Bola Sepak : Cameroon Juara Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon

Pasukan Cameroon atau nama gelaran mereka The Indomitable Lions di bawah kendalian Ketua Jurulatih berasal dari Belgium, Hugo Broos berjaya merangkul kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika 2017 Gabon apabila berjaya menewaskan pasukan Mesir atau nama gelaran mereka The Pharaohs di bawah kendalian Ketua Jurulatih Argentina, Hector Cuper dengan keputusan 2-1. Ini merupakan kejayaan buat kali kelima pasukan Cameroon merangkul gelaran berprestij bola sepak negara-negara afrika setelah kali terakhir muncul juara pada tahun 2002. 

Pasukan Mesir terlebih dahulu mendahului pasukan Cameroon apabila pemain tengah mereka, Mohamed Elneny menjaringkan gol pembukaan pada minit ke 22 perlawanan. Cameroon yang menunjukkan keazaman yang tinggi berjaya bangkit menyamakan kedudukan melalui pemain pertahanan Nicolas Nkoulou pada minit ke 60 perlawanan. Ketika perlawanan dilihat semakin menghampiri masa tambahan, pemain gantian Vincent Aboubakar muncul wira apabila menjaringkan gol kemenganan pada minit ke 89 perlawanan sekaligus membawa pasukan muncul juara edisi 2017. 
Ketua Pasukan Cameroon, Benjamin Moukandjo dipilih pemain terbaik perlawanan akhir manakala seorang lagi pemain Cameroon, Christian Bassogog dipilih sebagai pemain terbaik kejohanan. Pemain tertua kejohanan edisi kali ini iaitu penjaga gol Mesir, Essam El-Hadary terpilih selaku penjaga gol terbaik kejohanan. Dengan kejayaan ini pasukan Cameroon akan mewakili pasukan Afrika ke kejohanan Piala Konfederasi FIFA 2017 Russia yang dijadualkan berlangsung pada 17 Jun hingga 2 Julai 2017 akan datang.

Terlebih dahulu, pasukan Burkina Faso atau nama gelaran mereka The Stallions menamatkan saingan edisi kali ini di tempat ketiga menewaskan pasukan Ghana atau nama gelaran mereka Black Stars dengan keputusan 1-0.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Juara UEFA Piala Negara-Negara Eropah 1960 – 2012

Kejohanan bola sepak berprestij Piala Negara-Negara Eropah atau UEFA European Championship adalah kejohanan yang dianjurkan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah atau Union of European Football Associations (UEFA). Kejohanan ini mula diperkenalkan pada tahun 1960 dengan Perancis menjadi tuan rumah edisi sulung kejohanan. Kejohanan edisi 4 tahun sekali ini pada mulanya hanya melibatkan penyertaan 4 buah negara (Kejohanan Edisi 1960 – 1976) sebelum ditingkatkan kepada 8 buah negara (Kejohanan Edisi 1980 – 1992). Kejohanan ini kemudiannya terus meningkatkan jumlah penyertaan di mana ia melibatkan 16 buah negara bermula Kejohanan Edisi 1996 hingga 2012 dengan penjenamaan nama baru iaitu UEFA EuroPada edisi 2016, 24 buah negara akan bersaing iaitu peningkatan sebanyak 8 buah negara. 

Berdasarkan rekod semasa, 9 negara berjaya merangkul kejuaraan di mana pasukan Sepanyol dan Jerman (2 kali juara dengan nama Jerman Barat) adalah pasukan yang paling cemerlang dengan masing-masing menjuarai kejohanan ini sebanyak 3 kali. Pasukan tuan rumah 2016, Perancis pula merangkul kejuaraan sebanyak 2 kali manakala Kesatuan Soviet (Soviet Union), Itali, Czechoslovakia, Belanda, Denmark dan Greece masing-masing muncul juara sekali. 

Untuk kali ini perebutan kejuaraan pastinya sengit dengan juara bertahan 2 edisi berturut-turut, Sepanyol pastinya turun bagi misi mempertahankan gelaran mereka. Juara Piala Dunia 2014, Jerman, pasukan tuan rumah Perancis, Belgium, Portugal, Itali dan England juga pastinya menjadi pilihan merangkul kejuaraan edisi kali ke 15 ini. Namun begitu, Bual Sukan percaya pasukan-pasukan lain juga turut mampu memberikan saingan sengit untuk merangkul kejuaraan edisi kali ini. Sebagai imbasan, berikut adalah juara kejohanan Piala Negara-Negara Eropah dari tahun 1960 – 2012 : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Pusingan Akhir Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis

Pusingan Akhir Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA EURO 2016 France akan berlangsung pada 10 Jun hingga 10 Julai 2016 akan datang. 24 negara akan bersaing pada kejohanan kali ini di mana ianya adalah tambahan 8 pasukan yang mana sebelum ini hanya melibatkan penyertaan 16 buah negara. Pasukan Perancis selaku tuan rumah layak secara automatik manakala 9 Juara dan 9 Naib Juara Kumpulan Pusingan Kelayakan UEFA EURO 2016 France serta 1 pasukan terbaik tempat ketiga layak secara automatik ke pusingan akhir. 4 lagi pasukan pula ditentukan melalui pusingan kelayakan Play-offs di mana saingan menyaksikan pasukan Hungary, Ireland, Sweden dan Ukraine berjaya ke pusingan akhir kali ini setelah menewaskan 4 pasukan lain iaitu Norway, Bosnia and Herzegovina, Denmark dan Slovenia.

Saingan kali ini juga menyaksikan 5 negara iaitu Albania, Iceland, Ireland Utara, Slovakia dan Wales akan membuat penampilan sulung dalam pentas Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis. Saingan kali ini juga menyaksikan kegagalan pasukan gergasi Eropah iaitu Belanda serta juara EURO 2004 Greece melangkah ke Pusingan Akhir Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis berikutan prestasi mengecewakan dalam pusingan kelayakan. Undian Peringkat Kumpulan Pusingan Akhir UEFA EURO 2016 France akan berlangsung di Paris pada 12 Disember 2015 akan datang. Bual Sukan percaya, undian kumpulan ini pastinya ditunggu-tinggu peminat bola sepak seluruh dunia bagi menyaksikan kedudukan kumpuan pasukan pilihan masing-masing. Berikut adalah kedudukan pasukan dalam Pot undian peringkat kumpuan akan datang : 
Pautan kekal imej terbenam

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Perlawanan Play-offs Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis

Kejohanan Bola Sepak berprestij Eropah iaitu Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis atau UEFA Euro 2016 France telah memasuki pusingan play-offs di mana 8 negara bersaing untuk merebut 4 lagi tiket ke pusingan akhir mengiringi 20 pasukan yang telah layak sebelum ini. Setiap pasukan mempunyai peluang yang seimbang di mana pasukan yang berjaya memanfaatkan peluang dan ruang mencipta jaringan pasti akan mempunyai kelebihan.

Negara yang layak dikira melalui kemenagan agregat, kelebihan jaringan di tempat lawan ataupun melalui penentuan sepakan penalti. Negara yang layak akan ke Pusingan Akhir UEFA Euro 2016 France akan datang di mana undian pusingan akhir akan diadakan pada 12 Disember 2015 akan datang. Bual Sukan percaya, setiap negara akan berusaha untuk melayakkan diri ke pusingan akhir dengan memberikan permainan terbaik masing-masing. Berikut adalah Keputusan Perlawanan Play-Offs Piala Negara-Negara Eropah 2016 Perancis yang berlangsung secara timbal balik bermula pada 12 hingga 17 November 2015 :  
PUSINGAN PERTAMA
12 November 2015
Norway lwn Hungary (0-1)
Hungary : Laszlo Kleinheisler 

13 November 2015
Bosnia and Herzegovina lwn Ireland (1-1)
Bosnia and Herzegovina : Edin Dzeko
Ireland : Robbie Brady

14 November 2015
Sweden lwn Denmark (2-1)
Sweden : Emil Forsberg, Zlatan Ibrahimovic
Denmark :Nicolai Jorgensen 

Ukraine lwn Slovenia (2-0)
Ukraine : Andriy Yarmolenko, Yevhen Seleznyov 

PUSINGAN KEDUA
15 November 2015
Hungary lwn Norway (2-1)
Hungary : Tamas Priskin, Markus Henriksen (GS)
Norway : Markus Henriksen
(Hungary menang Agregat 3-1)

16 November 2015
Ireland lwn Bosnia and Herzegovina (2-0)
Ireland : Jonathan Walters
(Ireland menang agregat 3-1)

17 November 2015
Denmark lwn Sweden
Slovenia lwn Ukraine 

* Kemaskini pada 17 November 2015.

Sukan Malaysia dan Antarabangsa