Tips FPL: Senarai Pemain Yang Perlu Dipertimbangkan Oleh Anda Mengikut Posisi

Adanya perlawanan persahabatan negara pada minggu ini bermakna tiada sebarang perlawanan EPL pada minggu ini dan bakal bermula kembali pada minggu hadapan.

Bagaimana dengan markah FPL anda? Adakah anda berpuas hati?

Jika tidak, sudahkah anda menggunakan fungsi baru yang dibekalkan laman web FPL iaitu FDR (Fixture Difficulty Ranking)?

FDR merupakan pengukur tahap kesukaran pasukan yang bakal ditempuh setiap pemain. Semakin tinggi nombor FDR, semakin sukar perlawanan tersebut.

Screen Shot 2016-09-04 at 4.35.55 PM

Screen Shot 2016-09-04 at 4.36.29 PM

Selain itu, fungsi ini bakal membantu anda untuk merancang bagi mendapatkan pemain yang bakal beraksi dalam fixture yang tidak terlalu sukar.

Ini bakal meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan gol dan assist.

Berikut merupakan tips dan senarai pemain yang anda boleh pertimbangkan untuk anda dapatkan sepanjang musim ini.

Penjaga gol

18A8045B259548BE91BA7FDB72580D16

Calon utama: David de Gea (Manchester United)

Berdasarkan tiga perlawanan pertama musim ini selamat untuk saya katakan David De Gea 5.5) antara penjaga gol yang baik. Hasilnya, beliau berjaya mengutip 2 clean sheet.

Dibantu oleh pemain pertahanan baru iaitu Eric Bailly, tugas David De Gea dilihat lebih mudah. Sesuai buat anda yang ingin mendapatkan beliau dalam jangka masa yang panjang.

Calon #2: Petr Cech (Arsenal)

Mendapat anugerah Golden Glove pada musim lepas, Petr Cech 5.5) masih releven meskipun sudah berumur.

Dibantu oleh pemain pertahanan yang berpengalaman serta Mustafi, dijangka tugas Cech akan lebih mudah berbanding musim lepas.

Calon #3: Tom Heaton (Burnley)

Tom Heaton 4.5) antara penjaga gol yang beraksi dengan baik meskipun bermain di kelab underdog. Setakat ini beliau berjaya mengutip 1 clean sheet dan 3 mata bonus.

Sebagai penjaga gol kedua pasukan ini, Tom Heaton antara calon yang baik disamping harga yang rendah.

Calon #4: Maarten Stekelenburg (Everton)

Maarten Stekelenburg 5.0) mungkin bukan pilihan ramai pemain FPL. Namun jika diukur melalui FDR (Fixture Difficulty Ranking), Everton bakal menempuh 4 pasukan berturut-turu pada skala 1 iaitu kategori mudah bermula pada gameweek ini.

Pertahanan

1727193-36542225-2560-1440

Calon utama: bek kiri dan kanan yang gemar menyerang

Untuk pemilihan pemain pertahanan, kami syorkan anda dapatkan pemain pertahanan yang kerap naik untuk menyerang. Antaranya adalah Cesar Azpilicueta 6.0), Antonio Valencia 5.5), Luke Shaw 5.6), Arthur Masuaku 5.0), Danny Rose 6.0) dan Hector Bellerin 6.5).

Selalunya pemain-pemain ini mempunyai harga yang agak tinggi berbanding pemain pertahanan yang lain namun bakal membantu untuk mendapatkan markah lebih melalui gol atau assist yang dihasilkan.

Calon #2: Gareth McAuley (West Brom)

Melihat pada prestasi Gareth McAuley berdasarkan prestasi awal musim ini mengingatkan kami kepada Robert Huth ketika bermain di Stoke City.

Berjaya untuk mendapatkan 2 clean sheet dan 1 gol meskipun bermain di dalam kelab yang tidak mempunyai bilangan pertahanan yang baik.

Harga pemain berusia 36 tahun ini juga sangat rendah berbanding kualiti yang dipamerkan iaitu 4.7)

Calon #3: John Stones (Manchester City)

John Stones 5.0) nampaknya berjaya untuk mendapatkan tempoh bermain yang konsisten di dalam setiap perlawanan.

Meskipun jarang naik untuk menyerang, bermain di kelab seperti Manchester City serta mempunyai harga yang rendah adalah sebuah bonus.

Calon #4: Ashley Williams/Mason Holgate (Everton)

Ronald Koeman pastinya orang yang paling gembira saat Everton berjaya mendapatkan Ashley Williams 5.0). Pemain pertahanan Wales yang menyerlah ketika Euro 2016 baru-baru ini.

Buat anda yang mendapatkan pemain pertahanan Everton pada harga yang rendah, Mason Holgate antara yang pilihan yang baik.

Pada harga (£4.6) Holgate berjaya menyumbang 1 assist ketika menentang West Brom.

Pemain Tengah

eden

Calon utama: Eden Hazard (Chelsea) dan Raheem Sterling (Manchester City)

Eden Hazard (£10.2dan Raheem Sterling (£8.2) pada kami merupakan pemain yang ‘mati hidup semula’.

Jelas kedua-dua pemain ini gagal untuk tampilkan aksi yang baik pada musim lepas. Dan kedua-duanya tidak perlu menunggu lama untuk buktikan kehebatan mereka dibawah pengurus yang baru.

Antonio Conte dan Pep Guardiola mempunyai satu persamaan dimana mereka kerap menggilir-gilirkan pemain. Tetapi satu nama yang pasti berada dalam senarai kesebelasan Conte dan Guardiola adalah Sterling dan Hazard.

Jika diukur melalui prestasi musim lepas, Philippe Coutinho 8.2), Riyad Mahrez (£9.5dan Dimitri Payet 9.4antara tonggak utama pasukan. Namun waktu ini bukan waktu yang sesuai untuk anda dapatkan khidmat mereka.

Leicester City dan Liverpool masing-masing menempuh siri perlawanan yang sukar. Kami cadangkan anda dapatkan mereka selepas gameweek 6 bergantung kepada prestasi semasa.

West Ham pula terpaksa bergelut dengan masalah kecederaan pemain utama serta prestasi yang tidak menentu. Tugas yang agak sukar buat Dimitri Payet.

Calon #2: Etienne Capoue (Watford), Leroy Fer (Swansea) dan Michail Antonio (West Ham)

Etienne Capoue 4.7), Leroy Fer 5.2dan Michail Antonio 7.0) antara pemain yang mempunyai harga yang rendah serta beraksi dengan cemerlang.

Berdasarkan prestasi 3 perlawanan pertama musim ini, masing-masing berjaya mengutip 2 gol.

Calon #3: Robert Snodgrass (Hull City) dan Nathan Redmond (Southampton)

Robert Snodgrass 5.6) dan Nathan Redmond 6.1) masing-masing menerima posisi berbeza apabila berhijrah ke club mereka yang baru.

Masing-masing bermain di posisi dibawah penyerang yang membolehkan mereka lebih mudah untuk mendapatkan gol atau assist.

Penyerang

4180

Tiba masanya untuk membincangkan bahagian yang tidak begitu sukar iaitu posisi penyerang. Bahagian yang diberikan pilihan yang banyak berdasarkan harga yang berbeza.

Calon utama: Sergio Aguero (Manchester City)

Sergio Aguero (£13.1) bakal terlepas 3 perlawanan berikutan menyiku Winston Reid baru-baru ini ketika menentang West Ham. Harga yang mahal dan masalah kecederaan yang kerap mungkin perlu diberi perhatian buat pemain FPL.

Adakah berbaloi untuk dapatkan Aguero? Jawapan kami sangat berbaloi. Cumanya anda perlu peka tentang berita kecergasan Aguero sebelum perlawanan.

Dan jika Aguero cergas, tidak mustahil Aguero berjaya jaringkan 6 gol pada masa 8 hari seperti yang dilakukan baru-baru ini.

Calon #2: Zlatan Ibrahimovic (Manchester United) dan Diego Costa (Chelsea)

Zlatan Ibrahimovic (£11.8) nampaknya mudah untuk mendapat tempat dan tampak selesa bermain di Man Utd. Melihat daripada gaya permainan dan konsistensi bermain, kami jangkakan Ibrahimovic dapat terus menyerlah sepanjang musim ini.

Melalui 3 perlawanan pertama, beliau telah mencatat 3 gol dan 6 mata bonus.

Meskipun gagal di atas padang, tidak dinafikan Diego Costa (£9.7) merupakan penyerang yang berbisa. Costa berjaya menjaringkan 2 gol, 1 assist dan mengutip 5 mata bonus. Pada harga dibawah (£10.0), pada kami Diego Costa merupakan penyerang terbaik anda boleh dapatkan.

Oh ya, apa yang membuatkan kami kurang gemar mengenai Costa adalah konsistensi beliau mengutip kad kuning. Setakat ini sudah 2 kad kuning telah diterima Costa berdasarkan 3 perlawanan pertama.

Calon #3: Jamie Vardy (Leicester City)

Jamie Vardy (£9.9) mungkin mempunyai permulaan musim yang sukar. Gol sulung beliau hadir pada minggu lepas iaitu gameweek 3 setelah sunyi pada 2 gameweek pertama.

Dalam pada itu, kami masih yakin Vardy masih boleh buktikan ketajaman beliau di hadapan gol seperti musim lepas dengan bantuan pemain-pemain baru seperti Islam Slimani dan Ahmed Musa.

Calon #4: Alvaro Negeredo (Middlesbrough), Jermain Defoe (Sunderland) dan Wilfred Bony (Stoke City)

Buat anda yang mencari penyerang pada harga yang rendah, Alvaro Negredo (£6.9) yang harganya semakin meningkat naik merupakan pilihan yang baik.

Siapa sangka Negredo mudah menyesuaikan diri bersama Middlesbrough serta mendapatkan 1 gol, 2 assist dan 5 mata bonus.

Jermain Defoe (£7.1) berjaya buktikan beliau masih releven untuk berada di dalam kesebelasan utama. Terbaru, Sam Allardyce berminat untuk menggunakan khidmat beliau untuk squad England

Defoe berjaya dapatkan 2 gol dan 5 mata bonus melalui 3 perlawanan pertama.

Stoke City akhirnya berjaya mengisi kekosongan posisi yang sangat jelas diperlukan. Mendapatkan Wilfried Bony (£7.3) pada kami merupakan perpindahan yang terbaik Stoke berjaya lakukan untuk menambah jumlah bilangan gol.

Jika Bony diberikan peluang yang konsisten, kami yakin beliau mempunyai peluang untuk menjadi penyerang yang baik pada harga yang rendah.

photo_2016-09-02_22-15-30

The post Tips FPL: Senarai Pemain Yang Perlu Dipertimbangkan Oleh Anda Mengikut Posisi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Mengikut Media Jepun Inilah Sebab Sebenar Wan Zack Meninggalkan FC Ryukyu

pix_gal1

Pada Mac 2013, Wan Zack Haikal menandatangani kontrak 2 tahun bersama kelab FC Ryukyu, yang beraksi di liga divisyen ke-3 di Jepun. Turut mendatangani kontrak adalah Nazirul Naim, pemain Harimau Muda A pada ketika itu, walaupun kontraknya hanya setahun.

Perpindahan dua pemain Malaysia ini menarik minat media tempatan kepada FC Ryukyu.

BHtvAEcCEAEBgYu

Bagaimanapun belum habis kontraknya bersama FC Ryukyu (berbaki setahun), Wan Zack diumumkan menyertai Kelantan pula pada Mac 2014.

Keputusan Wan Zack untuk menyertai Kelantan dan menanmatkan kontraknya di Jepun benar-benar mengecewakan peminat bola sepak tempatan. Ini termasuklah jurulatih Harimau Muda A ketika itu, Ong Kim Swee.

“Dia mempunyai potensi untuk mewakili kelab utama Jepun jika terus mempamerkan peningkatan, tapi malangnya usaha itu sekerat jalan saja,” komen Kim Swee kepada media pada Mac 2014.

Wan Zack mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya lebih awal selepas dilanda kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) di peha kanannya di pertengahan musim.

Wan-Zack-cedera-lagi

FC Ryukyu mahu terus menggunakan khidmat Wan Zack dan telah sanggup untuk membiayai segala kos perubatan yang dikenakan sehingga pulih sepenuhnya. Namun Wan Zack memilih untuk menyambung rawatan di Malaysia dan memilih untuk menamatkan kontraknya bersama FC Ryukyu.

Komen Wan Zack

zackim
“Terima kasih kepada penyokong, dan semua pihak kelab yang telah memberikan sokongan yang padu kepada saya semasa berada di Okinawa. Ini merupakan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan sebagi seorang pemain bola sepak, ia telah membantu saya untuk menjadi lebih matang.”

“Saya telah memilih untuk menyertai Kelantan selepas berbincang dengan pihak kelab FC Ryukyu. Saya membuat keputusan ini selepas merasakan saya perlu untuk melangkah ke satu aras yang lebih mencabar. “

team
“Dengan perpindahan saya ke pasukan Kelantan FA ini juga saya telah berjaya merapatkan lagi hubungan kedua-dua buah kelab dan saya merasa sangat gembira.”

“Kelantan merupakan tempat asal kedua ibubapa saya, keluarga terdekat juga berada disana dan ini akan memberikan saya semangat dan motivasi untuk kembali pulih dari kecederaan teruk sekarang dan saya akan kembali dengan lebih kuat lagi.”

fc-ryukyu-wan-zack-first-game
“Fokus saya sekarang adalah untuk pulih sepenuhnya dari kecederaan ini dan memberikan aksi serta gol kepada pasukan Kelantan FA. Saya juga berharap dapat kembali menyertai FC Ryukyu sekali lagi dimasa akan datang.”

Komen pengerusi FC Ryukyu, Ryo Shimoji

11046763_855975827803971_7537347609214087901_o
“Saya ingin mengumumkan 2 perkara iaitu Wan Zack Haikal akan menyertai Kelantan FA dan FC Ryukyu telah bersetuju untuk menjalinkan kerjasama yang lebih rapat dengan Kelantan FA.”

“Wan Zack telah mengalami kecederaan yang cukup serius, dan telah kembali ke hospital untuk menjalani rawatan dan rehabilitasi.”

“Namun selepas berbincang lebih lanjut dan atas permintaan beliau sendiri, perpindahan dari FC Ryukyu ke Kelantan FA telah dicapai.”

“Kami menantikan aksi-aksi dari Wan Zack pada musim ini namun sedikit kecewa kerana ianya tidak menjadi kenyataan. Bagaimanapun, kerjasama diantara FC Ryukyu dan Kelantan FA merupakan suatu yang sangat besar maknanya kepada kami.”

“Kami juga berharap dapat terus berkongsi dan mempelajari banyak perkara hasil dari kerjasama ini seperti, perkongsian ilmu bola sepak, pemasaran dan pelbagai lagi bidang terutama dalam bidang pembangunan pemain.”

Kerjasama FC Ryukyu bersama Kelantan

Perpindahan Wan Zack dari FC Ryukyu ke Kelantan ada juga faedahnya. FC Ryukyu mengumumkan kerjasama bersama pasukan Kelantan FA terhadap beberapa perkara seperti di bawah:

  1. Pertukaran ilmu berkaitan bola sepak
  2. Perlawanan persahabatan
  3. Kerjasama dari segi pemasaran
  4. Kem bola sepak di Malaysia / Okinawa

Sumber: Fanpage J League Malaysia

The post Mengikut Media Jepun Inilah Sebab Sebenar Wan Zack Meninggalkan FC Ryukyu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms: