Video: Gol Minit Akhir Juliano Mineiro Yang Kontroversi

Dalam perlawanan ke-7 Liga Super di Selayang, Selangor berjaya menyamakan kedudukan menerusi tindakan susulan oleh Mineiro selepas penalti Astafei ditepis Ifwat Akmal.

Ia agak kontroversi kerana Mineiro terlelbih dahulu masuk ke dalam kotak penalti sebelum Astafei menyentuh bola.

Lihat paparan video di bawah ini

Kontroversi itu sebahagian daripada bola sepak. Cuma ada benda yang lemah itu, kita harus perbaiki.

The post Video: Gol Minit Akhir Juliano Mineiro Yang Kontroversi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Gara Gara Komen Kontroversi, Cristiano Hentam Xavi & Tuduh Lagenda Sepanyol Itu Gila Publisiti Murahan

Cristiano Ronaldo akhirnya kembali beraksi selepas kecederaan ketika perlawanan akhir Piala Eropah lalu. Ronaldo, membantu Real Madrid 5-2 La Liga menang ke atas Osasuna pada Sabtu lalu.

Ronaldo hanya memerlukan 6 minit sahaja untuk menjaringkan gol pertama beliau musim ini dalam La Liga.

Pengurus Real Madrid Zinedine Zidane sangat gembira dengan kepulangan Ronaldo. Ini selepas beberapa pemain agak keletihan selepas minggu antarabangsa dan perlu digilirkan.

Namun di sebalik kegembiraan Ronaldo meraikan kemenangan besar tersebut, Ronaldo memberikan respon ‘panas’ ke atas kenyataan Xavi Hernandez.

Xavi Memberi Komen Tentang Ronaldo Dan Messi

Ini adalah kenyataan Xavi yang mengundang amarah Ronaldo:

“Hanya pemain bola sepak yang bodoh sahaja tidak mengiktiraf Cristiano sebagai pemain bola sepak elit. Tetapi malangnya beliau bermain dalam era yang sama dengan Leo (Messi).”

“Ronaldo adalah luar biasa tetapi jika dibandingkan dengan Messi, bagi saya dan untuk semua orang yang sukakan bola sepak, ia tidak ada perbandingan.”

“Messi sentiasa menjadi nombor satu selagi dia mahu (sehingga berhenti bermain). Dia terlalu unggul. Di mata ramai pihak dia adalah yang terbaik di dunia, kecuali anda adalah ‘Real Madrid’.”

Ronaldo Panas!

Cristiano Ronaldo tidak menyenangi kenyataan daripada bekas pemain Barcelona itu. Lantas Ronaldo memberikan respon panas di dalam akhbar Marca. Beliau berkata:

“Saya adalah pemain bola sepak yang paling dicari di internet.”

“Jadi, sesiapa sahaja yang mahukan publisiti percuma atau perhatian media maka mereka akan membincangkan tentang saya.”

“Saya tidak kisah apa sahaja yang Xavi tentang saya, dia bermain di Qatar atau.. (muka keliru), dan saya tidak tahu di mana dia bermain sekarang.”

“Dia memenangi setiap trofi kolektif, termasuk Piala Dunia dan Kejohanan Eropah, tetapi saya ada 3 Ballon d’or dan dia tidak pernah memenangi langsung.”

Baca juga: Barton Kutuk Brown Tak Setarafnya, Brown Balas ‘Lawan Rangers Seperti Lawan Budak-Budak’

The post Gara Gara Komen Kontroversi, Cristiano Hentam Xavi & Tuduh Lagenda Sepanyol Itu Gila Publisiti Murahan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pemain Celtic Cipta Kontroversi, Enggan Hormati ‘Guard of Honor’ Untuk Pemain Rangers

Menjadi suatu kemestian di United Kingdom dan Eropah, apabila sesebuah pasukan menjadi juara liga lebih awal, mereka akan disambut dengan tradisi guard of honor.

Lazimnya, ia akan dilakukan pada perlawanan selepas sesebuah pasukan mengesahkan kejuaraan liga.

Inilah yang diterima oleh pemain Rangers sebelum perlawanan menentang Alloa Athletic, selepas sah bergelar juara liga divisyen ke-2 Scotland, Scottish Championship.

Menentang Alloa Athletics di halaman sendiri, upacara guard of honor Rangers bagaimanapun dipalit kontoversi yang melibatkan pemain Celtic.

Tak hormat Rangers?

Penyerang Alloa, Michael Duffy (berjersi nombor 7) dilihat tidak menepuk tangan semasa pemain Rangers berjalan melepasi guard of honor.

Sebaliknya beliau hanya meletakkan tangannya di belakang badan.

Tindakan Duffy – pemain muda Celtic yang dipinjamkan ke Alloa – menimbulkan kemarahan banyak pihak. Ketika ditanya wartawan motif tindakan beliau, Duffy menjawab:

“Ia dilakukan kerana saya merupakan pemain Celtic. Itu saja. Kelakar pula bila saya lihat ramai orang marah dengan tindakan saya. Ia cuma simbol bagi seorang pemain Celtic.”

“Hari ini (perlawanan Rangers-Alloa) merupakan hari untuk mereka berparti, dan mereka menjangkakan untuk membelasah kami kerana kami pasukan tercorot liga.”

“Namun ia tidak menjadi seperti dirancang. Bagi saya, ia satu pelan yang menjadi.”

Tavernier sindir Duffy

Perlawanan itu berakhir dengan seri 1-1. Michael Duffy membuka jaringan pada minit awal permainan sebelum disamakan oleh James Tavernier.

Tavernier, selepas perlawanan memperli tindakan Duffy di akaun Twitter beliau:

tave

Belum pun bermula musim 2016 – musim pertama yang menempatkan Rangers dan Celtic dalam liga yang sama sejak 2012 –  perang saraf antara dua kelab Old Firms ini sudah pun bermula.

Baca juga: Sejarah Old Firm Derby: Mengapa Celtic Dan Rangers Bermusuh?

The post Pemain Celtic Cipta Kontroversi, Enggan Hormati ‘Guard of Honor’ Untuk Pemain Rangers appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

JDT BATU BUS: BUKAN KONTROVERSI

JDT BUS BATU : BUKAN KONTROVERSI

Kepada penyokong Perak semua, anda tidak perlu mencarut atau sentap dengan hadirnya sebuah bas di Ipoh yang anda katakan pasukan JDT sengaja mencari pasal. Anggap sahaja ini adalah satu motivasi untuk membetulkan mana yang telah tersilap selama ini. Selagi anda terus menyalak, selama itulah kegagalan mentaliti anda menerima kelemahan sendiri.

Sedikit trivia untuk anda semua, sejak 2013 di Lumut, pihak PBNJ dan penyokong telah menghadapi pelbagai masalah di Perak. Bas pasukan dan penyokong tidak pernah balik dari Perak tanpa insiden cermin pecah dibaling objek dan sebagainya. Penyokong pula dikepung, dan macam-macam lagi masalah lain.

Kejadian ini bukan sahaja dialami penyokong Johor, malah pernah juga dilalui oleh penyokong-penyokong Selangor dan Sarawak.

Oleh itu, JDT BUS  tersebut disediakan kerana mengutamakan keselamatan pemain dan pegurusan pasukan. Tindakan yang di ambil adalah atas faktor keselamatan dan bukannya provokasi
Johor DT