VIDEO: Jamie Carragher Belajar Cara Menjadi Penjaga Garisan

Bekas pemain Liverpool, Jamie Carragher mempelajari cara untuk menjadi seorang penjaga garisan ketika perlawanan bola sepak.

Beliau bersama Gary Neville berkunjung ke kompleks PGMOL yang merupakan badan pengadil profesional di England.

PGMOL merupakan sebuah badan yang terdiri daripada pengadil-pengadil profesional yang bertugas di Premier League serta English Football League.

Dalam video ini, Carragher cuba menjadi penjaga garisan dengan beliau diletakkan dalam situasi yang memerlukan beliau membuat keputusan sama ada pemain berada dalam kedudukan ofsaid atau tidak.

Beliau diberikan 5 kali percubaan untuk melakukan keputusan, dan selepas itu keputusan beliau dinilai dengan menonton semula klip rakaman yang dilakukan.

Nyata beberapa keputusan Carragher tidak tepat dan ini membuktikan tidak mudah untuk menjadi penjaga garisan yang baik.

Anda pernah menjadi penjaga garisan? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen!

Carra and Neville – The Referees

How difficult is it to make a correct offside decision? Carragher and Neville test themselves as assistant referees…

Posted by Soccer AM on 3hb April 2017

Baca juga: Fabio Capello Yakin Andrea Belotti Mampu Jadi Sehebat Gabriel Batistuta

The post VIDEO: Jamie Carragher Belajar Cara Menjadi Penjaga Garisan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Jamie Redknapp Dedah Diajak Masuk Kristian Setiap Hari Oleh Emmanuel Eboue

 

Ramai pemain yang cukup beriman dengan agama mereka dalam dunia bola sepak.

Seperti contoh adik-beradik Toure serta pemain Sheffield Wednesday, Jeremy Helan mengambil langkah drastik untuk bersara dari bola sepak pada usia muda untuk fokus pada agama.

Kisah kali ini merupakan kisah menarik mengenai Emmanuel Eboue dan seorang bekas bintang Liverpool.

Diajak masuk Kristian

Berita ini mungkin berita yang paling pelik tetapi benar untuk didengar minggu ini kerana Jamie Redknapp (gambar bawah) mendedahkan Eboue telah mengajak beliau menyertai agama Kristian.

jamie-redknapp-sky

Perkara itu didedahkan oleh Redknapp dalam satu rancangan yang diberi nama A League of Their Own.

Dalam rancangan itu beliau ditanya bagaimana semua perkara ini boleh berlaku?

Redknapp kemudiannya menjawab, “Semuanya berlaku selepas kami bertukar nombor telefon.”

“Kami bertukar nombor telefon sejak kami bertemu di padang latihan. Ketika itu kami sedang menghantar anak-anak kami ke latihan bola sepak.”

Sejak mereka bertukar nombor, Redknapp berkata beliau kerap mendapat mesej-mesej berunsurkan ketuhanan dari Eboue.

“Beliau selalu menghantar kepada saya mesej yang mengandungi mutiara kata dari agama Kristian.”

“Kekerapan itu adalah beliau hantar benda itu kepada saya setiap hari!”

“Kenapa saya?”

Dalam rancangan itu juga pengacara James Corden telah mendesak Redknapp untuk membaca secara terbuka mesej yang diberikan oleh Eboue.

eboue

“Mutiara kata hari ini adalah berbunyi, adakah anda rasa anda sudah gagal?”

“Dengan Tuhan, ia belum terlambat untuk kita lakukan permulaan yang baharu.”

Sejurus selepas membacakan mesej itu, Redknapp secara spontan mempersoalkan “kenapa saya yang dia pilih?

Eboue memang terkenal dengan personaliti sebagai seorang pemain yang cukup beriman dengan agamanya iaitu Krisitan.

Bagi kami ia bukanlah satu tindakan yang salah untuk Eboue mengajak Redknapp menyertai agama Kristian.

Cuma mungkin pada pengamatan Redknapp, beliau tidak selesa dengan cara Eboue yang menghantar mesej-mesej mutiara kata itu kepadanya setiap hari.

Dalam masa yang sama, Redknapp juga mahu fokus dengan pegangan agama yang beliau anuti.

Jamie Redknapp merupakan anak kepada pengurus Harry Redknapp. Beliau pernah beraksi untuk Liverpool pada era pertengahan 90-an.

Baca juga: Tidur Depan Stadium, Gelandangan Ini Dapat Kerja Dengan Real Sociedad

The post Jamie Redknapp Dedah Diajak Masuk Kristian Setiap Hari Oleh Emmanuel Eboue appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Hollywood Akan Buat Filem Tentang Jamie Vardy, Watak Dilakonkan Oleh Vinnie Jones

6 tahun lepas, Jamie Vardy bermain untuk Stocksbridge Park Steels – sebuah pasukan amatur yang dianggotai pekerja kilang besi – di liga divisyen ke-8 England.

2 tahun kemudiannya, Vardy menjaringkan gol sulung untuk Fleetwood Town – pasukan divisyen ke-6 England – di hadapan 768 penonton di Stadium Gateshead.

Kini 4 tahun kemudiannya, Vardy sedang bersaing dengan Harry Kane untuk merebut takhta penjaring terbanyak Premier League.

Beberapa bulan sebelum itu, Vardy memecahkan rekod Ruud van Nistelrooy selepas menjaringkan gol buat kali ke-11 berturut-turut.

Pasukan Vardy, Leicester City pula sedang mendahului liga dan hanya memerlukan 9 mata dalam baki 5 perlawanan untuk bergelar juara.

Naratif Jamie Vardy ini sangat berinspirasi. Ia adalah kisah klasik bagaimana seorang pemain tak terkenal mengatasi segala halangan untuk muncul sebagai pemain terbaik. Maka tak hairanlah Holly berminat untuk membuat filem Vardy.

Calon pelakon filem Jamie Vardy

Idea menerbitkan filem Jamie Vardy ini ditimbulkan oleh Adrian Butchart, seorang produser Hollywood pada Oktober 2015 lagi.

Butchart yang menerbitkan 3 filem bola sepak bertajuk Goal! sebelum ini sudah menjalankan kajian dan menghabiskan masa bersama Vardy dan keluarganya untuk mendapatkan persetujuan.

Menurut laporan Daily Mail, Butchart sudah berkira-kira untuk membawa penyanyi One Direction, Louis Tomlinson untuk membawa watak Vardy. Menurut Butchart:

“Kami sedang melihat beberapa pelakon. Zac Effron dan Robert Pattinson adalah dua calon kami.”

“Tapi penyanyi One Direction, Louis Tomlinson juga menarik perhatian kami kerana dia pandai bermain bola, boleh berlakon dan berasal dari Selatan Yorkshire. Jadi dia boleh bercakap dengan dialek sama dengan Vardy.”

“Malah kami dengar dia juga minat Vardy. Dia tweet Jamie semasa Jamie memecahkan rekod Nistelrooy semasa November lepas.”

Bagaimanapun menurut laporan Leicester Mercury, Vardy mahukan bekas pemain tengah Wimbledon dan pelakon filem Lock, Stock and Two Smoking Barrels, Vinnie Jones untuk melakonkan wataknya.

Bagaimanapun dalam satu undian online yang dilakukan oleh Leicester Mercury, ramai penyokong Leicester mahukan Vinnie Jones melakonkan watak Nigel Pearson – jurulatih yang bertanggungjawab membawa Vardy masuk ke Leicester.

Kami juga bersetuju dengan penyokong Leicester. Muka, persona dan karakter Nigel Perason sesuai dilakonkan oleh Vinnie Jones.

Bakal siap tahun 2017

Leicester Mercury juga melaporkan produser filem, Adrian Butchart berharap filem ini bakal memulakan penggambaran lewat tahun 2016 dan bakal menemui penonton di panggung wayang pada 2017.

Menurut Butchart:

“Kami perlu tunggu EURO 2016 dulu supaya jalan ceritanya sempurna dan tak tergantung.”

“Tapi bermula September, Oktober dan November tahun ini, kami akan memulakan penggambaran jika tiada aral melintang. Kami mahu filem ini ditanyangkan pada tahun depan.”

Richard Halsey, editor filem yang memenangi anugerah Oscar pada tahun 1977 hasil kerjanya dalam filem Rocky dilaporkan telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Butchart dalam filem Jamie Vardy ini.

Universal Pictures, Disney dan Warner Brothers dikatakan semuanya berminat untuk melabur dalam projek filem ini.

Baca juga: 11 Filem Bola Sepak Terbaik Yang Perlu Anda Tonton

The post Hollywood Akan Buat Filem Tentang Jamie Vardy, Watak Dilakonkan Oleh Vinnie Jones appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Jamie Carragher: Jika Man United Ambil Jose Mourinho, Itu Petanda Mereka Penakut

Ketika ini, khabar angin yang mengatakan Jose Mourinho bakal mengambil alih Manchester United kelihatan seperti bakal menjadi realiti dalam masa terdekat.

Dengan prestasi United yang goyah di bawah kendalian Louis van Gaal ketika ini, media UK melaporkan van Gaal mempunyai 2 perlawanan (vs Stoke City dan Chelsea) untuk menyelamatkan jawatannya.

Kalah salah satu daripada 2 perlawanan tersebut, van Gaal akan dipecat.



Jose Mourinho yang baru saja dipecat oleh Chelsea pada minggu lepas, dikatakan berminat dan bersedia untuk mengambil alih United.

Pendapat Jamie Carragher

Ketika ramai orang melihat tiada masalah dengan prospek Mourinho ke United, Jamie Carragher pula berpendapat sebaliknya.

Ketika diminta mengulas mengenai berita Jose Mourinho ke Manchester United dalam rancangan Monday Night Football di Sky Sports, Jamie Carragher berpendapat Mourinho bukanlah calon sesuai untuk United.

“Adakah Jose (Mourinho) calon sesuai untuk Manchester United? Bagi saya, tidak.”

“Sebabnya adalah; jika saya kenang balik Man United, sejarah dan identiti mereka pada 50-60 tahun lepas, menang trofi adalah satu-satunya aspek yang Jose boleh lakukan.”

“Tapi menggunakan pemain muda akademi? Tidak.”



“Bermain bola sepak menyerang, yang menarik, setiap perlawanan? Tidak juga.”

Bagi Carragher, jika Mourinho adalah pengurus yang dipilih oleh ahli-ahli lembaga pengarah United, ia menandakan mereka sudah ‘takut’.

“Jadi jika dialah (Mourinho) pengurus yang lembaga pengarah Man United mahu, ia hanya menunjukkan ketakutan yang mereka alami.”

“Mereka mungkin terdengar Pep Guardiola akan pergi ke Manchester City. Jadi mereka rasa ‘kita sedang ketinggalan’.”

“Jadi mereka akan melupakan prinsip-prinsip yang menjadikan pegangan kelab mereka sejak 50-60 tahun lepas. Ia menunjukkan United terdesak untuk menang trofi.”

Pendapat Thierry Henry

Thierry Henry yang turut bersama Carragher dalam Monday Night Football bagaimanapun tidak bersetuju dengan pendapat Carragher.

Bagi Henry, Mourinho layak dan sesuai menjadi pengurus United.

Mengulas pendapat Carragher yang mengatakan mentaliti defensif Mourinho mungkin tak sesuai dengan prinsip United, Henry pantas memberi contoh yang masih beliau ingati.

Menurut Henry, Mourinho pernah menampilkan gaya permainan laju dan menarik ketika musim pertamanya di Chelsea pada 2004.



Ketika ini United berada 9 mata di belakang pendahulu liga, Leicester City di tangga ke-5 liga. United sudah gagal mencatat kemenangan dalam 4 perlawanan liga setakat ini.

Baca juga: Gary Neville Memberitahu Apa Kesilapan David Ospina Dengan Bantuan Jamie Carragher

The post Jamie Carragher: Jika Man United Ambil Jose Mourinho, Itu Petanda Mereka Penakut appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA