Pahang Mara Ke Final, Singkirkan Negeri Sembilan Di Paroi

Perlawanan separuh akhir ke-2 Piala FA 2017 melibatkan Negeri Sembilan dan Pahang disaksikan full house di Paroi.

Separuh masa pertama

Pahang mendahului perlawanan seawal minit ke-6 menerusi Jae Won selepas pertahanan Negeri Sembilan sangat longgar berkawal dalam situasi bola mati.

Pahang meneruskan asakan namun mereka gagal menambah gol. Pada minit ke-12, pemain Negeri Sembilan, Shazlan Alias dilayangkan kad kuning kerana menerjah Syamim Yahya.

Pada minit ke-28, satu sepakan percuma dari Lee Tuck hampir memberikan gol penyamaan kepada Negeri Sembilan namun reaksi Wan Azraei luar biasa.

Seminit kemudian, Izuan Salahuddin berpeluang untuk menjaringkan gol dalam keadaan terbuka namun tindakan dari Alves berjaya menidakkan connection di antara hantaran dan pemain serangan.

Minit ke-39, sepakan percuma Lee Tuck menjadi ancaman sekali lagi. Tetapi tandukan Anas lemah dan diselamatkan Wan Azraei.

Separuh masa kedua

Bersambung babak kedua, Negeri Sembilan memiliki peluang keemasan. Namun entah macamana mereka tetap gagal menyudahkan percubaan terbuka.

Minit ke-48 Bruno Suzuki dalam situasi 1 lawan 1 dengan Wan Azraei namun gagal melakukan cubaan.

Minit ke-60, Negeri Sembilan sekali lagi melakukan cubaan liar dari Arman Fareez di hadapan gol hasil situasi bola mati.

Selepas peluang demi peluang dicipta Bruno Suzuki menjaringkan gol penyamaan hasil hantaran silang Lee Tuck pada minit ke-66.

Negeri Sembilan kemudian menguasai perlawanan dan mencipta banyak peluang. Namun mereka gagal menyudahkan beberapa peluang terbuka.

Boleh dikatakan mereka ada 4 atau 5 peluang yang berpotensi tinggi untuk gol. Masalah utama mereka sejak minit pertama.

Pada minit ke-90, Christie Jayaseelan menutup rapat sisa perjuangan pasukan Negeri Sembilan.

Pahang menang 1-2 ataupun 1-3 secara aggregate. Pahang ke pentas final untuk menentang Kedah.

Tahniah!

The post Pahang Mara Ke Final, Singkirkan Negeri Sembilan Di Paroi appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Negeri Sembilan Singkirkan Sabah Dan Melangkah Ke Separuh Akhir Piala FA!

Perlawanan suku akhir kedua Piala FA melibatkan Negeri Sembilan dan Sabah berlangsung di Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi.

Foto: PBNS

Negeri Sembilan turun dengan kelebihan aggregate 1 gol dari perlawanan pertama dan turun sebagai pasukan pilihan untuk perlawanan ini.

Sabah terlebih dahulu mengancam kubu Negeri Sembilan dengan asakan bahaya. Pada minit ke-2, Masaya Jitozono melakukan cubaan yang terkena tiang gol pasukan Negeri Sembilan.

Foto: PBNS

Tidak lama selepas itu Faizal Abu Bakar melakukan cubaan dari luar kotak penalti.

Kedua-dua pasukan lebih bergelut pada separuh masa pertama dengan lebih banyak cubaan gol lemah dari luar kotak penalti dilakukan oleh kedua-dua pasukan.

Sabah pasukan yang lebih baik pada separuh masa pertama dengan mencipta beberapa peluang gol menarik namun penyudah mereka lemah.

Bersambung pada separuh masa kedua, Negeri Sembilan menguasai perlawanan. Simic melakukan cubaan dari luar kotak penalti menarik.

Simic turut melakukan satu cubaan gol dengan teknik turn and shot yang terkena tiang gol sebelah kiri penjaga gol Sabah.

Pada minit ke-60, Khiaurl Anwar melakukan cubaan dari jarak dekat tetapi terkena tiang gol.

Pada minit ke-73, Noor Hazrul melakukan sepakan percuma jarak jauh menarik yang terkena palang gol. Sayangnya susulan daripada Bruno Suzuki gagal menghasilkan gol.

Pada minit ke-87 Simic menerima umpanan cantik di dalam kotak penalti, namun gagal melepaskan cubaan gol dan dikeluarkan oleh pertahanan Sabah.

The post Negeri Sembilan Singkirkan Sabah Dan Melangkah Ke Separuh Akhir Piala FA! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

VIDEO: Bruno Suzuki Dedah Marko Simic Pemain Paling Kelakar Dalam Skuad Negeri Sembilan

Tempoh hari, wakil kami telah berkunjung ke Seremban untuk bersama-sama pihak PFAM di dalam majlis ringkas penyerahan trofi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana PFAM-Asiana.my kepada bintang Negeri Sembilan – Bruno Suzuki.

Wakil kami sempat bertemu dengan beliau dan mengadakan satu sesi temu ramah ringkas dengan beliau.

Antara yang menjadi pertanyaan adalah mengenai kemenangan beliau sebagai pemain terbaik bulanan dan juga mengenai rakan-rakan sepasukan beliau di Negeri Sembilan!

Bruno juga menceritakan siapakah pemain paling kelakar di Negeri Sembilan, siapakah yang paling rajin ketika latihan dan macam-macam lagi!

Baca juga: Kerana Terlalu Cemerlang, Rakyat Brazil Mahu Jurulatih Mereka Jadi Presiden Negara

The post VIDEO: Bruno Suzuki Dedah Marko Simic Pemain Paling Kelakar Dalam Skuad Negeri Sembilan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

KUASA NEGERI JOHOR

Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor.

Dengan segala perkara-perkara yang sedang berlaku dalam negara pada masa ini, ianya seperti menunjukkan sudah tiba masanya untuk menjelaskan kuasa yang telah termaktub dalam negeri Johor. Adakah anda fikir semua ini adalah satu kebetulan? Jawapannya adalah tidak. Rancangan untuk menggunakan ‘Order’ ini bermula sejak 1893 apabila Sultan Abu Bakar mempersembahkan ilham baginda di dalam satu persidangan ‘World Fair’ yang diadakan di Chicago. Sejarah penubuhan dewan negeri di Johor adalah satu fenomena permodenan negeri Johor yang dicetuskan oleh nenda saya Almarhum Sultan Abu Bakar pada tahun 1868.

Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 merupakan permulaan sistem raja berperlembagaan. Undang-undang ini telah melalui beberapa pindaan, kuasa perundangan masih dibawah Dewan Negeri dan tertakluk kepada perkenan Raja. Sejarah juga menyatakan bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor telah dijadikan model dan rujukan dalam menggubal Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri yang lain, bermula dengan Kerajaan Negeri Terengganu 20 tahun kemudiannya.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh sesebuah negeri, badan perundangan adalah dibentuk oleh dua komponen utama iaitu Yang DiPertuan Agong dan Majlis Parlimen di peringkat pusat atau Raja dan Dewan Negeri di peringkat negeri. Oleh yang demikian adalah tidak wajar sekiranya kuasa Agong atau Raja dalam meneliti dan memperkenankan sesuatu rang undang-undang itu dihadkan atau dihapuskan.

Ia akan menjadikan peranan Agong atau Raja hanya sebagai “Rubber Stamp” untuk menurunkan Cop Mohor terhadap rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen atau Dewan Negeri. Saya tahu perkara ini telah berlaku diperingkat persekutuan dan beberapa negeri, Tetapi tidak di Negeri Johor. Jika dahulu orang-orang Melayu bersatu menentang Malayan Union apabila kuasa raja dikecilkan dan dipaksa menerima penasihat British.

Namun kini parti politik Melayu jugalah yang telah menghadkan kuasa Agong dalam mempertimbangkan sesuatu rang undang-undang dan lebih teruk lagi memaksa Yang DiPertuan Agong untuk menerima dan bertindak mengikut apa jua nasihat Jemaah Menteri. Inilah pindaan kepada perkara 40(1A) dan perkara 66(4A) Perlembagaan Persekutuan yang telah dibuat oleh Parlimen Malaysia sebagaimana Akta 885 yang berkuatkuasa Mulai 26 Jun 1994, yang telah merampas kuasa Yang DiPertuan Agong demi untuk kepentingan politik atau kepentingan peribadi. Johor ada sebuah misi. Misi tersebut adalah untuk mengembalikan “Order”.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri Dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim
Johor DT

Lima Laluan Utama Di Negeri Johor Ditutup Sempena Hari Kebangsaan 2015

Lima laluan utama di daerah negeri Johor akan ditutup selama dua hari bermula Ahad bagi menjayakan sesi raptai penuh dan upacara perbarisan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri 2015.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh berkata, laluan itu adalah Jalan Skudai (Pantai Lido), Jalan Thompson/Jalan Sungai Chat, susur turun dari Lingkaran Dalam dan Persimpangan Lot One serta jalan menuju ke Hotel Thistle.

“Semua jalan ini akan ditutup mulai 6.30 hingga 11.30 pagi pada kedua-dua hari berkenaan,” katanya dalam sidang media, di sini hari ini.

Menurut Sulaiman, sebagai alternatif pengguna dari Skudai boleh menggunakan Jalan Tun Razak dan Jalan Lingkaran Dalam untuk ke pusat bandar.

“Untuk memarkir kenderaan, pengguna dibenarkan menggunakan jalan sepanjang Sungai Chat sehingga Mawar, Pusat Islam dan Masjid Sultan Abu Bakar manakala peserta perarakan pula boleh meletakkan kenderaan di Jalan Skudai (Pantai Lido menghala ke Danga Bay),” katanya.

Beliau berkata, perarakan Hari Kebangsaan kali ini bakal diadakan di Dataran Bandaraya Johor Baharu di sini dan disertai 112 kontijen berkereta.

Polis turut menugaskan seramai 209 anggota untuk mengawal keselamatan pada hari tersebut. – BERNAMA
Johor DT