Bola Sepak : B.Sathianathan Ketua Jurulatih Baru Felda United

Bekas Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaysia, pasukan Kelantan dan paukan ATM FA B.Sathianathan sah dilantik sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan Felda United menggantikan Azmi Mohamed yang meletak jawatan baru-baru ini. Pasukan yang diberi gelaran The Fighters ini sebelum ini dikendalikan oleh Mohd bin Nik selaku Ketua Jurulatih sementara. Beliau sempat mengendalikan 3 perlawanan iaitu 2 perlawanan Liga Super serta 1 perlawanan Piala FA Pusingan Kedua. Dalam 3 perlawanan tersebut, Felda United tewas ketiga-tiga perlawanan iaitu kepada pasukan Kelantan (1-2), Selangor (1-3) dan Johor Darul Ta’zim FC (0-2). Sebagai rekod, pasukan Felda United merupakan Naib Juara Liga Super 2016 yang lalu.

Perlawanan pertama B.Sathianathan sebagai Ketua Jurulatih baru Felda United adalah bertemu dengan pasukan Tampines Rovers pada 21 Februari 2017 dalam saingan Piala AFC 2017. Manakala perlawanan pertama Liga Super 2017 bagi beliau selaku Ketua Jurulatih adalah bertemu dengan pasukan Perak TBG pada 25 Februari 2017 akan datang. Dengan cabaran Felda United dalam saingan Piala FA 2017 telahpun berakhir, fokus kini pastilah kepada saingan Liga Super 2017 selain membawa cabaran kelab Malaysia ke saingan Piala AFC 2017 yang akan bermula 21 Februari 2017 akan datang. Selain itu juga, cabaran untuk layak ke saingan Piala Malaysia 2017 juga pastinya akan diberi perhatian oleh pasukan Felda United. Bual Sukan percaya, B.Sathianathan akan menggunakan segala kepakaran serta pengalaman beliau membantu pasukan The Fighters untuk kembali bangkit dan berjuang memberikan cabaran dalam saingan Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC 2017 akan datang. Beliau juga pastinya akan merencanakan formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukan menghadapi setiap perlawanan yang mendatang. 

Dengan barisan pemain-pemain berpengalaman serta gandingan pemain-pemain import berkualiti dan pemain-pemain muda berpotensi B.Sathianathan mampu membawa pasukan kembali ke landasan terbaik dalam kancah saingan Liga Malaysia 2017 dan Piala AFC 2017 akan datang. Selamat maju jaya kepada B.Sathianathan Ketua Jurulatih baru serta pasukan Felda United.   

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Adakah B. Sathianathan Bakal Jadi Jurulatih Baharu FELDA United?

B. Sathianathan yang merupakan bekas pengendali ATM dan juga bekas jurulatih kebangsaan dikatakan sedang menjadi calon terbaik untuk menjadi jurulatih baharu FELDA United.

Menurut sumber Arena Harimau Malaysia, beliau dikatakan sebagai calon utama untuk menggantikan Azmi Mohamed yang menarik dari jawatan tersebut secara mengejut tidak lama dahulu.

Akui dirisik

Sathia yang kini berkhidmat di Wisma FAM sebagai Ketua Jabatan Kejurulatihan sendiri mengaku yang beliau kini sudah dirisik oleh FELDA United.

“Memang benar saya sudah dihubungi oleh pihak FELDA United untuk jawatan tersebut malah kami juga sudah bertemu berbincang mengenainya.”

Namun begitu, Sathia yang terikat dengan FAM kerana jawatan beliau di Kelana Jaya mengatakan perbincangan beliau dengan pasukan yang berpengkalan di Jengka itu masih lagi di peringkat awal.

Dalam masa yang sama, Sathia juga mengaku yang beliau perlu mendapatkan pelepasan dari pihak FAM sebelum membuat keputusan sama ada hendak menyertai FELDA United atau tidak.

Tak sempat

Zulkarnain Muhammad yang merupakan Setiausaha Agung FELDA United juga telah mengesahkan yang pihaknya ada cuba untuk mendapatkan khidmat Sathia.

Bercakap kepada Harian Metro, Zulkarnain juga mengaku yang FELDA United sebenarnya dalam keadaan terburu-buru untuk mendapatkan jurulatih baharu.

Hal ini kerana, FELDA United akan berhadapan Tampines Rovers dalam aksi Piala AFC dan juga Perak dalam aksi Liga Super selepas ini.

“Kami harap kami akan dapat jurulatih baharu sebelum perlawanan menentang Perak. Hal ini kerana kalau nak dapatkan jurulatih baharu sebelum perlawanan Piala AFC memang tak sempat.”

FELDA United kini dibawah jagaan Mohamad Nik namun pasukan tersebut mengalami 3 kekalahan berturut-turut.

Mereka tewas di tangan Kelantan dan Selangor dalam aksi Liga Super dan JDT dalam aksi Piala FA Malaysia.

Baca juga: Sani Anuar Kamsani Utus Surat Terbuka, Mohon Maaf Kepada Penyokong Pulau Pinang

The post Adakah B. Sathianathan Bakal Jadi Jurulatih Baharu FELDA United? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sandro Mendoca Nafi Ada Masalah Dalaman Dengan Jurulatih Kecergasan Kedah

Sandro Mendoca kini sudah bersuara!

Pagi tadi, kami membawakan berita mengenai khabar angin yang tersebar ketika ini yang melibatkan 2 pemain import pasukan Kedah.

Sandro Mendoca dan Liridon Krasniqi dikatakan telah bergaduh dengan salah seorang staf kejurulatihan pasukan Kedah iaitu jurulatih kecergasan mereka yang bernama Stefano.

Perkara ini semakin jelas apabila kedua-dua nama Sandro dan juga Liridon juga dalam masa yang sama digugurkan daripada skuad Kedah yang akan bertandang ke Kota Bharu untuk aksi Liga Super menentang Kelantan pada Sabtu ini.

Nafi dakwaan

Namun begitu, tuan empunya badan sendiri telah bersuara menjelaskan apa yang berlaku.

Seorang peminat Kedah telah berani menanyakan pertanyaan ini kepada Sandro secara peribadi di laman Facebook beliau sama ada benar atau tidak pasuakannya sedang mengalami masalah dalaman.

Dalam pertanyaan itu, peminat tersebut menanyakan kepada Sandro, apakah yang sebenarnya yang terjadi?

Namun pada mulanya Sandro tidak mengerti, namun selepas peminat terbabit mengatakan yang di media sudah kecoh mengenai khabar yang melibatkan Sandro, Liridon dan jurulatih kecergasan mereka.

“Tipu!”, itu jawapan ringkas Sandro terhadap pertanyaan tersebut.

Lalu beliau ditanya soalan lagi, kenapa tidak ke Kelantan bersama dengan yang lain?

Beliau menjawab, “Saya tidak ke Kelantan kerana saya mengalami sedikit kecederaan.”

Baca juga: Barcelona Beli Pertahanan Baharu, Yerry Mina Dari Palmeiras

The post Sandro Mendoca Nafi Ada Masalah Dalaman Dengan Jurulatih Kecergasan Kedah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

MALAYSIA: Ketua jurulatih

MALAYSIAN COACHES

Wira yang tak didendang, siapa lagi kalau bukan para jurulatih. Biasanya, setiap seorang pemain kesebelasan utama mempunyai salah satu nombor antara 1 hingga 11 yang jelas tertera di belakang jersi mereka malahan pemain-pemain simpanan juga masing-masing diberikan suatu nombor. Bukan itu sahaja, para penyokong pun turut mendapat nombor apabila disebut sebagai “pemain ke-12”. Jurulatih? Tiada nombor yang diletakkan kepada seorang jurulatih setakat yang diketahui umum. Mungkin, dan boleh jadi #0 sahaja yang masih ada memandangkan nombor tersebut memang tidak digunapakai oleh mana-mana pemain pun.

Namun begitu, kurang sesuai pula nombor kosong diberikan kepada seorang jurulatih, apatah lagi jurulatihlah yang paling bertanggungjawab ke atas seluruh pasukan. Tanpa jurulatih, tiadalah pemilihan pemain barisan kesebelasan utama, tiada taktikal, dan tiada strategi. Tanpa semua itu, bagaimana hendak bersaing dalam sukan bolasepak moden yang bertaraf antarabangsa. Lainlah kalau bermain bersama rakan-rakan di waktu kecil. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang peranan dan sumbangan individu-individu yang bergelar jurulatih, duniabolasepak.blogspot.my (DBS) menyenaraikan tanpa mengikut turutan sebahagian daripada nama-nama besar dalam bidang kejurulatihan bolasepak negara.

1. Abdul Ghani Minhat

(foto: 1lycos.blogspot.my)

Lebih dikenali sebagai pemain lagenda negara, anak kelahiran Kampung Solok, Rantau, Negeri Sembilan ini menjadi yang pertama menjuarai Piala Malaysia sebagai pemain dan kemudiannya sebagai jurulatih. Diangkat sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan pada tahun 1969, rekod kejuaraan Piala Malaysia 8 kali sebagai pemain turut ditambah dengan 3 kali sebagai jurulatih, kesemuanya bersama Selangor FA.

2. Jalil Che Din

(foto: kelabjersikita.blogspot.my)

Bekas pemain kebangsaan yang berasal dari Pulau Pinang ini beralih ke arah bidang kejurulatihan selepas kecederaan telah memendekkan kerjayanya sebagai seorang pemain. Diberi tugas sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan, beliau mengambil alih jawatan ketua jurulatih pasukan kebangsaan pada tahun 1972 dan turut membawa pasukan negara ke Sukan Olimpik di Munich, Jerman. Pekerjaan utamanya adalah di Jabatan Penjara Malaysia, namun beliau sempat menjadi jurulatih kebangsaan dua kali lagi pada tahun 1974 dan 1981.

3. Kuppan Muniandy

(foto: thestar.com.my)

Mendapat pendidikan di Bukit Mertajam High School (atau Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam), beliau pernah bermain mewakili pasukan Penang FA dan juga pasukan kebangsaan. Sebagai jurulatih, beliau telah memberikan kejuaraan Piala Malaysia yang keempat buat Penang FA pada tahun 1974 serta diberi kepercayaan untuk melatih pasukan kebangsaan antara tahun 1973 hinggalah 1977.

4. Chow Kwai Lam

(foto: utusan.com.my)

Pernah mewakili pasukan kebangsaan sebagai pemain, beliau mencipta nama sebagai seorang jurulatih apabila menjadi jurulatih kebangsaan pada tahun 1978 selain turut membimbing pasukan Kuala Lumpur FA memenangi Piala Malaysia tiga kali berturut-turut dari tahun 1987 hingga 1989. Sejarah cemerlangnya sedikit terpalit di sekitar penghujungnya apabila dituduh dan didapati bersalah cuba menawarkan rasuah semasa bersama pasukan Paya Lebar-Punggol FC (kini Hougang United FC) di Singapura.

5. M. Chandran

(foto: forzameyya.blogspot.my)

Dahulu merupakan seorang pemain pertahanan yang cukup ternama, kewibawaan beliau terbukti apabila bukan sahaja dilantik sebagai kapten bagi Selangor FA tetapi juga sebagai ketua pasukan untuk skuad negara. Sifat kepimpinan tersebut turut dibawa bersamanya semasa menjadi jurulatih, terutamanya untuk pasukan kesayangannya Selangor FA, serta sewaktu mengemudi pasukan kebangsaan dari tahun 1982 hingga 1983 dan sekali lagi pada 1988.

6. Mohamad Bakar

(foto: says.com)

Mempunyai pengalaman unik dengan skuad kebangsaan apabila berpeluang untuk bermain bersama dan selepas itu menjadi jurulatih pula kepada pemain lagenda Mokhtar Dahari. Selepas berkhidmat sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan, beliau dilantik menjadi ketua jurulatih negara pada tahun 1985 hingga 1986.

7. Abdul Rahman Ibrahim

(foto: ww1.utusan.com.my)

Mula terlibat dengan pasukan kebangsaan di sekitar tahun 1976 dan beberapa kali lagi selepas itu sebagai penolong jurulatih, beliau kemudiannya menjadi ketua jurulatih pasukan kebangsaan buat pertama kali pada tahun 1987. Dari tahun 1998 hingga 2000, beliau sekali lagi dipilih menjadi jurulatih kebangsaan dan pada tahun 2008 pula, beliau berkesempatan untuk ke luar negara apabila melatih pasukan Delta Putra Sidoarjo (Deltras FC) di Indonesia.

8. Wan Jamak Wan Hassan

(foto: suarasukan1mas.blogspot.my)


Membimbing pasukan kebangsaan sebagai ketua jurulatih dari tahun 1996 hingga 1997, beliau juga merupakan bekas pemain pertahanan kebangsaan. Pernah memenangi Piala Malaysia sebagai jurulatih Negeri Sembilan FA pada tahun 2009, anak jati Johor ini dikenang sebagai jurulatih yang membantu skuad negara bergelar naib juara edisi sulung Piala Tiger (kini Piala Suzuki AFF) pada tahun 1996 sebelum skuad senior kebangsaan dibubarkan secara terburu-buru oleh badan induk bolasepak negara pada tahun yang berikutnya.

9. Norizan Bakar

(foto: budingea.wordpress.com)

Salah satu pencapaiannya adalah memenangi Piala Malaysia pada tahun 2004 sebagai jurulatih Perlis FA. Beliau merupakan ketua jurulatih pasukan kebangsaan bermula dari tahun 2005 hingga 2007, di samping turut mengendali skuad bawah-23 negara antara tempoh tersebut. Bekas guru sekolah yang lebih mesra disapa sebagai “Cikgu Jan” ini sayangnya terpaksa mengalami pengalaman yang perit apabila Malaysia sebagai salah satu tuan rumah bagi kejohanan Piala Asia tahun 2007 tidak berjaya mempamerkan prestasi yang memberangsangkan.

10. B. Sathianathan

(foto: mazram-iv.blogspot.my)

Mungkin ramai yang tidak sedar, beliaulah yang bertanggungjawab mengembalikan status juara buat Malaysia selepas kali terakhir negara memenangi apa-apa pertandingan adalah pada tahun 1993 dalam Pesta Bola Merdeka. Skuad bawah-23 negara bimbingannya muncul johan Pesta Bola Merdeka tahun 2007 dengan penuh bergaya, selaras dengan pengalaman beliau sebagai penolong jurulatih bagi skuad persediaan Sukan Olimpik beberapa tahun sebelum itu. Kredibiliti beliau terus meningkat apabila ditugaskan sebagai ketua jurulatih negara mulai tahun 2007 hingga 2009 serta memenangi Piala Malaysia tahun 2010 bersama Kelantan FA.

11. Rajagopal Krishnasamy

(foto: thestar.com.my)

Semenjak 1989, selama 20 tahun negara tidak dikalungkan emas Sukan SEA sehinggalah anak buah K. Rajagopal menggenggam kembali pingat yang ditunggu-tunggu pada 2009. Kejayaan skuad bawah-23 negara tersebut bertambah manis apabila K. Rajagopal turut melakar sejarah membawa skuad senior kebangsaan muncul juara Piala Suzuki AFF buat pertama kalinya pada 2010. Pelantikannya sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan dari 2009 hingga 2013 benar-benar membuahkan hasil setelah melatih skuad negara pelbagai peringkat umur sejak tahun 2004 lagi.

12. Dollah Salleh

(foto: bharian.com.my)

Sebagai seorang pemain penyerang terkemuka pada zaman kegemilangannya, beliau telah membantu negara merangkul pingat emas Sukan SEA tahun 1989 dan juga kejuaraan Pesta Bola Merdeka tahun 1993. Sebagai jurulatih pula, beliau berjaya mencatat rekod luar biasa apabila Selangor MPPJ FC yang dibimbingnya tampil pada tahun 2003 sebagai kelab yakni bukan pasukan negeri yang pertama menjulang Piala Malaysia. Kejayaan demi kejayaan terus dicapainya dan dari tahun 2014 hingga 2015, beliau berkhidmat sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan.

13. Ong Kim Swee

(foto: alchetron.com)

Pada tahun 2014, beliau menjadi jurulatih sementara yang kedua dalam sejarah buat pasukan kebangsaan selepas K. Rajagopal melakukannya pada tahun 2004. Hanya setahun selepas itu yakni pada 2015, barulah beliau mengambil alih tugas sebagai ketua jurulatih pasukan kebangsaan sepenuh masa. Pernah mewakili negara sebagai pemain, beliau sedikit sebanyak dapat juga menyambung legasi para jurulatih kebangsaan terdahulu apabila skuad bawah-23 negara di bawah kelolaannya menjuarai Sukan SEA tahun 2011 dan Pesta Bola Merdeka tahun 2013.

14. Mohd Azraai Khor Abdullah

(foto: alchetron.com)

Merupakan bekas pemain kebangsaan dan juga Kedah FA, rekod pencapaiannya sebagai seorang jurulatih pula hingga setakat ini agak sukar ditandingi. Selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2007 dan 2008, pasukan Kedah FA yang dilatihnya memenangi ketiga-tiga piala utama yakni Piala Malaysia, Liga Super, dan Piala FA. Kejayaan tersebut sememangnya menakjubkan apatah lagi pada tahun sebelumnya Kedah FA baru sahaja memenangi Liga Premier dan dinaikkan ke Liga Super. Walaupun belum berpeluang melatih skuad senior kebangsaan, beliau telah melatih pasukan pelapis negara Harimau Muda ‘A’ pada tahun 2010.

15. K. Devan

(foto: kelateredwarrior.blogspot.my)

Seorang bekas pemain Negeri Sembilan FA yang pernah mewakili pasukan kebangsaan, kerjayanya sebagai jurulatih telah memberikan Negeri Sembilan FA dan Selangor FA kejuaraan Liga Super masing-masing pada tahun 2006 dan 2009 selain kejuaraan Liga Premier buat pasukan berstatus kelab iaitu Kuala Muda Naza FC pada tahun 2008. Kehebatan beliau sebagai seorang jurulatih memang tidak diragui cuma nampaknya belum mempunyai peluang untuk melatih skuad negara buat masa ini.

16. Irfan Bakti Abu Salim

(foto: bhplus.com.my)

Dipilih untuk menyertai pasukan kebangsaan dalam kariernya sebagai seorang pemain, beliau kemudiannya muncul sebagai seorang jurulatih yang sangat berkaliber. Selepas memimpin pasukan Penang FA memenangi liga utama Liga Perdana 1 pada tahun 2001, beliau juga telah menempa nama di luar negara apabila kelab Persipura Jayapura pada tahun 2007 mara sehingga ke perlawanan separuh akhir Divisi Utama Liga Indonesia. Tidak lupa juga, Pasukan Bolasepak Pekak Malaysia (dengan Rosly Hussin sebagai penyerang utama) yang dilatihnya mengutip pingat perak dalam Kejohanan Sukan Orang Pekak Asia Pasifik ke-5 pada tahun 1996 di Kuala Lumpur.

17. M. Karathu

(foto: level-field.blogspot.my)

Jurulatih yang amat berpengalaman luas, beliau dahulu merupakan salah seorang pemain kebangsaan. Selain setakat ini sudah empat kali beliau melatih pasukan lamanya Perak FA, beliau juga telah melatih Kelantan FA sebanyak dua kali dan membawa pasukan negeri pantai timur tersebut memenangi Liga Super pada tahun 2011. Negeri Sembilan FA, Woodlands Wellington FC di Singapura (2002-2003), malah pasukan kebangsaan Sri Lanka (1999-2000) juga pernah menggunakan khidmat beliau, tetapi sayang sekali belum lagi terpilih menjadi ketua jurulatih negara walaupun pernah melatih skuad bawah-21 negara dari tahun 1991 hingga 1992.

18. Zainal Abidin Hassan

(foto: bharian.com.my)

Dikenali sebagai salah satu ikon bolasepak negara, kehebatan beliau bermain samada sebagai pemain penyerang mahupun pemain pertahanan pada zaman kemuncaknya memang tidak disangkal lagi. Selepas bersara pada tahun 1999, beliau memasuki bidang kejurulatihan pula apabila dilantik sebagai jurulatih skuad bawah-17 negara. Kemudian, gandingannya semasa bermain dahulu iaitu Dollah Salleh nampaknya begitu serasi apabila mereka bergandingan beberapa kali lagi dalam konteks pengurusan dan kejurulatihan pula. Selepas daripada itu, beliau sendiri sebagai ketua jurulatih telah memberikan kejuaraan Piala Malaysia kepada Pahang FA pada tahun 2014.

19. Mohd Zan Mat Aris

(foto: bharian.com.my)

Salah seorang pemain Kuala Lumpur FA yang memenangi Piala Malaysia tiga tahun berturut-turut (1987-1989) di bawah kendalian jurulatih Chow Kwai Lam, bekas pemain kebangsaan ini telah mengikut jejak langkah jurulatihnya itu apabila turut sama berkecimpung dalam dunia kejurulatihan. Selain menerajui pasukan Terengganu FA untuk menjuarai Piala Malaysia pada tahun 2001, beliau juga pernah menjadi ketua jurulatih Pasukan Bolasepak Pekak Malaysia ke Deaflympics tahun 2001 di Rom, Itali manakala dari tahun 2013 hingga 2014 sebagai penolong jurulatih bagi skuad bawah-21 negara iaitu Harimau Muda ‘B’.

20. Tan Cheng Hoe

(foto: bharian.com.my)

Beliau menjadi sensasi terbaharu dalam kalangan para jurulatih tempatan selepas membantu pasukan negeri jelapang padi Kedah FA menggondol gelaran juara Piala Malaysia pada tahun 2016 dengan menewaskan juara bertahan, Selangor FA. Dari tahun 2009 hingga 2013, beliau merupakan pembantu jurulatih bagi K. Rajagopal yang menghadiahkan kejayaan bersejarah buat negara iaitu pingat emas Sukan SEA tahun 2009 dan menjadi johan Piala AFF tahun 2010.

Di luar negara, pangkat sebagai seorang pengurus biasanya turut menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurulatih. Di Malaysia pula, keadaannya adalah berbeza apabila jawatan pengurus sering diasingkan daripada jawatan ketua jurulatih. Seorang pengurus bolasepak di Malaysia boleh sahaja tidak tahu-menahu tentang bolasepak asalkan boleh menjaga hal ehwal pentadbiran, kewangan, dan komunikasi, sedangkan ketua jurulatihnya cuma dibolehkan mengawal selia hal-hal lain yang berkaitan dengan isu teknikal bolasepak sahaja.

Memanglah boleh dilakukan secara begitu tetapi kelihatan agak kelakar seperti mana kelakarnya tendangan dari gawang (goal kick) yang diambil oleh pemain yang bukannya seorang penjaga gol. Rakyat Malaysia ingin melihat skuad kebangsaan ‘duduk sama rendah, berdiri sama tinggi’ dengan negara-negara lain? Berangan sahajalah, perkara yang asas pun badan induk bolasepak negara masih tidak faham-faham lagi. Entah bila hendak berubah. Lantaklah, apa-apa pun kita hargai sahaja sumbangan serta jasa para jurulatih termasuk beberapa nama lagi seperti:

  • Ahmad Shafie
  • Rahim Abdullah
  • Yunus Alif
  • Abdul Jalil Rambli
  • Moey Yok Ham
  • Razip Ismail
  • Nasir Yusof
  • Ahmad Yusof
  • Kelly Tham
  • Khaidir Buyong
  • Elavarasan Elangowan
  • Veloo Sinnathamby
  • Tajuddin Noor
  • Abu Bakar Fadzim
  • Azman Adnan
  • Mohd Nidzam Jamil
  • Ramlan Rashid
  • P. Maniam
  • K. Gunalan
  • Khan Hung Meng
  • Wahid Uji
  • G. Selvamohan
  • Che Ku Marzuki
  • Ahmad Shaharuddin Rosdi
  • Mohd Fauzi Pilus
  • Syamsul Saad
  • Khalid Shahdan
  • Azmi Mohamad
  • Azmin Azram Abdul Aziz*
  • Hassan Sazali Mohd Waras*
  • Yong Wai Hwang*
  • Mohd Faozi Mukhlas*
  • Lim Chuan Chin*
  • Ismail Ibrahim*
  • Zulkefli Shamsudin*
  • Zainuddin Yusof*
  • Mohd Haris Lajid*
  • Mazlan Wahid*
  • Aminuddin Husin*
  • M. Paramasivam*
  • Richard Scully*
  • Lim Teong Kim*
  • Khairul Azman Mohamed*
  • Hashim Mustapha*
  • Wan Rohaimi Wan Ismail*
  • Radhi Mat Din*
  • Ahmad Sabri Ismail*
  • Azlan Johar*
  • P. Balakrishan*

DUNIA BOLA SEPAK

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2017

Musim baru Liga Malaysia 2017 akan bermula pada bulan Januari 2017 akan datang. Setipa pasukan kini sedang sibuk menjalani latihan pramusim bersama barisan pemain sedia ada yang dikekalkan selain pemain-pemain muda berpotensi untuk didaftarkan pada musim akan datang. Dengan jendela perpindahan pemain Liga Malaysia 2017 masih dibuka, setiap pasukan yang bersaing kini sibuk menandatangani pemain-pemain tempatan berkualiti selain membuat penilaian ke atas pemain-pemain import terbaik bagi mewakili pasukan masing-masing. Terdapat juga pasukan yang telah melantik barisan kejurulatihan baru bagi memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing.

Berikut adalah senarai Ketua Jurulatih pasukan Liga Malaysia 2017 akan datang :
Johor Darul Ta’zim FC : Mario Gomez (Argentina)
Felda United FC : Azmi Mohamed
Kedah : Tan Cheng Hoe
Kelantan : Zahasmi Ismail
Selangor :
Perak : Karl-Heinz Weigang (Jerman)
T-Team : Rahmad Darmawan (Indonesia)
Sarawak : David Usop
Pahang FC : Dollah Salleh
Pulau Pinang : Ashley Westwood (England)
Melaka United : Eric Williams (Australia)
PKNS FC : E Elavarasan


Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Irfan Bakti, Pulangnya Jurulatih Kesayangan Peminat Terengganu Dan 5 Senarai Semak

Irfan Bakti sah menjadi pengendali skuad Terengganu pada musim hadapan. Beliau sudah bersedia untuk memulakan tugasan beliau di kerusi panas tersebut selepas kempen domestik berakhir secara rasminya.

Kredit Gambar :  Safwan Rozi / www.asiana.my

Kredit Gambar : Safwan Rozi / www.asiana.my

Irfan Bakti adalah simbol kepada kebangkitan gelombang kedua bola sepak Terengganu selepas era 1998-2001. Irfan membentuk skuad emas Terengganu pada 2011 sejak 2009 dari ‘kanvas’ kosong.

Hasilnya, pada 2011, Irfan dan Terengganu menjadi juara berganda (double) Piala FA dan Piala Malaysia. Mereka turut menamatkan saingan Liga Super sebagai Naib Juara.

juara

Namun peminat Terengganu dikejutkan dengan pemergian Irfan Bakti selepas kejayaan manis pada 2011.

Ini kerana mereka menjangkakan pada musim 2012 mereka akan menjadi kuasa yang lebih stabil dan Liga Super adalah sasaran yang realistik.

Boleh dikatakan selepas itu, ramai peminat Terengganu sentiasa meletakkan Irfan sebagai penanda aras kepada jurulatih baru skuad Terengganu.

Semenjak Irfan meninggalkan Terengganu, skuad penyu itu telah dilatih oleh 6 jurulatih tetap dan beberapa interim. Namun tidak seorang pun yang berjaya memberikan trofi kepada Terengganu selepas Irfan Bakti.

Pemain-pemain yang dibentuk oleh Irfan Bakti pada era pertama beliau di Terengganu masih menjadi asas kepada pasukan Terengganu sehingga ke hari ini. Jadi, beliau akan memulakan semula lakaran itu musim hadapan.

Kepulangan kali ini sudah pasti amat dinanti-nantikan. Mungkin ramai juga masih tidak percaya akan reunion ini berlaku juga akhirnya.

Adakah Irfan Bakti Orang Yang Tepat?

Soalan yang terlalu mudah untuk dijawab. Sudah tentu ya!

Jurulatih yang sinonim dengan semangat dahagakan trofi ini ada personaliti, kaliber dan karakter yang terbaik untuk mengemudi pasukan yang berprestij seperti Terengganu.

Beliau memuktikan dirinya masih salah seorang jurulatih terbaik di dalam negara kita sehingga ke hari ini.

5 Senarai Semak

Berikut adalah senarai semak yang mungkin akan berada dalam buku nota Irfan Bakti dalam tugasan beliau kali ini.

1. Isu Pertahanan

Sejak 2 musim kebelakangan ini, pertahanan dalam konteks pasukan Terengganu merujuk kepada Sharbinie Alawee.

Kalau Sharbinie  dalam prestasi terbaik dan ‘berhantu’ maka pasukan ini ada pertahanan. Jika sebaliknya maka pasukan ini bermain bola sepak untuk menyerang sahaja.

Musim ini gandingan pertahanan berempat mereka memang terlalu teruk ditambah dengan tidak ada pemain tengah bertahan yang bagus.

Salah satu faktor kejayaan Irfan musim 2016 bersama Felda United adalah pertahanan yang konsisten dan ber’jeneral’.

Statistik bolos Felda United vs Terenganu untuk 2 musim terakhir (2015,2016) adalah:

Felda United : 53
Terengganu : 77

2. Pembersihan Dan Penstrukturan Semula Pasukan

Dalam skuad Terengganu yang ada sekarang, mungkin perlu dilakukan pembersihan skuad dan penstrukturan semula gaji beberapa pemain yang dilihat dibayar melampau.

Pembersihan skuad bukan bermaksud Terengganu perlu melepaskan terlalu ramai pemain mereka. Sebaliknya ia dinilai atas kapasiti profesional. Siapa yang perlu dilepaskan. Siapa yang ‘terpaksa’ dilepaskan.

Misalnya, di bahagian tengah ada 3 pemain yang ada rekod kecederaan berulang, maka pengurusan mungkin akan mengurangkan kuantiti itu kepada hanya memilih 2 orang daripada mereka ataupun seorang sahaja.

Dalam skop yang lebih besar, Irfan mungkin perlu membawa staf kejurulatihan yang beliau selesa untuk bekerja.

3. Pemain Import

Saya tidak pasti sama ada Irfan memilih untuk mengekalkan majoriti pemain import yang ada. Beliau sangat sensitif dalam isu pemain-pemain import sejak dari dulu.

Pada musim lalu, Irfan meminjam Forkey Doe selepas kecederaan Thiago Augusto.

Manakala pasukan Terengganu musim 2016 terlalu banyak membazir duit untuk pemain import.

Kecederaan Gustavo Lopez gagal digantikan dengan pelan seperti mana Irfan Bakti dan Tan Cheng Hoe lakukan musim ini.

Kredit Gambar : Zam Zainal / www.asiana.my

Kredit Gambar : Zam Zainal / www.asiana.my

Pada awal musim 2016, Terengganu melakukan pembelian panik dengan membawa masuk pemain yang sudah lebih 30 tahun dengan fizikal yang besar  J.J Morales.

Kemudian mereka membawa masuk Bogdan Milic. Pemain ini hampir sama dengan Morales iaitu pemain target man. Beliau turut gagal memberikan aksi lebih memberangsangkan.

Di Felda, Irfan memiliki pemain import yang konsisten dan berkualiti seperti Zar Rahan, Luftulla Turaev, dan Gilberto Alemao.

4. Taktikal Dan Kesebelasan Utama

Ini adalah aspek yang penting. Irfan Bakti bukanlah Mario Gomez namun beliau sentiasa cuba menyelesaikan isu taktikal ini lebih awal.

Terengganu pada musim ini sangat bermasalah dari segi taktikal dan kesebelasan utama. Apabila isu ini sudah diselesaikan awal, maka lebih mudah untuk melakukan penggiliran dalam skuad.

Pada 2011, Irfan dan Terengganu dikenali dengan bola sepak yang kreatif dengan gandingan beberapa pemain muda berbakat mereka ketika itu.

irfan3

Pada era beliau bersama Felda United terutama pada 2 musim terakhir beliau di sana, Irfan menekankan bola sepak yang berdisiplin dan berorientasikan serangan balas yang bertenaga.

Satu aspek yang Terengganu amat lemah musim ini adalah bermain dalam disiplin dan bertenaga.

5. Kembali Ke Liga Super 2018

Ini adalah keutamaan paling atas. Tidak kisahlah dengan cara apa sekalipun. Jika menjadi juara Liga Premier ia akan lebih manis.

Skuad ini telah membelanjakan wang yang besar untuk musim 2016 dengan kualiti pemain yang dilihat kompeten dalam segenap aspek posisi dan teknikal.

Selamat Berjaya Irfan Bakti Dan Terengganu

Irfan Bakti menolak tawaran untuk bersama dengan Felda United selepas kelab itu mahu mematikan klausa khas yang mengkehendaki beliau menang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

Jadi, Terengganu dikira bertuah untuk memiliki jurulatih seperti Irfan Bakti walaupun sebelum ini mereka pernah berpisah.

Kami harapkan yang terbaik untuk Irfan Bakti dan Terengganu.

Baca juga : Bagaimana Kelemahan ‘Banks of Four’ Terengganu Didedahkan Oleh Felda United

The post Irfan Bakti, Pulangnya Jurulatih Kesayangan Peminat Terengganu Dan 5 Senarai Semak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pestabola Merdeka 1957: Kisah TAR Mahu Ambil Bintang Arsenal Jadi Ketua Jurulatih Malaya

Hari ini, pada 31 Ogos 2016, genaplah 59 tahun negara kita merdeka.

Secara umumnya tarikh 31 Ogos 1957 dikaitkan dengan pengisytiharan kemerdekaan oleh Perdana Menteri Malaysia pertama, Tengku Abdul Rahman di Stadium Merdeka.

Tetapi dalam konteks bola sepak, tarikh itu juga merupakan detik permulaan Pestabola Merdeka – pertandingan bola sepak antara negara-negara (sebelum disertai kelab luar negara pada era 80-an) yang tertua di Asia.

Pestabola Merdeka 1957: cara FAM kumpul dana

Sebagai salah satu cara untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan negara di stadium baru, Stadium Merdeka, kerajaan Malaya menzahirkan hasrat untuk menganjurkan sebuah ‘mini Olimpik’.

Hasrat kerajaan Malaya pada ketika itu menjadi realiti.

Pada hari pengisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka yang serba baru, lebih kurang 700 atlet dari 18 negara turut menghadiri upacara bersejarah tersebut untuk menyertai 12 jenis pertandingan sukan.

Antara sukan yang dipertandingkan adalah:

  • bola sepak (melalui Pestabola Merdeka)
  • badminton
  • olahraga
  • bola keranjang
  • kriket
  • hoki
  • berbasikal
  • tenis
  • renang
  • polo air
  • angkat berat
  • menembak
  • golf

Seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Straits Times pada 1 September 1957, acara yang dijangka paling mendapat banyak perhatian adalah bola sepak.

Persatuan Bola Sepak Malaya (FAM) yang menyedari potensi populariti Pestabola Merdeka ini, pada mulanya mewajibkan pengunjung stadium untuk membeli tiket semua 16 perlawanan (season tickets) terus yang berharga $ 20 (lebih kurang RM170 hari ini)!

Screen-Shot-2016-08-31-at-4.23.47-PM-compressor

Hanya selepas diminta mempertimbangkan pengunjung stadium di kalangan rakyat marhaen, barulah FAM menawarkan tiket yang berharga dari $ 4 hingga $ 1 (mengikut populariti perlawanan).

FAM melihat Pestabola Merdeka 1957 ini sebagai salah satu cara untuk mereka mengumpul dana pentadbiran dan lawatan.

Hong Kong biadap

Untuk menjayakan Pestabola Merdeka 1957, FAM menjemput 7 buah negara – Hong Kong, Indonesia, Vietnam, Singapura, Burma, Siam dan Kemboja – untuk bertanding.

2 minggu sebelum kejohanan bermula, wartawan Berita Harian, Bob Pidgeon melaporkan hasrat Persatuan Bola Sepak Hong Kong untuk menghantar kelab Hong Kong, Eastern Athletic Association FC sahaja sebagai wakil.

Screen-Shot-2016-08-31-at-4.27.22-PM-compressor

Hasrat Hong Kong in sudah pastilah ditentang warga media kerana Hong Kong dianggap merendah-rendahkan taraf negara-negara lain yang bertanding.

Penjaga gol Malaya disuap bookie

Untuk mempersiapkan skuad Malaya dalam Pestabola Merdeka 1957 ini, FAM melantik Arthur Manuel (setiausaha FAM dan FAS) sebagai pengurus pasukan dan Neoh Boon Hean (bekas penyerang skuad Piala Malaya Selangor) sebagai ketua jurulatih.

Barisan pemain-pemain yang dipilih adalah:

Screen-Shot-2016-08-31-at-2.51.37-PM-compressor

Screen-Shot-2016-08-31-at-2.51.51-PM-compressor

Nama yang menjadi perhatian wartawan adalah Ong Kim Hock (gambar bawah), penjaga gol dari Johor.

11749281_10206184700430428_1876636299_n

Sumber: kelabjersikita.blogspot.com

Berita Harian melaporkan Ong Kim Hock pernah ditahan polis kerana didakwa oleh Persatuan Bola Sepak Jajahan Kluang kerana ‘tidak mencuba seberapa bolehnya’ dan ‘bermain secara sambil lewa’ ketika perlawanan Kluang vs Syarikat Bas Kowloon.

Screen-Shot-2016-08-29-at-12.21.59-PM-compressor

Menurut Berita Harian, Ong Kim Hock adalah pemain bola sepak Malaya pertama yang dihukum kerana bersekongkol dengan bookie.

Wartawan pada ketika itu begitu risau dengan prospek Kim Hock ‘menjual perlawanan’ sekiranya beliau dipilih menjaga gawang Malaya.

Masakan tidak. Berita Harian melaporkan bookie telah memilih Indonesia dan Hong Kong sebagai pilihan dengan kebarangkalian 3-1.

Sebagai perbandingan Malaya diletakkan dengan kebarangkalian 10-1. Manakala Singapura 40-1.

Malaya gegar Burma yang dibimbing jurulatih asing

Antara tarikan utama Pestabola Merdeka 1957 selain Indonesia dan Hong Kong adalah Burma.

Ini kerana Burma hadir dengan jurulatih import mereka dari Yugoslavia, Mitrovich. Hasil kerja ajaib Mitrovich dapat dilihat apabila Burma menewaskan China 3-1 seminggu sebelum datang ke Malaya.

Akhbar tempatan Malaya pada ketika itu tidak berapa optimistik dengan peluang Malaya dan Singapura.

Wartawan The Straits Times, Norman Siebel menulis pada 1 September 1957:

“Prospek kita di pertandingan ini tak begitu cerah. Tapi taklah terlalu teruk. Bagaimanapun prospek untuk melihat kejutan daripada Malaya dan Singapura adalah mustahil.”

Beliau juga menulis:

“Burma mempunyai kekuatan untuk menjulang kejuaraan kejohanan ini.”

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata-kata buruk padahnya. Pada hari sama artikel akhbar beliau keluar, pasukan Malaya memaksa Siebel ‘menjilat ludahnya sendiri’apabila membelasah Burma 5-2.

Apabila laporan akhbar keluar pada keesokan harinya, semua akhbar memuja gol ke-2 Malaya jaringan penyerang kanan Pulau Pinang, Pang Siang Hock (gambar bawah) dan dicipta oleh penyerang Selangor, Abdul Ghani Minhat.

Sumber: kelabjersikita.blogspot.com

Sumber: kelabjersikita.blogspot.com

Singapura pula kurang berbasib baik dalam perlawanan pertama. Mereka tewas 1-2 dalam perlawanan ulangan kepada Vietnam selepas seri 5-5 dalam perlawanan pertama.

Daripada 6 gol Singapura ini, 3 daripadanya dijaringkan oleh Peter Corthine (gambar bawah).

peter corthine

Untuk pengetahuan anda, Corthine pernah mewakili Chelsea sebaik balik dari Singapura pada 1959.

Ghani Minhat selesa bermain di kiri berbanding tengah

Selepas menang 5-2 ke atas Burma, Malaya layak ke pusingan akhir bersama Vietnam dan pilihan bersama kejohanan, Hong Kong dan Indonesia.

Turun menentang Vietnam yang keletihan selepas bergelut untuk menang ke atas Singapura, Malaya bagaimanapun gagal memanfaatkan kelebihan ini apabila kalah 1-4.

Lawan seterusnya untuk Malaya adalah Hong Kong. Malaya bermula dengan langkah kiri apabila sebelum perlawanan, Pang Siang Hock tidak mahu bermain.

Situasi ini menyebabkan Ghani Minhat (gambar bawah) terpaksa dipindahkan ke sayap kiri (memandangkan beliau berkaki kiri).

Sumber: kelabjersikita.blogspot.com

Sumber: kelabjersikita.blogspot.com

Tak cukup dengan kehilangan servis Siang Hock, Malaya ketinggalan dua kali – 0-2 dan 1-3 – kepada Hong Kong.

Tetapi hasil kehebatan Ghani Minhat (2 gol, 1 assist), Malaya berjaya mengikat Hong Kong 3-3 sebaik tamat perlawanan.

Dalam perlawanan terakhir, Malaya tewas 2-4 kepada Indonesia. Ghani Minhat menjaringkan 2 gol Malaya.

Meskipun kalah, subjek yang menjadi bualan peminat bola sepak Malaya adalah kehebatan Ghani Minhat sejak dipindahkan dari tengah ke sayap kiri. Malah beliau sendiri mengaku lebih selesa bermain di sayap kiri.

Screen-Shot-2016-08-31-at-12.15.17-PM-compressor

Ini membuatkan peminat Selangor dan media mula mendesak Selangor untuk menukar posisi Ghani dari penyerang tengah kepada penyerang kiri.

Malaya mahu ambil bekas bintang Arsenal

Meskipun skuad Malaya tewas, Pestabola Merdeka 1957 merupakan titik mula yang bagus untuk negara kita.

Penganjuran Pestabola Merdeka 1957 sangat berjaya sehinggakan FAM meraih pendapatan jualan tiket sebanyak $ 140,000 (lebih kurang RM1.2 juta hari ini) dalam masa 8 hari.

Presiden FAM, Tengku Abdul Rahman pula sangat berbangga dengan pencapaian Malaya buat kali pertama sehinggakan mahu mengambil bekas bintang Arsenal, Eddie Hapgood sebagai ketua jurulatih Malaya.

Screen-Shot-2016-08-31-at-4.54.49-PM-compressor

Kesimpulan

Kini 59 tahun berlalu, FAM perlu melihat sejauh mana bola sepak Malaysia sudah berkembang.

Jika ketika zaman baru merdeka dahulu pun Tengku Abdul Rahman sudah ada aspirasi untuk melantik jurulatih berkelas dunia untuk melatih pemain Malaya, mengapa sekarang FAM tiada aspirasi sebegitu?

Budaya bola sepak sudah lama menjadi sebahagian budaya Malaysia tetapi pencapaian kita menggambarkan seolah-olah kita baru kenal sukan bola sepak.

59 tahun sudah berlalu. Apa kau buat, FAM?

Baca juga: Kaki Besi Dan Raja Bola Malaya – Kisah Lagenda Yang Terkubur Di The British Library

The post Pestabola Merdeka 1957: Kisah TAR Mahu Ambil Bintang Arsenal Jadi Ketua Jurulatih Malaya appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan UEFA Euro 2016 France

Kejohanan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France akan berlangsung pada 10 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016 akan datang. Kejohanan edisi ke 15 ini buat pertama kalinya melibatkan 24 buah negara iaitu tambahan 8 lagi negara di mana sebelum ini hanya melibatkan penyertaan 16 buah pasukan. Setiap pasukan kini sedang sibuk menjalani latihan fasa terakhir sebelum memilih senarai 23 orang pemain yang bakal menggalas cabaran negara masing-masing pada kejohanan kali ini.

Ketua Jurulatih pastinya antara individu yang berperanan penting dalam pasukan mereka. Bual Sukan percaya, kemampuan mereka menyusun formasi, strategi serta taktikal berdepan lawan masing-masing amat penting bagi memastikan kejayaan serta pasukan mencapai keputusan yang disasarkan seterusnya mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta kemampuan mempertahankan gol daripada dibolosi pastinya akan berjaya mencapai sasaran keputusan yang ditetapkan oleh barisan Ketua Jurulatih masing-masing. Berikut adalah senarai barisan Ketua Jurulatih 24 Pasukan yang bersaing dalam edisi UEFA Euro 2016 France kali ini :

Perancis : Didier Deschamps
Romania : Anghel Iordanescu
Switzerland : Vladimir Petkovic
Albania : Gianni De Biasi

England : Roy Hodgson 
Russia : Leonid Slutsky  
Wales : Chris Coleman
Slovakia : Jan Kozak

Jerman : Joachim Low
Poland : Adam Nawalka
Ukraine : Mykhaylo Fomenko
Ireland Utara : Michael O’Neill

Sepanyol : Vicente del Bosque
Republik Czech : Pavel Vrba
Turki : Fatih Terim
Croatia : Ante Cacic

Belgium : Marc Wilmots
Itali : Antonio Conte
Republik Ireland : Martin O’Neill
Sweden : Erik Hamren

Portugal : Fernando Santos
Iceland : Lars Lagerback & Heimir Hallgrimsson
Austria : Marcel Koller
Hungary : Bernd Storck 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Survey FFT: 50% Pemain Tempatan Setuju Jurulatih Asing Lebih Bagus, Hanya 7% Bantah

Ya, anda tak tersalah baca.

Menurut survey yang dijalankan oleh FourFourTwo Malaysia/Singapore kepada 100 pemain-pemain tempatan dari Liga Super, Liga Perdana dan Piala FAM, 50% pemain tempatan (50 pemain) bersetuju jurulatih asing lebih bagus berbanding jurulatih tempatan.

43 pemain menjawab ‘tiada komen’. Manakala hanya 7 pemain yang berpendapat jurulatih tempatan lebih bagus daripada jurulatih asing.

Survey FourFourTwo Malaysia/Singapore

Selama 4 bulan bermula dari Disember 2015 hingga Mac 2016, FourFourTwo Malaysia/Singapore telah menjalankan sebuah bancian (survey) terhadap 100 pemain tempatan dari Liga Super, Liga Perdana dan Piala FAM untuk bertanya 20 soalan berkenaan isu-isu bola sepak Malaysia.

Survey ini dijawab oleh:

  • 65 pemain Liga Super
  • 25 pemain Liga Perdana dan
  • 10 pemain Piala FAM.

Mereka terdiri daripada pemain muda, pemain kacukan Malaysia dan pemain skuad kebangsaan. Tiada pemain import yang terlibat dalam survey ini.

Semua pemain yang terlibat telah menyertai survey ini secara sukarela. Identiti mereka pula tidak diketahui (anonymous).

Terima kasih kepada FourFourTwo Malaysia/Singapore, Semuanya BOLA memperolehi pendedahan eksklusif 4 daripada 20 soalan survey mereka.

Kami sendiri memilih 4 soalan ini kerana merasakan ia berkait rapat dengan isu bola sepak yang kami perjuangkan.

Soalan 1: Jurulatih asing lebih baik berbanding jurulatih tempatan?

BlogIllustration1

Seperti yang kami dedahkan di atas, hanya 7 pemain tempatan membantah jurulatih asing lebih baik berbanding jurulatih tempatan.

Sejumlah 50 pemain menjawab ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’. 43 pemain lagi berdiri di atas pagar dan menjawab ‘tiada komen’.

Seorang pemain Liga Super memberitahu:

“Saya rasa lebih yakin bermain di bawah jurulatih asing.”

Seorang pemain Liga Perdana pula berpendapat jurulatih asing perlu membuktikan rekod kejurulatihannya dahulu sebelum memperolehi rasa hormatnya:

“Jika mereka (jurulatih asing) datang ke sini, mereka mesti membuktikan kebolehan mereka dengan rekod yang baik. Kalau tak, mereka sama saja macam jurulatih tempatan kita.”

Soalan 2: Saya gembira walaupun saya tak dapat bermain di luar negara. Setuju atau tidak?

BlogIllustration2

Semasa lawatan kami ke Jepun, kami bertanya kepada pegawai J League: mengapa tiada kelab J League yang mahu mengambil pemain Malaysia?

Jawapan salah seorang pegawai mereka adalah:

“Kami memang mahu bawa pemain Malaysia ke J League, terutamanya ke J2 League (divisyen ke-2). Tetapi gaji pemain Malaysia terlalu mahal.”

Jika anda berada di tempat pemain Malaysia, mengapa perlu berhijrah? Gaji bermain di Malaysia saja sudah lumayan. Liga pula meriah. Anda pula tak perlu bermula dari kosong kerana semua jurulatih di Malaysia kenal anda.

Maka kami tak hairan apabila survey FourFourTwo Malaysia/Singapore mendedahkan hanya 33 pemain mengaku tidak gembira jika mereka tak dapat peluang bermain di luar negara.

“Saya pernah dapat tawaran pergi ke kelab luar negara, tapi kelab tak benarkan saya pergi,” menurut seorang pemain Liga Super.

Seorang lagi pemain Liga Super berkata:

“Kalau saya bersara tanpa dapat main di luar negara walaupun hanya sekali, itu akan mengecewakan saya.”

38 pemain lagi berpendapat mereka gembira walaupun tidak mendapat peluang bermain di luar negara. Manakala 29 lagi menjawab ‘tiada komen’.

Seorang pemain Liga Super berpendapat bermain di luar negara hanya akan membuatkannya rindu kepada keluarga:

“Saya rasa saya tak boleh berjauhan dengan isteri dan anak-anak saya.”

Seorang lagi pemain Liga Super berpendapat bermain di Malaysia lebih bagus berbanding di luar negara:

“Saya pernah bermain di luar negara sebelum ini, dan saya boleh cakap ‘the grass is not always greener on the other side’.”

Soalan 3: Saya terasa hati bila penyokong maki saya. Setuju atau tidak?

BlogIllustration3

Kefanatikan peminat bola sepak Malaysia dan ‘kegarangan’ mereka di media sosial apabila pasukan kalah, bukan satu rahsia lagi. Cacian dan makian penyokong sama ada di stadium atau media sosial ada kalanya melampau dan boleh mengguris hati pemain.

Bagaimanapun menurut survey ini, hanya 24 pemain mengaku mereka terasa hati apabila penyokong memaki mereka.

“Saya boleh terima kalau makian itu datang dari penyokong pasukan lawan. Tetapi tidak jika ia datang dari penyokong kami sendiri,” menurut seorang pemain Liga Super.

Seorang pemain Liga Super mahu penyokong yang memaki berada di tempatnya:

“Kalaulah saya dapat maki balik penyokong tersebut selama 90 minit. Barulah dia tahu apa perasaan saya.”

Seorang lagi pemain Liga Super mahu penyokong lebih bertimbang-rasa:

“Kadang-kadang mereka lupa, kami pun manusia biasa juga.”

43 pemain berpendapat mereka tidak terasa hati apabila diejek penyokong. 33 lagi menjawab ‘tiada komen’.

“Ejekan mereka beri saya motivasi untuk bermain dengan lebih bagus lagi,” menurut seorang pemain Liga Super.

Soalan 4: Ultras baik untuk bola sepak. Setuju atau tidak?

BlogIllustration4

Bagi kami, ultras bukan penyokong biasa. Bagi kami, mereka adalah pemain ke-12 di padang.

Kalah atau menang, gol atau bolos, home atau away match – mereka takkan berhenti bersorak untuk pasukan. Merekalah penyumbang utama kemeriahan bola sepak tempatan.

Ternyata pemain tempatan juga bersetuju dengan pendapat ini. 67 pemain bersetuju gerakan ultras bagus untuk bola sepak Malaysia.

“Suka atau tak, kita kena akui mereka (ultras) membuatkan bola sepak lebih menarik dan mengujakan,” menurut seorang pemain Liga Perdana.

Seorang pemain Liga Super pula mengaku ultras sebenarnya baik dan mesra jika mengenali mereka:

“Saya dah pernah jumpa beberapa ultras pasukan saya di luar padang bola beberapa kali. Kebanyakkan daripada mereka sebenarnya baik dan mesra.”

Hanya 9 pemain berpendapat sebaliknya.

“Kadang-kala, mereka beraksi seperti hooligans,” menurut kata seorang pemain Liga Super.  Pendapat ini disokong oleh seorang lagi pemain Liga Super:

“Kefanatikan mereka boleh menjadi sangat bahaya.”

24 pemain yang lain menjawab ‘tiada komen’.

Kesimpulan

Perlu diingat. Kami baru hanya kupas 4 soalan survey FourFourTwo Malaysia/Singapore.

Ada 16 lagi soalan survey ‘panas’ yang hanya boleh diketahui jika anda mendapatkan naskhah majalah FourFourTwo isu Mei 2006!

VO1605_0_COVER_May2016

Naskhah majalah FourFourTwo isu Mei 2016 boleh didapati bermula 22 April 2016 (hari ini) di semua rangkaian kedai berikut:

  • 7-11
  • MyNEWS
  • Kinokuniya
  • Borders dan
  • Popular

Sila lawat dan klik ‘LIKE’ pada laman Facebook FourFourTwo Malaysia/Singapore untuk tidak terlepas isu terbaru majalah FourFourTwo.

The post Survey FFT: 50% Pemain Tempatan Setuju Jurulatih Asing Lebih Bagus, Hanya 7% Bantah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Tabiat Buruk Pemain Bola Sepak Yang Dibenci Oleh Jurulatih

Pemain bola sepak sentiasa memerlukan jurulatih yang bagus untuk mengasah skil, menambah pengetahuan dan menjadikan mereka pemain yang lebih bagus.

Tetapi kadang kala, ada perangai-perangai buruk pemain yang menyukarkan tugas jurulatih untuk memperbaiki permainan mereka.

Untuk membantu kami menghasilkan artikel ini, kami menemuramah beberapa orang jurulatih – dari pemegang lesen UEFA A hinggalah kepada pemegang lesen A AFC.

Berikut adalah 10 tabiat buruk pemain yang harus dikikis jika mereka mahu menjadi pemain yang lebih bagus:

1. Menyibuk hal taktikal

Selain sibuk menunjukkan kepada semua orang tentang pengetahuan taktikal dan drill latihan yang pernah dipelajarinya, ada pemain yang gemar menyanggah keputusan jurulatih yang menetapkan posisi pemain.

Kata mereka, pemain A tidak sesuai bermain di posisi pertahanan tengah kerana lebih pendek daripada pemain B dan C.

Sebagai pemain, tugas anda adalah memahami, mematuhi dan melaksanakan arahan taktikal individu dan pasukan yang diberikan oleh jurulatih.

Bukannya menunjukkan kepada semua orang bahawa anda adalah ‘the next Pep Guardiola’ semasa taklimat taktikal dari jurulatih.

2. Menyalahkan orang lain bila pasukan kalah

Amalan ‘bangau oh bangau’ atau suka menyalahkan orang lain daripada pemain menunjukkan mentaliti mereka yang tidak layak bermain dalam sukan yang memerlukan teamwork seperti bola sepak.

Jika anda selalu hilang bola, jangan salahkan rakan sepasukan yang tidak membantu anda. Jika anda gagal menjaringkan gol, jangan salahkan jentera tengah anda.

Jika tak pandai menari, jangan salahkan lantai. Belajar mengambil tanggungjawab dan anda akan menjadi pemain yang lebih bagus kerana sentiasa mahu memperbaiki diri.

3. Bersembang ketika jurulatih bercakap

Menurut jurulatih-jurulatih yang kami temuramah, hal ini selalu terjadi semasa mereka menerangkan drill latihan kepada pemain-pemain.

Ketika jurulatih menuntut pemain untuk memberi fokus dan perhatian 100% dalam latihan, ketika inilah pemain mahu bersembang.

Ia bukan saja biadap, malah menunjukkan pemain bersifat mementingkan diri sendiri kerana tidak fokus untuk memperbaiki diri sendiri dan pasukan.

Selain itu, jurulatih-jurulatih juga tidak gemar apabila pemain mencekak pinggang apabila mendengar taklimat. Amalan seeloknya adalah, meletakkan tangan di belakang badan.

4. Datang lewat, balik awal

Menurut seorang jurulatih pasukan liga FAS, perkara ini selalu terjadi kepada pemain liga semi-pro dan amatur.

Sepatutnya pemain perlu datang ke padang awal 1 jam sebelum perlawanan. Ini memudahkan kerja jurulatih untuk menyediakan start list, memberi taklimat taktikal dan team talk sebelum perlawanan.

Sesudah perlawanan, pemain yang datang lewat ini pula balik awal. Ini sahaja dah menunjukkan pemain kurang semangat berpasukan.

Dalam sesi latihan pula, amalan datang lewat balik awal ini bukanlah amalan pemain-pemain berkelas dunia.

Arjen Robben sentiasa menambah 2 jam selepas latihan pasukan untuk memperbaiki teknik larian cut inside dan shooting technique beliau.

Sebab itulah beliau masih mampu menjaringkan banyak gol walaupun pasukan lawan sudah boleh membaca gerakan kegemarannya dari sayap kanan.

5. Malas belajar/memperbaiki diri sendiri

Sekali lagi, perkara ini selalu terjadi kepada pemain liga semi-pro dan amatur.

Kebanyakan pemain di peringkat ini bencikan jurulatih yang gemar menghentikan latihan dan memperbetulkan pemain (stop and correct). Mereka mudah berasa bosan apabila jurulatih kerap menghentikan latihan untuk memperbetulkan kesalahan mereka.

“Bola sepak ni kalau main hari-hari jadi pandai la bro,” kata mereka tanpa memikirkan fakta bahawa pemain-pemain Malaysia juga bermain bola sepak hari-hari, tetapi seri juga dengan pemain semi-pro Macau yang berlatih hanya 4 jam seminggu.

6. Terlalu fokus memenangi bola bila bertahan

Ketika bertahan banyak pemain yang fokus 100% untuk memenangi bola. Inilah yang menyebabkan pemain mudah melayangkan badan untuk memenangi bola sekaligus memudahkannya ditipu pemain berskil.

Selain memenangi bola, mereka juga perlu fokus untuk ‘mengawal dan mengurus’ pemain yang mempunyai bola dengan:

  • mengecilkan ruang mereka beroperasi
  • memisahkan mereka daripada rakan sepasukan

7. Tidak berfikir 1-2 langkah ke hadapan sebelum menerima bola

Kebanyakan pemain gemar menunggu sehingga bola sampai ke kaki sebelum membuat keputusan seterusnya. Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai banyak pilihan (lalu gelabah dan membuat pilihan kurang bijak) apabila menerima bola.

Menurut seorang jurulatih berlesen UEFA A yang kami temuramah, pemain perlu tahu apa yang mereka mahu buat dengan bola SEBELUM bola sampai ke kaki mereka.

8. Cuba mematikan bola dalam semua situasi

Ramai pemain sedaya-upaya untuk memastikan bola ‘senyap’ atau ‘mati’ setiap kali menerima bola, bukannya menguasai seni directional first touch – seni mengarahkan bola ke laluan yang betul dengan satu sentuhan.

9. Tidak tahu/guna konsep numerical advantages

Walaupun pasukan mempunyai numerical advantages seperti 2v1, 3v2 dan sebagainya dalam situasi-situasi tertentu, ada sesetengah pemain yang gagal mengenalpasti situasi-situasi tersebut dan membuat pilihan yang salah.

Contohnya pemain memilih untuk melakukan hantaran jauh sedangkan situasi 4v3 sedang berlaku di kawasan beliau bermain.

Jika mereka mengenalpasti pun kelebihan ini, mereka tidak menggunakannya dan lebih rela bermain secara solo atau secara susah.

10. Menggunakan terlalu banyak touches ketika menggelecek

Banyak pemain yang menganggap semakin banyak skil dan sentuhan bola yang mereka lakukan semasa menggelecek, semakin terpedaya pemain pertahanan dan semakin bagus permainan mereka di mata jurulatih.

Salah.

Sebaliknya jurulatih lebih suka jika pemain menggunakan sentuhan pertama (first touch) yang bagus, acahan gerak badan (feints) yang ringkas untuk menewaskan pertahanan dalam situasi 1v1.

Nota editor: Terima kasih kepada En. Isa Ar-Rifa’i, Mr. Oleg Starynski dan catdz kerana membantu kami menghasilkan artikel ini.

Baca juga: Antonio Cassano: Kejatuhan Karier Adalah Kerana Saya Malas, Bukan Salah Jurulatih

The post 10 Tabiat Buruk Pemain Bola Sepak Yang Dibenci Oleh Jurulatih appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: