Eder Enggan Dilabel Tumpul Sebaliknya Berkata Jerman Pasukan Yang Paling Bertaktikal

Eder menepis dakwaan daripada peminat bola sepak Itali yang mulai merasakan beliau sudah semakin hilang sentuhan di hadapan gol.

Ia berikutan keputusan seri dengan Jerman dalam perlawanan persahabatan tempoh hari.

Dalam perlawanan tersebut Eder gagal menunjukkan aksi yang lebih mengancam walaupun secara keseluruhan pasukan Itali diberikan pujian.

Eder lebih merasakan ia kerana Jerman memang pasukan yang sangat terurus dan bertaktikal tinggi.

Menurut Eder :

“Sepanjang karier antarabangsa saya, sudah 3 kali saya menentang pasukan Jerman dan saya gagal menjaringkan gol menentang mereka.”

“Saya berani menyatakan mereka adalah pasukan (kebangsaan) yang paling terurus walaupun sesiapa sahaja yang mereka turunkan.”

eder1

Ketika ditanya sama ada beliau risau akan persembahan beliau di dalam liga turut kurang memberangsangkan telah terbawa-bawa ke kem Itali? Ini jawapan Eder.

“Saya tidak begitu risau tentang isu tidak menjaringkan gol. Misalnya dalam Euro yang lalu, saya hanya menjaringkan 1 gol dan kami berjaya juga.”

Bagaimana dengan sistem serangan baru yang dicuba oleh Giampiero Ventura. Eder berkata:

“Ia adalah sistem yang kami mainkan dalam 20 minit terakhir menentang Sepanyol dan kami sedang berusaha untuk menjadikannya lebih baik.”

Giampiero Ventura kini cuba membangunkan sistem serangan bertiga dengan 3-4-3 berbanding dengan Antonio Conte yang menggemari 3-5-2 yang dinamik membentuk 3-3-4.

Ia cabaran yang hebat untuk pemain-pemain serangan Itali untuk memberikan output terbaik melalui sistem ini. Eder dalam sistem Conte banyak bermain seperti penyerang bayangan (shadow striker) di belakang Pelle.

Rasanya bukan Eder seorang sahaja yang berpendapat pasukan Jerman memiliki disiplin taktikal yang tinggi. Mereka memiliki persefahaman dan kualiti pemain yang sangat baik.

Baca juga : Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain

The post Eder Enggan Dilabel Tumpul Sebaliknya Berkata Jerman Pasukan Yang Paling Bertaktikal appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich

Hampir setiap hari mereka dicemuh dan dicaci oleh seluruh penyokong bola sepak di Jerman kecuali penyokong mereka sendiri.

Setiap hari juga mereka mendengar orang menyumpah seranah, memaki dan mengharapkan mereka akan berada di zon penyingkiran dan tidak ada dalam Bundesliga lagi selepas ini.

Kisahnya bermula apabila sebuah syarikat gergasi dari Austria, Red Bulls membeli lesen sebuah kelab amatur divisyen 5 Jerman iaitu SSV Markranstaedt.

rb2

Red Bulls telah menukarkan semua identiti kelab itu termasuk namanya sekali. Red Bulls turut menjanjikan dana perpindahan pemain sekitar €100 juta.

Sebelum ini tidak ada siapa pun kisah atau ingin tahu pasal kelab ini. Namun pada hari ini, hampir seluruh dunia ingin tahu tentang mereka.

Kebangkitan Leipzig Dengan Cara Tidak Disenangi

Di Jerman, kelab bola sepak dilarang untuk menamakan kelab mereka dengan nama organisasi atau syarikat tertentu untuk memastikan kelab adalah milik awam/masyarakat.

Red Bulls telah menukar nama SSV Markrandstaedt kepada Rassenballsport Lepzig atau singkatanya RB Leipzig. Rassenballsport bermaksud lawn ball sport.

rb16

Kelahiran RB Leipzig bermula daripada cetusan idea Dietrich Mateschitz, founder kepada Red Bull. Beliau mahu mengembalikan kegemilangan bola sepak di Jerman timur.

Berdasarkan rekod, memang tidak ada kelab dari timur yang kompetitif di Bundesliga. Energy Cottbus adalah kelab Jerman yang paling berjaya selepas 3 kali berjaya memenangi promosi ke Bundesliga iaitu 2009, 2012, dan 2016.

Namun ramai melihat Mateschitz lebih mengambil kesempatan untuk menjadikan kelab bola sepak sebagai mekanisma publisiti pernigaan.

Beliau sudah memiliki Red Bulls Salzburg, New York Red Bulls, dan pasukan Formula One. Dalam bidang bola sepak, kenapa beliau tidak fokus kepada kelab beliau sebelum ini.

Leipzig, kota terbesar di Sachsen, kemudian dipilih Mateschitz untuk membina empayar beliau dalam bola sepak Jerman.

rb1111

Bantahan dan protes dari ramai pihak ke atas nama itu kerana akronim RB itu lebih kepada signifikan dengan Red Bulls.

RB Leipzig Manipulasi Peraturan Dan Paling Dibenci Di Jerman

Dalam satu tinjauan yang dilakukan di Jerman, RB Leipzig kini menjadi keab yang paling dibenci oleh peminat bola sepak di sana mengatasi Bayern Munich walaupun Leipzig baru sahaja memperkenalkan diri.

Peraturan 50+1 juga dengan jelas mengkehendaki kelab dimiliki oleh majoriti masyarakat yang menjadi ahli kepada kelab.

Bayern Munich setakat ini ada 224,000 ahli kelab yang membayar yuran tahunan €60 sahaja. Manakala Borrusia Dortmund ada 139,00 ahli dengan yuran €62 sahaja.

Untuk RB Leipzig pula mereka ada 17 ahli kelab dengan yuran tahunan seorang ahli ialah €1,000. Dari mana orang biasa sanggup membayar angka itu hanya menjadi ahli kelab bola sepak?

Difahamkan RB Leipzig tidak mahu mendedahkan siapakah 17 ahli kelab mereka dengan alasan mahu menjaga privasi mereka.

Boikot Ke Atas RB Leipzig

Ini membuatkan kempen besar-besaran dibuat oleh peminat bola sepak seluruh Jerman untuk memboikot perlawanan menentang Leipzig.

Dalam perlawanan pertama Bundesliga menentang Dortmund, peyokong lawan menyindir mereka dengan berkata:

“Kami akan bersama-sama dengan pasukan kami (BvB), tetapi menerusi radio bukannya ke stadium kamu. Jangan harap anda menikmati duit kami”

Mereka tidak mahu datang ke stadium Leipzig untuk mensabotaj hasil kutipan tiket. Ada juga yang mencaci Leipzig dengan membaling kepala kerbau (lambang Red Bulls) ke arah mereka.

rb3

Banyak lagi protes dijalankan di seluruh Jerman. Sebuah kelab kerdil berhampiran mereka Hallescher FC kini ada sepanduk khas untuk RB Leipzig iaitu “Tradition Hat Einen Namen” atau “Tradisi Menggantikan Nama.”

Seorang penyokong Hellescher berkata kepada NY Times:

“Dulu mereka adalah seteru kami sebagai satu pasukan bola sepak. Namun kini kami lebih membenci mereka lebih daripada itu.”

“Warna dan nama kelab adalah identiti dan kebanggaan penyokong, namun mereka sanggup menggadaikannya hanya kerana wang!”

Sebuah lagi kelab setempat dengan mereka ialah Lokomotive Leipzig juga sangat bencikan RB Leipzig.

Bukan Leipzig Sahaja

Leipzig bukanlah satu-satunya pasukan yang dimiliki oleh syarikat besar. Contohnya Wolfsburg dimiliki Volkswagen. Bayer Leverkusen dimiliki Farmasi Bayer. Hoffenheim pula dimiliki oleh SAP.

Namun peminat di Jerman tidak begitu marah mungkin kerana ia adalah syarikat tempatan dan tidak mengambil kesempatan dengan menamakan semula nama pasukan tersebut atas kepentingan sendiri.

Aksi Di Atas Padang

Di sebalik tekanan sebagai pasukan yang paling dibenci di Jerman, anak-anak buah Ralph Hasenhüttl setakat ini berada di landasan terbaik untuk mengelakkan dari tersingkir.

Malah mereka kini sedang bertarung untuk ke Eropah musim hadapan dan juga secara matematiknya sedang bersaing kejuaraa Bundesliga.

rb13

Mereka menjadi antara 3 pasukan yang masih belum tewas selepas 10 perlawanan. Mereka berada di tangga ke-2 hanya dipisahkan oleh perbezaan jaringan dengan Bayern Munich.

Mereka adalah pasukan yang kedua menjaringkan gol terbanyak dan pasukan kedua paling sikit dibolosi masing-masing di belakang Bayern Munich.

Luar Padang

Sebelum ini mereka hanya memerlukan 7 tahun untuk mara dari divisyen 5 ke Bundesliga. Antara watak penting adalah Ralf Ragnick yang kini merupakan pengarah sukan mereka.

Mereka kini memiliki fasiliti serba moden dengan stadium Red Bullls Arena yang berkapasiti 44,000 dan pusat latihan moden yang dianggap antara yang terbaik di Jerman.

rb4

Mereka memiliki 20,000 pemegang pas bermusim pada musim ini.

Pemilik RB Leippzig memang bercita-cita untuk menjadi kuasa baru di Jerman menyaingi Bayern Munich dan Borussia Dortmund dalam beberapa musim lagi.

Baca juga : Hulu Langat FC: Kelab Bola Sepak Yang Ingin Menjadi Kebanggaan Warga Hulu Langat

The post Leipzig, Kelab Paling Dibenci Di Jerman Kini Bersaing Dengan Bayern Munich appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Kelab Bundesliga Jerman 2016/17

Musim baru Liga Jerman 2016/17 atau Bundesliga 2016/17 akan bermula pada bulan Ogos 2016 akan datang. Musin 2016/17 ini merupakan musim ke 54 Bundesliga sejak ianya diperkenalkan pada tahun 1963. 18 kelab akan bersaing merebut gelaran kejuaraan musim ini dengan pasukan FC Bayern Munich selaku juara bertahan pastinya sekali lagi bakal mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. FC Bayern Munich kini dilatih oleh Ketua Jurulatih baru iaitu Carlo Ancellotti yang menggantikan Ketua Jurulatih dari Sepanyol, Pep Guardiola yang kini bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Namun begitu, saingan musim baru ini pastinya sengit dengan setiap pasukan kini sedang giat membuat perancangan mengukuhkan pasukan masing-masing dengan menandatangani pemain-pemain baru untuk digabungkan bersama pemain-pemain sedia ada serta pemain-pemain muda berpotensi bagi menghadapi musim penuh mencabar 2016/17 akan datang. Bual Sukan percaya, tiada laluan mudah buat FC Bayern Munich mempertahankan gelaran mereka musim ini dan setiap perlawanan yang dihadapi adalah penting untuk mencapai keputusan yang baik untuk terus bersaing merebut kejuaraan Bundesliga 2016/17. 2 kelab baru yang bakal bersaing pada musim 2016/17 ialah SC Freiburg dan RB Leipzig menggantikan 2 pasukan tangga tercorot musim lalu iaitu VfB Stuttgart dan Hannnover 96 manakala pasukan Eintracht Frankfurt yang berada di kedudukan ke 16 Bundesliga 2015/16 pula berjaya kekal dalam Bundesliga 2016/17 apabila memenangi perlawanan play-off ke atas pasukan FC Nurnberg.

Berikut adalah senarai 18 kelab yang bakal bersaing merebut kejuaraan Bundesliga 2016/17 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Analisis Taktikal Piala Eropah; Perancis v Jerman(2-0) – 2 Kesilapan Individu, Jerman Tewas!

Dalam bolasepak, setiap pengurus harus realistik. Berhadapan dengan Jerman adalah bukan masa untuk menunjukkan kehebatan bermain lebih banyak dengan bola.

Deschamps memilih pendekatan bertahan dan counter attack. Dalam pada masa yang sama, pasukan yang mengambil pendekatan bertahan haruslah memanfaatkan peluang yang terhad.

Perancis melakukannya dan itulah sebab kenapa Perancis menang.

Permulaan

Jerman bermain 4-3-2-1 tanpa penyerang tulen. Itu bukanlah isu besar sebelum ini, namun dalam Piala Eropah kali ini, ia adalah antara isu besar Jerman.

Ini kerana 2 false 9 utama mereka gagal melakukan tugas menjaringkan gol dengan baik, Muller dan Gotze.

Perancis mengekalkan 4-4-2/4-4-1-1 dalam perlawanan ini. Taktikal yang memang lebih kepada mendapatkan yang terbaik daripada Griezmann dan Giroud.

Dalam analisis sebelum ini saya mendedahkan Payet bukan tipikal pemain sayap untuk sistem midfielder 4, beliau adalah pemain sayap untuk sistem attacking/midfielder 3.

Jerman Gagal Masuk Ke Kawasan Bahaya

Dalam perlawanan ini, jika perlawanan ini berakhir dengan kemenangan Jerman sudah pasti saya akan memberikan kredit yang besar dengan cara mereka bermain.

Jerman mendominasi perlawanan sejak dari awal. 2 fullback mereka bermain dalam sistem yang cukup advance untuk mengepin fullback Perancis Evra dan Sagna.

Evra dan Sagna memiliki peluang terhad untuk berhubung dengan flanker mereka. Saya memang tak menjangkakan Perancis akan bermain dengan fullback yang dinamik.

Namun jika ya, sistem Jerman cukup bagus untuk mengekang mereka di kawasan width. Namun masalah utama Jerman adalah, mereka gagal untuk lebih penetrative di kawasan bahaya.

pos

Sistem Serangan Jerman Rosak

Enjin mereka di serangan tidak berfungsi kali ini. Pada separuh masa pertama lagi Loew dah cuba memperbaiki sistem serangan beliau.

Emre Can diarahkan bermain free role false 10 dan kadang kadang bermain false 9 untuk membentuk attacking 4 atau attacking 5 di garisan serangan.

press

vsn

Ia masih tidak berkesan. Loew mengarahkan Schweinsteiger bermain di deeper role kerana beliau mahukan pemain lebih agile di hadapan.

Dalam perlawanan ini Schweinsteiger tidak berdepan tekanan yang kuat secara taktikal di tengah kerana Perancis berdepan dengan limitasi penguasaan dan banyak melangkau bahagian tengah.

Masalah mereka gagal diselesaikan dan terus gagal untuk masuk lebih dalam ke kawasan Perancis. Banyak hantaran mereka dipatahkan.

Umtiti adalah aset besar Perancis dan sangat bertuah Barcelona mendapatkan beliau.Ini adalah laporan chalkboard untuk clearance yang dilakukan Perancis.

1

Ini adalah jumlah shots on target oleh Jerman pada separuh masa pertama. Rata rata cubaan dari luar kotak penalti. Itu kerana mereka buntu untuk lebih penetratif.

shor

Pada separuh masa kedua anda akan dapati, Perancis lebih baik dari segi shots on target dengan 2 berbanding Jerman yang cuma melakukan 1 shots on target di separuh masa kedua.

Jelas Jerman ada masalah di hadapan gol. Pasukan yang cuma bermain purata 35% possesion masih mampu menyaingi mereka dari segi cubaan gol.

Untuk Perancis kita faham sebab mereka bermain defensif, namun untuk pasukan yang memiliki possession lebih 60%, cuma 5 shots on target sepanjang perlawanan, ia adalah masalah.

Ia adalah isu squad depth apabila gagal membawa back up kepada pemain yang tipikal Mario G0mez kerana taktikal mereka sebenarnya memerlukan target man.

Saya faham, Loew yakin Muller dan Gotze akan memberikan impak jika Mario tidak dapat bermain. Namun akhirnya perlaburan dan gamble Loew kali ini gagal.

Memasukkan Sane tidak membawa kepada tactical change kerana mereka perlukan no.9.

Sane adalah tipikal Draxler. Beliau walaubagaimanapun memberi impak kerana beliau adalah fresh leg.

Perancis Mengurangkan Impak Di Kanan

Data analisis yang statistikal amat penting dalam mempersiapkan pasukan. Mungkin Perancis sudah mengetahui bahawa operasi Jerman akan lebih bertumpu di flank kiri atau kawasan kawan sideback mereka.

ds

fra

Apa yang mereka lakukan adalah, mereka memberikan penekanan untuk mengurangkan impak ancaman daripada Hector, Draxler dan Kroos di kanan mereka.

Ini adalah heatmap pemain tengah dan ofensif Jerman dan pemain midfielder 4 & back 4 Perancis. Lihat penekanan mereka.

sasaa

Kita harus memberikan kredit kepada Moussa Sissoko yang efektif membantu Sagna di deep wide area.

Perancis Sit Back And Counter Attack

Dalam perlawanan ini pasukan Perancis jelas bermain lebih pasif. Namun mereka bukanlah pasukan yang benar benar mengancam setiap kali counter attack kerana mereka ada masalah dengan pace.

Mereka ada Payet dan Griezman di belakang Giroud namun 2 pemain ini pada masa yang sama berjaya dikawal oleh defensive line Jerman.

Jerman bermain high line dan memberikan Giroud lebih banyak jarak daripada kawsan gol mereka. Kini Perancis cuma ada Giroud untuk mengatasi high line Jerman.

Ini kerana Griezman dan Payet banyak dikurung di kawasan sendiri oleh Jerman terutama pada separuh masa pertama.

Lebih panjang distance dan kurang sokongan bermakna Giroud perlu lebih pace. Jerman pula ada jarak sekitar paling kurang 35 meter untuk bersaing dengan Giroud.

Jerman cepat untuk regroup apabila dicounter attack.

Ini adalah laporan jaringan/network hantaran pasukan Perancis yang menjadikan Griezmann sebagai fokal dan mereka banyak ‘skip’ midfield dalam hantaran mereka dan melalui bahagian sayap.

perc

 

Perancis Lebih Klinikal vs Individual Errors Oleh Pemain Jerman

Ini yang membezakan kedua dua pasukan. Memiliki jumlah shots on target yang sama sama rendah. Namun mereka berjaya menjaringkan 2 gol. 1 melalui situasi bola mati, dan 1 lagi dari permainan terbuka.

Jerman pula melakukan 2 individual errors yang membuatkan mereka tidak akan dikenang sebagai pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini.

Mereka berjaya shifting & switching formasi mereka dengan baik sepanjang perlawanan. Bermain dalam taktikal yang ala Guardiola di Bayern Munich.

Namun Perancis ada penjaring gol dan mereka tidak ada. Schweinsteiger menghalang bola dengan tangan dalam keadaan beliau berdepan Evra di kawasan yang sukar untuk Evra melakukan apa apa.

Gol kedua adalah kerana mereka kehilangan bola di defensive third kerana mahu memulakan build up dari belakang.

Mereka menukarkan arah bola ke arah Kimmich apabila ditekan di sebelah kiri. Howedes sangat tidak realistik dalam mengambil keputusan. Beliau menghantar merentasi box.

ki

Perancis merampas bola hampir di byline area selepas Kimmich juga mahu bermain ‘bijak’ dan akhirnya menjadi tindakan bodoh.

Ini kerana beliau boleh melakukan clearance dalam keadaan vision beliau terhad dan tidak boleh terlalu yakin dengan keadaan.

kim

Jangan terlalu yakin dalam keadaan tersebut. Pogba melakukan hantaran lintang yang bukanlah terlalu precisive namun ia  gagal dikeluarkan oleh Neuer.

Semua tak kena dan Mustafi gagal melakukan blok dan gol!

kim

Sifirnya tetap sama, mana mana penjaga gol yang keluar dari kawasan perlu melakukan claim atau punts. Dan Neuer gagal melakukannya.

Apa yang sangat menarik adalah. Seminit sebelum gol itu, Perancis dalam transisi ke formasi yang lebih defensif dengan memasukkan Kante.

Boleh dikatakan Perancis cuba protect 1 gol mereka dan belum sempat taktik berjalan mereka sudah mendapat 2 gol.

Verdict

Agak sukar hendak menghuraikan apa taktikal yang membuatkan Perancis memenangi perlawanan ini.Mereka dipin di kawasan sendiri oleh Jerman dan counter attack mereka juga gagal berfungsi.

Namun mereka menyudahkan peluang yang terhad. Ia adalah kerana 2 individual errors yang dihukum sebaik baiknya.

Bolasepak kadang kadang kejam dan Perancis tetap pemenang tidak kira betapa cantik sekali pun Jerman bermain jika tidak ada output.

Perlawanan ini lebih kepada kegagalan pasukan Jerman dalam produk akhir dan menyediakan plan serangan berkesan.

Namun kredit untuk back 4 Perancis terutama Umtiti yang beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Midfielder mereka juga banyak membantu untuk meneutralkan serangan Jerman.

Sehinggakan Jerman memilki jumlah cubaan yang hampir sama dengan mereka.

Deschamps jelas sekali berjaya memilih sama ada mahu memaksimumkan penggunaan Payet dalam 4-3-3 atau memaksimumkan penggunaan Griezman dalam 4-4-1-1. Ia perlaburan yang berhasil.

Payet dalam perlawanan ini agak terhad dan sangat lemah dalam membantu serangan. Malangnya serangan Jerman terlalu berpusat di kiri.

Man Of The Match

Antoine Griezmann

3403

Statistik

stas

 

Baca juga: Perancis Menentang Jerman Sentiasa Menjadi Perlawanan Tumpuan

The post Analisis Taktikal Piala Eropah; Perancis v Jerman(2-0) – 2 Kesilapan Individu, Jerman Tewas! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Perancis Tewaskan Jerman, Mara ke Perlawanan Akhir!

Perancis berjaya menewaskan juara dunia Jerman di separuh akhir.

Mereka menang dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan yang dikuasai Jerman di Stade de Marseille.

Jerman menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang namun lemah untuk menyudahkannya.

Perancis sebaliknya hampir mendahului melalui Olivier Giroud, namun berjaya dihalang oleh Howedes.

Perancis akhirnya mendahului Jerman melalui sepakan penalti oleh Griezmann selepas kesilapan Schweinsteiger menghalang bola dengan tangan.

Selepas rehat Perancis menambah gol sekali lagi melalui Griezmann selepas pergelutan di dalam kotak penalti.

Satu lagi indivdual error. Kali ini Neuer pula gagal mengeluarkan bola dan Griezmann menyempurnakan peluang.

Ia menjadikan beliau pemain paling aktif menjaringkan dan mencipta gol untuk Perancis.

Beliau terlibat dalam 7 gol untuk Perancis.

2095.jpg

Jerman gagal menyamakan kedudukan selepas aksi cemerlang pertahanan Perancis dan Hugo Lloris.

Sepanjang perlawanan, Jerman nampak sangat tumpul di bahagian serangan walaupun berterusan mencipta peluang.

Berbeza dengan Perancis yang lebih tajam dan nampak lebih bahaya di final third.

Perancis akan bertemu Portugal pada Ahad ini. Perlawanan akhir akan berlangsung di Stade de France.

Mereka berpeluang mengulangi kejayaan memenangi perlawanan major di bumi sendiri sekali lagi selepas kali terakhir pada Piala Dunia 1998 dan Piala Eropah 1984.

Mereka kekal pasukan terakhir yang melakukannya dan mereka akan berpeluang melakukannya pada Ahad ini.

045727.jpg

The post Perancis Tewaskan Jerman, Mara ke Perlawanan Akhir! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Perancis Menentang Jerman Sentiasa Perlawanan Tumpuan

Perlawanan Tumpuan Dunia

Oleh: Muhammad Nakia Md. Bukhari

Pada awal pagi esok, seluruh dunia akan berhenti seketika untuk menyaksikan pertemuan 2 pasukan yang sedang dalam prestasi terbaik dalam Piala Eropah kali ini.

Perlawanan yang sentiasa menjanjikan bolasepak berkualiti, kontroversi dan sentiasa penting dalam kalendar bolasepak. Itulah Perancis menentang Jerman.

Perancis Adalah Tuan Rumah Yang Tidak “Pemurah”

Mereka adalah pasukan terakhir yang menjuarai Piala Eropah di bumi sendiri atau sebagai hos. Mereka juga pasukan yang terakhir yang menjuarai Piala Dunia di bumi sendiri.

522836_xbig-lnd

Perancis mahu mengakhiri badi 36 tahun pasukan tuan rumah gagal menjulang Piala Eropah dengan tingal 2 langkah sahaja lagi.

Di belakang mereka akan disorak oleh penyokong mereka sendiri dan di bumi mereka sendiri. Lebih ironi adalah ia menentang pasukan Jerman.

Sejarah pertembungan antara German dan Perancis.

 

Sehingga kini pasukan Perancis atau Les Bleus mempunyai kelebihan ke atas German dalam sejarah perseteruan antara mereka.

Kedua nya pernah bertemu sebanyak 25 kali dalam semua perlwanan termasuk persahabatan. Perancis menang sebanyak 11 kali dan 8 kali untuk pasukan German. Selebihnya berkesudahan seri 6 kali .

Sepanjang 25  pertembungan antara mereka telah mencatatkan 83 gol di antara mereka. Jerman berjaya menjaringkan 42 gol dan  Perancis menjaringkan 41 gol.

Jika dilihat rekod kejuaraan Piala Dunia, kelebihan memihak kepada ‘helang’ Jerman.

Rekod Juara Piala Dunia

  • German (4) – 1954,1974,1990,2014)
  • Perancis (1) – 1998

Rekod kejuaraan Eropah 

  • German (3) – 1972, 1980, 1996
  • Perancis (2) – 1984, 2000

Dalam rekod pertembungan di Piala Dunia FIFA, 3 perlawanan di antara mereka, German menang 2 kali dan Perancis menang sekali.

Jaringan besar membabitkan pertembungan German dan Perancis di mana ‘tri color’ menewaskan ‘helang’ pada Piala Dunia ’58 dengan jaringan 6-3.

Lothar Matthaus memegang rekod sebagai pemain banyak memegang caps sebanyak 150 kali buat German, Lilian Thuram pula sebagai pemain paling banyak caps buat Perancis sebanyak 142 kali.

Matthaeus_Pokal_1990_imago

Dominasi Perancis Selepas 1987

Selepas 1987, Jerman tidak menang ke atas Perancis selama 26 tahun. Mereka tidak bertemu di sebarang kejohanan major sehingga 2014.

Jerman mengakhiri badi kemenangan dalam perlawanan persahabatan pada Februari 2013 dengan keputusa 2-1.

Untuk perlawanan Piala Dunia atau Piala Eropah, Perancis lebih dominan. Dalam enam perlawanan antara kedua-dua negara, “Les Bleus” memenangi lima kali dan seri sekali.

Kali terakhir mereka bertemu pada Piala Dunia Brazil di mana Jerman menang 1-0 hasil gol awal hasil tandukan Hummel.

hi-res-7f8a9f50263536eca90696270d3be079_crop_north

 

Perseteruan

Boleh di katakan,pertembungan antara kedua nya tidak lari dari kontroversi, di tambah pula sejarah politik mereka pada Perang Dunia ke-2.

2 negara ini adalah seteru dengan Jerman di pihak pakatan Axis manakala Perancis adalah di pihak di pihak Berikat atau Berskutu (Allied)

Semangat kenegaran dan partisan dahulu membara di kalangan orang Perancis dan Jerman. Mereka sentiasa tak rela Jerman memenangi apa apa di bumi mereka.

Kontroversi Battiston-Schumacher

Salah satu kontroversi yang menjadi bualan sehingga kini adalah ketika mereka bertemu pada peringkat separuh akhir Piala Dunia Espana ’82,.

Insiden membabitkan perlanggaran antara penjaga gol German Harald ‘Toni’ Schumacher dan penyerang Perancis Patrick Battiston antara yang kekal dalam memori ramai peminat.

Pertembungan yang menyebabkan Battison kehilangan beberapa batang gigi serta patah tulang rusuk. Battiston diibaratkan ‘mati’ untuk beberapa minit.

1BEA13F9000005DC-0-image-a-3_1467828619678

Ia bukanlah sesuatu yang pelik untuk melihat pertembungan di dalam bolasepak. Namun reaksi Schumacher yang membiarkan sahaja Battiston terbaring di hadapan beliau tanpa cuba memberikan apa apa bantuan menjadikan ia panas.

Lebih panas lagi beliau mengambil bola dan bersedia untuk melakukan sepakan gol. Tidak lupa juga, tidak ada amaran apatah lagi kad kuning daripada pengadil.

PUBLIC-FOOTBALLERS Seville Spain July 8th 1982 -Helping hand- France's Patrick Battison recieve a helping hand from teammate Didier Six, (19) as he lies on the feild at Seville's Sanchez Pizjuan stadium Thursday night, Following an incident with West German goal keeper Toni Schumacher, during the world cup semi-final soccer match. Battiston was carried from the field by stretcher bearers. Haral Schumacher has perpetrated one of the most destructive of the host of cynical fouls with which the Germans had clawed themselves from the brink of defeat. Schumacher caught Patrick Battiston with a forearm smash to the face so fiercesome that the French substitute had to be carried away for oxygen and intensive care. That was the most serious but by no means the only crime committed by West Germany as they disabled a French team uynquestionably their superiors in skill and invention.

3603104200000578-3677629-image-a-8_1467832660166

Michel Platini dan rakan rakannya mulai cemas dan memanggil paramedik. Perlawanan tersebut berkesudahan di menangi German melalui penentuan sepakan penalti.

Selepas perlawanan, Schumacher enggan meminta maaf atau memberikan apa apa komen tentang insiden itu kerana bagi beliau itu normal dalam bolasepak.

Menariknya 4 tahun kemudia, kedua dua pasukan bertemu sekali lagi di Separuh Akhir Piala Dunia Mexico.

Schumacher dan Battiston bertembung sekali lagi cuma kali ini tidak ada kecederaan serius. Jerman menang 2-0 hasil jaringan Andreas Brehme dan Rudi Voller.

0,,17752680_303,00

Battiston ketika ditanya baru baru ini tentang insiden itu berkata, apabila teringat tentangnya beliau masih lagi teringat akan rasa sakit. Namun beliau sudah memaafkan Schumacher.

Pada pertembungan separuh akhir hari ini, Battiston cuma mampu menonton di kaca televisyen dan berharap Perancis akan menang tapi bukan dengan cara ‘tak bertamadun’ katanya berseloroh.


Ini adalah hasil nukilan salah seorang peminat Helang Hitam atau Die Mannschaft , Muhammad Nakia Bukhari. Anda boleh cari beliau di facebook.

Beliau menjangkakan pertemuan sengit kali ini kerana kualiti kedua dua pasukan. Beliau juga mengharapkan kemenangan untuk pasukan Jerman kali ini.

Baca Juga: Analisis Taktikal Piala Eropah 2016 ( Perancis 5 v Iceland 2); High Line Zonal Marking Iceland Rapuh

The post Perancis Menentang Jerman Sentiasa Perlawanan Tumpuan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Kesan Kepada Bola Sepak Jerman Timur Selepas Runtuhnya Tembok Berlin

Pada 9 November 2016 ini, genaplah 27 tahun Tembok Berlin – tempoh yang memisahkan dua negara, Jerman Barat dan Jerman Timur yang terdiri daripada satu bangsa tetapi berbeza ideologi politik – runtuh.

Tetapi 27 tahun selepas runtuhnya Tembok Berlin, masih terdapat satu jurang besar antara Jerman Timur dengan Jerman Barat dalam satu aspek; bola sepak.

Mengapa dan bagaimana Jerman berpecah kepada Jerman Barat dan Jerman Timur selepas Perang Dunia Kedua?

Ia bermula selepas kekalahan Parti Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua.

Selepas Perang Dunia Kedua, negara-negara yang bekerjasama dalam Kuasa Bersekutu (Allied Forces) untuk menumbangkan Parti Nazi Jerman seperti Britain, Perancis, Amerika Syarikat dan USSR berpendapat mereka bertanggungjawab membangunkan semula Jerman.

Jadi keempat-empat kuasa ini membahagi-bahagikan tanggungjawab membangunkan semula Jerman mengikut pecahan 4 wilayah berbeza.

main-qimg-afa78b60d27f72913dcc8d13b495b490

Di Berlin, disebabkan bandar ini paling besar, paling simbolik dan sangat istimewa, ia juga turut dibahagi-bahagikan kepada 4 pecahan.

main-qimg-11c34f38b60766d720ffdb205e1189fa

Di atas kertas, pembahagian kerja kepad 4 kuasa ini nampak bijak. Tetapi realitinya tidak.

Masalah mula timbul apabila kuasa Barat (Perancis, Britain dan Amerika Syarikat) tak dapat bersetuju dengan ideologi politik dan ekonomi komunisme yang cuba USSR lakukan di wilayah Jerman jagaan mereka.

Begitu juga dengan USSR. Mereka tak bersetuju dengan ideologi politik dan ekonomi kuasa Barat yang lebih menguntungkan kapitalis. Perbezaan ideologi inilah yang memulakan Perang Dingin.

Menyedari negara mereka akan diperintah dengan ideologi komunisme, rakyat Jerman Timur yang mempunyai skil profesional (doktor, guru, peguam) mula berhijrah ke Jerman Barat.

Kerajaan Jerman Timur sedar kehilangan lebih ramai rakyat yang mempunyai skil profesional ke Jerman Barat bakal mengundang masalah.

Jadi mereka meminta dana dan mendapatkan kebenaran daripada kerajaan Soviet Union untuk membina Tembok Berlin di sempadan Jerman Timur-Jerman Barat.

Bermula dengan hanya pagar wayar, Tembok Berlin kemudiannya melalui beberapa proses naik taraf sehingga mempunyai menara pengawal, periuk api, kenderaan berperisai dan anjing pengawal.

67837

Bagaimana Tembok Berlin boleh runtuh?

Tembok Berlin mula diruntuhkan oleh rakyat Jerman Timur sendiri pada 9 November 1989 apabila ketua Parti Komunis Jerman Timur mengumumkan perubahan polisi negara yang membolehkan rakyatnya bebas merentasi sempadan ke Jerman Barat pada bila-bila masa.

Pada malam pengumuman itu, ribuan rakyat Jerman Timur membawa penukul konkrit mereka sendiri untuk meruntuhkan Tembok Berlin.

Sumber: Gamma-Rapho melalui Getty Images

Sumber: Gamma-Rapho melalui Getty Images

Yang tak mempunyai penukul, akan mengorek sedikit demi sedikit cebisan konkrit Tembok Berlin sehingga meleahkan integriti stuktur tembok tersebut.

Runtuhnya Tembok Berlin merupakan peristiwa paling simbolik untuk melambangkan tamatnya Perang Dingin.

Bola sepak Jerman Timur selepas kejatuhan Tembok Berlin

Selepas Tembok Berlin diruntuhkan, hampir semua aspek kehidupan di Jerman Timur diserap oleh Jerman Barat.

Daripada sistem ekonomi sosialisme, Jerman Timur menyerap sistem ekonomi kapitalisme pula. Dalam konteks bola sepak, pasukan-pasukan dari liga Jerman Timur, Oberliga diserap oleh liga Jerman Barat, Bundesliga.

1. 2 pasukan teratas Oberliga terus masuk Bundesliga

Musim 1990/1991 merupakan musim terakhir Oberliga berlangsung untuk menentukan 2 kelab bola sepak Jerman Timur manakah yang akan terus layak ke 1.Bundesliga pada musim 1991/1992.

2 slot tersebut dimenangi oleh juara Oberliga 1990/1991 , FC Hansa Rostock dan naib juara, FC Dynamo Dresden (kini SG Dynamo Dresden).

Pasukan yang menduduki tangga ke-3 hingga ke-6 dalam Oberliga akan layak terus ke divisyen ke-2 Jerman Barat, 2.Bundesliga.

Pasukan yang menduduki tangga ke-7 hingga ke-12 pula akan bersaing dalam play-off merebut 2 lagi slot ke 2.Bundesliga.

Sumber: /u/GuitarOtoko

Sumber: /u/GuitarOtoko

2. Kelab dari Jerman Timur bergelut dalam sistem Bundesliga

Datang dari sebuah negara yang dahulunya mengamalkan sistem ekonomi sosialisme, Oberliga tidak dikomersialkan di Jerman Timur sehingga menjadi liga popular seperti Bundesliga di Jerman Barat.

Apabila liga tidak dikomersialkan, kelab-kelab Jerman Timur tiada pendapatan besar. Maka tak hairanlah pada penghujung musim 1991/1992, FC Hansa Rostock terus tersingkir selepas hanya semusim diserap masuk dalam 1.Bundesliga.

FC Dynamo Dresden pula lebih bernasib baik. Mereka masih dapat bertahan dalam 1.Bundesliga sehingga 4 musim. Tetapi akhirnya pada penghujung musim 1994/1995, mereka tersingkir juga dari Bundesliga.

Malah sehingga musim lepas, masih tiada kelab Jerman Timur dapat masuk 1.Bundesliga. Kali terakhir kelab dari Jerman Timur muncul dalam 1.Bundesliga adalah Energie Cottbus pada musim 2008/2009.

110324_gallery_big

Situasi ini bagaimanapun bakal berubah pada musim depan apabila sebuah kelab dari Jerman Timur, RB Leipzig berjaya muncul naib juara 2.Bundesliga untuk dipromosi ke 1.Bundesliga pada musim 2016/2017 nanti.

3. Pemain terbaik Jerman Timur ‘dikebas’ pasukan Jerman Barat

Situasi menjadi bertambah buruk bagi kelab-kelab Jerman Timur pada era pasca-Tembok Berlin apabila kelab-kelab Jerman Barat (terutamanya Bayer Leverkusen menerusi tindakan pantas pengerusi kelabnya, Reiner Calmund) pantas menyambar pemain-pemain Jerman Timur yang terbaik.

Antaranya adalah Andreas Thom (Pemain Terbaik Tahunan Jerman Timur 1989), Ulf Kirsten dan Mathias Sammer (dua ayam tambatan yang membawa Dynamo Dresden ke separuh akhir UEFA Cup 1988/1989).

4. Kelab Jerman Timur dikuasai pemain asing

Untuk bersaing dalam 1.Bundesliga dengan bajet yang terhad, kelab-kelab Jerman Timur terpaksa bergantung harap kepada pemain asing kerana:

pemain muda Jerman Timur yang bagus mahu bermain untuk kelab Jerman Barat yang kaya
pemain Jerman Barat yang sederhana (apatah lagi yang berkualiti) tak mahu bermain untuk kelab Jerman Timur yang miskin
yuran perpindahan dan gaji pemain asing jauh lebih rendah berbanding pemain Jerman yang sana kualiti

Maka tak hairanlah Energie Cottbus pernah banyak kali menurunkan 11 pemain asing dalam 1.Bundesliga.

FC Hansa Rostock pula terkenal sebagai ‘pasukan Sweden’ kerana mempunyai banyak pemain Sweden (antaranya Rade Prica dan Marcus Allback) ketika bersaing dalam 1.Bundesliga era awal 2000-an.

52521691

5. Dahulunya kilang penghasil pemain muda bagus, kelab Jerman Timur kini kemarau pemain bagus

Pengerusi kelab Bayer Leverkusen yang banyak menandatangani pemain Jerman Timur, Reiner Calmund mendedahkan Jerman ketika ini sebenarnya sedang ‘meniru’ struktur pembangunan akar umbi Jerman Timur era lewat 80-an.

Calmund mendedahkan pada era lewat 80-an, masih ada beberapa kelab Bundesliga yang hanya mempunyai SEORANG jurulatih sepenuh masa.

Sedangkan kelab-kelab Jerman Timur pada ketika itu mempunyai lebih daripada 30 staf jurulatih akar umbi, fisioterapi dan pelatih.

Kelab-kelab Jerman Timur mungkin tiada duit untuk membeli pemain berkualiti, jadi mereka laburkan sedikit duit yang mereka ada kepada pembangunan akar umbi.

Hasil kerja mereka dapat dilihat dalam senarai skuad Jerman Piala Dunia 2002 yang muncul naib juara.

Michael Ballack, Bernd Schneider, Thomas Linke, Jens Jeremies dan Carsten Jancker semuanya berasal dari program pembangunan akar umbi kelab-kelab kecil Jerman Timur.

53098875

Bagaimanapun dalam skuad Piala Eropah 2016 sekarang, hanya Toni Kroos merupakan satu-satunya produk kelahiran kelab Jerman Timur.

Kesimpulan

Meskipun isu perbandingan kualiti bola sepak Jerman Barat dengan Jerman Timur dianggap tak relevan selepas 27 tahun bersatu, ia masih menarik untuk dibincangkan.

Ini kerana ia juga boleh mengajar kita di Malaysia tentang satu perkara – bagaimana Jerman Timur dahulunya berfungsi sebagai kilang penghasilan pemain muda bagus dan model bagi Jerman Barat walaupun tidak mempunyai bajet yang besar.

Ia juga mengajar kita bagaimana dengan bersatu, Jerman Barat dan Jerman Timur memainkan peranan masing-masing untuk melahirkan sebuah ‘Deutschland’ yang kini paling agung dalam bola sepak.

Baca juga: Bagaimana Pemain Dynamo Kiev Menentang Tentera Jerman Nazi

The post 5 Kesan Kepada Bola Sepak Jerman Timur Selepas Runtuhnya Tembok Berlin appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Jerman v Poland (0-0)

Analisis Organisasi Pertahanan Poland Yang Stabil

Poland dan Jerman berkongsi mata dalam satu pertemuan yang berintensiti sederhana secara keseluruhannya.

Permulaan

Jerman bermula dengan 4-2-3-1 dengan sistem flat 4 yang lebih medium di fullback berbanding sebelum ini. Manakala Poland turun dengan 4-4-2/4-4-1-1, menggandingkan milik dan Lewandowski di atas.

sta

Jerman Gagal Menembusi Poland Wall

Ia bukanlah satu pertarungan taktikal yang sangat kompleks tetapi ia pertarungan taktikal yang sukar untuk Jerman dan memerlukan disiplin dan fokus tinggi oleh Poland.

Mereka cuba menyukarkan akses dan free flowing football oleh Jerman dengan menyempitkan ruang dan menekan pemain Jerman dengan bertahan di small space.

1

2

Dari awal lagi pasukan Jerman gagal menembusi pertahanan Poland dengan pelbagai rotasi dan juga pertukaran taktikal.

Pertahanan Poland juga sangat tenang dalam perlawanan ini dan banyak situasi mereka masih mampu mengawal bola dan bermain short passes di kotak penalti mereka sendiri apabila berjaya merampas bola.

Sebelum ini kita melihat Ukraine kerap panik dengan tekanan oleh pemain Jerman namun bukan Poland.

4

Organisasi pertahanan Poland ini meletakkan sekurang kurangnya 9 pemain di belakang bola. Jerman cuba memecahkan pertahanan ini melalui sayap kiri dan juga half space di kiri.

Ini adalah chalkboard tackles yang dilakukan Poland dan kebanyakkannya berlaku di kanan atau bahagian kiri serangan Jerman.

Polandtackle

Setelah buntu Jerman mencuba dari kanan namun, Howedes bukanlah tipikal pemain yang sesuai dengan more ball play di kanan.

Akhirnya, Jerman menukarkan peranan Muller dan Gotze untuk mendapatkan hasil melalui hantaran lintang namun hasilnya tetap sama.

Pada separuh masa pertama Jerman tidak mencatatkan sebarang shot on target. Dan ini adalah jumlah shots keseluruhan pasukan Jerman yang banyak dilakukan dari luar kotak penalti.

jerm

Poland memiliki jumlah clearances yang sangat banyak dalam perlawanan ini.

clearances

Pada satu fasa , Low menggunakan sistem target man klasik. Tetapi corak permainan Jerman seakan akan mereka masih mahu memecahkan kawasan kiri berterusan dan kurang memberikan fokus untuk pertukaran plan kepada crossing untuk target man.

Kesannya, Mario Gomez tak ada cubaan langsung dalam perlawanan ini.

Satu lagi faktor kekebalan Poland adalah, disiplin dan fokus untuk sentiasa bertahan sebagai unit dan cuba mengelakkan foul tak sepatutnya.

Kordinasi mereka akan sentiasa bergerak dan fokus kepada pusat ancaman / action zone.

3

Poland berjaya mencegah banyak ancaman dan hantaran bahaya Jerman di final third. Lihat chalkboard di bawah dan anda dapati terlalu sedikit hantaran yang berjaya masuk ke dalam kotak penalti.

jermanaa

Arkadiusz Milik Menjadi Duri Dalam Daging

Jika beliau lebih tenang, Poland sudah boleh membuat kejutan. Namun pemain ini sangat gopoh. Pemain yang asalnya no.10 , digandingkan dengan Lewandowski sebagai penyerang kedua.

Beliau gagal menyempurnakan peluang depan mata pada minit ke-69 dan juga terlalu banyak lose ball kerana cemas dengan tekanan pertahanan Jerman.

5568 (1)

Aknhirnya, Lewandowski sendiri menjerit dan ‘memarahi’ Milik dalam situasi dia perlu memilih untuk hantar ke pemain sayap dia cuba melakukan split pass.

Verdict

Poland adalah pasukan yang berjaya mendapat keputusan yang positif. Jerman pulan pasti lebih mahu mememnagi perlawanan ini untuk menyediakan plan seterusnya.

Jerman turut diselamatkan aksi Boateng-Hummel. Kedua dua mereka menyumbang kepada 3 defensive actions penting dalam perlawanan ini yang berpotensi menjadi gol oleh pihak lawan.

Ia adalah hari sukar buat Jerman. Low mungkin harus mempertimbangkan Gotze sebagai false 9 dalam tugasan seterusnya.

Poland jelas memberikan sedikit wake up call kepda Jerman. 3 pasukan dalam kumpulan ini akan menentukan kedudukan mereka di pusingan seterusnya dalam perlawanan terakhir.

Man Of The Match

Saya memilih Lukasz Piszcek sebagai pemain terbaik dengan statistik
4/5 Bentesan berjaya (80%)
7 clearances
2 pintasan

Statistik

jrtmsn

The post Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Jerman v Poland (0-0) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA