The Cursed XI: 11 Pemain Yang Terikat Dengan ‘Sumpahan’ Dalam Karier Mereka

Dalam bola sepak, faktor nasib juga sedikit sebanyak memainkan peranan. Ternyata sukan bola sepak merupakan satu sukan yang amat sukar dijangka.

Adalah normal jika kadang-kala kita tidak bernasib baik dalam bola sepak. Tetapi bagaimana pula kalau seorang pemain itu tidak bernasib baik sepanjang kariernya?

Dengan menggunakan formasi 4-3-3, kami tampilkan 11 pemain bola sepak yang terikat dengan sumpahan-sumpahan pelik lagi unik dalam karier mereka!

Igor Akinfeev

igorakinfeevhighs_1tvvz2dqk82j

Akinfeev pernah dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester United pada awal 2000-an. Namun beliau selalu terkena satu sumpahan iaitu amat sukar untuk mendapatkan clean sheet.

Akinfeev sering terkena sumpahan tersebut ketika mewakili kelabnya pada aksi UEFA Champions League (UCL). Untuk rekod beliau gagal mendapatkan clean sheet untuk 14 perlawanan berturut-turut!

Beliau hampir berjaya mematikan sumpahan itu pada perlawanan menentang Monaco pada aksi UCL yang lalu. Namun pada ke-87, Akinfeev memboloskan gol selepas Carvalho Silva menjaringkan gol penyamaan untuk perlawan berakhir 1-1.

Akinfeev yang beraksi cemerlang pada perlawanan itu ternyata berang selepas memboloskan gol itu.

Andres Escobar

andres-escobar-1150x767

Terkenal dengan gelaran Mr Gentleman of Football. Escobar bagaimana pun telah mematahkan hati rakyat Colombia pada Piala Dunia 1994.

Selepas tewas 3-1 kepada Romania dalam aksi pembukaan peringkat kumpulan. Colombia perlu menang ke atas Amerika Syarikat untuk menghidupkan peluang mereka ke pusingan seterusnya.

Malang bagi Colombia, Escobar menjaringkan gol sendiri dalam perlawanan itu dan hasilnya mereka tewas 2-1 dan tersingkir dari Piala Dunia 1994.

Beberapa hari selepas itu, Escobar pergi minum di sebuah bar untuk meredakan kekecewaan beliau. Namun beliau telah diserang oleh 3 pemuda yang kecewa dengan Escobar lalu menembak mati beliau dengan 6 das tembakan.

Holger Badstuber

825803d40f9896245f0f6a7067006f

Walaupun sudah bersama dengan Bayern Munich sejak dari skuad remaja, jumlah penampilan beliau yang hanya berjumlah kurang dari 120 penampilan sahaja cukup untuk membuktikan beliau adalah pemain yang injury-prone.

Sejak 2013, beliau hanya berjaya melakukan 17 penampilan Bundesliga untuk Bayern Munich. Pada waktu itu beliau telah terlepas gelaran treble bersama Bayern Munich dan gelaran Piala Dunia bersama Jerman.

Kini selepas 3 tahun, Badstuber kembali beraksi untuk Bayern Munich.

Ledley King

68-ambassadorking-gt

Merupakan lagenda di Tottenham Hotspur. King bagaimana pun seperti Badstuber yang sering dihantui dengan kecederaan.

Kecederaan lutut yang sering menghantui beliau sering menyukarkan beliau untuk beraksi pada tahap tertinggi. Dan kerana itu beliau bersara awal pada usia 31 tahun.

Marcos Rojo

h_51479761

Rojo mempunyai sumpahan di mana apabila beliau beraksi di perlawanan akhir. Pasukan diwakilinya pasti akan tewas.

Sumpahan itu berjaya dielak Estudiantes pada perlawanan akhir Copa Libertadores apabila Rojo tidak disenarai dalam skuad perlawanan mereka.

Namun sumpahan itu tiba apabila Rojo beraksi untuk Argentina. Ketika itu, mereka tewas pada aksi Piala Dunia 2014 dan perlawanan akhir Copa America.

Pada aksi akhir FA Cup 2016 antara Manchester United dan Crystal Palace, perlawanan terikat dengan keputusan 0-0. Selepas Rojo dikeluarkan, barulah Manchester United mampu untuk memecah kebuntuan dan memenangi perlawanan itu.

Aaron Ramsey

AaronRamsey

Ramsey terkenal dengan satu sumpahan yang bukan memberi kesan kepada dirinya. Tetapi kepada orang-orang terkenal di dunia!

Beliau sering dikaitkan menjadi punca kepada kematian orang-orang berpengaruh di dunia. Hipotesisnya setiap kali Ramsey menjaringkan gol, pasti ada orang terkenal akan meninggal dunia.

Hal ini terbukti apabila Osama bin Laden, Steve Jobs, Alan Rickman dan Whitney Houston antara mangsa ‘sumpahan’ Ramsey ini!

Micheal Ballack

zidane_goal_leverkusen_realmad

Ballack terkenal dengan sumpahan ‘menjadi naib johan’ dalam kariernya. Ketika bersama Bayer Leverkusen, Ballack terlepas 2 kali gelaran Bundesliga dan semuanya berlaku pada hari terakhir liga.

Tahun 2002 merupakan tahun termalang Ballack apabila beliau menjadi naib johan untuk Bundesliga, DFB-Pokal dan UCL. Sumpahan Ballack itu berterusan ketika bersama pasukan Jerman apabila mereka tewas di perlawanan akhir Piala Dunia 2002 di tangan Brazil.

Jonathan Richter

543291-22585100-1600-900

Nasib malang Richter (kanan) bermula apabila beliau dipanah petir ketika beraksi untuk pasukan Nordsjælland pada 2009.

Selepas koma 12 hari, Richter berjaya pulih dan menjadi normal seperti manusia lain. Namun lain pula yang jadi.

Kaki kiri beliau mengalami kesan hasil panahan petir itu lalu beliau terpaksa memotong kaki tersebut. Dan disebabkan itu beliau terpaksa menamatkan kariernya.

Ryoichi Maeda

ryoichi-maeda-west-ham-transfe

Seperti Ramsey, Maeda juga mempunyai sumpahan yang mampu memberi malang kepada pasukan-pasukan di J-League.

Sejak 2007 untuk 6 musim berturut-turut. Pasukan pertama yang dibolosi oleh Maeda pasti akan jatuh ke liga bawahan.

Hal ini menjadi kecoh apabila pada 2012, Gamba Osaka jatuh ke liga bawahan selepas mereka menjadi mangsa pertama jaringan dari Maeda.

Apa yang membuat perkara ini kecoh adalah kerana untuk 3 musim berturut-turut sebelumnya, Gamba Osaka adalah 3 pasukan terbaik di J-League!

Eusebio

maxresdefault

Bela Guttmann merupakan pengurus Benfica yang membawa masuk Eusebio pada era 1960-an. Menariknya, Guttmann berjaya memberikan gelaran Eropah kepada Benfica untuk dua musim berturut-turut.

Namun apabila Guttmann meminta untuk gajinya dinaikkan atas kejayaan yang diciptanya. Benfica tidak bersetuju untuk menunaikan permintaannya itu.

Lalu Guttmann pergi meninggalkan Benfica sambil menyumpah “Benfica tidak akan menang gelaran Eropah untuk 100 tahun!”.

Sumpahan itu terenyata memakan Benfica. Sejak itu, 8 kali Benfica tewas dalam perlawanan akhir UCL dan Europa League.

Pada 1990, Eusebio pernah pergi ke kubur Guttmann untuk memohon agar sumpahan itu ditarik balik!

Carlos Hermosillo

2-264

Hermosillo ada sumpahan pelik yang memberi kesan kepada pasukannya Cruz Azul dan pasukan Leon.

Dalam aksi penentuan Liga Mexico. Muka Hermosillo telah terkena rembatan padu penjaga gol Leon dan disebabkan itu pengadil memberikan sepakan penalti kepada Cruz Azul.

Hermosillo yang mengambil sepakan itu bagaimana pun mengalami pendarahan teruk dimukanya. Pengadil meminta beliau untuk mengelap dahulu darahnya namun beliau enggan mengelap darahnya sehingga perlawanan tamat.

Keengganan beliau mahu mengelap darahnya telah menyumpah kedua-dua pasukan. Cruz Azul untuk 20 tahun hanya menjadi naib juara untuk liga dan kejohanan piala sementara Leon sering turun naik dalam liga.

Baca juga: 5 Pemain Menyerlah Yang Gagal Memasuki Senarai Akhir Ballon d’Or 2016

The post The Cursed XI: 11 Pemain Yang Terikat Dengan ‘Sumpahan’ Dalam Karier Mereka appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Courtois: Saya Takkan Tamatkan Karier Di Chelsea, Ia Takkan Berlaku

Pepatah Inggeris ada mengatakan honesty is the best policy (kejujuran adalah amalan yang paling baik). Tetapi kejujuran Thibaut Courtois mungkin akan membuatkan beliau akan ada masalah dengan penyokong Chelsea.

Dalam temuramah penjaga gol Chelsea dan Belgium itu bersama Sporza (akhbar sama yang mendedahkan pengakuan Wilmots yang membenarkan Nainggolan merokok), Cortouis dengan jujur memberitahu:

“Saya tidak akan menamatkan karier saya di Chelsea.”

Tak setia di Chelsea?

Ketika ditemuramah oleh wartawan Sporza, Courtois turut mendedahkan beliau tidak mempunyai kelab kegemaran sejak kecil.

“Saya tak mempunyai kelab kegemaran semasa kecil. Kalau di Sepanyol, saya banyak menonton perlawanan Madrid dan Barcelona. Di Jerman, saya tengok Bayern dan Dortmund.”

“Di England, saya tengok Arsenal, Manchester United dan Chelsea. Di Itali, Juventus dan Milan.”

“Saya tak gemar mana-mana kelab ini pun. Tapi saya tahu saya sentiasa mahu bermain di kelab-kelab besar seperti ini.”

Wartawan Sporza tersebut kemudiannya cuba merungkai cita-cita sebenar Courtois sama ada beliau masih menyimpan niat untuk bermain di kelab-kelab yang disebutnya. Courtois menjawab:

“Tak semestinya bermain di sana. Saya sudah pun berada di kelab yang bagus, Chelsea. Kita tengok sahajalah macam mana nanti.”

“Jadi anda akan kekal bermain di Chelsea sehingga penghujung karier anda?” soal wartawan Sporza lagi.

“Susah saya nak cakap. (Termenung seketika) Itu takkan berlaku. Saya tak rasa saya akan bersara di Chelsea,” balas Courtois jujur.

Impak Brexit

Courtois juga memberikan pandangan beliau berkenaan impak referendum Kesatuan Eropah (EU) yang menyaksikan kemenangan kem Brexit – sekaligus menyaksikan Britain akan meninggalkan EU.

Courtois khuatir perkara ini akan membawa kepada kurangnya minat pemain dari negara lain untuk bermain di Liga Perdana Inggeris.

“Pound telah jatuh nilai. Ia akan memberi impak yang besar kepada ekonomi semua pemain yang sudah bermain di England atau yang mahu bermain di England.”

“Terdapat juga peraturan bahawa anda perlu bermain 70-75% daripada perlawanan untuk pasukan kebangsaan untuk mendapatkan permit kerja di England.”

“Jika peraturan ini tidak diubah suai, Liga Perdana Inggeris akan berdepan dengan kesukaran.”

Pada musim lepas, Courtois mencatat 5 clean sheets bersama Chelsea untuk menamatkan musim sukar bagi Chelsea di 10 kedudukan liga teratas.

Beliau kini dalam persiapan rapi bersama Belgium untuk menghadapi pusingan peringkat 16 pasukan dalam Piala Eropah 2016 menentang Hungary.

Baca juga: Panduan Memilih Sarung Tangan Penjaga Gol

The post Courtois: Saya Takkan Tamatkan Karier Di Chelsea, Ia Takkan Berlaku appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA