Presiden FAP Tegaskan Tak Mahu Lepas Jawatan, Terima Ugutan Bunuh

Presiden FAP, Zairil Khir Johari menegaskan beliau tidak akan berundur dari jawatan Presiden FAP seperti yang didesak penyokong Pulau Pinang.

Menurut laporan Berita Harian, Zairil berkata beliau mahu barisan kepimpinan beliau diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai pemimpin FAP.

Terima ugutan bunuh

Dalam masa yang sama, Zairil juga memberitahu yang beliau dan beberapa individu dalam FAP menerima ugutan bunuh.

Beliau juga berkata ugutan bunuh itu tidak ditujkan kepada beliau sahaja. Bahkan ditujukan kepada jurulatih Ashley Westwood dan juga para pemain.

Menurut Zairil, beliau sudah pun melakukan laporan polis mengenai ugutan tersebut.

Hasil dari ugutan tersebut, Zairil berkata pihak FAP akan mengambil kira pendapat penyokong yang konstruktif dan membina manakala komen berbentuk ugutan dan negatif akan diserahkan kepada pihak polis.

“Justeru, FAP berpendirian untuk ambil kira semua komen dan pandangan dikemukakan penyokong kepada FAP, termasuk komen yang konstruktif dan sebaliknya. Setiap komen berunsur ugutan juga akan diserahkan kepada pihak polis.”

Tersilap dengar

Semalam kami ada melaporkan yang penjaga gol Pulau Pinang iaitu Sani Anuar Kamsani bakal disingkirkan dari skuad Pulau Pinang akibat tuduhan atur perlawanan.

Menurut sumber dalaman FAP, insiden berikut tidak benar kerana beliau dipanggil badan disiplin FAP bukan kerana isu atur perlawanan sebaliknya Sani mengalami sedikit pertengkaran bersama Westwood.

Pertengkaran yang berlaku akibat salah faham ketika latihan telah memaksa Sani dan Westwood dipanggil pihak atasan untuk menjelaskan isu sebenar.

Westwood bagaimana pun telah diberikan amaran untuk meningkatkan prestasi pasukan dalam perlawanan seterusnya ketika menentang Melaka United.

Jika gagal, nasib beliau bersama pasukan mungkin tidak sampai 11 perlawanan seperti yang ditetapkan FAP.

Sementara Sani pula tidak akan dibuang dari pasukan Pulau Pinang.

Baca juga: Ranking Liga Malaysia Naik Dalam Ranking AFC, Hampir Dapat Slot Automatik ACL

The post Presiden FAP Tegaskan Tak Mahu Lepas Jawatan, Terima Ugutan Bunuh appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Dortmund Benarkan Hummels Ke Bayern, Kelab Sama Yang Pecat Bapanya 4 Tahun Lepas

Penyokong Borussia Dortmund akan melalui detik déjà vu pada perlawanan akhir DFB-Pokal 2016 pada 21 Mei nanti selepas laman web rasmi pasukan mengesahkan mereka akan membenarkan Mats Hummels menyertai musuh Der Klassiker, Bayern Munich.

Bagaimanapun dalam kenyataan sama, Dortmund turut menegaskan mereka hanya akan melepaskan Hummels jika Bayern membuat tawaran yang sesuai dengan status Hummels sebagai pemain kesebelasan utama.

Dortmund menulis kenyataan berikut dalam laman web rasmi mereka:

“Mats Julian Hummels telah memberitahu Borussia Dortmund GmbH & Co. KGaA bahawa beliau mahu berpindah menyertai Bayern Munchen pada musim depan.”

“Ahli-ahli lembaga pengarah telah membuat keputusan untuk membenarkan perpindahan ini berlaku dengan syarat Bayern mesti membuat tawaran yang sesuai dengan kebolehan pemain yang istimewa dan berbaloi untuk dipertimbangkan.”

“Sehingga kini, Bayern Munchen masih belum membuat sebarang tawaran langsung.”

“Kami juga mahu menambah, seperti pemain Borussia Dortmund yang lain, Hummels tiada klausa keluar dari kelab dan masih mempunyai kontrak sehingga 30 Jun 2017.”

Kembali ke Munich

Mats Hummels tidak asing dengan Bayern Munich selepas menghabiskan majoriti zaman remajanya bersama skuad Jugend akademi Bayern Munich sejak berumur 7 tahun lagi.

Bapanya, Hermann Hummels merupakan bekas jurulatih skuad remaja Bayern Munich sebelum dipecat dan ditamatkan kontrak oleh pengurus Bayern ketika itu, Jurgen Klinsmann pada 2012.

Sejak itu, bapanya menubuhkan syarikat ejen pengurusan pemain yang bertanggungjawab mengurus karier dua anaknya sendiri, Mats Hummels di Borussia Dortmund dan adiknya, Jonas Hummels di SpVgg Unterhaching.

Ironi Hummels

Bagi penyokong Dortmund, kehilangan Hummels – seorang lagi pemain bintang mereka selepas Mario Gotze dan Robert Lewandowski – kepada Bayern Munich pastinya tidak disenangi oleh mereka.

Tambahan pula Hummels pernah dipetik membuat kenyataan berikut ketika diminta mengulas mengenai perpindahan Gotze ke Bayern:

“Menjuarai liga bukanlah segala-galanya. Sebaliknya bermain bola sepak menarik dan berjaya bersama rakan-rakan adalah segala-galanya.”

Apa yang pasti, Hummels akan menerima layanan buruk daripada penyokong Dortmund atas sikap hipokrit beliau ini.

Dan menjelang final DFB-Pokal antara Bayern dengan Dortmund pada 21 Mei nanti, perhatian pastinya terarah kepada Hummels.

Insiden ini adalah déjà vu kepada insiden Robert Lewandowski yang bermain untuk Dortmund buat kali terakhir dalam final DFB-Pokal 2014 menentang Bayern. Bayern menang 2-0 dalam perlawanan tersebut.

Baca juga: Hummels & Weidenfeller Bersemuka Dengan Peminat Dortmund Selepas Mereka Tewas Lagi Di Gelanggang Sendiri

The post Dortmund Benarkan Hummels Ke Bayern, Kelab Sama Yang Pecat Bapanya 4 Tahun Lepas appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Marcello Lippi Gesa Juventus Jual Pogba, Dakwa Juventus Lebih Hebat Lepas Jual Zidane

Ketika ramai penyokong Juventus mahu pemain tengah terbaik mereka, Paul Pogba terus kekal di Turin, Marcello Lippi pula menggesa Juventus untuk menjual.

Bekas pengurus lagenda yang pernah membimbing Juventus menjadi juara Serie A sebanyak 5 kali dan juara UEFA Champions League 1 kali itu percaya penjualan Pogba akan menjadikan Juventus lebih hebat.

“Kami menang segala-galanya selepas menjual Zidane,” kata Lippi kepada media Itali, La Gazzetta dello Sport.

Lippi turut menjelaskan duit yang Juventus perolehi daripada yuran perpindahan Pogba boleh dilaburkan semula untuk membawa 3-4 pemain baru.

“Semasa saya kembali mengurus Juventus, Andrea Agnelli (ahli lembaga pengarah dan anak presiden Juventus) memberitahu saya mereka mahu menjual Zidane.”

“Pada mulanya saya tak bersetuju. Tetapi beliau berjanji duit yang kami dapat akan dilaburkan semula kepada pasukan.”

“Dengan duit penjualan Zidane lah, kami dapat membeli Gigi Buffon, Pavel Nedved dan Lilian Thuram. Kami menang segala-galanya. Jadi ya, Juve patut menjual Pogba.”

Ketika ini Pogba dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya €100 juta (£79 juta) oleh Juventus.

Jika Pogba berjaya dijual pada harga tersebut, Juventus bakal mengaut keuntungan besar memandangkan mereka berjaya membawa masuk Pogba secara percuma dari Manchester United.

Tetapi bagi peminat Pogba, terutamanya Manchester City yang bakal diurus Pep Guardiola pada musim depan, harga £79 juta dan gaji £340,000 seminggu bukanlah satu masalah.

Tetapi mereka perlu berhadapan dengan saingan Real Madrid, PSG, Chelsea dan Bayern Munich.

Menurut laporan akhbar Sepanyol, Sport dan media UK, Sky Sports, Pep Guardiola mahu membina skuad Manchester City yang akan memaksimumkan potensi Paul Pogba.

Bagi kami cadangan Lippi ada risikonya tersendiri kerana salah satu pemain baru Juventus yang dibawa masuk dengan duit penjualan Zidane adalah Marcelo Salas – penyerang Chile yang gagal di Turin.

Malah Pavel Nedved pun sebenarnya hanya bermain pada tahap memuaskan saja jika dibandingkan dengan tahap persembahannya di Lazio.

Lippi juga lupa memberitahu bahawa Juventus sebenarnya ‘gagal’ memenangi UEFA Champions League selepas Zidane dijual.

Sebaliknya Zidane yang memenangi UEFA Champions League bersama kelab barunya, Real Madrid.

Sementara itu, ketika ditanya oleh media mengenai kemungkinannya kembali menjadi pengurus di AC Milan, Lippi menjawab:

“Kadang kala saya rindu juga (mengurus pasukan) ketika menonton perlawanan di TV, tetapi saya tak mahu melatih pasukan lagi. Saya mahu bersara dengan tenang.”

Baca juga: Pogba: Latihan Juventus Sangat Sukar, Latihan Manchester United Bagaikan ‘Percutian’

The post Marcello Lippi Gesa Juventus Jual Pogba, Dakwa Juventus Lebih Hebat Lepas Jual Zidane appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Jose Mourinho Lepas Jawatan Pengurus Chelsea

Musim Liga Perdana Inggeris 2015/16 menyaksikan seorang demi seorang pengurus pasukan dipecat atau meninggalkan pasukan masing-masing. Terbaru Jose Mourinho pengurus pasukan Chelsea yang meninggalkan The Blues dengan persetujuan bersama atau mutual consent. Ini ekoran masalah prestasi pasukan Chelsea yang telah tewas 9 kali daripada 16 perlawanan Liga Perdana Inggeris 2015/16. Terbaru ialah kekalahan 1-2 kepada pasukan pendahulu liga, Leicester City. Chelsea kini sekadar mengumpul 15 mata dan berada di kedudukan ke 16 Liga Perdana Inggeris dengan sekadar mencatatkan 4 kemenangan, 3 seri serta 9 kekalahan dengan menjaringkan 18 gol serta dibolosi sebanyak 26 gol.

Chelsea yang merupakan juara bertahan Liga Perdana Inggeris mempunyai barisan pemain-pemain bintang. Namun begitu, kemerosotan prestasi pasukan nyata amat mengecewakan. Bual Sukan percaya, pengurusan Chelsea pastinya akan melantik pengurus baru dalam jangka masa terdekat dan pastinya akan menyusun semula pasukan dengan menandatangani pemain-pemain baru untuk jendela perpindahan Januari 2016 akan datang.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa