Tragedi Nahas Kapal Terbang Chapecoense: Mimpi ‘Leicester Brazil’ Yang Berakhir Dengan Tragedi

Dunia bola sepak semalam berduka dengan berita tragedi nahas kapal terbang Chapecoense yang berlaku di Medellin, Colombia. Nahas tersebut telah mengorbankan 71 penumpang, dan anak kapal. Namun laporan ini masih belum disahkan sepenuhnya.

cha4

Tragedi nahas kapal terbang ini turut membawa pemain-pemain Chapecoense dan wakil media. Chapocoense sebuah kelab yang meningkat mendadak sejak akhir-akhir ini.

Mereka bukanlah kelab Serie A Brazil yang kita kenali seperti Santos, Corinthians dan beberapa kelab gergasi Brazil yang lain.

Siapakah mereka?

Nama penuh kelab itu adalah Associação Chapecoense de Futebol. Ia ditubuhkan pada tahun 1973. Chapecoense berpangkalan di bandar Chapeco di Negeri Santa Catarina di wilayah selatan Brazil.

Wilayah kecil ini ada pola penduduk hanya 200,000 orang. Ia terletak kira-kira 450 km dari Porto Alegre.

Setelah bekerja keras di divisyen bawahan Brazil sejak tahun 1979, Chapecoense akhirnya kembali semula ke Serie A pada 2014 sehingga ke hari ini.

Ini adalah suatu pencapaian yang membanggakan untuk kelab kerdil ini. Chapecoense telah digelar sebagai Leicester Brazil kerana kemampuan mereka mencabar pasukan besar yang lain.

cha2

Mereka berada dalam Serie D pada 2009. Pada 2012 mereka beraksi di Serie C, ia diikuti promosi ke Serie B pada 2013.

Pada 2014, mereka berjaya kembali ke Serie A. Pencapaian mereka ini disempurnakan lagi dengan kejayaan mereka mara ke final Copa Sudamericana 2016.

Mereka mara ke final Copa Sudamericana buat pertama kali dalam sejarah kelab mereka. Ia adalah kejohanan ‘adik’ kepaa Copa Libertadores (anda bayangkan ia Europa League dan UCL).

Mereka menewaskan Indepediente di pusingan 16 pasukan. Di peringkat separuh akhir mereka menewaskan satu lagi kelab terkemuka iaitu San Lorenzo.

Jadi, sepatutnya pada 1 Disember ini mereka akan bermain dalam final pertama Copa Sudamericana menentang Atlético Nacional sebelum perlawanan timbal balik di tempat mereka pada 6 Disember.

cha5

Atas semangat kesukanan, Atlético Nacional telah menghantar pemohonan rasmi kepada CONMEBOL agar kejuaraan Copa Sudamericana 2016 diberikan kepada Chapecoense.

Siapa Yang terlibat dalam kemalangan itu?

Laporan menyatakan sekurang-kurangnya 5 daripada 81 penumpang dan anak kapal terselamat daripada nahas kapal terbang Chapecoense tersebut.

Walaupun ia tidak diketahui berapa banyak dan yang pemain bola sepak berada dalam penerbangan, laporan media tempatan berkata Marcos Danilo, Alan Ruschel dan Jackson Follmann masih hidup.

Berdasasrkan imej twitter ini, ia menunjukkan Danilo dan Ruschel duduk bersebelahan antara satu sama lain dalam penerbangan itu.

Siapakah pemain yang ternama kelab itu?

Cleber Santana adalah kapten kelab ini. Beliau merupakan pemain tengah yang pernah bermain bersama-sama dengan Atletico Madrid pada 2007.

Gambar di bawah ini adalah tweet daripada De Gea yang pernah bermain bersama-sama beliau di Atletico.

Santana kembali ke Brazil menyertai Sao Paulo pada 2010. Selepas berhijrah ke beberapa kelab, Santana memutuskan untuk menyertai Chapecoense pada 2015 dan memberikan isyarat ini mungkin kelab terakhir beliau sebelum bersara.

Matheus Biteco juga antara nama yang tidak asing bagi pemain Bundesliga. Beliau menyertai Hoffenheim daripada Gremio pada 2015.

Pada musim 2016, beliau dipinjamkan ke Chapecoense untuk membantu pembangunan bakat beliau. Pemain ini baru berusia 21 tahun dan merupakan pemain pertahanan B-20 tahun Brazil.

Mimpi Indah Yang Berakhir Dengan Tragedi Nahas

Antara pemain Chapecoense yang tak menyertai penerbangan pesawat tersebut, Alejandro Martinuccio menyatakan:

“Impian kami sudah berakhir! Semalam (kelmarin) saya bertemu dengan mereka untuk mengucapkan selamat tinggal.”

“Mereka berkata kepada saya, mereka ke sana untuk memburu impian itu dan menjadikannya satu realiti.”

Martinuccio tidak menyertai penerbangan tersebut kerana masalah kecederaan. Turut tidak menyertai penerbangan tersebut adalah 8 pemain lain.

cha3

Journalis sukan terkemuka Argentina, Martin Mazur memberitahu CNN:

“Chapocoense antara salah satu kisah dongeng yang indah. Tidak seperti kelab besar Brazil yang lain, kecemerlangan mereka dalam Copa Sudamericana membuatkan mereka ‘disayangi’ dan disokong oleh orang Brazil.”

“Mereka adalah Cinderella di Amerika Selatan. Dan tidak siapa menyangka ia akan berakhir begini rupa.”

cha1

Ramai pemain mengucapkan takziah termasuk Neymar, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, David De Gea dan Ronaldinho. Pemain-pemain dan staf Real Madrid dan Barcelona bertafakur untuk 1 minit sebelum memulakan latihan semalam.

Stadium Wembley diwarnai dengan warna hijau serta bangunan-bangunan di Brazil mengibarkan bendera separuh tiang.

wembley

Ia adalah tragedi yang menyayat hati mengulangi tragedi pasukan Torino pada 1949, nahas melibatkan pasukan Manchester United pada 1958 dan pasukan Zambia pada 1993

chapecoense_cabecalho

Baca juga : Kalusha Bwalya; Inspirasi Kebangkitan Zambia Selepas Nahas 1993

The post Tragedi Nahas Kapal Terbang Chapecoense: Mimpi ‘Leicester Brazil’ Yang Berakhir Dengan Tragedi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Kalusha Bwalya; Inspirasi Kebangkitan Zambia Selepas Nahas 1993

Kalusha Bwayla

Saya pasti ramai yang tidak kenal akan nama ini. Tetapi yang empunya nama di atas adalah simbol inspirasi sebenar bolasepak negara beliau dan bolasepak dunia.

Ramai penulis dan kolumnis menyelitkan kisah beliau dan bolasepak Zambia sebagai antara koleksi cerita naratif yang penuh inspirasi.

Beliau baru sahaja melepaskan jawatan sebagai Presiden Pestauan Bolasepak Zambia selepas tewas undian dalam kongres bolasepak mereka pada Mac 2016.

Beliau adalah individu yang yang berpengaruh dalam FIFA. Pada 2012 Zambia mengejutkan dunia dengan kejuaraan AFCON menewaskan antara pasukan terbaik dunia Ivory Coast.

Di sebalik kejayaan negara kerdil itu, inilah orang yang berada di sebaliknya dan yang menjadi tulang belakangnya, Kalusha Bwalya!

Aspirasi dan Inspirasi

Kalusha Bwalya dilahirkan pada 16 Ogos 1963 di Mufulira, Zambia.Beliau diberi nama samaran Kalou oleh rakan rakan dan keluarga beliau.

Pemain ini cuma berketinggian 177cm. Beliau memulakan karier di Liga Zambia pada 1979 menyertai Mufulira Blackpool ketika berusia 16 tahun. Kemudiannya beliau berhijrah ke Mufulira Wanderers pada 1985.

kalusha-677x472

Aksi cemerlang beliau menjadi perhatian kelab Belgium, Cercle Brugge yang menandatangani beliau pada 1985. Bwalya cemerlang muncul dalam 95 perlawanan dan meledak 30 gol.

Pada 1989 beliau ditawarkan kontrak lumayan oleh PSV Eindhoven dan muncul dalam 101 permainan dengan 25 gol.

Beliau pernah menulis satu artikel menyatakan ia adalah mimpi indah untuk bermain di Liga Belanda dan memenangi 2 kejuaraan.

Eindhoven enggan menyambung khidmat beliau dan Bwalya dilepaskan ke Club America di Mexico. Beliau juga cemerlang menjaringkan 21 gol daripada 88 penampilan.

Foto de Jugador del America en el ano de 1994 , Kalusha Bwalya  1994 MEXSPORT

Foto de Jugador del America en el ano de 1994 , Kalusha Bwalya 1994
MEXSPORT

Kelab Lain Beliau selepas itu ialah :

  • 1997 Necaxa (MEX) 17 apps, 1 Gol
  • 1998 Al Wahda (UAE)
  • 1998 FC Leon (MEX) 13 apps, 1 Gol
  • 1999 CD Irapuato (MEX)
  • 1999 CD Veracruz (MEX)
  • 2000 Correcaminos (MEX) 13 apps, 5 gol

Pemain Terbaik Sepanjang Zaman Zambia

Beliau memulakan kerjaya kebangsaan beliau dalam pemilihan skuad Zambia menentang Uganda pada tahun 1983. Beliau telah muncul dalam enam edisi Piala Negara-Negara Afrika.

Beliau adalah pemain yang paling paling luar biasa pernah dilahirkan oleh Zambia dan juga merupakan Penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Dia menjadi terkenal kerana hatrik sensasi beliau ketika Zambia menentang Itali pada Sukan Olimpik Seoul pada tahun 1988 dengan kemenangan ‘bagai mimpi’ 4-0.

Ia bukan sahaja diraikan oleh Zambia malah seluruh benua Afrika yang menyifatkan Bwalya memberikan kemenangan pertama sebuah pasukan negara Afrika ke atas kuasa besar bolasepak Eropah dan dunia.

Zambia tewas di tangan Jerman pada suku akhir (4-0), tetapi Pemain Terbaik Afrika 1988 itu menjadi penjaring kedua penjaring terbanyak dengan enam gol, satu gol di belakang stiker lagenda Brazil, Romario.

Nahas Udara April 1993

Kalusha-Bwalya

Tetapi perjalanan karier yang indah Bwalya bertukar menjadi tragedi pada 1993 apabila Pada 27 April 1993, pesawat yang membawa pasukan Zambia telah berlepas dan terhempas di pantai Congo.

Pesawat terbabit membawa satu skuad Zambia ke Dakar untuk menentang Senegal dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Kalusha, secara kebetulan membatalkan plan untuk bersama sama dengan skuad yang berlepas dari Zambia pada saat saat akhir.

Ini kerana beliau mahu bergerak secara individu dari Eindhoven dan merancang untuk menggunakan laluan alternatif ke Dakar. Kalusha pada masa itu juga dikatakan sedang sakit namun dia tetap berhasrat pergi.

Selain Bwalya, pemain yang tidak mengikuti penerbangan itu adalah Charles Musonda, yang sedang bermain untuk Anderlecth di Belgium sedang mengalami kecederaan.

Seterusnya ialah Bennett Mulwanda Simfukwe yang tidak dilepaskan oleh majikannya untuk tugasan kali itu.

Pasukan kebangsaan Zambia dilihat ada harapan besar untuk mara ke Piala Dunia 1994. Ini selepas kejayaan pada Sukan Olimpik 1988 di Seoul membelasah Itali 4-0.

Mereka juga meletakkan sasaran yang tinggi untuk generasi ini menjuaraid Piala Negara Afrika 1993.
Semua 30 penumpang termasuk 18 pemain meninggal dunia.

Ia adalah katastropik dalam bolasepak Zambia.

Zambia Bangkit Semula

Selepas nahas udara tersebut, Kalusha menjadi pemain penting dalam pembinaan sebuah Pasukan Kebangsaan Zambia yang baru. Kalusha membantu Zambia melayakkan diri ke Piala Negara-Negara Afrika 1994 di Tunis.

Dalam pusingan akhir kejohanan itu, Kalusha membantu Zambia mara sehingga ke perlawanan akhir. Beliau mahu menjuarai kejohanan itu untuk diabadikan kepada semua mangsa tragedi yang juga rakan rakan beliau.

Beliau menganggap, rakan rakan beliau sedang menunggu kejayaan Zambia di ‘atas’ sana. Kalusha dan Zambia walaubagaimanapun telah tewas 2-1 di tangan gergasi Afrika Nigeria.

Seluruh dunia telah melihat kesungguhan Kalusha sebagai inspirasi yang membawa Zambia mara sehingga sejauh itu.

Dalam edisi Piala Negara-Negara Afrika di Afrika Selatan (1996), Kalusha Bwalya telah memenangi Anugerah Golden Boot dan pasukan kebangsaan Zambia sekali lagi mengejutkan benua Afrika dengan menduduki tempat ke-3.

Gol Seabad (ke-100)

Pada 5 September 2004. Dalam perlawanan menentang Liberia, Kalusha yang sudah berusia 41 merupakan pemain-jurulatih Zambia, dia masuk dari bangku simpanan pada separuh masa kedua.

Beliau bererjaya menjaringkan gol ke-100 beliau untuk negaranya melalui sepakan percuma terus (direct), dan Zambia menang 1-0.

Sudah pasti sukar untuk mendengar kisah ‘dongeng’ sehebat ini untuk meraikan gol ke-100. Walau bagaimanapun, Zambia gagal untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2006 dan Kalusha Bwalya meletakkan jawatan.

Kejayaan Zambia Pada AFCON 2012

Impiannya beliau untuk menjulang trofi AFCON akhirnya hadir pada tahun 2012. Pasukan Bola Sepak Kebangsaan Zambia, adalah under dog sepanjang kejohanan.

Beliau pada ketika itu adalah Presiden Persatuan Bolasepak Zambia.

Kisah Zambia dalam temasya kali ini amat menarik apabila mara ke Suku Akhir melepasi cabaran Senegal. Di separuh akhir mereka menewaskan pasukan pilihan Ghana.

Dan pada final siapakah yang akan menduga Zambia akan menewaskan antara pasukan terbaik dunia Ivory Coast .

2012212225916420734_20

Kalusha menyertai pemain Zambia menjulang kejuaraan yang dihoskan oleh Gabon. Kalusha Bwalya akhirnya menjulang AFCON ketika menjawat jawatan Presiden Persatuan Bola Sepak Zambia (FAZ).

Jurulatih Herve Renard juga mengajak anak buah beliau bertafakur untuk memperingati nahas skuad bolasepak Zambia pada 1993.

"</p

Kalusha dengan sepenuh emisu menjulang trofi dan bergembira dengan pemainnya. Beliau akhirnya berjaya mendedikasikan kejuaraan AFCON kepada rakan rakan, jurulatih dan pegawai Zambia yang terlibat dalam nahas hampir 2 dekad yang lalu.

african-cupjpg-dbc6f165fe7977f6

Beliau kini berkhidmat sebagai ahli jawatankuasa bebas di FIFA dan Konfederasi Bola Sepak Afrika. Dediakasi beliau ke atas bolasepak Zambia tak pernah padam.

Kalusha Bwalya Antara Inspirasi Bolasepak Dunia

Beliau merupakan lagenda. Menjadi pemain yang terbaik pernah dilahirkan oleh Zambia sehingga ke hari ini.

Zambia adalah negara mundur dan serba kekurangan. Beliau menyarung jersi kebangsaaan Zambia dari 1983 hingga 2004.

Dengan 147 caps Antarabangsa, Kalusha telah menjaringkan 100 gol untuk negaranya. Beliau pernah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Afrika 1988 oleh majalah France Football.

Beliau dipilih sebagai pemain ke-12 untuk Anugerah Pemain terbaik Dunia FIFA 1996 FIFA. Sekaligus menjadi pemain Afrika yang pertama yang diberikan pengiktirafan setinggi itu.

Beliau muncul di dalam 6 edisi Piala Negara-Negara Afrika. Beliau kemudian dilantik menjadi jurulatih merangkap pemain player-coach untuk Zambia pada tahun 2004.

Beliau masih menjadi figura ikonik nomnor 11 yang akan kekal dalam sejarah bolasepak Zambia. Beliau berjaya memabantu Zambia untuk menjuarai Piala AFCON ketika menjadi presiden persatuan bolasepak mereka.

Ia secara tidak langsung menunaikan hasrat beliau sejak dari dulu. Beliau sangat dedikasi dengan bolasepak kerana beliau adalah orang bolasepak sejati dan tahu apa yang diperlukan untuk membantu bolasepak negara beliau.

Zambia dan Kalusha berjaya melakukannya walaupun mereka pernah kehilangan generasi emas mereka dalam nahas.

Pencapaian

  • Finalis Piala Negara-Negara Afrika 1994 (Zambia)
  • Juara COSAFA (Winners Cup) 1997 dan 1998 (Zambia)
  • Juara Piala CECAFA 1984 dan 1991 (Zambia)
  • Juara Eredivisie 1991 dan 1992 (PSV Eindhoven)
  • Naib Juara Eredivisie pada tahun 1990 dan 1993 (PSV Eindhoven)
  • Juara Piala Super Holland 1992 (PSV Eindhoven)

Anugerah Individu

  • Pemain terbaik Afrika 1988
  • Penjaring terbanyak AFCON 1996 (5 gol)

The post Kalusha Bwalya; Inspirasi Kebangkitan Zambia Selepas Nahas 1993 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA