Video: Sisi Lain Cristiano Ronaldo Yang Cukup Indah

Cristiano Ronaldo seringkali dikaitkan dengan watak yang agak ego, angkuh dan individualistik di dalam padang.

Namun di satu sisi lain, Ronaldo tetap dikenali kerana sifat kemanusiaan beliau yang tinggi.

Beliau sentiasa cuba memberikan yang terbaik untuk melayan karenah peminat dan penyokong beliau.

Beliau juga sangat ringan tangan untuk membantu mangsa perperangan, perlarian, kanak-kanak dan bemacam lagi.

Ini adalah beberapa detik yang membuatkan sesiapa sahaja akan menghormati apa yang beliau lakukan meskipun bukan peminat beliau.

Baca juga: Ong Kim Swee Teruja Kongsi Ilmu Dari London, Sahkan Tiada Pengganti Nazirul

The post Video: Sisi Lain Cristiano Ronaldo Yang Cukup Indah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Mauro Icardi: “Juventus Memang Layak Juara, Yang Lain Tu Cuma Sembang Je Lebih”

Kapten Inter Milan, Mauro Icardi berpandangan hanya ada 2 pasukan yang bersaing untuk Serie A musim ini iaitu Juventus dan Roma.

Beliau percaya Inter Milan akan mampu untuk berada di tangga ke-3 pada akhir musim ini.

Usaha Inter Milan untuk mendapatkan slot UCL musim hadapan agak terganggu dengan kekalahan kepada Roma pada Ahad lalu.

Icardi kekal optimis, Inter akan ke UCL pada musim hadapan. Beliau berkata kepada Gazetta Dello Sport:

“Anda harus lupakan segala keputusan buruk dan fokus kepada perkara di hadapan. Lebih-lebih lagi anda berjaya menyaingi kualiti lawan anda.”

“Kami masih dalam persaingan ke UCL sehinggalah angka itu nanti menyatakan kami sudah tersingkir.”

“Kami masih yakin untuk menamatkan liga di tangga ke-3 dan objektif itu akan tetap sama.”

“Buat masa ini, kami harus memberikan segala usaha dan saya sangat yakin.”

“Kami perlu ada mentaliti untuk menang yang lebih tinggi. Ia perkara yang kami gagal tunjukkan dalam beberapa perlawanan.”

“Konsistensi adalah perkara paling penting untuk anda memberikan perbezaan dalam peringkat tertinggi. Dan kami masih belum memilikinya.”

“Kami harus jadikan kemenangan itu sebagai perkara biasa, bukannya perkara luar biasa.”

Ditanya sama ada Roma masih menyaingi Juventus untuk Scudetto musim ini, Icardi berkata:

“Kedua-dua pasukan sama kuat dengan cara mereka tersendiri. Namun begitu, di akhir musim, trofi yang akan bercakap siapa lebih baik.”

“Jika Juventus sudah menang Scudetto dalam 5 musim terakhir menjadikan mereka pasukan yang perlu dikalahkan, ini bermaksud mereka bermain bola sepak terbaik.”

“Bermakna pasukan lain cuma bersembang sahaja.”

Adakah Juventus akan menjuarai Scudetto untuk kali ke-6 berturut-turut musim ini?

Baca juga: Rangkuman Liga Perdana 2017 Minggu 8: UiTM FC Jaring 7 Gol Tewaskan MISC-MIFA

The post Mauro Icardi: “Juventus Memang Layak Juara, Yang Lain Tu Cuma Sembang Je Lebih” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos?

Jualan jersi pemain berjuta-juta boleh membantu pembelian pemain yang baru atau menampung kos operasi yang lain? Adakah ia fakta atau mitos.

Persoalan ini sebenarnya sudah dijawab oleh Jake Cohen, penulis bola sepak terkemuka dari The Gaurdian.

Ketika Manchester United mengumumkan pembelian Paul Pogba dengan nilai £89 juta, Zlatan Ibrahimovic mengeluarkan kenyataan:

“Tidak mengapa, jualan baju saya sahaja sudah cukup untuk membawa Pogba kembali.”

Ia membuatkan ramai penyokong bola sepak di seluruh dunia percaya akan kenyataan tersebut.

Sebenarnya, Ibrahimovic tidak senaif itu untuk tidak memahami proses dan angka melibatkan hal ini. Ia kenyataan yang mungkin atas dasar berseloroh.

Ia sekadar mitos

Masih belum ada kelab profesional di Eropah yang mendapatkan hasil jualan jersi secara langsung.

Adidas, Nike, Puma dan pembekal kit lain biasanya akan mendapat 85-90% daripada hasil jualan jersi ini.

Bahkan pemain itu sendiri mendapat lebih daripada kelab untuk hak imej jersi dengan nama mereka.

Walaupun ada beberapa kelab kelab seperti Bayern Munich yang ada pemilikan lesen khas oleh Adidas juga tidak mendapat peratusan yang besar.

Bezanya, mereka mendapat pendapatan lebih sedikit dan Adidas menyediakan rekaan khas yang lebih istimewa untuk mereka setiap musim.

Berapa sebenarnya United dapat?

Manchester United mendapat kontrak tajaan kit selama 10 tahun dengan Adidas bernilai £ 750 juta.

Ianya salah satu penajaan kit terbesar dalam sejarah bola sepak dan EPL setakat ini.

Walau bagaimanapun,  secara prinsipal Adidas membayar Manchester United £ 75 juta setahun.

Manchester United adalah alat pemasaran Adidas untuk memperagakan produk mereka. Hak ke atas segala macam nilai jersi adalah milik Adidas.

Nilai perjanjian yang besar ini kerana United adalah kelab yang paing popular di dunia.

Adidas juga menafikan mereka ada membayar dana tambahan untuk membawa Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic.

Ia hanya cerita rekaan. Bahkan baru-baru ini Manchester United sendiri mengumumkan pemain-pemain mereka akan dipotong gaji sekiranya gagal ke UCL.

Ini kerana kelab tidak berhak mendapatakan bonus dari Adidas untuk mana-mana musim mereka gagal ke UCL.

Kelab bola sepak adalah kelab bola sepak

“Jake Cohen turut menggariskan, kelab bola sepak tidak ada kaitan dengan urusan jersi. Mereka hanya beroperasi sebagai pasukan bola sepak.”

Kelab bola sepak tidak ada kepakaran setanding pengeluar barangan sukan dalam soal infrastruktur yang diperlukan untuk mengeluar dan mengedarkan berjuta-juta kit.

Ini termasuk mengendalikan dan menjalankan urusan kedai serta di dalam talian. Isu logistik dan outsource kepada pihak ketiga. Ianya bidang dengan kepakaran yang berbeza dengan pengendalian kelab bola sepak.

Manchester United dan Adidas mengumumkan kerjasama pada Julai 2014, di mana perjanjuan itu diterangkan, dengan jelas atas pakej pelesenan.

Ketua Pegawai Eksekutif Adidas Herbert Hainer menyatakan mereka ‘menang’ bidaan hak penajaan. Beliau berkata:

“Kerjasama ini adalah peristiwa penting untuk kami kerana potensi merchandising yang tinggi.”

“Kami menjangkakan jumlah jualan mencecah £ 1.5billion sepanjang perkongsian kami.

£50 juta jualan jersi Zlatan?

Kenyataan bahawa jualan jersi Zlatan Ibrahimovic adalah sekitar £50mjuta itu agak mengarut dan tidak realistik.

Ada yang menganggap ia sudah lebih dari cukup untuk ‘cover’ gaji beliau yang tinggi.

Jika angka itu benar sekalipun, kenyataan mengaitkan jualan jersi dengan pembayaran gaji pemain adalah imaginasi dan mitos semata-mata.

Manchester United sendiri tidak secara automatik menerima 10-15%, iaitu angka standard industri ini dalam pembayaran royalti

Namun fakta yang jelas adalah  bayaran £75 juta bayaran tahunan adalah begitu besar untuk United dan mereka cuma perlu menambah £14 juta sahaja lagi untuk Paul Pogba.

Anggaran Jake Cohen

Musim 2015/16 kurang tiga juta baju Manchester United telah dijual. Secara andaian, jersi Ibrahimovic membantu menjual tambahan 300,000 unit jualan jersi.

Mana orang akan beli, jersi Smalling, Fellaini atau Ibrahimovic? Sudah pastinya ramai memilih Ibrahimovic.

Peningkatan 10% adalah unjuran yang optimistik memandangkan Ibrahimovic adalah atlet Nike dan tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti promosi Adidas sendiri.

Perjanjian hak imej Adias dan United menggunakan Ibrahimovic secara tidak langsung ketika beliau mengenakan jersi United ketika perlawanan.

Selebih itu, Ibrahimovic tidak mungkin akan memberikan sokongan peribadi kepada Adidas.

Mari kita membuat anggaran royalti jersi United sekiranya mereka berjaya menjual tiga juta jersi dan menerima royalti 15% (angka maksimum dalam standard bayaran royalti).

Andaian harga 1 unit jersi adalah £70. Ia hanya menjadi £21 juta tambahan dalam jualan kasar. Jadi, United mendapat royalti £3 juta daripada angka £21 juta.

Sekarang, £3 juta ini bukan satu jumlah yang kecil. Ia bukan milik kelab 100%. Kelab mungkin akan menerima sekitar 20% daripada royalti jersi Ibrahimovic.

Ianya selepas dibayar atas hak imej Ibrahimovic, gaji tambahan atas jualan jersi, yuran ejen, bonus khas, dan lain-lain yang termaktub di dalam kontrak.

Jadi, kenyataan yang menyatakan United memperoleh dana tambahan £50 juta adalah sangat tidak munasabah.

Yang pasti Adidas dilaporkan menjana pendapatan yang sangat luar biasa menrusi perjanjian dengan Manchester United.

Rumusan

Diharap penjelasan ini dapat membantu ramai pembaca di luar sana memahami tentang industri ini secara asas.

Artikel ini ditulis oleh Jake Cohen pada Ogos 2016 yang berjudul Shirt sales alone do not pay for a superstar’s transfer fee.

Untuk kelab seperti United, agak sukar angka royalti jersi seorang pemain untuk membeli pemain di pasaran perpindahan.

Baca juga: Gaji Pogba Dan Zlatan Akan Dipotong Jika Gagal Bantu United Ke UCL?

The post Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain

Sering diperdebatkan oleh para peminat bola sepak mengenai liga mana yang lebih hebat di Eropah?

Statisitik yang dikeluarkan oleh EastBridge dari 4 liga utama Eropah iaitu Bundesliga, La Liga, Premier League dan Serie A. Bundesliga merupakan liga terbaik di Eropah dari segi perkiraan tahap intensiti liga.

Tekanan (pressing)

Berdasarkan statistik, La Liga mempunyai tahap tekanan (pressing) yang paling tinggi dalam kalangan 4 liga utama di Eropah.

Perkiraannya adalah seperti berikut. Makin rendah peratus, makin tinggi pasukan di liga tersebut suka melakukan tekanan. Jika peratus tinggi, pasukan di liga tersebut lebih gemar untuk melakukan tekanan terhadap pasukan lawan ketika di zon mereka sendiri:

  1. La Liga – 8.80%
  2. Bundesliga – 9.47%
  3. Premier League – 11.16%
  4. Serie A – 11.89%

Walaupun La Liga mempunyai tahap tekanan paling tinggi antara 4 liga utama Eropah. Bundesliga merupakan peneraju bagi liga yang paling kerap melakukan tekanan tinggi (high intense pressing).

Auba-Reus-Dortmund

Perkiraannya tetap sama. Liga dengan peratus yang lebih rendah adalah liga yang lebih baik:

  1. Bundesliga – 75.09%
  2. La Liga – 76.41%
  3. Premier League – 77.89%
  4. Serie A – 80.09%

Apa yang kita boleh simpulkan disini, pasukan-pasukan di Serie A lebih kerap untuk berkampung di tempat sendiri berbanding pergi melakukan tekanan di kawasan lawan.

Permainan secara terus (Directness)

Di Eropah, Bundesliga merupakan liga yang paling kerap bermain secara terus (direct) ketika menyerang.

Hal ini dikira ketika berada di bahagian serang (attacking third) dimana bola dihantar secara terus kepada penyerang:

  1. Bundesliga: 57.38%
  2. La Liga: 56.33%
  3. Serie A: 55.75%
  4. Premier League: 54.94%

Intensiti menerusi kesilapan

Tahap intensiti liga juga boleh dijana menerusi perkara-perkara yang tidak dijangka dalam perlawanan seperti kesilapan hantaran, rembatan dan tindakan bertahan seperti terjahan yang dilakukan oleh pemain lain.

Hasil daripada ini menyaksikan Bundesliga juga menguasai kategori ini manakala Premier League dan La Liga bertukar posisi di tangga kedua dan ketiga:

  1. Bundesliga: 353.78
  2. Premier League: 335.36
  3. La Liga: 330.87
  4. Serie A: 308.19

Perkiraan dalam kategori ini menunjukkan pemain di bahagian pertahanan juga menyumbang kepada tahap intensiti sesebuah liga.

Sumbangan terbesar oleh bahagian pertahanan kita boleh lihat di Premier League. Barisan pertahan di Premier League paling aktif dalam mengubah serangan yang berada di kawasan mereka ke kawasan lawan:

  1. Premier League: 100.98
  2. Serie A: 90.89
  3. Bundesliga: 90.60
  4. La Liga: 87.24

AFC Bournemouth v Manchester United - Premier League

Tahap kompetitif

Alvaro Negredo yang pernah bermain untuk Manchester City pernah berkata mengenai tahap kompetitif sesebuah liga:

“Bagi saya, Premier League mempunyai tahap kompetitif liga yang sangat tinggi. Banyak pasukan yang bersaing untuk memperoleh gelaran liga.”

“Tetapi di Sepanyol. Hanya Barcelona, Real Madrid dan Atletico Madrid sahaja yang bersaing untuk gelaran liga.”

Berdasarkan rajah di bawah, kita boleh lihat perbezaan percubaan tepat ke pintu yang dihasil oleh pasukan di 4 liga ini.

Apa yang mengejutkan, RB Leipzig berada ditangga kedua di belakang Bayern Munich. Maka tidak hairan mengapa mereka ditangga kedua liga ketika ini.

Pola yang dihasilkan oleh Bundesliga juga kita boleh saksikan sama di La Liga. Cuma kali ini, Real Madrid jauh mendahului 19 pasukan yang lain yang dari segi perbezaan percubaan tepat ke arah gol yang mereka hasilkan.

Sementara pasukan-pasukan di Premier League dan Serie A mempunyai pola yang lebih kurang sama antara 2 liga ini.

euro-leagues-sot-diff-500x484

Kesimpulan

Secara statistiknya, Bundesliga merupakan liga yang paling kompetitif dari segi permainan tekanan tinggi dan kecenderungan untuk melakukan hantaran terus di bahagian serangan.

Tetapi jika dibandingkan dari segi kepantasan tempo permainan, Premier League mempunyai sedikit kelebihan di kategori itu.

Jadi, liga mana yang paling kompetitf bagi anda?

Baca juga: Peak Pemain Bola Sepak, Bilakah Purata Umur Pemain Berada Di Usia Kemuncak?

The post Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bagaimana Rupa Pingat Liga Kita Berbanding Negara Lain?

Sepatutnya cerita juara Liga Super 2015 dan Liga Perdana 2015 sudah habis. Tetapi terima kasih kepada FAM, cerita ini tidak habis.

Semuanya gara-gara reka bentuk pingat juara Liga Super dan Liga Perdana. Ia kelihatan murah, cincai dan tak keterlaluan untuk dikatakan – buruk. Seperti FAM tidak meletakkan sebarang rasa sayang dan bangga kepada liga-liga tempatan.

addonn1

#BetterThanFAM

Gambar pingat ini menimbulkan rasa meluat penyokong bola sepak tempatan kepada FAM. Di Twitter, mereka meluahkan kekecewaan mereka dengan reka bentuk pingat Liga Super dan Perdana dengan memuatnaik gambar pingat mereka beserta hashtag #BetterThanFAM (lebih baik dari FAM).

11951151_10205962949645217_3164071858661249757_n

11949429_10205962956845397_468290881245230536_n

11896146_10205962956765395_4044926041448741642_n

11873462_10205962952325284_2609025935307338880_n

11889521_10205962835162355_438208431464501408_n

Bagi sebuah negara yang gilakan bola sepak, reka bentuk pingat Liga Super dan Perdana sangat memalukan. Ia ibarat melepaskan batuk di tangga.

Malah, ada yang menawarkan servis mereka bentuk pingat yang lebih cantik daripada apa yang FAM berikan kepada juara Liga Super dan Perdana.

Pingat juara liga dari negara ASEAN lain

Sebagai perbandingan, kami tunjukkan kepada anda bagaimana rupanya pingat liga untuk negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan Kemboja.

1. Thai Premier League (Thailand)

buriramtunez2-compressed

2. Indonesia Super League (Indonesia)

141107islfinalpersipurapersibjakabaring6-775495-polibrary-compressed

3. Cambodia C- League (Kemboja)

1434638464

4. Vietnamese League 1 (Vietnam)

Becamex-Binh-Duong-Hai-Phong-21

5. S League (Singapura)

10694430_958645634149932_8937082366789157221_o

Dan liga kita, Malaysia Super League

11866391_514522978711006_1729291605490416933_n

Kesimpulan

Mungkin bagi sesetengah orang, rupa bentuk medal bukanlah nilai sebenar sesebuah kejayaan. Namun ia jelas mencerminkan kecekapan FAM.

Jika Liga Super Malaysia bernilai puluhan juta ringgit, mengapa medal kemenangan kita hanya kelihatan seperti medal sukaneka tabika?

11953257_882998055098939_4954681483459166813_n

Baca: 8 LAMAN WEB RASMI TERBAIK PASUKAN LIGA SUPER MALAYSIA

Sumber: Johor Southern Tigers

The post Bagaimana Rupa Pingat Liga Kita Berbanding Negara Lain? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA