Conte Bergayut Seperti Budak-Budak Kerana Terlalu Gembira ‘Perjudian’ Mendapat Pulangan

Antonio Conte bukanlah asing untuk babak-babak meraikan gol dengan cara penuh girang. Namun untuk bergayut seperti semalam ia adalah pertama kali.

Ini selepas jaringan kemenangan lewat oleh Gary Cahill selepas pemain-pemain Stoke gagal mengeluarkan sepakan penjuru Fabregas.

Gary Cahill berkata:

“Kemenangan ini terlalu bermakna untkuk kami. Lihatlah kegirangan semua orang ketika meraikannya.”

Antonio Conte pula menyatakan beliau meraikan gol seperti budak-budak kerana para pemainnya sangat memahami kehendak dan falsafah taktikal beliau.

Conte berkata:

“Pemain-pemain saya memahami idea bola sepak yang saya mahukan. Mereka sudah mengadaptasi sistem saya dengan baik.”

“Dalam filosofi bola sepak saya, saya mahukan pasukan membina sesuatu yang penting pada produk akhir.”

Conte mengakui sistem 3-4-3 beliau kurang berkesan di dalam perlawanan menentang Stoke semalam dan menukarkannya kepada sistem bek berempat selepas 20 minit separuh masa kedua.

Oleh itu, Conte menggantikan bek sayap Moses dan memasukkan pemain perancang tengah Fabregas.

“Ini bukan yang pertama kali kami terpaksa menukar sistem 3-4-3. Ia juga berlaku ketika menentang Burnley.”

“Dalam setiap perlawanan, jika anda rasakan taktikal anda kurang menjadi dan anda tetap mahukan 3 mata, anda perlu mengambil risiko dengan melakukan perubahan.”

“Ketika melakukan perubahan ini, anda mungkin akan mendapat hasil lebih baik ataupun berkemungkinan akan dihukum pihak lawan. Ianya adalah perjudian (gamble) dan mengambil risiko.”

“Namun saya sentiasa akan mengambil risiko demi 3 mata.”

“Selain itu, saya juga akan melakukan perubahan kerana mahu mempertahankan 3 mata.”

Chelsea secara matematiknya hanya perlu menang 7 perlawanan lagi sekiranya Spurs pun menang kesemua 7 perlawanan berikutnya.

Baca juga: Hashim Mustapha, Kisah Daripada Hanya ‘Budak Tingkatan 4’ Kepada Budak Emas !

The post Conte Bergayut Seperti Budak-Budak Kerana Terlalu Gembira ‘Perjudian’ Mendapat Pulangan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak Pantai, Cabang Bola Sepak Yang Jarang Mendapat Perhatian

Dalam sukan bola sepak, terdapat juga sukan yang boleh dikatakan sebagai ‘adik’ kepada bola sepak.

Sebagai contoh futsal dan juga bola sepak pantai.

Futsal seperti yang kita tahu, dimainkan secara meluas dan seluruh dunia dan juga di negara kita. Namun tidak bagi bola sepak pantai.

Untuk artikel kali ini, kami ceritakan kepada anda mengenai sukan yang terkenal di Amerika Selatan ini.

Asal-usul

Bola sepak pantai ini sudah dimainkan secara tidak formal begitu lama dan ia bermula di Brazil.

Namun begitu, ia mula dimainkan secara rasmi pada 1992 selepas Beach Soccer Worldwide (BSWW) ditubuhkan.

Tujuannya BSWW ditubuhkan adalah untuk mewujudkan sistem yang teratur dari segi peraturan teknikal permainan dan membawa permainan ini ke perhatian seluruh dunia.

Pada 1994, bola sepak pantai pertama kali mendapat siaran di seluruh apabila kejohanan Beach Soccer World Championship di Pantai Copacabana, Rio De Janeiro.

Kejayaan kejohanan tersebut berjaya menarik perhatian dunia. Sejak itu, bola sepak pantai semakin berkembang dan mempunyai pengikutnya sendiri.

Asas teknikal bola sepak pantai

Pra-syarat untuk bermain bola sepak pantai adalah mestilah dilangsungkan diatas permukaan pasir yang lembut dan padang yang kecil serta kompak.

Hal ini membolehkan pemain menjaringkan gol dari mana-mana sudut di atas padang.

Disebabkan itu juga, purata percubaan tepat ke arah pintu gol untuk satu perlawanan bola sepak pantai adalah 60 percubaan tepat ke arah pintu gol!

Bola sepak pantai dimainkan secara 5 lawan 5 dengan kedua-dua pasukan mempunyai bilangan pertukaran yang tidak terhad.

Pemain juga dilarang sama sekali untuk memakai kasut ketika bermain. Namun begitu, ankle tape dibenarkan untuk dipakai ketika perlawanan.

124714255

Berbanding bola sepak biasa yang dilangsungkan secara 90 minit. Bola sepak pantai dilangsungkan selama 36 minit dengan 12 minit untuk setiap separuh masa.

Oleh kerana bola sepak pantai ini terkenal di benua Amerika, kiraan masa dilakukan secara menurun sama seperti sukan bola keranjang dan hoki ais.

Lebih kecil berbanding bola sepak biasa

Padang untuk bola sepak pantai pula berukuran 35-37 meter panjang dan 26-28 meter lebar.

Padang tersebut perlulah permukaan pasir secara keseluruhannya dan perlu dibersihkan terlebih dahulu daripada objek-objek yang boleh mencederakan pemain.

2099

Di setiap sudut padang, terdapat 6 batang tiang bendera yang mempunyai maksud tersendiri.

2 bendera di bahagian tepi padang sebelah tengah merupakan petanda bagi menunjukkan disitulah garis tengah padang.

Manakala 4 baki bendera di penjuru padang merupakan tiang bendera sepakan penjuru.

Bola sepak pantai mempunyai 4 orang pengadil. Namun tugas mereka sedikit berbeza dengan bola sepak biasa.

1 pengadil merupakan pengadil perlawanan, 2 pengadil ditugaskan untuk menjaga bangku simpanan kedua-dua pasukan.

Manakala pengadil ke-4 bertindak sebagai penjaga masa ketika perlawanan.

Piala Dunia Bola Sepak Pantai

Kejohanan-kejohanan bola sepak pantai sering diadakan untuk pasukan kebangsaan sahaja.

Piala Dunia untuk bola sepak pantai diwujudkan kali pertama pada 1995 di Brazil. Ketika itu, BSWW merupakan penganjur kejohanan tersebut.

10 tahun kemudian, kejohanan tersebut dianjurkan oleh FIFA selepas FIFA melihat kebangkitan memukau sukan ini di peringkat dunia.

Sebelum 2009, Piala Dunia Bola Sepak Pantai ini dilangsungkan secara tahunan. Namun bermula tahun 2009, kejohanan ini dilangsungkan secara dwitahunan.

Beach Soccer

Brazil merupakan kuasa utama dalam sukan ini. Untuk rekod, mereka telah menjuarai Piala Dunia Bola Sepak Pantai sebanyak 13 kali!

Untuk pengetahuan anda, pasukan negara juga pernah beraksi pada Piala Dunia Bola Sepak Pantai edisi 1999 di Brazil.

Namun rekod tidak begitu baik apabila pasukan negara hanya mampu menamatkan cabaran di peringkat kumpulan yang dihuni bersama dengan Amerika Syarikat dan Portugal.

bola-pantai

Kesimpulan

Bola sepak pantai mungkin cabang bola sepak yang asing di negara kita kerana kurangnya pendedahan dan minat.

Namun begitu, jika anda berpeluang menonton sukan ini sama ada di internet atau kaca TV. Anda pasti akan terhibur kerana ia sedikit berbeza dengan bola sepak biasa dan juga futsal.

Kami akan mencari lebih banyak info untuk sukan ini khas untuk anda di masa akan datang.

Oh ya! Jika anda pernah bermain bola sepak pantai, jangan lupa komen di ruangan komen!

Baca juga: 5 Tips Untuk Melakukan Cubaan Gol (Shooting) Dalam Futsal

The post Bola Sepak Pantai, Cabang Bola Sepak Yang Jarang Mendapat Perhatian appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sejarah Bagaimana Stadium Pirelli Mendapat Nama

Di dalam industri bola sepak, memang biasa ada syarikat sanggup membayar sejumlah wang untuk pemasaran. Pelbagai cara dilakukan termasuk mengubah nama stadium.

Contoh popular pada hari ini seperti Arsenal (Emirates Stadium), Bayern Munich (Allianz Arena) dan Manchester City (Etihad Stadium).

Selain itu, konsep ini diamalkan di divisyen bawahan seperti Bolton (Macron Stadium) dan Coventry (Ricoh Arena).

burton3

Berbeza dengan apa dialami sebuah kelab kecil di England, Burton Albion, penjenamaan stadium mereka tidak memerlukan kelab ‘melelong’ hak tersebut secara terbuka.

Bagi penyokong Manchester United, mereka pasti ingat sesuatu mengenai kelab yang digelar Brewers ini.

Brewers mengikat Red Devils dalam saingan Pusingan Ketiga Piala FA 2005-06. Perlawanan ini diadakan di Pirelli Stadium.

Perlawanan ulangan beberapa hari kemudian, Red Devils melepaskan geram dengan membenam Brewers dengan keputusan 5-0. Ketika itu, Burton Albion diuruskan oleh Nigel Clough, anak kepada pengurus terkenal, Brian Clough.

pirelli-stadium-cover

Apa menariknya mengenai Pirelli Stadium ialah stadium ini diberikan nama sempena gergasi pembuatan tayar Itali tersebut. Tapak stadium ini asalnya milik Pirelli UK Tyres Ltd Sports & Social Club.

Tapak stadium ini didermakan oleh syarikat tersebut dan balasannya ialah menamakan stadium itu sebagaimana nama sekarang. Satu pemasaran sangat mudah dan santai!

Brewers sebelum ini bermain di Eton Park sejak 1958 sehinggalah 2005. Pada 2005, barulah mereka berpindah ke Pirelli Stadium.

Kos pembinaan stadium memakan belanja hanya £7.2 juta Pound Sterling. Untuk rekod, seramai 6,746 orang penonton telah hadir ke stadium ini pada Ogos tahun lalu.

Pada ketika itu, berlangsungya perlawanan derbi antara Burton Albion menentang Derby County dalam saingan English Football League Championship. Brewers menewaskan Rams dengan jaringan tunggal Jackson Irvine.

burton2

Jika dilihat rekabentuk stadium berkapasiti 6,912 ini, ia menggambarkan stadium moden yang sangat ringkas dan cantik. Arkiteknya masih mengekalkan elemen stadium berbentuk segi empat.

Rekabentuknya klasik dan berbeza dengan sesetengah stadium baru di Britain yang mula menerapkan elemen stadium berbentuk bujur.

Bagi mereka, benda yang paling penting dalam bola sepak adalah cuba memiliki stadium sendiri dan padang yang cantik untuk mengajurkan perlawanan bola sepak.

Sebagai penutup, stadium ini boleh dijadikan penanda aras kepada pembangunan stadium bola sepak berkapasiti rendah di negara kita.

Baca juga :  Arsenal Mahu Hukum Pemilik Pas Semusim Yang Gagal Hadir Ke Stadium

The post Sejarah Bagaimana Stadium Pirelli Mendapat Nama appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Pengeboman Ankara Dan Istanbul: Mengapa Turki Tidak Mendapat Kempen Solidariti Seperti Paris?

Pada petang Sabtu 13 Mac 2016 yang lepas, sebuah bom meletup berhampiran dengan perhentian bas di tengah bandar Ankara. Letupan bom tersebut meragut 37 nyawa orang awam. Ratusan lagi cedera.

Antara yang terkorban adalah Kemal Bulut; bapa kepada penyerang Turki dan Galasataray, Umut Bulut.

Umut Bulut merupakan penyerang berusia 32 tahun dan sudah mempunyai 36 caps bersama pasukan kebangsaan Turki.

_88765456_tweettt

Untuk pengetahuan anda, letupan bom yang mengorbankan bapa Umut Bulut ini merupakan serangan maut ke-4 yang berlaku di Turki sejak Oktober 2015.

Empat serangan ini saja sudah mengorbankan sekurang-kurangnya 175 nyawa orang awam, jauh melebihi 130 nyawa yang diragut oleh kes pengeboman Paris pada November 2015 yang lepas.

Dan ketika artikel ini ditulis, bandar Istanbul baru saja (2 hari lepas) menjadi saksi serangan bom yang mengorbankan sekurang-kurangnya 4 orang.

Tetapi di mana kempen solidariti untuk Turki?

Di mana kempen ‘Je suis’ untuk Ankara dan Istanbul?

Di mana kempen ‘Pray for Turkey’?

Di mana Facebook app yang membolehkan pengguna menukar gambar profil mereka kepada bendera Turki?

Latar belakang serangan bom di Turki

Kami pernah menulis dalam artikel ‘Penyokong Turki Ejek Upacara Tafakur Untuk Mangsa Keganasan Paris’ bahawa konflik berpanjangan di Turki berpunca daripada pergeseran antara Parti Buruh Kurdistan (PKK) dengan kerajaan pusat Turki.

PKK adalah parti politik yang memperjuangkan hak orang Kurdish untuk memperolehi negara sendiri sejak 1978. Tetapi permintaan mereka tidak pernah dilayan oleh kerajaan Turki.

Ini menyebabkan PKK dan cawangan partinya yang lebih radikal – Helang Pembebasan Kurdistan (TAK) – bertindak balas melancarkan siri-siri serangan terhadap tentera Turki.

Apabila serangan terhadap tentera Turki tidak mencukupi, PKK dan TAK mula menyasarkan orang awam pula.

Tak cukup dengan serangan daripada orang Kurdistan di Turki yang mahukan kemerdekaan, kerajaan Turki juga terpaksa berhadapan serangan daripada Islamic State (IS).

Pergeseran kerajaan Turki dengan IS bermula selepas Turki membenarkan Amerika Syarikat menggunakan pangkalan tentera udara mereka di Incirlik.

Ini membolehkan Amerika Syarikat dapat melancarkan serangan udara terhadap IS di Iraq dan Syria.

Jika anda merupakan presiden Turki, anda pastinya pening kepala. Anda mempunyai dua musuh iaitu TAK dan IS; dan kedua-duanya gemar menggunakan pengebom berani mati yang mengorbankan orang awam.

politik turki

Sejak Oktober 2015, Turki sudah menyaksikan 4 tragedi gara-gara pengebom berani mati dari TAK dan IS:

1. Oktober 2015: Lebih 100 orang awam mati selepas 2 pengebom berani mati menyasarkan ribuan peserta perhimpunan keamanan antara Kurdistan dengan kerajaan Turki di Ankara. IS mengaku bertanggungjawab.

2. Januari 2016: 12 pelancong Jerman terkorban selepas diserang pengebom berani mati di Istanbul. IS mengaku bertanggungjawab.

3. Februari 2016: 28 tentera Turki terbunuh dalam konvoi ketenteraan di Ankara. TAK mengaku bertanggungjawab.

4. Mac 2016: 35 orang awam terkorban selepas diserang oleh pengebom berani mati wanita di Ankara. TAK mengaku bertanggungjawab.

Dan pada Sabtu lepas (19 Mac 2016), seramai 4 orang awam pula terkorban dalam selepas diserang oleh seorang pengebom berani mati di Istanbul. Kerajaan Turki menyalahkan IS atas tragedi ini.

Sehari kemudian (20 Mac 2016), gabenor Istanbul mengumumkan pembatalan perlawanan Kıtalararası Derbi antara Galatasaray dengan Fenerbahce atas tujuan keselamatan.

Kerisauan gabenor Istanbul itu sebenarnya ada asasnya kerana jarak lokasi pengeboman Sabtu lepas dengan stadium Galatasaray, Turk Telecom Arena hanyalah 11km sahaja.

Mengapa tiada kempen solidariti untuk Turki?

Satu-satunya jawapan yang boleh kami beri kepada soalan ini adalah sikap tak peduli orang ramai terhadap apa yang berlaku di Turki.

Ia dijelaskan dengan lebih tepat melalui post Facebook ini:

For those who do not know Turkey, or who distance themselves from these attacks, maybe this will open your eyes.The…

Posted by James Taylor on Sunday, March 13, 2016

Bak kata si penulis:

“Jika kita boleh berasa sedih terhadap kegansan yang berlaku kepada mangsa Paris, mengapa kita tidak menunjukkan sentimen sama kepada Ankara?”

“Jika anda tak dapat menunjukkan kesedihan sama yang anda tunjukkan semasa serangan Paris, mungkin anda perlu berfikir mengapa. Mengapa anda merasakan sebegitu?”

Jika media antarabangsa tidak memberikan sentimen sama yang mereka berikan semasa serangan Paris, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai komuniti peminat bola sepak yang prihatin untuk memberikan solidariti kita kepada Turki.

Anda tak berdiri berseorangan, Turki!

Baca juga: ‘Penyokong Turki Ejek Upacara Tafakur Untuk Mangsa Keganasan Paris’

The post Pengeboman Ankara Dan Istanbul: Mengapa Turki Tidak Mendapat Kempen Solidariti Seperti Paris? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Mengapa Ada Pemain Bola Sepak Mudah Mendapat Kecederaan?

Nota editor: Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman dan pengetahuan fisioterapi pasukan Liga FAM, UKM FC. Kami ucapkan terima kasih kerana membantu kami menghasilkan artikel ini.

Ada sesetengah pemain bola sepak boleh bermain lebih 50 perlawanan semusim tanpa sebarang kecederaan serius. Contohnya seperti Cristiano Ronaldo dan John Terry.

Tetapi ada juga pemain yang kerap mengalami kecederaan. Pemain sebegini lebih banyak menghabiskan masa di bilik rawatan daripada di padang seperti Abou Diaby, Jack Wilshere dan Arjen Robben.

Persoalannya – mengapa pemain-pemain ini kerap mendapat kecederaan berbanding pemain lain?

1. Badan tidak mendapat rehat dan persediaan secukupnya

Apabila badan tidak mendapat rehat yang secukupnya, otot dan soft tissues seperti tendon dan ligamen, cenderung untuk mendapat overuse injuries.

Hasil kajian American Academy of Pediatrics (AAP) melaporkan atlet yang tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari mempunyai 68% peluang untuk mengelak kecederaan dalam sukan.

Overuse injuries selalunya disebabkan oleh: rehat dan tidur yang tak cukup, stretching yang tak efisien atau mencukupi dan tidak melakukan warming up dengan betul.

2. Kerap berlaga dengan pemain lain

Dalam contact sports seperti bola sepak, perlagaan antara dua pemain memang tak boleh dielakkan. Apabila pemain berlaga antara satu sama lain, contact injuries pun mudah berlaku.

Contohnya adalah head concussion, patah kaki atau hematoma (bengkak).

Sebagai langkah berjaga-jaga, pemain perlu diwajibkan memakai shin pad, but, stokin dan head gear (bagi sesiapa yang pernah mengalami head trauma).

3. Kesalahan/kesilapan teknik

Kadang kala, kita pernah melihat ada pemain yang jatuh tercedera secara tiba-tiba selepas menyepak bola tanpa ada apa-apa contact daripada pemain lawan.

Pemain sebegini akan kerap mengalami kecederaan kerana: mempunyai teknik sepakan yang salah, teknik mendarat yang salah dan teknik bentes yang salah.

Kecederaan yang selalu mereka alami adalah tightness of muscle di bahagian sendi, hamstring pull di bahagian quadriceps dan paling menakutkan, kecederaan ACL.

4. Gaya permainan yang terlalu berisiko

Kadang kala, ada sesetengah pemain yang berani mencabar pemain lawan untuk merampas bola secara agresif sama ada dalam latihan atau perlawanan sebenar.

Ada juga pemain seperti Jack Wilshere yang gemar menggelecek melepasi 2-3 pemain. Gaya permainan Wilshere menyebabkannya menerima lebih 10 fouls daripada pasukan lawan dalam satu perlawanan.

Pemain-pemain seperti ini suka bermain secara robust dan fizikal. Mereka mengabaikan keselamatan diri mereka sendiri untuk kebaikan pasukan.

Oleh itu, merekalah paling berisiko untuk mudah mendapat contact injuries – seperti yang diterangkan dalam poin nombor 2. Tetapi ada juga pemain sebegini yang tak mudah cedera. Selalunya pemain pertahanan.

Kebiasaannya, fisioterapi akan melakukan strapping atau taping untuk mengurangkan kebarangkalian pemain sebegini mendapat contact injuries.

Jurulatih pula akan cuba mengubah gaya permainan agresif pemain sebegini melalui sesi latihan khas untuknya.

5. Bermain terlalu banyak perlawanan dalam jangka masa pendek

Apabila Sir Alex Ferguson memberi komen ‘Michael Owen boleh menjadi pemain yang lebih hebat jika diurus dengan lebih baik di Liverpool’, Michael Owen turut bersetuju.

Owen mendedahkan seawal umur 17 tahun lagi beliau sudah bermain lebih 80 perlawanan setiap tahun.

Apabila hamstring beliau cedera ketika perlawanan menentang Leeds United di Elland Road pada Mac 1999, Owen turut mendedahkan sesi rawatannya terganggu selepas Liverpool tidak menggantikan fisioterapi mereka yang berpindah.

Michael-Owen-injury-007

Sejak itu, karier Owen sentiasa dihantui kecederaan.

Daripada segi fisioterapi, mereka berpendapat Owen cedera kerana tak cukup rehat.

Apabila pemain yang baru pulih dari kecederaan dan terus dipaksa bermain dengan intensiti yang tinggi seperti di England, mereka akan mudah cedera.

Sebab itulah semakin ramai jurulatih yang sedar mereka tidak boleh terus memainkan pemain yang baru pulih daripada kecederaan selama 90 minit.

Daripada segi sains sukan, mereka memandang kes Owen sebagai salah satu contoh pemain yang mencapai puncak karier dengan awal. Ada pemain yang semasa mudanya tak bagus, tetapi semakin hebat apabila semakin tua.

Apakah langkah pencegahan bagi pemain-pemain tempatan untuk melegakan kecederaan?

PRO Kas adalah jawapan bagi pemain-pemain bola sepak tempatan untuk melegakan kecederaan yang dialami selepas latihan dan perlawanan.

Antara pemain pro tempatan yang menggunakan PRO Kas adalah:

1. Hafiz Kamal (Pahang)

11737190_10206727173912500_617923164_n

2. Azidan Sarudin (Pahang)

12208011_10206727174192507_533839207_n

3. Amirizwan Taj (Kelantan) & Ismail Faruqi (Terengganu)

12202422_10206727178112605_1994181111_n

4. Zubir Azmi (Terengganu)

zubirazmiprokas

Bagaimana untuk mendapatkan PRO Kas?

Anda boleh terus WhatsApp ‘PK’ ke 016 400 9863. Staf PRO Kas yang pakar akan bersedia menjawab sebarang soalan anda.

Anda juga boleh klik sahaja link ini: PRO Kas untuk mendapatkan semua maklumat tentang kandungan, kebaikan, maklumat produk dan maklumat pembelian PRO Kas.

WhatsApp mereka sekarang dan main bola tanpa rasa sakit-sakit lagi!

The post Mengapa Ada Pemain Bola Sepak Mudah Mendapat Kecederaan? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA