Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Felda United

Pasukan Felda United buat pertama kalinya akan membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC. Pasukan The Fighters yang kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, B.Sathianathan telah diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan kelab Hanoi FC (Vietnam), Tempines Rovers (Singapura) dan Ceres-Negros FC (Filipina). Keempat-empat pasukan ini dilihat mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing dan berpeluang ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2017 ini.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Felda United, B.Sathianathan akan merancang formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukannya untuk bersaing dengan 3 pasukan lain. Dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman, pemain-pemain import serta pemain-pemain muda berkualiti, pasukan Felda United mampu memberikan permainan terbaik mereka mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya.
Berikut adalah Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Felda United : 

21 Februari 2017
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Felda United (Malaysia) Tewas 1-2
Felda United : Fazrul Hazli Kadri

7 Mac 2017
Felda United (Malaysia) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)

15 Mac 2017
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Felda United (Malaysia) 

4 April 2017
Felda United (Malaysia) lwn Ceres-Negros FC (Filipina)

19 April 2017
Felda United (Malaysia) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)

3 Mei 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Felda United (Malaysia) 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC sekali lagi membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 akan datang. Ini merupakan kali keempat berturut-turut pasukan Harimau Selatan ini membawa cabaran ke saingan Piala AFC. Pasukan JDTFC yang kini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih bersal dari Mexico, Benjamin Mora merupakan Juara Piala AFC 2015 selain menjadi semifinalis pada edisi Piala AFC 2016.

Pada saingan Piala AFC 2017 ini, pasukan Harimau Selatan telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Kemboja). Dengan perubahan format pertandingan, pasukan juara kumpulan akan melangkah ke peringkat seterusnya manakala pasukan naib juara terbaik Kumpulan F, G atau H merebut satu slot pasukan ke peringkat seterusnya. Dengan perubahan format pertandingan ini, saingan pastinya akan lebih menarik dengan setiap pasukan akan memberikan permainan terbaik masing-masing merebut slot ke pusingan berikutnya. Bual Sukan percaya, dengan barisan pemain-pemain berpengalaman digabungkan dengan barisan pemain import dan pemain muda berkualiti, pasukan Harimau selatan mampu mencapai keputusan yang baik pada edisi kali ini. Namun begitu, saingan 3 lagi pasukan tidak boleh dipandang mudah kerana kecuaian mampu meranapkan impian pasukan JDTFC mara ke pusingan berikutnya. 
Berikut adalah Keputusan Perlawanan Piala AFC 2017 pasukan Johor Darul Ta’zim FC :

21 Februari 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) Menang 3-0
(Gabriel Guerra, Nazmi Faiz, Safiq Rahim)

7 Mac 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

3 Mei 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Piala FA Malaysia 2017

Saingan kalah mati berprestij bola sepak Malaysia, Piala FA 2017 telah bermula pada 5 Februari 2017 yang lalu. Edisi kali ke 27 ini pada asalnya disertai oleh 37 pasukan. Namun begitu, 2 pasukan iaitu Sungai Ara FC dan DYS FC telah menarik diri pada edisi kali ini. Juara Piala FA Malaysia 2017 akan mewakili kelab Malaysia ke saingan Piala AFC 2018 akan datang. Pasukan juara bertahan Piala FA 2016, Johor Darul Ta’zim FC pastinya akan sekali lagi turun mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki musim lalu. Namun mereka pastinya akan berdepan laluan berliku mempertahankan gelaran mereka pada edisi kali ini.

Antara pasukan pilihan yang Bual Sukan jangkakan akan memberikan saingan sengit pada edisi Piala FA 2017 kali ini ialah pasukan Kedah, Kelantan, Selangor, Perak dan Pahang. Namun saingan pasukan-pasukan lain juga tidak harus diketepikan kerana elemen kejutan pastinya berlaku pada edisi kali ini. Setiap Ketua Jurulatih pasukan pastinya akan merancang formasi, strategi dan taktikal terbaik masing-masing menghadapi lawan yang ditentang. Berikut adalah keputusan perlawanan Piala FA Malaysia 2017 :


Pusingan Pertama
5 Februari 2017 (Ahad)
Penjara FC lwn Felcra FC (0-2)
Felcra FC : Mohd. Firdaus Azizul, Shazuan Ashraf Mathews

*Sungai Ara FC lwn MOF FC

SAMB FC lwn PBMS FC (1-0)
PBMS FC : Mohd. Fadli Baharuddin

PJ Rangers FC lwn DYS FC*

* Sungai Ara FC dan DYS FC menarik diri. MOF FC dan PJ Rangers FC mara ke Pusingan Kedua

6 Februari 2017 (Isnin)
Sime Darby FC lwn Shahzan Muda FC (3-0)
Sime Darby FC : Muhammad Zul Fahmi Awang, Dzulfahmi Abdul Hadi, Nazrul Kamaruzaman
Pusingan Kedua
13 Februari 2017 (Isnin)
Sime Darby FC lwn Kuantan FA

Felcra FC lwn Terengganu

14 Februari 2017 (Selasa)
MPKB-BRI U-Bes FC lwn Pulau Pinang

PKNP FC lwn Kelantan

Melaka United lwn PKNS FC

Felda United FC lwn JDT FC

JDT II FC lwn Pahang FC

Kedah lwn Kuala Lumpur FC

PJ Rangers FC lwn UiTM FC

Perlis lwn PDRM FA

Selangor lwn Negeri Sembilan

Sarawak lwn MISC-MIFA

Sabah lwn UKM FC

T-Team lwn ATM FA
15 Februari 2017 (Rabu)
Perak lwn PBMS FC

KDMM FC lwn MOF FC

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Keputusan Perlawanan-Perlawanan Liga Perdana 2017: Minggu 3

Liga Perdana 2017 memasuki minggu perlawanan ketiga semalam dengan 6 perlawanan dilangsungkan.

Apa yang kami boleh cakap adalah minggu ini adalah “minggu 3-1”. Hal ini kerana kebanyakan keputusan berakhir dengan keputusan 3-1!

Sabah kembali bernafas

Selepas ditewaskan Negeri Sembilan dan juga Kuala Lumpur. Sabah akhirnya berjaya memperoleh kemenangan selepas berjaya menang 3-1 menewaskan Perlis di Kangar.

Perjalanan jauh mereka ke utara Semenanajung Malaysia nyata berbaloi selepas mereka berjaya mendapatkan gol seawal minit ke-10 hasil penyudah Jonanthan Behe.

Mereka menggandakan jaringan Maxius Musa pada minit ke-55 dan minit ke-65. Gol sagu hati Perlis dijaringkan Amir Pauzi pada penghujung permainan.

Perlawanan itu juga menyaksikan pemain Sabah Igor Cerina dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua.

JDT II nyata bergaya apabila membelasah ATM 5-1 di tempat lawan!

Nicholas Fernandez, Alexander Smith dan Amer Saidin berjaya menemui jaring dengan Gabi Guerra meneruskan prestasi cemerlang beliau dengan menyumbat 2 gol.

ATM memperoleh gol menerusi Pavel Smoyachenko.

Terengganu juga memperoleh 3 mata selepas menewaskan MISC-MIFA dengan jaringan 2-1 dilaman sendiri.

Misi mereka untuk kembali segera ke Liga Super buat masa ini tiada masalah selepas Lutfulla Turaev menjaringkan 2 gol untuk memberikan 3 mata kepada pasukan tuan rumah.

Micheal Chukwubunna pula menjaringkan gol tunggal pelawat.

Bruno Suzuki terus jaring gol!

Negeri Sembilan nyata boleh berbangga dengan pembelian import mereka iaitu Bruno Suzuki kerana beliau terus menjaringkan gol untuk pasukan Jang untuk 3 minggu berturut-turut!

Namun begitu, separuh masa di Paroi menyaksikan Negeri Sembilan merupakan pasukan kedua terbaik perlawanan dibelakang pasukan pelawat – PKNP.

PKNP berjaya memperoleh gol hasil satu serangan balas pantas selepas Negeri Sembilan memperoleh sepakan penjuru. Gol yang dihasilkan oleh M. Ganesan di separuh masa itu memberikan pendahuluan sementara buat pasukan pelawat sehingga waktu rehat.

Di separuh masa kedua, Negeri Sembilan melancarkan serangan bertubi-tubi dengan nyata ia berhasil apabila Annas Rahmat menjaringkan gol penyamaan di awal separuh masa kedua menerusi situasi sepakan penjuru.

Curran Ferns menjaringkan gol kedua tuan rumah pada minit ke-66, juga hasil dari situasi sepakan penjuru!

Dan akhirnya Bruno Suzuki menjaringkan gol ke-5 beliau musim ini pada minit terakhir ke-74 untuk memberikan 3 mata untuk pasukan tuan rumah.

*Nota editor: Terima kasih kepada LMreds Izreds kerana memberikan laporan perlawanan untuk perlawanan Negeri Sembilan-PKNP

Kuantan FA cemerlang di laman sendiri selepas menewaskan PDRM 3-1.

Dao Bakary memberikan pendahuluan buat PDRM pada minit ke-69 namun begitu Kuantan berjaya menemui kemenangan di penghujung permainan.

Ljubo Baranin menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-85 sebelum Nabilah Khan Razali menyumbat gol pada minit ke-87 dan juga minit-90.

Perlawanan ini juga menyaksikan satu gol cantik terhasil. Calon Puskas?

Kuala Lumpur pula terus mencengkam liga walaupun terikat 1-1 dilaman sendiri di tangan UiTM FC.

Guilherme De Paula sekali lagi menyelamatkan maruah skuad Warga Kota dengan jaringan penyamaan selepas pasukan pelawat mendahului menerusi Akanni Wasiu.

Anda boleh baca laporan perlawanan yang lengkap dan padat yang disedikan editor kami mengenai perlawanan Kuala Lumpur-UiTM FC di sini.

Baca juga: 3 Rumusan Ringkas Corak Taktikal Liverpool Di Bawah Klopp

The post Keputusan Perlawanan-Perlawanan Liga Perdana 2017: Minggu 3 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Liga Premier 2017

Saingan Liga Premier 2017 telahpun bermula pada 20 Januari 2017. 12 pasukan bersaing merebut gelaran juara Liga Premier 2017. Selain itu, perebutan 2 slot pasukan teratas yang bakal bersaing di Liga Super 2018 serta 5 slot pasukan terbaik untuk slot Piala Malaysia 2017 bakal menjadi rebutan 12 pasukan ini. Setiap pasukan telah membuat persiapan rapi menghadapi saingan musim ini dengan menandatangani barisan pemain-pemain tempatan serta pemain-pemain import baru bagi memantapkan pasukan masing-masing menghadapi saingan panjang Liga Premier 2017 kali ini. Terdapat juga pasukan yang memberikan kepercayaan kepada barisan pemain-pemain muda berpotensi untuk ditonjolkan pada saingan kali ini. Selain itu juga, pelantikan barisan kejurulatihan baru diharap mampu memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing menghadapi saingan mencabar Liga Premier 2017 ini. 
Selain 2 slot pasukan ke saingan Liga Super 2018 serta 5 slot pasukan ke saingan Piala Malaysia 2017 akan datang, setiap pasukan pastinya akan berusaha mengelakkan mereka terjerumus ke 2 tempat terakhir liga yang bakal diturunkan ke saingan Liga FAM 2018 akan datang. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi pastinya akan dihadapi dengan sebaik mungkin oleh pasukan-pasukan ini, Setiap peluang dan ruang menjaringkan gol pastinya akan cuba dimanfaatkan oleh setiap pasukan bagi memastikan mereka terus mampu bersaing dalam edisi kali ini. Semoga peminat bolasepak tempatan disajikan dengan aksi dan perlawanan terbaik dengan penuh semangat kesukanan pada saingan edisi 2017 kali ini. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Liga Premier 2017 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

PERLAWANAN PERTAMA

20 Januari 2017 (Jumaat)
PDRM FA lwn MISC-MIFA (3-1)

PDRM FA : Dao Bakary (2), Shahurain Abu Samah
MISC-MIFA : Tagne Foguieng Dimitri Bodric

Terengganu lwn PKNP FC (Perlawanan Ditangguhkan)


Kuantan FA lwn UiTM FC (Perlawanan Ditangguhkan)

Negeri Sembilan lwn Sabah (3-0)
Negeri Sembilan : Bruno Suzuki Castanheira (3)

Kuala Lumpur lwn Johor Darul Ta’zim II (2-1)

Kuala Lumpur : Bobirjon Akbarov, Ibrahim Syaihul
Johor Darul Ta’zim II : Nicholas Alberto Fernandez

Perlis lwn ATM FA (1-1)
Perlis : Muhd. Zafuan Azeman
ATM FA : Mohd. Rafizol Roslan

PERLAWANAN KEDUA
26 Januari 2017 (Khamis))
MISC-MIFA lwn ATM FA (2-3)

MISC-MIFA : Michael Chukwubunna, Alan Aciar
ATM FA : Pavel Smolyarchenko, Bea Beom-Geum, Vanice Elphi

Johor Darul Ta’zim II lwn Perlis 


Sabah lwn Kuala Lumpur


UiTM FC lwn Negeri Sembilan (0-1)

Negeri Sembilan : Bruno Suzuki Castanheira

PKNP FC lwn Kuantan FA


PDRM FA lwn Terengganu

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Keputusan Separuh Akhir Pertama AFC CUP JDT VS Bengaluru

SKUAD Johor Darul Takzim (Johor DT)  mencatat keputusan seri 1-1 pada aksi separuh akhir pertama Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2016 menentang Bengaluru FC di Stadium Tan Sri Dato’ Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam tadi.

Selaku juara edisi lalu, Harimau Selatan tampak seakan bergelut dalam mengatur gerak pada minit-minit awal permainan selain berdepan asakan balas daripada jentera serangan pihak lawan.

Bagaimanapun, skuad kendalian Mario Gomez itu mula menggandakan serangan dan hampir membuka jaringan pada minit ke-27 menerusi tandukan Juan Martin Lu­cero, namun percubaannya ditampan kemas oleh penjaga gol pasukan lawan.

Bersambung babak kedua perlawanan, Johor DT terus ghairah memburu gol pembukaan yang akhirnya disudahkan oleh Jorge Pereyra Diaz hasil sepakan sudut yang diambil oleh Safiq Rahim pada minit ke-52 bagi membolehkan tuan rumah selesa mendahului dengan 1-0.

Kegembiraan penyokong Harimau Selatan bagaimanapun tidak bertahan lama apabila pasukan kendalian Alberto Roca menyamakan kedudukan selang empat minit kemudian hasil rembatan Eugeneson Lyngdoh dari luar kotak penalti.

Permainan berakhir dengan keputusan seri 1-1 sehingga wisel penamat dibunyikan.

Perlawanan separuh akhir kedua akan berlangsung di Stadium Sree Kanteerava, India pada 19 Oktober depan.

Johor DT

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan TM Piala Malaysia 2016

Sepak mula kejohanan bola sepak berprestij Malaysia, TM Piala Malaysia 2016 telahpun bermula pada 12 Julai 2016 yang lalu. 16 pasukan akan bersaing merebut kejuaraan edisi kali ini. Pasukan Selangor The Red Giants di bawah kendalian Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan selaku juara bertahan pastinya sekali lagi akan berusaha mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki pada saingan TM Piala Malaysia 2015 yang lalu. Namun begitu, 15 pasukan lain pastinya tidak akan memberikan laluan mudah kepada pasukan Selangor mengulangi pencapaian gemilang musim 2015 yang lalu. Pasukan seperti Juara Piala FA 2016, Johor Darul Ta’zim FC, Felda United dan Kedah pastinya adalah antara pasukan pilihan mencabar kejuaraan musim ini. Pasukan-pasukan lain juga seperti T-Team, Kelantan, Terengganu, PDRM FA, Perak, Pahang, Sarawak, Melaka Unitedm Kuala Lumpur, Johor Darul Ta’zim II, Negeri Sembilan dan PKNS FC juga tidak mustahil mampu melakar kejutan pada saingan edisi TM Piala Malaysia 2016 ini.

16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan juara dan naib juara kumpulan bakal meneruskan saingan ke pusingan suku akhir. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi pastinya amat penting buat setiap pasukan mencapai kemenangan bagi mencerahkan laluan ke pusingan suku akhir. Dengan perancangan formasi, strategi dan taktikal yang berkesan daripada Ketua Jurulatih masing-masing tidak mustahil keputusan yang baik mampu dicapai. Setiap peluang dan ruang menjaringkan gol adalah amat penting untuk dimanfaatkan selain disiplin pertahanan yang baik mampu membawa kejayaan kepada pasukan masing-masing.

Berikut adalah Keputusan Perlawanan TM Piala Malaysia 2016 yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa :

PERLAWANAN PERTAMA
12 Julai 2016
T Team lwn Johor Darul Ta’zim II (Kumpulan A) – 2-2
T-Team : Dilshod Sharofetdinov, Nor Hakim Hassan
Johor Darul Ta’zim II : Zaquan Adha Abd. Razak, Paolo Rangel

Selangor lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B) – 1-0
Selangor : Adam Nor Azlin

Kelantan lwn Pahang FC (Kumpulan B) – 1-0
Kelantan : Wan Zaharulnizam Zakaria

Johor Darul Ta’zim FC lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C) – 2-2
Johor Darul Ta’zim FC : Safee Sali, Juan Martin Lucero
Selangor PKNS FC : Gabriel Guerra, Juan Manuel Cobelli

KL Felda United FC lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D) – 3-1
KL Felda United FC : Christie Jayaseelan, Francis Forkey Doe (2)
Negeri Sembilan : Annas Rahmat

Melaka lwn Terengganu (Kumpulan D) – 2-1
Melaka United : Ilija Spasojevic, R.Surendran 
Terengganu : Bogdan Milic 

13 Julai 2016
Kedah lwn Sarawak (Kumpulan A) – 4-3
Kedah : Liridon Krisniqi (2), Baddrol Bakhtiar, Thiago Augusto
Sarawak : Ndumba Mkeche (2), Nur Shamie Iszuan Amin 

Perak lwn PDRM FA (Kumpulan C) – 1-2
Perak : Xhevahir Sukaj
PDRM FA : Guilherme da Paula, Safuwan Baharudin

PERLAWANAN KEDUA

19 Julai 2016
Johor Darul Ta’zim II lwn Sarawak (Kumpulan A) – 0-0

Kuala Lumpur lwn Pahang FC (Kumpulan B) – 2-0
Kuala Lumpur : Leonardo Moreira, Jonathan Zorilla 

Perak lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C) – 4-1
Perak : Elias Fernandes (2), Xhevahir Sukaj, Fazrul Hazli
PKNS FC : Gonzalo Manuel Soto

PDRM FA lwn Johor Darul Ta’zim FC (Kumpulan C) – 1-1
PDRM FA : Safuwan Baharudin
Johor Darul Ta’zim FC : K.Reuben (GS)
Negeri Sembilan lwn Melaka (Kumpulan D) – 3-2
Negeri Sembilan : Alex Smith (2), Hendrique da Silva
Melaka United : Yashir Armando Pinto, Mohd. Ferris Danial 

20 Julai 2016
T Team lwn Kedah (Kumpulan A) – 0-2
Kedah : Shane Smeltz (2)

Selangor lwn Kelantan (Kumpulan B) – 3-3
Selangor : Mauro Olivi, Patrick Ronaldinho Wleh (2)
Kelantan : Wander Luiz Junior, Wan Zack Haikal, Abdul Manaf Mamat

KL Felda United FC lwn Terengganu (Kumpulan D) – 0-1
Terengganu : Nor Shahrul Idlan Talaha

PERLAWANAN KETIGA

29 Julai 2016
Kedah lwn Johor Darul Ta’zim II (Kumpulan A) – 0-0

Sarawak lwn T-Team (Kumpulan A) – 0-2
T-Team : Patrick dos Santos Cruz (2)

Melaka lwn KL Felda United FC (Kumpulan D) – 0-1
KL Felda United FC : Shukor Adan

30 Julai 2016
Kelantan lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B) – 1-0
Kelantan : Blaze Illijoski

Pahang FC lwn Selangor (Kumpulan B) – 1-0
Pahang FC : Matthew Davies

Selangor PKNS FC lwn PDRM FA (Kumpulan C) – 1-2
Selangor PKNS FC : Matias Hadwa
PDRM FA : Guilherme da Paula (2)

Perak lwn Johor Darul Ta’zim FC (Kumpulan C) – 3-0
Perak : Xhevahir Sukaj, Fazrul Hazli (2)

Terengganu lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D) – 1-2
Terengganu : Bogdan Milic
Negeri Sembilan : Goran Jerkovic, Afiq Azmi

PERLAWANAN KEEMPAT
9 Ogos 2016
Johor Darul Ta’zim II lwn Kedah (Kumpulan A)
T Team lwn Sarawak (Kumpulan A) 
Kuala Lumpur lwn Kelantan (Kumpulan B)
Selangor lwn Pahang FC (Kumpulan B) 
Negeri Sembilan lwn Terengganu (Kumpulan D)

KL Felda United FC lwn Melaka (Kumpulan D)

10 Ogos 2016

Selangor PKNS FC lwn PDRM FA (Kumpulan C)
Johor Darul Ta’zim FC lwn Perak (Kumpulan C)

PERLAWANAN KELIMA
12 Ogos 2016
Pahang FC lwn Kuala Lumpur (Kumpulan B)
Kelantan lwn Selangor (Kumpulan B)
Melaka lwn Negeri Sembilan (Kumpulan D)
Terengganu lwn KL Felda United FC (Kumpulan D)

13 Ogos 2016
Sarawak lwn Johor Darul Ta’zim II (Kumpulan A)
Kedah lwn T Team (Kumpulan A)
Perak lwn Selangor PKNS FC (Kumpulan C)
PDRM FA lwn Johor Darul Ta’zim FC (Kumpulan C)

PERLAWANAN KEENAM
19 Ogos 2016
Johor Darul Ta’zim II lwn T Team (Kumpulan A)
Sarawak lwn Kedah (Kumpulan A)
Negeri Sembilan lwn KL Felda United FC lwn (Kumpulan D)
Terengganu lwn Melaka (Kumpulan D)

20 Ogos 2016
Kuala Lumpur lwn Selangor (Kumpulan B)
Pahang FC lwn Kelantan (Kumpulan B)
Selangor PKNS FC lwn Johor Darul Ta’zim FC (Kumpulan C)
Perak lwn PDRM FA (Kumpulan C)

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2016 France

Sepak mula Kejohanan UEFA Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telah pun bermula dari 10 Jun 2016 hingga 10 Julai 2016 akan datang. 24 buah negara bakal bersaing merebut kejuaraan berprestij ini. Pasukan yang muncul juara akan mewakili zon UEFA ke saingan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia akan datang. 24 pasukan ini telah diundi dalam 6 kumpulan di mana 6 pasukan yang muncul juara dan 6 pasukan yang muncul naib juara kumpulan bersama-sama dengan 4 pasukan terbaik di tangga ketiga peringkat kumpulan akan meneruskan saingan ke pusingan kalah mati 16 pasukan terbaik.

Pasukan Sepanyol selaku juara bertahan pastinya akan sekali lagi turun mempertahankan gelaran kejuaraan yang mereka miliki 2 kali berturut-turut iaitu pada UEFA Euro 2008 Austria & Switzerland serta UEFA Euro 2012 Poland & Ukraine. Antara pasukan yang pastinya menjadi pilihan ialah pasukan tuan rumah, Perancis, Jerman, England, Itali, Belgium dan Portugal. Namun begitu pasukan-pasukan lain juga turut mampu melakar kejutan pada edisi kali ini. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan peringkat kumpulan yang dihadapi ini adalah amat penting untuk setiap pasukan memungut marta penuh bagi mencerahkan laluan ke pusingan seterusnya. Setiap Ketua Jurulatih juga pastinya mempunyai perancangan formasi, strategi serta taktikal menghadapi lawan masing-masing. Pasukan yang berjaya memanfaatkan setiap peluang dan ruang mencipta jaringan selain disiplin pertahanan yang mantap pastinya mempunyai kelebihan mencapai keputusan yang diharapkan. Penyokong-penyokong pasukan masing-masing pastinya akan memberikan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.

Berikut adalah Keputusan Perlawanan UEFA Euro 2016 France (akan dikemaskini dari semasa ke semasa) :     

KUMPULAN A

10 Jun 2016
Perancis lwn Romania (2-1)

Perancis : Olivier Giroud, Dimitri Payet
Romania : Bogdan Stancu

11 Jun 2016
Albania lwn Switzerland (0-1)
Switzerland : Fabian Schar

15 Jun 2016
Romania lwn Switzerland
Perancis lwn Albania

19 Jun 2016
Switzerland lwn Perancis
Romania lwn Albania

KUMPULAN B

11 Jun 2016
Wales lwn Slovakia (2-1)

Wales : Gareth Bale, Hal Robson-Kanu
Slovakia : Ondrej Duda

England lwn Russia (1-1)

England : Eric Dier
Russia : Vasili Berezutski


15 Jun 2016
Russia lwn Slovakia

16 Jun 2016
England lwn Wales

20 Jun 2016
Slovakia lwn England
Russia lwn Wales

KUMPULAN C


12 Jun 2016
Poland lwn Ireland Utara (1-0)

Poland : Arkadiusz Milik

Jerman lwn Ukraine (2-0)

Jerman : Shkodran Mustafi, Bastian Schweinsteiger

16 Jun 2016
Ukraine lwn Ireland Utara
Jerman lwn Poland

21 Jun 2016
Ireland Utara lwn Jerman
Ukraine lwn Poland

KUMPULAN D


12 Jun 2016
Turki lwn Croatia (0-1)

Croatia : Luka Modric

13 Jun 2016
Sepanyol lwn Republik Czech

17 Jun 2016
Republik Czech lwn Croatia
Sepanyol lwn Turki

21 Jun 2016
Croatia lwn Sepanyol
Republik Czech lwn Turki

KUMPULAN E

13 Jun 2016
Republik Ireland lwn Sweden
Belgium lwn Itali

17 Jun 2016
Itali lwn Sweden

18 Jun 2016
Belgium lwn Republik Ireland

22 Jun 2016
Sweden lwn Belgium
Itali lwn Republik Ireland

KUMPULAN F


14 Jun 2016
Austria lwn Hungary
Portugal lwn Iceland

18 Jun 2016
Iceland lwn Hungary
Portugal lwn Austria

22 Jun 2016
Iceland lwn Austria
Hungary lwn Portugal


* Kemaskini pada 13 Jun 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Copa America Centenario 2016 USA

Kejohanan Copa America Centenario 2016 USA atau 2016 Centennial Copa America akan diadakan di Amerika Syarikat bermula pada 3 hingga 26 Jun 2016 akan datang. Kejohanan ini diadakan bersempena sambutan ulangtahun ke 100 penubuhan CONMEBOL serta 100 Tahun Edisi Copa America di mana buat pertama kalinya kejohanan ini berlangsung di luar Amerika Selatan. 

Edisi Khas Kejohanan Copa America ini akan melibatkan penyertaan 16 buah pasukan iaitu tambahan 4 pasukan (biasanya kejohanan melibatkan 12 buah pasukan). 16 pasukan tersebut terdiri daripada 10 pasukan Zon CONMEBOL iaitu Argentina, Bolivia, Brazil, Chile, Colombia, Ecuador, Paraguay, Peru, Uruguay dan Venezuela serta 6 pasukan Zon CONCACAF iaitu Mexico, Amerika Syarikat, Costa Rica, Jamaica, Haiti dan Panama. 16 pasukan ini telah diundi dalam 4 kumpulan di mana pasukan yang muncul juara dan naib juara kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir. Bual Sukan percaya, setiap perlawanan yang dihadapi sangat penting di mana kemenangan pastinya akan mencerahkan laluan ke peringkat suku akhir. Tidak mustahil, kejutan pasti berlaku pada edisi kali ini. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Copa America Centenario 2016 USA : 

KUMPULAN A
3 Jun 2016
USA lwn Colombia (0-2)
Colombia : Cristian Zapata, James Rodriguez
4 Jun 2016
Costa Rica lwn Paraguay (0-0)

7 Jun 2016
USA lwn Costa Rica
Colombia lwn Paraguay

11 Jun 2016
USA lwn Paraguay
Colombia lwn Costa Rica

KUMPULAN B

4 Jun 2016
Haiti lwn Peru (0-1)
Peru : Paolo Guerrero

Brazil lwn Ecuador (0-0)

8 Jun 2016
Brazil lwn Haiti
Ecuador lwn Peru

12 Jun 2016
Ecuador lwn Haiti
Brazil lwn Peru

KUMPULAN C

5 Jun 2016
Jamaica lwn Venezuela (0-1)
Venezuela : Josef Martinez

Mexico lwn Uruguay (3-1)
Mexico : Alvaro Pareira (GS), Rafael Marquez, Hector Herrera
Uruguay : Diego Godin

9 Jun 2016
Uruguay lwn Venezuela
Mexico lwn Jamaica

13 Jun 2016
Mexico lwn Venezuala
Uruguay lwn Jamaica

KUMPULAN D
6 Jun 2016
Panama lwn Bolivia (2-1)
Panama : Blas Perez (2)
Bolivia : Juan Carlos Arce

Argentina lwn Chile (2-1)
Argentina : Angel Di Maria, Ever Banega
Chile : Fuenzalida

10 Jun 2016
Chile lwn Bolivia
Argentina lwn Panama

14 Jun 2016
Chile lwn Panama
Argentina lwn Bolivia

* Kemaskini pada 7 Jun 2016.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Pasukan Harimau Malaysia 2016

Pasukan Harimau Malaysia di bawah kendalian Ketua Jurulatih Datuk Ong Kim Swee pastinya akan menjadikan tahun 2016 sebagai tahun kebangkitan semula pasukan bola sepak negara berikutan musim yang amat mengecewakan tahun 2015 yang lalu. Kekecewaan musim lalu pastinya akan cuba dilupakan dengan memberikan fokus terbaik menyusun semula pasukan Harimau Malaysia dengan menyenaraikan pemain-pemain yang benar-benar layak mewakili serta menyarung jersi keramat pasukan negara.

Antara fokus utama bagi tahun 2016 ini sudah pastilah saingan AFF Piala Suzuki 2016 yang bakal berlangsung penghujung tahun ini di Myanmar dan Filipina. Selain itu juga, fokus pasukan negara juga tertumpu kepada saingan playoff kelayakan AFC Piala Asia 2019 UAE selain berusaha memperbaiki kedudukan ranking FIFA pasukan negara yang kini terperosok di tangga ke 174 dunia (Ranking Bulan April 2016). Bagi tujuan tersebut, Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM pastinya telah merangka aksi perlawanan antarabangsa berkelas A untuk mengumpul mata memperbaiki ranking bertemu pasukan-pasukan dalam zon AFC, zon Ocenia ataupun zon CAF (Afrika). 

Bual Sukan percaya, Datuk Ong Kim Swee pastinya akan memilih barisan pemain-pemain terbaik dengan gabungan antara pemain-pemain berpengalaman serta pemain-pemain muda berpotensi besar untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap. Selain itu, beliau bersama barisan kejurulatihannya pasti akan merancang strategi, formasi serta taktikal terbaik menghadapi lawan yang ditemui. Segala kelemahan harus segera diperbaiki bagi memastikan pasukan negara mampu mencapai keputusan terbaik. Berikut adalah Keputusan Perlawanan pasukan Harimau Malaysia bagi tahun 2016 :

24 Mac 2016 : Arab Saudi (tewas 0-2) – Pusingan Kelayakan FIFA Piala Dunia 2018/Pusingan Kelayakan AFC Piala Asia 2019.

28 Mac 2016 : Macau (seri 0-0) – Persahabatan Antarabangsa

28 Mei 2016 : Akan diumumkan FAM kelak – Persahabatan Antarabangsa

2 Jun 2016 : Timor Leste – Perlawanan Pertama Pusingan Playoff Kelayakan AFC Piala Asia 2019 

7 Jun 2016 : Timor Leste – Perlawanan Kedua Pusingan Playoff Kelayakan AFC Piala Asia 2019

17 Jun 2016 : Papua New Guinea – Persahabatan Antarabangsa

22 Jun 2016 : New Caledonia – Persahabatan Antarabangsa

26 Jun 2016 : Fiji – Persahabatan Antarabangsa

Sukan Malaysia dan Antarabangsa