Penjaga Gol Ini Dilayangkan Kad Merah Yang Paling Pelik!

Kad merah adalah simbol kepada kesalahan berat. Ia pastinya bukan perkara yang digemari oleh mana-mana pemain mahupun jurulatih.

Biasanya kad merah dilayangkan untuk kesalahan berat seperti terjahan bahaya, terjahan menggunakan 2 kaki, pergaduhan dan lain-lain kesalahan yang membawa kemudaratan kepada mangsa foul.

Semalam kecoh di twitter apabila akaun twitter rasmi milik Shotts Bon Accord mengemaskini laporan semasa perlawanan. Ianya ditulis:

Shettleston goalkeeper Gary Whyte sent off after 72 minutes for having a pee behind the goals

(Penjaga gol Shettleston, Gary Whyte dibuang padang minit ke-72 kerana kencing di belakang pintu gol)

Ramai yang mulanya menganggap ianya troll. Ini kerana Shotts Bon Accord adalah pasukan yang menjadi lawan Shettleston Junior dalam perlawanan tersebut. Lagipun Gary Whyte adalah bekas pemain Shotts Bon Accord.

Ia disahkan benar oleh Shettleston Junior. Tweet tersebut telah ditweet semula lebih 6,000 kali semalam. Kejadian itu berlaku di Greenfield Park di Glasgow.

Gary Whyte yang sudah tidak tahan telah meminta pengadil menghentikan perlawanan seketika dan dia pergi ke belakang gol untuk kencing.

Kemudian dia berseia untuk memulakan perlawanan semula. Namun malangnya, ia tidak berlaku, Whyte telah dibuang padang dengan layangan kad merah.

Ia mendapat banyak reaksi. Ada juga yang merasakan kesalahan tersebut mungkin patut kad kuning sahaja. Ada juga yang berkata, ia adalah panggilan alam (nature calling) dan sukar untuk dilawan.

Sebelum ini, Luis Suarez pernah meminta kebenaran untuk keluar padang seketika ketika perlawanan Uruguay menentang Arab Suadi pada 2014.

Ianya mungkin kad merah paling pelik pernah dilayangkan di dalam bola sepak dunia. Mungkin kad kuning sudah memadai rasanya.

Adakah FIFA akan memberikan perhatian ke atas isu ini selepas ini?

Bca juga: Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat

The post Penjaga Gol Ini Dilayangkan Kad Merah Yang Paling Pelik! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

8 Sebab Mengapa Penyokong Kelantan Perlu Terima Warna Merah Jambu

Bola sepak adalah sukan mahal. Oleh itu, pelbagai cara telah dilakukan oleh pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia untuk menarik perhatian penaja.

Antara pasukan yang bergelut untuk mendapat penajaan pada mulanya adalah Kelantan.

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa pernah mendedahkan dalam akaun Facebook beliau dan akaun Instagram The Red Warriors (TRW) mengenai kesukarannya untuk mencari penaja.

Setelah didesak peminat bola sepak Kelantan, jutawan produk kosmetik kelahiran Machang, Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau Dato’ Vida menyuarakan minatnya untuk menaja pasukan negeri kelahirannya.

Tetapi seperti ahli perniagaan yang teliti dan berjaya, Dato’ Vida mempunyai syarat-syaratnya yang perlu dipatuhi oleh Kelantan. Ada 35 syarat semuanya.

Tetapi hanya 2 syarat tersebut diketahui umum dan mengundang perbahasan hangat.

Pertama, nama pasukan Kelantan ditukarkan kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors, bersempena 2 nama jenama produk syarikat Dato’ Vida iaitu Pamoga dan Qu Puteh.

Syarat kedua adalah, Kelantan mesti mengecat Stadium Mohammad ke-IV kepada warna merah jambu…

(Sumber: Artotoise)
(Sumber: Artotoise)

dan memakai jersi berwarna merah jambu, iaitu warna produk Qu Puteh.

Konsep rekaan jersi home, away dan ketiga Kelantan (sumber: Artotoise) Konsep rekaan jersi merah jambu Kelantan (sumber: Artotoise)

Reaksi penyokong Kelantan sama seperti penyokong Boca Juniors pada 2013

Syarat yang dikenakan oleh Dato’ Vida ini membuatkan penyokong Kelantan berbelah bagi. Dari satu segi, menukar warna merah yang sinonim dengan Kelantan dalah umpama menukar tradisi pasukan.

Tetapi dari satu segi, Dato’ Vida adalah satu-satunya pilihan yang Kelantan ada. Menolak penajaan Dato’ Vida bermakna menolak RM16 juta dalam tempoh 2 tahun. Bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Situasi ini mengingatkan kami kepada situasi yang dihadapi oleh penyokong Boca Juniors pada 2013.

Selepas mengumumkan kepada media bahawa jersi away Boca Juniors bakal berwarna merah jambu, penyokong Boca Juniors mengamuk. Penyokong kelab lain mula memanggil Boca Juniors sebagai ‘Barbie Juniors’.

Boca-Juniors-Controversy1

Malah Diego Maradona sendiri mengaku bencikan jersi merah jambu Boca Juniors dalam kenyataan di akhbar Olé:

“Saya menentang sekeras-kerasnya jersi merah jambu. Apakah mereka dah gila nak letakkan warna merah jambu di jersi kita?”

Pasukan mana yang mula-mula memakai jersi merah jambu?

Berdasarkan rekod arkib FA Cup di England, pasukan yang mula-mula menggayakan jersi merah jambu adalah Wanderers FC.

Semasa final FA Cup 1872 menentang Royal Engineers AFC, Wanderers memakai jersi belang-belang yang berwarna merah jambu, emas dan hitam. Royal Engineers pula memakai jersi berwarna biru dan merah.

(Sumber: England FA)
(Sumber: England FA)

Kelantan tidak keseorangan

Mungkin satu-satunya fakta yang boleh mententeramkan hati penyokong Kelantan adalah, pasukan mereka tidak akan berseorangan memakai jersi merah jambu. Sudah banyak pasukan hebat menggayakan jersi merah jambu di atas padang!

1. Real Madrid

real-madird-pink
(Sumber: allpicts.in)

Jersi ini dilancarkan pada musim 2015/2015 sebagai jersi away Real Madrid.

2. Juventus

(Sumber: Juventus.com)
(Sumber: Juventus.com)

Dilancarkan pada Julai 2015, kit baru Juventus hasil rekaan Adidas ini menampilkan 3 bintang emas diatas logo pasukan, simbolik kepada kejayaan mereka merangkul kejuaraan liga kali yang ke-31.

3. Bournemouth

pink-bournemouth-15-16-third-kit

Jersi ketiga Bournemouth ini merupakan satu bentuk sokongan mereka kepada kempen kesedaran tentang kanser payudara. 5 peratus dari keuntungan penjualan jersi ini didermakan kepada Breast Cancer Care UK.

4. Evian Thonon Gaillard F.C

(Sumber: www.etgfc.com)
(Sumber: www.etgfc.com)

Pasukan yang berasal dari bandar yang mashyur dengan produk air mineral Evian adalah antara pasukan yang sinonim denga jersi warna merah jambu sebagai jersi home mereka.

5. Palermo

(Sumber: sport.livesicilia.it)
(Sumber: sport.livesicilia.it)

Pasukan yang dikenali gelaran Rosanero (bermaksud merah jambu dan hitam), telah menggayakan jersi home merah jambu sejak 1907 lagi.

6. Scotland

(Sumber: JD SPORTS)
(Sumber: JD SPORTS)

Scotland memperkenalkan jersi berwarna merah jambu sebagi jersi away mereka. Jersi ini akan digunakan dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2018.

7. Cerezo Osaka

(Sumber: www.cerezo.co.jp)
(Sumber: www.cerezo.co.jp)

Sejak pasukan Yanmar Diesel dijenamakan sebagai Cerezo Osaka, mereka selesa menggayakan jersi berwarna merah jambu, sempena warna bunga sakura yang banyak di bandar Osaka.

8. Oldham United

(Sumber: Alex Livesey / Getty Images)
(Sumber: Alex Livesey / Getty Images)

Dalam usaha mereka untuk menyebarkan kesedaran terhadap kanser payu dara dan mengutip derma untuk Victoria Breast Unit di Royal Oldham Hospital, Oldham United memakai jersi ‘one-off’ berwarna merah jambu ketika menentang Leeds United pada tahun 2009.

Kesimpulan

Berbalik kepada kisah Boca Juniors dan jersi merah jambunya, tentangan penyokong bertukar kepada ugutan kepada presiden kelab.

Diluar stadium La Bombonera, tertulis mesej grafiti yang berbunyi: “Pemimpin-pemimpin semua, kalau kita pakai jersi merah jambu, kami takkan datang. Boca adalah biru dan kuning.”

Disebalik tentangan dan ejekan terhadap jersi merah jambu tersebut, ia habis dijual. Presiden Boca Juniors, Marcelo London memanggil jersi merah jambu tersebut sebagai ‘sebuah kejayaan dalam pemasaran’.

Tidak mustahil juga jersi merah jambu Kelantan bakal menjadi jersi paling popular di Malaysia. Jika jersi ini laku, ia adalah kejayaan untuk Dato’ Vida (dari segi pemasaran produknya) dan Kelantan (dari segi penajaan) juga.

Daudsuu 12439513_10206766183725567_8923380596766376399_n 1239725_10206766183285556_8931839457946898589_n (Sumber: Sinar Harian) (Sumber: Kosmo!)

Baca juga: 8 Jersi Bola Sepak Paling Terpelik. No.4 Paling Kelakar!

The post 8 Sebab Mengapa Penyokong Kelantan Perlu Terima Warna Merah Jambu appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

HIMPUNAN JERSI MERAH SELAMAT MARUAH BANGSA INGGERIS

Mengharap kepada pasukan lemah dan tiada tradisi sebagai wakil bangsa inggeris ke peringkat eropah samalah seperti mengharap kepada pasukan Liverpool menjadi juara liga inggeris. Kita boleh biarkan mereka mencuba tapi jangan harap mereka berjaya.

Kekalahan Chelsea dan Arsenal benar-benar membangkitkan kemarahan Queen E kerana memalukan maruah bangsa inggeris di pentas eropah. Queen E terus mencadangkan hanya pasukan Manchester United sahaja dibenarkan menjadi wakil tetap bangsa inggeris ke eropah, mujur FA England tidak membenarkan campurtangan istana dalam pengurusan bolasepak mereka.

Kalau tidak…

Bermain dipentas eropah ini bukan untuk semua pasukan boleh. Kau letak la Costa ke, Sanchez ke atau Fabregas dan Pedro, kalau setakat boleh berbahasa Spanish bersama, tak kemana. Kalau pasukan kau hebat, tak perlu semua itu. Tengok Manchester United, hantar Smalling aje untuk jaringkan gol. Bertahan pun dia, jaringkan gol kemenangan pun dia. Hilang amarah Queen E bila bangsa inggeris baju merah menyelamatkan keadaan.

Tapi bagus juga idea Queen E tu. Sepatutnya hanya pasukan teratas liga saja layak ke eropah. Pasukan nombor 1. Ini no. 5 pun nak pergi, no 14 pun sesama sibuk!

Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia

PBNJ rayu kad merah Figueroa

Johor Bahru: Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) sudah menghantar surat rayuan berhubung kad merah diterima Luciano Figueroa ketika aksi suku akhir kedua Piala AFC.
Penaung Diraja PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, surat rayuan kepada Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) itu dihantar sebaik skuad Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pulang dari Hong Kong, Rabu lalu.

“Kami berharap AFC akan mempertimbangkan semula layangan kad merah itu dan mengkaji sama ada ia relevan atau tidak.

“Tidak salah untuk merayu dan kini terpulang kepada AFC sama ada mahu menerima rayuan kita atau kekal dengan keputusan kad merah itu,” katanya pada sidang media di Stadium Larkin, semalam.

Figueroa dilayangkan kad merah selepas didakwa mengasari pemain South China pada minit ke-37 dalam saingan Piala AFC di Stadium Mong Kok, baru-baru ini sehingga memaksa Johor DT beraksi dengan 10 pemain sepanjang 60 minit perlawanan.

Tunku Ismail juga berpuas hati dengan kemampuan skuad Harimau Selatan itu yang merealisasikan sasaran layak ke separuh akhir kerana itu yang menjadi sasaran mereka pada awal musim.
Bagaimanapun, Johor DT bakal berdepan saingan sengit di separuh akhir Piala AFC itu kerana lawan bakal ditemui bukan calang-calang pasukan.

“Al-Qadsia adalah juara bertahan Piala AFC dan pasukan itu cukup bagus. Kita belum lagi mencapai tahap kelab dari Kuwait itu berada, sebaliknya masih perlu belajar. Tapi, kita tidak boleh terus maju secara mendadak.

“Apa yang saya boleh rumuskan Johor DT berada di landasan terbaik dalam pembentukan struktur untuk memajukan bola sepak dan memerlukan masa untuk berada di tahap tinggi walaupun kemajuan itu sudah mula nampak hasilnya sejak 2013,” kata Tunku Ismail.
Johor DT