Ashley Westwood: Bakal Merevolusikan Pulau Pinang Dengan Kuasa Pemain Muda

Pulau Pinang mengesahkan mereka mengesahkan bahawa mereka sudah mencapai persetujuan dengan Ashley Westwood sebagai Ketua Jurulatih mereka.

Ia disahkan melalui laman rasmi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP)

fp

Siapakah Ashley Westwood?

Beliau adalah jurulatih yang berasal dari England. Karier beliau sebagai pemain agak menarik. Pada awal perkembangan beliau, Ashley Westwood menyertai akademi Manchester United.

Westwood membantu skuad belia United untuk menjuarai Piala FA Belia 1994/1995.

Beliau kemudian menyertai Crewe Alexandria pada 1995. Pada 1998, beliau menyertai Bradford dan membantu kelab tersebut memenangi promosi ke EPL.

Namun karier terbaik beliau mungkin ketika bersama-sama dengan Sheffield United. Beliau muncul dalam 77 perlawanan untuk Sheffield.

Westwood berhijrah ke banyak kelab dalam karier beliau.

westwood-listcle-2_getty_northampton-now

Kejurulatihan

Peringkat awal kejurulatihan beliau adalah ketika di Blackpool. Beliau menjadi jurulatih pasukan utama di bawah pengurus Michael Appleton.

Westwood turut bersama-sama dengan staf backroom Appleton ketika pengurus tersebut menyertai Blackburn Rovers.

FC Bengaluru

Di India beliau sangat signifikan dengan kebangkitan FC Bengaluru. Westwood membina skuad tersebut dari asas. Westwood mendidik pemain-pemain muda di sana.

Beliau berjaya membantu Bengaluru menjuarai Liga India sebanyak 2 kali dari musim 2014-2016. Pada 2015, Westwood membantu Bengaluru mara ke peringkat 16 pasukan Piala AFF.

aw1

Beliau meninggalkan Bengaluru selepas kontrak tamat pada May lalu.

Satu portal berita di India melaporkan Westwood menolak beberapa tawaran lain dari sekitar Asia dan Eropah untuk datang ke Malaysia.

Salah satu jawatan besar yang sukar untuk ditolak adalah Pengarah Teknikal untuk kelab Hong Kong, Kitchee.

Ini adalah pengalaman pertama beliau untuk melatih pasukan di rantau Asia.

Karakter

Ashley Westwood adalah jurulatih yang banyak belajar daripada corak pengurusan Sir Alex Ferguson dan juga Michael Appleton.

Namun beliau lebih tertarik dengan ‘nilai’ yang ada pada Alex Ferguson.

“Ferguson sangat teliti dalam pengurusan, termasuk isu pemain sehinggalah ke kitman.”

“Beliau(Ferguson) adalah seorang yang meletakkan sasaran dan mengharapkan hasil. Dan keinginan beliau untuk menang adalah sesuatu yang paling tinggi pernah saya lihat dalam seseorang.”

aw2

“Saya rasa bertuah kerana sentiasa ada ruang untuk berhubung dengan Sir Alex Ferguson sekitar dua kali dalam setahun bila saya memerlukan.”

“Kami akan bercakap di telefon dan juga mesej.”

Dari segi taktikal, beliau adalah jurulatih yang menggemari bola sepak menyerang. Agak terhad untuk kami berbicara soal taktikal ini kerana maklumat yang kurang.

Beliau pernah melabel dirinya sebagai jurulatih yang cepat menyesuaikan diri dengan keadaan.

Westwood Dan Bakat Muda

Ashley Westwood terkenal dengan kemampuan beliau untuk membangunkan pemain muda. Hampir dalam setiap perlawanan beliau ketika di Bengaluru beliau akan memasukan pemain bawah 22 tahun dalam pasukan beliau.

Beliau pernah mengkritik beberapa pasukan di India yang seakan-akan tidak suka dengan peraturan Liga India yang menetapkan sekurang-kurangnya seorang pemain bawah 22 tahun dalam senarai untuk perlawanan.

Westwood memang terkenal dengan sikap lantang beliau dalam bersuara. Dalam perlawanan penting menentang Mumbai FC Beliau berkata:

“Kami hari ini menurunkan 4 pemain bawah 22 tahun di dalam padang. Walaupun kami terdesak ingin menang kami tetap masukkan seorang lagi pemain muda (B-22 tahun) kami.”

aw3

“Kami sentiasa yakin dengan bakat muda kami, tetapi yang memalukan adalah pasukan lain tidak yakin dengan mereka (pemain muda).”

“Kita sentiasa bercakap tentang pembangunan bola sepak India, tetapi kita tak nampak hasilnya.”

“Rasanya, saya sahaja jurulatih asing dalam liga ini (India) yang menghormati peraturan pemain muda ini dan yakin terhadap pemain muda.”

“Mungkin saya patut melihat diri dalam cermin. Saya sendiri bukan orang India jadi kenapa pula saya yang lebih mengambil berat tentang pembangunan bola sepak India?”

Selamat Bertugas Di Pulau Pinang Ashley Westwood!

Kami di semuanyaBOLA ingin mengalu-alukan kedatangan Ashley Westwood ke dalam kancah bola sepak Malaysia.

Selamat Datang dan Selamat Maju jaya untuk anda dan juga pasukan Pulau Pinang.

Baca juga : Statistik Menunjukkan Brazil Merupakan Negara Paling Banyak Eksport Bakat Ke Eropah

The post Ashley Westwood: Bakal Merevolusikan Pulau Pinang Dengan Kuasa Pemain Muda appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

KUASA NEGERI JOHOR

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor.

Dengan segala perkara-perkara yang sedang berlaku dalam negara pada masa ini, ianya seperti menunjukkan sudah tiba masanya untuk menjelaskan kuasa yang telah termaktub dalam negeri Johor. Adakah anda fikir semua ini adalah satu kebetulan? Jawapannya adalah tidak. Rancangan untuk menggunakan ‘Order’ ini bermula sejak 1893 apabila Sultan Abu Bakar mempersembahkan ilham baginda di dalam satu persidangan ‘World Fair’ yang diadakan di Chicago. Sejarah penubuhan dewan negeri di Johor adalah satu fenomena permodenan negeri Johor yang dicetuskan oleh nenda saya Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1868.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan permulaan sistem raja berperlembagaan. Undang-undang ini telah melalui beberapa pindaan, kuasa perundangan masih dibawah Dewan Negeri dan tertakluk kepada perkenan Raja. Sejarah juga menyatakan bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor telah dijadikan model dan rujukan dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang lain, bermula dengan Kerajaan Negeri Terengganu 20 tahun kemudiannya.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh sesebuah negeri, badan perundangan adalah dibentuk oleh dua komponen utama iaitu Yang DiPertuan Agong dan Majlis Parlimen di peringkat pusat atau Raja dan Dewan Negeri di peringkat negeri. Oleh yang demikian adalah tidak wajar sekiranya kuasa Agong atau Raja dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang itu dihadkan atau dihapuskan.

Ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai “Rubber Stamp” untuk menurunkan Cop Mohor terhadap rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Negeri. Saya tahu perkara ini telah berlaku diperingkat persekutuan dan beberapa negeri, Tetapi tidak di Negeri Johor. Jika dahulu orang-orang Melayu bersatu menentang Malayan Union apabila kuasa raja dikecilkan dan dipaksa menerima penasihat British.

Namun kini parti politik Melayu jugalah yang telah menghadkan kuasa Agong dalam mempertimbangkan sesuatu rang undang-undang dan lebih teruk lagi memaksa Yang DiPertuan Agong untuk menerima dan bertindak mengikut apa jua nasihat Jemaah Menteri. Inilah pindaan kepada perkara 40(1A) dan perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan yang telah dibuat oleh Parlimen Malaysia sebagaimana Akta 885 yang berkuatkuasa Mulai 26 Jun 1994, yang telah merampas kuasa Yang DiPertuan Agong demi untuk kepentingan politik atau kepentingan peribadi. Johor ada sebuah misi. Misi tersebut adalah untuk mengembalikan “Order”.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
Johor DT