Kenapa Juventus Mempunyai Gelaran ‘The Old Lady’?

Bila bercakap mengenai bola sepak di Liga Itali, pasti nama-nama seperti AC Milan, AS Roma dan Juventus pasti akan muncul.

Kita semua tahu, Juventus adalah salah satu diantara kelab yang cukup berjaya di Itali. Walaupun mereka pernah terpalit dengan isu rasuah sekitar 2006, namun mereka berjaya bangkit untuk menjadi kuasa di Itali semula.

Untuk pengetahuan anda, Juventus merupakan banyak nama gelaran seperti The Old Lady, Fiance of Italy dan Bianconeri.

Oleh itu, artikel ini akan merungkai asal-usul bagi gelaran-gelaran yang diberikan atas nama Juventus.

La Madama, I Bianconeri & Le Zebre

Kenapa kesemua 3 nama ini digabungkan dalam satu bahagian? Hal ini kerana 3 nama ini semuanya mempunyai sebab yang sama.

La Madama bermaksud Madam ataupun ‘puan’ dalam bahasa Melayu. Sementara I Bianconeri pula bermaksud ‘hitam putih’.

Sementara itu Le Zebre pula bermaksud ‘kuda belang’ ataupun zebra. Semua nama samaran ini diberikan kepada Juventus kerana warna rasmi pasukan adalah hitam dan putih.

Alessandro Del Piero compie 40 anni

The Old Lady & Fiance of Italy

The Old Lady ataupun dalam bahasa Itali disebut sebagai La Vecchia Signora sebenarnya berpunca daripada kisah lucu.

Hal ini kerana perkataan Juventus itu sendiri merupakan perkataan di dalam bahasa Latin yang membawa maksud ‘muda’.

Sementara bagi perkataan ‘Lady’ pula berpunca kerana peminat Juventus sering merujuk kelab Turin tersebut sebagai cinta hati mereka.

Sebabnya adalah kerana rasa cinta mereka yang tinggi terhadap Juventus melebihi apa sahaja.

Lucunya mengenai nama The Old Lady ini adalah kerana perkaatan ‘Old’ itu sendiri. Hal ini kerana, majoriti pemain-pemain Juventus ketika nama ini muncul adalah dari kalangan pemain muda.

Namun kerana status Juventus sebagai kelab tertua di Itali, maka wujudlah nama The Old Lady ini.

Bagi La Fidanzata d’Italia atau Fiance of Italy pula, nama gelaran ini diberikan kerana Juventus merupakan kelab yang mempunyai penyokong paling ramai di Itali.

Majoriti sokongan yang diterima oleh Juventus adalah dari bahagian selatan Itali antaranya di bandar Naples dan Palermo.

Akan tetapi, sokongan itu bukanlah datang dari warga tempatan di sana. Sokongan itu sebenarnya datang dari imigran-imigran luar yang datang ke bandar Naples dan Palermo untuk berkerja di kilang pengeluar kereta iaitu FIAT ketika era 1930-an.

Maskot

Seperti beberapa kelab lain, Juventus juga mempunyai maskot rasmi untuk pasukan mereka.

Maskot mereka merupakan seekor kuda belang yang diberi nama sebagai J.

Maskot ini baru saja diperkenalkan pada 10 September 2015 oleh pihak Juventus. Hal ini kerana mereka mahu mewujudkan hubungan yang lebih erat dengan penyokong-penyokong cilik yang menyokong Juventus.

x02-1

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Penyokong Juventus Cacah Tatu Muka Buffon, Buffon Balas Dengan Cacah Tatu Muka Peminatnya

The post Kenapa Juventus Mempunyai Gelaran ‘The Old Lady’? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Pemain Yang Mempunyai Kekuatan Kaki Kanan Dan Kiri Secara Semula Jadi

Kebolehan ini merupakan kebolehan semula jadi yang cukup hebat!

Tidak semua pemain bola sepak mampu menyepak bola dengan kedua-dua kaki mereka dengan baik.

Jika pemain tersebut lebih dominan pada kaki kanan, pemain tersebut perlu bekerja keras untuk membiasakan dirinya menyepak bola menggunakan kaki kiri.

Namun, ada juga pemain yang dikurniakan kebolehan menyepak bola dengan kedua-dua kaki secara semula jadi.

Dan kami kumpulkan 10 pemain yang dikurniakan kebolehan itu dalam artikel ini.

1. Pavel Nedved

pavel-nedved-pavel-nedved-13602768-594-396

Kelab: bersara

Pemain yang merupakan antara yang terbaik pada generasi beliau merupakan bintang utama bagi pasukan Juventus sekitar 2001-2009.

Bekas pemenang anugerah Ballon D’or ini mempunyai kebolehan menyepak bola secara menggunakan kedua-dua kaki secara semula jadi dengan baik.

Kebolehan itu juga buatkan Nedved lupa mana satu kaki dominannya sama ada kaki kiri ataupun kanan!

2. Wesley Sneijder

Wesley-Sneijder-Galatasaray

Kelab: Galatasaray

Bintang Belanda ini ternyata merupakan seorang daripada ramai ‘wonderkid’ yang dihasilkan di satu kelab yang terbaik dalam menghasilkan pemain muda – Ajax Armsterdam.

Kebolehan Sneijder untuk menyepak bola dengan kedua-dua kaki telah dikesan sejak beliau tidak di akademi Ajax pada usia 6 tahun.

3. Santi Cazorla

FBL-ENG-PR-ARSENAL-QPR

Kelab: Arsenal

Wajah yang menjadi kegemaran penyokong Arsenal ini merupakan pemain yang mampu menendang bola menggunakan kedua-dua kakinya dengan baik.

Ini menjadi jelas apabila ketika mengambil set-pieces, beliau kerap menukar kaki yang hendak digunakan untuk menyepak bola – bergantung pada situasi dan kedudukan bola tersebut.

4. Paolo Maldini

paolo-maldini-ac-milan-serie-a-15022009_4s0zpsaqs2fb1ett6lzdluyk9

Kelab: bersara

Lagenda AC Milan ini terkenal dengan keampuhannya di bahagian pertahan dan juga mantapnya gabungan beliau bersama Alessandro Nesta di bahagian pertahanan tengah.

Ramai menyangka yang Maldini bermain di bahagian pertahanan kiri kerana beliau mempunyai kaki kiri sebagai kaki dominan, tapi sebenar kaki dominan beliau adalah kaki kanan!

Oleh disebabkan itu, Maldini dialihkan ke bahagian pertahanan tengah.

5. Adriano 

maxresdefault (6)

Kelab: Besiktas

Pemain ini mungkin tidak mempunyai nama sehebat pemain-pemain lain dalam artikel ini, tetapi percayalah Adriano juga boleh menyepak bola dengan kedua-dua kaki secara semula jadi!

Kebolehan ini juga membuatkan beliau selesa beraksi dikedua-dua bahagian tepi padang sama ada kiri atau kanan, dan kerana itu juga beliau mampu kekal lama di Barcelona.

6. Hernanes

Manchester City - Juventus

Kelab: Juventus

Hernanes mungkin tidak mempunyai karier sehebat rakan senegaranya dari Brazil seperti Neymar ataupun Oscar.

Namun, pemain ini tetap istimewa. Beliau mampu menjaringkan gol dari jarak jauh menggunakan kedua-dua kaki beliau dengan baik.

7. Ronaldo

Ronaldo-2002

Kelab: bersara

Ternyata jelas, beliau menjadi penyerang terbaik ketika generasinya adalah kerana kehebatan beliau menyudahkan peluang dengan kedua-dua kaki.

Namun dek kerana kecederaan serius, beliau dikatakan sebagai ‘tidak berjaya’ untuk menghidupkan jangkaan orang ramai untuk mencapai lebih banyak kejayaan berbanding apa yang beliau berjaya kecapi.

Namun, prestasi beliau ketika Piala Dunia FIFA 2002 cukup mengagumkan!

8. Mats Hummels

533260018.0

Kelab: Bayern Munich

Harry Redknapp pernah tertipu dengan aksi Hummels selepas melihat satu perlawanan Borrusia Dortmund. Ketika itu Redknapp berkata Hummels merupakan seorang pemain yang berkaki kiri.

Namun sebenarnya tidak, Hummels sebaliknya seorang pemain yang lebih dominan menggunakan kaki kanan!

9. Diego Forlan

Forlán

Kelab: Mumbai City FC

Pemenang dua kali anugerah Pichichi (penjaring terbanyak La Liga) ternyata cukup gembira dengan kariernya di Sepanyol berbanding ketika beliau di Manchaester United.

Beliau merupakan pemain yang akan membuatkan anda merasakan ia adalah perkara yang mudah untuk menjaringkan gol dari jarak jauh dengan mengunakan kedua-dua kaki. Lihat sahaja video jaringannya di sini.

10. Zinedine Zidane

Kelab: bersara

Lagenda Perancis ini juga mempunyai kebolehan menggunakan kedua-dua kakinya secara semula jadi.

Selain dari gaya permainan bersahaja beliau, beliau juga mampu menjaringkan sepakan percuma menggunakan kaki kanan dan voli cantik menggunakan kaki kiri!

Siapa yang tidak lupa dengan gol Zidane ketika perlawanan akhir UEFA Champions League 2002? Cukup menarik bukan?

Baca juga: 7 Pemain Yang ‘Kantoi’ Bermain Football Manager

The post 10 Pemain Yang Mempunyai Kekuatan Kaki Kanan Dan Kiri Secara Semula Jadi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa ‘Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal’

Bromance antara penyerang Borussia Dortmund, Pierre-Emerick Aubameyang dengan kawan baiknya, Marco Reus mungkin antara yang paling unik dalam dunia bola sepak.

Menurut laporan Bild dan laman web transfermarkt.com, kontrak Aubameyang mempunyai klausa khas yang membuatkannya berjanji ‘tidak akan tinggalkan Borussia Dortmund selagi Marco Reus kekal di Dortmund’.

Ini adalah sesuatu yang logik kerana ‘Batman’ tidak pernah meninggalkan ‘Robin’.

Pada bulan Febuari 2015 yang lepas, Marco Reus menandatangani kontrak baru 4 tahun untuk kekal di Signal Iduna Park sehingga 2019.

Ini mendorong kawan baiknya, Pierre-Emerick Aubameyang untuk turut menandatangani kontrak baru pada Julai 2015 untuk kekal memakai jersi kuning hitam Dortmund sehingga 2020.

Baru-baru ini, Aubameyang dikaitkan dengan gosip perpindahan ke FC Barcelona dan Arsenal. Akhbar Bild melaporkan Dortmund tidak akan melepaskan Aubameyang dengan bayaran kurang €60 juta.

Ketika ini, Aubameyang sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Bundesliga bersama Robert Lewandowski dengan 14 gol.

Baca juga: Reaksi Pemain Bundesliga Kepada Rating FIFA 16 Mereka

The post Kontrak Aubameyang Mempunyai Klausa ‘Tidak Akan Tinggalkan Dortmund Jika Reus Kekal’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

AS Roma Melancarkan Jersi Yang Mempunyai Peta Bandar Rome

asromaawaykit

Dengan pelbagai kelab bola sepak Eropah sudah mula merasmikan jersi pasukan mereka untuk musim akan datang, AS Roma adalah pasukan terbaru yang melakukannya.

Dan seperti biasa rekaan jersi mereka memang tak pernah mengecewakan.

Jersi home mereka mengambil inspirasi daripada baju perisai yang dipakai oleh tentera empayar Rome dengan menggunakan dua ton warna merah gelap.

297822B500000578-0-image-a-6_1433841871595

11428598_1609302282677494_1610864011_n

Tetapi yang paling menarik adalah jersi away mereka.

Jersi away mereka mempunyai grafik binaan bangunan ,jalan dan peta bandar Rome yang bersejarah. Ia melambangkan ikatan kelab dengan bandar Rome dan juga sejarahnya.

11377907_1413073079022564_803330587_n

2A1AC02500000578-0-image-a-35_1435657554569

Jersi away ini telah menjadi popular bukan sahaja kepada peminat Giallorossi, malah kepada umum sejurus diperkenalkan.

Dalam berita yang sama, Rayo Vallecano pula melancarkan jersi berwarna pelangi untuk menyatakan tentangan kelab mereka terhadap isu homofobia dan keganasan domestik.

1435755979874

Baca juga: Mengapa Totti Makin Ligat Beraksi Apabila Semakin Tua?

Sumber: Daily Mail, Instagram, Sydney Morning Herald

LIKE dan FOLLOW SemuanyaBola di Facebook serta Twitter

The post AS Roma Melancarkan Jersi Yang Mempunyai Peta Bandar Rome appeared first on Semuanya Bola.

Semuanya Bola