Selepas Minggu Penuh Kontroversi, Kelantan Kutip 3 Mata Di Darul Makmur

Kelantan kutip 3 mata berharga dengan menewaskan Pahang 3-2 di Darul Makmur. Ini satu keputusan yang mengecewakan untuk Pahang dalam usaha mereka untuk terus mengekori rapat JDT.

Pada masa yang sama, pasukan yang mereka tentang adalah pasukan yang penuh dengan tekanan di kem mereka kerana dipotong 6 mata.

JDT pada masa yang sama sekadar seri di Stadium Hang Jebat. Namun Pahang gagal memanfaatkan keadaan itu apabila tewas 2-3 di tangan Kelantan.

Ia mungkin hari yang penuh senyuman untuk penyokong Kelantan selepas segala konflik di  luar padang sepanjang 2 minggu ini.

Selain daripada pertarungan antara 2 pasukan Pantai Timur, ini juga pertarungan di antara 2 penggempur paling tajam di Liga Super setakat ini, Ghaddar dan Alves.

Celin meletakkan Kelantan di hadapan seawal minit ke-17. Celin adalah pemain yang berada dalam perancangan untuk ditukar dengan Nyassi.

Namun beliau ternyata memberikan komitmen yang baik. Alves meneruskan kecemerlangan dengan gol penyamaan pada minit ke-69.

Ghaddar kemudian mencuri pertunjukan dari Alves dengan 2 gol pada minit ke-72. Namun Alves menjaringkan gol penyamaan sekali lagi pada minit ke-78.

Hanya berselang seminit, Ghaddar memastikan 3 mata dibawa balik ke Kota Bharu.

KELANTAN- Kelantan player, Muhammad Ghaddar Malaysia Super League/ Photo by Hazmin Hussin / www.asiana.my

3 perlawanan terakhir liga untuk Pahang

Pahang gagal menang dalam 3 perlawanan terakhir Liga Super. Mereka tercicir 7 daripada 9 mata yang ditawarkan.

Ketiga-tiga perlawanan terakhir itu adalah berlangsung di halaman sendiri. Kesannya, mereka kini 6 mata di belakang pendahulu liga JDT.

Rekod unik Kelantan

Kelantan meneruskan rekod unik dengan kecemerlangan di tempat lawan musim ini. Mereka masih belum tewas di tempat lawan.

7 perlawanan di tempat lawan setakat ini, 6 kemenangan dan 1 seri dicatatkan. Sebagai kontra, 5 perlawanan di tempat sendiri dalam MSL, 4 kekalahan dicatatkan dan 1 kemenangan.

Pahang belum pernah tewas di tempat sendiri musim ini. Namun ia diragut oleh away game specialist setakat ini, Kelantan.

 

 

The post Selepas Minggu Penuh Kontroversi, Kelantan Kutip 3 Mata Di Darul Makmur appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata

Velizar Popov menembak pengurusan KAFA sekali lagi di dalam akaun twitter rasmi beliau.

Sebelum ini bekas pengendali Kelantan itu menagih gaji 2 bulan terakhir beliau di Kelantan yang masih belum dibayar oleh KAFA.

Ianya selepas Popov membalas kenyataan McKain yang melabel KAFA sebagai penipu ketika KAFA mengumumkan sudah membayar tunggakan gaji.

Beberapa minggu yang lalu, FAM telah mengumumkan semua pasukan Liga Super dan Liga Premier telah menerima wang mereka.

Presiden FAM sebelum itu memberikan peringatan agar semua pasukan membayar hutang mereka secepat mungkin. Ini termasuk tunggakan gaji dan jurulatih.

Jika tidak, pasukan yang masih bermasalah dengan tunggakan gaji ini berhadapan dengan tindakan pemotongan mata.

Tan Sri Annuar Musa, bekas Presiden KAFA pula membidas kenyataan FAM ini dan menganggap ia terlalu drastik sambil menyalahkan FMLLP sebagai punca masalah ini.

Popov nyata kecewa apabila mendenar KAFA bercadang untuk melaburkan duit untuk pemain import yang baharu sedangkan gaji bekas pemain dan jurulatih.

Dalam status beliau di twitter, Popov merasakan tindakan KAFA itu sukar diterima.

Beliau juga merasakan KAFA sepatutnya mengutamakan isu untuk mengelak dipotong mata dan juga membayar gaji pemain dan jurulatih yang masih tertunggak berbanding dengan perkara lain.

Popov juga menyatakan beliau sangat komited ketika menjadi jurulatih Kelantan. Namun kini sumbangan beliau seakan-akan tidak dipandang oleh KAFA. Popov mahu menuntut wang yang juga hak beliau.

FMLLP dan FAM buat masa ini masih belum mengumumkan apa-apa tindakan susulan daripada kenyataan mereka minggu lalu yang mahu memotong mata beberapa pasukan.

Ini kerana mereka gagal menjelaskan hutang gaji pemain dan jurulatih.

Baca juga: McKain Tweet Isu Gaji, Velizar Popov Antara Mangsa Yang Terkejut Kenyataan ‘Plastik’ KAFA

The post Popov Tembak KAFA Kerana Culas Bayar Hutang Dan Tidak Takut Ditolak Mata appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Menang Ke Atas PKNS FC, JDT Kini Berkelebihan 3 Mata Di Puncak Liga

Kemenangan berharga JDT ke atas PKNS FC membolehkan mereka terus kekal di tangga teratas.

Dengan 2 lagi pasukan 3 teratas, Pahang dan Kedah yang keciciran mata, kemenangan JDT ini sudah pastinya sangat penting.

JDT kini menjarakkan diri 3 mata dengan Pahang dan 4 mata dengan pasukan Kedah.

PKNS terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-33 menerusi Bobby Gonzales. Namun malangnya 2 minit selepas itu pemain PKNS Matias Hadwa tertampan bola ke gawang sendiri.

Foto: JST

Jaringan kemenangan JDT adalah menerusi kapten Safiq Rahim. Ianya menerusi sepakan penalti pada minit ke-55.

JDT berjaya mempertahankan kelebihan 1 gol sehingga tamat perlawanan untuk menang 2-1.

Impak keputusan

JDT kini menjadi pasukan kedua paling produktif dalam Liga Super dengan 25 gol. Hanya Pahang yang menjaringkan gol lebih banyak dengan 26 gol.

JDT turut menjadi pasukan yang paling kental bertahan dengan hanya dibolosi 9 kali dalam 10 perlawanan.

JDT telah menang 6 perlawanan terakhir mereka selepas kekalahan 2-1 di tangan Perak. JDT masih tidak tewas dalam 51 perlawanan terakhir mereka sejak 2013 di Larkin.

Untuk PKNS FC pula, ini adalah kekalahan ke-4 mereka musim ini. PKNS FC gagal menang dalam 5 perlawanan Liga Super terakhir dan 6 perlawanan dalam semua pertandingan.

PKNS kini menghuni tangga ke-9.

Seterusnya

JDT akan berkunjung ke Batu Kawan menentang Pulau Pinang. Manakala PKNS FC akan berhadapan dengan Melaka United di Stadium Hang Jebat.

Baca juga: Hatrik Nor Hakim Hassan Bantu T-Team Tewaskan Kedah 5-0

The post Menang Ke Atas PKNS FC, JDT Kini Berkelebihan 3 Mata Di Puncak Liga appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Ketumpulan Penyudah Memisahkan Sarawak Dengan 3 Mata, Tewas 2-0 Di Tangan FELDA United

FELDA United VS Sarawak yang berlangsung di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka menyaksikan kemenangan milik pasukan tuan rumah dengan jaringan 2-0.

Separuh masa pertama bagaimana pun menunjukkan kedua-dua pasukan berusaha keras untuk mendapatkan gol.

Kesilapan pertahanan dan penjaga gol dari FELDA United hampir memberikan gol untuk Sarawak apabila Farizal Harun terhantar bola kepada pemain lawan, namun percubaan pemain Sarawak berjaya di tepis Farizal.

Mateo Roskam juga punya peluang apabila tandukan beliau hampir menjaringkan gol namun tepisan Farizal menafikan segala-galanya.

Hadin Azman turut memperoleh peluang untuk menjaringkan gol selepas menerima lambungan daripada rakan sepasukan, namun rembatan padu beliau ditepis oleh penjaga gol Sarawak.

Kesimpulannya separuh masa pertama terhasil dengan pelbagai percubaan daripada kedua-dua pasukan walaupun perlawanan berlangsung dalam tempo perlahan.

Gol terhasil

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan mula mempamerkan aksi permainan yang sedikit berbeza untuk mencari gol seawal mungkin.

Namun nasib menyebelahi FELDA United apabila Lucas Cano menjaringkan gol pada minit ke-53 selepas Hadin Azman melakukan cut-back ke dalam kotak penalti.

Gambar: FELDA United

Hadin juga turut menyertai Cano dalam senarai penjaring selepas berjaya menjaringkan gol pada minit ke-70 selepas melakukan gerakan solo dari sebelah kanan FELDA United.

Beliau yang melepasi pertahanan kemudiannya merembat masuk bola ke dalam gol dengan rembatan padu.

Selepas itu, Sarawak terus mencari gol namun ketumpulan jentera serangan menafikan hak mereka untuk mendapatkan gol.

Masa penuh, FELDA United 2-0 Sarawak.

Baca juga: Mauro Icardi: “Juventus Memang Layak Juara, Yang Lain Tu Sembang Je Lebih”

 

The post Ketumpulan Penyudah Memisahkan Sarawak Dengan 3 Mata, Tewas 2-0 Di Tangan FELDA United appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Felda United Dan Kedah Berkongsi 1 Mata!

Felda United beraksi menentang Kedah di Jengka. Kedua-dua pasukan merupakan pasukan yang dianggap pencabar kejuaraan.

Separuh masa pertama

Felda United memulakan perlawanan dengan cukup agresif. Mereka memiliki 2 atau 3 perluang terbaik pada awal 5 minit perlawanan.

Kedah bergelut untuk menyerang lebih jauh pada awal 10 minit. Pada minit ke-15 Ken Ilso dilayangkan kad kuning kerana faul taktikal.

Pada minit ke-20, Baddrol Bakhtiar melakukan rembatan dari luar kotak penalti dari arah half-space kanan. Namun cubaannya meliar.

Pada minit ke-23, akhirnya Ken Ilso memecahkan kebuntuan selepas menerima hantaran cantik dari Liridon Krasniqi.

Kedudukan 1 lawan 1, Ilso tidak melakukan kesilapan!

Minit ke-28 Baddrol Bakhtiar melakukan tandukan terbang dan hampir menambahkan gol. Namun Farizal Harun berjaya menepisnya.

Fakri mendaat peluang keemasan selepas Liridon melakukan hantaran first touch namun cubaan beliau mengecewakan.

Felda United agak tertekan ketika Kedah menguasai perlawanan selelepas 25 minit. Cellerino ,menerima kad kuning pada minit ke-35.

Minit ke-41, Norshahrul pula dilayangkan kad kuning selepas satu terjahan bahaya.

Separuh masa pertama brakhir dengan 0-1.

Separuh Masa kedua

Bersambung babak ke-2. Perlawanan agak seimbang. Ken Ilso mendapat peluang selepas mendada sepakan percuma Baddrol Bakhtiar.

Cubaan bahaya pertama dalam separuh masa ke-2 adalah dari Hadin Azman pada minit ke-55 menerusi cubaan inside curve dari kiri.

2 minit kemudian Hadin tidak melakukan kesilapan untuk menyudahkan hantaran Zah Rahan. Hadin menggelecek Ifwat dan melakukan hantaran leret cantik.

1-1 kedudukan selepas minit ke-55.

Kedah leka sekali lagi pada minit ke-63. Namun Felda United gagal menyudahkan peluang yang dicipta.

Zah Rahan melakukan cubaan bahaya dari luar kotak penalti. Dan ia sangat hampir untuk meletakkan mereka di hadapan.

Baddrl Bakhtiar melakukan cubaan deras yang diselamatkan oleh Farizal Harun pada minit ke-65.

Minit ke-67, Syazwan Zainon dimasukkan untuk mengggantikan Fakri Sharani.

10 minit kemudian Kedah sangat hampi di hadapan sekali lagi namun tandukan Sandro terkena tiang.

Seminit selepas itu, sekali lagi pemain Kedah melakukan cubaan terkena palang menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Sepakan percuma deras Baddrol Bakhtiar ditepis Farizal Harun pada minit ke-82.

Pada masa kecederaan Sandro mendapat peluang keemasan. Namun cubaan beliau lemah. Satu back heel pass yang cantik dari Liridon.

Tamat perlawanan. Kedua-dua pasukan seri 1-1.

Baca juga: Pulau Pinang Tewas Lagi, T-Team Peroleh Kemenangan Pertama

The post Felda United Dan Kedah Berkongsi 1 Mata! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Gol Cantik Khairu Azrin Tak Cukup Untuk Beri 3 Mata Buat Melaka United

Selangor lawan Melaka United menyaksikan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri.

Separuh masa pertama

Perlawanan ini berlangsung dalam tempo yang agak perlahan apabila kedua-dua pasukan masing-masing seperti tidak berani untuk cuba memecah masuk ke dalam pertahanan lawan.

Namun begitu, Melaka United adalah pasukan yang lebih dominan kerana mereka lebih banyak menguasai perlawanan dari segi penguasaan bola dan percubaan.

Perlawanan ini terpaksa menanti sehingga minit ke-15 untuk memperoleh percubaan tepat yang pertama apabila sepakan percuma Khuzaimi Piee dari jarak 30 meter berjaya ditepis keluar oleh Norazlan Razali.

Selepas itu kedua-dua pasukan tampak seimbang dari segi penguasaan bola dan juga percubaan apabila corak permainan kedua-dua pasukan mula bermain secara permainan terbuka.

Selangor hampir menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 apabila percubaan S. Veenod yang ditepis oleh Badrul Zaman Halim gagal ditolak mudah oleh Forkey Doe yang percubaannya terkena pertahanan Melaka United yang mencuba menghalang.

Usaha Adam Nor Azlin untuk mencari gol hampir berhasil apabila percubaan beliau dari tepi padang hasil susulan sepakan penjuru hampir memasuki jaring Melaka United.

Gambar oleh: Nur Ridzuan/ asiana.my

Adam sekali lagi hampir menjaringkan gol dari situasi yang hampir sama cuma kali ini di dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir separuh masa pertama namun keputusannya tetap sama – percubaannya tersasar.

Melaka United hampir menjaringkan gol sebelum rehat apabila hantara lintang Amri Yahyah berjaya menemui Syed Sobri tetapi tandukannya sipi ke tepi gol.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan Melaka United berjaya mendapat peluang untuk menjaringkan gol selepas hantaran lintang mencari Amri Yahyah di dalam kotak penalti berjaya ditangkap oleh Norazlan.

Selangor juga memperoleh peluang apabila hantaran tinggi Syahmi Safari berjaya menemui Forkey Doe namun rembatan kaki kiri beliau terus kedakapan Badrul Zaman.

Selangor dilihat pasukan yang lebih agresif apabila mengutip 3 kad kuning menerusi Adam Nor Azlin, Ugo Ukah dan Saiful Ridzwan.

Melaka United berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Khairu Azrin pada minit ke-68 selepas rembatan Khairu Azrin dari luar kotak penalti hasil satu placing shot yang menewaskan Norazlan.

Gambar oleh: Nur Ridzuan/ asiana.my

Melaka United hampir menambah jaringan pada minit ke-76 apabila pertahanan import dari Korea Selatan Jeon Woo Young melakukan percubaan dari jarak dekat tetapi diselamatkan Norazlan.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 selepas Victor Astafei yang menggantikan Halim Zainal menjaringkan gol menerusi tandukan dari sepakan penjuru Raimi Mad Nor.

Forkey Doe hampir menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 tetapi percubaan beliau dari luar kota penalti tersasar.

Tamat perlawanan, Selangor 1-1 Melaka United.

Kesebelasan utama

Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), Razman Roslan (kapten), Ugo Ukah, Rizal Fahmi, Raimi Mad Nor, Saiful Ridzwan, Halim Zainal, Syahmi Safari, Adam Nor Azlin, Forkey Doe, S. Veenod

Melaka United: Badrul Zaman Halim (penjaga gol), G. Puaneswaran, Godwin Antwi, Khair Jones, Khuzaimi Piee, Khairu Azrin, Ezrie Shafizie, Syed Sobri, Amri Yahyah, Sergio Aguero, Ilija Spasojevic (kapten)

Baca juga: JDT Atasi FELDA United Di Larkin! Azammudin Akil Cemerlang Dengan 2 Bantuan Gol

The post Gol Cantik Khairu Azrin Tak Cukup Untuk Beri 3 Mata Buat Melaka United appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Macam Mana Proses Kiraan Mata UEFA ‘Coefficient’ Dilakukan?

Pasti ada yang pernah terfikir, kenapa sesetengah negara perlu melalui peringkat kelayakan UEFA Champions League (UCL) atau Europa League (UEL) walaupun mereka adalah juara liga di negara mereka?

Hal ini kerana terdapat sistem perkiraan mata untuk menentukan sama ada pasukan dari satu-satu liga akan memperoleh slot automatik ke UCL dan UEL atau perlu melalui peringkat kelayakan.

Oleh itu, kami akan menjawab soalan pembaca kami mengenai cara perkiraan mata ini di dalam artikel ini.

Pengenalan

Sejak diperkenalkan pada 1979 oleh UEFA. Sistem yang dikenali sebagai UEFA coefficients mempunyai 3 perkiraan berbeza untuk kategori bola sepak lelaki di Eropah:

  • National team coefficients – sistem kiraan mata untuk pasukan kebangsaan. Digunakan untuk menentukan seeding sesebuah negara ketika kelayakan EURO dan pusingan akhir EURO.
  • Country coefficients – sistem kiraan mata untuk mengira jumlah kiraan mata sesebuah liga secara kolektif. Seterusnya menentukan bilangan slot sesebuah liga untuk UCL dan UEL.
  • Club coefficients – sistem kiraan mata untuk kelab. Ia akan menentukan kedudukan kelab dalam UEFA Club Ranking.

Jadi, dalam artikel ini kami akan menerangkan bagaiamana club coefficients yang kemudiannya memberikan kesan kepada country coefficients.

Mata kelayakan

Jika sesebuah pasukan itu bermula dari peringkat kelayakan. Jumlah mata yang ditawarkan sedikit berbeza untuk UCL dan UEL.

Jumlah mata coefficients untuk pusingan kelayakan UCL:

  • 0.5 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan pertama kelayakan
  • 1.0 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan kedua kelayakan

Bagi pasukan yang tersingkir di pusingan ketiga dan keempat UCL, tiada mata diberikan. Sebaliknya, mereka akan diberikan mata kelayakan UEL. Berikut jumlah mata untuk setiap pasukan UEL:

  • 0.25 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan pertama kelayakan
  • 0.5 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan kedua kelayakan
  • 1.0 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan ketiga kelayakan
  • 1.5 mata untuk pasukan yang tersingkir di pusingan keempat kelayakan

Diperingkat kelayakan UCL atau UEL, sesebuah pasukan akan memperoleh 1 mata untuk setiap perlawanan yang mereka menang. Sementara 0.5 mata akan diberikan jika seri dan 0 untuk tewas.

Dan seterusnya bermula dari peringkat kumpulan hinggalah peringkat akhir UCL dan UEL, mereka akan memperoleh 2 mata untuk setiap kemenangan, 1 mata untuk seri dan 0 untuk tewas.

Mata bonus

Bermula dari peringkat kumpulan sehingga peringkat akhir UCL dan UEL, terdapat mata bonus untuk setiap pasukan yang melalui setiap peringkat. Berikut adalah kiraan mata bonus untuk setiap peringkat:

  • 4 mata bonus untuk bermain di peringkat kumpulan
  • 5 mata bonus untuk bermain di peringkat 16 pasukan terakhir
  • 1 mata bonus untuk setiap peringkat bermula dari suku akhir hingga ke akhir

Contoh pengiraan

Untuk mendapatkan kiraan yang lebih jelas. Kami mengambil contoh perkiraan untuk mata coefficient UCL menggunakan keputusan pasukan Celtic pada musim ini.

Celtic bermula di pusingan kedua kelayakan UCL dan tersingkir di peringkat kumpulan. Jadi berapakah mata coefficient Celtic musim ini? Kami kirakan untuk anda:

  • Peringkat kelayakan: 3.5 mata dari 6 perlawanan kelayakan (3 menang, 1 seri, 2 kalah)
  • Peringkat kumpulan: 3 mata dari 6 perlawanan kumpulan (3 seri, 3 kalah)
  • Mata bonus: 4 mata kerana bermain di peringkat kumpulan
  • Jumlah: 10.5 mata

Bagi pasukan UEL pula, kami mengira jumlah mata untuk pasukan Dundalk dari Ireland. Ia sedikit berbeza kerana Dundalk pada mulanya bermain di pusingan kelayakan UCL namun mereka tersingkir dan bermain di peringkat kumpulan UEL:

  • Peringkat kelayakan UCL: 2.5 mata dari 6 perlawanan kelayakan (1 menang, 3 seri, 2 kalah)
  • Peringkat kumpulan UEL: 3 mata dari 6 perlawanan kelayakan (1 menang, 1 seri, 4 kalah)
  • Mata bonus: 4 mata kerana bermain di peringkat kumpulan
  • Jumlah: 9.5 mata

Bagaimana pula dengan pengiraan country coefficient?

Slot untuk setiap liga di dalam UCL dan UEL dikira berdasarkan prestasi setiap pasukan dari setiap liga di 2 kejohanan tersebut pada setiap 5 tahun.

Berikut adalah cara-cara mengira mata coefficient untuk satu musim:

  • Mata club coefficient dari semua kelab dari liga negara A yang bermain di UCL dan UEL akan digabungkan.
  • Ia kemudiannya akan dibahagikan kepada jumlah pasukan dari liga negara A yang bermain di UCL dan UEL.
  • Jadi untuk mendapatkan jumlah coefficient untuk 5 musim. Hanya tambah sahaja jumlah purata mata coefficient dari setiap musim.

Jika anda lihat pada perkiraan kami tadi, ia cuma menghasilkan jumlah mata yang kecil.

Namun dalam kiraan UEFA, ia dikira dalam kiraan ribu.

Sebagai contoh, jika sebentar tadi kita mengira mata coefficient Celtic adalah 9.5 mata. Maka, jumlahnya adalah 9.500 mata.

Hal ini kerana, dalam peraturan pengiraan UEFA coefficient, kesemua kiraan dikira dalam bentuk ribu dan jumlah mata tidak akan dibundarkan.

Kesimpulan

Pengiraan UEFA coefficient ini memang diakui sedikit rumit dan agak sukar difahami.

Namun secara amnya, sistem ini amat mudah untuk menentukan jumlah mata yang disumbangkan oleh setiap kelab dalam kejohanan UCL dan UEL.

Namun begitu, sistem ini tetap ada kelemahannya sendiri.

Hal ini kerana, ia sering berat sebelah kepada pasukan dari liga yang lebih kuat serta mengekalkan status quo terhadap pasukan-pasukan utama.

Baca juga: Makalele Role: Peranan Dinamik Dan Cerdas Di Tengah Padang

The post Macam Mana Proses Kiraan Mata UEFA ‘Coefficient’ Dilakukan? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA