Mauro Icardi: “Juventus Memang Layak Juara, Yang Lain Tu Cuma Sembang Je Lebih”

Kapten Inter Milan, Mauro Icardi berpandangan hanya ada 2 pasukan yang bersaing untuk Serie A musim ini iaitu Juventus dan Roma.

Beliau percaya Inter Milan akan mampu untuk berada di tangga ke-3 pada akhir musim ini.

Usaha Inter Milan untuk mendapatkan slot UCL musim hadapan agak terganggu dengan kekalahan kepada Roma pada Ahad lalu.

Icardi kekal optimis, Inter akan ke UCL pada musim hadapan. Beliau berkata kepada Gazetta Dello Sport:

“Anda harus lupakan segala keputusan buruk dan fokus kepada perkara di hadapan. Lebih-lebih lagi anda berjaya menyaingi kualiti lawan anda.”

“Kami masih dalam persaingan ke UCL sehinggalah angka itu nanti menyatakan kami sudah tersingkir.”

“Kami masih yakin untuk menamatkan liga di tangga ke-3 dan objektif itu akan tetap sama.”

“Buat masa ini, kami harus memberikan segala usaha dan saya sangat yakin.”

“Kami perlu ada mentaliti untuk menang yang lebih tinggi. Ia perkara yang kami gagal tunjukkan dalam beberapa perlawanan.”

“Konsistensi adalah perkara paling penting untuk anda memberikan perbezaan dalam peringkat tertinggi. Dan kami masih belum memilikinya.”

“Kami harus jadikan kemenangan itu sebagai perkara biasa, bukannya perkara luar biasa.”

Ditanya sama ada Roma masih menyaingi Juventus untuk Scudetto musim ini, Icardi berkata:

“Kedua-dua pasukan sama kuat dengan cara mereka tersendiri. Namun begitu, di akhir musim, trofi yang akan bercakap siapa lebih baik.”

“Jika Juventus sudah menang Scudetto dalam 5 musim terakhir menjadikan mereka pasukan yang perlu dikalahkan, ini bermaksud mereka bermain bola sepak terbaik.”

“Bermakna pasukan lain cuma bersembang sahaja.”

Adakah Juventus akan menjuarai Scudetto untuk kali ke-6 berturut-turut musim ini?

Baca juga: Rangkuman Liga Perdana 2017 Minggu 8: UiTM FC Jaring 7 Gol Tewaskan MISC-MIFA

The post Mauro Icardi: “Juventus Memang Layak Juara, Yang Lain Tu Cuma Sembang Je Lebih” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Johor DT Layak Ke Separuh Akhir bertemu Al Qadsia

Johor Darul Ta’zim (JDT) mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari Malaysia mara ke peringkat separuh akhir Piala AFC 2015 selepas menewaskan kelab Hong Kong, South China 3-1 pada aksi suku akhir kedua, malam tadi.

Kemenangan sekali gus menyaksikan JDT mara menerusi agregat 4-2 selepas perlawanan pertama di Stadium Larkin, tiga minggu lalu berkesudahan seri 1-1. Pada aksi di Stadium Mongkok itu, gol-gol kemenangan JDT dijaringkan Mahali Jasuli pada minit ke-25 diikuti dua jaringan penyerang, Safee Sali pada minit ke-29 dan masa kecederaan babak pertama. Gol sagu hati South China dijaringkan Mahama Awal pada minit ke-27.

JDT bakal bertemu Al Qadsia dari Kuwait yang juga merupakan juara bertahan piala AFC 2014. Al Qadsia tewas 0-2 kepada Al Jaish dari Syria semalam tetapi mara dengan agregat 3-2

Johor DT

Johor DT Layak Ke Separuh Akhir Piala FA Dengan Agregat 5-1

JDT yang tampil dengan kelebihan dua gol hasil bekalan saingan suku akhir pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin sebelum ini, nyata memanfaatkan kunjungan ke Stadium Darul Aman, malam tadi apabila corak permainan serangan ditampilkan berjaya mengekang kemaraan skuad tuan rumah.

Hasilnya, JDT selaku pasukan naib juara Piala FA musim lalu, berjaya membenam skuad tuan rumah 2-0, sekali gus layak ke separuh akhir dengan agregat 5-1.

Gol pertama JDT dihasilkan melalui hantaran Khairol Helmi pada minit ke-62 yang kemudian disambung gerakan cantik Norshahrul Idlan Talaha untuk melepasi kawalan penjaga gol Kedah, Saiful Amar.

Gol kedua pula diperoleh hasil rembatan pemain gantian Safee Sali yang menerima hantaran cantik Mohd Amri Yahyah pada minit ke-85.

Gerakan jentera serangan JDT dibarisi Norshahrul, Amri dan Nurul Azwan Roya, serta diperkuat Safee sering mengucar-kacirkan benteng pertahanan Kedah, namun kekentalan pemain import tuan rumah, Adam Grifith, berjaya mematahkan percubaan pelawat.

Satu petanda positif bagi Kedah, kesebelasan utama yang kembali dibarisi empat tonggak termasuk kapten Baddrol Bakhtiar, selain Mohd Syazwan Zainol, Adam Grifith dan Khyril Muhaimin, yang sebelum ini tidak beraksi, terbukti berjaya memberikan saingan.

Mereka berjaya melakukan hantaran yang sering kali berisiko merobek kekebalan gawang JDT, tetapi nasib tidak menyebelahi mereka.
Johor Darul Ta’zim

Johor Darul Takzim Layak Ke Pusingan Kedua Playoff ACL 2015

Imej kredit JOHOR Southern Tigers.com.my

Johor Darul Takzim (Johor DT) terus membuktikan kehebatan apabila berjaya melepasi pusingan pertama playoff Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2015 selepas menewaskan juara Liga India, Bengaluru FC 2-1 pada perlawanan yang diheret sehingga ke masa tambahan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru.

Kejayaan tersebut menyaksikan skuad kendalian Bojan Hodak itu melakar sejarah baharu dengan menjadi pasukan pertama negara mara ke pusingan kedua playoff kempen ACL dan mereka dijadualkan berdepan kelab Thailand, Bangkok Glass FC pada 10 Februari ini di tempat lawan.

Pemain gantian, S. Chanturu muncul wira Harimau Selatan apabila menjaringkan gol kemenangan pasukannya selepas gol pendahuluan daripada Harris Harun pada babak pertama disamakan oleh kapten Bengaluru FC, Sunil Chhetri pada penghujung babak kedua.

Johor Darul Takzim FC | Johor Southern Tigers 2015

Incoming search terms: