Reaksi Penyokong Dortmund Terhadap Berita Kepulangan Mario Götze: Sila Berambus!

Banyak boleh berlaku dalam bola sepak dalam masa setahun.

Inilah perkara yang terjadi kepada karier Mario Götze selepas menjadi hero yang menjaringkan gol kemenangan Jerman semasa final Piala Dunia 2014 menentang Argentina.

Hampir setahun selepas bergelar hero, Götze kini bergelar pemain yang tidak dikehendaki oleh Bayern Munich.

Sejak sukar masuk ke kesebelasan utama Bayern, banyak kelab yang berminat untuk membeli Götze. Antara kelab yang dilaporkan berminat adalah Liverpool dan kelab lamanya, Borussia Dortmund.

Pengarah eksekutif Dortmund, Hans-Joachim Watzke mengaku pintu ‘masih terbuka’ buat Götze untuk pulang ke pangkuan mereka.

Bagaimanapun belum sempat penyokong neutral melihat prospek kepulangan Götze ke Westfalonstadion, penyokong Dortmund meluahkan perasaan mereka dengan mengeluarkan kain rentang ketika kemenangan 3-2 pasukan mereka menentang Werder Bremen yang bertulis – sila berambus, Götze!

Götze merupakan pemain kelahiran akademi Dortmund yang pernah membantu bekas kelabnya itu memenangi kejuaraan liga pada 2011 dan 2012 di bawah kendalian Jurgen Klopp.

Hubungan Götze dengan penyokong Dortmund rosak selepas beliau memilih untuk meninggalkan Dortmund untuk bermain bersama musuh ketat, Bayern Munich.

Paling teruk, Götze mengumumkan keputusannya untuk berpindah ke Bayern Munich 36 jam sebelum Dortmund menentang Real Madrid dalam separuh akhir Champions League musim 2012/2013.

Kain rentang yang dipamerkan oleh penyokong Dortmund di seksyen Yellow Wall mempunyai mesej berikut:

“Milan atau Madrid, asalkan bukan Dortmund. Sila berambus, Götze!”

eindeutige-botschaft-einiger-bvb-fans-in-richtung-mario-goetze-

Semasa Götze mengumumkan hasratnya untuk berpindah ke Bayern Munich, penyokong Dortmund pernah membuat kain rentang khas untuknya yang bertulis mesej:

“Keghairahan mengejar wang sahaja dah menunjukkan betapa anda tidak mempunyai hati. Fuck off Götze!”

gotze dortmund bannergotze dortmund banner

Satu perkara yang pasti berlaku dalam musim panas nanti adalah – Götze pasti tidak akan kembali ke Dortmund.

Baca juga: Barcelona, Juventus & Bayern Sokong Idea UEFA Super League, Penyokong Dortmund Mengamuk

The post Reaksi Penyokong Dortmund Terhadap Berita Kepulangan Mario Götze: Sila Berambus! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Mario Gomez Yakin JDT Mampu Berikan Saingan Sengit

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Mario Gomez yakin anak buahnya mampu memberikan saingan sengit dalam perlawanan akhir Piala AFC menentang pasukan tuan rumah FC Istiklol di Dushanbe, Tajikistan Sabtu ini.

Meskipun terpaksa bertungkus-lumus mempersiapkan diri untuk perlawanan akhir itu selain saingan Piala Malaysia, namun pengendali dari Argentina ini percaya skuad Harimau Selatan sudah bersiap sedia untuk memberikan aksi yang terbaik, sekali gus merangkul piala berprestij berkenaan.
“Tinggal dua hari untuk menjalani latihan dan kami sudah bersedia. Tumpuan sekarang untuk menjulang Piala AFC,” katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp, di sini semalam.

JDT mencipta sejarah menjadi pasukan negara pertama layak ke perlawanan akhir Piala AFC sejak diperkenalkan pada 2004. JDT dan FC Istiklol layak secara automatik selepas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menggantung Persatuan Bola Sepak Kuwait (KFA) pada 25 September lalu.

Keputusan tersebut diambil FIFA susulan keputusan kerajaan Kuwait yang mahu melaksanakan undang-undang sukan baharu yang mengancam autonomi KFA sebagai badan bebas daripada campur tangan kerajaan.

Ekoran itu, penyertaan dua pasukan dari negara ber­kenaan, iaitu Qadsia SC dan Kuwait SC, yang masing-ma­sing menjadi lawan JDT dan Istiklol dalam perlawanan separuh akhir dibatalkan.

Gomez ber­kata, fokus JDT kini ialah untuk membiasakan pema­in dengan persekitaran dan cuaca di Tajikistan sebaik sahaja tiba di Dushanbe kelmarin selain memberi penekanan kepada latihan fizikal selain meningkatkan ketahanan psikologi pemain.
“Padang di sini (lokasi perlawanan) berbeza dengan padang yang biasa kita gunakan kerana mereka menggunakan padang sintetik.
“Oleh itu, kami akan biarkan pemain menyesuaikan diri de­ngan persekitaran dan padang di sini supaya mereka dapat mempamerkan prestasi terbaik dalam perlawanan akhir nanti,” katanya.

Johor DT

Lelaki Ini Menyalahkan Mario Götze Kerana Gagal Sepakan Penalti. Ini Reaksi Götze

10405499_806246109412331_1563351738613395517_n

Anda mesti pernah melaluinya.

Pasukan FIFA 15 anda diheret ke penentuan penalti selepas masa tambahan. Apabila tiba masa pemain anda mengambil sepakan penalti, sepakan pemain tersebut melambung melepasi palang.

Anda rasa seperti mahu melempar joystick anda.

Itulah yang terjadi kepada peminat FIFA 15, Mario Thiessen baru baru ini.

Selepas Mario Götze gagal menyempurnakan sepakan penalti di FIFA 15, Thiessen melepaskan geram beliau dengan melempar joystick beliau sehingga hancur.

Tak cukup dengan itu, dia memuatnaik pula gambar joystick-nya ke akaun rasmi Facebook Bayern Munich.

gotze-playstation-controller2

Yang menariknya, post tersebut mendapat perhatian Mario Götze sendiri!

Dalam post tersebut, Thiessen meminta ganti rugi €49.90 (RM207.60) daripada Götze. Beliau juga memberitahu akan akan menghantar maklumat akaun banknya pada keesokan harinya.

Gotze bersimpati atas apa yang berlaku. Dengan segera, dia membalas mesej yang diterimanya, malah turut bersetuju untuk menggantikan joystick Thiessen!

gotze-playstation-controller3

Terjemahan:

Hello Mario,

Terlepas penalti di penghujung 90 minit memang saat yang pahit. Ia mengecewakan awak dan saya memahaminya. Apa yang terjadi kepada Thomas Muller (pemain yang selalu ditugaskan oleh Bayern untuk sepakan penalti)?

Jangan sesuka hati lempar joystick awak. Saya akan tempahkan pakej kecil untuk awak. Selepas ini, saya akan buat dengan betul. Saya janji! Semoga berjaya, Mario!

Beberapa hari lepas, Thiessen menerima pakej tersebut dan menulis status ini:

jj

Baca juga: Sokongan Kelab Jerman Kepada Pemain Yang Menghidap Kanser Ini Sungguh Mengharukan

Sumber: Bild

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

The post Lelaki Ini Menyalahkan Mario Götze Kerana Gagal Sepakan Penalti. Ini Reaksi Götze appeared first on Semuanya Bola.

Semuanya Bola