VIDEO: Skil & Gol Pablo Aimar Ketika Bergelar Pemain JDT

Satu masa dahulu, pasukan JDT pernah memiliki bekas pemain Valencia dan Benfica yang juga lagenda Argentina – Pablo Aimar.

Beliau yang juga merupakan idola kepada bintang Barcelona iaitu Lionel Messi nyata memberikan impak kepada Liga Malaysia dari segi permainan beliau di atas padang malah nilai komersial Liga Malaysia itu sendiri.

Walaupun jodoh beliau dengan JDT cuma sementara, namun beliau akan diingati sebagai salah seorang pemain import berprofil tinggi yang pernah beraksi di Liga Malaysia.

Jom kita layan video skil dan gol dari Pablo Aimar sepanjang beliau beraksi untuk JDT!

Baca juga: Marc Batra Jumpa Peminat Dortmund Yang Beranikan Diri Duduk Di Kawasan Schalke 04

The post VIDEO: Skil & Gol Pablo Aimar Ketika Bergelar Pemain JDT appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

3 Pemain Liga Perdana Ditahan SPRM Kerana Isu Rasuah

3 pemain dari pasukan Liga Perdana telah pun ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akibat kesalahan mengambil suapan bernilai ribuan ringgit – lapor Berita Harian.

3 pemain tempatan itu dikatakan telah mengambil suapan bernilai RM10 ribu ke RM 30 ribu dalam menentukan keputusan bagi perlawanan yang diadakan di Liga Perdana.

Kedudukan corot

Menurut laporan Berita Harian, selepas pihak SPRM meneliti kedudukan pasukan 3 tahanan tersebut didapati mereka adalah dari pasukan yang berada di kelompok bawahan Liga Perdana ketika ini.

Hasil dari pendedahan SPRM, 3 pemain tersebut telah pun mengaut keuntungan beratus ribu ringgit hasil daripada perkara yang mereka lakukan ini.

Gambar: Berita Harian

SPRM juga memberitahu yang ini bukanlah tangkapan terakhir yang mereka akan lakukan.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Azam Baki akan ada lebih banyak lagi tangkapan dilakukan bagi memastikan rasuah tidak mencemarkan sukan nasional ini.

Setakat ini hanya tiga individu yang ditahan tetapi SPRM tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi akan ditahan berhubung siasatan kes itu pada masa terdekat.”

“Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, SPRM akan terus memantau dan menyiasat pemain-pemain bola sepak serta akan mengambil tindakan sewajarnya sekiranya perlu,” katanya lagi.

Pihak SPRM turut memberi bayangan yang masalah rasuah ini masih lagi membelenggu bola sepak Malaysia dan mereka komited untuk membasminya.

Baca juga: Adakah Ndumba Makeche Bakal Sertai Pasukan Pahang?

The post 3 Pemain Liga Perdana Ditahan SPRM Kerana Isu Rasuah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

VIDEO: Bruno Suzuki Dedah Marko Simic Pemain Paling Kelakar Dalam Skuad Negeri Sembilan

Tempoh hari, wakil kami telah berkunjung ke Seremban untuk bersama-sama pihak PFAM di dalam majlis ringkas penyerahan trofi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Liga Perdana PFAM-Asiana.my kepada bintang Negeri Sembilan – Bruno Suzuki.

Wakil kami sempat bertemu dengan beliau dan mengadakan satu sesi temu ramah ringkas dengan beliau.

Antara yang menjadi pertanyaan adalah mengenai kemenangan beliau sebagai pemain terbaik bulanan dan juga mengenai rakan-rakan sepasukan beliau di Negeri Sembilan!

Bruno juga menceritakan siapakah pemain paling kelakar di Negeri Sembilan, siapakah yang paling rajin ketika latihan dan macam-macam lagi!

Baca juga: Kerana Terlalu Cemerlang, Rakyat Brazil Mahu Jurulatih Mereka Jadi Presiden Negara

The post VIDEO: Bruno Suzuki Dedah Marko Simic Pemain Paling Kelakar Dalam Skuad Negeri Sembilan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Alex Ferguson Dedahkan Sebab Gagal Dapatkan Pemain Idaman Beliau, Paolo Maldini

Sir Alex Ferguson mendedahkan beliau sangat hampir untuk mendapatkan Paolo Maldini untuk Manchester United.

Namun hasrat itu tidak direstui oleh ayah Paolo Maldini iaitu Cesare Maldini.

Sir Alex juga menyatakan, Cesare telah menggunakan alasan kesetian keluarga mereka kepada Milan sebagai faktor terkuat untuk menghalang niat Sir Alex Ferguson.

Paolo Maldini hanya akan berhijrah jika AC Milan menyingkirkan beliau sahaja. Palo Maldini telah menjuarai 5 kejuaraan Eropah dan 7 Serie A sepanjang 25 tahun karier di AC Milan.

Bercakap di hadapan wartawan semasa majlis perlancaran International Champions Cup di New York, Sir Alex Ferguson berkata:

“Saya pernah cuba menandatangani Paolo Maldini. Tetapi ianya terhalang apabila saya bertemu ayah dia.”

“Ketika itu, Cesare siap menggelengkan kepala dan meminta saya memahami situasi. Ianya bukan sekadar bola sepak sebaliknya atas semangat kekeluargaan.”

“Dia berkata kepada saya, datuk saya Milan, ayah saya Milan, saya Milan, anak saya pun Milan. Lupakanlah niat itu.”

Sir Alex turut berkongsi kerinduan beliau kepada kawasan teknikal di tepi padang. Beliau merindui perlawanan bola sepak yang besar sebagai pengurus pasukan.

Kini, pengurus lagenda ini cuba menghadiri sebanyak mungkin perlawanan-perlawanan dan derbi yang besar di seluruh dunia.

Sir Alex Ferguson juga berbesar hati untuk terlibat dalam perlawanan testimonial Michael Carrick.

Baca juga: Kisah Bagaimana 5 Derbi Terakhir, 5 Pengurus Baru Dilantik!

The post Alex Ferguson Dedahkan Sebab Gagal Dapatkan Pemain Idaman Beliau, Paolo Maldini appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Sudahlah Dipukul Samseng, Kontrak Pemain Ini Dibatalkan Pula Oleh Kelabnya

Kevin Grosskreutz yang merupakan pemain untuk kelab di 2. Bundesliga iaitu Vfb Sttugart telah ditamatkan kontraknya oleh kelab tersebut baru-baru ini.

Kontrak beliau dibatalkan selepas terlibat dalam satu insiden pukul di kelab malam.

Dipukul

Grosskreutz ditamatkan kontrak oleh kelabnya selepas terlibat dalam satu insiden di sebuah kelab malam di Jerman.

Beliau ketika itu hadir bersama-sama rakan yang dipercayai terdiri dari skuad remaja Vfb Sttugart telah dipukul oleh sekumpulan remaja dalam insiden yang berlaku pada jam 2.15 pagi.

Grosskreutz kemudiannya dibawa ke hospital selepas menerima kecederaan di kepala.

Beberapa hari kemudian, kelabnya mengambil keputusan untuk menamatkan kontraknya.

“Selepas perkara itu terjadi, kami cuma ada pilihan untuk menamatkan kontrak beliau.”

“Walaupun keputusan ini berat untuk dilakukan, tetapi kami terpaksa lakukannya demi masa depan Vfb Sttugart dan fokus harus diberikan sepantas boleh untuk perlawanan seterusnya.”

Selepas mengetahui kontraknya dibatalkan kelab, Grosskreutz berasa cukup kecewa.

“Saya tak nak buat apa-apa dengan perkara yang berkaitan dengan bola sepak buat masa ini. Jadi tolong jangan ganggu saya dan keluarga saya.”

“Ini merupakan kesilapan saya dan saya mengaku. Saya minta maaf dan saya menyesal dengan apa yang saya lakukan.”

“Terima kasih pada semua yang telah membantu saya terutama kelab, staf dan penyokong yang tak sudah-sudah menyokong saya.”

Grosskreutz ketika sidang media selepas disingkirkan Sttugart.

Vfb Sttugart kini di tangga teratas 2. Bundesliga.

Baca juga: Seri Dengan Bournemouth, Manchester United Persiakan Peluang Naik 4 Teratas

The post Sudahlah Dipukul Samseng, Kontrak Pemain Ini Dibatalkan Pula Oleh Kelabnya appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Shakespeare Nafi Ada Pakatan Pemain Punca Ranieri Dipecat, Mereka Hormati Ranieri

Dalam sesi sidang media pertama interim Leicester City, Craig Shakespeare telah ditanya soalan panas tentang punca pemecatan Ranieri dan kaitannya dengan pakatan pemain.

Tersebar berita di UK menyatakan selepas kekalahan di tangan Sevilla, kekecewaan pemain sudah sampai ke kemuncak dan mendesak pemilik kelab agar Ranieri dipecat.

Antara nama-nama pemain senior yang dikaitkan adalah Ulloa, Morgan dan Shlupp serta ada juga yang menyelitkan nama Jamie Vardy dan Robert Huth.

Pakatan pemain senior ini dikatakan telah menjadi dalang menentang Ranieri.

Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan taktikal Ranieri dan pemilihan pasukan utama dalam perlawanan.

Hal ini dinafikan oleh Craig Shakespear. Beliau menyatakan keputusan memecat Ranieri adalah 100% dari pemilik kelab.

Shakespear berkata:

“Saya tidak takut pemain-pemain senior pergi mengadu kepada pemilik kelab untuk menyingkirkan saya. Ia perkara baru bagi saya”

“Dari sudut pandangan bola sepak, saya nak beritahu anda semua yang pemain-pemain kami sangat profesional.”

“Mereka sangat terluka dan kecewa (dengan kekalahan) di bilik persalinan.”

“Saya tidak ada masalah dengan mereka di pusat latihan. Mereka sangat hebat dan profesional. Mereka pun turut kecewa seperti orang lain apabila pengurus dipecat.”

Shakespear mengakui dia ada berbual-bual dengan Ranieri malam semalam dan menganggap pemergian Ranieri sebagai sesuatu yang memeranjatkan.

“Saya ada berbual-bual dengan dia. Dia ucapkan terima kasih kerana sokongan daripada saya. Namun percakapan kami biarlah rahsia.”

“Hubungan kami baik seperti biasa.”

“Saya sangat sedih melihat dia kehilangan jawatan. Tapi semua kita tahu, dalam bola sepak perkara seperti ini biasa berlaku.”

“Saya tidak mendengar pihak kelab sudah ada calon untuk menggantikan beliau buat masa ini.”

“Kami akan pastikan dia sentiasa dalam ingatan kami semua. Dia pergi dengan semua orang di sini menghormati beliau.”

Tugasan pertama Shakespear adalah menentang Liverpool dalam perlawanan liga.

Baca juga: Undian Pusingan 16 Terbaik Europa League, United Bertemu Rostov!

 

The post Shakespeare Nafi Ada Pakatan Pemain Punca Ranieri Dipecat, Mereka Hormati Ranieri appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

22 Pemain Serta Pegawai Laos & Kemboja Digantung AFC Kerana Atur Perlawanan

22 pemain dan pegawai Laos dan juga Kemboja telah digantung oleh AFC atas kesalahan mengatur perlawanan.

Hal ini telah disahkan oleh AFC sendiri menerusi hebahan mereka di laman rasmi mereka.

Seumur hidup

Kesemua 22 pemain dan pegawai ini telah digantung seumur hidup oleh pihak AFC dari segala aktiviti melibatkan bola sepak.

Hal ini terjadi selepas kesemua 22 pemain dan pegawai ini telah didapati bersalah dalam skandal atur perlawanan melibatkan pasukan dari Laos termasuk sebuah kelab iaitu Lao Toyota FC.

Pasukan Lao Toyota FC

Siasatan ini telah dilakukan sejak 2014 oleh pihak AFC serta telah mendapat bantuan daripada Sportradar dan juga Unit Intergriti FIFA.

Berikut adalah senarai nama 22 pemain dan pegawai yang digantung seumur hidup oleh AFC:

  • Vathana Keodouangdeth
  • Odien Syharlad
  • Sitthideth Khanthavong
  • Anousay Noyvong
  • Thenthong Phonsettha
  • Soulasack Vongsengdeuan
  • Vongdalasene Sayoulasouk
  • Paseuthsack Souliyavong 
  • Xaisongkham Champathong 
  • Khouanta Sivongthong 
  • Maitee
  • Dao Khotsaya
  • Soubandit Thammavong
  • Phoutthakone Keovongsa
  • Soulixay Inthasene
  • Seny Sangsuvanh
  • Hang Sukonthea
  • Peas Sothy
  • Saynakhonevieng Phommapanya
  • Chintana Souksavath
  • Moukda Souksavath
  • MPhatthana Syvilay

Ingat semua, jangan ambil rasuah ya!

Baca juga: Kerana Berambut Qaza, Asamoah Gyan Dapat Amaran Bertulis Dari Pihak UAE

The post 22 Pemain Serta Pegawai Laos & Kemboja Digantung AFC Kerana Atur Perlawanan appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

TMJ Mengaku JDT Silap Beli Pemain, Mahu Peminat Beri Benjamin Mora Masa

Sesi TMJ bersama penyokong yang berlangsung sejurus selepas perlawanan Liga Super JDT menentang Selangor semalam.

Perlawanan tersebut menyaksikan keputusan seri 0-0 dicatatkan kedua-dua pasukan.

Dalam perjumpaan tersebut, beberapa perkara dibincangkan. Apa yang menarik perhatian kami adalah pemilihan pemain import dan juga perancangan masa hadapan kelab.

Mengaku tersilap

Menurut sumber kami dari Arena Harimau Malaysia, TMJ sendiri mengaku yang baginda tersilap dalam mendapatkan pemain untuk JDT musim ini.

Beberapa pemain barangkali akan diganti dengan pemain baharu ketika jendela perpindahan dibuka semula pada pertengahan musim.

TMJ memberikan bayangan Brian Ferreira dan juga Gonzalo Cabrerra akan ditukarkan dengan pemain import lain pada jendela perpindahan nanti.

Menurut TMJ, JDT berminat untuk mendapatkan khidmat Ignacio ‘Natxo’ Insa yang merupakan pemain Brisbane Roar di A-League di Australia.

Rekod Insa di A-League bukan calang-calang, beliau merupakan penjaring terbanyak pasukan Brisbane Roar.

Selain itu juga, TMJ juga mengaku yang JDT mempunyai kekurangan dari segi bilangan pemain yang boleh bermain peranan nombor 9 dalam pasukan mereka.

Bukan pilihan jurulatih

Baru-baru ini, Gabi Guerra dinaikkan dari JDT II ke JDT dengan menggantikan Jeremimo Barrales.

Menurut TMJ, Barrales merupakan pemain yang bukan pilihan Benjamin Mora. Sebaliknya ia merupakan pilihan bekas jurulatih – Mario Gomez.

Gomez masih lagi mahu mengekalkan taktikal yang digambarkan tidak moden kerana masih lagi mahu bermain sistem target man.

TMJ juga mendedahkan punca sebenar mengapa Jorge Pereyra Diaz serta Juan Martin Lucero pergi meninggalkan pasukan.

Kedua-dua pemain itu nyata bukan pemain yang digemari oleh Gomez, lalu beliau membuat keputusan untuk menjual pemain tersebut.

Tambahan pula, Lucero sendiri yang meminta untuk dijual.

Beri masa

Selain itu, TMJ juga menegaskan agar peminat JDT memberikan masa kepada Benjamin Mora untuk membina sebuah skuad yang mantap.

Mora dalam perancangan untuk mencipta skuad yang bermain dengan falsafah JDT yang mengikuti gaya Juventus dan juga Bayern Munich.

“Jika ada jurulatih lain yang lebih baik, minta dia jadi juulatih JDT.”

Baca juga: Gabi Guerrar Dinaik Pangkat Dari JDT II Ke JDTJDT

The post TMJ Mengaku JDT Silap Beli Pemain, Mahu Peminat Beri Benjamin Mora Masa appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos?

Jualan jersi pemain berjuta-juta boleh membantu pembelian pemain yang baru atau menampung kos operasi yang lain? Adakah ia fakta atau mitos.

Persoalan ini sebenarnya sudah dijawab oleh Jake Cohen, penulis bola sepak terkemuka dari The Gaurdian.

Ketika Manchester United mengumumkan pembelian Paul Pogba dengan nilai £89 juta, Zlatan Ibrahimovic mengeluarkan kenyataan:

“Tidak mengapa, jualan baju saya sahaja sudah cukup untuk membawa Pogba kembali.”

Ia membuatkan ramai penyokong bola sepak di seluruh dunia percaya akan kenyataan tersebut.

Sebenarnya, Ibrahimovic tidak senaif itu untuk tidak memahami proses dan angka melibatkan hal ini. Ia kenyataan yang mungkin atas dasar berseloroh.

Ia sekadar mitos

Masih belum ada kelab profesional di Eropah yang mendapatkan hasil jualan jersi secara langsung.

Adidas, Nike, Puma dan pembekal kit lain biasanya akan mendapat 85-90% daripada hasil jualan jersi ini.

Bahkan pemain itu sendiri mendapat lebih daripada kelab untuk hak imej jersi dengan nama mereka.

Walaupun ada beberapa kelab kelab seperti Bayern Munich yang ada pemilikan lesen khas oleh Adidas juga tidak mendapat peratusan yang besar.

Bezanya, mereka mendapat pendapatan lebih sedikit dan Adidas menyediakan rekaan khas yang lebih istimewa untuk mereka setiap musim.

Berapa sebenarnya United dapat?

Manchester United mendapat kontrak tajaan kit selama 10 tahun dengan Adidas bernilai £ 750 juta.

Ianya salah satu penajaan kit terbesar dalam sejarah bola sepak dan EPL setakat ini.

Walau bagaimanapun,  secara prinsipal Adidas membayar Manchester United £ 75 juta setahun.

Manchester United adalah alat pemasaran Adidas untuk memperagakan produk mereka. Hak ke atas segala macam nilai jersi adalah milik Adidas.

Nilai perjanjian yang besar ini kerana United adalah kelab yang paing popular di dunia.

Adidas juga menafikan mereka ada membayar dana tambahan untuk membawa Paul Pogba dan Zlatan Ibrahimovic.

Ia hanya cerita rekaan. Bahkan baru-baru ini Manchester United sendiri mengumumkan pemain-pemain mereka akan dipotong gaji sekiranya gagal ke UCL.

Ini kerana kelab tidak berhak mendapatakan bonus dari Adidas untuk mana-mana musim mereka gagal ke UCL.

Kelab bola sepak adalah kelab bola sepak

“Jake Cohen turut menggariskan, kelab bola sepak tidak ada kaitan dengan urusan jersi. Mereka hanya beroperasi sebagai pasukan bola sepak.”

Kelab bola sepak tidak ada kepakaran setanding pengeluar barangan sukan dalam soal infrastruktur yang diperlukan untuk mengeluar dan mengedarkan berjuta-juta kit.

Ini termasuk mengendalikan dan menjalankan urusan kedai serta di dalam talian. Isu logistik dan outsource kepada pihak ketiga. Ianya bidang dengan kepakaran yang berbeza dengan pengendalian kelab bola sepak.

Manchester United dan Adidas mengumumkan kerjasama pada Julai 2014, di mana perjanjuan itu diterangkan, dengan jelas atas pakej pelesenan.

Ketua Pegawai Eksekutif Adidas Herbert Hainer menyatakan mereka ‘menang’ bidaan hak penajaan. Beliau berkata:

“Kerjasama ini adalah peristiwa penting untuk kami kerana potensi merchandising yang tinggi.”

“Kami menjangkakan jumlah jualan mencecah £ 1.5billion sepanjang perkongsian kami.

£50 juta jualan jersi Zlatan?

Kenyataan bahawa jualan jersi Zlatan Ibrahimovic adalah sekitar £50mjuta itu agak mengarut dan tidak realistik.

Ada yang menganggap ia sudah lebih dari cukup untuk ‘cover’ gaji beliau yang tinggi.

Jika angka itu benar sekalipun, kenyataan mengaitkan jualan jersi dengan pembayaran gaji pemain adalah imaginasi dan mitos semata-mata.

Manchester United sendiri tidak secara automatik menerima 10-15%, iaitu angka standard industri ini dalam pembayaran royalti

Namun fakta yang jelas adalah  bayaran £75 juta bayaran tahunan adalah begitu besar untuk United dan mereka cuma perlu menambah £14 juta sahaja lagi untuk Paul Pogba.

Anggaran Jake Cohen

Musim 2015/16 kurang tiga juta baju Manchester United telah dijual. Secara andaian, jersi Ibrahimovic membantu menjual tambahan 300,000 unit jualan jersi.

Mana orang akan beli, jersi Smalling, Fellaini atau Ibrahimovic? Sudah pastinya ramai memilih Ibrahimovic.

Peningkatan 10% adalah unjuran yang optimistik memandangkan Ibrahimovic adalah atlet Nike dan tidak akan terlibat dalam sebarang aktiviti promosi Adidas sendiri.

Perjanjian hak imej Adias dan United menggunakan Ibrahimovic secara tidak langsung ketika beliau mengenakan jersi United ketika perlawanan.

Selebih itu, Ibrahimovic tidak mungkin akan memberikan sokongan peribadi kepada Adidas.

Mari kita membuat anggaran royalti jersi United sekiranya mereka berjaya menjual tiga juta jersi dan menerima royalti 15% (angka maksimum dalam standard bayaran royalti).

Andaian harga 1 unit jersi adalah £70. Ia hanya menjadi £21 juta tambahan dalam jualan kasar. Jadi, United mendapat royalti £3 juta daripada angka £21 juta.

Sekarang, £3 juta ini bukan satu jumlah yang kecil. Ia bukan milik kelab 100%. Kelab mungkin akan menerima sekitar 20% daripada royalti jersi Ibrahimovic.

Ianya selepas dibayar atas hak imej Ibrahimovic, gaji tambahan atas jualan jersi, yuran ejen, bonus khas, dan lain-lain yang termaktub di dalam kontrak.

Jadi, kenyataan yang menyatakan United memperoleh dana tambahan £50 juta adalah sangat tidak munasabah.

Yang pasti Adidas dilaporkan menjana pendapatan yang sangat luar biasa menrusi perjanjian dengan Manchester United.

Rumusan

Diharap penjelasan ini dapat membantu ramai pembaca di luar sana memahami tentang industri ini secara asas.

Artikel ini ditulis oleh Jake Cohen pada Ogos 2016 yang berjudul Shirt sales alone do not pay for a superstar’s transfer fee.

Untuk kelab seperti United, agak sukar angka royalti jersi seorang pemain untuk membeli pemain di pasaran perpindahan.

Baca juga: Gaji Pogba Dan Zlatan Akan Dipotong Jika Gagal Bantu United Ke UCL?

The post Jualan Jersi Pemain Boleh Membantu Membeli Pemain Lain, Fakta Atau Mitos? appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Mirchev Pemain Perak Yang Hebat Ketika Remaja

Mirchev Pemain Perak memiliki rekod yang hebat ketika remaja. Pemain ini menyertai The Bos Gaurus pada musim 2017.

Profail

Mirchev Pemain Perak 2017

Nama: Vladislav Mitkov Mirchev
Tarikh Lahir: 23 Januari 1987
Tempat Lahir: Varna, Bulgaria
Tinggi: 1.82m
Kewarganegaraan: Bulgaria
Posisi: Penyerang Tengah
Kaki Prima: Kanan
Kelab Musim 2017: Perak TBG FC

Maklumat karier

Mirchev Pemain Perak yang memulakan karier dengan kelab kecil Spartak Varna B-19 pada 2003. 2 tahun di akademi pemain ini dipromosi ke skuad utama pada 2005 ketika beliau baru berusia hanya 18 tahun. Beliau juga pemain kebangsaan B-19 dan B-21 tahun.

Jadi pada peringkat remaja pemain ini antara pemain dalam kategori prospek yang baik. Mana tidaknya ketika berusia 18-21 tahun beliau konsisten menjaringkan 7 hingga 10 gol semusim.

Pada 2008, beliau menyertai kelab besar Bate Borisov. Selepas di Bate, beliau banyak berhijrah ke kelab kelab lain sehinggalah beliau menyertai PFK Nesebar. Itulah kelab terakhir beliau sebelum dipancing oleh pasukan Perak.

Entah di mana silapnya apabila selepas menuju ke usia yang boleh dikatakan peak sekitar 25 hingga 27 tahun, perkembangan bakat pemain ini tersekat/ stuck. Mungkin silap memiliih kelab yang gagal membangunkan bakat beliau.

Pemain ini sepatutnya menjadi pemain dalam skuad utama Bulgaria berdasarkan perkembangan bakat beliau ketika remaja. Tambahan pula, Bulgaria sangat kecil gedung bakat mereka.

Sehinggalah beliau pulang kembali ke Sparta Varna pada 2016, barulah karier beliau berada dalam tahap yang baik semula.

Beliau memiliki rekod jaringan yang agak baik sepanjang karier beliau. Pada 2016, adalah pencapaian terbaik beliau dengan 24 gol semusim bersama dengan Spartak Varna.

Aspirasi

Ia adalah musim penting untuk Mirchev. 2 Musim sebelum ini pasukan Perak tidak ada penjaring yang konsisten. Perak terpaksa bergantung kepada pemain 9 jadian seperti Fakhrul Hazly.

Pada musim 2015 pula Perak bergantung kepada penyerang sayap Nurridzuan untuk menjadi antara pennggempur utama. Pemain seperti Chad Souza sebelum ini kurang konsisten memberikan sumbangan gol.

Jadi, tugasan Mirchev adalah untuk memastikan Perak ada penggempur. Pemain ini ada rekod yang baik ketika remaja namun pembangunan beliau seakan-akan terhenti selepas 21 tahun ataupun selepas keluar daripada Bate Borisov.

Namun ketika kepulangan beliau ke Spartak Varna pada 2016 beliau meledak 24 gol semusim. Beliau secara keseluruhanya berjaya menikmati musim terbaik beliau pada 2016.

Tahun yang menyaksikan beliau meledak 29 gol daripada 19 perlawanan untuk 2 kelab yang beliau bermain pada 2016. Ia mengingatkan kembali kepada aksi beliau ketika remaja.

Jadi, kami merasakan Mirchev mahu menikmati semula karier indah beliau ketika remaja.

Selamat Datang ke Liga Malaysia, Mirchev Pemain Perak 2017!

Baca juga: Godwin Antwi (Melaka United): Hulubalang Melaka Dari Akademi Liverpool

The post Mirchev Pemain Perak Yang Hebat Ketika Remaja appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA