MENGAPA PEMAIN BERKELAS DUNIA TIDAK MAMPU BERMAIN BAIK DI LIGA-M?

Pelbagai aksi dan karenah dapat disaksikan di Liga Malaysia setiap tahun. Paling menarik apabila terdapat sebilangan pemain berkelas dunia menyertai kelab Liga-M.

Namun, pemain berkelas dunia nampaknya gagal untuk menyerlah di Liga-M. Mengapa perkara ini boleh berlaku? Ketahui lebih lanjut dalam artikel ini !

INTENSITI DAN TEMPO LIGA MALAYSIA TERLALU RENDAH !

Kalau kita saksikan dengan teliti, kebanyakan pasukan Liga Malaysia mengamalkan ‘build-up attack’ daripada half sendiri dan banyak bermain di kawasan sendiri sebelum melancarkan serangan ke tempat lawan. Secara tidak langsung, tempo permainan akan menjadi perlahan dan ianya sedikit sebanyak menganggu rentak permainan serta melengahkan masa. Pemain berkelas dunia agak tidak biasa dengan tempo sebegini kerana di liga luar negara, tempo permainan mereka adalah daripada tahap ‘moderate’ hingga ‘ultra-fast’. Selain itu, intensiti di Liga-M juga sangat rendah dengan tidak banyak pressing dilakukan dan terjahan di sini terlampau kasar hingga menyebabkan kecederaan serius. Ianya berbeza dengan pemain berkelas dunia yang gemar untuk ‘recycle’ bola dengan cepat dan melakukan ‘clean tackles’.

PEMAIN BERKELAS DUNIA SUDAH OFF-PEAK?

Kadangkala, corak permainan di Liga-M tidak boleh dipersalahkan 100%. Salah satu sebab mereka gagal di Liga-M mungkin kerana mereka sudah off-peak! Apa itu off-peak? Ia bermaksud pemain itu sudah melepasi kemuncak prestasi mereka dan sedang mengalami kejatuhan prestasi yang drastik. Pablo Aimar antara pemain yang sudah off-peak ketika menyertai Johor DT. Bukan salah pemain tetapi salah pengurusan & jurulatih ketika itu!

PEMAIN MALAYSIA TIADA ‘BASIC FOOTBALL’ ?

Ini mungkin kenyataan sebenar tentang Liga Malaysia. Sampai bila pemain kita mahu ‘buta’ tentang ‘basic football’? Sampai bila pemain kita terus tinggal di bawah ‘tempurung’? Sampai bila? Kalau kita perhatikan, pemain berkelas dunia tidak dapat langsung melakukan tugas mereka dengan baik disebabkan kelemahan ‘basic football’ pemain Malaysia. Tiada kesefahaman dan kurang kemahiran individu sebenarnya menyusahkan mereka umpama mereka keseorangan di atas padang! Sampai bila?

Sekian sahaja penulisan saya kali. Saya harap ada yang faham mengapa pemain berkelas dunia pun tidak mampu mengubah pasukan selemah ATM FA. Terima kasih !

Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul.

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

Mathieu Flamini Dedah Syarikat Biokimia Miliknya Yang Mampu Jana RM133 Bilion

Mathieu Flamini mendedahkan syarikat biokimianya, GF Biochemicals, adalah satu-satunya syarikat di dunia yang menghasilkan levulinic acid secara komersial.

Dan syarikatnya mampu menjana RM133 bilion bermula tahun depan!

Flamini mengasaskan syarikat tersebut, GF (Granata-Flamini) Biochemicals bersama rakannya, Pasquale Granata ketika baru berpindah kelab ke AC Milan.

flam2_2561826a

“Saya sentiasa risau dengan masalah-masalah alam sekitar dan pemanasan global,” kata Flamini ketika ditemu ramah oleh The Sun.

“Kami dapat tahu tentang levulinic acid selepas Jabatan Tenaga Amerika Syarikat mengenal pasti levulinic acid sebagai salah satu bahan yang boleh menghasilkan minyak diesel.”

Setelah mendengar dan mengkaji potensi levulinic acid, Flamini melaburkan wang gajinya di AC Milan untuk membina kilang biokimia yang mempunyai 80 orang pekerja.

“Ya, saya laburkan banyak duit untuk projek ini. Tapi untuk berjaya, kita kena ambil risiko.”

“Kini kami ada kilang di Caserta, Italy. Kami ada makmal di sana, pejabat di Milan dan Holland. Sekarang kami sedang merancang untuk membuka pejabat di Amerika Syarikat pula.”

Kilang biokimia Flamini sedang menghasilkan 4,500 tan metrik levulinic acid setiap hari. Tahun depan, mereka mahu menaikkan jumlah produksi kepada 10,000 tan metrik sehari pula.

gf-biochemicals-flamini

Syarikat Flamini juga membiayai banyak kajian mengenai levulinic acid di universiti-universiti di Itali.

“Kami bekerjasama dengan saintis-saintis di Universiti of Pisa (universiti berprestij di Itali).”

“Professor Anna Maria Raspoli Galletti yang merupakan pakar kajian levulinic acid bekerja di universiti itu,”

Apa yang menariknya, tidak ada seorang pun pemain-pemain Arsenal tahu tentang projek biokimia Flamini. Ini termasuklah kawan baiknya di Arsenal, Mesut Ozil dan bosnya, Arsene Wenger.

“Kawan-kawan saya di AC Milan baru tahu minggu ini (minggu lepas ketika artikel ini ditulis).”

“Kawan-kawan di Arsenal pula mungkin baru akan tahu lepas baca temu ramah ini (dengan akhbar The Sun).”

“Saya tak rasa Arsene Wenger tahu sebab saya tak pernah sembang hal ini dengan beliau.”

“Ibu bapa saya pun baru tahu tahun lepas.”

Baca juga: Kerana Kawan, Lelaki Ini Sanggup Lupakan Leeds & Mula Menyokong Arsenal

The post Mathieu Flamini Dedah Syarikat Biokimia Miliknya Yang Mampu Jana RM133 Bilion appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Mario Gomez Yakin JDT Mampu Berikan Saingan Sengit

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yakin anak buahnya mampu memberikan saingan sengit dalam perlawanan akhir Piala AFC menentang pasukan tuan rumah FC Istiklol di Dushanbe, Tajikistan Sabtu ini.

Meskipun terpaksa bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk perlawanan akhir itu selain saingan Piala Malaysia, namun pengendali dari Argentina ini percaya skuad Harimau Selatan sudah bersiap sedia untuk memberikan aksi yang terbaik, sekali gus merangkul piala berprestij berkenaan.
“Tinggal dua hari untuk menjalani latihan dan kami sudah bersedia. Tumpuan sekarang untuk menjulang Piala AFC,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, di sini semalam.

JDT mencipta sejarah menjadi pasukan negara pertama layak ke perlawanan akhir Piala AFC sejak diperkenalkan pada 2004. JDT dan FC Istiklol layak secara automatik selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) pada 25 September lalu.

Keputusan tersebut diambil FIFA susulan keputusan kerajaan Kuwait yang mahu melaksanakan undang-undang sukan baharu yang mengancam autonomi KFA sebagai badan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Ekoran itu, penyertaan dua pasukan dari negara ber­kenaan, iaitu Qadsia SC dan Kuwait SC, yang masing-ma­sing menjadi lawan JDT dan Istiklol dalam perlawanan separuh akhir dibatalkan.

Gomez ber­kata, fokus JDT kini ialah untuk membiasakan pema­in dengan persekitaran dan cuaca di Tajikistan sebaik sahaja tiba di Dushanbe kelmarin selain memberi penekanan kepada latihan fizikal selain meningkatkan ketahanan psikologi pemain.
“Padang di sini (lokasi perlawanan) berbeza dengan padang yang biasa kita gunakan kerana mereka menggunakan padang sintetik.
“Oleh itu, kami akan biarkan pemain menyesuaikan diri de­ngan persekitaran dan padang di sini supaya mereka dapat mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan akhir nanti,” katanya.

Johor DT

Bola Sepak : Johor Darul Ta’zim FC Mampu Lakar Sejarah

Wakil Malaysia ke Perlawanan Akhir Piala AFC 2015, Johor Darul Ta’zim FC atau nama gelaran mereka Harimau Selatan mampu melakar sejarah gemilang buat pasukan mereka amnya dan negara umumnya dalam pertemuan bertemu wakil Tajikistan, FC Istiklol pada 31 Oktober 2015 di Stadium Pamir, Dushanbe, Tajikistan. Pasukan JDT FC di bawah bimbingan Ketua Jurulatih Argentina, Mario Gomez pasminya mempunyai perancangan taktikal serta strategi terbaik untuk mencari gol serta mempertahankan kubu daripada dibolosi lawan. FC Istiklol pula pastinya akan menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri selain mendapat sokongan padu penyokong-penyokong mereka.

Bual Sukan percaya, pasukan Harimau Selatan mampu untuk memberi saingan terbaik seterusnya melakar sejarah tersendiri buat kelab Malaysia. Dengan barisan pemain yang terbaik yang bakal beraksi kelak, tidak mustahil sesuatu mampu dilakukan oleh JDT FC dalam perlawanan akhir Piala AFC 2015 akan datang. Semoga berjaya buat pasukan JDT FC dalam perlawanan bertemu FC Istiklol. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa