Mengapa Semua Kelab Premier League Pakai Lilitan Lengan Berwarna Pelangi?

Sejak akhir-akhir ini, peti masuk mesej di laman Facebook Semuanya BOLA malah di akaun Twitter kami juga sering memperoleh soalan ini – kenapa kelab Premier League pakai lilitan lengan berwarna pelangi?

Ada soalan yang ditanya oleh pembaca kami dan kami berjaya menjawabnya dengan secara ringkas. Namun apabila semakin ramai yang bertanya dan mahukan penjelasan penuh, kami rasakan lebih baik kami tuliskan satu artikel khas mengenai perkara ini.

Platform sukan

Andaian awal para pembaca ketika bertanya soalan kepada kami mengenai warna pelangi tersebut adalah – adakah ia berkaitan dengan warna gerakan LGBT?

Jawapannya adalah ya.

LGBT adalah singkatan bagi Lesbian, Gay, Bisexual Transexual. Di England, terdapat sebuah gerakan diberi nama Stonewall yang menjadi pendukung kepada gerakan LGBT ini.

Mereka sering melakukan kempen kesedaran agar golongan LGBT ini diterima di England. Dan kini, mereka menggunakan platform sukan sebagai langkah terbesar mereka untuk menyebarkan kesedaran mengenai LGBT setakat ini.

Stonewall telah berkerjasama dengan Premier League, England FA, English Football League, Premiership Rugby dan Rugby Football Union untuk membantu meningkatkan kesedaran agar golongan LGBT ini diterima umum oleh masyarakat sekeliling.

15171160_10154147573531915_211

Menurut Stonewall, 7 daripada 10 dari peminat bola sepak yang ke stadium telah mendengar sorakan berbaur provokasi terhadap golongan LGBT.

Namun begitu, sorakan berbaur provokasi terhadap golongan LGBT itu tidak diterima oleh 2/3 penyokong bola sepak. Dan mereka mahu sorakan sebegitu dihentikan.

Dan kerana itu, Stonewall merasakan masyarakat di England sudah mula menerima golongan LGBT di dalam komuniti mereka.

Oleh kerana itu juga mereka mula berani untuk meningkat kempen mengenai LGBT di platform sukan.

Warna pelangi

Sebagai tanda sokongan, kesemua kapten kelab di Premier League akan memakai lilitan lengan berwarna pelangi untuk beberapa perlawanan.

Selain daripada itu juga, kesemua pemain Premier League akan memakai tali kasut berwarna pelangi di kasut but mereka untuk beberapa perlawanan.

15241360_10154147573556915_618

 

Dalam masa yang sama bendera bersaiz gergasi berwarna pelangi juga akan dikibarkan sebelum perlawanan dimulakan.

Di media sosial, terdapat beberapa kelab Premier League yang secara terbuka menyokong gerakan LGBT ini.

Mereka menukar gambar profil laman media sosial mereka dengan logo kelab mereka dengan berlatar belakangkan warna pelangi.

Antara kelab-kelab yang berbuat sedemikian adalah Manchester United, Manchester City dan Arsenal.

cityfb

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Mengapa Baju Setiap Pemain EPL Ada Bunga Merah?

The post Mengapa Semua Kelab Premier League Pakai Lilitan Lengan Berwarna Pelangi? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA