Gomez Mahu JDT Elak Lakukan Kesilapan

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) Mario Gomez mengingatkan pemainnya supaya tidak melakukan kesilapan yang boleh membawa padah terutama pada awal permainan apabila berdepan South China FC dari Hong Kong pada aksi suku akhir kedua Piala AFC, di di Stadium Tan Sri Dato Hassan Yunos di Larkin, malam esok.

JDT selaku juara bertahan, seri 1-1 pada suku akhir pertama di Stadium Mongkok, Hong Kong, Selasa lepas, setelah South China bangkit daripada ketinggalan untuk menyamakan kedudukan selepas pemain import dari Argentina Jorge Pereyra Diaz meletakkan JDT di hadapan pada minit ke-22.

Keputusan seri tanpa jaringan atau kemenangan 1-0 pada suku akhir kedua di Larkin esok sudah cukup buat JDT untuk mara ke peringkat separuh akhir. “Bagi kami, apa paling penting untuk memastikan pemain tidak melakukan kesilapan mudah pada lima minit pertama permainan atau dalam kawasan kotak penalti. Kita perlu berhati-hati kerana ia perlawanan penting. “Kita perlu berusaha keras, menggunakan mentaliti dan taktik yang sama seperti dalam saingan Liga Super,” kata Gomez.

Sementara itu, ketua jurulatih South China Jose Rambo menegaskan bahawa beliau akan menggunakan apa yang ada untuk memenangi perlawanan tersebut. “Kami sedar lawan kami mempunyai barisan pemain yang mantap dan kita perlu berhati-hati dengan pergerakan mereka. Apa pun, kita tidak gentar berdepan sesiapa pun,” katanya. – BERNAMA
Johor DT

FIFA Uji Video Pembantu Pengadil (VAR) Ketika Itali vs Perancis, Pengadil Elak 2 Kesilapan

FIFA dalam rangka kajian untuk menggunakan sistem Video Assistant Referee (VAR) dalam bola sepak.

VAR adalah satu sistem penilaian video yang diminta pengadil untuk membantu mereka mengelak membuat keputusan yang salah di atas padang.

Pengadil akan menghentikan perlawanan seketika setiap kali ada kesangsian untuk mendengar ulasan daripada pegawai mereka di bilik VAR.

Sebelum ini International Football Association Board (IFAB) telah memberi lampu hijau ke atas cadangan untuk menggunakan VAR dalam temasya Piala Dunia 2018-Russia.

Skop itu akan diperluas seperti mana penggunaan goal line technology sebelum ini.

Ujian pertama VAR

37D529D300000578-0-image-a-45_1472821557095

Ujian pertama perlaksanaan teknologi ini telah dilakukan di Stadio San Nicola, Bari ketika perlawanan persahabatan antarabangsa antara Itali dan Perancis.

Dalam perlawanan yang dimenangi 1-3 oleh Perancis, pengadil Bjorn Kuipers telah menjadi pengadil pertama yang menggunakan khidmat VAR.

Presiden baru FIFA Gianni Infantino (gambar bawah) memberikan respon positif ke atas VAR selepas melihat sendiri keberkesanan teknologi tersebut dalam perlawanan tersebut.

107371447_Gianni-Infantino-sport-large_trans++Adw0VrjqLWSqJHfZ45Ae0UPhGu3d8eCxEbnX1CfWC0c

Infantino menganggap ia sebagai langkah besar yang akan mencipta sejarah baru dalam bola sepak dunia.

“Kita membuka lembaran baru dalam sejarah bola sepak dunia.” kata Infantino kepada wartawan.

Beliau nyata teruja menyaksikan sendiri bagaimana VAR membantu pengadil dari Belanda, Bjorn Kuipers membuat 2 keputusan penting dalam perlawanan tersebut.

Insiden pertama: Djibril Sidibe

Hanya selepas 5 minit perlawaan bermula, teknologi yang berasaskan sistem kamera Hawk-Eye itu terus diuji kecekapannya dalam membantu pengadil.

107319464_france-italy-sport-xlarge_trans++-P1uYIB_Fl8W42rzpqxa6KP0IQdCx1yDP1nkKqXDdz4

Chillieni menjerit “Rosso!” atau “Merah!” selepas kekasaran yang dilakukan oleh Djibril Sidibe. Kuipers agak sukar membuat keputusan dan akhirnya beliau meminta bantuan VAR.

Kuipers memberitahu:

“Selang 9-10 saat kemudian, pegawai yang bertugas di bilik VAR menghubungi saya. Mereka memberitahu saya, insiden itu layak diberikan kad kuning sahaja.”

“Saya kemudian memberitahu para pemain dengan segera. Dan mereka menerima keputusan saya.”

Insiden kedua: Layvin Kurzawa

37D0091000000578-3769731-image-a-43_1472767081017

Insiden kedua adalah melibatkan bek kiri Perancis, Layvin Kurzawa yang didakwa melakukan handball oleh pemain tengah Itali, Daniel De Rossi.

De Rossi menjerit meminta penalti.

Mengulas insiden tersebut, Kuipers memberitahu:

“Dalam kejadian kedua, saya menghubungi VAR. Selepas hanya 7 saat, VAR memberitahu saya bahawa insiden Kurzawa itu bukan penalti,”

“Sekali lagi saya terus memberitahu para pemain. Mereka menerima keputusan tersebut. Kepercayaan para pemain ini membuatkan saya semakin yakin untuk mengadili perlawanan . ”

Kedua-dua insiden tersebut layak untuk dirujuk kepada VAR berdasarkan garis panduan ketat yang ditetapkan oleh IFAB.

var_542x305_01

Selain daripada membantu dalam kesangsian untuk mendapatkan penalti dan kad merah, VAR juga membantu dalam insiden-insiden lain termasuk tersilap identiti dalam pengadilan.

Infantino mahu IFAB menggunakan ulasan video (VAR) pada temasya Piala Dunia di Rusia. Infantino turut inginkan lebih banyak ujian dilakukan sebelum 2018.

Baca juga :Major League Soccer Uji Konsep Pengadil Dibantu Video, Dapat Sambutan Positif

The post FIFA Uji Video Pembantu Pengadil (VAR) Ketika Itali vs Perancis, Pengadil Elak 2 Kesilapan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Analisis Taktikal Piala Eropah; Perancis v Jerman(2-0) – 2 Kesilapan Individu, Jerman Tewas!

Dalam bolasepak, setiap pengurus harus realistik. Berhadapan dengan Jerman adalah bukan masa untuk menunjukkan kehebatan bermain lebih banyak dengan bola.

Deschamps memilih pendekatan bertahan dan counter attack. Dalam pada masa yang sama, pasukan yang mengambil pendekatan bertahan haruslah memanfaatkan peluang yang terhad.

Perancis melakukannya dan itulah sebab kenapa Perancis menang.

Permulaan

Jerman bermain 4-3-2-1 tanpa penyerang tulen. Itu bukanlah isu besar sebelum ini, namun dalam Piala Eropah kali ini, ia adalah antara isu besar Jerman.

Ini kerana 2 false 9 utama mereka gagal melakukan tugas menjaringkan gol dengan baik, Muller dan Gotze.

Perancis mengekalkan 4-4-2/4-4-1-1 dalam perlawanan ini. Taktikal yang memang lebih kepada mendapatkan yang terbaik daripada Griezmann dan Giroud.

Dalam analisis sebelum ini saya mendedahkan Payet bukan tipikal pemain sayap untuk sistem midfielder 4, beliau adalah pemain sayap untuk sistem attacking/midfielder 3.

Jerman Gagal Masuk Ke Kawasan Bahaya

Dalam perlawanan ini, jika perlawanan ini berakhir dengan kemenangan Jerman sudah pasti saya akan memberikan kredit yang besar dengan cara mereka bermain.

Jerman mendominasi perlawanan sejak dari awal. 2 fullback mereka bermain dalam sistem yang cukup advance untuk mengepin fullback Perancis Evra dan Sagna.

Evra dan Sagna memiliki peluang terhad untuk berhubung dengan flanker mereka. Saya memang tak menjangkakan Perancis akan bermain dengan fullback yang dinamik.

Namun jika ya, sistem Jerman cukup bagus untuk mengekang mereka di kawasan width. Namun masalah utama Jerman adalah, mereka gagal untuk lebih penetrative di kawasan bahaya.

pos

Sistem Serangan Jerman Rosak

Enjin mereka di serangan tidak berfungsi kali ini. Pada separuh masa pertama lagi Loew dah cuba memperbaiki sistem serangan beliau.

Emre Can diarahkan bermain free role false 10 dan kadang kadang bermain false 9 untuk membentuk attacking 4 atau attacking 5 di garisan serangan.

press

vsn

Ia masih tidak berkesan. Loew mengarahkan Schweinsteiger bermain di deeper role kerana beliau mahukan pemain lebih agile di hadapan.

Dalam perlawanan ini Schweinsteiger tidak berdepan tekanan yang kuat secara taktikal di tengah kerana Perancis berdepan dengan limitasi penguasaan dan banyak melangkau bahagian tengah.

Masalah mereka gagal diselesaikan dan terus gagal untuk masuk lebih dalam ke kawasan Perancis. Banyak hantaran mereka dipatahkan.

Umtiti adalah aset besar Perancis dan sangat bertuah Barcelona mendapatkan beliau.Ini adalah laporan chalkboard untuk clearance yang dilakukan Perancis.

1

Ini adalah jumlah shots on target oleh Jerman pada separuh masa pertama. Rata rata cubaan dari luar kotak penalti. Itu kerana mereka buntu untuk lebih penetratif.

shor

Pada separuh masa kedua anda akan dapati, Perancis lebih baik dari segi shots on target dengan 2 berbanding Jerman yang cuma melakukan 1 shots on target di separuh masa kedua.

Jelas Jerman ada masalah di hadapan gol. Pasukan yang cuma bermain purata 35% possesion masih mampu menyaingi mereka dari segi cubaan gol.

Untuk Perancis kita faham sebab mereka bermain defensif, namun untuk pasukan yang memiliki possession lebih 60%, cuma 5 shots on target sepanjang perlawanan, ia adalah masalah.

Ia adalah isu squad depth apabila gagal membawa back up kepada pemain yang tipikal Mario G0mez kerana taktikal mereka sebenarnya memerlukan target man.

Saya faham, Loew yakin Muller dan Gotze akan memberikan impak jika Mario tidak dapat bermain. Namun akhirnya perlaburan dan gamble Loew kali ini gagal.

Memasukkan Sane tidak membawa kepada tactical change kerana mereka perlukan no.9.

Sane adalah tipikal Draxler. Beliau walaubagaimanapun memberi impak kerana beliau adalah fresh leg.

Perancis Mengurangkan Impak Di Kanan

Data analisis yang statistikal amat penting dalam mempersiapkan pasukan. Mungkin Perancis sudah mengetahui bahawa operasi Jerman akan lebih bertumpu di flank kiri atau kawasan kawan sideback mereka.

ds

fra

Apa yang mereka lakukan adalah, mereka memberikan penekanan untuk mengurangkan impak ancaman daripada Hector, Draxler dan Kroos di kanan mereka.

Ini adalah heatmap pemain tengah dan ofensif Jerman dan pemain midfielder 4 & back 4 Perancis. Lihat penekanan mereka.

sasaa

Kita harus memberikan kredit kepada Moussa Sissoko yang efektif membantu Sagna di deep wide area.

Perancis Sit Back And Counter Attack

Dalam perlawanan ini pasukan Perancis jelas bermain lebih pasif. Namun mereka bukanlah pasukan yang benar benar mengancam setiap kali counter attack kerana mereka ada masalah dengan pace.

Mereka ada Payet dan Griezman di belakang Giroud namun 2 pemain ini pada masa yang sama berjaya dikawal oleh defensive line Jerman.

Jerman bermain high line dan memberikan Giroud lebih banyak jarak daripada kawsan gol mereka. Kini Perancis cuma ada Giroud untuk mengatasi high line Jerman.

Ini kerana Griezman dan Payet banyak dikurung di kawasan sendiri oleh Jerman terutama pada separuh masa pertama.

Lebih panjang distance dan kurang sokongan bermakna Giroud perlu lebih pace. Jerman pula ada jarak sekitar paling kurang 35 meter untuk bersaing dengan Giroud.

Jerman cepat untuk regroup apabila dicounter attack.

Ini adalah laporan jaringan/network hantaran pasukan Perancis yang menjadikan Griezmann sebagai fokal dan mereka banyak ‘skip’ midfield dalam hantaran mereka dan melalui bahagian sayap.

perc

 

Perancis Lebih Klinikal vs Individual Errors Oleh Pemain Jerman

Ini yang membezakan kedua dua pasukan. Memiliki jumlah shots on target yang sama sama rendah. Namun mereka berjaya menjaringkan 2 gol. 1 melalui situasi bola mati, dan 1 lagi dari permainan terbuka.

Jerman pula melakukan 2 individual errors yang membuatkan mereka tidak akan dikenang sebagai pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini.

Mereka berjaya shifting & switching formasi mereka dengan baik sepanjang perlawanan. Bermain dalam taktikal yang ala Guardiola di Bayern Munich.

Namun Perancis ada penjaring gol dan mereka tidak ada. Schweinsteiger menghalang bola dengan tangan dalam keadaan beliau berdepan Evra di kawasan yang sukar untuk Evra melakukan apa apa.

Gol kedua adalah kerana mereka kehilangan bola di defensive third kerana mahu memulakan build up dari belakang.

Mereka menukarkan arah bola ke arah Kimmich apabila ditekan di sebelah kiri. Howedes sangat tidak realistik dalam mengambil keputusan. Beliau menghantar merentasi box.

ki

Perancis merampas bola hampir di byline area selepas Kimmich juga mahu bermain ‘bijak’ dan akhirnya menjadi tindakan bodoh.

Ini kerana beliau boleh melakukan clearance dalam keadaan vision beliau terhad dan tidak boleh terlalu yakin dengan keadaan.

kim

Jangan terlalu yakin dalam keadaan tersebut. Pogba melakukan hantaran lintang yang bukanlah terlalu precisive namun ia  gagal dikeluarkan oleh Neuer.

Semua tak kena dan Mustafi gagal melakukan blok dan gol!

kim

Sifirnya tetap sama, mana mana penjaga gol yang keluar dari kawasan perlu melakukan claim atau punts. Dan Neuer gagal melakukannya.

Apa yang sangat menarik adalah. Seminit sebelum gol itu, Perancis dalam transisi ke formasi yang lebih defensif dengan memasukkan Kante.

Boleh dikatakan Perancis cuba protect 1 gol mereka dan belum sempat taktik berjalan mereka sudah mendapat 2 gol.

Verdict

Agak sukar hendak menghuraikan apa taktikal yang membuatkan Perancis memenangi perlawanan ini.Mereka dipin di kawasan sendiri oleh Jerman dan counter attack mereka juga gagal berfungsi.

Namun mereka menyudahkan peluang yang terhad. Ia adalah kerana 2 individual errors yang dihukum sebaik baiknya.

Bolasepak kadang kadang kejam dan Perancis tetap pemenang tidak kira betapa cantik sekali pun Jerman bermain jika tidak ada output.

Perlawanan ini lebih kepada kegagalan pasukan Jerman dalam produk akhir dan menyediakan plan serangan berkesan.

Namun kredit untuk back 4 Perancis terutama Umtiti yang beraksi sangat baik dalam perlawanan ini. Midfielder mereka juga banyak membantu untuk meneutralkan serangan Jerman.

Sehinggakan Jerman memilki jumlah cubaan yang hampir sama dengan mereka.

Deschamps jelas sekali berjaya memilih sama ada mahu memaksimumkan penggunaan Payet dalam 4-3-3 atau memaksimumkan penggunaan Griezman dalam 4-4-1-1. Ia perlaburan yang berhasil.

Payet dalam perlawanan ini agak terhad dan sangat lemah dalam membantu serangan. Malangnya serangan Jerman terlalu berpusat di kiri.

Man Of The Match

Antoine Griezmann

3403

Statistik

stas

 

Baca juga: Perancis Menentang Jerman Sentiasa Menjadi Perlawanan Tumpuan

The post Analisis Taktikal Piala Eropah; Perancis v Jerman(2-0) – 2 Kesilapan Individu, Jerman Tewas! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bagaimana Untuk Mengelak Kesilapan Bodoh Dalam Strategi Perpindahan Pemain

Menulis dalam autobiografinya yang bertajuk Carra, Jamie Carragher pernah membuat rumusan menarik (dan lucu) mengenai strategi bekas bosnya, Gérard Houllier dan Rafa Benitez dalam dalam jendela perpindahan (transfer window) pemain.

Menurut Carragher:

1) “Sean Dundee tak layak dipanggil pemain Liverpool“.

2) “Sander Westerveld adalah penjaga gol sederhana yang perasan dirinya adalah Gordon Banks.”

3) “Josemi sukar membuat hantaran kepada rakan sepasukan yang hanya berada 6 ela daripadanya. Djimi Traore pun ada kelemahan sama.”

4) “Jika saya benar-benar jujur, saya akan kata (Christian) Ziege langsung tak boleh tolong Liverpool bertahan.”

5) “Perkara pertama yang saya risau tentang (Salif) Diao adalah kelajuannya. Dia tidak mempunyai kelajuan langsung.”

6) “Ingat tak masa sekolah dulu kita selalu pilih-pilih kawan untuk masuk pasukan kita? Kami selalu buat perkara sama ketika main five-a-side. (El-Hadji) Diouf sentiasa menjadi pemain terakhir dipilih. Saya pernah berkata kepada Gerrard: Orang bayar 10 juta untuk Diouf, tapi tiada siapa pun mahukannya dalam pasukan mereka.”

7) “Jika Diouf pemain yang mengecewakan, Diao adalah bencana.”

8) “Tapi bagi saya Diao bukanlah pemain paling teruk Liverpool pernah ada. Pada tahun 2002, Houllier bawa masuk Bruno Cheyrou.”

9) “Pada 2004, Liverpool memecah rekod yuran perpindahan kelab apabila menandatangani Djibril Cisse dengan harga £14 juta. Dia sepatutnya jadi penyerang kuat, target man yang menjaringkan gol. Beliau gagal kedua-duanya.”

10) “Kekecewaan terbesar adalah Fernando Morientes. Dia tiada kelajuan.”

Pada tahun 2009 pula, syarikat kereta api Virgin Trains mengeluarkan iklan surat khabar yang jelas membuat lawak terhadap kegagalan Robbie Keane di Liverpool.

article-1141982-0377DE80000005DC-962_468x596

Pada musim panas 2008, Rafa Benitez membayar £20 juta kepada Tottenham Hotspurs untuk membawa masuk Robbie Keane ke Liverpool.

Keane yang juga merupakan penyokong Liverpool, kemudian dijual balik ke Spurs 5 bulan kemudian pada harga £12 juta selepas Benitez mendapati Keane bukanlah penyerang yang dicarinya.

Dalam masa 5 bulan, Benitez telah membuatkan Liverpool rugi £8 juta.

Di sebalik belanja besar yang dilaburkan oleh Liverpool, kebanyakan pemain Liverpool yang hebat adalah pemain homegrown seperti Steven Gerrard, Jamie Carragher, Michael Owen, dan pemain murah seperti Sami Hyppia dan John Arne Riise.

Dan di sebalik belanja besar ini, Houllier dan Benitez masih gagal menjadikan Liverpool juara liga. Mereka berdua mungkin dimaafkan oleh penyokong Liverpool atas kejayaan di peringkat Eropah.

Tetapi tujuan utama anda berbelanja besar dalam jendela perpindahan adalah untuk mencabar kejuaraan liga. Bukannya sekadar menang 10 perlawanan dalam kejohanan piala.

Sepanjang tempoh 6 tahun Benitez di Liverpool, Benitez sebenarnya sudah menghabiskan £122 juta lebih daripada apa yang diterimanya dari segi yuran perpindahan pemain.

Dalam tempoh yang sama, Sir Alex Ferguson hanya menghabiskan £27 juta dan menang 3 kejuaraan liga. Arsene Wenger pula menjana pendapatan tambahan untuk kelabnya sebanyak £27 juta (sumber).

Jadi persoalannya di sini, apakah strateginya untuk:

  • mengelak duit yang kelab ada tidak dibazirkan kepada tandatangan pemain yang sederhana?
  • dalam pada masa yang sama, mampu menguatkan pasukan sehingga menjadi juara liga?

Yuran perpindahan vs gaji

Sekali lagi, kami memetik tulisan Jamie Carragher dalam autobiografinya:

“Mempunyai duit bukanlah jaminan kejayaan. Kuncinya adalah membelanjakan duit tersebut kepada pemain yang betul.”

Berdasarkan kajian wartawan, Simon Kuper dan pakar ekonomi bola sepak, Stefan Szymaski dalam buku Soccernomics, jika pasukan mahu menang lebih banyak perlawanan liga, mereka perlu membelanjakan duit mereka kepada bajet gaji pasukan.

Bukannya kepada bajet yuran perpindahan pemain.

Pay-v-perf-PL

Menurut kajian mereka dalam data 2 liga – Premier League dan Championship – dari tahun 1991 hingga 2010, semakin besar saiz bajet gaji sesebuah pasukan, semakin tinggi kedudukan liga mereka.

Ketepatan variasi data (nilai R-squared jika anda belajar statistik) mereka mencecah sehingga 87%!

Sebaliknya apabila Soccernomics mengkaji kaitan saiz yuran perpindahan pemain dengan kedudukan liga, ketepatan variasi data hanya menunjukkan nilai 16%.

Ini bermakna semakin besar yuran perpindahan yang dibayar oleh sesebuah pasukan, ia tidak bermakna kedudukan pasukan tersebut di liga akan lebih tinggi.

Mengapa kajian ini relevan di Malaysia

Mana-mana pasukan yang ingin memanfaatkan hasil kajian Soccernomics pastinya akan mempunyai satu lagi soalan susulan:

Bagaimana kami nak menarik pemain bagus kalau kami tak membayar yuran perpindahan yang tinggi?

Ya, untuk menarik pemain bagus (yang selalunya bergaji tinggi) anda perlu membayar yuran perpindahan yang tinggi. Inilah yang dilakukan oleh Chelsea, Manchester City, Real Madrid dan Bayern Munich untuk menang liga.

Di Malaysia, ini jugalah yang dilakukan oleh 3 pasukan yang mempunyai keupayaan kewangan yang kuat dalam Liga SuperJDT, Felda United dan Terengganu – untuk mendominasi aksi liga.

Tetapi bagi pasukan-pasukan lain yang mempunyai bajet gaji yang terhad, kami tak faham mengapa mereka masih mahu mendapatkan 4 pemain import juga?

Mengapa beria-ia mendapatkan 4 pemain import sederhana jika mereka boleh menggunakan bajet gaji 4 pemain import tersebut untuk mengekalkan 2 pemain import berkualiti mereka?

Inilah yang berlaku di Pahang. Kajian Soccernomics dalam topik ini mencadangkan bahawa memberi Dickson Nwakaeme gaji RM400,000 sebulan jauh lebih baik berbanding membeli 3 pemain import baru.

KAMZ6807-1-compressed

Dan mengapa semua pasukan Liga Super yang mempunyai bajet terhad berkeras mahukan 4 pemain import juga?

Bukankah lebih baik jika bajet gaji 4 pemain import sederhana itu digunakan untuk membawa 1-2 pemain import yang benar-benar berkualiti?

Semakin banyak kami membaca dan belajar ilmu-ilmu baru, semakin banyak kepincangan yang kami nampak dalam bola sepak Malaysia.

Masalah bola sepak kita bukanlah tiada duit. Sebaliknya masalah kita adalah; duit yang kita ada, tidak dibelanjakan dengan cekap.

Baca juga: Pemain Import Jepun Ini Dedah Kelemahan Bola Sepak Malaysia

The post Bagaimana Untuk Mengelak Kesilapan Bodoh Dalam Strategi Perpindahan Pemain appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: