Lelaki Ini Menyara Hidup Keluarganya Dengan Hanya Bermain FIFA

Jamie Bateson mungkin lelaki yang paling dicemburui oleh peminat permainan video FIFA. Ini kerana beliau mampu menyara kehidupannya dengan hanya bermain FIFA!

PAY-Jamie-Bateson

Bateson, 28 tahun, pada mulanya hanyalah seorang mekanik yang gemar bermain FIFA. Pada masa lapangnya, beliau akan merakam videonya bermain FIFA dan memuat naik video tersebut ke channel Youtube (bateson87) beliau.

Bermula dengan 2 penonton setia, channel Youtube beliau kini mempunyai lebih 2,000 penonton setiap hari.

Jika dulu videonya hanya mendapat 1,000 views setiap hari, kini video Bateson tiada masalah menarik 50,000 views setiap hari.

Ini kerana video-video Bateson banyak memberikan tips-tips kepada peminat tegar permainan FIFA.

Ketika artikel ini ditulis, channel YouTube beliau telah mengumpul lebih 168 juta views dan mengumpul hampir 750 ribu subcsribers.

bateson1

Berhenti kerja mekanik untuk bermain FIFA setiap hari

Bateson yang merupakan peminat Liverpool turut mendedahkan bagaimana beliau membuat peralihan sebagai pemain FIFA profesional.

“Dulu saya bekerja di Stagecoach di Kendal sebagai mekanik kereta. Kemudian, sebuah syarikat penyiaran menghubungi saya dari Amerika dan berminat untuk menjadi rakan kongsi channel Youtube saya.”

“Apabila saya beritahu orang yang saya akan berhenti kerja di Stagecoach, ramai orang ketawakan saya. Mereka tak sangka yang saya boleh buat duit (dengan bermain FIFA).”

“Tapi keluarga saya sangat menyokong – walaupun mereka tidak tahu apa yang saya sedang cuba lakukan.”

“Kini, satu dunia tahu apa yang saya buat. Tapi tidak bagi orang-orang di Kendal.”

imgID49701398

Main FIFA 12 jam sehari

Kerja keras dan kerajinan Jamie yang bekerja selama 12 jam sehari, 7 hari seminggu telah meyakinkan EA Sports, pencipta permainan FIFA, untuk memberi kontrak profesional kepadanya.

Selain itu, dia juga sering menyertai acara FIFA di Amerika dan Jerman, berjumpa dengan bintang Brazil, Hulk dan bintang muda Belgium, Axel Witsel.

Walaupun dikenali sebagai bintang YouTube yang berjaya (dan kaya), Jamie masih suka tinggal di Kendal.

“Saya suka tinggal di Kendal kerana tak ramai orang yang kenal saya di sana.”

Bateson mungkin tak sepopular dan sekaya PewDiePie – satu lagi gamers yang gemar memuat naik videonya bermain pelbagai permainan video.

Namun anda harus ingat, Bateson hanya memuat naik videonya bermain FIFA sahaja. Manakala PewDiePie pula memuat naik videonya bermain bermacam-macam permainan video.

PewDiePie juga mendapat lebih banyak views kerana ia lebih feminin dengan kehadiran teman wanitanya di channel beliau, Marzia.

maxresdefault

Pesan kami kepada anda, buatlah benda yang anda minat anda buat dengan bersungguh-sungguh dan profesional. Kerana jika anda benar-benar sukakan pekerjaan anda, anda sebenarnya tidak perlu bekerja setiap hari.

Baca juga: PES 2016 Boleh Membuatkan Populariti FIFA 16 Jatuh

The post Lelaki Ini Menyara Hidup Keluarganya Dengan Hanya Bermain FIFA appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA