Francesco Totti Beri Bayangan Masih Belum Lagi Mahu Bersara

Siapakah pemain bola sepak yang di era moden ini yang setia dengan satu kelab sahaja? Namakan kepada kami.

Generasi yang setia sebegini nampaknya semakin terhakis dalam bola sepak moden, hal ini kerana kebanyakan pemain masa kini akan cenderung untuk berpindah apabila mendapat tawaran baharu.

Salah satu daripada hanya beberapa nama pemain yang masih lagi setia dengan satu kelab ini adalah lagenda AS Roma – Francesco Totti.

Tempoh hari, pengarah AS Roma telah pun mengumumkan yang Totti bakal menamatkan legasinya sebagai pemain AS Roma pada akhir musim ini.

Beliau bakal dijadikan sebagai pengarah di AS Roma.

Namun begitu, situasi di AS Roma sepertinya tidak begitu positif apabila topik berkenaan Totti.

Pengurus mereka, Luciano Spalletti memberi pendapat yang nombor 10 yang sinonim dengan Totti tidak perlu dibersarakan seperti nombor 3 di AC Milan yang pernah disarung oleh Paulo Maldini.

Akan tetapi, Totti sebenarnya memberikan isyarat yang beliau tidak mahu lagi bersara dari bermain bola sepak.

Ketika di sebuah acara melibatkan kontijen Paralimpik Itali, Totti ditanya sama adakah perlawanan terakhir musim ini adalah perlawanan terakhir dalam karier beliau.

“Adakah perlawanan saya akan dilangsungkan pada 28 Mei? Saya tak tahu.”

Jawapan yang diberikan Totti itu boleh menjadi dua maksud sama ada beliau tidak akan bermain langsung pada tarikh tersebut atau beliau akan bermain untuk tempoh lama lagi.

Adakah anda mahu beliau terus bermain atau kini sudah tiba masa untuk bersara?

Baca juga: Presiden FAM Tak Setuju Dengan AFC, Tetap Mahu Gelanggang Berkecuali Digunakan

The post Francesco Totti Beri Bayangan Masih Belum Lagi Mahu Bersara appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Mengapa Luciano Spalletti Gugurkan Francesco Totti?

Semuanya bermula selepas Luciano Spalletti dilantik semula sebagai pengurus AS Roma untuk menggantikan Rudi Garcia pada awal Januari 2016 yang lepas.

Sejak perlantikan semula Spalletti, Totti hanya dapat bermain 30 minit dalam 5 perlawanan Serie A.

Berbanding ketika Roma berada di bawah kendalian Rudi Garcia, Totti dapat bermain 183 minit dalam 4 perlawanan Serie A sebelum terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.

Ini menyebabkan Totti tidak gembira. Apabila pemain tidak gembira, mereka akan meluahkannya ke media. Inilah yang dilakukan oleh Totti pada Sabtu (20 Februari 2016) lepas.

Dan seperti yang anda tahu apabila pemain yang tidak gembira membuka mulut kepada media, ia hanya mengundang suasana negatif di kelab – perkara terakhir yang Spalletti perlukan di Roma selepas baru dilantik.

“Tak boleh kekal di Roma macam ini”

Menyedari khidmatnya semakin tidak diperlukan oleh Luciano Spalletti, lagenda AS Roma itu menyuarakan kekecewaannya dalam satu temuramah televisyen Itali, RAI Sport.

Menurut Totti walaupun beliau sudah cergas sepenuhnya dan masih rajin berlatih, Spalletti tidak menghormati sumbangannya dan tidak berlaku adil.

“Saya tak boleh kekal di Roma macam ini. Saya tak suka duduk di kerusi simpanan. Saya faham pemain yang umurnya macam saya akan bermain kurang. Tapi jika inilah cara karier saya berakhir, ia seolah-olah sumbangan saya kepada Roma tidak bererti.”

“Saya mahu sumbangan saya dihargai selepas apa yang saya lakukan untuk Roma.”

Ketika ditanya mengenai hubungannya dengan Spalletti, Totti menjawab:

“Hubungan saya dengan Spalletti? Kami ucap ‘selamat pagi’ dan ‘selamat petang’. Itu saja. Dia ada puji saya di akhbar, tapi bukan terus kepada saya.”

“Saya hormatnya sebagai jurulatih.”

Totti turut berpendapat beliau patut bermain kerana sudah cergas selepas pulih daripada kecederaan dan masih tidak mahu bersara.

“Saya mahu main kerana saya adalah pemain bola sepak. Saya sangat beruntung kerana masih mempunyai keghairahan, kerana saya orang pertama tiba di latihan dan orang terakhir meninggalkan latihan.”

“Bila anda masih melakukan perkara tersebut, maknanya anda masih mahu bermain. Tiada siapa boleh beritahu saya untuk bersara.”

Spalletti gugurkan Totti

Hanya beberapa jam selepas mengumumkan Totti akan bermain menentang Palermo pada hari Ahad (21 Februari 2016), Spalletti menggugurkan Totti daripada skuad AS Roma.

Ia berlaku selepas temu ramah  yang diberikan oleh Totti di rancangan televisyen RAI Sport.

Menurut Spalletti, beliau terpaksa melakukan tindakan tersebut kerana ia menganggu persiapan dan konsentrasi pasukan menjelang perlawanan menentang Palermo.

“Berdasarkan komennya dan liputan media tentang isu ini, saya merasakan kehadirannya akan menganggu konsentrasi pasukan.”

Spalletti turut memberitahu beliau perlu berlaku adil kepada semua pemain, bukannya kepada Totti sahaja.

“Jika anda layan seorang pemain dengan cara yang istimewa, anda juga perlu memberi layanan sama kepada semua pemain.”

“Ya. Memang saya perlu hormatkannya kerana beliau (Totti) seorang pemain yang hebat, tetapi saya juga perlu menghormati pemain lain dalam skuad.”

Dalam perlawanan tersebut, AS Roma menewaskan Palermo 5-0 untuk kekal di tangga ke-4 Serie A.

“Totti boleh ambil apa-apa jawatan yang dia mahu”

AS Roma mengambil keputusan untuk tidak menghukum Totti atas komen pedasnya dalam temuramah stesen televisyen tersebut. Malah mereka memberi jaminan Totti boleh terus kekal di Roma jika beliau bersara nanti.

Dengan kontraknya sebagai pemain akan tamat pada Jun 2016, Totti dikhabarkan telah ditawarkan kontrak 6 tahun sebagai pengarah di AS Roma.

CEO AS Roma, Mauro Baldissoni memberitahu media:

“Beliau (Totti) mempunyai kontrak sebagai pemain sehingga Jun, kemudian 6 tahun sebagai ahli lembaga pengarah kelab.”

“Kalau beliau mahu terus bermain, beliau perlu berbincang dengan presiden kelab (James Pallotta). Kami serahkan keputusan kepadanya.”

Difahamkan Totti akan kembali menyertai latihan pasukan pada hari ini (22 Februari 2016).

Baca juga: Kelab Bolivia Guna Jersi Pasar Malam AS Roma Dalam Perlawanan Liga

The post Mengapa Luciano Spalletti Gugurkan Francesco Totti? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA