Hector Bellerin: “Jika Wenger Keluar Dari Arsenal, Saya Akan Turut Serta”

Hector Bellerin keluar Arsenal? Adakah ini akan terjadi?

Pemain pertahanan kanan Arsenal itu tegaskan mahu keluar dari Arsenal namun dengan satu syarat.

Beliau hanya akan keluar sekiranya Arsene Wenger membuat keputusan untuk tidak bersama lagi dengan kelab tersebut selepas lebih 20 musim berkhidmat.

Calon utama Barcelona

Tapi ke mana Bellerin akan pergi? Beliau memilih untuk pulang ke kelab lamanya iaitu Barcelona.

Barcelona sudah lama inginkan beliau kembali, hal ini terbukti apabila media-media di Sepanyol sering mengeluarkan gosip yang beliau menjadi buruan Barcelona.

Barcelona antara kelab utama dunia pasti mahukan pemain berkaliber seperti Bellerin bermain untuk mereka. Tambahan pula, posisi di pertahanan kanan mereka berada dalam masalah.

Mereka kehilangan Alexi Vidal, dan Sergi Roberto masih lagi tidak berada dalam prestasi terbaik jadi Bellerin mungkin penyelesaian jangka panjang terbaik buat mereka.

Wenger pergi, kami juga pergi

Pemergian Wenger ini dijangka beri kesan buruk kepada Arsenal. Hal ini kerana, bukan sahaja Bellerin akan tinggalkan Arsenal sekiranya pengurus daripada Perancis itu tidak menyambung kontraknya di Arsenal.

Mesut Ozil juga mengatakan masa depan beliau di Arsenal bergantung kepada Wenger. Sekiranya Wenger kekal, beliau juga akan kekal di Arsenal.

Selain Ozil, Alexis Sanchez juga berkata masa depan beliau juga bergantung dengan kekalnya Wenger di Arsenal atau pun tidak.

Bellerin jelas seorang yang setia pada Wenger. Terdahulu ketika Manchester City datang memanggil, beliau memilih untuk kekal di Arsenal.

Baginya, Wenger adalah individu terbaik yang boleh memajukan karier Bellerin.

Baca juga: McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Dengan Kenyataan ‘Plastik’ KAFA

The post Hector Bellerin: “Jika Wenger Keluar Dari Arsenal, Saya Akan Turut Serta” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA