Protes Peminat Chile Mahu Sanchez Keluar Arsenal Hambar, Hanya 5 Orang Datang

Protes peminat Chile yang mahukan bintang Arsenal, Alexis Sanchez keluar daripada kelab itu berakhir dengan hambar apabila jumlah yang hadir ke protes itu terlampau sedikit.

Ia dikatakan hanya seramai 5 orang sahaja peserta yang hadir ke protes yang pada mulanya dirancang oleh ribuan peminat Chile itu.

Penat 

Protes itu dilaksanakan selepas peminat Chile sudah penat melihat Sanchez dan Arsenal tidak memperoleh kejuaraan yang diidamkan seperti Premier League dan UEFA Champions League.

“Kami dah letih tengok Sanchez bermain sendirian ketika beraksi untuk Arsenal.”

Namun begitu, mereka tidak mahu melihat Sanchez pergi ke kelab seperti Real Madrid atau pulang ke Barcelona.

“Kami tak mahu beliau pulang ke Barcelona apatah lagi pergi ke Real Madrid. Kami mahu beliau pergi ke pasukan lain tak kisah pasukan mana pun.”

“Kami mahu beliau pergi ke pasukan yang dimana bukan beliau sahaja yang berjuang. Tapi 10 pemain lain pun turut serta sekali.”

Main-main

Namun begitu, sebenarnya protes yang dimulakan di Facebook itu pada mulanya diadakan atas dasar suka-suka sahaja.

“Kami sebenarnya main-main sahaja, namun tak sangka pula satu dunia sebarkan apa yang kami lakukan ini.”

Convocatoria a la marcha para que Alexis Sánchez se vaya del Arsenal: 5 personas 👌

A post shared by Camilo Encina (@sagnol_alreves) on Mar 1, 2017 at 3:00pm PST

Dalam sebaran di Facebook itu juga, mereka ada menyebut untuk meminta peserta untuk membawa jersi Arsenal atau Chile Sanchez untuk dibakar.

Namun begitu, protes itu jadi hambar apabila hanya 5 orang sahaja yang datang. Walaupun pada mulanya 1,400 orang telah sahkan kehadiran di Facebook!

Baca juga: Gol Minit Akhir Juliano Mineiro Kecewakan Kedah Di Selayang

The post Protes Peminat Chile Mahu Sanchez Keluar Arsenal Hambar, Hanya 5 Orang Datang appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Paulo Futre: “Orang Portugal Sebenarnya Lebih Suka Lionel Messi Daripada Cristiano Ronaldo”

Apabila bercakap mengenai Cristiano Ronaldo. Semua pasti akan menceritakan mengenai kepantasan beliau, rembatan deras dari luar kotak serta semangat ‘tetap mahu menang’ beliau di atas padang.

Namun bagi mereka yang membenci beliau. Pasti cerita beliau yang kerap melakukan simulasi, gaya egoisitik beliau sebagai pemain serta dakwaan yang beliau adalah pemain yang hanya mahukan kejayaan individu akan terpacul keluar dari mulut para pembenci Ronaldo.

Dibenci bangsa sendiri

Ia ibarat sudah tercatat dalam hukum alam yang di mana, “jika ramai yang suka kita, pasti ramai juga yang membenci.”

Begitu juga dengan Ronaldo. Ramai diantara kita amat meminati beliau, tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang membenci.

Tetapi apa rasanya jika dibenci oleh bangsa sendiri?

cristiano-ronaldo-portgual-1458948561908

Lagenda Portugal Paulo Futre menceritakan bagaimana Ronaldo begitu dibenci oleh rakyat Portugal.

“Ronaldo seperti yang kita semua tahu beliau adalah seseorang yang berbangsa Portugis. Belia telah lakukan segalanya dalam kariernya dan beliau adalah juara Eropah.”

“Tetapi beliau punyai ramai musuh di Portugal, hal ini berpunca kerana tindakan beliau sendiri.”

Futre mengatakan sikap Ronaldo di dalam dan luar padang membuatkan ramai rakyat Portugal meluat dengannya.

Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukkan beliau di atas padang sudah menjadi pengetahuan umum. Ia adalah sebahagian daripada jiwa beliau yang sentiasa mempunyai daya saing yang tinggi dan tidak mahu mengalah dengan mudah.

Menurut Futre lagi, Ronaldo dibenci kerana apa yang katakan kepada media serta sikapnya.

“Ronaldo adalah seorang yang sangat lantang dan kerana kelantangannya beliau mencipta ramai musuh di negarannya.”

“Kadang kala apa yang beliau katakan selepas perlawanan, dan sikapnya cukup untuk membuatkan rakyat Portugal membenci beliau.”

Pada hemat penulis, mungkin ada beberapa kali Ronaldo telah menyakitkan hati rakyat Portugal. Namun cerita itu hanya diketahui oleh rakyat Portugal sahaja.

Perangai tipikal orang Portugal

Dek kerana terlalu bencikan Ronaldo, Futre memberitahu terdapat ramai rakyat Portugal yang lebih memilih untuk menyokong ‘musuh tradisi’nya iaitu Lionel Messi.

“Pernah terjadi satu ketika dahulu. Ramai pembenci Ronaldo datang ke hotel penginapan skuad kebangsaan Portugal dan menyorak nama Messi berulang kali.”

Futre juga berkata ada juga peminat Portugal yang mahukan Ronaldo tewas pemilihan Ballon d’Or di tangan Messi.

lionel-messi-2015-ballon-do

Lagenda Portugal itu menyifatkan tindakan rakyat Portugal yang membenci Ronaldo itu adalah tindakan tipikal orang Portugis iaitu dengki dengan kejayaan yang dimiliki oleh orang dari bangsa mereka sendiri.

“Jelas sekali, ramai orang di Portugal mahu Messi menang Ballon d’Or. Dan itu menunjukkan sikap tipikal orang Portugal yang dengki dengan kejayaan bangsa mereka sendiri.”

Kata-kata Futre itu sama dengan apa yang perangai tipikal bangsa Melayu di negara kita yang gemar untuk dengki dengan kejayaan bangsa sendiri.

Maka tidak hairanlah mengapa Portugal menjajah Tanah Melayu dahulu.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Figo: “Maaf, Ronaldo Bukan No. 1 Di Portugal.”

The post Paulo Futre: “Orang Portugal Sebenarnya Lebih Suka Lionel Messi Daripada Cristiano Ronaldo” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Mengapa Lagenda Bola Sepak USA Ini Mahukan Semua Orang Lupakannya?

Dalam mana-mana sukan termasuk bola sepak, pemain lagenda adalah sumber inspirasi kepada generasi muda.

Kisah mereka dibukukan, difilemkan dan ditulis supaya kanak-kanak boleh mendapat inspirasi daripada kejayaan dan pencapaian lagenda tersebut.

Tetapi itu bukanlah sesuatu yang dimahukan oleh lagenda bola sepak wanita Amerika Syarikat, Abby Wambach.



Sebaliknya, Wambach mahu semua orang lupakannya. Termasuklah kanak-kanak perempuan yang sedang mencari inspirasi dalam bola sepak wanita.

Kontroversi dengan Klinsmann

Belum pun perlawanan bola sepak terakhirnya bermula, Wambach sudah pun menangis.

Beberapa jam sebelum perlawanan itu, Wambach menimbulkan kontroversi apabila secara terbuka memberitahu media bahawa Jurgen Klinsmann perlu dipecat.

Wambach berpendapat Klinsmann terlalu banyak mengambil pemain kelahiran Jerman sebagai pemain kebangsaan. Bukannya fokus kepada pembangunan akar umbi pemain muda tempatan.

China merosakkan parti

Menentang China di Superdome of New Orleans, hampir 33,000 rakyat Amerika Syarikat membanjiri stadium untuk melihat Wambach mengetuai jentera serangan Amerika Syarikat buat kali terakhir.

China bagaimanapun langsung tidak mempedulikan kepentingan perlawanan ini kepada Wambach dan penyokong Amerika Syarikat. Mereka menang 1-0.



Wambach yang sudah berusia 35 tahun, bukan saja gagal menjaringkan gol. Malah pasukannya baru saja meranapkan rekod 104 perlawanan tanpa kalah di halaman sendiri – rekod yang bertahan sejak 2004.

Pada minit ke-72, Wambach dikeluarkan. Karier bola sepaknya berakhir.



“Saya rasa takdir dah menentukan yang saya hanya main 70 minit dan tak dapat jaringkan gol,” gurau Wambach selepas perlawanan.

“Mungkin ini masa saya untuk bersara. Masa depan pasukan terletak di tangan pemain-pemain muda sekarang.”

“Saya tahu semua orang mahukan saya jaringkan gol. Tapi mungkin itulah sebab kami gagal jaringkan gol. Sebab ahli pasukan lain terlalu fokus mahukan saya jaringkan gol.”

Karier bola sepak Wambach melangkaui 15 tahun. Di peringkat kebangsaan, Wambach sudah menjaringkan 184 gol, lebih banyak daripada mana-mana pemain lelaki dan perempuan dalam sejarah bola sepak antarabangsa.

“Lupakan saya”

Mana-mana pemain dengan rekod hebat sehebat Wambach pastinya layak dijulang dan mahu diingati.

Tetapi Wambach bertegas mahu semua orang lupakannya dalam mesej video yang diterbitkan oleh Gatorade.

“Lupakan saya. Lupakan nombor saya. Lupakan nama saya. Lupakan kewujudan saya. Lupakan pingat yang saya pernah menangi, rekod yang dipecahkan dan pengorbanan yang saya buat.”

“Saya mahu tinggalkan legasi di mana kita sentiasa memandang ke hadapan. Atau pemain daripada generasi seterusnya berjaya sehingga saya tak diingati.”

“Jadi, lupakan saya. Kerana hari kita dapat lupakan saya, adalah hari kita berjaya.”

Baca juga: Bolehkah Wanita Menjadi Jurulatih Bola Sepak Lelaki?

The post Mengapa Lagenda Bola Sepak USA Ini Mahukan Semua Orang Lupakannya? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA