Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat

Arsene Wenger digantung 4 perlawanan oleh England FA selepas insiden melibatkan beliau dengan pengadil keempat tempoh hari.

Semuanya berlaku ketika aksi diantara Arsenal dan Burnley minggu lepas.

Tolak pengadil

Arsene Wenger digantug 4 perlawanan selepas menolak pengadil keempat Anthony Taylor selepas berang ketika aksi perlawanan menentang Burnley.

Beliau nyata kecewa selepas Burnley diberikan sepakan penalti pada masa kecederaan yang membolehkan Burnley menyamakan kedudukan.

Wenger yang kemudiannya bengang melepaskan kemarahannya kepada Taylor. Selepas itu Taylor pun mengarahkan beliau untuk keluar dari bangku simpanan.

Selepas itu, Wenger dihalang dari melihat aksi perlawanan di terowong selepas Taylor menghalang beliau.

Tindakan itu menyebabkan Wenger semakin marah, lantas beliau menolak Taylor sebanyak 2 kali tanda protes.

Kejadian yang dirakam oleh kamera itu menyebabkan insiden itu dibincangkan dengan hebatnya.

Namun begitu, selepas perlawanan Wenger memohon maaf dan mengakui yang beliau menyesal atas tindakannya itu.

“Saya menyesal. Patut saya diam saja.”

Didenda

Namun penyesalan beliau tiada gunanya apabila beliau tetap didenda oleh England FA diatas kelakuannya.

England FA telah mendenda Wenger dengan denda sebanyak £25 ribu serta beliau digantung dari menguruskan perlawanan sebanyak 4 perlawanan.

Ini merupakan satu malapetaka kepada Arsenal kerana Wenger tidak akan berada di bangku simpanan dalam 4 perlawanan yang cukup penting.

Ia bermula pada perlawanan FA Cup minggu ini menentang Southampton disusuli dengan perlawanan Premier League menentang Watford.

Ketiadaan Wenger pada perlawanan penting turut dirasai ketika perlawanan menentang Chelsea yang merupakan perlawanan ketiga Wenger digantung.

Dan perlawanan terakhir adalah ketika menentang Hull City, juga dalam aksi Premier League.

The post Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Pusingan Keempat Piala Liga Inggeris 2015/16

Piala Liga Inggeris 2015/16 atau 2015/16 Capital One Cup telah memasuki pusingan keempat dengan 16 pasukan akan bersaing merebut 8 tempat ke pusingan kelima atau suku akhir akan datang. Setiap pasukan pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing bagi memastikan kejayaan pasukan mereka melangkah ke pusingan seterusnya.

Bual Sukan percaya kejutan pasti akan berlaku dalam kejohanan edisi kali ini seperti mana yang berlaku pada edisi-edisi terdahulu. Berikut adala keputusan perlawanan Pusingan Keempat Piala Liga Inggeris 2015/16 :

27 Oktober 2015  
Everton lwn Norwich City (1-1)
(Everton menang penentuan penalti 4-3)

Sheffield Wednesday lwn Arsenal (3-0)

Hull City lwn Leicester City (1-1)

(Hull City menang penentuan penalti 5-4)

Stoke City lwn Chelsea (1-1)
(Stoke City menang penentuan penalti 5-4)

28 Oktober 2015
Manchester City lwn Crystal Palace (5-1)

Liverpool lwn AFC Bournemouth (1-0)

Manchester United lwn Middlesbrough (0-0)
(Middlesbrough menang penentuan penalti 3-1)

Southampton lwn Aston Villa (2-1)

* Kemaskini pada 29 Oktober 2015.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa