Penjaga Gol Ini Dilayangkan Kad Merah Yang Paling Pelik!

Kad merah adalah simbol kepada kesalahan berat. Ia pastinya bukan perkara yang digemari oleh mana-mana pemain mahupun jurulatih.

Biasanya kad merah dilayangkan untuk kesalahan berat seperti terjahan bahaya, terjahan menggunakan 2 kaki, pergaduhan dan lain-lain kesalahan yang membawa kemudaratan kepada mangsa foul.

Semalam kecoh di twitter apabila akaun twitter rasmi milik Shotts Bon Accord mengemaskini laporan semasa perlawanan. Ianya ditulis:

Shettleston goalkeeper Gary Whyte sent off after 72 minutes for having a pee behind the goals

(Penjaga gol Shettleston, Gary Whyte dibuang padang minit ke-72 kerana kencing di belakang pintu gol)

Ramai yang mulanya menganggap ianya troll. Ini kerana Shotts Bon Accord adalah pasukan yang menjadi lawan Shettleston Junior dalam perlawanan tersebut. Lagipun Gary Whyte adalah bekas pemain Shotts Bon Accord.

Ia disahkan benar oleh Shettleston Junior. Tweet tersebut telah ditweet semula lebih 6,000 kali semalam. Kejadian itu berlaku di Greenfield Park di Glasgow.

Gary Whyte yang sudah tidak tahan telah meminta pengadil menghentikan perlawanan seketika dan dia pergi ke belakang gol untuk kencing.

Kemudian dia berseia untuk memulakan perlawanan semula. Namun malangnya, ia tidak berlaku, Whyte telah dibuang padang dengan layangan kad merah.

Ia mendapat banyak reaksi. Ada juga yang merasakan kesalahan tersebut mungkin patut kad kuning sahaja. Ada juga yang berkata, ia adalah panggilan alam (nature calling) dan sukar untuk dilawan.

Sebelum ini, Luis Suarez pernah meminta kebenaran untuk keluar padang seketika ketika perlawanan Uruguay menentang Arab Suadi pada 2014.

Ianya mungkin kad merah paling pelik pernah dilayangkan di dalam bola sepak dunia. Mungkin kad kuning sudah memadai rasanya.

Adakah FIFA akan memberikan perhatian ke atas isu ini selepas ini?

Bca juga: Arsene Wenger Digantung 4 Perlawanan Selepas Tolak Pengadil Keempat

The post Penjaga Gol Ini Dilayangkan Kad Merah Yang Paling Pelik! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Fakta Bola Sepak Yang Pelik Tetapi Benar

Terdapat banyak fakta bola sepak yang kita dengar seperti benar tetapi hakikatnya tidak betul.

Jom kita lihat 10 fakta bola sepak yang betul tapi bunyinya seperti tipu saja.

Penjara Signal Iduna Park

Tak akan dalam stadium pun ada penjara?

Ia benar dan ‘penjara tersebut di Signal Iduna Park di Jerman. Ianya diwujudkan bagi penyokong-penyokong yang ada cubaan untuk mabuk di stadium.

Mesti anda tertanya-tanya kenapa bir masih dijual sedangkan ada peraturan jelas dilarang mabuk di stadium bukan?

Hal ini kerana bir tidak dijual oleh mana-mana penyokong dengan kuantiti yang banyak. Serta barangkali ada had bagi penyokong yang ingin menambah kuantiti bir mereka.

Sir Alex Ferguson Way

Terdapat sebuah jalan berdekatan dengan Old Trafford di Manchester yang diberi nama ‘Sir Alex Ferguson Way’.

Ia diberikan sebagai mengenai jasa yang dilakukan oleh pengurus terhebat Manchester United itu.

Queen Control

Isteri kepada pemain Manchester City Vincent Kompany, Carla Higgs Kompany mempunyai satu hukuman pelik akan diberikan kepada Kompany jika beliau gagal memimpin kemenangan buat pasukan Manchester City.

Carla akan menghukum suaminya dengan tidur di luar rumah jika suami dan pasukannya tewas dalam perlawanan malam itu!

Mafia

Penyerang Schalke 04, Klaas Jan Huntelaar berkata dalam satu temuramah bersama media Bundesliga:

“Jika saya tak jadi pemain bola sepak, saya nak jadi mafia!”

Sirih Naik Junjungan Patah

Internazionale kembali menjadi juara Eropah selepas memenangi perlawanan akhir UEFA Champions League pada tahun 2010.

Ketika semua pemain Internazionale meraikan kejayaan tersebut, kapten Javier Zanetti mempunyai perasaan bercampur baur ketika itu.

Hal ini kerana beliau gembira kerana pasukannya muncul juara, namun berduka kerana ibunya meninggal dunia ketika itu.

Nota tambahan: Sirih naik junjungan patah merupakan peribahasa Melayu bermaksud “baru hendak bersenang-lenang, ditimpa pula dugaan baharu.”

Dari penjaga gol ke penyerang

Sejak kecil, Fernando Torres bermain sebagai penjaga gol.

Namun dek kerana gemar akan watak animasi Captain Tsubasa, beliau sering menjadi penyerang ketika bermain bola sepak dalam dewan.

Keputusannya itu nyata berbaloi, beliau menjadi penyerang yang cukup tajam ketika kemuncak prestasinya.

Liga terkecil di dunia?

Pernah tak anda terfikir liga bola sepak mana yang terkecil di dunia ini? Adakah ianya di Singapura atau Brunei?

Jawapannya adalah Liga Scilly. Di liga tersebut hanya terdapat 2 pasukan sahaja yang bertanding iaitu Woolpack Wanderes dan juga Garrison Gunners.

Liga tersebut dilangsungkan dengan format kedua-dua pasukan ini akan bermain sebanyak 17 kali untuk mencari juara.

Vodafone Arena

Ciri menarik yang ada pada stadium Besiktas ini adalah di setiap tempat duduk penonton akan dilengkapi dengan skrin kecil.

Ia memudahkan setiap penonton untuk menonton ulang tayang ketika perlawanan berlangsung.

Nazi & Schalke 04

Pemimpin Nazi Adolf Hilter juga merupakan seorang peminat bola sepak. Dan pasukan yang beliau sokong adalah Schalke 04.

Ketika era pemerintahannya, Schalke 04 memenangi 22 kejuaraan di Jerman.

Pembuat piala UEFA seorang peminat Internazionale

Tahukah anda? Pereka trofi piala bagi pertandingan kelolaan UEFA dihasilkan oleh seorang peminat Internazionale.

Guerrino Giorgi cukup gembira kerana beliau dipilih sebagai orang yang mereka bentuk trofi tersebut. Hal ini kerana beliau rasakan dirinya seolah memberikan hadiah kepada Internazionale sekiranya mereka menjuarai piala Eropah.

Note editor: Artikel ini dihasilkan oleh Sufi Zulkarnain yang merupakan peminat setia Heart of Midlothian. Jika anda boleh menulis artikel bola sepak dan mahu artikel anda dibaca oleh lebih 300,000 peminat bola sepak setiap bulan, hantarkan artikel anda (dalam MS Word) ke semuanyabola@gmail.com.

Baca juga: Derbi Barat Laut, Perseteruan Titanic Dalam Bola Sepak Dunia.

The post 10 Fakta Bola Sepak Yang Pelik Tetapi Benar appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

11 Larangan ‘Pelik’ Pengurus Eropah Ke Atas Pemain Mereka

Daripada larangan kereta sports sehinggalah ke cendawan, sudah banyak pengurus pasukan telah mengambil pendekatan untuk memberitahu pemain-pemain mereka – saya bos kamu.

Berikut adalah senarai 11 larangan pelik yang dikuatkuasakan oleh beberapa pengurus pasukan kepada pemain-pemain.

1. David Moyes

Larangan: Pemain tak dibenarkan makan kerepek kentang

Ketika mengurus Manchester United, David Moyes memberikan amaran keras kepada mana-mana pemain beliau untuk mengelak daripada makan kerepek pada malam sebelum perlawanan.

2. Alexander Zorniger

Larangan: Pemain dilarang memakai headphones

Ketika mengurus VfB Stuttgart, Alexander Zorniger melarang pemain-pemainnya memakai headphones besar di khalayak ramai.

Mereka dibenarkan untuk menggunakan headphones ketika dalam bas pasukan, tetapi dilarang ketika keluar dari bas pasukan.

Menurut Zorniger, pemain-pemainnya nampak mengarut dengan headphones besar di kepala mereka.

3. Paulo Di Canio

Larangan: Bermacam-macam

Ketika mengurus Swindon Town dan Sunderland, Paolo Di Canio melarang pemain-pemainnya daripada membawa sebarang bentuk sos, mayonis, minuman Coca-Cola dan makanan segera.

Tidak cukup dengan itu, beliau juga melarang pemainnya daripada menyanyi, bergosip dan bergelak-tawa ketika latihan.

Di Canio berkata beliau mahu mengubah budaya dan cara baru untuk berfikir.

4. Jurgen Klopp

Larangan: Jangan sentuh plak ‘This Is Anfield’

Jurgen Klopp sentiasa ada perkara yang unik untuk dibincangkan.

Pada musim 2015/2016, beliau melarang pemain-pemain Liverpool menyentuh plak ‘This Is Anfield’ sebelum masuk padang.

Menurut Klopp, pemain-pemain Liverpool hanya berhak menyentuhnya selepas memenangi sesuatu trofi.

Jurgen-Klopp-This-is-Anfield

Ia adalah sebahagian daripada teknik motivasi daripada Klopp untuk para pemain Liverpool.

5. Fabio Capello

Larangan: Pemain dilarang memakai seluar pendek dan selipar

Seperti orang Itali tipikal yang menitikberatkan perihal fesyen dan keterampilan diri, Fabio Capello melarang mana-mana pemain beliau memakai seluar pendek dan selipar ketika menyertai mana-mana urusan rasmi pasukan.

“Seluar pendek dan selipar membuatkan mereka nampak selekeh,” kata Capello ketika mengulas tabiat pemain England di setiap hotel penginapan.

6. Neil Lennon

Larangan: Pemain dilarang memakai beanie hat

Ketika mengurus Bolton Wanderers, perkara pertama yang dikuatkuasakan oleh Neil Lennon adalah larangan memakai beanie hat kepada pemain-pemainnya ketika sesi latihan musim sejuk.

Lennon berhujah, jika dalam perlawanan sebenar pun pemain tidak dibenarkan memakai beanie hat, maka di pusat latihan pun mereka tidak harus memakainya.

cel

7. Thomas Schaaf

Larangan: Pemain dilarang mencacah tatu

Apabila satu tatu baru Eljaro Elia dijangkiti kuman sehingga menyebabkan kawasan tatunya sakit apabila menyarung jersi, Thomas Schaaf segera melarang pemain-pemain Werder Bremen daripada mencacah tatu baru.

eljero-elia-der-23-jaehrige-niederlaendische-nationalspieler-vom-hsv-hat-sich-seinen-oberkoerper-fast-komplett-mit-tattoos-schmuecken-lassen-foto-imago-

8. Giovanni Trapattoni

Larangan: Pemain dilarang makan cendawan

Masih belum ada penjelasan tentang pengharaman ini. Tetapi Giovanni Trapattoni pernah melarang pemain-pemain beliau memakan cendawan pada malam sebelum perlawanan.

Beliau mengeluarkan kenyataan pelik itu ketika mengendalikan skuad Republik Ireland.

Trapattoni terkejut dengan diet pemain Ireland yang tidak ‘berpantang’ dengan cendawan.

Hari berikutnya beliau mengeluarkan pekeliling rasmi yang menegaskan, pemain dilarang memakan cendawan pada sehari sebelum perlawanan.

9. Sir Alex Ferguson

Larangan: Pemain muda dilarang memakai but warna menonjol

Alex Ferguson mungkin lebih bertoleransi dengan pemain utama. Namun beliau tidak kepada pemain-pemain muda/akademi.

Ini kerana beliau melarang pemain-pemain muda United daripada memakai but berwarna cerah. Hanya warna hitam dibenarkan.

John O’Shea mendedahkan bahawa, tidak ada sekatan bagi pemain senior untuk memakai but yang menonjol warnanya.

Tetapi jika mereka tidak bermain dengan baik, pemain tersebut akan ‘diasingkan’ oleh Ferguson.

10. Remi Garde

Larangan: Pemain dilarang berbahasa Perancis

Ketika menguruskan Aston Villa, Remi Garde melarang mana-mana pemain beliau untuk bercakap dalam bahasa Perancis.

Amaran beliau ini ditujukan khas kepada Jordan Amavi, Jordan Ayew, Jordan Veretout dan Idrissa Gueye. Selain merka, Phillipe Senderos dan Carlos Sanchez juga boleh berbahasa Perancis.

Mungkin niatnya mahu menyatu-padukan pasukannya, Garde hanya mahukan pemain-pemainnya berbahasa Inggeris dalam bilik persalinan.

11. Pep Guardiola

Larangan: Pemain dilarang memandu kereta sports, makan pizza

Ketika di Barcelona, Pep Guardiola telah melarang pemain-pemain beliau memandu kereta sports ke sesi latihan.

Arahan Guardiola ini dikritik oleh Zlatan Ibrahimovic dalam autobiografi beliau, I Am Zlatan:

“Saya fikir ia adalah tidak masuk akal. Itu hak masing masing dan suka hati saya untuk memandu apa sahaja.”

Ibrahimovic melanggar peraturan Guardiola apabila terus memandu kereta Ferrari Enzo miliknya ke kompleks latihan Barcelona.

Maka tak hairanlah beliau hanya bertahan semusim di bawah Guardiola ketika di Barcelona.

Di Manchester City, Guardiola mengharamkan pizza dalam diet pemain-pemainnya pula.

Beliau turut melarang mana-mana pemain City yang mempunyai berat badan berlebihan selepas kembali dari rehat musim daripada masuk ke sesi latihannya.

IbrahimovicFerrari

Baca juga: Kebocoran Dokumen Rahsia Dedah 3 Permintaan Pelik Liverpool Kepada Setiap Hotel Penginapan Mereka

The post 11 Larangan ‘Pelik’ Pengurus Eropah Ke Atas Pemain Mereka appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA