Gol Cantik Khairu Azrin Tak Cukup Untuk Beri 3 Mata Buat Melaka United

Selangor lawan Melaka United menyaksikan kedua-dua pasukan berakhir dengan keputusan seri.

Separuh masa pertama

Perlawanan ini berlangsung dalam tempo yang agak perlahan apabila kedua-dua pasukan masing-masing seperti tidak berani untuk cuba memecah masuk ke dalam pertahanan lawan.

Namun begitu, Melaka United adalah pasukan yang lebih dominan kerana mereka lebih banyak menguasai perlawanan dari segi penguasaan bola dan percubaan.

Perlawanan ini terpaksa menanti sehingga minit ke-15 untuk memperoleh percubaan tepat yang pertama apabila sepakan percuma Khuzaimi Piee dari jarak 30 meter berjaya ditepis keluar oleh Norazlan Razali.

Selepas itu kedua-dua pasukan tampak seimbang dari segi penguasaan bola dan juga percubaan apabila corak permainan kedua-dua pasukan mula bermain secara permainan terbuka.

Selangor hampir menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-35 apabila percubaan S. Veenod yang ditepis oleh Badrul Zaman Halim gagal ditolak mudah oleh Forkey Doe yang percubaannya terkena pertahanan Melaka United yang mencuba menghalang.

Usaha Adam Nor Azlin untuk mencari gol hampir berhasil apabila percubaan beliau dari tepi padang hasil susulan sepakan penjuru hampir memasuki jaring Melaka United.

Gambar oleh: Nur Ridzuan/ asiana.my

Adam sekali lagi hampir menjaringkan gol dari situasi yang hampir sama cuma kali ini di dalam kotak penalti pada minit-minit terakhir separuh masa pertama namun keputusannya tetap sama – percubaannya tersasar.

Melaka United hampir menjaringkan gol sebelum rehat apabila hantara lintang Amri Yahyah berjaya menemui Syed Sobri tetapi tandukannya sipi ke tepi gol.

Separuh masa kedua

Separuh masa kedua bermula dengan pasukan Melaka United berjaya mendapat peluang untuk menjaringkan gol selepas hantaran lintang mencari Amri Yahyah di dalam kotak penalti berjaya ditangkap oleh Norazlan.

Selangor juga memperoleh peluang apabila hantaran tinggi Syahmi Safari berjaya menemui Forkey Doe namun rembatan kaki kiri beliau terus kedakapan Badrul Zaman.

Selangor dilihat pasukan yang lebih agresif apabila mengutip 3 kad kuning menerusi Adam Nor Azlin, Ugo Ukah dan Saiful Ridzwan.

Melaka United berjaya memperoleh gol pendahuluan menerusi Khairu Azrin pada minit ke-68 selepas rembatan Khairu Azrin dari luar kotak penalti hasil satu placing shot yang menewaskan Norazlan.

Gambar oleh: Nur Ridzuan/ asiana.my

Melaka United hampir menambah jaringan pada minit ke-76 apabila pertahanan import dari Korea Selatan Jeon Woo Young melakukan percubaan dari jarak dekat tetapi diselamatkan Norazlan.

Selangor berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-80 selepas Victor Astafei yang menggantikan Halim Zainal menjaringkan gol menerusi tandukan dari sepakan penjuru Raimi Mad Nor.

Forkey Doe hampir menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-85 tetapi percubaan beliau dari luar kota penalti tersasar.

Tamat perlawanan, Selangor 1-1 Melaka United.

Kesebelasan utama

Selangor: Norazlan Razali (penjaga gol), Razman Roslan (kapten), Ugo Ukah, Rizal Fahmi, Raimi Mad Nor, Saiful Ridzwan, Halim Zainal, Syahmi Safari, Adam Nor Azlin, Forkey Doe, S. Veenod

Melaka United: Badrul Zaman Halim (penjaga gol), G. Puaneswaran, Godwin Antwi, Khair Jones, Khuzaimi Piee, Khairu Azrin, Ezrie Shafizie, Syed Sobri, Amri Yahyah, Sergio Aguero, Ilija Spasojevic (kapten)

Baca juga: JDT Atasi FELDA United Di Larkin! Azammudin Akil Cemerlang Dengan 2 Bantuan Gol

The post Gol Cantik Khairu Azrin Tak Cukup Untuk Beri 3 Mata Buat Melaka United appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Piala Malaysia Matchday 3: Mampukah FELDA Kacau Melaka?

Kempen Piala Malaysia diteruskan lagi pada hari ini. Ada 3 lagi perlawanan akan berlangsung malam ini.

  • Sarawak v T-Team
  • Kedah v Johor DT II
  • Melaka United v Felda United

Previu Kumpulan A

Kedudukan

Perlawanan Menang Seri Kalah Gol Bolos Mata
Kedah 2 2 0 0 6 3 6
JDT II 2 0 2 0 2 2 2
Sarawak 2 0 1 1 3 4 1
T-Team 2 0 1 1 2 4 1

Sarawak v T-Team

Prestasi semasa 6 perlawanan terakhir

f1

Rekod pertemuan

h2f

Sarawak menang: 3 (50%)
Seri: 1 (17%)
T-Team menang : 2 (33%)

Fakta Perlawanan

  • Sarawak baru sahaja menamatkan rentetan kekalahan 4 perlawanan dengan kemenangan 1-2 ke atas T-Team, 3 hari yang lalu
  • T-Team dalam prestasi buruk dengan 8 perlawanan tanpa sebarang kemenangan dan sedang mengalami rentetan 4 kekalahan
  • Sarawak cuma menang sekali dalam 8 perlawanan terakhir di Kuching. Kekalahan terakhir adalah ketika menentang JDT pada 22 Julai lalu
  • T-Team tewas 3 perlawanan terakhir mereka di tempat lawan dengan semuanya tewas dengan perbezaan 1 gol.

Sebelum Wisel

T-Team dalam krisis prestasi yang teruk manakala Sarawak ada masalah dengan konsistensi. Sarawak dan T-team perlu menang perlawanan ini untuk kekal bersaing ke pusingan kedua.

Kedua-dua pasukan ada isu dengan pertahanan dalam kempen Piala Malaysia kali ini.

Kedah v Johor Darul Ta’zim II

Prestasi semasa 6 perlawanan terakhir

for

Rekod pertemuan

kd

Kedah menang: 3 (50%)
Seri: 1 (17%)
JDTII menang: 2 (33%)

Fakta perlawanan

  • Kedah masih belum tewas di Stadium Darul Aman sepanjang tahun 2016 (tanpa kalah dalam 14 perlawanan)
  • JDTII ada rekod yang baik di tempat lawan apabila cuma tewas sekali dalam 7 perlawanan away terakhir mereka
  • 5 pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dimenangi dengan jurang 1 gol sahaja
  • 5 perlawanan terakhir Kedah dibolosi 11 kali manakala JDTII hanya dibolosi 3 kali dalam tempoh yang sama
  • JDTII tewas dalam 2 kunjungan terakhir mereka ke Darul Aman

Sebelum wisel

Kedah boleh dikira hampir pasti layak sekiranya memenangi perlawanan pada hari ini. Kedua-dua pasukan adalah pesaing utama dalam kumpulan ini setelah Sarawak dan T-Team dalam prestasi yang agak terumbang-ambing.

Jadual yang padat mungkin akan mempengaruhi kecergasan pemain. Jurulatih perlu bermain dengan aspek teknikal untuk mengatasi masalah keletihan yang teruk.

Previu Kumpulan D

Kedudukan

Perlawanan Menang Seri Kalah Gol Bolos Mata
Felda 2 1 0 0 3 2 3
Melaka 2 1 0 1 4 4 3
Terenganu 2 1 0 1 4 4 3
Negeri Sembilan 2 1 0 1 4 5 3

Melaka United v Felda United

Prestasi semasa 6 perlawanan terakhir

fm

Rekod pertemuan

fm1

Melaka menang: 0 (0%)
Seri: 2 (33%)
Felda menang: 3 (67%)

Fakta perlawanan

  • Felda United masih belum tewas kepada Melaka dalam sejarah kelab mereka
  • Kedua-dua pasukan menang 2 perlawanan terakhir mereka setelah tewas dalam perlawanan sebelum itu
  • Melaka United menjaringkan 12 gol dalam 5 perlawanan terakhir manakala Felda menjaringkan 9 gol.
  • Untuk tahun 2016, Melaka masih belum tewas di tempat sendiri.  Mereka menang dalam 7 daripada 8 perlawanan terakhir di tempat sendiri.
  • Melaka sudah menang 7 perlawanan berturut-turut di tempat sendiri
  • Felda menang dalam 3 perlawanan away terakhir mereka dengan jaringan 1-2.

Sebelum wisel

Kumpulan D antara kumpulan yang paling menarik apabila keempat-empat pasukan mengutip 3 mata selepas 2 perlawanan. Melaka adalah pendahulu Liga Premier manakala Felda masih mengekori JDT untuk persaingan Liga Super.

Melaka dan Felda United dalam prestasi cemerlang setakat ini dalam musim 2016. Perlawanan ini dijangka akan sengit dan terbuka.

Baca juga: Analisis Taktikal Liga Super 2016 – JDT v Kelantan (1-0); Eksperimen Berani Popov Di Larkin!

The post Previu Piala Malaysia Matchday 3: Mampukah FELDA Kacau Melaka? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Melaka kukuhkan kedudukan di tempat teratas

Sumber: Utusan

KUALA LUMPUR 22 April – Melaka bangkit daripada kejutan pada minit pertama untuk menjadi pasukan pertama menumpaskan Kuala Lumpur dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Hang Jebat malam ini sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pendahulu.

Perlawanan antara dua pasukan teratas carta liga itu menyaksikan Melaka dibolosi seawal minit pertama oleh Casagrade tetapi Ilija Spasojevic meredakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-28.
Jasmir Mehat kemudian menambah gol kedua hanya tiga minit kemudian dan jaringan itu sudah cukup untuk memastikan Melaka mengutip mata penuh serta mengekalkan rekod satu-satunya pasukan yang belum kalah dalam Liga Perdana selepas sembilan perlawanan.

Melaka kini mengumpul 21 mata, tiga mata di hadapan Kuala Lumpur yang sebelum itu hadir ke Stadium Hang Jebat dengan hanya dipisahkan oleh jaringan gol dengan tuan rumah.


Negeri Sembilan pula menewaskan Perlis 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dalam perlawanan yang terganggu selama 42 minit apabila lampu limpah di salah satu menara terpadam pada minit ke-13.

Gol pertama Negeri Sembilan dijaringkan oleh Alexander Moreton Smith pada minit ke-37 dan hanya dua minit kemudian mereka mendahului 2-0 menerusi jaringan Taylor Francis Regan.

Edward Junior Wilson merapatkan kedudukan untuk Perlis pada minit ke-43 tetapi tuan rumah kembali selesa pada babak kedua menerusi jaringan Joel Chianese Joseph pada minit ke-68.

Perlis berpeluang merapatkan jurang gol pada minit ke-74 namun tendangan Kayne Vincent berjaya diselamatkan penjaga gol Syed Adney Syed Hussein.
Kemenangan itu menyaksikan Negeri Sembilan melonjak ke tempat kedua liga, hanya mengatasi Kuala Lumpur menerusi perbezaan gol manakala Perlis kekal di tempat kesembilan.

Sementara itu, di Stadium Darul Makmur, Kuantan terus menambah derita Sime Darby yang masih buntu mencari kemenangan kedua apabila menewaskan pasukan itu 4-2.

Malah, Seagulls sudah pun mendahului 1-0 ketika permainan baru berlangsung 40 saat menerusi ja­ringan penyerang Abdul Malik Mat Arif, yang menjaringkan gol keduanya pada minit ke-13. Dua lagi gol Kuantan diperoleh menerusi percubaan Mohd. Fikri Abdullah (m-13) dan Srdjan Vidakovic (m-82).

Giant Killers berusaha memberikan persaingan tetapi hanya mampu membalas menerusi jaringan Meteo Roskam (m-12) dan Frederic Pooda (m-74).

UiTM, yang garang pada awal musim dengan dua kemenangan berturut-turut, kelihatan sukar menemukan semula prestasi itu apabila kalah 0-3 kepada PKNS di laman sendiri.

Perlawanan di Stadium UiTM, Shah Alam itu menyaksikan PKNS memperoleh kesemua golnya pada babak kedua menerusi Juan Manuel Cobelli (m-54 dan 63) serta Gabriel Guerra (m-68).

Kejayaan besar Red Ants ini pasti melonjakkan semangat skuad E. Elavasaran, yang menjadi pasukan tunggal dari Liga Perdana yang masih bersaing dalam Piala FA dan akan berdepan Perak dalam separuh akhir kedua di Ipoh pada 30 April ini.

DRB-Hicom, yang gagal menang dalam empat perlawanan sebelum ini, mengganas di Stadium Proton, Tanjung Malim setelah membelasah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 4-0.

Bermain di laman sendiri, The Great Bees menjaringkan kesemua golnya pada babak pertama menerusi percubaan Nazri Kamal (m-2), Ivan Babic (m-10), Fakrul Aiman (m-16) dan Godwin Antwi (m-34).

Di Stadium Likas, Sabah gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila kecundang 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) II, yang memperoleh jaringan menerusi Muhd. Hafiy Haikal pada minit ke-31.


LIGA BOLASEPAK MALAYSIA