Gary Neville Minta Manchester United Kalah Dengan Chelsea Esok

Menjelang perlawanan suku akhir Piala FA di antara Chelsea dan United, lagenda United Gary Neville ‘mendoakan’ agar Manchester United kalah.

Ianya respon yang sangat berbeza dengan Jose Mourinho yang menyatakan beliau akan menurunkan kesebelasan terkuat untuk mempertahankan kejuaraan ini.

Ini kerana, Neville berpendapat, Piala FA adalah satu bebabn untuk United dalam mengejar slot ke UCL.

Gary Neville kurang yakin akan kemampuan pasukan ini untuk bersaing untuk 4 teratas apatah lagi untuk mencabar kejuaraan liga.

Bagi Neville, lebih realistik untuk United fokus kepada Europa League berbanding dengan Piala FA buat masa ini.

Juara Europa League akan berpeluang untuk mendapat slot ke UCL seperti mana yang dilakukan oleh Sevilla sebelum ini.

Neville berkata:

“Jelas sekali buat masa ini hanya ada 2 talian hayat untuk United ke UCL musim hadapan.”

“Pertamanya menerusi EPL, dan yang kedua adalah dengan menjuarai Europa League.”

“Isnin ini para pemain akan tercabar secara mental. Ini mungkin masa yang sesuai untuk mereka mengorbankan sesuatu untuk mengurangkan sedikit kepadatan jadual selepas ini.”

Secara teknikalnya, United sudah berada di slot Europa musim hadapan dengan kejuaraan Piala EFL sebelum ini.

Komen tentan EPL

Neville turut berpendapat pasukan Chelsea adalah pilihan untuk menjuarai EPL musim ini.

“Pada awal musim saya mulanya merasakan United ada peluang untuk juara.”

“Tetapi dengan pemain seperti Costa dan Hazard bangkit. Pada masa yang sama mereka memperbaiki isu pertahanan dengan bek bertiga.”

“Ketika itu saya sudah nampak, Chelsea yang dahulu sudah kembali.”

“Chelsea kini memiliki pasukan juara ataupun sedang membina sebuah pasukan juara.”

“Mereka mungkin akan keciciran beberapa mata selepas ini kerana ada pemain yang mungkin berada di zon selesa.”

Baca juga: Andriy Shecvchenko, Lagenda Dan Raja Di San Siro Dari Ukraine

The post Gary Neville Minta Manchester United Kalah Dengan Chelsea Esok appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Penyokong Manchester United Tunai Janji Lari Bogel Di Jalan Selepas United Elak Kalah

Seorang penyokong Manchester United mengotakan janjinya untuk berlari bogel di depan jalan rumahnya semalam selepas pasukannya berjaya mengelak kekalahan menentang Stoke City semalam.

Janji tersebut dibuat oleh /u/BoomFlexPlays, seorang penyokong Manchester United dalam forum Reddit ketika United masih ketinggalan 0-1. Beliau berjanji akan berlari bogel di depan jalan rumahnya jika United berjaya mengelak kekalahan menentang Stoke City.

Mungkin Tuhan mahu menguji sejauh mana beliau jujur dengan janjinya.

Ketika perlawanan tinggal 1 minit dan nampak berakhir dengan kekalahan 0-1 kepada United, Wayne Rooney menjaringkan gol cantik dari sepakan percuma sebelah kiri.

Gol ini bukan sahaja bersejarah dalam hidup /u/BoomFlexPlays yang mungkin kali pertama berlari bogel di jalan depan rumahnya. Malah bersejarah kepada Wayne Rooney dan Manchester United.

Ini kerana dengan gol ini, Wayne Rooney mengesahkan statusnya sebagai penjaring gol terbanyak dalam sejarah Manchester United. Rooney mengatasi rekod Bobby Charlton (249 gol) dengan 250 gol setakat semalam.

Perlu diingat. Bobby Charlton berumur 35 tahun ketika mencipta rekod 249 gol tersebut. Wayne Rooney pula baru berumur 31 tahun. Beliau mempunyai sekurang-kurangnya 4 tahun lagi untuk memperbaiki rekodnya sendiri.

Muat naik video berlari bogel sebagai bukti

Berbalik kepada cerita penyokong United tadi, /u/BoomFlexPlays turut memuat naik video beliau berlari bogel di depan jalan rumahnya sebagai bukti.

“Janji tetap janji. Saya tak pakai apa-apa di bawah. Biar saya tanggalkan baju saya,” kata /u/BoomFlexPlays sebelum berlari keluar dari rumahnya tanpa sebarang pakaian.

Kejujuran /u/BoomFlexPlays menunaikan janjinya mendapat sokongan pengguna Reddit lain. Ini terbukti apabila komen beliau diberi ‘gold’ sebanyak 5 kali (berjumlah £25 atau RM138).

/u/BoomFlexPlays kemudiannya bertindak mendermakan £25 yang diterimanya di Reddit ke badan kebajikan Manchester United Foundation.

Manchester United Foundation merupakan badan kebajikan rasmi Manchester United yang ditubuhkan untuk pembangunan komuniti setempat. Terutamanya kepada kanak-kanak.

Tumpuan utama Manchester United Foundation adalah program-program pendidikan, kesedaran isu sosial dan kerjasama dengan badan-badan kebajikan di UK yang lain.

Baca juga: Wayne Rooney Cipta Rekod, Jadi Penjaring Terbanyak Manchester United Dalam Sejarah

The post Penyokong Manchester United Tunai Janji Lari Bogel Di Jalan Selepas United Elak Kalah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

MENANG JANGAN ANGKUH, KALAH JANGAN JADI MUSUH

MENANG JANGAN ANGKUH, KALAH JANGAN JADI MUSUH

Kepada penyokong Harimau Selatan, kemenangan telah pun berpihak kepada kita melalui keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM pada 06/02/2014. Dikesempatan ini kami menyeru agar sambutlah kemenangan ini tanpa rasa bongkak dan angkuh terhadap pasukan yang tewas. Pedulikan sahaja kata-kata nista yang dilemparkan, ambil semula jadikan ianya satu semangat yang mana kesabaran kita sepertimana yang digesa oleh DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim selaku Presiden PBNJ kini membuahkan hasil.

Kini kita kuatkan lagi hubungan penyatuan yang terbina antara seluruh penyokong dimana jelas terlihat apabila semua yang berpaanjikan merah biru berdiri teguh menyokong Presiden kita. Perlu diingat bahawa perjalanan kita masih jauh, kemenangan kali ini sebenarnya kecil sahaja namun ianya juga penting. Tahniah dari kami warga TPS untuk semua yang terlibat termasuklah penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim.

KESABARAN MEMBENTUK JATIDIRI KEIMANAN.

Johor Darul Ta’zim

Menyerah kalah itulah kegagalan yang sebenarnya

Adakah benar rakyat Malaysia seringkali dimomok-momokkan dengan pemikiran yang negatif? Adakah para pemain dan juga jurulatih benar-benar berpuas hati sekiranya dapat menunjukkan persembahan yang baik tetapi bermain tanpa menjaringkan gol? Bukankah mustahil untuk menang jika tidak menjaringkan gol? Betulkah para peminat yang menonton berita kerapkali mendengar jawapan yang klise daripada para pegawai apabila mereka menjawab pertanyaan wartawan? Tidak patutkah pertanyaan mengenai sasaran yang hendak dicapai dalam kempen atau pertandingan yang tertentu diajukan? Sekiranya jawapan dari dahulu asyik memberikan pendedahan dan menimba pengalaman sahaja, bila masanya akan bermula bersaing?

Bagi yang kurang faham, soalan-soalan tersebut tidak perlu pun dijawab kerana ianya adalah persoalan yang retorik. Usah lagi berpura-pura tidak tahu memandangkan peribahasa Melayu ada menyebut, “Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula”. Topik apa lagi yang menarik kalau bukan tentang berjaya atau gagalnya bolasepak Malaysia di persada dunia. Tanpa perlu melihat pada kedudukan (ranking) dalam dunia, boleh kata semua sudah pun tahu di mana tahap sebenar bolasepak negara. Walaupun terdapat lebih banyak pihak yang suka memandang serong terhadap situasi semasa, ini tidak bermakna tiada langsung perkembangan yang positif. Perkembangan yang positif sudah tentu ada cuma keadaan nampaknya semakin merosot dan akan terus merudum sekiranya mentaliti masih di takuk lama.

Pasukan lawan akan sentiasa cuba menyekat kemaraan kita.

Baru-baru ini, pasukan bawah-13 kebangsaan yang dikendalikan oleh National Football Development Programme Malaysia (Pelan Pembangunan Bolasepak Negara atau NFDP Malaysia) memberikan sedikit sinar harapan apabila menjuarai Piala Iber edisi Costa del Sol. Walau bagaimanapun, suara-suara sumbang seperti sudah mula kedengaran apabila skuad anak didik Lim Teong Kim ini tersingkir di tangan pasukan bawah-13 Paris Saint-Germain di peringkat suku akhir dalam edisi Estoril. Walaupun tewas, mereka berjaya juga mencatatkan keputusan yang membanggakan di Eropah dengan 21 kemenangan, 2 seri, dan satu sahaja kekalahan dalam 24 perlawanan. Cuma, apa yang menimbulkan kebimbangan adalah ke mana hala tuju skuad muda ini selepas ini. Selain itu, adakah mana-mana pemain muda yang berbakat di negara ini terpaksa memilih untuk pergi ke Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari (Gambang, Pahang), Frenz United Football Academy (Bentong, Pahang), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (Bandar Penawar, Johor), dan Sekolah Sukan Bukit Jalil (Kuala Lumpur) sahaja?

Bukannya tempat-tempat tersebut tidak bagus tetapi bukankah kesudahannya tetap sama? Yakni, para pemain akan menjadi hebat di Malaysia tetapi tidak di peringkat dunia. Sebab itu jugalah, pemain-pemain yang menyarung jersi negara di Brazil dipanggil pemain antarabangsa manakala pemain-pemain yang menyarung jersi negara di Malaysia dipanggil pemain kebangsaan sahaja. Yang sebenarnya, apa yang lebih merisaukan lagi adalah kemahuan pihak-pihak yang berkenaan untuk berubah. Bukankah sudah tiba masanya untuk keluar dari kepompong zon selesa dan mula menguji kemampuan di peringkat yang lebih tinggi pula? Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Walaupun begitu, kemahuan sahaja tidak cukup. Ia mestilah juga disandarkan kepada perancangan yang cukup rapi serta teliti. Gagal merancang bermakna merancang untuk gagal. Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.

Biarpun cabarannya adalah sukar,
kesungguhan merupakan kunci kejayaan.

Sejarah bolasepak Malaysia telah mengalami berbagai-bagai episod suka dan duka. Tunas Cemerlang, Olimpik 2000, Harimau Muda, MyTeam, Soccer Kids, Kem Bola, hinggalah Mencari Ramli, sepatutnya sudah cukup untuk memberi pengajaran tentang keberkesanan sesuatu idea dan juga pelaksanaannya. Tanpa adanya kesinambungan dan penyelarasan antara pihak awam dengan badan induk bolasepak Malaysia, segala usaha dan penat lelah akan menjadi sia-sia. Pengorbanan masa, harta, dan tenaga terbazir begitu sahaja apabila tiada hasil yang memberangsangkan. Maka, saranan ini jugalah yang mahu disampaikan kepada para ibubapa yang mempunyai anak-anak berpotensi tinggi dalam sukan bolasepak. Masa hadapan anak-anak dalam dunia bolasepak profesional kemungkinan hanya ada 10 hingga 15 tahun sahaja, itu pun jika tiada kecederaan yang teruk. Selepas itu, dunia kejurulatihan juga ada tetapi pilihannya amat terhad terutama sekali jika hanya bergantung kepada permintaan di Malaysia.

Daripada kira-kira 28 juta penduduk Malaysia, hanya 11 orang pemain yang akan bermain untuk skuad kebangsaan pada satu-satu masa. Kemudian, beberapa orang pemain di bangku simpanan, dan beberapa lagi dalam skuad-skuad belia serta remaja. Selebihnya, mereka bermain bolasepak secara suka-suka semasa beriadah atau menonton sahaja jika tidak terlibat secara langsung dalam pasukan-pasukan Liga Malaysia (Liga-M). Yang tidak meminati bolasepak pun tidak kurang banyaknya. Malah, yang tidak peduli langsung pun ada. Apa yang hendak dihairankan, Malaysia bukannya England. Secara rasminya, agama di Britain adalah Kristian berpaksikan Gereja Anglikan. Walaupun majoriti penduduknya adalah penganut Protestan berbanding Katolik, boleh dikatakan hampir semua daripada kedua-dua golongan menganggap bolasepak seperti agama! Bolasepak di sana sudah menjadi satu cara hidup kerana lebih ramai yang menghadiri stadium saban minggu berbanding rumah ibadat mereka yang hampir-hampir sahaja kosong. Bodohlah jika orang kita mahu meniru mereka. Lagipun, sehebat-hebat England, mereka hanya sekali sahaja memenangi Piala Dunia. Tak hebat mana pun sebenarnya.

Berbekalkan keyakinan dan kerendahan hati,
rakyat Malaysia sememangnya boleh berjaya.

Oleh itu, jika masing-masing betul-betul ikhlas dalam membentuk aspirasi menjayakan sukan bolasepak atau apa-apa bidang sekalipun, letaklah sesuatu pada tempatnya. Cukuplah sekiranya bolasepak dijadikan sebagai kerjaya, perniagaan, hiburan, atau alat perpaduan rakyat sahaja, tidak lebih daripada itu. Memiliki pasukan bolasepak kebangsaan yang hebat tidak membangunkan rakyat tetapi kehebatan rakyatlah yang membangunkan seluruh negara. Kini, rakyat sendiri yang perlu memilih dan membela nasib mereka sendiri. Lionel Messi semasa mula-mula berhijrah ke Sepanyol, dia datang bersama-sama keluarganya. Ibubapa dan adik-beradiknya turut banyak berkorban dan berjuang di sampingnya. Di negara sendiri mungkin susah tetapi di negara orang adalah lebih susah lagi jikalau tiada sokongan keluarga yang mantap. Pesanan buat mana-mana pemain bolasepak profesional warganegara Malaysia, pergilah berhijrah dan kembali semula dengan azam yang jitu untuk membantu negara. Pada masa yang sama, pihak yang berwajib juga haruslah mempersiapsiagakan liga tempatan agar bersedia menerima pemain-pemain yang berkaliber dari serata dunia termasuklah negara sendiri.

Kesimpulannya, duniabolasepak.blogspot.com ingin menyatakan bahawa bolasepak tanahair tidaklah boleh dikatakan gagal sepenuhnya kerana masih ramai yang belum mencampakkan tuala dan menyerah kalah. Ini amatlah bagus dan jangan sesekali menyerah kalah. Menyerah kalah itulah kegagalan yang sebenarnya. Namun, beralah tak bererti kalah. Selagi mana kebangkitan demi kebangkitan terus dilakukan walaupun jatuh beberapa kali, kekalahan hanyalah menjadi motivasi untuk menggapai kemenangan. Kalah menang adalah asam garam kehidupan tetapi selagi hayat dikandung badan, berputus asa bukanlah caranya. Ingatlah, bolasepak hanyalah satu permainan. Tidak berbaloi rasanya untuk menjatuh-jatuhkan orang lain apatah lagi menjatuhkan air muka sendiri. Cukuplah sekadar diam seribu bahasa sekiranya tidak mampu untuk membantu dengan cara yang elok. Jika molek dipersilakan, jika jelek sila hentikan. Sudah pasti, pesanan ini tidak lain dan tidak bukan adalah untuk diri sendiri jua.

Rujukan:

http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2014/04/13/NFDP-can-save-Malaysian-football/

DUNIA BOLA SEPAK

Incoming search terms:

GERMAN TAKKAN MENANG ANDAI ARGENTINA KALAH

Yeayyy!!

Hai. Kembalinya anda bersama saya, Gonzailee Higuain yang merupakan pengulas untuk juara menunggu Piala Dunia 2014 iaitu Argentina. Saya ada sikit nak cakap tentang harapan ke atas pasukan saya. Artikel ini sebenarnya sudah ditulis dan disimpan dalam draf sejak tiga bulan yang lalu. Hari ini, saya membuat sedikit suntingan untuk menyesuaikannya dengan keadaan semasa. Maksudnya, situasi ini sudah pun ada dalam bayangan saya sejak tiga bulan lepas lagi. Oh sebelum terlupa, saya mula menyokong Argentina sejak Malaysia tidak layak ke Piala Dunia lagi.

Perlawanan kali ni antara Argentina menentang German bakal menyaksikan keputusan berbeza. Belanda yang menang besar lawan Sepanyol tidak menjamin tempat mereka di final pun. Jadi, jangan cuba buat bangang kabor kemenangan 7-1 German akan bagi pengaruh besar dalam perlawanan ni nanti. Rest is history. Argentina menang nasib melalui sepakan penalti menentang Belanda? Beritahu itu dekat Itali yang menang dengan Perancis pada 2006.

Okeylah. Saya malas nak bicara panjang. Piala Dunia akan jadi milik Argentina. Menang 4-0 atau 5-0 saya tak kisah. Yang pastinya trofi Piala Dunia akan dijulang Messi dengan penuh bongkak depan Pele di tanah Brazil.

Saya juga nak ulas sikit tentang gambar Messi bersama pemimpin Yahudi. Yahudi dan Zionis itu berbeza. Semua Zionis ialah Yahudi tetapi bukan semua Yahudi ialah Zionis. Kalau Messi nak join Yahudi, mampos dia la. Kalau dia nak join Zionis, pun mampos dia jugak. Saya tak peduli. Janji dia tahu main sukan yang saya suka dan saya akan kekalkan kapasiti saya sebagai peminat seorang pemain bola dan bukannya peminat seorang penyokong Yahudi.

Sejarah 1986 akan berulang. Empat tahun lepas, Argentina tewas 4-1 kepada German tapi kemenangan itu tidak menjadikan trofi Piala Dunia menjadi milik German pun. Ingat sini baik-baik. Peristiwa pada 2010 itu bolehlah disimpulkan sebagai “German tidak akan menang andai Argentina kalah.”

Vamos Argentina. Kita nak lawan bintang JDT ni. Main elok-elok.

Nota kaki : Apa-apa hal, Pray For Gaza dan satu lagi gambar aku nak tunjuk.

Bakal top scorer 75 gol EPL musim depan. Amacam?

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia