Ozil Taja Kos Pembedahan 11 Kanak-Kanak Afrika, Mahu Ajak Lagi 9 Pemain Taja

Nampak gayanya, Mesut Ozil tidak pernah berhenti memberi ‘assist’ – sama ada di atas mahupun di luar padang.

Semua peminat bola sepak sedia maklum Ozil merupakan antara pemain paling banyak mencipta peluang gol untuk Arsenal dan Jerman.

Di luar padang, beliau terkenal sebagai dermawan yang gemar membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

Terbaru beliau terlibat dalam projek BigShoe11, sebuah projek kebajikan yang melibatkan 11 pemain dari pelbagai negara untuk masing-masing menaja kos pembedahan 11 kanak-kanak di Afrika.

Dengan tema ‘our goal is to help children’ (matlamat kami adalah untuk membantu kanak-kanak), projek BigShoe11 setakat ini sudah mendapat sokongan Ozil serta bintang Juventus dan Perancis, Paul Pogba,

Ini bermakna hasil penglibatan mereka berdua, mereka telah menaja kos 22 pembedahan kanak-kanak tak bernasib baik di Afrika yang menderita kebakaran kulit dan kecacatan kaki.

Ozil selamatkan Sarah

Salah seorang kanak-kanak yang kos pembedahannya dibiayai oleh Ozil, Sarah merupakan mangsa kebakaran di Tanzania.

Sarah yang baru berusia 4 tahun menderita kabakaran kulit kritikal selepas rumahnya terbakar akibat penggunaan lampu kerosen (minyak tanah).

Menurut BigShoe11, unggun api, lampu kerosen dan letupan gas adalah punca utama selalu berlakunya kebakaran rumah di Tanzania.

Dia langsung tak dapat menggerakkan torso, leher, lengan dan jarinya akibat kecederaan tersebut.

Ketika mula-mula berjumpa dengan pakar pembedahan plastik, Dr. Stefan Riml dari Austria, Sarah cuba menyorok kecederaannya di sebalik jaket merah.

ozil1

Tetapi setelah berjaya diyakinkan oleh doktor, Sarah menjalani pembedahan selama 4 jam untuk memindahkan kulitnya dari bahagian badan yang tak terbakar ke kawasan badannya yang melecur teruk.

Kini Sarah sudah boleh menggerakkan jarinya semula.

Pogba selamatkan Shania

Salah seorang kanak-kanak yang pembedahannya dibiayai oleh Pogba adalah Shania yang mengalami masalah kecacatan kaki.

Shania yang berusia 6 tahun mempunyai tulang kaki yang bengkok dengan kritikal, sehinggakan bola besar boleh melepasi kakinya.

ozil2

Meskipun cacat, Shania masih mampu bergelak tawa, bermain dan melompat seperti kanak-kanak lain.

Bagaimanapun Dr. Annemarie Schraml dari Jerman yang merawat Shania memberitahu:

“Jika Shania tidak dibedah, lututnya hanya bertahan sehingga umurnya 20 tahun sahaja. Pembedahan perlu dilakukan untuk memperbetulkan tulang kakinya.”

Pembedahan Shania berjaya. BigShoe11 melaporkan Shania bakal boleh berjalan semula dalam masa beberapa minggu.

Mahu cari pemain lain taja

Bersesuaian dengan tema dan objektifnya, Ozil dan Pogba masing-masing berazam untuk mencari dan mengajak pemain-pemain bola sepak lain untuk turut menaja kos pembedahan 11 kanak-kanak di Afrika.

Untuk mencapai sasaran projek BigShoe11, Ozil dan Pogba perlu mencari 9 lagi pemain untuk menaja 99 lagi kos pembedahan kanak-kanak di Afrika.

Baca juga: Mesut Ozil Bakal Menjadi Pemain EPL Pertama Pakai But Tanpa Tali

The post Ozil Taja Kos Pembedahan 11 Kanak-Kanak Afrika, Mahu Ajak Lagi 9 Pemain Taja appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Romania Letak Masalah Matematik Di Jersi Untuk Galak Kanak-Kanak Minat Matematik

“Bola sepak dan matematik bukanlah dua perkara yang berasingan,” menurut presiden Persatuan Bola Sepak Romania, Razvan Burleanu.

Matematik mempunyai banyak aplikasi dalam bola sepak. Dari menilai tahap kewangan pasukan sehinggalah kepada menilai tahap persembahan pemain, bola sepak menawarkan banyak peluang kerjaya kepada peminat subjek matematik di sekolah.

Inilah mesej yang cuba disemai oleh pasukan kebangsaan Romania kepada kanak-kanak di negara mereka – matematik itu subjek yang menyeronokkan.

Dalam persiapan pasukan kebangsaan Romania sebelum perlawanan persahabatan menentang Sepanyol yang berlangsung awal pagi tadi (waktu Malaysia), pemain Romania menukar nombor jersi mereka kepada masalah matematik.

romania math 2

Kapten Romania, Vlad Chiriches yang biasanya memakai nombor 6 misalnya, mempunyai masalah matematik 2 x 2 + 2 tertera di belakang jersi latihannya.

Usaha ini dilakukan untuk membantu masalah minat rendah kanak-kanak Romania terhadap pendidikan sekolah.

Menurut rekod European Union (EU), kadar kanak-kanak Romania yang tidak menghabiskan persekolahan pada tahun 2014 adalah setinggi 18% – paling tinggi di Eropah.

Sebagai perbandingan, kadar kanak-kanak Malaysia yang tidak menghabiskan persekolahan pada tahun 2012 adalah 3.6%.

Persatuan Bola Sepak Romania melihat integrasi masalah matematik ini dengan sukan bola sepak mampu menarik minat kanak-kanak untuk menyelesaikan masalah matematik tersebut, sekaligus memberi mereka sebab untuk kekal bersekolah.

“Melalui projek ini, kanak-kanak akan belajar asas bola sepak dan mempunyai peluang untuk memepelajari matematik melalui pendekatan yang menarik.”

Romania seri 0-0 dengan Sepanyol awal pagi tadi.

Selepas bergelar naib juara kumpulan kelayakan EURO 2016 di belakang Ireland Utara, Romania layak ke EURO 2016 pada musim panas nanti. Mereka akan bertemu tuan rumah, Perancis dalam perlawanan pembukaan pada 10 Jun 2016 nanti.

Selain Perancis, Romania turut akan berhadapan dengan Switzerland dan Albania dalam perlawanan kumpulan mereka di EURO 2016 nanti.

Kami berharap negara-negara lain juga akan melakukan perkara sama untuk menarik minat kanak-kanak terhadap subjek matematik, termasuklah Malaysia.

Baca juga: 6 Rahsia Kejayaan Bola Sepak Iceland, Negara Paling Kecil Yang Layak EURO 2016

The post Romania Letak Masalah Matematik Di Jersi Untuk Galak Kanak-Kanak Minat Matematik appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Apabila Kanak-kanak Melakonkan Semula Insiden Buruk Bola Sepak

Siapa boleh melupakan aksi headbutt Zidane keatas Metarrazi sewaktu perlawanan akhir Piala Dunia 2006?

Bagaimana pula dengan peristiwa Hand of God Maradona yang mengundang kontroversi terbesar dalam sejarah bola sepak dunia? Masihkan anda menyimpan imej-imej ini dalam fikiran anda?

Darren Urquhart dan Thomas Smith dari New York mempunyai cara tersendiri untuk menghidupkan kembali insiden-insiden buruk tapi ikonik ini – dengan mengabadikannya menggunakan gambar dan kanak-kanak sekolah.

Menurut Darren dan Thomas:

“Ini adalah beberapa gambar yang dicipta semula berdasarkan beberapa insiden paling ikonik dalam bola sepak, dengan menggunakan kanak-kanak. “

“Kami mahu menimbulkan persoalan: adakah permainan bola sepak yang sering dilanda kontroversi sejak beberapa tahun ini – dengan bertambah lumyannya gaji  seseorang pemain – masih sesuai digunakan sebagai contoh teladan kepada anak-anak muda di Britain.”

Ini adalah antara insiden buruk yang mereka abadikan dalam koleksi gambar mereka adalah:

1. Zinedine Zidane menyerang Marco Materazzi (Perancis vs Itali, perlawanan akhir Piala Dunia 2006)

 

badboys5_1000

2. David Beckham menendang Diego Simeone (England vs Argentina, pusingan kalah mati Piala Dunia 1998)

badboys4_1000

3. Luis Suarez menggigit Branislav Ivanovic (Liverpool vs Chelsea, perlawanan liga Inggeris 2012/2013)

badboys3_1000

4. Paul Gascoigne meraikan jaringan dengan lakonan ‘dentist chair’ (England vs Scotland, perlawanan kumpulan A Euro 1996)

badboys2_1000

5. Paolo Di Canio menolak pengadil (Sheffield Wednesday vs Arsenal, perlawanan liga Inggeris 1997/1998)

badboys7_1000

6. Martin Keown mengejek Ruud van Nistelrooy (Manchester United vs Arsenal, perlawanan liga Inggeris 2003/2004)

badboys9_1000

7. Mario Balotelli meraikan gol dengan mesej bajunya (Man City vs Man United, perlawanan liga Inggeris 2011/2012)

badboys10_1000

8. Deigo Maradona dan ‘tangan tuhannya’ (Argentina vs England, suku akhir Piala Dunia 1986)

badboys1_1000

9. Eric Cantona melayangkan kungfu kick ke penonton (Crystal Palace vs Man United, perlawanan liga Inggeris 1994/1995)

badboys8_1000

Insiden buruk mana yang menjadi kesukaan anda?

Sumber asal: Bad Boys FC

 

The post Apabila Kanak-kanak Melakonkan Semula Insiden Buruk Bola Sepak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA