Bola Sepak : Jadual Perlawanan Piala Presiden 2017

Sepak mula saingan bola sepak bawah 21 tahun negara, Piala Presiden akan membuka tirai saingan pada 23 Februari 2017 (Khamis) akan datang. 20 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara edisi ke 31 ini. 20 pasukan ini telah diundi dalam 2 kumpulan di mana kedua-dua kumpulan mengandungi 10 pasukan. 4 pasukan teratas kumpulan masing-masing akan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Presiden 2017 akan datang. Saingan Piala Presiden 2017 ini pastinya adalah antara medan untuk mencungkil pemain-pemain muda berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan senior negeri atau kelab masing-masing. Selain itu juga, pemain-pemain yang berbakat besar juga berpotensi diserapkan dalam kem pasukan kebangsaan bawah umur 22 tahun.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih pasukan-pasukan yang bersaing pastinya akan mencurahkan segala ilmu untuk pemain-pemain muda ini untuk melangkah lebih jauh di masa akan datang. Saingan edisi kali ini juga pastinya sengit dan setiap perlawanan yang dihadapi pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing untuk mencatat kemenangan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala Presiden 2017 akan datang :

PERLAWANAN PERTAMA
23 Februari 2017 (Khamis)
Kumpulan A
Johor Darul Ta’zim III lwn Kelantan
Kedah lwn Pulau Pinang
Terengganu lwn PDRM FA
Sarawak lwn Felda United
Melaka lwn UiTM FC

Kumpulan B
Selangor lwn TTeam
Pahang lwn Negeri Sembilan
Perak lwn PKNS FC
Sabah lwn PKNP FC
ATM FA lwn Kuala Lumpur

PERLAWANAN KEDUA
2 Mac 2017 (Khamis)
Kumpulan A
Kelantan lwn Kedah
UiTM FC lwn Johor Darul Ta’zim III 
Pulau Pinang lwn Terengganu
PDRM FA lwn Sarawak
Felda United lwn Melaka

Kumpulan B
TTeam lwn Pahang
Kuala Lumpur lwn Selangor
Negeri Sembilan lwn Perak
PKNS FC lwn Sabah
PKNP FC lwn ATM FA

PERLAWANAN KETIGA
9 Mac 2017 (Khamis)
Kumpulan A
Terengganu lwn Kelantan
Kedah lwn Johor Darul Ta’zim III
Sarawak lwn Pulau Pinang
Melaka lwn PDRM FA
Felda United lwn UiTM FC

Kumpulan B
Perak lwn TTeam
Pahang lwn Selangor
Sabah lwn Negeri Sembilan
ATM FA lwn PKNS FC
PKNP FC lwn Kuala Lumpur

PERLAWANAN KEEMPAT
30 Mac 2017 (Khamis)
Kumpulan A
Johor Darul Ta’zim III lwn Terengganu
UiTM FC lwn Kedah
Pulau Pinang lwn Melaka
PDRM FA lwn Felda United
Kumpulan B
Sabah lwn TTeam 
Selangor lwn Perak
Kuala Lumpur lwn Pahang
Negeri Sembilan lwn ATM FA
PKNS FC lwn PKNP FC 

31 Mac 2017 (Jumaat)
Kumpulan A
Kelantan lwn Sarawak 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Piala Belia 2017

Saingan bola sepak Piala Belia 2017 dijadualkan bermula pada 26 Februari 2017 (Ahad) akan datang. Kejohanan edisi kali ke 8 sejak diperkenalkan pada tahun 2008 ini melibatkan aksi pemain bola sepak peringkat umur bawah 19 tahun. Saingan edisi kali ini melibatkan 19 buah pasukan di mana mereka telah diundi dalam 2 kumpulan. Kumpulan A mengandungi 10 buah pasukan manakala Kumpulan B terdiri daripada 9 buah pasukan. Seperti saingan Piala FAM 2017 dan Piala Presiden 2017, 4 pasukan teratas setiap kumpulan akan melangkah ke saingan peringkat suku akhir Piala Belia 2017.

Bual Sukan percaya, saingan Piala Belia 2017 pastinya menarik perhatian kerana inilah antara platform terbaik pemain-pemain muda bawah 19 tahun mempamerkan potensi masing-masing untuk diserapkan ke peringkat saingan yang lebih tinggi seperti mewakili pasukan Piala Presiden negeri atau kelab masing-masing sebelum berpeluang diserapkan dalam pasukan senior. Ketua Jurulatih pasukan juga pastinya akan mencurahkan segala pengalaman serta kemahiran membimbing pemain-pemain muda ini menyerlahkan potensi sebenar mereka dengan penuh semangat kesukanan serta bersedia dari segi mental dan fizikal bagi mengharungi cabaran Piala Belia 2017 ini. Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala Belia 2017 (tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa) :

PERLAWANAN PERTAMA
26 Februari 2017 (Ahad)
Kumpulan A
Pulau Pinang lwn Kedah
Pahang lwn Kelantan
Johor Darul Ta’zim IV lwn PKNS FC
Sarawak lwn Terengganu
SSMP B-17 lwn SSTMI B-17 

Kumpulan B
Felda United lwn Sabah
Selangor lwn Negeri Sembilan
Perlis lwn Perak
SSTMI B-16 lwn Melaka

PERLAWANAN KEDUA
5 Mac 2017 (Ahad)
Kumpulan A
Kedah lwn Kelantan
SSTMI B-17 lwn Pulau Pinang
Pahang lwn Johor Darul Ta’zim IV
PKNS FC lwn Sarawak
Terengganu lwn SSMP B-17

Kumpulan B
Sabah lwn Selangor
Negeri Sembilan lwn Perlis
Perak lwn SSTMI B-16
Melaka lwn Kuala Lumpur

PERLAWANAN KETIGA
8 Mac 2017 (Rabu)
Kumpulan A
Johor Darul Ta’zim IV lwn Kedah
Kelantan lwn Pulau Pinang
Sarawak lwn Pahang
SSMP B-17 lwn PKNS FC
Terengganu lwn SSTMI B-17

Kumpulan B
Perlis lwn Sabah
Selangor lwn Felda United
SSTMI B-16 lwn Negeri Sembilan
Kuala Lumpur lwn Perak

PERLAWANAN KEEMPAT
2 April 2017 (Ahad)
Kumpulan A
Kedah lwn Sarawak
Pulau Pinang lwn Johor Darul Ta’zim IV
Kelantan lwn SSTMI B-17
Pahang lwn SSMP B-17
PKNS FC lwn Terengganu

Kumpulan B
SSTMI B-16 lwn Sabah
Felda United lwn Perlis
Negeri Sembilan lwn Kuala Lumpur
Perak lwn Melaka

PERLAWANAN KELIMA
9 April 2017 (Ahad)
Kumpulan A
SSMP B-17 lwn Kedah
Sarawak lwn Pulau Pinang
Johor Darul Ta’zim IV lwn Kelantan
Terengganu lwn Pahang
PKNS FC lwn SSTMI B-17

Kumpulan B
Kuala Lumpur lwn Sabah
SSTMI B-16 lwn Felda United
Perlis lwn Selangor
Melaka lwn Negeri Sembilan

PERLAWANAN KEENAM
12 April 2017 (Rabu)
Kumpulan A
Kedah lwn Pahang 
Pulau Pinang lwn PKNS FC
Kelantan lwn Terengganu
Johor Darul Ta’zim IV lwn SSMP B-17
SSTMI B-17 lwn Sarawak

Kumpulan B
Sabah lwn Negeri Sembilan
Felda United lwn Perak
Selangor lwn Melaka
Perlis lwn Kuala Lumpur

PERLAWANAN KETUJUH
16 April 2017 (Ahad)
Kumpulan A
PKNS FC lwn Kedah
Terengganu lwn Pulau Pinang
SSMP B-17 lwn Kelantan
Pahang lwn SSTMI B-17

Kumpulan B
Perak lwn Sabah
Melaka lwn Felda United
Kuala Lumpur lwn Selangor
SSTMI B-16 lwn Perlis

19 April 2017 (Rabu)
Kumpulan A
Sarawak lwn Johor Darul Ta’zim IV

PERLAWANAN KELAPAN
21 April 2017 (Jumaat)
Kumpulan A
Kelantan lwn Sarawak

23 April 2017 (Ahad)
Kumpulan A
Kedah lwn Terengganu
Pulau Pinang lwn SSMP B-17
SSTMI B-17 lwn Johor Darul Ta’zim IV
Pahang lwn PKNS FC

Kumpulan B
Sabah lwn Melaka 
Felda United lwn Kuala Lumpur
Selangor lwn SSTMI B-16
Negeri Sembilan lwn Perak
PERLAWANAN KESEMBILAN
30 April 2017 (Ahad)
Kumpulan A
SSTMI B-17 lwn Kedah
Pahang lwn Pulau Pinang
PKNS FC lwn Kelantan
Terengganu lwn Johor Darul Ta’zim IV
SSMP B-17 lwn Sarawak

Kumpulan B
Negeri Sembilan lwn Felda United
Perak lwn Selangor
Melaka lwn Perlis
Kuala Lumpur lwn SSTMI B-16

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Piala FAM 2017

Sepak mula Piala FAM 2017 akan bermula pada 19 Februari 2017 (Ahad) ini. Pada awalnya, saingan Piala FAM 2017 edisi ke 66 ini melibatkan saingan 16 pasukan. Namun begitu, pasukan berpangkalan di Pulau Pinang iaitu Sungai Ara FC mengumumkan penarikan diri mereka dalam saingan Piala FAM 2017 pada 15 Februari 2017 yang lalu ekoran masalah penajaan. 15 pasukan yang terus bersaing ini akan merebut 2 tempat ke perlawanan akhir Piala FAM 2017 serta 2 slot pasukan ke saingan Liga Premier 2018 akan datang. 15 pasukan ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan di mana 8 pasukan dalam Kumpulan A manakala 7 lagi pasukan dalam Kumpulan B. 4 pasukan teratas setiap kumpulan akan melangkah ke peringkat suku akhir Piala FAM 2017. 

Bual Sukan berpandangan, setiap pasukan mempunyai peluang yang seimbang untuk merebut slot ke suku akhir. Setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk mencapai keputusan yang baik sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan. Ketua Jurulatih pasukan masing-masing juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik menghadapi pasukan lawan mereka. Saingan edisi kali ini juga pastinya sengit dan tidak mustahil saingan kali ini lebih menarik. Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala FAM 2017 :

PERLAWANAN PERTAMA
19 Februari 2017 (Ahad)
KUMPULAN A
Shahzan Muda FC lwn DBKL FC
Hanelang FC lwn MPKB BRI – UBES FC
UKM FC lwn KDMM FC
Felcra FC lwn MOF FC

KUMPULAN B
Kuching FA lwn PBMS FC
SAMB FC lwn Terengganu City FC
Penjara FC lwn Sime Darby FC

PERLAWANAN KEDUA
26 Februari 2017 (Ahad)
KUMPULAN A
DBKL FC lwn Hanelang FC
KDMM FC lwn Felcra FC
MPKB BRI – UBES FC lwn UKM FC
MOF FC lwn Shahzan Muda FC

KUMPULAN B
PBMS FC lwn SAMB FC 
Terengganu City FC lwn PJ Rangers FC
Sime Darby FC lwn Kuching FA

PERLAWANAN KETIGA
5 Mac 2017 (Ahad)
KUMPULAN A
Hanelang FC lwn Shahzan Muda FC
UKM FC lwn DBKL FC 
Felcra FC lwn MPKB BRI – UBES FC
KDMM FC lwn MOF FC

KUMPULAN B
SAMB FC lwn Kuching FA
PJ Rangers FC lwn PBMS FC 
Penjara FC lwn Terengganu City FC 

PERLAWANAN KEEMPAT
19 Mac 2017 (Ahad)
KUMPULAN A
DBKL FC lwn Felcra FC
Shahzan Muda FC lwn UKM FC
MPKB BRI – UBES FC lwn KDMM FC
MOF FC lwn Hanelang FC

KUMPULAN B
PBMS FC lwn Penjara FC
Kuching FA lwn PJ Rangers FC
Sime Darby FC lwn SAMB FC 

PERLAWANAN KELIMA
9 April 2017 (Ahad)
KUMPULAN A
UKM FC lwn Hanelang FC
Felcra FC lwn Shahzan Muda FC
KDMM FC lwn DBKL FC
MPKB BRI – UBES FC lwn MOF FC

KUMPULAN B
PJ Rangers FC lwn SAMB FC 
Penjara FC lwn Kuching FA
Terengganu City FC lwn Sime Darby FC 

PERLAWANAN KEENAM
16 April 2017 (Ahad)
KUMPULAN A
DBKL FC lwn MPKB BRI – UBES FC
Shahzan Muda FC lwn KDMM FC
Hanelang FC lwn Felcra FC
MOF FC lwn UKM FC

KUMPULAN B
PBMS FC lwn Terengganu City FC 
SAMB FC lwn Penjara FC 
Sime Darby FC lwn PJ Rangers FC

PERLAWANAN KEEMPAT
23 April 2017 (Ahad)
KUMPULAN A
Felcra FC lwn UKM FC
KDMM FC lwn Hanelang FC 
MPKB BRI – UBES FC lwn Shahzan Muda FC 
MOF FC lwn DBKL FC

KUMPULAN B
Penjara FC lwn PJ Rangers FC
Terengganu City FC lwn Kuching FA 
Sime Darby FC lwn PBMS FC

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Premier 2017

Sepak mula musim baru Liga Malaysia 2017 akan bermula pada 20 Januari 2017 akan datang. Antara saingan yang pastinya mendapat tumpuan peminat adalah saingan Liga Premier Malaysia 2017 di mana 12 pasukan akan bersaing merebut 2 slot pasukan ke saingan Liga Super 2018 serta tiket saingan ke Piala Malaysia 2017 akan datang. Pasukan PDRM FA dan Terengganu merupakan pasukan yang tersingkir dari saingan Liga Super 2016. Pasukan juara dan naib juara Liga FAM 2016, MISC-MIFA serta PKNP FC merupakan 2 pasukan yang naik ke saingan Liga Premier 2017 ini. Saingan 2017 menyaksikan pasukan DRB Hicom FC menarik diri dan tempat mereka telah digantikan oleh pasukan ATM FA yang menghuni tangga ke 11 saingan Liga Premier 2016 yang lalu. Setiap pasukan kini masih mempersiapkan pasukan masing-masing dengan membuat persiapan lebih tersusun dan teratur menghadapi saingan liga 2017. 

Pasukan yang bersaing telah melantik barisan kejurulatihan baru selain mencari pemain-pemain tempatan dan import berkualiti memantapkan pasukan masing-masing bagi digandingkan dengan barisan pemain yang dikekalkan serta barisan pemain muda yang ditonjolkan pasukan masing-masing. Setiap pasukan pastinya menpunyai perancangan formasi, strategi serta taktikal terbaik menghadapi saingan panjang Liga Malaysia 2017 akan datang. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan adalah amat penting bagi pasukan mencapai keputusan terbaik masing-masing. Semoga saingan kali ini menyaksikan persaingan yang sihat antara setiap pasukan dan penyokong pasukan kesayangan masing-masing terus memberikan sokongan padu kepada pasukan mereka sama ada di kala prestasi baik mahupun prestasi kurang baik. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Premier 2017 akan datang :

PERLAWANAN PERTAMA
20 Januari 2017 (Jumaat)
PDRM FA lwn MISC-MIFA
Terengganu lwn PKNP FC
Kuantan FA lwn UiTM FC
Negeri Sembilan lwn Sabah
Kuala Lumpur lwn Johor Darul Ta’zim II
Perlis lwn ATM FA

PERLAWANAN KEDUA
26 Januari 2017 (Khamis))
MISC-MIFA lwn ATM FA
Johor Darul Ta’zim II lwn Perlis 
Sabah lwn Kuala Lumpur
UiTM FC lwn Negeri Sembilan
PKNP FC lwn Kuantan FA
PDRM FA lwn Terengganu

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Super 2017

Sepak mula Liga Super 2017 akan bermula 20 Januari 2017 akan datang dengan Juara 3 kali berturut-turut Liga Super, Johor Darul Ta’zim FC atau Harimau Selatan akan bertemu dengan Juara Piala Malaysia 2016 Kedah atau pasukan Helang Merah dalam perlawanan Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 atau Piala Sumbangsih 2017. Saingan Liga Super 2017 pastinya akan lebih mencabar dengan setiap pasukan telah menandatangani pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import baru selain mengenengahkan pemain-pemain muda berpotensi untuk digandingkan dengan pemain-pemain sedia ada yang dikekalkan oleh pasukan masing-masing. 14 pasukan akan bersaing dalam Liga Super 2017 merebut kejuaraan serta mengelakkan kedudukan 2 pasukan terbawah seterusnya jatuh ke saingan Liga Premier 2018.
Juara bertahan Liga Super, JDT FC pastinya sekali lagi menjadi pilihan untuk mempertahankan kejuaraan mereka buat kali keempat berturut-turut. Namun begitu, saingan 13 pasukan lain pastinya sengit dengan setiap perlawanan adalah penting bagi pasukan masing-masing mencapai keputusan terbaik. Bual Sukan menjangkakan, edisi Liga Super 2017 ini akan lebih mencabar dan tiada laluan mudah untuk setiap pasukan sehingga tiupan wisel penamat. Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Super 2017 akan datang :

PERLAWANAN PERTAMA
20 Januari 2017 (Jumaat)
Johor Darul Ta’zim FC lwn Kedah

21 Januari 2017 (Sabtu)
Felda United lwn PKNS FC
Kelantan lwn Melaka United 
Selangor lwn Pulau Pinang
Perak lwn Pahang
TTeam lwn Sarawak

PERLAWANAN KEDUA
27 Januari 2017 (Jumaat)
Kedah lwn Sarawak
Pahang lwn TTeam
Pulau Pinang lwn Perak
Selangor lwn Melaka United 
PKNS FC lwn Kelantan
Johor Darul Ta’zim FC lwn Felda United

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Piala AFF Suzuki 2016 Myanmar – Filipina

Kejohanan bola sepak berprestij ASEAN, Piala AFF Suzuki 2016 atau AFF Suzuki Cup 2016 akan berlangsung pada 19 November hingga 17 Disember 2016 akan datang. Kejohanan dwitahunan anjuran ASEAN Football Federation (AFF) ini merupakan kejohanan edisi kesebelas sejak ia diperkenalkan pada tahun 1996. Myanmar dan Filipina akan menjadi tuan rumah bagi perlawanan pusingan akhir peringkat kumpulan manakala bagi perlawanan separuh akhir dan perlawanan akhir akan dilangsungkan secara timbal balas di gelanggang pasukan yang berjaya melangkah ke pusingan tersebut. Kejohanan ini akan disertai oleh 8 pasukan di mana 7 pasukan iaitu pasukan tuan rumah Myanmar dan Filipina serta Thailand, Malaysia, Vietnam, Singapura dan Indonesia telah layak secara automatik. 1 lagi slot pasukan bakal ditentukan oleh 4 negara iaitu Kemboja, Laos, Timor-Leste dan Brunei melalui perlawanan pusingan kelayakan yang akan diadakan di Kemboja pada 15 hingga 21 Oktober 2016 akan datang. 

Pasukan Thailand selaku juara bertahan edisi lalu pastinya sekali lagi akan akan mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki pada edisi 2014 yang lalu. Namun begitu, saingan pastinya sukar dengan pasukan lain juga pastinya turut sama mengimpikan kejayaan mendakap kejuaraan edisi 2016 kali ini. Dalam undian menentukan kedudukan kumpulan yang telah diadakan pada 2 Ogos 2016 (Selasa) di Yangon, Myanmar menyaksikan Kumpulan A melibatkan pasukan Filipina, Thailand, Singapura dan Indonesia manakala Kumpulan B pula menyaksikan pasukan Myanmar diundi bersama-sama pasukan Malaysia, Vietnam serta Juara Kumpulan Pusingan Kelayakan AFF Piala Suzuki 2016. 
www.goal.com

Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya akan menyenaraikan pemain-pemain terbaik negara masing-masing bagi menggalas tugasan pada kejohanan ini. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol serta mempunyai disiplin pertahanan yang baik mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Ketua Jurulatih juga pastinya mempunya perancangan formasi, strategi serta taktikal terbaik untuk pasukan mereka. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan serta Pusingan Akhir AFF Piala Suzuki 2016 Myanmar – Filipina akan datang :

PUSINGAN KELAYAKAN
15 Oktober 2016
Brunei lwn Timor-Leste
Kemboja lwn Laos

18 Oktober 2016
Timor-Leste lwn Laos
Brunei lwn Kemboja

21 Oktober 2016
Laos lwn Brunei
Kemboja lwn Timor-Leste

PUSINGAN AKHIR : PERINGKAT KUMPULAN
19 November 2016
Thailand lwn Indonesia
Filipina lwn Singapura

20 November 2016
Malaysia lwn Juara Pusingan Kelayakan
Myanmar lwn Vietnam

22 November 2016
Thailand lwn Singapura
Indonesia lwn Filipina

23 November 2016
Malaysia lwn Vietnam
Juara Pusingan Kelayakan lwn Myanmar

25 November 2016
ingapura lwn Indonesia
Filipina lwn Thailand

26 November 2016
Vietnam lwn Juara Pusingan Kelayakan
Myanmar lwn Malaysia

SEPARUH AKHIR PERTAMA
3 Disember 2016

4 Disember 2016

SEPARUH AKHIR KEDUA
7 Disember 2016

8 Disember 2016

PERLAWANAN AKHIR PERTAMA
14 Disember 2016

PERLAWANAN AKHIR KEDUA
17 Disember 2016

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon UEFA

Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia atau FIFA World Cup 2018 Russia bagi zon UEFA akan bermula pada bulan September 2016 akan datang sehingga bulan Oktober 2017. Zon UEFA telah diperuntukkan sebanyak 13 slot di mana 9 slot adalah menerusi perlawanan peringkat kumpulan manakala 4 lagi slot adalah menerusi penentuan playoff. 54 pasukan telah diundi kepada 9 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara kumpulan layak secara automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. 8 pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan akan bersaing secara playoff merebut 4 lagi slot bagi pasukan zon UEFA. Juara bertahan FIFA Piala Dunia 2014 Brazil iaitu pasukan Jerman diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Republik Czech, Ireland Utara, Norway, Azerbaijan dan San Marino.

Pasukan yang masih segar dengan kejayaan merangkul gelaran Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France iaitu Portugal pula diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Switzerland, Hungary, Faroe Island, Latvia dan Andorra. Kumpulan A bakal menyaksikan pasukan Belanda diundi bersama-sama dengan pasukan Perancis, Sweden, Bulgaria, Belarus dan Luxembourg. Kumpulan D terdiri daripada pasukan Wales, Austria, Serbia, Republik Ireland, Moldova dan Georgia manakala Kumpulan E pula terdiri daraipada pasukan Romania, Denmark, Poland, Montenegro, Armenia dan Kazakhstan. Pasukan England pula diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan pasukan Slovakia, Scotland, Slovenia, Lithuania dan Malta. Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan iaitu Sepanyol diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan pasukan Itali, Albania, Israel, Macedonia dan Liechtenstein. Kumpulan H pula menayaksikan pasukan Belgium diundi bersama-sama dengan pasukan Bosnia & Herzegovina, Greece, Estonia, Cyprus dan Gibraltar manakala Kumpulan I pula terdiri daripada pasukan Croatia, Iceland, Ukraine, Finland dan Kosovo. 

Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk mencapai kemenangan bagi mencerahkan laluan ke pusingan akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Tidak mustahil juga, keputusan mengejut akan berlaku pada saingan pusingan kelayakan kali ini. Barisan kejurulatihan pasukan masing-masing pastinya akan merancang formasi, strategi serta taktikal terbaik masing-masing menghadapi pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai tahap disiplin pertahanan yang tinggi dilihat mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2016 Russia bagi Zon UEFA :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2016/17

Musim baru Liga Perdana Inggeris 2016/17 atau Premier League 2016/17 akan bermula pada 13 Ogos 2016 akan datang. 20 kelab akan bersaing merebut kejuaraan musim ini dengan pasukan penuh kejutan musim lalu, Leicester City di bawah kendalian Pengurus Itali, Claudio Ranieri pastinya akan berusaha mengulangi musim gemilang mereka merangkul kejuaraan musim lalu. Namun begitu, laluan mengekalkan kejuaraan pastinya bukan mudah dengan pasukan-pasukan gergasi seperti Arsenal, Manchester City, Tottenham Hotspur, Manchester United, Liverpool dan Chelsea pastinya adalah antara pasukan pilihan mencabar kejuaraan liga musim 2016/17. Musim 2016/17 juga menyaksikan perubahan kepada pengurusan kelab di mana beberapa kelab melantik pengurus baru kelab masing-masing. Antaranya ialah Pep Guardiola (Manchester City), Jose Mourinho (Manchester United), Antonio Conte (Chelsea), Ronald Koeman (Everton), Claudio Puel (Southampton) dan Walter Mazzari (Watford).
Dengan musim yang panjang, setiap pasukan pastinya mempunyai perancangan masing-masing untuk mencapai keputusan terbaik bagi mencabar kejuaraan musim ini. Setiap pasukan pastinya akan menggunakan kesempatan musim perpindahan pemain ini dengan menandatangani pemain-pemain baru berkualiti selain memperkenalkan pemain-pemain muda berpotensi tinggi bagi digabungkan dengan pemain-pemain sedia ada untuk memantapkan pasukan masing-masing. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan sama ada di gelanggang sendiri mahupun gelanggang lawan adalah amat penting untuk mendapatkan keputusan terbaik. Setiap pengurus juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing menentang pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai disiplin pertahanan yang baik pastinya mampu mencapai keputusan yang diinginkan.

Berikut adalah Jadual Perlawanan Liga Perdana Inggeris 2016/17 akan datang tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa :

13 Ogos 2016 (Sabtu)
Hull City lwn Leicester City
Everton lwn Tottenham Hotspur
Southampton lwn Watford
Middlesbrough lwn Stoke City
Crystal Palace lwn West Bromwich Albion
Burnley lwn Swansea City
Manchester City lwn Sunderland

14 Ogos 2016 (Ahad)
AFC Bournemouth lwn Manchester United
Arsenal lwn Liverpool

15 Ogos 2016 (Isnin)
Chelsea lwn West Ham United

19 Ogos 2016 (Jumaat)
Manchester United lwn Southampton

20 Ogos 2016 (Sabtu)
Stoke City lwn Manchester City
Swansea City lwn Hull City
West Bromwich Albion lwn Everton
Watford lwn Chelsea
Tottenham Hotspur lwn Crystal Palace
Burnley lwn Liverpool
Leicester City lwn Arsenal

21 Ogos 2016 (Ahad)
Sunderland lwn Middlesbrough
West Ham United lwn AFC Bournemouth

27 Ogos 2016 (Sabtu)
Tottenham Hotspur lwn Liverpool
Everton lwn Stoke City
Crystal Palace lwn AFC Bournemouth
Chelsea lwn Burnley
Leicester City lwn Swansea City
Sunderland lwn Southampton
Watford lwn Arsenal 
Hull City lwn Manchester United

28 Ogos 2016 (Ahad)
West Bromwich Albion lwn Middlesbrough
Manchester City lwn West Ham United
Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Jadual Perlawanan TM Piala Malaysia 2016

Kejohanan berprestij bola sepak Malaysia, TM Piala Malaysia 2016 akan kembali mewarnai saingan bola sepak Malaysia. Sekali lagi Telekom Malaysia (TM) tampil selaku penaja utama TM Piala Malaysia 2016 akan datang. 16 pasukan terdiri daripada 11 pasukan Liga Super 2016 serta 5 pasukan daripada Liga Premier 2016 telah layak berdasarkan kedudukan mereka dalam liga masing-masing.  16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara akan meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

Pasukan Selangor atau nama gelaran mereka The Red Giants pastinya sekali lagi turun mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki pada musim lalu. Namun begitu saingan 15 pasukan lain terutamanya Johor Darul Ta’zim FC, Felda United, Kedah dan Terengganu pastinya sengit. Tidak mustahil juga pasukan-pasukan lain juga mampu mencipta kejutan pada saingan kali ini. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang diharungi di peringkat kumpulan ini sangat penting untuk mencapai keputusan terbaik bagi mencerahkan laluan ke peringkat suku akhir. Setiap pasukan perlu memanfaatkan aksi gelanggang sendiri untuk mencapai kemenangan selain memberikan saingan terbaik di gelanggang lawan. Ketua Jurulatih masing-masing juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing serta memilih kesebelaan terbaik pasukan masing-masing menghadapi pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang menjaringkan gol selain disiplin pertahanan yang berkesan mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Sokongan padu penyokong juga pastinya akan sedikit sebanyak membantu menaikkan moral pemain pasukan masing-masing. 

Berikut adalah Jadual Perlawanan TM Piala Malaysia 2016 akan datang :

PERLAWANAN PERTAMA
12 Julai 2016
T Team lwn Johor Darul Ta’zim II (Kumpulan A)
Selangor lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B)
Kelantan lwn Pahang FC (Kumpulan B)
Johor Darul Ta’zim FC lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C)
KL Felda United FC lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D)
Melaka lwn Terengganu (Kumpulan D)

13 Julai 2016
Kedah lwn Sarawak (Kumpulan A)
PDRM FA lwn Perak (Kumpulan C) 

PERLAWANAN KEDUA
19 Julai 2016
Johor Darul Ta’zim II lwn Sarawak (Kumpulan A)
Kuala Lumpur lwn Pahang FC (Kumpulan B)
Selangor PKNS FC lwn Perak (Kumpulan C)
Johor Darul Ta’zim FC lwn PDRM FA (Kumpulan C)
Negeri Sembilan lwn Melaka (Kumpulan D)

20 Julai 2016
T Team lwn Kedah (Kumpulan A)
Selangor lwn Kelantan (Kumpulan B)
KL Felda United FC lwn Terengganu (Kumpulan D)

PERLAWANAN KETIGA
29 Julai 2016
Kedah lwn Johor Darul Ta’zim II (Kumpulan A)
Sarawak lwn T Team (Kumpulan A) 
Melaka lwn KL Felda United FC (Kumpulan D)

30 Julai 2016
Kelantan lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B)
Pahang FC lwn Selangor (Kumpulan B) 
PDRM FA lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C)
Perak lwn Johor Darul Ta’zim FC (Kumpulan C)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D)

PERLAWANAN KEEMPAT
9 Ogos 2016
Johor Darul Ta’zim II lwn Kedah (Kumpulan A)
T Team lwn Sarawak (Kumpulan A) 
Kuala Lumpur lwn Kelantan (Kumpulan B)
Selangor lwn Pahang FC (Kumpulan B) 
Negeri Sembilan lwn Terengganu (Kumpulan D)

KL Felda United FC lwn Melaka (Kumpulan D)

10 Ogos 2016

Selangor PKNS FC lwn PDRM FA (Kumpulan C)
Johor Darul Ta’zim FC lwn Perak (Kumpulan C)

PERLAWANAN KELIMA
12 Ogos 2016
Pahang FC lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B)
Kelantan lwn Selangor (Kumpulan B)
Melaka lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D)
Terengganu lwn KL Felda United FC (Kumpulan D)

13 Ogos 2016
Sarawak lwn Johor Darul Ta’zim II (Kumpulan A)
Kedah lwn T Team (Kumpulan A)
Perak lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C)
PDRM FA lwn Johor Darul Ta’zim FC (Kumpulan C)

PERLAWANAN KEENAM
19 Ogos 2016
Johor Darul Ta’zim II lwn T Team (Kumpulan A)
Sarawak lwn Kedah (Kumpulan A)
Negeri Sembilan lwn KL Felda United FC lwn (Kumpulan D)
Terengganu lwn Melaka (Kumpulan D)

20 Ogos 2016
Kuala Lumpur lwn Selangor (Kumpulan B)
Pahang FC lwn Kelantan (Kumpulan B)
Selangor PKNS FC lwn Johor Darul Ta’zim FC (Kumpulan C)
Perak lwn PDRM FA (Kumpulan C) 

* Jadual Tertakluk kepada pindaan.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Copa America Centenario 2016 USA

Kejohanan Copa America Centenario 2016 USA atau 2016 Centennial Copa America akan diadakan di Amerika Syarikat bermula pada 3 hingga 26 Jun 2016 akan datang. Kejohanan ini diadakan bersempena sambutan ulangtahun ke 100 penubuhan CONMEBOL serta 100 Tahun Edisi Copa America di mana buat pertama kalinya kejohanan ini berlangsung di luar Amerika Selatan. 

Edisi Khas Kejohanan Copa America ini akan melibatkan penyertaan 16 buah pasukan iaitu tambahan 4 pasukan (biasanya kejohanan melibatkan 12 buah pasukan). 16 pasukan tersebut terdiri daripada 10 pasukan Zon CONMEBOL iaitu Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela serta 6 pasukan Zon CONCACAF iaitu Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica, Jamaica, Haiti dan Panama. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir. 

Pasukan-pasukan seperti Brazil, Argentina, Chile, Colombia, Uruguay, USA dan Mexico pastinya adalah antara pasukan pilihan merangkul kejuaraan edisi khas ini. Namun begitu, pasukan-pasukan seperti Ecuador, Peru, Paraguay, Bolivia, Venezuela, Jamaica, Costa Rica, Panama dan Haiti mampu melakar kejutan. Bual Sukan percaya, setiapa pasukan pastinya akan memberikan aksi terbaik masing-masing untuk mencapai kemenangan sekaligus mencerahkan laluan ke pusingan suku akhir kelak. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan pastinya akan beroleh kejayaan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Copa America Centenario 2016 USA akan datang :

KUMPULAN A
3 Jun 2016
USA lwn Colombia
4 Jun 2016
Costa Rica lwn Paraguay

7 Jun 2016
USA lwn Costa Rica
Colombia lwn Paraguay

11 Jun 2016
USA lwn Paraguay
Colombia lwn Costa Rica

KUMPULAN B

4 Jun 2016
Haiti lwn Peru
Brazil lwn Ecuador

8 Jun 2016
Brazil lwn Haiti
Ecuador lwn Peru

12 Jun 2016
Ecuador lwn Haiti
Brazil lwn Peru

KUMPULAN C

5 Jun 2016
Jamaica lwn Venezuela
Mexico lwn Uruguay

9 Jun 2016
Uruguay lwn Venezuela
Mexico lwn Jamaica

13 Jun 2016
Mexico lwn Venezuala
Uruguay lwn Jamaica

KUMPULAN D

6 Jun 2016
Panama lwn Bolivia
Argentina lwn Chile

10 Jun 2016
Chile lwn Bolivia
Argentina lwn Panama

14 Jun 2016
Chile lwn Panama
Argentina lwn Bolivia

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms: