PES 2017 Dapat Hak Eksklusif Barcelona, FIFA 17 Tak Dapat Guna Nama ‘Nou Camp’

Semalam KONAMI baharu sahaja mengumumkan kerjasama baru yang bakal membuatkan kepopularan FIFA 17 tergugat!

Buat kali pertamanya, KONAMI melalui francais permainan PES 2017 akan mempunyai kerjasama ekslusif dengan Barcelona untuk tempoh 3 tahun!

Hak ekslusif bersama Barcelona

Kerjasama ini memberikan KONAMI hak ekslusif dengan jenama Barcelona.

Contohnya, stadium Nou Camp hanya boleh didapati dalam PES 2017 sahaja dan tidak terdapat dalam FIFA 17.

Maaf, peminat FIFA.

KONAMI juga menjanjikan kit bersejarah Barcelona akan dimuatkan ke dalam PES 2017.

Pemain-pemain lagenda Barcelona seperti Johan Cruyff dan Rivaldo juga dapat digunakan dalam mod MyClub.

Dalam dunia sebenar, kerjasama ini bakal membolehkan kita melihat kempen pengiklanan KONAMI dan PES 2017 di sekitar padang dan stadium Camp Nou.

pespro3

Menurut presiden KONAMI, Tomotada Tashiro, beliau mengharapkan kerjasama eksklusif dengan Barcelona dapat membuatkan PES 2017 dapat bersaing dengan FIFA 17.

“Dengan kerjasama rapat bersama Barcelona, kami dapat memperkenalkan siri PES kepada kumpulan penyokong Barcelona yang ramai di seluruh dunia.”

“PES dikenali sebagai siri permainan yang realistik dan kawalan permainan yang baik. Jadi kerjasama ini sangat ideal kerana Barcelona merupakan pasukan yang sangat berskil dan kami adalah permainan video yang meraikan kebolehan mereka.”

Apa ertinya hak ekslusif PES 2017 dengan Barcelona

pespro6

Secara ringkasnya, kerjasama ekslusif KONAMI bersama Barcelona dalam PES 2017 bermakna:

  • Hanya PES 2017 yang boleh menggunakan stadium Camp Nou. FIFA 17 perlu menggunakan ‘stadium rekaan’ sebagai halaman Barcelona
  • Falsafah bola sepak Barcelona, tiki taka akan diperkemas dan menjadi lebih teliti dalam PES 2017
  • Lagu rasmi Barcelona, Himno akan kedengaran dalam PES 2017 jika Barcelona bermain di Nou Camp
  • Kit bersejarah rasmi Barcelona akan turut disertakan.
  • Terdapat promosi khusus dalam mod MyClub yang membenarkan pemain memasukkan bintang-bintang Barcelona seperti Lionel Messi, Neymar dan Luis Suarez ke dalam kelab mereka.
  • Lagenda-lagenda Barcelona akan dimuatkan ke dalam mod MyClub.

Dan kepada mereka yang memiliki konsol PlayStation, KONAMI juga telah menerbitkan artwork dibawah sebagai cover PES 2017 FCB Edition.

Pengguna PlayStation sudah boleh mula membuat pra-tempahan versi digital di PlayStation Store.

pesprops4cov

Muka depan PES 2017

Setelah FIFA mengumunkan bahawa Marco Reus bakal menjadi wajah yang bakal menghiasi muka depan FIFA 17, PES 2017 pula memperkenalkan bukan satu tetapi beberapa pemain Barcelona di muka depan permainan mereka.

Pemain-pemain ini adalah bekas penghias muka depan FIFA iaitu Lionel Messi bersama Neymar, Ivan Rakitic, Luis Suarez dan Gerard Pique.

pespro8

Grafik yang realistik

Selain menjanjikan permainan yang menarik, ciri lain yang membuatkan peminat tegar PES terus tertambat adalah betapa “hidup”nya grafik dalam permainan tersebut.

pespro6

KONAMI menyatakan:

“KONAMI akan menggunakan teknik advanced 3D photo-scanning untuk menyempurnakan wajah dan ekspressi wajah setiap pemain utama.”

pespro1

Hal ini ternyata benar kerana kami kagum melihat kualiti grafik wajah dan ekspresi wajah pemain Barcelona dalam trailer terbaru PES 2017 ini!

Pandangan kami

Seperti anda, kami juga tidak sabar untuk bermain PES 2017 yang mempunyai hak eksklusif dengan Barcelona.

pespro5

Impian setiap peminat bola sepak untuk menterjemahkan gaya permainan Barcelona di permainan video bakal menjadi realiti di PES 2017.

Ini kerana falsafah tiki taka dalam PES akan diperkemaskan dan anda boleh memberikan setiap pemain peranan yang lebih spesifik, termasuklah cara pemain melakukan hantaran.

Semua ini menjadi realiti hasil pengenalan ciri utama terbaru dalam PES 2017, Control Reality.

pespro2

Lihat sahaja real gameplay dalam video dibawah – one touch passes yang mengujakan ini amat mirip dengan gaya permainan sebenar Barcelona!

PES 2017 bakal menemui peminat pada pertengahan bulan September 2016 di konsol PS4, PS3, X Box One dan Xbox 360.

Baca juga: PES 2017 Umum Akan Fokus Aspek ‘Gameplay’ Untuk Kalahkan FIFA 17

The post PES 2017 Dapat Hak Eksklusif Barcelona, FIFA 17 Tak Dapat Guna Nama ‘Nou Camp’ appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA