Bola Sepak : Suku Akhir Piala FA Inggeris 2016/17

Saingan Piala FA Inggeris 2016/17 atau The Emirates FA Cup 2016/17 telah memasuki pusingan suku akhir. 8 pasukan terbaik akan bersaing merebut 4 slot pasukan ke saingan peringkat separuh akhir. Pasukan juara bertahan edisi 2015/16 yang lalu, Manchester United adalah antara pasukan yang berjaya ke saingan peringkat suku akhir. Paling mengejutkan adalah kemaraan pasukan dari Liga Kebangsaan atau National League, Lincoln City yang berjaya membenam cabaran pasukan Liga Perdana Inggeris iaitu Burnley pada saingan saingan pusingan kelima. Turut melangkah ke saingan suku akhir edisi kali ini adalah pasukan Chelsea, Tottenham Hotspurs, Middlesbrough dan Millwall. Baki 2 lagi pasukan akan ditentukan oleh pemenang perlawanan Sutton United/Arsenal yang akan bermain pada pagi ini serta pasukan Manchester City/Huddersfield Town yang akan bermain dalam perlawanan ulangan pada 28 Februari 2017 akan datang.

Undian pusingan keenam atau peringkat suku akhir telah diadakan pada 19 Februari 2017 telah menyaksikan pertemuan 2 kelab gergasi iaitu pasukan pendahulu Liga Perdana Inggeris 2016/17, Chelsea yang menjadi tuan rumah kepada pasukan juara bertahan Manchester United. Pusingan suku akhir dijadualkan berlangsung pada 10/11/12 Mac 2017 akan datang. Bual Sukan percaya, saingan kali ini pastinya akan lebih dramatik dan tidak mustahil kejutan akan berlaku sekali lagi pada peringkat suku akhir ini. Berikut adalah undian pusingan Suku Akhir Piala FA Inggeris 2016/17 akan datang :

10/11/12 Mac 2017
Chelsea lwn Manchester United
Middlesbrough lwn Manchester City/Huddersfield Town
Tottenham Hotspurs lwn Millwall
Arsenal lwn Lincoln City

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Laporan Piala FA Inggeris Pusingan Ke-2, Wimbledon Bangkit, Bristol Rovers Dikejutkan

Piala FA Inggeris musim 2016-17 akan memasuki Pusingan Ketiga. Tetapi pada hujung minggu lalu Pusingan Kedua sudah pun diadakan.

Namun, dua keputusan perlawanan pada pusingan ini amat memeranjatkan!

1. Luton Town 6-2 Solihull Moors

Pasukan pelawat mendahului 2 gol pada separuh masa pertama. Tetapi Luton bangkit mengejar di hadapan penyokong sendiri. Danny Hylton menjaringkan gol pertama Luton pada minit ke-51. 3 minit kemudian, John Mullins menyamakan kedudukan.

Pada minit ke-59, Luton mendahului dengan jaringan oleh Stephen O’Donnell. Jack Marriott menambah derita pasukan pelawat dengan menambah gol sewaktu minit ke-63.

Gol kelima Luton dijaringkan pada minit ke-89 oleh Stephen O’Donnell. Jack Marriott menambahkan koleksi gol pada perlawanan ini pada minit 90+2.

Luton yang kini bermain di League Two terselamat dari dikejutkan Solihull Moors yang beraksi di saingan National League.

2. Curzon Ashton 3-4 AFC Wimbledon

Ingat Bournemouth sahaja yang boleh bangkit minggu lalu. Kelab ‘legend’ AFC Wimbledon yang anda mungkin pernah dengar nama pun boleh. Mereka juga pemenang Piala FA 1988.

Cuba anda bayangkan, pasukan anda telah mendahului 3 gol tanpa balas selama 62 minit permainan di hadapan penyokong sendiri. Kemudiannya, pasukan pelawat bangkit untuk mengubah keputusan.

Ini terbukti dalam perlawanan semalam, Curzon Ashton mendahului Wimbledon selama 62 minit dengan 3 gol tanpa balas. Ketiga-tiga gol dijaringkan oleh Adam Morgan.

10 minit akhir perlawanan, segalanya berubah. AFC Wimbledon menghukum pasukan tuan rumah. Tom Elliott menjaringkan gol pada minit 80.

Seterusnya, Dominic Poleon mencetak gol kedua seminit kemudian. Pada minit ke-82, Tyrone Barnett menjaringkan gol penyamaan.

Ramai menyangka perlawanan ini akan berakhir dengan seri dan perlawanan ulangan diadakan! Tetapi Tom Elliott sekali lagi menjaringkan gol sekaligus gol kemenangan pada minit kecederaan (90+4).

Pasti penyokong tuan rumah pulang dengan hampa. Curzon Ashton kini bersaing di National League North pada musim ini. AFC Wimbledon pula bermain di League One.

Hatrik Adam Morgan yang sia-sia!

Yang Memalukan

Di sebalik kisah mengejutkan, terselit 2 lagi keputusan yang biolah dianggap memalukan.

1. Bristol Rovers 1-2 Barrow

Bristol Rovers yang berada di League Two dimalukan oleh lawan dari National League, Barrow! Bristol Rovers mendahului seawal minit ke-10 oleh jaringan Rory Gaffney.

Dua gol oleh pemain Barrow, Byron Harrison pada minit 16 dan 61 cukup membuatkan pasukan tuan rumah menderita!

2. Sutton United 2-1 Cheltenham Town

Pada minit ke-35, Danny Wright menjaringkan gol pertama dalam perlawanan ini untuk Cheltenham Town. Cheltenham Town bermain di League Two.

Kemudian Sutton United menyamakan kedudukan dengan jaringan oleh Matt Tubbs selepas bermula separuh masa kedua. Sutton United meraih gol kemenangan pada minit kecederaan (90+6) oleh Roarie Deacon.

Sutton United kini bermain di National League. Kali terakhir mereka melangkah ke Pusingan Ketiga Piala FA ialah pada 22 tahun yang lalu.

Kesimpulan

Piala FA Inggeris sering menghidangkan peminat di seluruh dunia kejutan (giant-killing) pada hampir setiap musim. ‘Giant-killing’ ini bererti kelab dari liga bawahan mengalahkan kelab yang bermain di liga lebih teratas!

Barangkali Pusingan Ketiga musim ini akan menawarkan kejutan-kejutan yang lagi luar biasa! Siapa tahu?

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga : Bola Sepak Pantai, Cabang Bola Sepak Yang Jarang Mendapat Perhatian

The post Laporan Piala FA Inggeris Pusingan Ke-2, Wimbledon Bangkit, Bristol Rovers Dikejutkan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sam Allardyce Cuba Bawa Steven N’Zonzi Ke Skuad England, Dakwa Tiada Defensive Midfielder Inggeris

Setiap ketua jurulatih atau pengurus pasukan pasti mempunyai beberapa pemain yang dipercayai dan dibawanya ke mana-mana pasukan yang diuruskannya.

Hal ini berlaku kerana pemain yang dipercayai mereka itu sesuai digunakan dengan falsafah dan taktikal yang digunakan oleh pengurus atau ketua jurulatih tersebut.

Dan inilah yang berlaku baru-baru ini kepada Steven N’zonzi (gambar bawah).

Tetapi apa yang mengejutkan media adalah pengurus yang mahu memanggil N’zonzi bermain bukanlah pengurus kelab. Sebaliknya pengurus England, Sam Allardyce!

Kekurangan pemain tengah defensif

Sebab utama Allardyce ingin membawa N’zonzi ke skuad England adalah kerana N’zonzi belum lagi melakukan penampilan bersama negara kelahirannya di peringkat senior iaitu Perancis.

Dalam pada masa yang sama, N’zonzi juga telah bermain di England selama 5 tahun sejak 2009.

Syarat untuk mendapatkan kerakyatan di United Kingdom adalah perlu bermastautin selama sekurang-kurangnya 5 tahun.

Menyedari kekurangan defensive midfielder yang sesuai untuk pasukannya dari bangsa Inggeris, Allardyce mula mencari pemain yang sesuai dengan taktikal beliau.

(Kami boleh fikirkan 5 calon defensive midfielder berbangsa Inggeris untuk skuad England kendalian Allardyce: Eric Dier, Danny Drinkwater, Isaac Hayden, Tom Huddlestone, Michael Carrick)

Lalu Allardyce mula memikirkan yang beliau mempunyai peluang untuk mendapatkan N’zonzi sebagai pemain England. Menurut Allardyce:

“Steven (N’zonzi) merupakan pemain yang sangat bagus. Tetapi beliau tidak pernah dapat penghargaan yang sepatutnya disebabkan saiz badan yang terlalu besar.”

“Bila pemain tersebut terlalu besar, orang akan mula berfikir yang kaki mereka tidak akan setangkas minda mereka berfikir bila bermain.”

“Dan mereka juga akan rasa pemain tersebut tidak tajam dan tangkas dalam pergerakan mereka.

Dihalang FIFA

Namun begitu, usaha Allardyce untuk membawa N’zonzi ke skuad England dihalang oleh FIFA.

Walaupun beliau belum pernah melakukan penampilan bersama skuad senior Perancis, FIFA menghalang percubaan Allardyce tersebut kerana N’zonzi pernah bermain bersama skuad bawah-21 tahun Perancis pada 7 tahun yang lalu.

Namun FIFA difahamkan yang pihak Football Association (FA), akan merayu mengenai hal ini walaupun peratusan untuk berjaya dalam proses rayuan ini tipis.

“Kami sudah mencuba untuk dapatkan N’zonzi untuk skuad England, dan saya jelas berminat dengan pemain tersebut.”

“Namun setelah FIFA menghalang usaha kami, saya rasakan ianya mustahil untuk rayuan itu berjaya. Dan saya rasakan perkara ini tiada gunanya lagi.”

Allardyce adalah orang yang bertanggungjawab membawa N’zonzi ke England pada 2009, ketika itu beliau menjadi pengurus di Blackburn Rovers.

Selepas 3 tahun di Blackburn Rovers, N’zonzi ke Stoke City pada 2012 dan ke Sevilla selepas 3 tahun berada di sana.

Baca juga: Sam Allardyce: Diego Simeone Akan Dipanggil ‘Boring’Jika Beliau Mengurus Di Premier League

The post Sam Allardyce Cuba Bawa Steven N’Zonzi Ke Skuad England, Dakwa Tiada Defensive Midfielder Inggeris appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Calon Penjaga Gol Terbaik Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab bakal bersaing merebut kejuaraan musim ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City pastinya akan berusaha mengekalkan kejuaraan yang merekakecapi musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini pastinya lebih mencabar dengan setiap pasukan menandatangani pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing. Selain itu juga, beberapa kelab telah merombak barisan pengurusan kelab ekoran prestasi mengecewakan musim lalu. Dengan musim liga yang panjang, pengurus pasukan masing-masing pastinya mempunyai perancangan terbaik ke atas pasukan bagi memastikan pasukan mampu bersaing merebut kejuaraan selain mengelakkan pasukan terperosok di kedudukan terbawah carta liga.

Antara pemain yang dijangka menjadi tumpuan utama adalah penjaga gol pasukan masing-masing. Kemampuan mereka mengawal dan menyelamatkan gawang daripada dibolosi lawan mampu menaikkan semangat pasukan selain membantu pasukan mencatatkan keputusan yang terbaik. Namun begitu, kerjasama padu setiap pemain adalah amat penting bagi memastikan benteng terakhir mereka iaitu penjaga gol mampu melaksanakan tugasan terbaik bagi memastikan gawang tidak dibolosi lawan. Pada pandangan Bual Sukan, berikut adalah antara calon penjaga gol terbaik Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

David de Gea (Manchester United)
Hugo Lloris (Tottenham Hotspur)
Petr Cech (Arsenal)
Joe Hart (Manchester City)
Kasper Schmeichel (Leicester City)
Thibaut Courtois (Chelsea)
Fraser Foster (Southampton)
Adrian (West Ham)  

Simon Mignolet (Liverpool)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Calon Penjaring Terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab bakal bersaing merebut kejuaraan liga musim ini selain tiket ke saingan eropah musim 2017/18 akan datang serta mengelakkan pasukan daripada terperosok di 3 tangga terbawah seterusnya membawa kepada relegasi ke Liga Kejuaraan 2017/18. Pasukan penuh kejutan musim lalu yang juga merupakan juara saingan Liga Perdana Inggeris 2015/16 yang lalu, Leicester City pastinya sekali lagi sedaya upaya mengekalkan konsistensi permainan musim lalu seterusnya berusaha mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini dilihat sangat menarik di mana pasukan-pasukan melantik barisan pengurusan baru serta menandatangani pemain-pemain berkualiti memantapkan pasukan masing-masing.
Dengan musim dan jadual liga yang panjang serta jadual domestik dan saingan kelab-kelab eropah yang padat, setiap pasukan pastinya akan memastikan pemain-pemain mereka dapat mengelak daripada mengalami kecederaan serta mengekalkan tahap kecergasan tertinggi bagi memastikan kelab mereka mampu terus bersaing pada edisi kali ini. Setiap pengurus pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik menentang pasukan lawan sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. Keupayaan pasukan menyudahkan setiap gerakan dan peluang menjaringkan gol adalah antara faktor yang penting memastikan kejayaan pasukan masing-masing. Antara pemain yang bakal menjadi tumpuan adalah pemain penyerang pasukan. 

Musim 2015/16 menyaksikan bagaimana ketajaman penyudah penyerang kebangsaan England, Jamie Vardy yang mewakili Leicester City membantu pasukannya mencatatkan keputusan-keputusan penting dengan jaringan beliau seterusnya membantu pasukan muncul juara buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka. Musim 2016/17 bakal menyaksikan saingan penyerang kelab masing-masing bersaing merebut gelaran kasut emas selaku penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17. Berikut adalah calon yang Bual Sukan jangkakan mampu bersaing menjadi penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

Harry Kane (Tottenham Hotspur)
Jamie Vardy (Leicester City)
Sergio Aguero (Manchester City)
Romelu Lukaku (Everton)
Olivier Giroud (Arsenal)
Alexis Sanchez (Arsenal)
Daniel Sturridge (Liverpool)
Diego Costa (Chelsea)
Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Perpindahan Pemain Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan musim baru ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City turun selaku juara bertahan. Setiap pasukan kini sedang sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing dengan mengadakan perlawanan pramusim sebagai pemanas badan menghadapi musim baru yang pastinya akan lebih mencabar. Selain itu juga, setiap pasukan kini sibuk di pasaran perpindahan pemain dengan menandatangani pemain-pemain baru bagi digabungkan dengan pemain sedia ada selain memberikan peluang kepada pemain-pemain muda berpotensi bagi memantapkan setiap posisi menghadapi musim panjang akan datang. Musim 2016/17 juga akan menyaksikan beberapa pasukan melantik pengurus yang baru setelah musim mengecewakan pada saingan musim lalu.
Dengan jendela perpindahan pemain akan tamat pada penghujung Ogos akan datang, setiap pasukan pastinya akan membawa masuk pemain-pemain berkualiti untuk kelab masing-masing. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya tidak mahu kecewa dengan pembelian pemain dan akan memastikan pemain-pemain berkualiti dan berpotensi ditandatangani oleh kelab masing-masing. Berikut adalah senarai perpindahan pemain Liga Perdana Inggeris 2016/17 mengikut pasukan :

AFC Bournemouth
Jordan Ibe
Lys Mousset
Emerson Hyndman
Nathan Ake
Lewis Cook
Brad Smith

Arsenal 
Granit Xhaka
Takuma Asano
Rob Holding

Burnley
Jamie Thomas
Robert Leitch
Nick Pope
Johann Berg Gudmundsson

Chelsea
Michy Batshuayi
N’Golo Kante

Crystal Palace
Andros Townsend
Steve Mandanda
James Tomkins 

Everton
Maarten Stekelenburg
Bassala Sambou
Chris Renshaw

Hull City 
Jonathan Edwards
Will Mannion

Leicester City
Nampalys Mendy
Ron-Robert Zieler
Luis Hernandez
Raul Uche Rubio
Ahmed Musa

Liverpool
Sadio Mane
Loris Karius
Joel Matip
Ragnar Klavan
Georginio Wijnaldum
Alex Manninger

Manchester City
Ilkay Gundorgan
Nolito
Oleksandr Zinchenko
Aaron Mooy

Manchester United
Eric Bailly
Zlatan Ibrahimovic
Henrik Mkhitaryan

Middlesbrough
Marten de Roon
Viktor Fischer
Bernardo Espinosa
Jordan McGhee
Victor Valdes
Alvaro Negredo

Southampton
Nathan Redmond
Pierre-Emile Hojbjerg
Kieran Freeman

Stoke City
Joe Allen
Ramadan Sobhi

Sunderland

Swansea City 
Leroy Fer
Mike van der Hoorn
Mark Birighitti
Tyler Reid
George Byers

Tottenham Hotspur
Vincent Janssen
Victor Wanyama

Watford
Isaac Success
Christian Kabasele
Jerome Sinclair
Juan Camilo Zuniga
Brice Dja Djedje

West Bromwich Albion 
Matt Philips

West Ham United
Manuel Lanzini
Toni Martinez
Havard Nordtveit
Sofiane Feghouli
Gokhan Tore
Domingos Quina
Ashley Fletcher

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Pengurus Pasukan Liga Perdana Inggeris 2016/17

Sepak mula musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 dan dijangka berakhir pada 21 Mei 2017 akan datang. Ini merupakan musim ke 25 sejak ianya mula dijenamakan sebagai Liga Perdana sejak tahun 1992 yang lalu. 20 pasukan bakal bersaing merebut gelaran kejuaran musim ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City pastinya akan sekali lagi akan berusaha mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun begitu, saingan musim ini pastinya lebih mencabar di mana beberapa kelab telah membuat rombakan ke atas pasukan masing-masing dengan melantik barisan pengurus baru bagi memastikan kelab mampu mencabar kejuaraan musim ini. Selain itu juga, setiap kelab kini giat menjalani persiapan pramusim dengan mengadakan perlawanan pemanas badan selain menandatangni pemain-pemain baru bagi memantapkan pasukan masing-masing menghadapi musim panjang Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang. 
3 kelab baru yang bakal bersaing pada Liga Perdana Inggeris 2016/17 ini ialah pasukan Burnley, Hull City dan Middlesbrough menggantikan 3 pasukan yang tersingkir ke saingan Liga Kejuaraan 2016/17 iaitu Newcastle, Norwich City dan Aston Villa. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi oleh pasukan adalah amat penting untuk mencapai kemenangan bagi memastikan pasukan mampu mencabar kejuaraan musim ini. Setiap Pengurus juga pastinya akan merencanakan formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukan masing-masing bagi memberi cabaran musim ini. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai disiplin pertahanan yang baik mampu mencapai keputusan yang diinginkan. 

Musim Liga Perdana Inggeris 2015/16 yang lalu menyaksikan bagaimana beberapa pengurus pasukan dipecat serta meletak jawatan ekoran prestasi pasukan yang mengecewakan pengurusan kelab masing-masing. Musim ini juga pastinya juga turut mencabar pengurus kelab masing-masing yang berdepan ekspektasi tinggi barisan pengurusan tertinggi kelab serta peminat masing-masing. Berikut adalah senarai Pengurus pasukan kelab Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

AFC Bournemouth : Eddie Howe (England)
Arsenal : Arsene Wenger (Perancis)
Burnley : Sean Dyche (England)
Chelsea : Antonio Conte (Itali)
Crystal Palace : Alan Pardew (England)
Everton : Ronald Koeman (Belanda)
Hull City : Steve Bruce (England)
Leicester City : Claudio Ranieri (Itali)Liverpool : Jurgen Klopp (Jerman)
Manchester City : Josep Guardiola (Sepanyol)
Manchester United : Jose Mourinho (Portugal)
Middlesbrough : Aitor Karanka (Sepanyol)
Southampton : Claude Puel (Perancis)
Stoke City : Mark Hughes (Wales)
Sunderland : David Moyes (Scotland)
Swansea City : Francesco Guidolin (Itali)
Tottenham Hotspur : Mauricio Pochettino (Argentina)
Watford : Walter Mazzari (Itali)
West Bromwich Albion : Tony Pulis (Wales)West Ham United : Slaven Bilic (Croatia)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab akan bersaing merebut kejuaraan musim ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City di bawah kendalian Pengurus Itali, Claudio Ranieri pastinya akan berusaha mengulangi musim gemilang mereka merangkul kejuaraan musim lalu. Namun begitu, laluan mengekalkan kejuaraan pastinya bukan mudah dengan pasukan-pasukan gergasi seperti Arsenal, Manchester City, Tottenham Hotspur, Manchester United, Liverpool dan Chelsea pastinya adalah antara pasukan pilihan mencabar kejuaraan liga musim 2016/17. Musim 2016/17 juga menyaksikan perubahan kepada pengurusan kelab di mana beberapa kelab melantik pengurus baru kelab masing-masing. Antaranya ialah Pep Guardiola (Manchester City), Jose Mourinho (Manchester United), Antonio Conte (Chelsea), Ronald Koeman (Everton), Claudio Puel (Southampton) dan Walter Mazzari (Watford).
Dengan musim yang panjang, setiap pasukan pastinya mempunyai perancangan masing-masing untuk mencapai keputusan terbaik bagi mencabar kejuaraan musim ini. Setiap pasukan pastinya akan menggunakan kesempatan musim perpindahan pemain ini dengan menandatangani pemain-pemain baru berkualiti selain memperkenalkan pemain-pemain muda berpotensi tinggi bagi digabungkan dengan pemain-pemain sedia ada untuk memantapkan pasukan masing-masing. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan adalah amat penting untuk mendapatkan keputusan terbaik. Setiap pengurus juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing menentang pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai disiplin pertahanan yang baik pastinya mampu mencapai keputusan yang diinginkan.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa :

13 Ogos 2016 (Sabtu)
Hull City lwn Leicester City
Everton lwn Tottenham Hotspur
Southampton lwn Watford
Middlesbrough lwn Stoke City
Crystal Palace lwn West Bromwich Albion
Burnley lwn Swansea City
Manchester City lwn Sunderland

14 Ogos 2016 (Ahad)
AFC Bournemouth lwn Manchester United
Arsenal lwn Liverpool

15 Ogos 2016 (Isnin)
Chelsea lwn West Ham United

19 Ogos 2016 (Jumaat)
Manchester United lwn Southampton

20 Ogos 2016 (Sabtu)
Stoke City lwn Manchester City
Swansea City lwn Hull City
West Bromwich Albion lwn Everton
Watford lwn Chelsea
Tottenham Hotspur lwn Crystal Palace
Burnley lwn Liverpool
Leicester City lwn Arsenal

21 Ogos 2016 (Ahad)
Sunderland lwn Middlesbrough
West Ham United lwn AFC Bournemouth

27 Ogos 2016 (Sabtu)
Tottenham Hotspur lwn Liverpool
Everton lwn Stoke City
Crystal Palace lwn AFC Bournemouth
Chelsea lwn Burnley
Leicester City lwn Swansea City
Sunderland lwn Southampton
Watford lwn Arsenal 
Hull City lwn Manchester United

28 Ogos 2016 (Ahad)
West Bromwich Albion lwn Middlesbrough
Manchester City lwn West Ham United
Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Calon Inggeris vs Calon Asing: Siapa Yang Perlu England FA Lantik Ganti Hodgson?

Selepas rakyat England disajikan dengan persembahan buruk oleh skuad bola sepaknya ketika Piala Eropah 2016, ketua jurulatih England Roy Hodgson mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatannya.

Perletakan jawatan Hodgson dilakukan sejurus selepas kekalahan 1-2 England kepada Iceland dalam perlawanan 16 pasukan terbaik, ketika sidang media.

Media menyifatkan kekalahan ini adalah yang terburuk dalam sejarah bola sepak Inggeris sejak kalah kepada pemain-pemain amatur Amerika Syarikat semasa Piala Dunia 1950.

Kini FA England sedang giat mencari pengganti Hodgson. Persoalannya: siapa calon-calonnya?

Jawatan impian ramai

Disebalik tekanan yang bakal dihadapi oleh pengganti Hodgson, pengerusi FA England, Greg Dykes tetap mempertahankan premis bahawa jawatan ketua jurulatih England adalah antara jawatan impian ramai jurulatih di dunia.

Namun Dykes memberitahu The Guardian, calon-calon pengganti Hogdson perlulah benar-benar faham dengan bola sepak Inggeris.

“Kami berjanji akan melantik orang yang terbaik pada kali ini,” tambah Dykes lagi.

Sementara itu, Ketua Pengarah Eksekutif FA England, Glenn Martin (gambar bawah), memberitahu apa yang pegawai-pegawai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak berani beritahu di media:

“Saya bukan pakar bola sepak. Oleh sebab itu dalam hal memilih ketua jurulatih England yang baru ini, saya akan dibantu oleh orang yang lebih pakar.”

‘Orang yang lebih pakar’ yang dimaksudkan oleh Martin adalah Dan Ashworth dan David Gill.

Dan Ashworth merupakan Pengarah Teknikal FA dan bekas pemain profesional.

David Gill (gambar bawah) pula wajib dikenali oleh setiap peminat Manchester United.

Kini berkhidmat sebagai Naib Pengerusi FA dan ahli lembaga pengarah FIFA Council, Gill pernah berkhidmat untuk Manchester United ketika era keemasan Sir Alex Ferguson sebagai Pengarah Kewangan dan Ketua Pengarah Eksekutif.

35C1C7C800000578-0-image-a-2_1467143278433

Sam Allardyce dahului calon lain

Bercakap mengenai calon pengganti Hodgson, akhbar Independent melaporkan Sunderland sudahpun menghubungi David Moyes sebagai calon untuk mengemudi pasukan tersebut pada musim baru.

Ini sekaligus menguatkan dakwaan bahawa Sam Allaryce (gambar bawah) hampir pasti menjadi ketua jurulatih baru skuad the Three Lions.

Plot sama FA England?

Jika berita Sam Allardyce bakal menjadi ketua jurulatih baru England menjadi kenyataan, jawatankuasa pemilihan yang dianggotai Martin, Ashworth dan Gill boleh dianggap gagal mengubah trend FA England sebelum ini.

Beberapa minggu lalu, mereka dikaitkan dengan Jurgen Klinsmann. Bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal, Klinsmann menawarkan diri untuk ditemuduga oleh FA England.

FA England juga dilaporkan oleh media telah bersetuju untuk menemuduga Klinsmann.

Bagaimanapun sehingga kini, masih belum ada apa-apa perkembangan tentang berita ini.

Selain Klinsmann dan Allardyce, Gary Southgate, Steve Bruce dan Arsene Wenger turut berada dalam radar FA England.

Southgate yang kini mengurus skuad bawah-21 England dilaporkan hanya berminat dengan jawatan ini atas kapasiti interim sahaja.

Pengurus Arsenal, Wenger pula hanya berminat selepas kontraknya bersama Arsenal tamat.

Berdasarkan senarai calon, FA England mungkin boleh dituduh bersikap ego kerana masih kurangnya calon bukan Inggeris.

Mungkin kata-kata Martin Glenn yang menetapkan bahawa FA England mahukan jurulatih yang ‘faham akan bolasepak Inggeris’ adalah isyarat jurulatih seterusnya adalah orang Inggeris ataupun pengurus yang pernah atau sedang berkhidmat dalam Liga Inggeris.

England pernah melantik Fabio Capello sebagai jurulatih asing kedua dalam sejarah bola sepak England.

Namun selepas Capello melepaskan jawatan, mereka kembali dengan sentimen Inggeris untuk melantik Roy Hodgson.

Apa pencapaian Hodgson yang membuatkan beliau dilantik?

Hodgson mungkin dilantik oleh FA England kerana pencapaian hebatnya bersama Fulham dalam kempen Europa League pada musim 2009/2010. T

Tetapi perlu diingat, Liverpool juga pernah melantik Hodgson atas sebab yang sama (kebolehannya mengemudi Fulham hingga ke final Europa League 2009/2010).

Dan beliau gagal.

Liga Inggeris Adalah Paltform Lebih Baik Musim Hadapan

Lihat sendiri Premier League. Dalam liga yang penuh glamor ini, pengurus-pengurus berbangsa Inggeris merupakan nama paling banyak mengisi berita-berita perlantikan dan pemecatan yang tiada kesudahannya.

Mereka juga ibarat menjadi kitaran dalam dunia pecat dan lantik.

England memerlukan jurulatih yang ada falsafah bolasepak yang utuh. Ini kerana mereka memiliki gedung bakat muda yang sangat besar dengan struktur liga bolasepak mereka.

Jurulatih muda Inggeris yang sentiasa membawa idea baru seperti Eddie Howe perlu disokong.

Lihatlah apa yang beliau lakukan di Bournemouth jika kita mengambil kira falsafah bola sepaknya yang menarik dan limitasi bajet tahunannya, ia sesuatu yang sangat mengagumkan.

 

Tetapi untuk jangka masa pendek, England perlu lebih berani menerima idea bola sepak dari jurulatih asing.

Ketiadaan idea taktikal untuk memecah benteng Iceland adalah antara kelemahan ketara Hodgson dan majoriti ketua jurulatih keluaran FA England.

Buat masa ini, Engalnd tak perlu terburu-buru untuk melantik ketua jurulatih baru.

Jadi jika anda berada di kerusi jawatankuasa pemilihan seperti Glenn Martin, David Gill dan Dan Ashworth, siapa pula calon yang anda pilih dan mengapa?

Baca juga: 5 Sebab Kegagalan England Dalam Piala Eropah 2016

The post Calon Inggeris vs Calon Asing: Siapa Yang Perlu England FA Lantik Ganti Hodgson? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Kelab Liga Perdana Inggeris Musim 2016/17

Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau 2016/17 Premier League merupakan musim yang ke 25 sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1992. Sepak mula musim baru akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang dan dijadualkan berakhir pada 21 Mei 2017. 20 kelab akan bersaing merebut takhta kejuaraan musim akan datang di mana pasukan penuh kejutan, Leicester City selaku juara bertahan musim 2015/16 sekali lagi akan memberikan permainan terbaik untuk mengekalkan kejuaraan yang mereka miliki. Namun begitu, saingan musim 2016/17 pastinya akan lebih menarik dengan kehadiran pengurus baru seperti Josep Pep Guardiola (Manchester City), Jose Mourinho (Manchester United) serta Antonio Conte (Chelsea).

Bagi musim akan datang, 3 pasukan Liga Kejuaraan 2015/16 atau 2015/16 English League Championship yang akan bersaing dalam Liga Perdana ialah Burnley (Juara), Middlesbrough (Naib Juara) serta Hull City (Pemenang Perlawanan Playoff) menggantikan 3 pasukan yang tersingkir ke Liga Kejuaraan 2016/17 iaitu Newcastle United, Norwich City dan Aston Villa. Undian serta Jadual Perlawanan musim baru akan dikeluarkan pada 15 Jun 2016 akan datang.

Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan membuat persiapan rapi menghadapi musim baru akan datang dengan membawa masuk dan menandatangani pemain-pemain baru berkualiti bagi memantap serta menguatkan pasukan masing-masing. Berikut adalah senarai 20 kelab yang bakal bersaing untuk musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms: