Penerangan Konsep Underdog Dan Kuda Hitam Dalam Bola Sepak

Di dalam artikel kami bertajuk Pasukan Gergasi vs Kerdil: Apakah Asal Usul Di Sebalik Terma ‘David vs Goliath’?kami ada bercerita tentang isu ini secara teknikal.

Namun kali ini kami mahu memberikan penerangan tentang asal usul daftar kata underdog dan kuda hitam (black/dark horse) dalam konteks sukan termasuk bola sepak.

Underdog

Underdog adalah perkataan yang biasa kita dengar. Dalam istilah Melayunya merujuk kepada pesaing bukan pilihan. Dari mana asalnya istilah underdog dan kenapa ada perkataan dog / anjing di dalamya?

Ia adalah bermula daripada satu sukan tradisional laga anjing/dog fighting ataupun dog baiting pada sekitar akhir kurun ke-18.

dog

Ia lebih kurang dengan laga ayam ataupun sabung ayam. Ada melibatkan pertaruhan dan perjudian. Anjing yang menang biasanya menindih atau memijak anjing yang kalah.

Maka keluarlah istilah underdog untuk anjing yang lemah ataupun dijangka akan kalah dan berada di bawah (under) anjing yang kuat pada akhir pertarungan seperti dalam lakaran di bawah ini.

dog2

Ketika meletakkan pertaruhan biasanya, untuk anjing yang memegang status underdog, nilai kemenangan akan lebih tinggi. Namun sukan ini sudah diharamkan kerana ia adalah kezaliman kepada anjing.

Negara-negara seperti Afghanistan, India, Jepun, Pakistan, Australia, Russia dan banyak lagi negara di dunia meletakkan akta larangan kepada permainan ini.

Dalam konteks sukan, istilah underdog ini merujuk kepada pasukan bukan pilihan yang dijangka akan kalah. Mereka juga akan diberikan nilai kemenangan pertaruhan yang tinggi seperti Leicester City musim lalu.

5000

Dalam satu perlawanan bola sepak, kita akan membuat penilaian sebelum perlawanan sama ada ia perlawanan melibatkan 2 pasukan yang setara kekuatannya ataupun ada beza yang jelas dari segi kualiti.

Underdog adalah pasukan yang kecil dan tidak memiliki potensi untuk menang ke atas lawan mereka. Akibat statusnya inilah mereka berada dalam keadaan hampir tidak ada tekanan.

Inilah faktor yang kerap memberikan mereka kelebihan di dalam perlawanan. Dalam bola sepak Inggeris, mereka sudah ada istilah sendiri untuk underdog iaitu minnow.

Namun daftar kata underdog ini tetap diterima oleh pengulas-pengulas Inggeris.

Istilah Black/Dark Horse

Ramai pengulas sukan mengaitkan underdog dengan istilah kuda hitam. Namun ia sebenarnya 2 perkara yang berbeza.

Kuda hitam lebih tepat untuk menggambarkan pasukan yang kuat tetapi tidak diberikan perhatian ataupun penilaian selayaknya (underated).

Dalam filem The Black Stallion ada menceritakan kisah asal usul istilah kuda hitam. Selepas perang dunia kedua, Alec Ramsey adalah budak yang ada hubungan istimewa dengan seekor kuda Arab (Arabian Horse) hitam.

Ini setelah Alec dan kuda yang diberinya nama Black ini terselamat daripada tragedi kapal karam.

black-the-black-stallion1

Diringkaskan cerita, pada suatu hari seorang joki kuda yang sudah bersara, Henry Dailey terkejut denan potensi kelajuan yang luar biasa oleh Black.

Henry mencadangkan kepada Alec supaya kuda ini dilatih dan didaftarkan dalam perlumbaan kuda.

blackstallion_h_2016

Pada mulanya, Alec tidak dapat mendaftarkan kudanya itu kerana tidak ada rekod dalam kejuaraan terbesar atau kuda ini bukan kuda lumba sebelum ini.

Alec dan The Black Stallion akhirnya menyertai kejohanan utama dan menewaskan beberapa kuda yang terkenal. Kuda hitam ini menjadi bualan kerana kehebatannya yang tidak diketahui sebelum ini.

Itulah kisah bagaimana istilah black horse wujud.

Rumusan

Kesimpulannya adalah, underdog dan black horse adalah dua konsep yang berbeza. Underdog lebih kepada, satu pasukan yang kerdil dan dijangka akan kalah.

Manakala kuda hitam adalah satu pasukan yang kuat namun ramai pihak tidak mengetahui kekuatan tersebut. Kami simpulkan Black Horse adalah seperti Atletico Madrid era Diego Simeone.

simeone

Kita sukar menggelar mereka underdog kerana pemain mereka memang ada kualiti yang tersendiri namun tidak diberikan penilaian (rating) yang selayaknya.

Underdog pula lebih tepat kepada Leicester City musim lalu yang menewaskan lawan-lawan mereka yang lebih besar dengan pemain-pemain yang dianggap biasa (mediocre)

Baca juga : Pasukan Gergasi vs Kerdil: Apakah Asal Usul Di Sebalik Terma ‘David vs Goliath’?

 

The post Penerangan Konsep Underdog Dan Kuda Hitam Dalam Bola Sepak appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA