Penjaga Gol Thailand Gantung Tangkal Di Pintu Gol, Muncul Hero Selamatkan Penalti Arab Saudi

Pasukan Thailand bawah-23 perlu berterima kasih kepada penjaga gol mereka, Somporn Yos yang menyelamatkan penalti Arab Saudi bawah-23 pada separuh masa pertama dan menyelamatkan banyak lagi percubaan berbahaya selepas seri 1-1 semalam.

Ini adalah mata pertama bagi Thailand yang kali pertama layak menyertai kejohanan AFC Bawah-23.

Arab Saudi kuasai perlawanan, Thailand serang balas

Menentang salah satu kuasa bola sepak Asia, Arab Saudi, skuad bimbingan Kiatisuk ‘Zico’ Senamuang nyata bermula dengan penuh gementar.

Arab Saudi lebih banyak menguasai perlawanan manakala Thailand lebih banyak bertahan. Baru 11 minit perlawanan berlangsung, Arab Saudi dihadiahkan penalti selepas penyerang mereka ‘dijatuhkan’ oleh pemain pertahanan, Adison Promrak.

Tetapi jika anda melihat perlawanan tersebut, ulang tayang jelas menunjukkan pemain Arab Saudi bijak menjatuhkan badannya untuk meraih penalti ketika Promrak datang mencabarnya.

Bagaimanapun sepakan penalti Arab Saudi tersebut berjaya diselamatkan oleh penjaga gol, Somporn Yos.

Arab Saudi terus menguasai perlawanan selepas itu. Bagaimanapun Thailand juga tidak kurang bahayanya, pantas melancarkan serangan balas dan mencatatkan jumlah percubaan yang lebih banyak daripada Arab Saudi.

Pemain berusia 18 tahun Thailand mengubah perlawanan

Selepas terikat 0-0, Thailand bermain dengan lebih tenang. Mereka mula menguasai perlawanan.

Bagaimanapun Arab Saudi terlebih dahulu mendapatkan gol apabila kesilapan Promrak membiarkan Mohammed Al-Saiari menanduk mudah hantaran lintang dari sayap kanan. Arab Saudi 1-0 Thailand.

Ketika perlawanan berbaki 15 minit dan Thailand memerlukan gol untuk menyamakan kedudukan, Zico membawa masuk Worachit Kanitsribampen.

Kanitsribampen adalah prodigi bola sepak Thailand yang baru berusia 18 tahun tetapi pernah mendapat tawaran trial daripada kelab J1 League, FC Tokyo.

Kemasukan Kanitsribampen nyata membuahkan hasil. Urgency dan keberanian beliau melakukan hantaran berbahaya menghasilkan situasi kelam kabut di bahagian pertahanan Arab Saudi, sekaligus menghasilkan gol penyamaan yang dijaringkan Pinyo Inpinit pada minit 84′.

Media Thailand berterima kasih kepada tangkal

Tetapi apa yang menarik adalah, semasa kami menonton live streaming perlawanan tersebut (yang disiarkan melalui siaran langsung TV Thailand), kamera kerap kali fokus ke satu objek berwarna keemasan yang tergantung di jaring pintu gol Thailand.

tangkal-thailand

Perkara pertama yang terlintas di fikiran kami adalah, adakah itu tangkal?

Ternyata telahan kami betul.

Tangkal pemberian sami Buddha

12572973_1545310329093929_2098558554644457435_n (1)

Menurut rakan kami di Thailand, persembahan hebat penjaga gol mereka, Somporn Yos, mungkin ada kena-mengena dengan tangkal ‘Harimau Luang Por Uthai’ pemberian sami Buddha terkenal dari kuil Wat Koh Ta Phut Photharam di province Ratchaburi.

Tangkal tersebut diperbuat daripada emas tulen dan dikatakan mampu memberi ‘perlindungan dan nasib yang baik’.

Baca juga: Thailand Juara Kejohanan AFF Bawah-16

The post Penjaga Gol Thailand Gantung Tangkal Di Pintu Gol, Muncul Hero Selamatkan Penalti Arab Saudi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

4 Hero Tidak Didendang Dalam Separuh Akhir Piala Malaysia 2015

Ketika ini saingan Piala Malaysia 2015 sedang berada di peringkat klimaks dengan 4 pasukan – Selangor, Pahang, Kedah dan Felda United – berebut tempat final Piala Malaysia.

Dan seperti biasa, bintang import 4 pasukan ini didendang sebagai hero pasukan. Selangor mempunyai Andik Vermansyah. Pahang mempunyai Dickson Nwakaeme. Kedah pula mempunyai Sandro Mendonca. Manakala Felda United mempunyai Thiago Augusto.

Bagaimana pula dengan sumbangan pemain-pemain lain yang tak didendang oleh media?

SemuanyaBOLA dengan kerjasama MediaPrima membawakan anda 4 hero tidak didendang yang turut menyumbang kepada persembahan cemerlang pasukan mereka dalam kempen Piala Malaysia 2015.

Norazlan Razali (Selangor)

Sumber: Mohd Safwan, asiana.my
Sumber: Mohd Safwan, asiana.my

Jika Kedah dan Felda United mencipta nama di kempen Piala Malaysia 2015 sebagai pasukan yang mempunyai jentera serangan yang tajam, Selangor pula mencipta nama sebagai pasukan yang efektif.

Selangor mungkin hanya menjaringkan 6 gol dalam 6 perlawanan peringlat kumpulan, tetapi mereka juga hanya melepaskan 7 gol.

Perlu diingat Selangor muncul juara kumpulan maut Piala Malaysia 2015 yang turut dihuni Felda United, Kelantan dan T-Team.

Jika tidak kerana ketangkasan Norazlan Razali mengawal gawang, Selangor pasti berhadapan dengan kesukaran untuk melangkah jauh dalam Piala Malaysia 2015 berdasarkan jumlah gol yang mereka jaringkan semata-mata.

Ketika menentang Pahang pada separuh akhir pertama di Kuantan, satu-satunya sebab Pahang gagal menjarigkan sebarang gol adalah kerana persembahan man of the match yang dipamerkan Norazlan Razali.

Pahang menguasai majoriti perlawanan dan mencetak 4 percubaan tepat ke arah gol, tetapi semuanya diselamatkan oleh Norazlan.

Jika Selangor berjaya melakukan keajaiban dan menghukum ketumpulan jentera serangan Pahang pada separuh akhir kedua nanti, mereka perlu berterima kasih kepada Norazlan atas persembahan cemerlangnya di Kuantan.

Hafiz Kamal (Pahang)

Sumber: Mohd Safwan, asiana.my
Sumber: Mohd Safwan, asiana.my

Jika Dickson Nwakaeme memberikan sistem 4-4-2 Pahang peluang-peluang gol, Hafiz Kamal pula memberikan sistem 4-4-2 Pahang kestabilan di tengah.

Sejak berganding dengan Zesh Rehman di bahagian tengah, Hafiz Kamal berubah daripada seorang pemain tengah biasa kepada seorang jeneral di tengah.

Mempunyai stamina yang tinggi dan kemahiran teknikal cemerlang yang membolehkannya mengambil sepakan sudut dan percuma dengan baik, Hafiz tidak mempunyai masalah untuk membuli dan mendominasi pasangan tengah pasukan lain.

Ketika menentang Selangor dalam separuh akhir pertama di Kuantan, Hafiz berpeluang menjaringkan gol jika voli minit-41 nya tidak singgah ke palang.

Jika pada musim lepas Hafiz merupakan watak pembantu kepada Azidan Sarudin di jentera tengah Pahang, pada musim ini, Hafiz adalah jeneral utama tengah Pahang.

Dan jika Selangor mahu melangkah ke final Piala Malaysia 2015, mereka perlu melangkah jasad Hafiz Kamal di tengah padang dahulu.

Zah Rahan Krangar (Felda United)

Sumber: Zureehan Zakaria, asiana.my
Sumber: Zureehan Zakaria, asiana.my

Ketika ini perhatian peminat bola sepak tempatan sedang terarah kepada penyerang Felda United yang juga merupakan penjaring terbanyak Piala Malaysia 2015 dengan 8 gol, Thiago Augusto.

Penjaring gol sentiasa akan menarik perhatian media, tetapi kreativiti dan kelas yang dipamerkan oleh perancang utama Felda United, Zah Rahan Krangar juga perlu diberikan perhatian.

Beroperasi di belakang Thiago Augusto dalam formasi 4-2-3-1 yang disusun oleh Irfan Bakti, Zah Rahan sering bebas dari kawalan pemain lawan untuk mencipta peluang-peluang gol.

Pemain Kedah merasai sendiri akibat membiarkan Zah Rahan bebas di tengah apabila perancang Liberia ini bertanggungjawab mencipta gol kedua untuk Thiago Augusto.

Sebagai persiapan separuh akhir kedua di Alor Star nanti, Kedah perlu menyediakan rancangan khas untuk membendung bahaya yang dipamerkan oleh Zah Rahan Krangar jika mereka mahu mempunyai peluang untuk melangkah ke final Piala Malaysia.

Mohd Syazwan Zainon (Kedah)

Sumber: Zureehan Zakaria, asiana.my
Sumber: Zureehan Zakaria, asiana.my

Ketika perhatian terarah kepada pemain Kedah lain seperti Sandro Mendonca, Chidi Edeh, Liridon Krasniqi dan Badrol Bakhtiar, Syazwan Zainon tetap memberikan persembahan cemerlang untuk Kedah.

Syazwan Zainon adalah pemain sayap klasik yang setiap jurulatih mahukan dalam pasukan mereka.

Rajin membuat larian, suka menewaskan pertahanan dalam situasi 1 lawan 1 dan mempunyai kelajuan yang baik – Syazwan Zainon sentiasa menggerakkan sayap kanan Kedah ketika serangan.

Beliau tidak memerlukan skil gelecekan yang tinggi, sebaliknya cukup dengan kelajuan dan ketinggian semangatnya untuk membekalkan hantaran lintang kepada penyerang.

Inilah yang dilakukannya untuk membekalkan 2 gol Kedah pada separuh akhir pertama menentang Felda United semalam.

Calon pemain terbaik PFAM bulan November ini bukanlah pemain Kedah paling popular, tetapi beliau adalah calon tepat hero tak didendang. Hero yang tetap melakukan kerjanya demi pasukan.

Saksikan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia, Selangor menentang Pahang di NTV7 (Saluran 107) dan Kedah menentang Felda United di TV9 (Saluran 119) pada hari Ahad, 6 Disember 2015 ini pada jam 8.30 malam.

Kedua-dua perlawanan juga boleh disaksikan secara Global Live Streaming di www.tonton.com.my/liveList

Insta SA2

The post 4 Hero Tidak Didendang Dalam Separuh Akhir Piala Malaysia 2015 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Hoki : 2015 FIH Hero Hockey World League Final

Pusingan Akhir Kejohanan Hoki Liga Dunia FIH 2015 atau 2015 FIH Hero Hockey World League Final akan berlangsung pada 27 November hingga 6 Disember 2015 di Raipur, India. 8 pasukan telah melayakkan diri ke kejohanan edisi kali kedua ini dan telah dibahagikan dalam 2 kumpulan. Kumpulan A atau Pool A terdiri daripada pasukan Australia, Great Britain, Belgium dan Kanada manakala Kumpulan B atau Pool B terdiri daripada Belanda, Jerman, Argentina serta pasukan tuan rumah India. 

Bual Sukan percaya, saingan merebut kejuaraan pastinya sengit dengan setiap pasukan mempunyai kekuatan serta keebihan masing-masing. Peminat hoki seluruh dunia juga bakal menyaksikan pertarungan sengit kelapan-lapan negara ini yang pastinya mempunyai misi masing-masing. Berikut adalah kedudukan kumpulan serta Jadual Perlawanan Kejohanan Hoki Liga Dunia 2015 di Raipur, India akan datang :

POOL A
Australia, Great Britain, Belgium, Kanada
28 November 2015
Great Britain lwn Kanada
Australia lwn Belgium

29 November 2015
Belgium wn Kanada
Australia lwn Great Britain 

1 Disember 2015
Australia lwn Kanada 
Great Britain lwn Belgium 

POOL B
Belanda, Jerman, Argentina, India

27 November 2015
Argentina lwn India
Jerman lwn Belanda

28 November 2015
Jerman lwn India
Belanda lwn Argentina
30 November 2015
Belanda lwn India
Argentina lwn Jerman 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa