Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Felda United

Pasukan Felda United buat pertama kalinya akan membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 bersama-sama dengan pasukan Johor Darul Ta’zim FC. Pasukan The Fighters yang kini di bawah kendalian Ketua Jurulatih baru, B.Sathianathan telah diundi dalam Kumpulan G bersama-sama dengan kelab Hanoi FC (Vietnam), Tempines Rovers (Singapura) dan Ceres-Negros FC (Filipina). Keempat-empat pasukan ini dilihat mempunyai kekuatan dan kelebihan masing-masing dan berpeluang ke peringkat seterusnya dalam saingan Piala AFC 2017 ini.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih Felda United, B.Sathianathan akan merancang formasi, strategi dan taktikal terbaik pasukannya untuk bersaing dengan 3 pasukan lain. Dengan gabungan pemain-pemain berpengalaman, pemain-pemain import serta pemain-pemain muda berkualiti, pasukan Felda United mampu memberikan permainan terbaik mereka mencerahkan peluang ke peringkat seterusnya.
Berikut adalah Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Felda United : 

21 Februari 2017
Tempines Rovers FC (Singapura) lwn Felda United (Malaysia) Tewas 1-2
Felda United : Fazrul Hazli Kadri

7 Mac 2017
Felda United (Malaysia) lwn Ha Noi T&T FC (Vietnam)

15 Mac 2017
Ceres-Negros FC (Filipina) lwn Felda United (Malaysia) 

4 April 2017
Felda United (Malaysia) lwn Ceres-Negros FC (Filipina)

19 April 2017
Felda United (Malaysia) lwn Tempines Rovers FC (Singapura)

3 Mei 2017
Ha Noi T&T FC (Vietnam) lwn Felda United (Malaysia) 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Keputusan Piala AFC 2017 Pasukan Johor Darul Ta’zim FC

Pasukan Johor Darul Ta’zim FC sekali lagi membawa cabaran negara ke saingan Piala AFC 2017 akan datang. Ini merupakan kali keempat berturut-turut pasukan Harimau Selatan ini membawa cabaran ke saingan Piala AFC. Pasukan JDTFC yang kini dikendalikan oleh Ketua Jurulatih bersal dari Mexico, Benjamin Mora merupakan Juara Piala AFC 2015 selain menjadi semifinalis pada edisi Piala AFC 2016.

Pada saingan Piala AFC 2017 ini, pasukan Harimau Selatan telah diundi dalam Kumpulan F bersama-sama dengan kelab Magwe FC (Myanmar), Global FC (Filipina) dan Boeung Ket Angkor FC (Kemboja). Dengan perubahan format pertandingan, pasukan juara kumpulan akan melangkah ke peringkat seterusnya manakala pasukan naib juara terbaik Kumpulan F, G atau H merebut satu slot pasukan ke peringkat seterusnya. Dengan perubahan format pertandingan ini, saingan pastinya akan lebih menarik dengan setiap pasukan akan memberikan permainan terbaik masing-masing merebut slot ke pusingan berikutnya. Bual Sukan percaya, dengan barisan pemain-pemain berpengalaman digabungkan dengan barisan pemain import dan pemain muda berkualiti, pasukan Harimau selatan mampu mencapai keputusan yang baik pada edisi kali ini. Namun begitu, saingan 3 lagi pasukan tidak boleh dipandang mudah kerana kecuaian mampu meranapkan impian pasukan JDTFC mara ke pusingan berikutnya. 
Berikut adalah Keputusan Perlawanan Piala AFC 2017 pasukan Johor Darul Ta’zim FC :

21 Februari 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) Menang 3-0
(Gabriel Guerra, Nazmi Faiz, Safiq Rahim)

7 Mac 2017
Magwe FC (Myanmar) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia)  

14 Mac 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Global FC (Filipina)

5 April 2017
Global FC (Filipina) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

19 April 2017
Boeung Ket Angkor FC (Cambodia) lwn Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) 

3 Mei 2017
Johor Darul Ta’zim FC (Malaysia) lwn Magwe FC (Myanmar)  

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Bola Sepak : Pasukan Liga FAM 2017

Saingan Divisyen 3 bola sepak tempatan atau Liga FAM 2017 akan bermula pada Februari 2017 akan datang. Musim lalu menyaksikan 18 pasukan bersaing namun pada Liga FAM 2017 akan datang 16 pasukan terdiri daripada pasukan yang tersingkir dari Liga Premier 2016 iaitu Sime Darby FC serta 12 pasukan Liga FAM 2016 dan 3 pasukan baru akan bersaing. 16 pasukan ini pastinya akan bersaingan merebut 2 slot pasukan ke saingan Liga Premier 2018 akan datang. Musim ini menyaksikan 3 pasukan terpaksa menarik diri iaitu Megah Murni FC, Ipoh FA dan DYS FC ekoran masalah yang dihadapi kelab masing-masing. 3 pasukan baru ialah pasukan Terengganu City FC, Kuching FA (Juara Liga Bolasepak Rakyat 2016) dan DBKL FC (Liga Bola Sepak Divisyen 1 Kuala Lumpur).

16 pasukan ini akan diundi dalam 2 kumpulan di mana 4 pasukan teratas setiap kumpulan akan melangkah ke pusingan suku akhir Liga FAM 2017. Musim lalu menyaksikan pasukan MISC-MIFA FC muncul juara setelah menumpaskan pasukan PKNP FC. Kedua-dua pasukan ini telah layak ke saingan Liga Divisyen 2 atau Liga Premier 2017. Saingan kali ini pastinya sengit dengan setiap pasukan giat menjalani latihan serta perlawanan persahabatan pramusim menguji barisan pemain pasukan masing-masing. Bual Sukan percaya, setiap pasukan ini akan memberikan aksi dan permainan terbaik masing-masing bagi terus bersaing merebut takhta selaku juara Piala FAM 2017. Berikut adalah 16 pasukan Liga FAM 2017 akan datang : 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Bola Sepak : Ketua Jurulatih Pasukan Liga Malaysia 2017

Musim baru Liga Malaysia 2017 akan bermula pada bulan Januari 2017 akan datang. Setipa pasukan kini sedang sibuk menjalani latihan pramusim bersama barisan pemain sedia ada yang dikekalkan selain pemain-pemain muda berpotensi untuk didaftarkan pada musim akan datang. Dengan jendela perpindahan pemain Liga Malaysia 2017 masih dibuka, setiap pasukan yang bersaing kini sibuk menandatangani pemain-pemain tempatan berkualiti selain membuat penilaian ke atas pemain-pemain import terbaik bagi mewakili pasukan masing-masing. Terdapat juga pasukan yang telah melantik barisan kejurulatihan baru bagi memberikan nafas baru kepada pasukan masing-masing.

Berikut adalah senarai Ketua Jurulatih pasukan Liga Malaysia 2017 akan datang :
Johor Darul Ta’zim FC : Mario Gomez (Argentina)
Felda United FC : Azmi Mohamed
Kedah : Tan Cheng Hoe
Kelantan : Zahasmi Ismail
Selangor :
Perak : Karl-Heinz Weigang (Jerman)
T-Team : Rahmad Darmawan (Indonesia)
Sarawak : David Usop
Pahang FC : Dollah Salleh
Pulau Pinang : Ashley Westwood (England)
Melaka United : Eric Williams (Australia)
PKNS FC : E Elavarasan


Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Previu MSL 2017 : Penyokong Kelantan Persoal Status Pasukan Kelantan

Pada beberapa hari yang lalu, KAFA melalui Naib Presidennya, Datuk Rosmadi Ismail telah mengumumkan akan menarik diri daripada Liga Malaysia pada musim hadapan.

Status penuh akan diumumkan pada 29 Disember ini. Kenyataan KAFA itu mengundang banyak reaksi. Tidak kurang juga resah dan kecewa oleh peminat bola sepak Kelantan.

Mereka rata-rata tidak bersetuju dengan penarikan diri ini. Bagi mereka, biarlah pasukan Kelantan terus bersaing dengan pasukan ‘murah’ sekalipun.

Maksudnya, mereka mencadangkan agar KAFA mempertimbangkan untuk menggunakan khidmat pemain Piala Presiden dan pemain-pemain yang bergaji rendah.

Kredit gambar : asiana.my

Mana tidaknya, setelah berhempas pulas cuba keluar dari zon penyingkiran, tiba-tiba mahu menarik diri.

Dilema KAFA

KAFA menjelaskan mereka tidak dapat mencari tajaan untuk musim hadapan. Mereka juga  mendedahkan mereka cuma ada sekitar RM700,000.00 dalam akaun mereka.

Jumlah tersebut sangat sukar untuk menampung kos operasi pasukan apatah lagi mahu membayar gaji pemain. Mereka sebelum ini menjalin kerjasama dengan Datuk Seri Vida.

Namun jutawan kosmetik tersebut seakan-akan sudah tawar hari untuk meneruskan kerjasama dengan Kelantan. Pelbagai masalah dan konflik salah faham berlaku di antara kedua-dua pihak sebelum ini.

Pada pertengahan musim lalu KAFA mendakwa mereka cuma menerima RM4 juta sahaja daripada Datuk Seri Vida. Datuk Seri Vida membalas balik dengan berkata, pihak beliau tidak pernah menjanjikan tajaan sebesar RM8 juta kepada pasukan Kelantan.

Kini status penajaan dikatakan dalam masalah dan KAFA akan mengambil tindakan perundangan jika pihak Vida Beauty gagal menepati perjanjian yang masih berbaki semusim lagi.

Sathianathan : Bina Pasukan RM3 Juta

Bekas pengendali Kelantan, Datuk B. Sathianathan tampil dan mahu KAFA memikirkan semasak-masaknya isu penarikan diri ini.

Beliau kurang bersetuju dengan anggaran KAFA yang meletakkan angka RM15 juta sebagai kos minimum untuk mereka meneruskan persaingan dalam Liga M pada musim hadapan.

Petikan kenyataan beliau kepada Sinar Harian berbunyi :

“Apa yang penting adalah kewujudan pasukan Kelantan itu sendiri yang perlu ada dalam saingan Liga-M musim hadapan.”

“Kebanyakan orang tidak kira di Kelantan atau di negeri lain kenal dengan pasukan The Red Warriors selain ramai yang masih pakai jersi pasukan itu. Tolonglah jangan hampakan harapan peminat.”

“Jika tidak mampu sedia dana besar, cuba cari pemain muda dan bina kembali pasukan dalam masa dua atau tiga tahun ini. Tiada pemain import pun tak mengapa.

“Jelaskan pada peminat bahawa untuk musim ini, sasaran kejar piala terpaksa diketepikan dan fokus kepada pembentukan pasukan. Saya yakin ramai peminat yang faham,” katanya.

Mengulas  lanjut, Sathianathan turut mahu Kafa memikirkan implikasi penarikan diri pasukan kepada pemain dan jurulatih sedia ada.

“Saya rasa untuk cari dua atau tiga juta mungkin tiada masalah buat Kafa.”

Kemusykilan Peminat

Baru-baru ini heboh berita bahawa KAFA telah melantik pembantu jurulatih yang berasal dari Thailand iaitu Sathit Bensoh. 

Maka timbul keraguan, jika benar mahu menarik diri, kenapa masih melantik penolong jurulatih yang berprofail agak baik.

Namun, ada juga berita menyatakan keputusan melantik Shahit sudah dilakukan beberapa minggu yang lepas. Persoalan seterusnya, kenapa mereka tidak berbincang untuk menamatkan sahaja perjanjian awal.

Ini kerana, Shahit berisiko untuk tidak menerima bayaran berdasarkan terma yang dipersetujui di dalam kontrak beliau. Lantas, ada yang mengandaikan KAFA mungkin sedang main wayang seperti mana sebelum ini.

Teori mereka adalah, akan muncul satu nama yang menjadi adiwira sekali lagi dan melonjakkan populariti di mata penyokong Kelantan.

Selamatkan Bola Sepak Kelantan

Ada beberapa suara dari penyokong Kelantan yang mengajak penyokong-penyokong TRW yang masih sayangkan pasukan ini untuk menubuhkan Yayasan Bola Sepak Kelantan.

Kelantan memiliki fan base yang sangat besar. Jadi, jika ada kesedaran tentang kuasa penyokong melalui Yayasan bola sepak sebegini ia sudah pasti satu langkah besar.

Namun berdasarkan pemerhatian kami, cadangan ini kurang mendapat sambutan daripada penyokong-penyokong Kelantan.

Pandangan Kami

Secara umumnya, kita semua tahu KAFA terbeban dengan masalah kewangan sejak beberapa musim yang lalu. Mereka berhadapan dengan masalah pembayaran gaji pemain dan jurulatih.

Yang peliknya, hampir setiap kali jendela perpindahan pemain mereka membawa masuk pemain-pemain import yang baru. Ia melibatkan kos yang agak besar.

Pihak KAFA sudah pasti akan membayar pendahuluan kontrak dan bayaran khidmat ejen pemain yang tinggi. Pada masa yang sama, mereka perlu membayar pampasan kepada pemain yang ditamatkan kontrak.

Kelantan memiliki fan base yang sangat besar. Tidak keterlaluan untuk dikatakan, mungkin yang terbesar di Malaysia.  Di mana silapnya KAFA yang gagal untuk mendekati dan memanfaatkan lingkaran ini.

Kami bersetuju dengan pandangan B. Sathianthan yang mencadangkan pasukan lebih murah. Mungkin jumlah RM3 juta itu agak terlalu minima.

KAFA harus menyemak semula segala butiran dalam kos operasi dan juga perbelanjaan mereka yang meragukan dan cuba untuk menyiasat serta cuba optimumkannya.

Dari segi pemilihan pemain, cuba sedaya upaya mencari pemain yang mahu menerima gaji berdasarkan kemampuan yang diberikan pasukan.

Sebarang tindakan terlalu emosional dalam mendapatkan pemain akan memberikan impak seperti sebelum ini.

Seterusnya, mungkin KAFA harus duduk semeja dengan beberapa pemain senior untuk berbincang tentang rombakan kontrak yang membawa kepada pengurangan kadar gaji.

Jika mereka tidak mahu berbuat demikian maka KAFA harus menghormati keputusan mereka dan melepaskan mereka.

Ingat! Juventus dulu, ada beberapa pemain mereka yang datang dan meminta gaji dipotong atas dasar sayangkan kelab.

Kehilangan Kelantan dari kancah bola sepak Malaysia pada musim hadapan pastinya mengurangkan warna dan kemeriahan bola sepak domestik kita.

Kami mengharapkan pasukan ini kekal bersaing dan berjaya mencari penyelesaian kepada masalah semasa mereka.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga :North American Soccer League: Pengurusan Liga Lemah Dan Dibayangi Populariti MLS?

The post Previu MSL 2017 : Penyokong Kelantan Persoal Status Pasukan Kelantan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Senarai Pasukan Liga Malaysia 2017

Musim panjang Liga Malaysia 2016 telahpun berakhir pada bulan Oktober 2016 yang lalu. Pasukan Kedah dinobatkan selaku juara Piala Malaysia 2016 apabila cemerlang menewaskan juara 33 kali iaitu Selangor dengan keputusan penentuan penalti dramatik. Manakala bagi saingan Liga Super 2016 pula, jelas menyaksikan dominasi cemerlang pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) kendalian Mario Gomez muncul juara buat kali ketiga berturut-turut dengan rekod cemerlang tanpa kalah. JDT FC juga cemerlang apabila merangkul kejuaraan pembuka tirai iaitu Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2016 atau Piala Sumbangsih 2016 serta merangkul kejuaraan Superbest Power Piala FA 2016. Dalam saingan Liga Premier 2016 menyaksikan pasukan Melaka United di bawah bimbingan Ketua Jurulatih, Mat Zan Mat Aris berjaya merangkul kejuaraan seterusnya bakal bersaingan dalam saingan Liga Super 2017. Turut mengiringi mereka ke saingan Liga Super 2017 ialah pasukan Selangor PKNS FC yang muncul naib juara Liga Premier 2016 menggantikan pasukan PDRM FA dan Terengganu yang jatuh ke saingan Liga Premier 2017 akan datang. Juara dan Naib Juara Piala FAM 2016 iaitu MISC-MIFA dan PKNP FC merupakan pasukan baru Liga Premier 2017 menggantikan pasukan Sime Darby FC yang tersingkir ke saingan Liga FAM 2017. ATM FA yang juga berada di kelompok terbawah Liga Premier 2016 terselamat daripada tersingkir apabila dinaikkan kembali ke saingan Liga Premier 2017 menggantikan pasukan DRB Hicom FC yang menarik diri dalam saingan Liga Malaysia 2017 akan datang. 

Setiap pasukan kini pastinya sibuk mempersiapkan pasukan masing-masing menghadapi saingan musim baru Liga Malaysia 2017 akan datang dengan melantik barisan kejurulatiham berwibawa, menandatangani pemain-pemain baru terbaik serta mencari pemain import yang benar-benar berkualiti untuk pasukan masing-masing. Selain itu juga, pemain-pemain muda berpotensi pastinya akan diketengahkan oleh pasukan masing-masing menghadapi musim panjang dan serba mencabar. Bual Sukan percaya, setiap pasukan pastinya tidak akan mempersiakan pelaburan mereka ke atas barisan kejurulatihan serta pemain tempatan, pemain import dan pemain muda masing-masing. Berikut adalah senarai pasukan untuk saingan Liga Malaysia 2017 akan datang :

LIGA SUPER 2017
LIGA PREMIER 2017

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Incoming search terms:

Kenapa Pasukan Di Liga Australia Terlalu Sedikit?

Selain dari J-League di Jepun, K-League Classic dan Thai League. Liga Australia atau A-League sering mendapat perhatian di negara kita.

Barangkali kerana terdapat pemain-pemain yang berasal dari liga tersebut datang ke liga Malaysia, ia menyebabkan liga tersebut dikenali oleh rakyat Malaysia.

Tempoh hari kami mendapat pertanyaan di laman Instagram kami mengenai, kenapa pasukan di A-League terlalu sedikit?

Semuanya kami terangkan secara ringkas dalam artikel ini.

Evolusi

Ya, memang pasukan di A-League sedikit. Mereka cuma ada 10 pasukan sahaja berbanding jumlah pasukan di Liga Super iaitu 12 pasukan.

Hal ini kerana, A-League merupakan liga baharu yang ditubuhkan pada 2004 iaitu tahun yang sama Liga Super di negara kita diwujudkan.

A-League ditubuhkan selepas kejatuhan liga tradisional bola sepak Australia iaitu National Soccer League (NSL) yang dimainkan sejak 1977.

NSL merupakan liga bola sepak Australia yang mempunyai 42 pasukan di dalamnya. Ia menjadi nadi kepada pembangunan bola sepak di Australia sehingga awal 2000-an.

Pada awal 2000-an, NSL menjadi goyah kerana beberapa perkara:

  • Penghijrahan kebanyakan pemain Australia ke liga luar
  • Kegagalan perjanjian siaran langsung dengan saluran televisyen tempatan
  • Kekurangan penajaan dari penaja-penaja
  • Pembatalan hak Australia sebagai tuan FIFA Club World Championship pada 2001

Bermula semula

A-League diumumkan bakal menjadi liga bola sepak di Australia pada 2004. Musim bola sepak mereka bakal dimulakan dengan musim sulung pada 2005.

Ketika itu, pihak penganjur hanya membuka 8 tempat sahaja untuk pasukan-pasukan di Australia memasuki liga tersebut. Dan setiap 8 tempat tersebut diisi dengan pasukan dari 8 bandar yang berbeza.

Dalam bahasa mudahnya, A-League menggunakan polisi “satu bandar, satu pasukan” ketika itu.

Hal inilah yang menjadi punca mengapa A-League hanya mempunyai bilangan pasukan yang sedikit sahaja.

8 pasukan yang menyertai A-League di musim sulungannya adalah:

  • Adelaide United – bandar Adelaide
  • Melbourne Victory -bandar Melbourne
  • Central Coast Mariners – bandar Central Coast
  • Newcastle Jets – bandar Newcastle
  • New Zealand Knights – wakil dari New Zealand
  • Perth Glory – bandar Perth
  • Queensland Roar (berevolusi menjadi Brisbane Roar) – bandar Queensland
  • Sydney FC – bandar Sydney

Namun begitu, A-League semakin berkembang dengan beberapa lagi pasukan menyertai liga tersebut seperti Wellington Phoenix, Melbourne City dan Western Sydney Wanderers.

Namun begitu, kehadiran pasukan-pasukan tersebut dibayangi dengan pemergian beberapa pasukan seperti New Zealand Knights yang digantikan dengan Wellington Phoenix.

Selain itu, pasukan seperti Melbourne Heart dan North Queensland Fury tidak berjaya untuk bermain walau 1 perlawanan pun di A-League. Hal ini kerana, lesen mereka telah ditarik balik sebelum mereka sempat beraksi.

Kecil tetapi besar

A-League merupakan liga yang lazimnya dilangsungkan bermula dari Oktober hingga ke April tahun berikutnya.

Fasa pertama A-League adalah proses setiap pasukan perlu bermain 27 perlawanan sesama pasukan yang lain di dalam liga.

Fasa kedua kejohanan adalah apabila pasukan-pasukan memasuki fasa playoff. Untuk peringkat ini, hanya 6 pasukan terbaik dalam kedudukan akhir pusingan fasa pertama layak untuk ke fasa playoff untuk merebut hadiah utama.

Dalam konteks bola sepak Australia, juara kepada fasa pertama atau liga dikenali sebagai ‘juara perdana’. Manakala pemenang bagi playoff pula dikenali sebagai ‘juara utama’.

Walaupun pemenang playoff lebih dianggap sebagai juara sebenar di Australia. Namun tidak bagi pihak AFC.

Pihak AFC hanya memberikan tempat automatik di AFC Champions League buat ‘juara perdana’ sahaja. Namun bagi ‘juara utama’, mereka perlu memasuki peringkat kelayakan untuk ke peringkat kumpulan AFC Champions League.

Di Australia, mereka tidak mempunyai divisyen bawahan dalam piramid bola sepak mereka. Dalam masa yang sama, A-League juga tidak ada sistem penyingkiran dan promosi – sama seperti Major League Soccer di Amerika Syarikat.

Namun begitu, di Autsralia terdapat kejohanan piala nasional yang dikenali sebagai FFA Cup serta kejohanan pra-musim iaitu A-League Pre Season Challenge.

Seperti di kebanyakan negara, A-League juga mempunyai liga untuk pembangunan pemain muda. Kesemua pasukan-pasukan di A-League beraksi di National Youth League.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Nutmeg, Bagaimana 6 Bahasa Berbeza Menyebutnya

The post Kenapa Pasukan Di Liga Australia Terlalu Sedikit? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Umtiti Tuduh Taktikal Pep Guardiola Jadikan Barcelona Pasukan Membosankan

Pemain bek tengah Barcelona Samuel Umtiti merasakan pendekatan taktikal Luis Enrique jauh lebih baik daripada taktikal Pep Guardiola.

Umtiti berpendapat, corak permainan yang diterapkan Guardiola bukan sahaja ‘letih’ untuk ditonton, malah kelihatan letih untuk dimainkan.

Guardiola mungkin dianggap genius taktikal dengan pengaruh taktikal beliau. Namun Umtiti merasakan gaya permainan Barcelona ada sekarang adalah lebih baik daripada gaya tiki-taka yang diperkenalkan oleh Pep.

um1

Bercakap kepada France Football Umtiti berkata:

“Saya berkata kepada kawan-kawan saya, ia adalah bola sepak yang kurang keghairahan.”

“Saya meminati Barca tetapi apabila bermain untuk mengekalkan penguasaan seperti ’10 tahun’ lamanya, ia jadi membosankan.”

Umtiti bukanlah yang pertama yang mengkritik gaya permainan dan corak taktikal Pep Guardiola. Terdapat ramai lagi yang pernah berbuat begitu.

Jurulatih berbangsa Itali, Giovanni Trapattoni juga pernah melahirkan rasa tidak puas hati beliau di metodologi taktikal Pep Guardiola ketika di Bayern.  Beliau berkata:

“Apa yang saya lihat dalam dunia bola sepak Bayern Munich adalah terlalu banyak penguasaan bola.”

tra

“Tick, tack, tick, tack. Tuck, tuck, tuck. Ke sana ke mari. Tetapi hasilnya terlalu sedikit. Selepas 27 minit barulah mereka melakukan cubaan gol. Ia sangat tidak efisien.”

pep

Bagi kami pula, walaupun ramai yang tidak suka cara Guardiola namun taktikal beliau telah memberikan banyak kejayaan ketika beliau di Barcelona dan Bayern Munich.

Kini beliau di Manchester City dan corak taktikal beliau sangat ketara telah mengubah corak permainan Manchester City.

Baca juga : 5 Tragedi Nahas Kapal Terbang Yang Melibatkan Pasukan Bola Sepak

The post Umtiti Tuduh Taktikal Pep Guardiola Jadikan Barcelona Pasukan Membosankan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Eder Enggan Dilabel Tumpul Sebaliknya Berkata Jerman Pasukan Yang Paling Bertaktikal

Eder menepis dakwaan daripada peminat bola sepak Itali yang mulai merasakan beliau sudah semakin hilang sentuhan di hadapan gol.

Ia berikutan keputusan seri dengan Jerman dalam perlawanan persahabatan tempoh hari.

Dalam perlawanan tersebut Eder gagal menunjukkan aksi yang lebih mengancam walaupun secara keseluruhan pasukan Itali diberikan pujian.

Eder lebih merasakan ia kerana Jerman memang pasukan yang sangat terurus dan bertaktikal tinggi.

Menurut Eder :

“Sepanjang karier antarabangsa saya, sudah 3 kali saya menentang pasukan Jerman dan saya gagal menjaringkan gol menentang mereka.”

“Saya berani menyatakan mereka adalah pasukan (kebangsaan) yang paling terurus walaupun sesiapa sahaja yang mereka turunkan.”

eder1

Ketika ditanya sama ada beliau risau akan persembahan beliau di dalam liga turut kurang memberangsangkan telah terbawa-bawa ke kem Itali? Ini jawapan Eder.

“Saya tidak begitu risau tentang isu tidak menjaringkan gol. Misalnya dalam Euro yang lalu, saya hanya menjaringkan 1 gol dan kami berjaya juga.”

Bagaimana dengan sistem serangan baru yang dicuba oleh Giampiero Ventura. Eder berkata:

“Ia adalah sistem yang kami mainkan dalam 20 minit terakhir menentang Sepanyol dan kami sedang berusaha untuk menjadikannya lebih baik.”

Giampiero Ventura kini cuba membangunkan sistem serangan bertiga dengan 3-4-3 berbanding dengan Antonio Conte yang menggemari 3-5-2 yang dinamik membentuk 3-3-4.

Ia cabaran yang hebat untuk pemain-pemain serangan Itali untuk memberikan output terbaik melalui sistem ini. Eder dalam sistem Conte banyak bermain seperti penyerang bayangan (shadow striker) di belakang Pelle.

Rasanya bukan Eder seorang sahaja yang berpendapat pasukan Jerman memiliki disiplin taktikal yang tinggi. Mereka memiliki persefahaman dan kualiti pemain yang sangat baik.

Baca juga : Statistik Menunjukkan Bundesliga Liga Paling Berintensiti Tinggi Di Eropah Berbanding Liga Lain

The post Eder Enggan Dilabel Tumpul Sebaliknya Berkata Jerman Pasukan Yang Paling Bertaktikal appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Liga Super: Analisis Dan Panduan Pertarungan 4 Pasukan Untuk Kekal Di Liga Super 2017

Ia adalah hari perhitungan untuk 4 pasukan sama ada mereka akan terus kekal di Liga Super atau tersingkir ke Liga Premier.

Dalam analisis kami menjelang perlawanan ke-21, kami meletakkan Pahang sebagai pasukan dengan peratusan tertinggi untuk disingkirkan. Ini diikuti Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak dan PDRM.

Dengan Pahang diberikan 3 mata teknikal kelmarin, bermakna mereka sudah selamat daripada zon penyingkiran. Kini skop penyingkiran tertumpu kepada 4 pasukan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak dan PDRM.

Paling menarik adalah, hanya 2 venue sahaja menganjurkan perlawanan 4 pasukan ini dengan mereka akan bertarung sesama sendiri.

Berikut adalah beberapa panduan tentang perlawanan malam ini.

1. Jika Seri Di Stadium Bandaraya

Jika Pulau Pinang dan Terengganu seri di Stadium Bandaraya, kedua-dua pasukan akan tersingkir dan Sarawak serta PDRM akan kekal walau apa jua keputusan mereka.

2. Jika Pulau Pinang Atau Terengganu Menang?

Pemenang perlawanan ini boleh layak dengan syarat tidak ada keputusan seri di Kuching. Jika ada keputusan seri di Kuching, hanya Pulau Pinang yang boleh mara jika mereka menang.

Terengganu agak mustahil untuk mara kerana perbezaan gol yang teruk.

3. Jika Sarawak atau PDRM Menang Di Kuching?

Pemenang dalam perlawanan ini akan sah kekal di Liga Super walau apa jua keputusan lain. Yang kalah masih boleh mara jika Pulau Pinang dan Terengganu seri.

4. Jika Sarawak dan PDRM seri Di Kuching

Dalam situasi ini, hanya Sarawak yang ada kelebihan untuk mara. Kedua-dua pasukan masih boleh mara dengan syarat Terengganu adalah pemenang di Bandaraya.

Jika Pulau Pinang menang, ini menyaksikan PDRM boleh tersingkir dan Sarawak akan kekal. Pulau Pinang ada perbezaan gol yang terbaik di antara keempat-empat pasukan ini.

Analisis Kebarangkalian Untuk Kekal

Jadi Kami Rumuskan pasukan Sarawak dan PDRM memiliki peluang yang tinggi untuk kekal. Terengganu dan Pulau Pinang pasti lebih mengharapkan ada keputusan menang atau kalah di Kuching.

Berikut adalah peratusan keempat-empat pasukan untuk kekal.

Sarawak (55%)

swak_phg_1_of_14_-1

Gambar oleh: Zaini Ahmat / Asiana.my

Mereka ada kelebihan di tempat sendiri. Pada masa yang sama, keputusan seri mungkin sudah cukup untuk mereka kekal dalam Liga Super.

PDRM (50%)

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Pada hakikatnya, mereka wajib menang dalam perlawanan ini. Jika seri mereka perlu mengharapkan Pulau Pinang kalah atau seri di Bandaraya.

Pulau Pinang (50%)

Gambar oleh Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

Gambar oleh Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

Pulau Pinang tidak boleh kalah atau seri dalam perlawnaan ini. Mereka mesti menang. Pada masa yang sama mereka ada peluang kerana di Kuching sudah pasti ada pasukan yang kalah atau seri.

Terennganu (45%)

Gambar oleh Imotai / www.asiana.my

Gambar oleh Imotai / www.asiana.my

Terengganu perlu menang dan tidak ada cara lain. Paling kejam jika mereka menang dan ada keputusan seri di Kuching, maka mereka akan tetap tersingkir kerana perbezaan jaringan mereka adalah -22 berbanding Sarawak -9, dan PDRM-10.

Sebelum Wisel

Ia adalah hari terakhir yang penuh debaran dalam Liga Super kali ini. Mana tidaknya, secara kebetulan jadual 4 pasukan yang bertarung untuk kekal adalah bertemu sesama sendiri.

Kepada 4 pasukan tersebut, selamat berjuang sehingga ke wisel penamat. Elakkan daripada membuat kesilapan mudah.

Baca juga : Pasukan Impian Liga Super Malaysia 2016 Pilihan Semuanya BOLA

The post Previu Liga Super: Analisis Dan Panduan Pertarungan 4 Pasukan Untuk Kekal Di Liga Super 2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA