Lagenda Juventus Dedahkan Kelab Itu Hampir Dapatkan Lionel Messi Pada 2005

Lagenda Juventus iaitu Mauro Camoranesi mendedahkan pasukannya itu hampir mendapatkan khidmat bintang Barcelona iaitu Lionel Messi.

Beliau berkata demikian yang bekas kelabnya itu hampir berjaya mendapatkan khidmat Messi kira-kira 12 tahun lepas pada tahun 2005.

Tak kukuh

Camoranesi berkata demikian yang pengurus Juventus ketika itu iaitu Fabio Capello pernah merancang untuk mendapatkan Messi ke dalam skuad Juventus.

Beliau berkata yang Capello hampir berjaya mendapatkan Messi sebagai pembelian beliau ketika itu.

Beliau juga menyatakan yang Capello sudah lama nampak akan potensi Messi yang akan jadi pemain terbaik dunia, namun tidak bagi skuad Juventus ketika itu.

“Capello sudah lama nampak akan potensi Messi. Namun beliau kata tunggu dulu.”

“Hal ini sebab beliau mahu tunggu Messi menjadi pemain yang matang sebelum mendapatkanya.”

Juara Eropah

Menurut Camoranesi, Capello tidak kisah untuk mendapatkan Messi dengan harga yang tinggi dan memaksa Juventus untuk berbelanja lebih.

“Waktu itu, Serie A adalah liga terbaik di dunia.”

“Liga itu cukup kompetitif ketika itu, jadi jika Messi datang ke Juventus pada waktu itu beliau pasti akan menjadi pemain terbaik di dunia.”

Camoranesi juga memberikan gambaran yang jika Messi hadir ke Juventus ketika itu, pasukannya pasti sudah mendakap gelaran UEFA Champions League.

“Saya yakin jika beliau datang ke Juventus ketika itu, kami pasti sudah jadi juara Eropah.”

“Beliau mungkin tak menang trofi seperti yang beliau dapat ketika di Barcelona. Namun kebolehan individu beliau itu boleh dapatkan anugerah-anugerah individu sebanyak mana yang beliau peroleh sekarang.”

Messi kini pemenang 5 kali Ballon d’Or – terbanyak dalam sejarah.

Baca juga: 10 Gandingan Bek Tengah Terbaik Di Eropah Pilihan Squawka

The post Lagenda Juventus Dedahkan Kelab Itu Hampir Dapatkan Lionel Messi Pada 2005 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Loius Van Gaal Bersara Dari Bola Sepak, Mahu Fokus Pada Keluarga

Loius Van Gaal bersara daripada bola sepak dalam kadar serta-merta.

Bekas pengurus Barcelona, Ajax Armsterdam, AZ Alkmaar, Bayern Munich, Manchester United serta pasukan kebangsaan Belanda ini mengambil keputusan untuk bersara dari pengurusan bola sepak atas alasan peribadi.

Dapat tawaran dari Asia

Van Gaal sebenarnya ada mendapat tawaran yang cukup lumayan dari kelab yang berpengkalan di Asia. Namun beliau memilih untuk menolak tawaran tersebut.

Tawaran yang cukup lumayan itu memang cukup lumayan dari segi jumlah bayarannya. Hal ini kerana, Van Gaal boleh memperoleh £44 juta dalam masa 3 musim!

Utamakan keluarga

Jika terdahulu ketika beliau baru tiba di Manchester United, Van Gaal pernah memberitahu media yang beliau akan bersara dari menjadi pengurus selepas kontraknya bersama kelab England itu berakhir.

Beliau berbuat demikian kerana telah berjanji dengan isterinya untuk bersara selepas tamat kontrak bersama dengan Manchester United.

Masa Van Gaal di Manchester United mungkin sukar kerana beliau gagal menghidupkan standard bola sepak yang diharapkan oleh para peminat serta pengurusan tertinggi kelab tersebut.

Tetapi masalah peribadi yang dihadapi beliau bersama keluarganya lebih sukar berbanding hari-hari sukarnya di Manchester.

Rahsia disebalik keputusan yang di ambil pengurus berbangsa Belanda itu untuk bersara adalah kerana dugaan yang menimpa anak perempuannya yang kehilangan suaminya pada bulan lalu.

Insiden itu dikatakan sebab utama mengapa beliau mahu bersara dari menjadi pengurus bola sepak.

“Saya boleh pergi ke sana (menjadi pengurus di kelab Asia), tetapi saya masih di sini. Terlalu banyak yang berlaku dalam keluarga saya ketika ini.”

Louis Van Gaal bersara dengan Manchester United menjadi destinasi terakhir beliau sebagai pengurus.

Walaupun berjaya memenangi FA Cup untuk Red Devils, beliau tetap dipecat oleh pengurusan Manchester United 2 hari selepas memenangi piala nasional England itu.

Sebelum itu, beliau juga pernah memenangi gelaran antaranya:

  • Eredivisie (1993/1994, 1994/1995, 1995/1996)
  • KNVB Cup (1992/1993)
  • UEFA Champions League (1994/1995)
  • Intercontinental Cup (1995)
  • La Liga (1997/1998, 1998/1999)
  • Copa Del Rey (1997/1998)
  • Bundesliga (2009/2010)
  • DFB-Pokal (2009/2010)
  • FA Cup (2015/2016)
  • Tempat ketiga Piala Dunia (2014)

Selamat bersara, Louis Van Gaal!

Baca juga: Logo Baru Juventus Dilancarkan Dengan Rekaan Yang Lebih Minimal

The post Loius Van Gaal Bersara Dari Bola Sepak, Mahu Fokus Pada Keluarga appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Gaji Pemain Dan Pengurus Tertinggi Di Serie A Pada Musim 2016/2017

Baru-baru ini La Gazzetta dello Sport telah mengeluarkan informasi mengenai gaji yang diterima oleh para pemain dan pengurus yang beraksi di Serie A Itali.

Juventus ternyata pasukan yang paling banyak berbelanja untuk gaji dengan menghabiskan €145 juta manakala Crotone merupakan pasukan paling sedikit menghabiskan wang mereka untuk gaji dengan hanya €14 juta sahaja.

Untuk artikel ini, kami menyediakan carta 5 kelab yang paling banyak membayar gaji mereka termasuk 3 pemain termahal setiap kelab.

Dan diikuti pula dengan carta 5 pengurus termahal di Serie A.

5 Pasukan paling tinggi bayaran gaji

5. Napoli

Naib juara Serie A musim lalu menghabiskan €75 juta untuk bayaran gaji pemain mereka.

Kapten Napoli iaitu Marek Hamsik ternyata pemain menerima gaji tertinggi apabila memperoleh €3.5 juta setahun.

Manakala Jose Callejon dan Arkadiusz Milik masing-masing menerima €3 juta dan €2.5 juta setahun untuk menyertai 3 pemain termahal di Napoli bersama-sama Hamsik.

4. AC Milan

Milan mungkin masih lagi tidur dibuai mimpi indah kejayaan lalu, namun mereka masih lagi pasukan utama di Itali dengan menjadi pasukan ke-4 yang paling tinggi bayaran gaji mereka kepada pemain berjumlah €80 juta.

Carlos Bacca menerima bayaran gaji sama seperi Hamsik di Napoli iaitu €3.5 juta setahun untuk menjadi pemain termahal gajinya di San Siro.

Luiz Adriano dan Ricardo Montolivo menjadi pemain kedua dan ketiga tertinggi bayaran gaji mereka di Milan dengan masing-masing menerima €3 juta dan €2.5 juta setahun.

Prospek besar Milan iaitu Gianlugi Donnaruma menjadi pemain kedua terakhir yang menerima gaji tertinggi di Milan dengan hanya meraih €160 ribu setahun.

3. AS Roma

Roma kekal sebagai pencabar utama Serie A kali ini dan bayaran gaji mereka kepada pemain membuktikan segala-galanya.

Dengan jumlah bayaran keseluruhan berjumlah €92 juta, Danielle De Rossi masih lagi penerima gaji tertinggi di Roma dengan gaji setahun bernilai €6.5 juta!

Jumlah itu agak jauh hendak dibandingkan dengan gaji Eden Dzeko dan Mohammad Salah yang cuma menerima €4.5 juta dan €3.5 juta setahun ditangga kedua dan ketiga.

Lagenda Roma iaitu Francesco Totti pula cuma menerima €1.2 juta setahun.

2. Internazionale

Internazionale begitu terdesak untuk mengembalikan hari gemilang mereka dengan menjadi pasukan kedua tertinggi membayar gaji pemain dengan jumlah €120 juta!

Mauro Icardi menjadi pemain termahal bayaran gajinya di Internazionale apabila menerima €3.6 juta setahun.

2 lagi pemain yang menerima gaji termahal di Giusepee Meazza ialah Geoffrey Kondogbia dan Stefan Jovetic yang masign menerima jumlah yang sama iaitu €3.5 juta setahun.

1. Juventus

Juara Itali ini ternyata mempunyai bajet gaji yang lebih besar berbanding lawan mereka di Serie A.

Hal ini kerana mereka menghabiskan €145 juta hanya untuk gaji sahaja.

Gonzalo Higuain menjadi penerima gaji termahal di Juventus dan juga tertinggi di Serie A dengan bayaran sebanyak €7.5 juta setahun!

Beza antara gaji Higuain dengan Miralem Pjanic ditangga kedua terlalu jauh. Pjanic hanya meraih €4.5 juta setahun sahaja.

Manakal Sami Khedira memperoleh €4 juta setahun untuk menjadi pemain ketiga gaji tertinggi di Juve.

5 Pengurus termahal Serie A

5. Salisa Milhajlovic & Paulo Sousa (Torino & Fiorentina)

Dua pengurus ini terikat di tangga kelima untuk carta pengurus termahal di Serie A.

Kedua-dua pengurus ini menerima gaji berjumlah €1.5 juta setahun dengan kontrak mereka berakhir masing-masing pada 2018 dan 2017.

Milhajlovic menjadi pengurus Torino bermula musim ini manakal Sousa menjadi pengurus Fiorentina sejak 2015.

4. Vicenzo Montella (AC Milan)

Montella menerima gaji lebih tinggi berbanding bekas pengurus AC Milan iaitu Milhajlovic di Torino dengan menerima €2.2 juta setahun

Montella menjadi pengurus Milan bermula musim ini dan mempunyai kontrak sehingga 2018.

3. Frank De Boer (Internazionale)

Seteru utama Milan iaitu Internazionale membayar gaji lebih tinggi untuk pengurus mereka iaitu Frank De Boer.

Juara UEFA Champions League 2010 itu membayar €2.5 juta setahun untuk pengurus Belanda itu.

De Boer mempunyai kontrak sehingga 2019 dan menjadi pengurus sejak awal musim ini.

2. Luciano Spalleti (AS Roma)

Spalleti yang menggantikan Rudi Garcia tiba di Stadium Olimpico pada Januari 2016 merupakan pengurus kedua termahal di Serie A.

Kelab Rom itu membayar €3 juta kepada Spalleti dan beliau mempunyai kontrak sehingga 2017.

1. Massimilliano Allegri (Juventus)

Jika Higuain merupakan pemain tertinggi bayaran gajinya di Serie A, Allegri pula merupakan pengurus yang menerima gaji termahal di Serie A.

Bayaran yang diterimanya ternyata berbaloi apabila memberikan dua kejuaraan iaitu gelaran liga dan Coppa Italia pada musim pertamanya di Turin.

Allegri menerima gaji €5 juta setahun dan mempunyai kontrak sehingga 2018.

Baca juga: 10 Pemain Dengan Gaji Paling Tinggi Dalam Serie A Pada Musim 2015/2016

The post 5 Gaji Pemain Dan Pengurus Tertinggi Di Serie A Pada Musim 2016/2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Real Madrid & Barcelona Perkenal Jersi Away Warna Sama Pada Hari Yang Sama

Seteru El Clasico dan musuh tradisi, Barcelona dan Real Madrid telah pun memperkenalkan jersi away mereka untuk musim 2016/2017 baru-baru ini.

Tetapi apa yang menariknya, kedua-dua pasukan ini bukan sahaja mengambil hari sama (14 Julai 2016) untuk memperkenalkan jersi away mereka, malah warnanya juga turut sama!

Secara kebetulan, Barcelona dan Real Madrid telah memilih warna ungu sebagai warna jersi away mereka.

rma

bc

Kali terakhir kedua-dua pasukan memilih warna yang sama untuk jersi tempat lawan adalah pada musim 2011/2012. Jersi tempat lawan mereka ketika itu adalah hitam.

3rd

Kedua-dua kelab gergasi Sepanyol itu dikatakan memilih warna twrsebut sebagai penghormatan kepada penyanyi lagenda Prince. Tetapi kebenarannya masih tidak dapat disahkan.

Baju dan seluar Barcelona mungkin tidak terlalu menonjol, namun jalur warna merah jambu yang kuat pada bahagian torso, kolar adalah antara tarikan utama.

Mereka juga memilih warna merah jambu untuk stoking.

36434D3B00000578-3689768-image-a-1_1468487072947

barcelona-away-kit-barca_3744500

Walaupun sebelum ini Barca kerap bereksperimen dalam rekaan jersi away mereka, namun mereka tidak pernah memilih warna ungu sebelum ini.

36434D2B00000578-3689768-image-a-2_1468487076314

Reka bentuk kali ini adalah berdasarkan template Nike Vapour, yang digunakan dalam jersi England dan Perancis ketika Piala Eropah yang lalu.

93097903_A_view_of_the_new_England_football_kit_PRESS_ASSOCIATION_Photo_Picture_date_Thursday_March-large_trans++EDjTm7JpzhSGR1_8ApEWQA1vLvhkMtVb21dMmpQBfEs

Sementara itu, Real Madrid pula agak sinonim dengan penggunaan warna ungu sama ada untuk jersi kedua ataupun jersi ketiga mereka.

real-madrid-16-17-away-kit-6

Rekaan Adidas untuk jersi away Real Madrid kali ini dijangka akan menjadikan ia antara sebab penyokong Real Madrid pening; sama ada untuk memilih jersi utama atau jersi away.

bale

Adidas mengambil inisiatif meletakkan 3 jalur signifikan mereka di atas bahagian bahu. Manakala untuk jersi home, jalur tersebut diletakkan di bahagian torso.

3643561400000578-3689911-It_includes_a_white_ribbed_crewneck_collar_the_shorts_and_socks_-a-52_1468493884506

Rekaan ini juga dikatakan inspirasi daripada jersi tempat lawan Real Madrid pada era 80-an dahulu.

madrid-purple-700x437

Template untuk jersi Real Madrid banyak digunakan Adidas dalam rekaan mereka untuk pasukan-pasukan di Piala Eropah dan Copa America Centenario 2015 yang baru habis berlangsung baru-baru ini.

36438A6200000578-3689911-image-a-53_1468493894332

Jadi, ia adalah musim yang menarik untuk melihat penyokong mereka akan mengenakan warna yang sama.

Pada pendapat anda, jersi tempat lawan mana yang lebih cantik?

Baca Juga : Shaqiri Sindir Jersi PUMA Switzerland: Saya Harap Puma Tak Buat Kondom

The post Real Madrid & Barcelona Perkenal Jersi Away Warna Sama Pada Hari Yang Sama appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Kisah Bagaimana Anfield Menjadi ‘Rumah’ Manchester United Pada 1971

Teres Spion Kop pada hari itu padat dipenuhi penyokong yang memakai lilitan scarf berwarna merah dan putih di leher mereka.

Spion Kop cukup berbeza dengan bahagian lain di stadium Anfield. Spion Kop bukan sahaja tidak mempunyai bangku untuk penonton, ia juga berbeza dari segi roh.

Spion Kop tak pernah senyap daripada laungan yang menggerunkan pasukan pelawat. Dalam pada masa yang sama, ia juga mengangkat semangat pemain Liverpool.

Dan pada satu masa dulu, pemain Manchester United juga.

Hari Anfield menjadi halaman Manchester United

Tanggal 20 Ogos 1971 telah berlakunya peristiwa yang cuba disenyapkan dalam sejarah bola sepak.

Pada tarikh tersebut, 11 pemain berjersi merah pekat mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong di bahagian teres Spion Kop. Mengapa tidak? Mereka baru saja menewaskan pasukan lawan, Arsenal.

Namun penyokong tuan rumah terlebih dahulu dikejutkan oleh jaringan Arsenal seawal minit ke-4. Namun hasil inspirasi pemain sayap lincah kelahiran Ireland Utara, George Best, kebangkitan ajaib berlaku. Pasukan tuan rumah menang 3-1.

Tetapi apa yang anda perlu tahu adalah 11 pemain berjersi merah pekat yang baru menang 3-1 ke atas Arsenal tersebut bukanlah pemain Liverpool.

Mereka adalah pemain Manchester United.

Inilah kisah gelap yang telah tenggelam di dasar lautan sejarah. Kisah Manchester United menjadikan stadium Anfield sebagai halaman mereka. Kisah penyokong Manchester United berdiri di teres Spion Kop dengan perasaan megah dan penuh bangga.

Pada ketika itu, penyokong Manchester United juga faham nilai keramat teres tersebut. Ia menjadi simbol kepada maksud sebenar penyokong sejati – menyokong dengan penuh ghairah ketika menang dan kalah.

Mengapa Manchester United bermain di Anfield?

Mungkin kisah kewujudan alien lebih masuk akal berbanding kisah Anfield yang pernah menjadi halaman Manchester United.

Kisah ini bagai mencabar kewarasan akal penyokong Liverpool dan Manchester United. Bagaimana dua musuh sejati ini boleh berkongsi rumah yang sama?

Titik mula peristiwa ini bermula pada musim sebelumnya, pada waktu gejala hooliganism menjadi semakin tak terkawal di stadium Old Trafford.

Sebagai hukuman, pihak FA England telah mendenda United dengan mengharamkan mereka bermain 2 perlawanan di Old Trafford.

Liverpool pula bermurah hati untuk menawarkan Anfield sebagai ‘rumah’ sementara kepada Manchester United. Pada ketika itu, United tidak mempunyai sebarang sebab untuk menolak pelawaan Liverpool.

Sir Matt Busby – lagenda Manchester United. Dan Liverpool?

13 tahun sebelum itu di lapangan terbang Munich, sebuah pesawat model Airspeed AS57 Ambasador yang sarat dengan penumpang bersiap-sedia untuk berlepas.

Salji turun dengan sangat lebat. Kawasan landasan lapangan terbang diliputi salji tebal. Apabila pesawat itu meluncur laju di landasan, ia hilang kawalan dan melanggar pagar lapangan terbang. Sayap kiri pesawat terputus dari badan pesawat setelah ia menghentam sebuah rumah.

Nahas tersebut meragut banyak nyawa. Antaranya ialah 8 pemain Manchester United.

Pengurus United ketika itu, Matt Busby terselamat dalam nahas tersebut. Ketika pengurus lain akan meratapi kehilangan pemainnya, Busby terus melihat ke depan. Empayar runtuh mesti dibina semula.

Kebangkitan empayar Matt Busby cukup dramatik. Manchester United berjaya merangkul kejuaraan liga pada tahun 1965 dan 1967. Pada 1968, beliau memimpin United menjuarai kejohanan Eropah pula.

Kerana pencapaian luar biasa itu, Matt Busby dikurniakan pangkat Sir oleh Queen Elizabeth. Satu tugu Sir Matt Busby berdiri megah di hadapan Old Trafford. Jika bukan kerana Sir Matt Busby, nama Manchester United mungkin akan lenyap dalam arena bola sepak dunia.

Tetapi apa kaitannya Sir Matt Busby dalam naratif ini?

Sir Matt Busby merupakan bekas ketua pasukan Liverpool dan lagenda kelab sebelum Perang Dunia meletus.

Dengan 125 penampilan dan 3 gol, nama Matt Busby sentiasa bermain di bibir penyokong Liverpool pada ketika itu.

Melihat Matt Busby menjadi lagenda Manchester United bagaikan melihat Steven Gerrad menjadi lagenda pengurus Manchester United. Ia bagaikan melihat sebuah tugu kapten lagenda Liverpool didirikan di Old Trafford.

Ia satu perkara yang memang tidak boleh diterima akal. Tetapi itulah hakikatnya – Sir Matt Busby, bekas kapten lagenda Liverpool bertanggungjawab membina asas dan sejarah kejayaan Manchester United hari ini.

Pertolongan United ketika Tragedi Hillsborough

Jika tragedi Munich 1958 adalah detik hitam untuk Manchester United, tragedi Hillsborough 1989 adalah detik hitam untuk Liverpool.

Tragedi Hillsbrough yang mengorbankan 96 penyokong Liverpool – antara mangsanya adalah Jon Paul Gilhooley, sepupu kesayangan Steven Gerrard – menjadi saksi solidariti Liverpool dan Manchester United.

Insan pertama yang menelefon pengurus Liverpool, Kenny Dalglish selepas tragedi tersebut untuk menghulur bantuan adalah pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson.

Jika Liverpool berbangga dengan 5 kejuaraan Eropah, Manchester United pula berbangga dengan 3 kejuaraan Eropah.

Jika Manchester United berbangga dengan 20 kejuaraan liga, Liverpool pula berbangga dengan 18 kejuaraan liga.

Liverpool dan Manchester United adalah satu jasad dan satu jiwa. Penyokong kedua-dua kelab patut perlu tahu pasukan mereka mempunyai banyak titik solidariti dengan ‘musuh’ mereka.

Liverpool dan Manchester United bukanlah musuh tetapi adalah sahabat yang erat. Api kebencian dan permusuhan hanya boleh dipadamkan dengan kasih sayang dan kesatuan hati.

Nota editor: Artikel ini dihasilkan oleh Masao Sato, salah seorang watak yang membangunkan laman Malaysian Reds, sebuah laman bola sepak mengenai Liverpool. Like fanpage Malaysian Reds di Facebook untuk mendapatkan info tentang Liverpool.

Baca juga: Sejarah Permusuhan Manchester United Dengan Liverpool

The post Kisah Bagaimana Anfield Menjadi ‘Rumah’ Manchester United Pada 1971 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Asal-Usul Identiti 18 Kelab J1 League Pada Musim 2016

Pada era sebelum penubuhan liga professional Jepun, kebanyakan kelab bola sepak Jepun terdiri daripada:

(a) kelab bola sepak universiti dan
(b) kelab bola sepak syarikat perindustrian

Pada mulanya kebanyakan kelab bola sepak syarikat perindustrian ditubuhkan untuk:

(a) tujuan rekreasi pekerja
(b) memantapkan lagi penjenamaan syarikat masing-masing.

Apabila sebuah liga amatur bernama Japanese Soccer League (JSL) diwujudkan pada 1965, ia disertai oleh banyak syarikat perindustrian dengan mengambil pekerja mereka sebagai pemain.

Maka tak hairanlah kebanyakan kelab J1 yang bakal bertanding pada musim 2016 nanti, berasal daripada pasukan syarikat perindustrian. Dalam artikel ini, kami senaraikan asal-usul identiti 18 kelab J1 League pada musim 2016.

1) Albirex Niigata

Asal-usul
Berbeza dengan majoriti kelab J1 yang berasal daripada syarikat perindustrian, Albirex Niigata berasal daripada sebuah kelab amatur untuk penduduk bandar Niigata pada tahun 1955 yang diberi nama, Kelab Bola Sepak Niigata 11.

Untuk menyertai J League, nama kelab ditukar kepada Albireo Niigata. Tetapi kerana masalah hak cipta, nama kelab ditukar sekali lagi kepada Albirex Niigata.

2) Avispa Fukuoka

Asal-usul
Nama asal Avispa Fukuoka adalah Chuo Bohan FC, sebuah kelab bola sepak yang diasaskan pada 1982 oleh pekerja syarikat sekuriti Chuo Bohan yang berpusat di Fujieda, Shizuoka.

Pada 1994, kelab ini memilih Fukuoka sebagai home base baru kerana menerima saingan sengit daripada Jubilo Iwata dan Shimizu S-Pulse di Shizuoka. Oleh itu, nama kelab ditukar kepada Avispa Fukuoka.

3) Gamba Osaka

Asal-usul
Gamba Osaka diasaskan pada 1980 sebagai Kelab Bola Sepak Syarikat Elektrik Matsushita Sdn. Bhd (kini dipanggil Panasonic Corporation) di Nara (jiran Osaka) sebelum bertukar nama kepada Gamba Osaka pada 1993.

Pada awal penubuhannya, pemain mereka terdiri daripada bekas pemain pasukan B syarikat Yanmar Diesel, selepas Yanmar Diesel membubarkan pasukan B mereka.

Ironiknya pasukan A Yanmar Diesel yang sekarang dikenali sebagai Cerezo Osaka, kini bermain di J2 League.

4) Jubilo Iwata

Asal-usul
Jubilo Iwata berasal daripada pasukan bola sepak untuk syarikat Yamaha Motor Corporation yang ditubuhkan pada tahun 1972 dan berpusat di bandar Iwata, Shizuoka.

Untuk menyertai J League pada 1993, Kelab Bola Sepak Yamaha Motor ini menukar nama mereka kepada Jubilo Iwata.

5) Kashima Antlers

Asal-usul
Kashima Antlers ditubuhkan pada 1947 sebagai Kelab Bola Sepak Kilang Industri Besi Sumitomo (kini dikenali sebagai Nippon Steel & Sumitomo Metal) di Osaka tetapi telah berpindah ke bandar Kashima, Ibaraki pada 1975.

Untuk menyertai J League pada 1993, nama kelab bola sepak ini ditukar kepada Kashima Antlers.

6) Kashiwa Reysol

Asal-usul
Kasiwa Reysol ditubuhkan pada 1940 sebagai Kelab Bola Sepak Hitachi Berhad di pekan Kodaira, Tokyo sebelum berpindah ke bandar Kashiwa, Chiba pada 1986.

Untuk menyertai J League pada 1993, nama kelab bola sepak ini ditukar kepada Kashiwa Reysol.

7) Kawasaki Frontale

Asal-usul
Kawasaki Frontale diasaskan pada 1955 sebagai kelab bola sepak untuk syarikat Fujitsu di bandar Kawasaki, Kanagawa.

Pada 1997, kelab bola sepak ini berubah status menjadi kelab bola sepak profesional. Nama kelab pun ditukar kepada Kawasaki Frontale.

8) Nagoya Grampus

Asal-usul
Nagoya Grampus diasaskan sebagai Kelab Bola Sepak Toyota Motor pada 1939 di bandar Nagoya, Aichi.

Untuk menyertai J League pada 1993, nama kelab bola sepak ini ditukar kepada Nagoya Grampus Eight.

9) Omiya Ardija

Asal-usul
Omiya Ardija diasaskan sebagai Kelab Bola Sepak Nippon Telegraph and Telephone (NTT) pada 1969 di bandar Omiya, Saitama.

Untuk menyertai J League pada 1993, nama kelab bola sepak ini ditukar kepada Omiya Ardija.

10) Sagan Tosu

Asal-usul
Pada asalnya Sagan Tosu dikenali sebagai kelab bola sepak untuk syarikat pendidikan dan motivasi dari Amerika Syarikat, PJM Futures di Shizuoka pada 1987.

Pada 1995, kelab ini berpindah ke pekan Tosu yang terletak di Pulau Kyushu dan menukar namanya kepada Tosu Futures.

Pada 1997, Tosu Futures hampir bankrap. Ia diambil alih dan diberi identiti baru, Sagan Tosu untuk melayakkan kelab menyertai J League.

11) Sanfrecce Hiroshima

Asal-usul
Sanfrecce Hiroshima ditubuhkan pada 1938 sebagai Kelab Bola Sepak Toyo Kogyo (yang kini dipanggil Mazda) yang berpusat di Hiroshima.

Untuk menyertai J League pada 1993, nama kelab bola sepak ini ditukar kepada Sanfrecce Hiroshima.

12) Shonan Bellmare

Asal-usul
Shonan Bellmare diasaskan pada 1968 sebagai Kelab Bola Sepak Syarikat Estet Towa yang berpusat di bandar Nasu, Tochigi.

Apabila Syarikat Estet Towa dibeli oleh sebuah syarikat pembuat plastik Fujita Kogyo, nama kelab ditukar kepada Kelab Bola Sepak Fujita Kogyo dan mereka berpindah ke bandar Hiratsuka, Kanagawa.

Untuk menyertai J League pada 1993, Kelab Bola Sepak Fujita Kogyo bertukar nama kepada Shonan Bellmare.

13) FC Tokyo

Asal-usul
FC Tokyo bermula sebagai kelab bola sepak untuk syarikat Tokyo Gas pada 1935.

Untuk melayakkan diri menyertai J League pada 1993, Tokyo Gas menjemput syarikat elektrik TEPCO, syarikat kedai serbaguna ampm, TV Tokyo dan syarikat DVD, Culture Convenience Club untuk membentuk FC Tokyo.

14) Urawa Red Diamonds

Asal-usul
Ditubuhkan pada 1950 di bandar Kobe, Urawa Red Diamonds pada mulanya adalah kelab bola sepak untuk pekerja Syarikat Perindustrian Berat Shin-Mitsubishi (kini dikenali sebagai Mitusbishi Motors).

Apabila Mitsubishi berpindah ibu pejabat ke Tokyo pada 1958, kelab bola sepaknya turut berpindah ke Tokyo.

Untuk melayakkan diri menyertai J League pada 1993, Mitsubishi memilih bandar Urawa, Saitama sebagai home base. Nama kelab ditukar kepada Urawa Red Diamonds.

15) Vegalta Sendai

Asal-usul
Vegalta Sendai diasaskan pada 1988 sebagai Kelab Bola Sepak Syarikat Elektrik Tohoku yang berpusat di bandar Sendai, Miyagi.

Untuk menyertai J League pada 1995, nama kelab mereka ditukar kepada Vegalta Sendai.

16) Ventforet Kofu

Asal-usul
Ventforet Kofu pada asalnya dikenali sebagai Kofu Club pada 1965, sebuah kelab bola sepak yang dianggotai oleh bekas pelajar Kofu Dai-ichi High School di bandar Kofu, Yamanashi.

Lama-kelamaan kelab ini mengambil pemain dari bekas pelajar sekolah lain untuk menyertai liga bola sepak amatur Jepun pada era 60-an.

Berbanding pasukan lain yang diasaskan oleh syarikat perindustrian, Ventforet Kofu adalah antara kelab bola sepak terawal di Jepun yang ditubuh secara sukarela dan dianggotai secara sukarela, tanpa gaji.

Untuk menyertai J League pada 1995, Kofu Club bertukar nama kepada Ventforet Kofu.

17) Vissel Kobe

Asal-usul
Vissel Kobe ditubuhkan pada 1966 sebagai kelab bola sepak untuk Syarikat Besi Kawasaki yang berpusat di bandar Kurashiki, Okayama.

Pada 1994, Syarikat Besi Kawasaki memilih bandar Kobe sebagai home base untuk melayakkan diri bertanding dalam J League. Mereka kemudiannya menukar nama pasukan kepada Vissel Kobe.

18) Yokohama F. Marinos

Asal-usul
Ditubuhkan pada 1972 sebagai kelab bola sepak untuk Nissan Motors yang berpusat di Yokohama.

Pada 1993, Kelab Bola Sepak Nissan Motors bertukar nama kepada Yokohama Marinos sebagai pra-syarat untuk menyertai J League.

Pada 1998 Yokohama Marinos menyerap kelab Yokohama Flugels yang dilanda masalah kewangan, menjadikan nama mereka Yokohama F. Marinos; sebagai simbol penyerapan identiti Yokohama Flugels dalam Yokohama Marinos.

Baca juga: Senarai 18 Stadium J1 League Yang Bakal Digunakan Pada Musim 2016

The post Asal-Usul Identiti 18 Kelab J1 League Pada Musim 2016 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Pemain Yang Merosot Pada Mulanya, Kemudian Berubah Menjadi Pemain Bintang

Beberapa hari lepas, kami menerima cadangan idea artikel daripada pembaca kami untuk membuat artikel kompilasi 10 pemain yang ‘hilang musim sebelumnya, kemudian meletup gila-gila pada musim seterusnya’.

cadanganartikel

Terima kasih atas cadangan anda, Hairul Nizam Salleh!

Jadi kami kumpulkan 10 pemain yang hilang pada mulanya, tetapi kini menjadi pemain bintang.

Syarat yang kami tetapkan dalam senarai ini adalah: pemain tersebut mestilah terkenal sebelum kariernya merosot, kemudian bangkit untuk menjadi pemain bintang.

Ini bermakna pemain-pemain seperti Francis Coquelin, Kevin Davies, Troy Deeney, Didier Drogba, Luca Toni atau Miroslav Klose yang tak terkenal ketika karier mereka merosot, tidak akan masuk dalam senarai ini.

Berikut adalah 10 pemain tersebut:

10. Hatem Ben Arfa (OGC Nice)

Hatem Ben Arfa adalah pemain pertama yang terlintas dalam fikiran kami ketika kami menulis senarai ini. Dilabel prodigi seawal umur 15 tahun ketika menyertai Lyon, Ben Arfa sudah membuat debut senior pada umur 17 tahun.

Meskipun berbakat besar, karier Ben Arfa dicemari masalah disiplinnya sendiri. Beliau kerap terlibat dalam pergaduhan dengan rakan sepasukan dan pengurus. Kariernya mula merosot ketika di Marseille dan Newcastle.

Selepas Newcastle, Ben Arfa pulang ke Perancis. Kini di OGC Nice, beliau beraksi cemerlang untuk membawa pasukannya ke tangga ke-3 liga Perancis ketika ini.

Di Nice, skill beliau masih tajam dan menakjubkan seperti yang anda boleh lihat dalam video di bawah.

9. Gervinho (AS Roma)

Bersama Eden Hazard dan Moussa Sow, Gervinho menjulang Lille menjadi juara liga Perancis buat kali pertama dalam 56 tahun dan Coupe de France. Dari Lille, Gervinho dititip oleh media Perancis akan menjadi bintang baru Arsenal.

Tetapi sepanjang masanya di Arsenal, penyokong Arsenal hanya mampu mengingati betapa gemarnya Gervinho ‘menggentel’ bola sehingga menyebabkan transisi serangan pasukan menjadi perlahan.

Pada musim 2013/2014, karier Gervinho kembali menyinar apabila berpindah ke AS Roma. Beliau menjaringkan 9 gol dan 11 assists pada musim sulungnya untuk membantu Roma menduduki tangga ke-2 Serie A.

8. Daniel Sturridge (Liverpool)

Daniel Sturridge sudah mula dicanang-canang oleh media Britain sebagai penyerang berbakat sejak umurnya 16 tahun ketika beraksi dalam FA Youth Cup 2006 bersama skuad akademi Manchester City.

Bagaimanapun karier Sturridge di skuad senior Manchester City dan kemudian Chelsea tidak menjadi seperti yang diharapkan penyokong dan media. Ramai yang menyalahkan kecenderungannya bermain secara solo dan malas bertahan.

Tetapi di Liverpool, Sturridge memberi inspirasi kepada jentera serangan pada musim 2013/2014, bersama Luis Suarez dan Raheem Sterling. Pada musim tersebut, Sturridge menjaringkan 21 gol dalam liga.

7. Lassana Diara (Portsmouth, Olympique de Marseille)

Dalam kes Lassana Diara, beliau terpaksa bangkit dua kali. Kali pertama, bangkit di Portsmouth selepas dibekukan Chelsea dan Arsenal. Kali kedua, bangkit di Marseille selepas ‘hilang’ di Russia.

Semasa di Portsmouth, Diarra memberi inspirasi kepada Portsmouth untuk menjulang FA Cup 2008. Di Marseille, Diarra dikatakan telah ‘mentransformasikan’ pasukannya sehingga melayakkan beliau dipanggil semula ke skuad kebangsaan Perancis.

6. Shinji Kagawa (Borussia Dortmund)

Populariti Shinji Kagawa naik mendadak apabila beliau menyerlah sepanjang 2 musimnya bersama Borussia Dortmund. Pada 2012, Kagawa dibawa ke Manchester United oleh Sir Alex Ferguson, dan meneruskan prestasi cemerlangnya.

Bagaimanapun semuanya berubah apabila David Moyes mengambil alih Manchester United. Kagawa jarang bermain dan kariernya merosot.

Pada musim 2014/2015, Dortmund datang menyelamatkan karier Kagawa. Kagawa membalasnya jasa Dortmund dengan 1 gol, 1 assist dalam debut keduanya, dan persembahan konsisten sehingga kini.

5. Andres Guardado (PSV Eindhoven)

Sebelum kariernya merosot di Valencia, Guardado merupakan bintang muda paling menarik yang pernah Deportivo la Coruna miliki.

Selepas gagal menyerlah di Valencia, karier Guardado melonjak naik apabila beliau dipinjamkan ke PSV Eindhoven pada musim 2014/2015 dan beliau beraksi cemerlang.

Untuk memujuk Guardado menjadi pemain PSV secara kekal, penyokong PSV membuat tifo bendera Mexico dengan mesej ‘Andres Guardado, helang emas Mexico kami’. Guardado kemudiannya berpindah ke PSV secara kekal dan kini merupakan naib kapten PSV.

4. Jerome Boateng (Bayern Munich)

Jerome Boateng mula popular apabila membentuk gandingan hebat dengan Vincent Kompany untuk membantu Hamburg SV menjadi pencabar kejuaraan Bundesliga dan Europa League.

Bagaimanapun karier Boateng mula menjadi merosot apabila disuruh bermain bek kanan ketika di Manchester City. Beliau hanya kekal semusim di England sebelum berpindah ke Bayern Munich, di mana beliau kini merupakan salah satu pertahanan tengah terbaik di dunia.

3. Diego Forlan (Villareal, Atletico Madrid)

Diego Forlan tiba di Manchester United pada musim 2002/2003 dengan reputasi sebagai penyerang muda Uruguay yang paling berbisa di Argentina. Tetapi beliau gagal bersaing dengan Ruud van Nistelrooy, Ole Gunnar Solksjaer dan kemudian Louis Saha.

Hanya selepas Forlan berpindah ke liga Sepanyol, barulah Forlan mengganas di depan gol.

Bersama Villareal, Forlan pernah berkongsi anugerah penjaring terbanyak Eropah dengan Thierry Henry. Bersama Atletico Madrid, Forlan menang UEFA Europa League dan UEFA European Super Cup.

2. Frederic Kanoute (Sevilla)

Frederic Kanoute mula menjadi terkenal di England apabila gandingan beliau dengan Paolo Di Canio dan 22 gol dalam masa 2 musim dipuji penyokong West Ham.

Apabila West Ham disingkirkan liga, Kanoute berpindah ke Tottenham Hotspur. Di sinilah karier Kanoute mula merudum.

Selepas 2 musim gagal bersama Tottenham, Kanoute berpindah pula ke Sevilla. Di sinilah Kanoute mencipta nama melalui gandingannya dengan Luis Fabiano untuk membantu Sevilla memenangi beberapa kejuaraan UEFA Cup, UEFA Super Cup dan Copa del Rey.

1. Dennis Bergkamp (Arsenal)

Pada usia 24 tahun, Dennis Bergkamp terkenal di Eropah melalui siri kejayaan yang diperolehinya di Ajax Amsterdam dan di Eropah. Selepas itu Bergkamp berpindah ke Internazionale, tempat di mana karier Bergkamp merosot.

Pengurus Arsenal ketika itu, Bruce Rioch menandatangani Bergkamp dan secara serta-merta, karier Bergkamp kembali mengalami peningkatan. Apabila Arsene Wenger tiba, Bergkamp berubah dari pemain bintang Arsenal kepada lagenda Arsenal.

Bersama Arsenal, Bergkamp diingati melalui gandingannya dengan Thierry Henry, teknik, skil, visi dan gol cantiknya.

Calon-calon lain: Ivan Campo, El-Hadji Diouf (Bolton Wanderes), Bojan Krkic, Ibrahim Afellay (Stoke City), Jordan Henderson (Liverpool), Thierry Henry (Arsenal)

Baca juga: 10 Fakta Bola Sepak Yang Kedengaran Seperti Tipu

The post 10 Pemain Yang Merosot Pada Mulanya, Kemudian Berubah Menjadi Pemain Bintang appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

5 Perkara Menarik Yang Berlaku Di Liga Korea Selatan Pada Musim 2015

Memandangkan tiada bahan bacaan berbahasa Malaysia tentang liga teratas Korea Selatan, K-League Classic, kami mendapatkan bantuan daripada rakan kami, Steven Price untuk memberikan maklumat tentang liga Korea Selatan.

Steven Price merupakan pengasas KLeagueFootball.com, laman web yang membekalkan berita bola sepak Korea Selatan dalam bahasa Inggeris.

Jika anda mahu mengetahui serba-sedikit tentang apa yang berlaku di liga bola sepak Korea Selatan sepanjang tahun 2015, ini adalah artikel untuk anda.

Selepas membaca anda juga akan sedar, liga bola sepak Korea Selatan tidaklah jauh bezanya dengan liga bola sepak di Malaysia.

1. Jeonbuk Hyundai Motors bukti bajet gaji besar adalah resepi juara

(Sumber: Michael Dodge / Getty Images)
(Sumber: Michael Dodge / Getty Images)

Pada musim lepas, Jeonbuk Hyundai Motors muncul juara K-League Classic – liga yang dianggotai oleh 12 pasukan seperti Liga Super – buat kali kedua berturut-turut.

Jeonbuk Hyundai Motors meninggalkan pencabar terdekat, Suwon Samsung Bluewings dengan jarak 6 mata.

Kunci utama kemenangan mereka pada musim lepas adalah gabungan dua faktor – prestasi konsisten pada awal musim dan bajet gaji yang besar.

Pada musim lepas, Jeonbuk menghabiskan USD12 juta (RM52 juta) untuk gaji pemain sahaja. Penerima gaji terbesar mereka adalah pemain tengah Brazil, Leonardo dan penyerang veteran, Lee Dong-Gook (bekas penyerang Middlesbrough) yang masing-masing menerima gaji tahunan USD1.1 juta (RM4.7 juta).

Pada usia 36 tahun, Lee Dong-Gook masih mampu menyumbat 13 gol untuk muncul penjaring gol keempat terbanyak dalam liga.

2. Suwon Samsung Bluewings makin lemah

suwon
(Sumber: www.bluewings.kr)

Pesaing terdekat juara liga, Suwon Samsung Bluewings pula hanya mampu membelanjakan USD8.7 juta (RM37.5 juta) untuk gaji pemain pada musim lepas.

Jarak perbezaan bajet gaji Suwon dengan Jeonbuk kelihatan akan menjadi lebih besar pada musim 2016 akan datang.

Apatah lagi bila Jeonbuk mengumumkan Kim Bo-Kyung (bekas pemain tengah Cardiff City) bakal menyertai mereka nanti.

Suwon pula baru saja menjual penjaga gol mereka yang bergaji mahal, Jong Sung-Ryung yang akan menyertai pasukan J1 League, Kawasaki Frontale.

Ini ditambah pula dengan pemergian penyerang Korea Utara, Jong Tae-Sae ke satu lagi pasukan J1 League, Shimizu S-Pulse pada pertengahan musim lepas. Ketiadaan Tae-Se menyebabkan cabaran menjuarai liga Suwon menjadi semakin sukar.

3. Ulsan Hyundai mempunyai bajet gaji ketiga tertinggi, tetapi masih teruk

2747836_40
(Sumber: news.kbs.co.kr)

Walaupun statistik membuktikan Semakin tinggi jumlah bajet gaji pemain. semakin baik kedudukan pasukan dalam liga, Ulsan Hyundai membuktikan sebaliknya.

Meskipun mempunyai bajet gaji ketiga tertinggi dalam liga, Ulsan hampir-hampir menduduki zon penyingkiran liga. Mujurlah prestasi pasukan Daejeon Citizen dan Busan I’Park lebih teruk daripada mereka.

4. Kim Shin-Wook selamatkan Ulsan, tapi masih diketepikan pasukan kebangsaan

(Sumber: www.uhfc.tv)
(Sumber: www.uhfc.tv)

Jika dilihat prestasi buruk Ulsan Hyundai pada musim lepas, mereka perlu berterima kasih kepada penyerang, Kim Shin-Wook yang menjaringkan 18 gol untuk mmuncul penjaring terbanyak liga pada musim lepas.

Perlu diingat, Kim Shin-Wook hanya baru belajar bermain sebagai penyerang pada 7 tahun lepas. Dengan ketinggian 1.96 meter, Shin-Wook biasa bermain sebagai pertahanan tengah sejak dari zaman remaja.

Pertukaran beliau daripasa seorang pertahanan tengah ke penyerang berbisa adalah sesuatu yang mengagumkan.

Bagaimanapun disebalik prestasi cemerlangnya dalam liga, Shin-Wook masih gagal menambat hati ketua jurulatih skuad kebangsaan, Uli Stielike yang lebih sukakan Hwang Ui-Jo (Seongnam FC) dan Lee Jeong-Hyup (Busan I’Park).

5. Masalah liga Korea Selatan: kekurangan penonton

(Sumber: modernseoul.org)
(Sumber: modernseoul.org)

Berbanding Chinese Super League dan J1 League yang semakin meningkat jumlah kedatangan penyokongnya ke stadium, K-League Classic pula menunjukkan penurunan.

Pasukan-pasukan besar seperti FC Seoul, Jeonbuk Motors, dan Suwon Bluewings masih menarik ramai penyokong untuk datang ke stadium mereka.

Rekod tertinggi kedatangan penyokong ke stadium pada musim lepas adalah 39,328 orang ketika perlawanan derby antara FC Seoul dan Suwon Bluewings yang berkesudahan seri 0-0.

Secara keseluruhannya, K-League Classic hanya mampu menarik purata 7,720 penonton saja ke stadium pada setiap perlawanan. Sebagai contoh, Jeonnam Dragons hanya mampu menarik 628 penonton ke stadium ketika mereka kalah 2-5 menentang Ulsan Hyundai.

Di Malaysia, rata-rata stadium pasukan utama Liga Super seperti Pahang, Selangor, Perak, Kelantan dan JDT mencatatkan purata lebih 10,000 penonton pada setiap perlawanan.

Penonton berkurangan, lebih banyak masalah

Dengan harga tiket yang murah (USD10 atau RM43) untuk seorang dewasa, dan pendapatan siaran langsung TV yang hanya membawa USD5 juta (RM21.5 juta) semusim, pasukan-pasukan di Korea Selatan berdepan dengan masalah sama seperti Malaysia.

Mereka terlalu bergantung kepada tajaan syarikat besar dan kerajaan negeri untuk beroperasi.

Di Korea Selatan, tajaan syarikat besar dan sumbangan kerajaan negeri membentuk hampir 80% daripada keseluruhan bajet menguruskan pasukan.

Kecuali Jeonbuk Motors yang stabil, pada ketika ini semakin banyak syarikat dan kerajaan negeri yang sudah memotong perbelanjaan pasukan bola sepak.

Sebab itulah semakin ramai pemain Korea Selatan sudah mula merantau ke liga Asia lain untuk mencari kontrak baru.

Jika perbelanjaan ini terus dipotong dan dipotong, liga-liga Asia yang lain akan menerima kebanjiran pemain-pemain bintang dari Korea Selatan.

Baca juga: Taktikal Piala Asia 2015: Korea Selatan

The post 5 Perkara Menarik Yang Berlaku Di Liga Korea Selatan Pada Musim 2015 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

8 Perkara Yang Kita ABAIKAN Daripada Lawatan FAM Ke Jepun Pada 1999

Nota editor:

Artikel ini ditulis oleh saudara Rizal Hashim dan telah diterbitkan dalam akhbar The Malay Mail pada 30 Jun 1999.

Kami telah mendapat kebenaran beliau untuk menterjemah dan menerbitkan semula artikel beliau untuk mendedahkan betapa lembabnya kita membuat kerja di Malaysia.

Artikel asal beliau boleh dibaca disini (Bahasa Inggeris).


Persatuan Bola Sepak Jepun (JFA) mendedahkan resepi kejayaan mereka dengan Malaysia semalam. Ia adalah gabungan:

  • hasil kerja keras
  • jurulatih peringkat akar umbi yang berkualiti tinggi dan
  • program pembangunan yang menawarkan sehingga 600 perlawanan kompetitif kepada murid sekolah sehingga tamat sekolah menengah.

JFA turut mendedahkan kepada delegasi FAM bagaimana Jepun boleh muncul kuasa bola sepak baru selepas melancarkan sistem pembangunan pemain muda pada 1980.

Delegasi FAM seramai 6 orang itu disertai oleh:

  1. Penolong Setiausaha FAM, Yap Nyim Keong
  2. Pengarah Akademi FAM, Datuk Paduka Ahmad Basri Akil
  3. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Shukor Abdullah
  4. Pengarah Kejurulatihan FAM, Ronald Smith
  5. Exco FAM, Dell Akbar Khan
  6. Jurulatih skuad bawah-19, B. Sathianathan

shinkansen
Mereka diberikan taklimat oleh 3 pegawai JFA iaitu:

  1. Pengarah Kejurulatihan JFA, Kohzo Tashima
  2. Ketua Jurulatih Pembangunan Sistem Pemain Muda JFA, Tetsuaki Tsukuda
  3. Ketua Perancangan J League, Takehiko Sano

Berikut adalah langkah-langkah yang diambil oleh JFA untuk memperbaiki mutu bola sepak mereka:

1. Hantar jurulatih ke Eropah

JFA menghantar jurulatih-jurulatih mereka ke kem latihan jurulatih di Eropah selama 10 hari atau 2 minggu.

Jurulatih-jurulatih mereka akan menghabiskan beberapa hari di Belanda, Perancis, Jerman dan England untuk mempelajari ilmu-ilmu terbaru.

2. Mewujudkan suasana bola sepak kompetitif di sekolah

Jepun tiada liga pemain muda. Tetapi setiap sekolah bertanding dalam suasana bola sepak yang kompetitif melalui beberapa pertandingan sepanjang tahun.

3. Mewujudkan banyak pusat latihan

Terdapat 9 pusat latihan negeri, 47 pusat latihan wilayah dan daerah di seluruh Jepun.

4. Menyediakan 30 pemain pada setiap peringkat umur

Di semua pusat latihan negeri, wilayah dan daerah ini, mereka sudah mempunyai 30 pemain untuk setiap peringkat umur.

Daripada peringkat bawah-12 sehinggalah ke peringkat bawah-18.

5. Mewujudkan sistem pembangunan pemain muda yang konsisten dan sistematik

Pada 1980, JFA mula menubuhkan beberapa pusat latihan di setiap negeri, wilayah dan daerah. Tujuannya adalah:

  • mengenalpasti pemain berbakat di seluruh negara untuk setiap peringkat umur dan melatih mereka menjadi pemain kreatif
  • mempraktis sistem kejurulatihan yang konsisten, seragam dan sistematik
  • menaikkan mutu dan kebolehan jurulatih dan menyebarkan maklumat baru ke setiap kawasan

6. Menumpukan 3 peringkat umur

Terdapat 3 peringkat umur iaitu bawah-17, bawah-14 dan bawah-12.

Setiap pemain akan melalui 4 kategori latihan:

  • latihan beberapa hari sebulan di pusat latihan daerah
  • latihan sekali sebulan di 47 pusat latihan wilayah
  • latihan beberapa kali setahun di 9 pusat latihan negeri
  • latihan 5 hari setahun di pusat latihan kebangsaan di Shizuoka

7. 16 pemain terbaik akan dibekalkan oleh setiap negeri

Setiap tahun, pusat latihan daerah seluruh Jepun akan menghantar 30 pemain ke 47 pusat latihan wilayah.

Ini bermakna 47 pusat latihan wilayah ini akan mengumpulkan (30 pemain X 47 pusat latihan wilayah) = 1410 pemain di setiap peringkat umur!

1410 pemain yang dihantar oleh pusat latihan wilayah mereka akan ke pergi ke 9 pusat latihan negeri. Ini bermakna setiap pusat latihan negeri akan mengendalikan 156-157 pemain.

Daripada 156-157 pemain ini, setiap pusat latihan negeri hanya akan memilih 16 pemain terbaik sahaja.

Ini bermakna di peringkat kebangsaan, Jepun sudah mempunyai (16 pemain X 9 pusat latihan negeri) = 144 pemain terbaik di setiap peringkat umur.

8. Setiap pemain akan bermain 80-100 perlawanan setahun

Sistem sekolah di Jepun terdiri daripada 3 peringkat:

  • sekolah rendah (umur 6-12)
  • junior high school (umur 13-15)
  • high school (umur 16-18)

Setiap pemain dalam setiap peringkat umur akan bermain 80-100 perlawanan kompetitif SETAHUN.

Apabila mereka meninggalkan high school, mereka telah bermain maksimum 600 perlawanan kompetitif.

Apa kata delegasi FAM?

1. Pengarah Kejurulatihan FAM, Ronald Smith

Saya memperolehi maklumat tepat daripada orang yang paling penting – jurulatih peringkat akar umbi.

(Tetsuaki) Tsukuda bukan saja ahli Majlis Teknikal JFA, malah dia juga merupakan Ketua Jurulatih Pembangunan Sistem Pemain Muda JFA.

(Kohzo) Tashima pula bukan saja Pengarah Kejurulatihan JFA, malah turut menjadi jurulatih skuad bawah-15 juga.

Saya tak tahu perkara ini kalau saya tak datang. Ini memberikan kredibiliti kerana mereka mengamalkan apa yang mereka ajar kepada jurulatih lain.

Mereka adalah jurulatih muda yang tahu ilmu bola sepak moden. Bukannya mengulang-ulang ilmu 10 tahun lepas.

Tashima dan Tsukuda melakukan 2 kerja dalam masa yang sama. Mereka bukan saja melatih pemain muda. Malah mereka juga melatih jurulatih baru yang berkualiti.

Kami juga dapat tahu murid-murid sekolah bermain sehingga 100 perlawanan setahun. Kami sangat terkejut dengan jumlah perlawanan tersebut.

ron

Orang cakap main 100 perlawanan boleh menjejaskan perkembangan pemain muda, tetapi tengoklah persembahan skuad Olimpik Jepun. Pemain-pemain mereka adalah produk sistem ini.

Kita perlu menggalakkan murid-murid sekolah kita untuk bermain sebanyak perlawanan yang mungkin.

2. Pengarah Akademi FAM, Datuk Paduka Ahmad Basri Akil

Kita perlukan kerjasama penuh daripada orang ramai, ibu bapa, guru-guru, jurulatih-jurulatih, sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian tinggi dan pihak berkuasa.

Kita juga perlu bersungguh-sungguh untuk melaksanakan polisi yang akan dirancang nanti. JFA sudah melihat apa langkah mereka seterusnya selepas Piala Dunia 2002.

Bagi saya, lawatan ini bukan satu pembaziran masa. Masa zaman 70-an dulu kita biasa mengalahkan Jepun dan lebih risaukan Korea Selatan. Sekarang Jepun dah mula menikmati kejayaan.

Walaupun Jepun dah mendapat kejayaan, mereka masih sukar untuk mencari duit untuk membiayai program pembangunan mereka.

Kita di Malaysia beruntung kerana kita ada duit.

Isu sekarang adalah sama ada kita boleh melaksanakan perancangan kita secara betul-betul atau tidak.

3. Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Shukor Abdullah

Kita memang akan rancang untuk mengadakan lebih banyak perlawanan kompetitif di kalangan murid sekolah. Saya rasa minat murid sekolah sekarang terhadap bola sepak telah berkurangan.

Ini menyebabkan tak banyak murid nak bermain bola sepak di peringkat sekolah.

Kita akan lanjutkan jadual MSSM untuk membenarkan pemain bermain bola sepak lebih lama. Contohnya, pelajar Tingkatan Empat boleh bermain beberapa kejohanan pendek pada bulan Ogos.

Tahun lepas, kita melancarkan kejohanan antara sekolah rendah. tahun depan, kita akan buat liga antara sekolah pula.

Ketika ini, kita tengah berkira-kira untuk melantik seorang pegawai di Pejabat Pendidikan Daerah yang akan memantau semua aktiviti bola sepak di peringkat daerah.

4. Exco FAM, Dell Akbar Khan

Pembangunan bakat muda Jepun berjaya kerana J League memaksa semua pasukannya.

Contohnya untuk layak bermain dalam J League, setiap pasukan mesti mempunyai pasukan utama, pasukan simpanan, pasukan bawah-18, bawah-16 dan bawah-12.

verdy

Jadi setiap pasukan J League mesti beroperasi dalam satu sistem yang menggalakkan perkembangan sebanyak pemain yang mungkin.

Kita agak kekurangan kemudahan. Tetapi saya percaya kita boleh mengatasi kekurang padang bola di KL dengan membenarkan 2-3 sekolah berkongsi 1 padang.

Kesimpulan

Selepas 16 tahun, kita hanya baru melaksanakan 5 daripadanya. Itupun hanya selepas Projek Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) atau NFDP ditubuhkan.

Sehingga kini kita masih lagi gagal melakukan 3 perkara yang delegasi FAM belajar di Jepun pada 1999:

  1. Kita masih gagal mewujudkan suasana bola sepak kompetitif di sekolah.
  2. Kita masih gagal mewujudkan sistem pembangunan pemain muda yang konsisten dan sistematik.
  3. Kita masih gagal memastikan setiap pemain muda bermain 80-100 perlawanan setahun.

Mengapa selepas 16 tahun, kita masih tak praktis apa yang kita dah belajar?

Baca juga: 23 Tahun Selepas Belajar Daripada FAM, J League Kembali Ke Malaysia Sebagai Guru Pula

The post 8 Perkara Yang Kita ABAIKAN Daripada Lawatan FAM Ke Jepun Pada 1999 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Marah pada diri sendiri

Suar api, bom asap, dan mercun roket dilepaskan. Para pemain dan jurulatih mula meninggalkan padang. Berbaki beberapa minit sahaja lagi, perlawanan telah diberhentikan awal. Permainan ditamatkan walaupun masih belum tamat waktu permainan sebenar.

Buat seketika, walaupun sekejap, kegembiraan dapat dirasakan apabila ketua pasukan negara menjaringkan gol pendahuluan. Berpunca daripada gerakan lincah Mohd Amri Yahyah, hasil umpanan Wan Zack Haikal bijak disempurnakan oleh Safiq Rahim pada minit ke-70.

Sejurus selepas itu, keseronakan bertukar menjadi derita. Dua gol pantas dicetak oleh pasukan pelawat Arab Saudi hanya dalam masa 6 minit. Malaysia tiba-tiba sahaja ketinggalan dalam babak kedua biarpun telah berusaha keras mengekang pihak lawan dari awal permainan.

Meskipun keputusan seperti ini telah dijangka, bayangan kekalahan demi kekalahan benar-benar meranapkan harapan dan impian. Lantas, mimpi ngeri minggu lalu di Abu Dhabi kembali menghantui sanubari. Kemarahan kian meninggi.

Penyokong atau pengongkong?
(gambar: www.tribunnews.com)

Penonton berasa marah. Penjaga keselamatan berasa marah. Pengadil berasa marah. Pengulas sukan berasa marah. Wartawan berasa marah. Pembaca berita berasa marah. Hatta, menteri pun berasa marah. Masing-masing cuba menahan nafsu ammarah. Kalau ikut nafsu lesu, kalau ikut marah parah (teringat satu peribahasa, ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut mata leta).

Pada masa yang sama, negara-negara yang kini sedang bergolak seperti Syria dan Iraq pula mencatatkan keputusan yang memberangsangkan. Syria yang sedang mendahului kumpulan kelayakan yang turut termasuk Jepun, menang 6-0 ke atas Kemboja manakala Iraq dalam kumpulan lain masih belum kalah apabila seri 2-2 dengan Thailand.

Walaupun juara bertahan Asia Selatan iaitu Afghanistan dibelasah teruk dengan jaringan 6-0 oleh kuasa besar Jepun, Palestin pula berjaya mengikat pasukan yang menumbangkan Malaysia, Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-0 tanpa jaringan. Lebih bermakna buat negara Palestin yang sudah lama tertindas, perlawanan menentang UAE tersebut adalah yang pertama sejak 2011 bagi skuad senior Palestin menjadi tuan rumah di tempat sendiri.

Omar Abdulrahman beraksi di Stadium Faisal Al Husseini
di Al Ram, Tebing Barat, Palestin.
(gambar: www.the-afc.com)

Yang sebenarnya, ramai di antara kita terlupa. Mungkin juga buat-buat lupa bahawa Malaysia adalah tanah bertuah. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Kalau pun tak mewah, hidup kita senang. Walaupun payah, hidup kita tak susah. Lihat sahajalah negara-negara yang disebutkan tadi. Syria, Iraq, Afghanistan, Palestin, dan seumpamanya teringin benar kehidupan seperti di Malaysia. Maka, hargailah Malaysia dan bersyukurlah kita.

Perkara yang elok, jangan dirosakkan. Perkara yang rosak, hendaklah diperbetulkan. Oleh itu, pemimpin tidak berhak memarahi rakyat jikalau tanggungjawab diabaikan. Tunaikan tanggungjawab untuk menghilangkan kemarahan. Rakyat juga tidak perlu hilang sabar. Bila marah, hilanglah pertimbangan. Kalau hendak marah, marah pada diri sendiri kerana gagal mengawal perasaan marah.

DUNIA BOLA SEPAK