Bola Sepak : Undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE

Undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2017 UAE akan berlangsung hari ini jam 8.00 malam. Undian ini akan berlangsung di Abu Dhabi, UAE bersekali dengan pelancaran logo rasmi AFC Piala Asia 2019 UAE. 24 buah negara akan diundi dalam 6 kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan masing-masing akan melangkah ke pusingan akhir AFC Piala Asia 2019 UAE. 12 pasukan sebelum ini telah mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir akan datang.

24 pasukan ini terdiri daripada 4 pasukan yang muncul selaku naib juara kumpulan kelayakan pusingan kedua, 7 pasukan tempat ketiga kumpulan kelayakan pusingan kedua, 3 pasukan terbaik tempat keempat kumpulan kelayakan pusingan kedua, 5 pasukan pemenang saingan playoff pusingan pertama, 3 pasukan pemenangan saingan playoff pusingan kedua manakala 2 lagi pasukan ialah juara dan naib juara Kejohanan AFC Piala Solidariti 2016 iaitu Nepal dan Macau yang menggantikan pasukan Kuwait (penggantungan oleh FIFA) serta pasukan Guam (menarik diri). 

24 pasukan ini telah dibahagikan kepada berdasarkan kedudukan ranking semasa FIFA yang dikeluarkan pada 12 Januari 2017. Pasukan Malaysia atau Harimau Malaysia berada di balang 4 undian berikutan kedudukan pasukan negara di ranking ke 161 dunia. Berikut adalah kedudukan balang undian Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :

Balang 1

Jordan (107)
Oman (118)
Filipina (122)
Bahrain (123)
Republik Kyrgyz (124)
Korea Utara (125) 

Balang 2
India (129)
Palestin (131)
Tajikistan (132)
Vietnam (136)
Hong Kong (140)
Turkmenistan (143) 

Balang 3 
Maldives (145)
Lebanon (148)
Yemen (149)
Afghanistan (151)
Chinese Taipei (157)
Myanmar (159)

Balang 4 
Malaysia (161)
Singapura (165)
Cambodia (172)
Nepal (174)
Bhutan (176)
Macau (184)

Perlawanan peringkat kumpulan dijadualkan berlangsung dari 28 Mac 2017 hingga 27 Mac 2018 akan datang melibatkan 6 perlawanan bagi setiap pasukan iaitu 3 laman sendiri dan 3 di laman lawan. Bual Sukan akan mengemaskini kedudukan Kumpulan Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE selepas undian kumpulan diadakan pada jam 8.00 malam ini. Berikut adalah kedudukan Kumpulan Pusingan Ketiga Kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Kelayakan Piala Asia: Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan Tentangan Kita!

Kelayakan Piala Asia 2019 pusingan ketiga baru sahaja dilakukan sebentar tadi 2019. Undian diadakan di Emiriah Arab Bersatu. Undian disiarkan secara langsung oleh saluran Youtube rasmi AFC.

Undian Penuh

Kumpulan A – Kyrgyzstan, India, Myanmar, Macau
Kumpulan B – Korea Utara, Hong Kong, Lubnan, Malaysia
Kumpulan C – Jordan, Vietnam, Afghanistan, Kemboja
Kumpulan D – Oman, Palestin, Maldives, Bhutan
Kumpulan E – Bahrain, Turkmenistan, Chinese Taipei, Singapura
Kumpulan F – Filipina, Tajikistan, Yaman, Nepal

Format Perlawanan

Perlawanan kelayakan piala asia diadakan dalam pusingan timbal balik. Setiap pasukan bakal mengharungi enam perlawanan. Dua pasukan teratas setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2019 di Emiriah Arab Bersatu.

Logo Kejohanan

Pengelola Piala Asia 2019 juga sempat memperlihatkan logo kejohanan untuk edisi kali ini. Warna pada bendera Emiriah Arab Bersatu dan seni geometrik Arab-Islam digunakan dalam logo ini.

Format Undian

Memandangkan Malaysia diletakkan di balang 4 bersama 5 pasukan lain, mereka diundi terlebih dahulu. Kemudiannya disusuli balang 3, 2 dan 1.

Perlawanan Bakal Dihadapi

Malaysia akan ke Korea Utara (atau negara lain) pada perlawanan pertama Kumpulan B pada 28 Mac ini. Ada kemungkinan perlawanan tersebut diadakan di negara lain.

Kemudiannya Malaysia akan menentang Lubnan pada 13 Jun di laman sendiri.

Seterusnya, pada 5 September, Harimau Malaysia akan menjadi hos kepada Hong Kong. Hong Kong pula akan melayani kunjungan Malaysia pada 10 Oktober.

Perlawanan kelima menyaksikan Korea Utara akan berkunjung ke Malaysia pada 14 November. Manakala perlawanan terakhir kumpulan B ini diadakan pada 27 Mac 2018 di antara Lubnan menentang Malaysia.

Kesimpulan

Memandangkan Malaysia menghadapi 3 perlawanan kelas A, wajarlah diadakan di mana-mana stadium pelusuk negara yang sesuai. Takkanlah seringkali diadakan di kawasan Lembah Klang sahaja!

Seterusnya, seluruh penyokong Harimau Malaysia pastinya tidak mahu skrip yang sama berulang dalam kelayakan kali ini. Datuk Ong Kim Swee harus menyediakan pasukan yang terbaik.

Liga Super sudah bermula, jadi ia mekanisme terbaik untuk melakukan pemilihan yang lebih baik.

Harapan kami cuma satu, meskipun jaraknya jauh lagi, Malaysia mesti layak ke UAE pada 2019!

Baca juga: TMJ Tercalon Sebagai Presiden FAM Yang Baharu, Ditentang 2 Calon Lain

The post Kelayakan Piala Asia: Korea Utara, Hong Kong dan Lubnan Tentangan Kita! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

VIDEO: Highlights Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia (Iraq VS Thailand)

Iraq menampilkan permainan mudah tetapi efektif apabila kesemua jaringan mereka disudahkan dengan penyudah tap-in sahaja.

Mohannad Adbulraheem menjadi bintang untuk perlawanan ini apabila menyumbat kesemua gol yang terhasil pada perlawanan ini.

Gol-gol beliau semuanya terhasil pada minit ke-7, minit ke-25, minit ke-87 dan minit ke-90+4.

Ketika ketinggalan dengan jaringan 2-0, tugas Thailand semakin sukar apabila Korawit Namwiset dilayangkan kad merah selepas terlibat dalam konfrotasi dengan pemain pasukan Iraq.

Dengan kemenangan Iraq ini membuatkan Thailand menjadi satu-satunya pasukan yang tidak mengutip sebarang mata dalam kumpulan B untuk aksi Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia.

Kesebelasan utama:

Iraq : Mohammad Hameed (penjaga gol), Ahmad Ibrahim, Mustafa Nadhim, Ali Adnan, Dhurgham Ismail, Waleed Salem, Ahmad Yasin, Mahdi Kamil, Saad Abdul Ameer, Mohannad Abdulraheem, Alaa Abdul Zahra

Thailand : Kawin Thamsatchanan (penjaga gol), Theerathon Bunmathan, Koravit  Namwiset, Tristan Do, Kroekrit Thaweekarn, Sarch Yooyen, Tanaboon Kesarat, Chanatip Songkrasin, Pokklaw Anan, Teerasik Dangda, Mongkol Tossakai

Baca juga: Penjaga Gol Thailand Gantung Tangkal Di Pintu Gol, Muncul Hero Selamatkan Penalti Arab Saudi

The post VIDEO: Highlights Kelayakan Piala Dunia 2018 Zon Asia (Iraq VS Thailand) appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon UEFA

Perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 Russia atau FIFA World Cup 2018 Russia bagi zon UEFA akan bermula pada bulan September 2016 akan datang sehingga bulan Oktober 2017. Zon UEFA telah diperuntukkan sebanyak 13 slot di mana 9 slot adalah menerusi perlawanan peringkat kumpulan manakala 4 lagi slot adalah menerusi penentuan playoff. 54 pasukan telah diundi kepada 9 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara kumpulan layak secara automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. 8 pasukan terbaik di tempat kedua kumpulan akan bersaing secara playoff merebut 4 lagi slot bagi pasukan zon UEFA. Juara bertahan FIFA Piala Dunia 2014 Brazil iaitu pasukan Jerman diundi dalam Kumpulan C bersama-sama dengan pasukan Republik Czech, Ireland Utara, Norway, Azerbaijan dan San Marino.

Pasukan yang masih segar dengan kejayaan merangkul gelaran Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France iaitu Portugal pula diundi dalam Kumpulan B bersama-sama dengan pasukan Switzerland, Hungary, Faroe Island, Latvia dan Andorra. Kumpulan A bakal menyaksikan pasukan Belanda diundi bersama-sama dengan pasukan Perancis, Sweden, Bulgaria, Belarus dan Luxembourg. Kumpulan D terdiri daripada pasukan Wales, Austria, Serbia, Republik Ireland, Moldova dan Georgia manakala Kumpulan E pula terdiri daraipada pasukan Romania, Denmark, Poland, Montenegro, Armenia dan Kazakhstan. Pasukan England pula diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan pasukan Slovakia, Scotland, Slovenia, Lithuania dan Malta. Juara Piala Dunia 2010 Afrika Selatan iaitu Sepanyol diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan pasukan Itali, Albania, Israel, Macedonia dan Liechtenstein. Kumpulan H pula menayaksikan pasukan Belgium diundi bersama-sama dengan pasukan Bosnia & Herzegovina, Greece, Estonia, Cyprus dan Gibraltar manakala Kumpulan I pula terdiri daripada pasukan Croatia, Iceland, Ukraine, Finland dan Kosovo. 

Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk mencapai kemenangan bagi mencerahkan laluan ke pusingan akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Tidak mustahil juga, keputusan mengejut akan berlaku pada saingan pusingan kelayakan kali ini. Barisan kejurulatihan pasukan masing-masing pastinya akan merancang formasi, strategi serta taktikal terbaik masing-masing menghadapi pasukan lawan. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan serta mempunyai tahap disiplin pertahanan yang tinggi dilihat mampu mencapai keputusan yang diinginkan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2016 Russia bagi Zon UEFA :

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Pusingan Ketiga Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC

Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC telah memasuki Pusingan Ketiga dengan 12 pasukan terbaik terdiri daripada 8 juara peringkat kumpulan kelayakan serta 4 pasukan naib juara terbaik meneruskan saingan merebut 4 slot automatik ke Pusingan Akhir FIFA Piala Dunia 2018 Russia akan datang. Manakala 1 slot untuk playoff antara benua yang bakal ditentukan oleh 2 pasukan yang menamatkan saingan kumpulan di tempat ketiga.

Bual Sukan percaya, saingan merebut tempat ke pusingan akhir akan datang pastinya berlangsung sengit dengan setiap pasukan pastinya akan mempersiapkan pasukan masing-masing dengan barisan pemain-pemain terbaik dengan strategi, taktikal dan formasi Ketua Jurulatih masing-masing. Antara pasukan yang pastinya menjadi antara pilihan adalah pasukan Australia, Jepun, Korea Selatan, Iran dan Arab Saudi. Namun saingan 7 pasukan lain iaitu Uzbekistan, United Arab Emirates (UAE), Qatar, Iraq, China, Thailand dan Syria pastinya tidak boleh dipandang mudah. Setiap perlawanan yang dihadapi adalah amat penting untuk setiap pasukan mencatatkan keputusan yang terbaik memungut mata bagi bersaing merebut tempat ke Russia kelak. Perlawanan di gelanggang sendiri pastinya akan dimanfaatkan bagi mencapai kemenangan manakala cuba mencapai keputusan terbaik di gelanggang lawan. Tidak mustahil juga, keputusan-keputusan mengejut akan berlaku pada saingan pusingan kelayakan kali ini.

Dalam undian yang telah dijalankan pada 12 April 2016 di Kuala Lumpur, 12 pasukan ini telah dibahagikan kepada 2 kumpulan dengan perlawanan pertama akan berlangsung pada 1 September 2016 akan datang. Berikut adalah undian kumpulan Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018 Russia Zon AFC Pusingan Ketiga akan datang :

KUMPULAN A
Iran, Korea Selatan, Uzbekistan, China, Qatar, Syria

KUMPULAN B
Australia, Jepun, Arab Saudi, UAE, Iraq, Thailand

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Aksi Palestin vs Malaysia Kekal Di Hebron: Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia

Permohonan Pertukaran Ke Gelanggang Berkecuali

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini telah menghantar permohonan kepada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) supaya venue perlawanan antara Palestin dan Malaysia pada 12 November ini ditukar ke gelanggang berkecuali jika tiada jaminan keselamatan diberikan terhadap pasukan negara sepanjang berada di Palestin.

Biro Kelayakan Piala Dunia FIFA dipengerusikan Juan Angel Napout yang bermesyuarat di Zurich, Switzerland pada Selasa (20 Oktober 2015) telah meneliti permohonan FAM untuk perlawanan keenam Kumpulan A, Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu diadakan di gelanggang berkecuali.

Biro Kelayakan Piala Dunia Kekalkan Venue Di Palestin

Pihak biro telah membuat keputusan untuk mengekalkan venue perlawanan Palestin vs Malaysia seperti yang dijadualkan iaitu ia akan tetap berlangsung di Stadium Dura di Hebron, Palestin selepas pihak berkuasa Palestin sudah mengambil semua langkah bagi memastikan keselamatan delegasi pasukan Malaysia sepanjang berada di Palestin nanti.

FIFA juga akan melantik pegawai keselamatan yang pakar untuk bekerjasama secara terus dengan Persatuan Bolasepak Palestin (PFA) bagi memastikan perlawanan antara Palestin dan Malaysia itu berlangsung dalam keadaan yang baik.

 

Baca: 10 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Kekalahan 6-0 Menentang Palestin 

Baki perlawanan Kumpulan A membabitkan Malaysia bagi Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019:

12 November 2015: Palestin vs Malaysia (Stadium Dura, Hebron)

17 November 2015: Malaysiavs UAE (Stadium Shah Alam)
Perlawanan tanpa penonton

Baca: Kenali Omar Abdulrahman, Pemain UAE Yang Manchester City Ingin Beli

24 Mac 2016: Arab Saudi vs Malaysia (Stadium Prince Mohamed bin Fahd)

Baca juga: 8 Perkara Yang Kita Belajar Daripada Perlawanan Malaysia vs Arab Saudi

Sumber: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)

 

The post Aksi Palestin vs Malaysia Kekal Di Hebron: Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Fakta Menarik Kelayakan UEFA Euro 2016 France

Pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telahpun berakhir dengan 19 negara berjaya mengiringi tuan rumah, Perancis melayakkan diri ke Pusingan Akhir Euro 2016 akan datang. Manakala baki 4 lagi pasukan bakal ditentukan dalam Pusingan Play-offs yang dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 November 2015 akan datang. Paling mengecewakan ialah kegagalan pasukan gergasi bola sepak dunia, Belanda yang gagal melayakkan diri kali ini. 5 negara berjaya melayakkan diri ke Pusingan Akhir buat kali pertama iaitu Iceland, Wales, Ireland Utara, Slovakia dan Albania. 

Berikut adalah beberapa fakta menarik mengenai Pusingan Kelayakan UEFA Euro 2016 France :

Jumlah Perlawanan : 258

Jumlah Jaringan : 675 Gol

Penjaring Terbanyak : Robert Lewandowski (Poland – 13 Gol)

Negara yang menjaringkan Gol Terbanyak : Poland (33 Gol)

Negara yang bolos paling banyak : Gibraltar (56 Gol)

Negara yang bolos paling sikit : Romania (2 Gol)

Negara yang catat rekod kemenangan 100% : England (10 Perlawanan)

Negara yang tidak kalah sepanjang kelayakan : England, Austria, Itali & Romania

Negara yang kalah semua perlawanan : Andorra, Gibraltar

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Dua Perlawanan Terakhir Peringkat Kumpulan Kelayakan UEFA Euro 2016 France

Perlawanan peringkat kumpulan pusingan kelayakan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France semakin menuju ke kemuncaknya dengan kini hanya tinggal 2 lagi perlawanan peringkat kumpulan. 18 negara daripada 9 kumpulan yang muncul juara dan naib juara kumpulan kelayakan bersama dengan 1 pasukan terbaik tangga ketiga kumpulan akan melangkah ke pusingan akhir UEFA Euro 2016 France Manakala 8 negara di tangga ketiga akan beraksi dalam pusingan playoff menentukan 4 lagi negara akan ke Pusingan Akhir di Perancis tahun depan. Sehingga kini 5 pasukan termasuk tuan rumah Perancis telah mengesahkan kemaraan ke pusingan akhir iaitu Republik Czech, Iceland, England dan Austria. 

Baki 15 lagi pasukan akan ditentukan oleh 2 perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang dijadualkan berlangsung pada 8 hingga 13 Oktober 2015 akan datang. Saingan playoff pula dijadualkan berlangsung pada 12 hingga 17 November 2015 akan datang. Berdasarkan kedudukan semasa kumpulan, pasukan gergasi Eropah iaitu Belanda tidak berada di landasan yang betul dan berkemungkinan tidak berjaya ke pusingan akhir setelah berada di tangga keempat kumpulan A di belakang Turki. Dengan juara Euro 2004, Greece telah pun tersingkir, pasukan gergasi eropah lain masih berada di landasan tepat melangkah ke pusingan akhir di Perancis kelak. Berikut adalah Jadual 2 Perlawanan Peringkat Kumpulan Pusingan Kelayakan Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France pada 8 hingga 13 Oktober 2015 akan datang :  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Analisis Taktikal Kelayakan Piala Dunia 2018: UAE 10-0 Malaysia

Jika perlawanan semalam adalah perlawanan tinju, sudah lama pengadil akan memberhentikannya. Barangkali seawal minit 30′.

Tiada siapa menjangkakan Malaysia akan menang, tetapi tiada siapa menjangka UAE akan menjaringkan 10 gol dalam perlawanan ini juga.

Apa yang lebih menghampakan adalah cara majoriti gol tersebut dijaringkan. Dengan Omar Abdulrahman bebas berkeliaran di tengah padang, Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil mempunyai peluang demi peluang sehingga masing-masing mampu menjaringkan hatrik.

Unit pertahanan yang tidak padat

Satu perkara menarik (atau pelik) yang kami lihat pada 5 pemain pertahanan Malaysia semalam adalah betapa tidak kompaknya dan padatnya mereka ketika pasukan kehilangan bola. Jarak antara Kunanlan-Afif, Afif-Amirizwan, Amirizwan-Junior dan Junior-Zubir sangat besar dan mudah dieksploit oleh 2 penyerang UAE.

uaemalaysia11

Ketika pemain jentera tengah melakukan kerja bagus untuk membentuk unit yang kompak, mereka masih meninggalkan ruang yang terlalu besar di belakang mereka.

Jika anda perhatikan dalam gambar, Omar Abdulrahman bebas berkeliaran di ruang antara jentera pertahanan dan tengah Malaysia. Sehinggakan beliau terpaksa dikawal ketat (marking) oleh salah seorang daripada 3 pertahanan tengah negara.

Ini menyebabkan 2 pertahanan tengah negara terdedah kepada situasi 2 lawan 2 apabila UAE menghantar bola ke ruang belakang jentera pertahanan.

2 penyerang UAE, Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil kemudiannya akan menggunakan kelajuan mereka untuk mendapatkan bola tersebut.

Dengan Afif, Amirizwan dan Junior masing-masing gagal menyaingi kelajuan Mabkhout dan Khalil (apatah lagi membaca hantaran yang dihantar jentera tengah UAE), keputusan Dollah Salleh untuk mengarahkan anak buahnya memasang garisan defensif yang tinggi nampak seperti keputusan yang salah.

Malaysia naif dari segi taktikal

Mungkin Malaysia adalah peminat falsafah ‘attack is the best form of defence’, tetapi dalam situasi semalam, menyerang UAE dan memasang garisan defensif yang tinggi adalah bukti kenaifan Malaysia dari segi taktikal.

Dengan barisan tengah negara yang bergelut untuk menyimpan bola lebih daripada 4-5 hantaran pendek, UAE tidak perlu bekerja keras untuk merampas bola setiap kali Malaysia menyerang.

Dan apabila kehilangan bola, pemain Malaysia pula ghairah memberi tekanan (pressing) kepada pemain pertahanan UAE daripada balik ke posisi untuk bertahan.

Tidak dipastikan sama ada Dollah sendiri menyuruh pemainnya memberi tekanan kepada 4 pemain pertahanan UAE atau tidak, tetapi apa yang pasti: ia menyebabkan garisan defensif Malaysia semakin tinggi dan tinggi.

Apabila garisan defensif Malaysia semakin tinggi, ruang yang ditinggalkan di belakang jentera pertahanan juga semakin besar.

Kami sudah menulis tentang bahaya meninggalkan ruang yang besar di belakang jentera pertahanan untuk UAE dalam artikel lepas. Ayat kami adalah:

“Sama ada ruang di belakang pertahanan (kerana push up) atau di bahagian sayap (kerana wing back belum sempat balik ke posisi), Ahmed Khalil dan Ali Mabkhout akan berlari ke arah itu.”

“Dan kebiasaannya, Omar Abdulrahman sentiasa nampak larian mereka melalui visinya. Dan seterusnya membuat hantaran maut (killer pass) melalui teknik hantarannya yang cemerlang.”

Lihatlah apa yang berlaku semalam. Majoriti gol UAE dihasilkan melalui hantaran maut Omar Abdulrahman dan Amer Abdulrahman ke ruang di belakang jentera pertahanan Malaysia.

uaemalaysia2

uaemalaysia3

uaemalaysia4

uaemalaysia5

Malaysia perlu belajar menjadi pragmatik

Satu perkara yang pasti adalah, Malaysia tidak mempunyai pemain yang bertaraf dunia. Tetapi dengan taktikal yang bagus, mereka boleh mengelak daripada kekalahan memalukan sebegini.

Ya, menyerang adalah bentuk pertahanan yang terbaik. Tetapi jika pasukan kita tidak mempunyai barisan pemain yang mampu menyimpan bola lebih daripada 4-5 hantaran pendek, adalah lebih baik jika jurulatih bersikap lebih pragmatik.

Maksudnya, melakukan apa sahaja untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki. Termasuklah mengorbankan nafsu menyerang.

Singapura melakukannya ketika seri 0-0 dengan Jepun. Inter Milan dan Chelsea pernah melakukannya ketika menentang Barcelona dalam Champions League.

Menentang UAE yang mempunyai barisan pemain tengah dan serangan yang berkualiti, apakah perlu Amri Yahyah, Wan Zack, Hazwan Bakri dan Safiq Rahim meninggalkan posisi mereka untuk memberi tekanan kepada 4 pemain pertahanan UAE yang memegang bola?

Perlukah jentera pertahanan kita bermain dengan garisan defensif yang tinggi apabila menentang Khalil dan Mabkhout yang laju?

Perlukah kita bermain dengan wing back dan winger dalam formasi 5-4-1 ketika kita perlu mendominasi aksi di tengah padang?

Kesimpulan

Dollah Salleh mungkin akan kembali bermain dengan formasi 4-4-1-1/4-4-2 kegemarannya selepas kegagalan eksperimen 5-4-1 beliau.

Tetapi pada pandangan kami, kepincangan persembahan separuh masa pertama semalam bukanlah disebabkan oleh formasi. Sebaliknya ia disebabkan oleh cara perlaksanaan formasi tersebut.

Baca juga: 5 PERKARA YANG ANDA PERLU TAHU TENTANG UAE

The post Analisis Taktikal Kelayakan Piala Dunia 2018: UAE 10-0 Malaysia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA