Guardiola Lawan Conte: Pertarungan Taktikal Permainan Posisi vs. Stabiliti Team Shape

Perlawanan tumpuan EPL minggu ini sudah pasti terarah kepada Manchester City vs. Chelsea. Ia juga pertemuan di antara Pep Guardiola lawan Conte.

Kedua-dua pasukan berada di kelompok teratas liga dengan Chelsea di tangga teratas. Mereka hanya dengan kelebihan 1 mata berbanding Manchester City di tangga ke-3.

Dalam previu kali ini, saya ingin menekankan aspek pertarungan kedua-dua pengurus yang memang dikenali dengan kemampuan mengendalikan taktikal.

Pep Guardiola Lawan Conte

Dua evolutionist ini akan bertemu dalam perlawanan minggu ini. Satu pertarungan yang dijangka akan sangat bergantung kepada taktikal daripada mereka berdua.

conte-guardiola-e1480624159197

Ini kerana, dari segi kualiti pemain, kedua-dua pasukan memiliki kelompok pemain yang berkualiti.

Antonio Conte sangat mementingkan shape pasukan dan sentiasa menjerit di tepi padang untuk memastikan dirinya ‘ada’ bermain di dalam padang.

Pep Guardiola terkenal dengan kegilaannya untuk mengubah posisi dan formasi di dalam perlawanan. Arahan-arahan sama ada secara verbal atapun dengan isyarat sudah cukup difahami pemain beliau.

Juego Di Posicion Guardiola

Manchester City pula memiliki platform formasi yang gemar meramaikan pemain di kotak serangan sehinggakan mereka hanya perlukan 2 bek tengah dan 1 pemain tengah bertahan untuk membendung serangan balas.

Sebab itulah Pep menagih penjaga gol beliau lebih berani untuk bertindak sebagai sweeper dan memberikan sokongan dari belakang.

pep-guardiola-city-1462468285021

Meskipun dalam beberapa perlawanan mereka agak sukar untuk mencapai kemenangan kerana lawan mereka fokus kepada kualiti pertahanan, namun ia bukan alasan untuk melabel mereka pasukan bukan pilihan kali ini.

Bermain di gelanggang sendiri mungkin salah satu kelebihan yang harus diakui. Kelajuan di bahagian sayap dengan penggunaan taktikal yang asymmetrical, biasanya penyerang sayap di kanan (Sterling) dan central winger di kiri (Nolito).

Di tengah mereka ada kekuatan seorang lagi central winger iaitu David Silva yang kerap bergandingan dengan pemain pelbagai fungsi (multifunctional) Kevin De Bruyne.

FBL-EUR-C1-MAN CITY-MOENCHENGLADBACH

Juego Di Posicion menekankan kecerdasan untuk memanipulasi lawan dengan perubahan posisi dan koordinasi yang fluid serta penetratif. Beliau memegang falsafah Johan Cruyff.

Di bahagian tengah mereka mungkin akan menggunakan pendekatan bek sisi songsang (inverted fullback) ataupun false fullback untuk mengawal half-space.

Taktikal Chelsea

Kedua dua pasukan memiliki kualiti serangan yang sangat tinggi. Chelsea tidak hanya bergantung kepada Costa dan Hazard kerana pemain seperti Pedro, Moses dan pemain pemain lain.

moses

Mereka semua ada peluang untuk melakukan jaringan cuma perlukan teknik yang betul kerana taktikal yang memberikan mereka lesen untuk mara ke hadapan.

Di Juventus, Conte mencipta formasi bek bertiga yang lebih kepada taktikal seimbang (balance tactic) dengan penguasaan kuat di tengah.

Ketika di Itali, dek kerana kualiti Itali yang agak kurang berbanding dengan negara-negara lain seperti Jerman, Belgium mahupun Sepanyol.

antonio-conte-chelsea-italy-spain

Conte mengambil inisiatif mewujudkan taktikal lebih defensif dan berorientasikan serangan balas. Bagi peminat Itali, pasukan Piala Eropah 2016 tempoh hari boleh dikatakan antara yang agak lemah dalam sejarah mereka.

Namun kualiti Conte menjadikan pemain yang dianggap biasa menjadi luar biasa. Siapa sangka Eder, Pelle, dan Giaccherini termasuk juga pemain kurang konsisten Montolivo dapat beraksi luar biasa? Italian Job!

Ia adalah taktik! Taktik untuk membolehkan Conte mendapat yang terbaik daripada setiap pemain. Ketika di Chelsea beliau pernah mencuba 4-1-4-1, 4-2-4 dan 4-3-3.

Courtois pernah memberikan komen:

“Kami pernah bermain beberapa formasi dan antara yang terbaik adalah 4-3-3. Namun pengurus (Conte) merasakan taktikal itu terlalu banyak melepaskan gol mudah.”

Selepas kekalahan di tangan Liverpool dan Arsenal, Conte menanam tekad untuk menggunakan sistem bek bertiga dengan formasi 3-4-3. Hasilnya, 7 perlawanan, 7 kemenangan, 17 gol, dan hanya 1 bolos dalam EPL setakat ini dengan 3-4-3.

Jadi, saya simpulkan di Chelsea sistem bek bertiga Conte adalah sistem back 3 yang ofensif ataupun menyerang. Bercakap kepada ESPN Conte berkata tidak ada alasan untuk mereka menggunakan formasi lain.

Sebelum Wisel

Pep Guardiola mungkin nampak lebih rendah volume suara beliau, namun beliau masih seorang bos yang sangat berpengaruh dan berkuasa.

Antonio Conte pula seorang panglima perang yang lebih agresif dan mahukan setiap pemain beliau tidak hilang fokus di dalam padang. Beliau sangat passionate dan meraikan setiap hasil yang dituai di dalam padang.

conte1

Dari segi kredibiliti kedua-dua pengurus ini sentiasa ada pelan sekiranya pasukan dalam masalah. Kedua-dua mereka meluangkan masa berjam-jam sehari hanya untuk kajian dan mencari formula taktikal bola sepak.

Tegas dalam isu cara hidup dan disiplin pemain di dalam dan di luar padang.

Dalam perlawanan menentang Spurs anda melihat bagaimana Conte menukar taktikal pada separuh masa kedua selepas 40 minit bermain dengan taktikal ralat (tactical error).

Guardiola ketika perlawanan UCL, beliau ditewaskan Barcelona di Camp Nou, lihat apa yang beliau lakukan pada perlawanan pertemuan kedua di Etihad.

pgo

Ini adalah perlawanan pertama Pep Guardiola lawan Conte dalam sejarah. Ini kerana mereka tidak pernah bertemu sebelum ini sebagai pemain mahupun pengurus.

Ia dijangka akan menjadi perlawanan penuh taktikal. Chelsea mungkin dalam prestasi sedikit lebih baik daripada City. Jangan lupa, kedua-dua turut pasukan memiliki no.9 yang terbaik dalam EPL buat masa ini.

Siapakah yang akan menang pertarungan Guardiola Lawan Conte?

Baca juga : ‘The Godfather’ Dan Revolusi 3-4-3 Luar Biasa Di Chelsea

The post Guardiola Lawan Conte: Pertarungan Taktikal Permainan Posisi vs. Stabiliti Team Shape appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Umtiti Tuduh Taktikal Pep Guardiola Jadikan Barcelona Pasukan Membosankan

Pemain bek tengah Barcelona Samuel Umtiti merasakan pendekatan taktikal Luis Enrique jauh lebih baik daripada taktikal Pep Guardiola.

Umtiti berpendapat, corak permainan yang diterapkan Guardiola bukan sahaja ‘letih’ untuk ditonton, malah kelihatan letih untuk dimainkan.

Guardiola mungkin dianggap genius taktikal dengan pengaruh taktikal beliau. Namun Umtiti merasakan gaya permainan Barcelona ada sekarang adalah lebih baik daripada gaya tiki-taka yang diperkenalkan oleh Pep.

um1

Bercakap kepada France Football Umtiti berkata:

“Saya berkata kepada kawan-kawan saya, ia adalah bola sepak yang kurang keghairahan.”

“Saya meminati Barca tetapi apabila bermain untuk mengekalkan penguasaan seperti ’10 tahun’ lamanya, ia jadi membosankan.”

Umtiti bukanlah yang pertama yang mengkritik gaya permainan dan corak taktikal Pep Guardiola. Terdapat ramai lagi yang pernah berbuat begitu.

Jurulatih berbangsa Itali, Giovanni Trapattoni juga pernah melahirkan rasa tidak puas hati beliau di metodologi taktikal Pep Guardiola ketika di Bayern.  Beliau berkata:

“Apa yang saya lihat dalam dunia bola sepak Bayern Munich adalah terlalu banyak penguasaan bola.”

tra

“Tick, tack, tick, tack. Tuck, tuck, tuck. Ke sana ke mari. Tetapi hasilnya terlalu sedikit. Selepas 27 minit barulah mereka melakukan cubaan gol. Ia sangat tidak efisien.”

pep

Bagi kami pula, walaupun ramai yang tidak suka cara Guardiola namun taktikal beliau telah memberikan banyak kejayaan ketika beliau di Barcelona dan Bayern Munich.

Kini beliau di Manchester City dan corak taktikal beliau sangat ketara telah mengubah corak permainan Manchester City.

Baca juga : 5 Tragedi Nahas Kapal Terbang Yang Melibatkan Pasukan Bola Sepak

The post Umtiti Tuduh Taktikal Pep Guardiola Jadikan Barcelona Pasukan Membosankan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pep Guardiola Haramkan Penggunaan Internet Di Padang Latihan, Mahu Pemain Makan Bersama

Umum mengetahui ketegasan Pep Guardiola ketika menguruskan pasukan.

Ketegasan beliau bukanlah ketika hari perlawanan di atas padang namun ketika di padang latihan juga.

Mahu pemain lebih berhubung

Untuk memastikan para pemainnya tidak terlalu melekat dengan telefon pintar masing-masing. Pep telah menetapkan beberapa cara untuk memastikan para pemainnya lebih banyak bercakap apabila bersama berbanding bermain telefon pintar mereka.

Pep telah mengharamkan penggunaan Wi-fi di sesetengah tempat di padang latihan mereka. Serta menyekat jaringan 3G dari memasuki kawasan latihan Manchester City.

Menurut Pablo Zabaleta, Pep berbuat sedemikian adalah untuk menjaga para pemainnya dari asyik leka dengan telefon pintar dan gajet mereka.

pablo-zabaleta-interview-about

“Kami tak boleh menggunakan internet di padang latihan kami. Pep mahu kami bercakap!”

“Kami tak pakai langsung 3G ketika di padang latihan.”

Selain daripada mengharamkan penggunaan internet, Pep juga memaksa para pemainnya untuk makan bersama-sama.

Makan bersama-sama ini perlu dilakukan ketika sesi sarapan dan juga sesi makan tengah hari.

Tindakan Pep ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dalam kalangan pemain Manchester City.

Pep juga sebelum ini dilaporkan melakukan beberapa pantang larang yang perlu diikuti oleh para pemain Manchester City.

Antaranya beliau melarang para pemainnya untuk memakan piza selagi mereka bergelar pemain Manchester City dan bekerja di bawah Pep.

Hal ini berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Claudio Ranieri di Leicester City dimana pengurus Itali itu akan membawa seluruh pasukannya makan piza jika menang perlawanan Premier League.

Selain daripada itu, Pep juga tidak gemar pemain yang mempunyai berat badan berlebihan.

Jika pemain tersebut mengalami berat badan berlebihan, beliau akan disisihkan daripada skuad utama Manchester City.

Perkara ini telah terjadi kepada Samir Nasri pada awal musim ini.

cq9exu-wyaa6fod_1472419992-1

Menikmati saat berkerja bersama Pep

Bagi Zabaleta, beliau sangat menikmati saat-saat bekerja di bawah Pep.

Menurut Zabaleta, Pep ada pengurus yang cukup hebat.

“Anda pasti mahu dan idamkan saat dilatih oleh seorang jurulatih yang terbaik.”

“Dan hari ini saya bekerja dengan seorang jurulatih terbaik dunia.”

“Sebenarnya anda mempelajari pelbagai perkara, terutama cara untuk menghidupkan kehidupan bola sepak anda.”

“Selain dari pengetahuan bola sepaknya, Pep juga terkenal dengan cintannya terhadap bola sepak.”

Pep juga telah memansuhkan arahan untuk semua pemain perlu tinggal di padang latihan sehari sebelum perlawanan di Etihad Stadium.

Baca juga: 11 Larangan ‘Pelik’ Pengurus Eropah Ke Atas Pemain Mereka

The post Pep Guardiola Haramkan Penggunaan Internet Di Padang Latihan, Mahu Pemain Makan Bersama appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Respon Guardiola Bila Wartawan Tanya Jika City Boleh Menang 4 Piala: “What The F**k?”

Kadang-kala bukan mudah untuk menjadi Pep Guardiola.

Semua peminat bola sepak dan wartawan menjangkakan anda untuk mendominasi penguasaan bola, menang semua perlawanan dan menyapu semua piala; semuanya dalam musim pertama!

Selepas kemenangan besar 4-0 Manchester City ke atas Bournemouth – pasukan yang dipuji Guardiola sebagai pasukan menyerang yang paling mengagumkan beliau setakat ini – Guardiola telah ditanya oleh seorang wartawan sama ada beliau boleh menang 4 piala bersama City pada musim ini.

Soalan wartawan tersebut nyata tak digemari langsung oleh Guardiola.

Reaksi pertamanya selepas mendengar soalan tersebut adalah, “What the fuck?” sambil menggaru kepalanya yang botak.

Saya hanya mahu nikmati kemenangan hari ini dan sedikit wain 

Selepas menggeleng kepalanya beberapa kali, Guardiola kemudiannya menjawab soalan tersebut:

“Manchester City hanya pernah masuk ke separuh akhir Champions League sekali dalam sejarah kelab (kalah agregat 0-1 kepada Real Madrid pada musim 2015/2016).”

“Bila saya masuk, anda (wartawan) jangkakan City akan menang Champions League kerana saya jurulatih yang bagus? Anda silap.”

Guardiola turut menjelaskan kegembiraannya tidak bergantung kepada prospek sama ada City akan menang piala atau tidak. Sebaliknya ia bergantung kepada sama ada pemain-pemainnya mencapai objektif harian pasukan.

“Sasaran saya buat masa sekarang bukannya untuk menang piala.”

“Sebaliknya sasaran saya adalah bergembira dengan kemenangan ini (4-0 mengatasi Bournemouth) dan menikmati sedikit wain.”

“Esok kami akan bersiap menghadapi League Cup dan cuba memenanginya.”

Guardiola turut menekankan aspek hiburan yang dinikmati penyokong sebagai parameter kegembiraannya.

“Kemudian, adakah penyokong yang datang ke Etihad Stadium sebentar tadi suka dengan persembahan kami? Jika ya, barulah saya gembira.”

Daripada sidang media selepas perlawanan ini, jelas Guardiola hanya memikirkan objektif harian untuk mencapai objektif musim Manchester City.

Dalam fikiran Guardiola pada setiap hari, matlamatnya adalah untuk memenangi perlawanan seterusnya. Bukannya memenangi piala yang hanya berlaku 6-7 bulan akan datang.

Baca juga: 4 Sebab Mengapa Media Mengesyaki Pep Guardiola Telah Naik Gila

The post Respon Guardiola Bila Wartawan Tanya Jika City Boleh Menang 4 Piala: “What The F**k?” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

7 Senarai Pemain Bintang Yang Pernah Dipinggirkan Guardiola Selain Joe Hart

Joey Barton ‘mengamuk’ apabila melihat layanan Guardiola ke atas Joe Hart. Namun begitu, Joe Hart bukanlah satu-satunya bintang yang dipinggirkan Guardiola sepanjang karier kejurulatihan beliau.

Berikut adalah berberapa senarai pemain yang berstatus bintang yang pernah disisihkan Guardiola dengan alasan, dia adalah pengurus dan kuasa memilih pemain adalah di tangan beliau.

1. Zlatan Ibrahimovic

hi-res-5ef9e1dd25034bfb4251ec29f04c9fd0_crop_north

Kita pasti menunggu Manchester Derby musim ini untuk mempertemukan 2 watak ini. Zlatan terbuka melabel Guardiola sebagai pengurus yang beliau paling benci.

Zlatan disisihkan Guardiola ketika di Barcelona sedangkan sebelum itu Guardiola beriya-iya mahukan khidmat beliau.

Zlatan pasrah kerana pemain-pemain lain diibaratkan ‘watak sampingan’ kepada Messi. Dalam buku autobiografi beliau, Zlatan melabel Pep sebagai ‘spineless coward’.

Zlatan Ibrahimovic kemudiannya menyertai AC Milan.

2. Ronaldinho

pep-guardiola-ronaldinho

Pep Guardiola terbuka menyatakan penyerang utama beliau adalah Lionel Messi dan sistem beliau tidak begitu sesuai dengan Ronaldinho.

Ronaldinho adalah pemain terbaik dunia ketika di bawah kendalian Frank Riijkard dan membantu gergasi Catalan itu merangkul 2 La Liga dan 1 Liga Juara-Juara Eropah.

Ronaldinho terpaksa meninggalkan Nou Camp selepas Gurdiola tidak berminat untuk menyambung kontrak beliau. Presiden Barcelona Joan Laporta akhirnya menyenaraikan Ronaldinho untuk dijual atas alasan, Ronaldinho perlu mencari cabaran baru dalam karier beliau.

Berberapa musim sebelum itu, Ronaldinho pernah dilamar oleh pasukan kaya baru, Manchester City, namun beliau memilih untuk kekal di Nou Camp. Selepas mengetahui masa depan beliau di Nou Camp berakhir, Ronaldinho menyertai AC Milan.

3. Deco

deco

Maestro ini adalah pemain penting semasa era Frank Riijkard di Barcelona. Beliau dianggap sebagai antara playmaker terbaik dunia pada ketika itu.

Namun selepas Pep Guardiola mengambil alih, Pep merasakan Deco adalah halangan untuk berberapa bakat muda dari akademi Barcelona untuk menyerlah.

Deco diberikan kebebasan untuk mencari kelab baru. Deco akhirnya menyertai Luis Felipe Scolari di Chelsea pada 2008 dengan harga lelong £8 juta sahaja.

4. Yaya Toure

88200550-e1454407062423

Yaya Toure merupakan pemain yang bermain 2 musim di bawah Pep Guardiola. Pemain ini menyerlah setiap kali dimasukkan. Beliau juga cemerlang di peringkat antarabangsa.

Namun, pada suatu hari, Pep berjumpa dengan Yaya Toure dan memberitahu Yaya tidak ada dalam perancangan beliau selepas ini.

Yaya Toure disenaraikan untuk dijual secara terbuka. Beliau akhirnya menyertai Manchester City dengan nilai £24 juta. Beliau sudah pun digelar lagenda di City.

Dan kini, Yaya dan Pep besatu semula di City.

5.Samuel Eto’o

12004

Pemain ini menyertai Barcelona pada 2004 dan telah menjaringkan banyak gol untuk kelab tersebut. Ketika Guardiola dilantik, Eto’o berdepan krisis kecederaan.

Namun pemain ini masih menjaringkan 16 gol daripada 18 penampilan dalam musim pertama di bawah Guardiola. Pada 2008, Guardiola mahu mengeluarkan Eto’o daripada Nou Camp.

Namun, Eto’o mengantar surat peribadi minta untuk dikekalkan di Nou Camp.

Eto’o kemudiannya berjaya membantu Barca memenangi treble La Liga, Copa Del Rey dan Champions League dengan 36 gol daripada 52 penampilan. Eto’o adalah penjaring gol pembukaan ketika menentang Manchester United di final UCL.

Namun ia tidak cukup untuk menyelamatkan Eto’o , Barcelona tetap mahukan Zlatan Ibrahimovic pada musim baru dengan Eto’o sebagai salah satu syarat perjanjian.

Berberapa tahun selepas itu, Eto’o mengeluarkan kenyataan marah dengan berkata:

“Pep tidak cukup berani untuk bercakap dengan saya secara bersemuka. Biar saya ingatkan, dia dahulu bukan seorang pemain yang bagus. Dia mahu mengajar saya cara untuk menjadi penyerang, sedangkan dia dahulu seorang pemain tengah.”

6. Gianluca Zambrotta

zambrotta

Zambrotta telah menjadi pemain utama Barcelona sejak menyertai mereka daripada Juventus. Namun Guardiola merasakan pemain ini tidak cukup bagus untuk berada di dalam pasukan beliau.

Zambrotta diarahkan mencari kelab baru dan beliau kembali semula ke Itali.

7. Bastian Schweinsteiger

29F96D3F00000578-0-image-a-13_1471424328138

Hingga ke hari ini, masih ramai penyokong Bayern Munich marah dengan layanan Gurdiola ke atas Schweinsteiger. Pemain ini sudah berkhidmat 17 tahun dan 500 penampilan untuk Bayern.

Schweini diberitahu Guardiola untuk mencari kelab baru kerana beliau tidak ada dalam perancangan pasukan pada musim baru.

Schweinsteiger akhirnya menyertai bekas pengurus beliau Louis Van Gaal di Manchester United. Dan hari ini, Schweinsteiger seakan-akan menerima layanan yang sama sekali lagi di bawah Jose Mourinho.

Baca juga: Barton Selar Layanan Buruk Guardiola Ke Atas Joe Hart

The post 7 Senarai Pemain Bintang Yang Pernah Dipinggirkan Guardiola Selain Joe Hart appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sejarah Nombor Jersi & Kaitannya Dengan Posisi Pemain (Era Chapman Hingga Guardiola)

Anda pasti pernah tertanya-tanya – kenapa pengulas di televisyen atau penganalisis taktikal kerap menggunakan istilah seperti ‘pemain no.9’, ‘posisi no.6’ atau ‘peranan no.8’. Apa maksudnya?

Kami juga selalu menggunakannya. Kami kerap menggelar Juan Lucero, penyerang JDT sebagai modern no.9, sedangkan beliau memakai jersi bernombor 19. Matias Hadwa pula kami gelar sebagai pemain no.10, sedangkan beliau memakai jersi bernombor 30.

Apa maksudnya?

Secara ringkasnya, ia merujuk kepada posisi seseorang pemain dalam taktikal pasukan. Bukannya nombor jersi pemain. Ini bermakna Aidil Zafuan bukannya ‘pemain no.7’. Sebaliknya beliau merupakan ‘pemain no.5’.

aidil_zafuan-1

Persoalannya mengapa?

Untuk menjawab, kami menulis artikel ini kerana masih ramai peminat bolasepak tempatan tidak memahami konsep ini.

Sejarah awal

Semuanya bermula ketika perlawanan pembukaan Divisyen 1 England. Sheffield Wednesday menentang pasukan pelawat, Arsenal pada 25 Ogos 1928. Pada hari bersejarah tersebut, penyokong yang datang ke Hillsborough Stadium pada ketika itu nampak sesuatu yang ganjil di jersi pemain Arsenal.

Pemain Arsenal yang pada ketika dilatih oleh pakar taktikal, Herbert Chapman dilihat memakai jersi yang tertera nombor di belakangnya.

Pada hari yang sama di Divisyen 2 England, Chelsea melayan kunjungan Swansea Town di Stamford Bridge.

Seperti penyokong yang datang ke Hillsborough Stadium, pengunjung Stamford Bridge dapat melihat semua pemain Chelsea – kecuali penjaga gol – memakai jersi yang tertera nombor di belakangnya.

Arsenal tewas 2-3 kepada Wednesday. Manakala Chelsea pula menang 4-0. Dan pada hari tersebut buat kali pertamanya di England, pemain bola sepak memakai jersi bernombor.

Pencipta asal – Arsenal atau Chelsea?

Laman web rasmi Arsenal mendakwa Herbert Chapman adalah pengurus pertama yang memperkenalkan inovasi nombor jersi ini di England.

Tetapi beberapa blog di England mendakwa idea asal nombor jersi ini datang dari David Calderhead, pengurus Chelsea yang terlebih dahulu mencubanya pada tahun 1927. Dakwaan ini dibuat berdasarkan artikel bertajuk ‘A Football Innovation’ di akhbar Dublin Evening Mail pada 16 Ogos 1927.

numbered-jerseys-scan

Pada ketika itu, Chelsea menggunakan nombor pada jersi untuk membantu penonton mengenali pemain Chelsea ketika perlawanan ujian.

Ideanya adalah supaya penonton serta-merta tahu ‘pemain no.2 sentiasa bermain di bahagian pertahanan sebelah kanan’.

Idea ini kemudiannya dicuba pakai oleh Herbert Chapman di Arsenal supaya penyokong dapat menjejak pergerakan pemain-pemainnya dalam formasi W-M beliau.

2222

Nombor dan posisi pemain dalam 4-4-2

Sistem pernomboran posisi pemain pada mulanya diasaskan mengikut formasi 2-3-5.

main-qimg-41a72b098b60f961614daf2b656c6e30

Selepas itu, ia diasaskan mengikut formasi W-M Herbert Chapman pula. Apabila ia semakin tidak relevan dalam bolasepak moden, sistem pernomboran posisi pemain diasaskan berdasarkan formasi 4-4-2 yang lebih popular pula.

Gambar di bawah menunjukkan perbezaan sistem pernomboran posisi dalam formasi 4-4-2 (putih hitam) dengan formasi ‘W-M’ Herbert Chapman (merah kuning).

wm442

Secara ringkasnya, posisi untuk nombor-nombor dalam formasi 4-4-2 adalah:

  1. Penjaga gol
  2. Bek kanan
  3. Bek kiri
  4. Pemain tengah defensif/deep lying playmaker/defensive midfielder/holding midfielder/volante
  5. Bek tengah
  6. Bek tengah
  7. Pemain sayap kanan
  8. Pemain tengah ofensif/box-to-box midfielder/secondary playmaker
  9. Penyerang utama/target man/false nine
  10. Penyerang kedua/chief playmaker/trequartista/enganche/attacking midfielder/false ten
  11. Pemain sayap kiri

Jika sesebuah pasukan bermain formasi 4-3-3 pula, kebiasaannya pemain no.10 – the chief playmaker – akan bermain di jentera tengah, bersama pemain no.8 dan no.4.

433

Modifikasi sistem pernomboran posisi pemain dalam bola sepak moden

1. Pemain no.4

Apabila peranan taktikal pemain dalam bola sepak moden menjadi lebih kompleks, kaitan nombor jersi pemain dengan posisinya menjadi semakin lemah atau ‘loosely-defined’.

Sebagai contoh pada zaman dahulu, pemain no.4 pasti akan bermain sebagai holding midfielder.

Bagaimanapun hasil inovasi Pep Guardiola dalam formasi 4-3-3 Barcelona, pemain no.4 mereka – Sergio Busquet – diarahkan bermain sebagai holding midfielder dan bek tengah (tugas pemain no.4 atau 5) secara serentak!

Peminat bola sepak yang bermain Football Manager mengenali tugas ini sebagai ‘half back’.

Ia mula-mula digunakan oleh Guardiola (kemudian diguna pakai Luis Enrique) untuk membantu Barcelona merancang serangan dari bawah ketika ditekan (pressed heavily) oleh pasukan yang menggunakan 2 penyerang.

Barca v Atleti 2_zps7vxsishl

Hasil inovasi Guardiola, kini pemain-pemain no.4 dari pelbagai pasukan juga melakukan tugas sama di pasukan lain. Contohnya Michael Carrick (Manchester United) dan Casemeiro (Real Madrid).

Di Malaysia, kita mempunyai Amirul Hisyam yang melakukannya di Kedah dan Azrul Ahmad di Pulau Pinang (ketika diurus Mamu Jackson).

2. Pemain no.9 dan no.10

Bercakap tentang pemain no.9, peminat bola sepak pasti mengaitkannya dengan penyerang seperti Ronaldo (Luis Nazario de Lima), Alan Shearer, Ian Rush atau Robbie Fowler.

Bagaimanapun sekali lagi hasil inovasi Pep Guardiola dalam formasi 4-3-3 Barcelona, pemain no.9 mereka pada musim 2009/2010 – Lionel Messi – diarahkan bermain sebagai false nine.

Dalam tugas ini, Messi diarahkan mengisi posisi penyerang utama (pemain no.9) ketika Barcelona hilang penguasaan bola.

Tetapi apabila pasukannya memperolehi penguasaan bola, beliau akan turun ke bawah untuk mengutip bola dan merancang serangan dari bawah – seperti chief playmaker (pemain no.10)!

Fungsi false nine di Barcelona selalunya digabungkan dengan false ten.

Tugas false ten – kebiasaannya digalas Cesc Fabregas – pula adalah mengisi posisi penyerang utama (pemain no.9) yang ditinggalkan Messi. Inilah yang biasa dilakukan Fabregas pada musim 2012/2013 ketika di Barcelona.

Nombor alternatif

Bagi sesetengah pemain, nombor jersi yang dipakai oleh mereka perlu mempunyai kaitan dengan tugas mereka di padang.

Mungkin kerana ada nilai sentimental kepada mereka, ini mungkin menjelaskan sebab mengapa penyerang seperti Mario Balotelli memilih nombor 45 (4+5=9)…

Mario-Balotelli-at-Melwood-on-August-25

….Ivan Zamorano memilih nombor 18 (1+8=9)…

sa

….dan Ronaldo memakai no.99 apabila nombor 9 sudah diambil pemain lain.

Seperti yang kami tekankan sebelum ini, kaitan nombor jersi pemain dengan posisinya menjadi semakin lemah atau ‘loosely-defined’ apabila taktikal bola sepak moden menjadi semakin kompleks.

Ini yang paling banyak berlaku sekarang. Pemilihan nombor jersi lebih bersifat bebas dan tidak semestinya mewakili posisi pemain.

Contohnya Nicklas Bendtner dan Asamoah Gyan yang menggemari no.3.

nicklas-bendtner-inter-wolfsburg-europa-league_2wtmu17m7m9f1vak2cm188t3v

Manakala lagenda Argentina, Osvaldo Ardiles pula gemar menyarung  jersi nombor 1 walaupun tidak bermain sebagai penjaga gol.

interesting shirt numbers in football

Penjaga gol Mexico, Jorge Campos pernah memakai no.9 dan juga no.19 ketika mewakili Mexico.

15 Jun 1997: Jorge Campos of the Los Angeles Galaxy in action during a game against the Tampa Bay Mutiny at the Rose Bowl in Pasadena, California. The Galaxy won the game, 4-1.

David Beckham pernah meminta nombor 77 ketika menyertai Real Madrid kerana no.7 sudah dipakai Raul Gonzalez. Tetapi kelab tidak membenarkannya. Akhirnya Beckham memilih no.23 hasil inspirasi daripada bintang NBA, Michael Jordan.

Pemain seperti Andrey Shevchenko (no. 76), Ronaldinho (no. 80), dan Mathieu Flamini (no. 84) pula menggunakan nombor yang mewakili tahun kelahiran mereka (1976, 1980 dan 1984).

ac-milan-number-trio

Baca juga: Cerita Disebalik Nombor Jersi Yang Pelik

The post Sejarah Nombor Jersi & Kaitannya Dengan Posisi Pemain (Era Chapman Hingga Guardiola) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Antara Wenger, Guardiola dan Mourinho, Cesc Fabregas Tak Mahu Namakan Pengurus Kegemarannya

Cesc Fabregas enggan menamakan pengurus kegemarannya ketika ditanya dalam rancangan soal jawab Facebook di Sky Sports semalam.

Rancangan yang dihoskan oleh personaliti TV Sky Sports, David Jones, itu turut disertai oleh bekas rakan sepasukan Fabregas dan lagenda Arsenal, Thierry Henry.

Ketika berita Henry yang mengutuk pemain Chelsea secara terbuka di hadapan Fabregas tersebar luas, Henry dan Fabregas turut berbincang tentang perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris, EURO 2016, lawan terbaik dan rakan sepasukan terbaik mereka.

Tetapi satu soalan yang gagal dijawab oleh Fabregas adalah siapa pengurus kegemarannya.



Fabregas hanya pernah bermain di bawah 4 pengurus dalam karier seniornya iaitu Vincente del Bosque (Sepanyol), Arsene Wenger (Arsenal), Pep Guardiola (Barcelona) dan Jose Mourinho (Chelsea).

Tetapi Fabregas enggan memberi jawapan konkrit. Sebaliknya beliau menjawab:

“Saya ada pengurus kegemaran tapi saya tak boleh beritahu.”

Ketika didesak Henry untuk memberitahu jawapannya, Fabregas memberitahu sebab mengapa beliau tak mahu mendedahkan jawapannya.

“Saya tak mahu mencipta situasi (yang tak selesa).”

“Saya dah banyak berkerja di bawah banyak pengurus. Pengurus kegemaran saya sudah tentulah yang terbaik. Tetapi saya tak mahu cakap sekarang.”

“Tapi semua pengurus yang saya pernah bermain, semuanya membawa pengaruh yang positif kepada saya.”

Mungkin Fabregas mahu menjawab Wenger, tetapi beliau tak mahu jawapannya menjejaskan hubungannya dengan peminat Chelsea.

Mungkin juga Fabregas mahu menjawab Mourinho, tetapi takut akan menjejaskan hubungannya dengan peminat Arsenal.

Baca juga: Thierry Henry Kutuk Chelsea Di Hadapan Cesc Fabregas Dalam Rancangan Soal Jawab Facebook

The post Antara Wenger, Guardiola dan Mourinho, Cesc Fabregas Tak Mahu Namakan Pengurus Kegemarannya appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: