Samir Nasri Kutuk Vardy Penipu, Kritik Layanan Media England

Samir Nasri tidak berpuas hati dan melabel Jamie Vardy penipu. Ianya selepas insiden panas di antara Nasri dan Vardy dalam UCL.

Dalam pertemuan kedua di antara Leicester dan Sevilla, berlaku konfrontasi di antara kedua-dua pemain.

Nasri telah menanduk Jamie Vardy sekaligus membuatkan pemain Perancis tersebut dibuang padang pada minit ke-74.

Mengulas tentang insiden terbabit, Samir Nasri berkata:

“Dia tidak bercakap apa-apa dan dia melakukannya (berlakon) dengan sangat baik.”

“Kami saling bersemuka dan dia terus terjatuh. Saya ingatkan pemain Inggeris lebih kuat daripada saya.”

“Kepala dia yang datang ke arah kepala saya, dan dia tiba-tiba jatuh.”

“Dia berlakon dengan baik sekali. Saya tidak menyentuh dia langsung dan saya tidak menanduk dia.”

“Apabila dia jatuh, pengadil terus memberikan kami berdua kad kuning.”

Wartawan bertanya, sama ada Nasri mahu menuduh Vardy sebagai diving?

Nasri menjawab:

“Awak rasa macam mana? Cuba lihat balik imej tersebut. Ya! Dia diving dan berlakon dengan baik sekali.”

“Saya tidak cukup bijak untuk memikirkan serta melakukan perkara itu hari itu.”

“Pada pandangan saya, dia (Vardy) seorang penipu. Jika dia pemain asing, wartawan di England akan terus menulis dia seorang penipu.”

“Saya hanya boleh bercakap dan tidak boleh menulis seperti anda.”

“Mereka 2-0 di hadapan, bermainlah seperti lelaki sebenar dan menang sebagai lelaki sebenar.”

“Walaupun anda tidak lebih baik daripada pasukan kami, tetapi anda sudah 2-0 di hadapan, bakal mara dan teruskan bermain dengan semangat kesukanan.”

Ditanya sama ada Nasri menunggu Vardy di terowong. Nasri mengakui hal tersebut. Ini kerana pada mulanya dia mahu bersemuka dengan Vardy sekali lagi.

Namun selepas berfikir balik, beliau membatalkan hasrat tersebut, takut dia tidak boleh mengawal emosi dan membawa kepada perkara lain seperti bergaduh dan digantung oleh UEFA selepas ini.

Sevilla tewas 2-0 dalam perlawanan ini dan mara ke suku akhir UCL dengan aggregate 3-2.

Sebagai tambahan, Samir Nasri beraksi sangat cemerlang dengan Sevilla musim ini dan di antara perancang terbaik di Eropah.

Baca juga: Statistik: AS Monaco Teruskan Rekod Cemerlang Ke Atas Pasukan Dari England

The post Samir Nasri Kutuk Vardy Penipu, Kritik Layanan Media England appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA