“Jake Cohen turut menggariskan, kelab bola sepak tidak ada kaitan dengan urusan jersi. Mereka hanya beroperasi sebagai pasukan bola sepak.”

Kelab bola sepak tidak ada kepakaran setanding pengeluar barangan sukan dalam soal infrastruktur yang diperlukan untuk mengeluar dan mengedarkan berjuta-juta kit.

Ini termasuk mengendalikan dan menjalankan urusan kedai serta di dalam talian. Isu logistik dan outsource kepada pihak ketiga. Ianya bidang dengan kepakaran yang berbeza dengan pengendalian kelab bola sepak.

Manchester United dan Adidas mengumumkan kerjasama pada Julai 2014, di mana perjanjuan itu diterangkan, dengan jelas atas pakej pelesenan.

Ketua Pegawai Eksekutif Adidas Herbert Hainer menyatakan mereka ‘menang’ bidaan hak penajaan. Beliau berkata:

“Kerjasama ini adalah peristiwa penting untuk kami kerana potensi merchandising yang tinggi.”

“Kami menjangkakan jumlah jualan mencecah £ 1.5billion sepanjang perkongsian kami.

£50 juta jualan jersi Zlatan?

Kenyataan bahawa jualan jersi Zlatan Ibrahimovic adalah sekitar £50mjuta itu agak mengarut dan tidak realistik.

Ada yang menganggap ia sudah lebih dari cukup untuk ‘cover’ gaji beliau yang tinggi.

Jika angka itu benar sekalipun, kenyataan mengaitkan jualan jersi dengan pembayaran gaji pemain adalah imaginasi dan mitos semata-mata.

Manchester United sendiri tidak secara automatik menerima 10-15%, iaitu angka standard industri ini dalam pembayaran royalti

Namun fakta yang jelas adalah  bayaran £75 juta bayaran tahunan adalah begitu besar untuk United dan mereka cuma perlu menambah £14 juta sahaja lagi untuk Paul Pogba.

Anggaran Jake Cohen

Musim 2015/16 kurang tiga juta baju Manchester United telah dijual. Secara andaian, jersi Ibrahimovic membantu menjual tambahan 300,000 unit jualan jersi.

Mana orang akan beli, jersi Smalling, Fellaini atau Ibrahimovic? Sudah pastinya ramai memilih Ibrahimovic.

Peningkatan 10% adalah unjuran yang optimistik memandangkan Ibrahimovic adalah atlet Nike dan tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti promosi Adidas sendiri.

Perjanjian hak imej Adias dan United menggunakan Ibrahimovic secara tidak langsung ketika beliau mengenakan jersi United ketika perlawanan.

Selebih itu, Ibrahimovic tidak mungkin akan memberikan sokongan peribadi kepada Adidas.

Mari kita membuat anggaran royalti jersi United sekiranya mereka berjaya menjual tiga juta jersi dan menerima royalti 15% (angka maksimum dalam standard bayaran royalti).

Andaian harga 1 unit jersi adalah £70. Ia hanya menjadi £21 juta tambahan dalam jualan kasar. Jadi, United mendapat royalti £3 juta daripada angka £21 juta.

Sekarang, £3 juta ini bukan satu jumlah yang kecil. Ia bukan milik kelab 100%. Kelab mungkin akan menerima sekitar 20% daripada royalti jersi Ibrahimovic.

Ianya selepas dibayar atas hak imej Ibrahimovic, gaji tambahan atas jualan jersi, yuran ejen, bonus khas, dan lain-lain yang termaktub di dalam kontrak.

Jadi, kenyataan yang menyatakan United memperoleh dana tambahan £50 juta adalah sangat tidak munasabah.

Yang pasti Adidas dilaporkan menjana pendapatan yang sangat luar biasa menrusi perjanjian dengan Manchester United.

Rumusan

Diharap penjelasan ini dapat membantu ramai pembaca di luar sana memahami tentang industri ini secara asas.

Artikel ini ditulis oleh Jake Cohen pada Ogos 2016 yang berjudul Shirt sales alone do not pay for a superstar’s transfer fee.

Untuk kelab seperti United, agak sukar angka royalti jersi seorang pemain untuk membeli pemain di pasaran perpindahan.

Baca juga: Gaji Pogba Dan Zlatan Akan Dipotong Jika Gagal Bantu United Ke UCL?

The post Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

10 Fakta Bola Sepak Yang Pelik Tetapi Benar

Terdapat banyak fakta bola sepak yang kita dengar seperti benar tetapi hakikatnya tidak betul.

Jom kita lihat 10 fakta bola sepak yang betul tapi bunyinya seperti tipu saja.

Penjara Signal Iduna Park

Tak akan dalam stadium pun ada penjara?

Ia benar dan ‘penjara tersebut di Signal Iduna Park di Jerman. Ianya diwujudkan bagi penyokong-penyokong yang ada cubaan untuk mabuk di stadium.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa bir masih dijual sedangkan ada peraturan jelas dilarang mabuk di stadium bukan?

Hal ini kerana bir tidak dijual oleh mana-mana penyokong dengan kuantiti yang banyak. Serta barangkali ada had bagi penyokong yang ingin menambah kuantiti bir mereka.

Sir Alex Ferguson Way

Terdapat sebuah jalan berdekatan dengan Old Trafford di Manchester yang diberi nama ‘Sir Alex Ferguson Way’.

Ia diberikan sebagai mengenai jasa yang dilakukan oleh pengurus terhebat Manchester United itu.

Queen Control

Isteri kepada pemain Manchester City Vincent Kompany, Carla Higgs Kompany mempunyai satu hukuman pelik akan diberikan kepada Kompany jika beliau gagal memimpin kemenangan buat pasukan Manchester City.

Carla akan menghukum suaminya dengan tidur di luar rumah jika suami dan pasukannya tewas dalam perlawanan malam itu!

Mafia

Penyerang Schalke 04, Klaas Jan Huntelaar berkata dalam satu temuramah bersama media Bundesliga:

“Jika saya tak jadi pemain bola sepak, saya nak jadi mafia!”

Sirih Naik Junjungan Patah

Internazionale kembali menjadi juara Eropah selepas memenangi perlawanan akhir UEFA Champions League pada tahun 2010.

Ketika semua pemain Internazionale meraikan kejayaan tersebut, kapten Javier Zanetti mempunyai perasaan bercampur baur ketika itu.

Hal ini kerana beliau gembira kerana pasukannya muncul juara, namun berduka kerana ibunya meninggal dunia ketika itu.

Nota tambahan: Sirih naik junjungan patah merupakan peribahasa Melayu bermaksud “baru hendak bersenang-lenang, ditimpa pula dugaan baharu.”

Dari penjaga gol ke penyerang

Sejak kecil, Fernando Torres bermain sebagai penjaga gol.

Namun dek kerana gemar akan watak animasi Captain Tsubasa, beliau sering menjadi penyerang ketika bermain bola sepak dalam dewan.

Keputusannya itu nyata berbaloi, beliau menjadi penyerang yang cukup tajam ketika kemuncak prestasinya.

Liga terkecil di dunia?

Pernah tak anda terfikir liga bola sepak mana yang terkecil di dunia ini? Adakah ianya di Singapura atau Brunei?

Jawapannya adalah Liga Scilly. Di liga tersebut hanya terdapat 2 pasukan sahaja yang bertanding iaitu Woolpack Wanderes dan juga Garrison Gunners.

Liga tersebut dilangsungkan dengan format kedua-dua pasukan ini akan bermain sebanyak 17 kali untuk mencari juara.

Vodafone Arena

Ciri menarik yang ada pada stadium Besiktas ini adalah di setiap tempat duduk penonton akan dilengkapi dengan skrin kecil.

Ia memudahkan setiap penonton untuk menonton ulang tayang ketika perlawanan berlangsung.

Nazi & Schalke 04

Pemimpin Nazi Adolf Hilter juga merupakan seorang peminat bola sepak. Dan pasukan yang beliau sokong adalah Schalke 04.

Ketika era pemerintahannya, Schalke 04 memenangi 22 kejuaraan di Jerman.

Pembuat piala UEFA seorang peminat Internazionale

Tahukah anda? Pereka trofi piala bagi pertandingan kelolaan UEFA dihasilkan oleh seorang peminat Internazionale.

Guerrino Giorgi cukup gembira kerana beliau dipilih sebagai orang yang mereka bentuk trofi tersebut. Hal ini kerana beliau rasakan dirinya seolah memberikan hadiah kepada Internazionale sekiranya mereka menjuarai piala Eropah.

Note editor: Artikel ini dihasilkan oleh Sufi Zulkarnain yang merupakan peminat setia Heart of Midlothian. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke semuanyabola@gmail.com.

Baca juga: Derbi Barat Laut, Perseteruan Titanic Dalam Bola Sepak Dunia.

The post 10 Fakta Bola Sepak Yang Pelik Tetapi Benar appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

8 Fakta Bola Sepak Yang Anda Dengar Seperti Betul Tetapi Sebenarnya Tipu

Kita sering mendengar pelbagai cerita dari dunia bola sepak. Ada yang sebenarnya kedengaran seperti palsu tetapi hakikatnya benar.

Malah ada juga yang cerita yang selama ini kita dengar dan kita sangka ianya cerita betul tetapi sebenarnya tidak!

Oleh itu, kami tampilkan kepada anda 8 cerita bola sepak yang anda dengar selama ini betul tetapi sebenarnya adalah tahyul semata-mata.

8. ‘Soccer’ adalah terma Amerika Syarikat

Sering kita dimomokkan dengan stigma soccer adalah perkataan dari Amerika Syarikat.

Sebenarnya tidak. Perkataan soccer berasal dari Britain yang merujuk kepada nama singkatan bagi association berfungsi sebagai pemisah bagi nama sukan bola sepak dan ragbi.

Soccer digunakan secara meluas pada kurun ke-19 di Britain. Namun apabila tiba era 1900-an, perkataan Football mula diangkat sebagai panggilan kepada bola sepak di Britain.

Rakyat Amerika Syarikat kemudiannya mengambil perkataan soccer sebagai nama untuk bola sepak dan ia digunakan secara meluas di sana.

Harus diingat, perkataan soccer juga digunakan secara meluas di negara seperti Australia juga!

140626-1

7. Penguasaan bola menjamin kemenangan 

Kita selalu berfikir terutamanya ketika era penguasaan Barcelona yang jika kita mempunyai penguasaan bola yang tinggi, kita pasti akan menang.

Hakikatnya tidak. Memperoleh penguasaan bola yang tinggi mungkin mampu memberikan anda peluang yang besar untuk memenangi perlawanan, tetapi ia tidak akan memberikan jaminan 100% kepada anda.

Sebagai contoh, Leicester City menjadi juara Premier League dengan hanya purata penguasaan bola sebanyak 42% sahaja serta peratusan hantaran tepat sebanyak 70% sahaja yang merupakan antara yang terendah di Premier League musim lalu.

Selain itu, Celtic juga memenangi perlawanan menentang Barcelona dengan penguasaan bola sebanyak 11% sahaja!

Hari ini 4 tahun yang lalu, Celtic menyambut ulang tahun ke-125 mereka dengan kemenangan ini. 🍀🍀 #Ayuh #SemuanyaBOLA #UCL #HailHail

A photo posted by Semuanya BOLA (@semuanyabolaofficial) on Nov 7, 2016 at 11:36pm PST

Jadi, penguasaan bola tidak menjamin kemenangan. Tetapi bagaimana anda menggunakan bola itu yang akan menentu kemenangan.

6. Serie A adalah liga membosankan

Kata-kata ini sering diluahkan oleh para peminat Premier League lazimnya. Bagi mereka, Serie A adalah liga yang membosankan kerana kerap terjadi perlawanan yang seri 0-0.

derby-panas-internazionale-vs

Sebaliknya, Serie A adalah liga yang paling menghiburkan untuk ditonton. Hal ini kerana Serie A merupakan liga paling banyak gol dijaringkan diantara 5 liga utama Eropah musim lalu:

  1. Serie A – 979 gol
  2. La Liga – 968 gol
  3. Ligue 1 – 960 gol
  4. Premier League – 956 gol
  5. Bundesliga – 900 gol

Jadi sekarang, siapa kata Serie A membosankan?

5. India menolak tawaran bermain di Piala Dunia

Sejak dahulu kita selalu dengar cerita mengenai India yang menolak pelawaan untuk beraksi di Piala Dunia 1950 kerana FIFA menghalang mereka beraksi dengan kaki ayam.

Ia adalah auta semata-mata, India menolak untuk bermain di Piala Dunia 1950 adalah kerana mereka ingin menumpukan tumpuan mereka kepada Sukan Asia dan juga Sukan Olimpik 1956.

india-cycle-sporting-3-asianga

Hasil dari itu, India berjaya memperoleh pingat emas di Sukan Asia serta berjaya menamatkan saingan lebih tinggi daripada Great Britain dan Australia dalam pungutan pingat di Sukan Olimpik 1956.

4. Pep Guardiola kalis pemain muda

Pep Guardiola sering terkait dengan reputasi gemar memiliki skuad yang terdiri daripada himpunan pemain bintang.

Namun begitu stigma itu tidaklah begitu tepat. Berbalik kepada kali pertama beliau mengambil alih tugas sebagai pengurus Barcelona menggantikan Frank Rijkaard, ketika itu skuad Barcelona terdiri daripada pemain bintang seperti Ronaldhino dan Deco.

Guardiola melepaskan Ronaldhino dan Deco lantas membeli Dani Alves dari Sevilla dan Gerard Pique dari Manchester United.

Dalam masa yang sama, Guardiola menjadikan Sergio Busquets antara muka tetap kesebelasan utama Barcelona ketika umur beliau 20 tahun serta menjadikan Lionel Messi antara pemain false nine terbaik di dunia.

Mana tidaknya, Guardiola berjaya menjadikan jumlah jaringan Messi daripada 18 gol kepada 38 gol di musim seterusnya!

messi-guardiola-1

3. Ryan Giggs bermain untuk England

Pernah terjadi satu kisah dimana Ryan Giggs sebenarnya boleh bermain untuk England.

Hal ini kerana ketika masih bergelar pelajar, Giggs pernah mewakili England ketika peringkat sekolah. Walaupun Giggs seorang warganegara Wales, Giggs boleh mewakili England walaupun kerana beliau tinggal di Manchester.

Peminat England mula merasakan Giggs patut bermain untuk England di peringkat senior kerana itu. Namun begitu apa yang dilakukan Giggs adalah perkara normal di Britain.

img-1

Pemain dari Scotland atau Ireland Utara yang tinggal di England juga pernah mewakili England di peringkat sekolah. Ketika peringkat remaja dan senior, mereka memilih untuk mewakili negara asal mereka.

Giggs akhirnya memilih untuk mewakili skuad B-18 tahun Wales dan kemudiannya skuad senior Wales.

2. Bentesan Roy Keane

Siapa tak kenal dengan Roy Keane? Seorang lagenda Manchester United dan pemain yang cukup keras di atas padang.

Pernah terjadi satu insiden dimana Keane melakukan bentesan terhadap pemain Manchester City, Alf Inge Haaland ketika Manchester Derby pada 2001.

Bentesan itu cukup keras sehingga menyebabkan Haaland cedera teruk. Dan untuk sekian lama ramai menjangka karier beliau telah berakhir kerana itu.

Namun begitu, karier Haaland bukanlah berakhir kerana Keane. Sebaliknya, beliau berjaya bermain untuk satu lagi musim sebelum mengalami kecederaan ligament yang memaksa beliau bersara.

1. Pele menamatkan perang saudara

Sejak dahulu kita sering mendengar cerita yang Pele pernah menjadi wira dengan menghentikan perang saudara di Nigeria.

santos-brasil-antiguo-pele_1gf

Cerita palsu itu tersebar meluas di seluruh dunia. Namun ada seorang wartawan dari Huddersfield bernama Ojo Adebayor menceritakan hal sebenar.

Pele dan kelabnya Santos datang ke Nigeria untuk mencari wang dari perlawanan pra-musim dan bukannya ingin mendamaikan perang di sana.

Santos dikatakan meminta Persatuan Bola Sepak Nigeria (NFF) untuk membayar £11 ribu kepada Santos untuk perlawanan tersebut.

Kehadiran Pele dan Santos ke Nigeria mendapat liputan yang terlalu kuat dari media Nigeria ketika itu sehingga dakwaan Pele menamatkan perang saudara itu tidak benar kerana tiada bukti kukuh.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: 10 Fakta Bola Sepak Yang Kedengaran Seperti Tipu

The post 8 Fakta Bola Sepak Yang Anda Dengar Seperti Betul Tetapi Sebenarnya Tipu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Fakta Bola Sepak Yang Kedengaran Seperti Tipu

1. Perlawanan rasmi pertama skuad kebangsaan Brazil adalah menentang Exeter City.

Perlawanan ini berlaku pada 1914, ketika pemain-pemain Exeter City membuat lawatan rasmi ke Argentina dan Brazil. Brazil menang 2-0.

brazil-exeter-city

2. Nama asal Liverpool adalah Everton Athletic, tetapi terpaksa menukar kepada Liverpool kerana England FA tak membenarkan 2 pasukan dipanggil Everton.

Fakta ini benar dan telah ditulis oleh kami dalam artikel Bagaimana Sebuah Kelab Merseyside Berpecah.

merseyside-derby

3. Bakat Roberto Firmino dikesan oleh seorang doktor gigi di Brazil

firmino-no-inicio-de-carreira-pelo-crb-ao-lado-de-marcellus-no-estadio-rei-pele

Doktor gigi tersebut, Marcellus Portella, mengesan bakat Firmino selepas Firmino gagal dalam pemilihan yang dijalankan oleh majikannya, Clube de Regatas Brasil.

Portella percaya dengan bakat Firmino dan mengambil keputusan untuk menjadi agennya. Portello kerap membawa Firmino ke sesi pemilihan kelab-kelab Brazil.

Akhirnya, ­Figueirense berminat selepas Firmino menjaringkan 2 gol bicycle kick dalam sesi pemilihan.

4. Anthony Martial dan David Silva mempunyai jumlah anugerah Barclays Player of the Month yang sama – 1 kali

Anthony-Martial1

5. Cristiano Ronaldo tua 869 hari daripada Lionel Messi. Anak Ronaldo juga tua 869 hari daripada anak Messi.

Cristiano Ronaldo Jr.: 17 Jun 2010 (5 tahun)
Thiago Messi: 2 November 2012 (3 tahun)
Perbezaan: 869 hari.

Cristiano Ronaldo Sr.: 5 February 1985
Lionel Messi: 24 June 1987
Perbezaan: 869 hari.

6. Bayern Munich tetap tidak akan tersingkir dari Bundesliga 2013/2014 walaupun jika Manuel Neuer tidak menyelamatkan sebarang percubaan daripada pasukan lawan.

csm_46410-459409138_417fd994dc

Jika Neuer tidak melakukan sebarang save terhadap semua shots on target, Bayern masih menang 13 kali, seri 3 kali dan kalah 18 kali.

Ini bermakna, Bayern akan meraih 42 mata. Ini meletakkan mereka di kedudukan antara tangga ke-11 hingga ke-15 dalam Bundesliga.

7. David Beckham mengasah kemahiran teknikalnya daripada latihan teknik set-pieces & crossing yang dikendalikan oleh David Moyes, pemain dan merangkap penolong pengurus Preston North End.

beckham preston

Sukar dipercayai, tetapi itu yang David Moyes kata ketika Beckham mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

8. Dalam Piala Dunia 2010, New Zealand adalah satu-satunya pasukan yang tak pernah kalah

Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol tewas 0-1 perlawanan pembukaan kumpulan mereka kepada Switzerland. New Zealand seri 3 kali sebelum terkandas di peringkat kumpulan.

FBL-WC2010-MATCH12-NZL-SVK

9. Pengadil boleh bagi kad merah kepada dirinya sendiri.

A-League Rd 13 - Sydney v Central Coast

Pada tahun 2005, pengadil Andy Wain memberi dirinya sendiri kad merah selepas bergaduh dengan salah seorang penjaga gol.

“Dalam keadaan marah, saya tak boleh mengadili perlawanan dengan adil,” katanya.

10. Bandar Lusail, bandar yang menjadi tuan rumah perlawanan pembukaan dan final Piala Dunia 2022 di Qatar belum wujud lagi.

Bandar Lusail secara rasminya belum wujud di peta Qatar lagi kerana masih dalam proses pembangunan. Anda boleh lihat proses pembangunan bandar tersebut di laman web rasmi mereka.

seef_lusail_qatar_d300112

Baca juga: Lihat 10 Gol Cantik Sepanjang 2015 Yang Dicalonkan Untuk Anugerah Puskas FIFA

The post 10 Fakta Bola Sepak Yang Kedengaran Seperti Tipu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Fakta Menarik Kelayakan UEFA Euro 2016 France

Pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telahpun berakhir dengan 19 negara berjaya mengiringi tuan rumah, Perancis melayakkan diri ke Pusingan Akhir Euro 2016 akan datang. Manakala baki 4 lagi pasukan bakal ditentukan dalam Pusingan Play-offs yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 November 2015 akan datang. Paling mengecewakan ialah kegagalan pasukan gergasi bola sepak dunia, Belanda yang gagal melayakkan diri kali ini. 5 negara berjaya melayakkan diri ke Pusingan Akhir buat kali pertama iaitu Iceland, Wales, Ireland Utara, Slovakia dan Albania. 

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Pusingan Kelayakan UEFA Euro 2016 France :

Jumlah Perlawanan : 258

Jumlah Jaringan : 675 Gol

Penjaring Terbanyak : Robert Lewandowski (Poland – 13 Gol)

Negara yang menjaringkan Gol Terbanyak : Poland (33 Gol)

Negara yang bolos paling banyak : Gibraltar (56 Gol)

Negara yang bolos paling sikit : Romania (2 Gol)

Negara yang catat rekod kemenangan 100% : England (10 Perlawanan)

Negara yang tidak kalah sepanjang kelayakan : England, Austria, Itali & Romania

Negara yang kalah semua perlawanan : Andorra, Gibraltar

Sukan Malaysia dan Antarabangsa