Video: Pertarungan Paolo Maldini vs Overmars, Euro 2000

Marc Overmars adalah pemain yang paling sukar dikawal kerana kelincahan beliau.

Namun dalam perlawanan separuh akhir Euro 2000, Belanda menentang Itali. Overmars berhadapan dengan Paolo Maldini.

Anda saksikan kehebatan Maldini mengawal Overmars di dalam perlawanan ini. Ini dianggap pertarungan Beautiful Attacker vs Beautiful Defender.

Itali dan Belanda seri 0-0. Namun Itali mara ke final menentang Perancis selepas menang penentuan penalti 3-1.

The post Video: Pertarungan Paolo Maldini vs Overmars, Euro 2000 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Guardiola Lawan Conte: Pertarungan Taktikal Permainan Posisi vs. Stabiliti Team Shape

Perlawanan tumpuan EPL minggu ini sudah pasti terarah kepada Manchester City vs. Chelsea. Ia juga pertemuan di antara Pep Guardiola lawan Conte.

Kedua-dua pasukan berada di kelompok teratas liga dengan Chelsea di tangga teratas. Mereka hanya dengan kelebihan 1 mata berbanding Manchester City di tangga ke-3.

Dalam previu kali ini, saya ingin menekankan aspek pertarungan kedua-dua pengurus yang memang dikenali dengan kemampuan mengendalikan taktikal.

Pep Guardiola Lawan Conte

Dua evolutionist ini akan bertemu dalam perlawanan minggu ini. Satu pertarungan yang dijangka akan sangat bergantung kepada taktikal daripada mereka berdua.

conte-guardiola-e1480624159197

Ini kerana, dari segi kualiti pemain, kedua-dua pasukan memiliki kelompok pemain yang berkualiti.

Antonio Conte sangat mementingkan shape pasukan dan sentiasa menjerit di tepi padang untuk memastikan dirinya ‘ada’ bermain di dalam padang.

Pep Guardiola terkenal dengan kegilaannya untuk mengubah posisi dan formasi di dalam perlawanan. Arahan-arahan sama ada secara verbal atapun dengan isyarat sudah cukup difahami pemain beliau.

Juego Di Posicion Guardiola

Manchester City pula memiliki platform formasi yang gemar meramaikan pemain di kotak serangan sehinggakan mereka hanya perlukan 2 bek tengah dan 1 pemain tengah bertahan untuk membendung serangan balas.

Sebab itulah Pep menagih penjaga gol beliau lebih berani untuk bertindak sebagai sweeper dan memberikan sokongan dari belakang.

pep-guardiola-city-1462468285021

Meskipun dalam beberapa perlawanan mereka agak sukar untuk mencapai kemenangan kerana lawan mereka fokus kepada kualiti pertahanan, namun ia bukan alasan untuk melabel mereka pasukan bukan pilihan kali ini.

Bermain di gelanggang sendiri mungkin salah satu kelebihan yang harus diakui. Kelajuan di bahagian sayap dengan penggunaan taktikal yang asymmetrical, biasanya penyerang sayap di kanan (Sterling) dan central winger di kiri (Nolito).

Di tengah mereka ada kekuatan seorang lagi central winger iaitu David Silva yang kerap bergandingan dengan pemain pelbagai fungsi (multifunctional) Kevin De Bruyne.

FBL-EUR-C1-MAN CITY-MOENCHENGLADBACH

Juego Di Posicion menekankan kecerdasan untuk memanipulasi lawan dengan perubahan posisi dan koordinasi yang fluid serta penetratif. Beliau memegang falsafah Johan Cruyff.

Di bahagian tengah mereka mungkin akan menggunakan pendekatan bek sisi songsang (inverted fullback) ataupun false fullback untuk mengawal half-space.

Taktikal Chelsea

Kedua dua pasukan memiliki kualiti serangan yang sangat tinggi. Chelsea tidak hanya bergantung kepada Costa dan Hazard kerana pemain seperti Pedro, Moses dan pemain pemain lain.

moses

Mereka semua ada peluang untuk melakukan jaringan cuma perlukan teknik yang betul kerana taktikal yang memberikan mereka lesen untuk mara ke hadapan.

Di Juventus, Conte mencipta formasi bek bertiga yang lebih kepada taktikal seimbang (balance tactic) dengan penguasaan kuat di tengah.

Ketika di Itali, dek kerana kualiti Itali yang agak kurang berbanding dengan negara-negara lain seperti Jerman, Belgium mahupun Sepanyol.

antonio-conte-chelsea-italy-spain

Conte mengambil inisiatif mewujudkan taktikal lebih defensif dan berorientasikan serangan balas. Bagi peminat Itali, pasukan Piala Eropah 2016 tempoh hari boleh dikatakan antara yang agak lemah dalam sejarah mereka.

Namun kualiti Conte menjadikan pemain yang dianggap biasa menjadi luar biasa. Siapa sangka Eder, Pelle, dan Giaccherini termasuk juga pemain kurang konsisten Montolivo dapat beraksi luar biasa? Italian Job!

Ia adalah taktik! Taktik untuk membolehkan Conte mendapat yang terbaik daripada setiap pemain. Ketika di Chelsea beliau pernah mencuba 4-1-4-1, 4-2-4 dan 4-3-3.

Courtois pernah memberikan komen:

“Kami pernah bermain beberapa formasi dan antara yang terbaik adalah 4-3-3. Namun pengurus (Conte) merasakan taktikal itu terlalu banyak melepaskan gol mudah.”

Selepas kekalahan di tangan Liverpool dan Arsenal, Conte menanam tekad untuk menggunakan sistem bek bertiga dengan formasi 3-4-3. Hasilnya, 7 perlawanan, 7 kemenangan, 17 gol, dan hanya 1 bolos dalam EPL setakat ini dengan 3-4-3.

Jadi, saya simpulkan di Chelsea sistem bek bertiga Conte adalah sistem back 3 yang ofensif ataupun menyerang. Bercakap kepada ESPN Conte berkata tidak ada alasan untuk mereka menggunakan formasi lain.

Sebelum Wisel

Pep Guardiola mungkin nampak lebih rendah volume suara beliau, namun beliau masih seorang bos yang sangat berpengaruh dan berkuasa.

Antonio Conte pula seorang panglima perang yang lebih agresif dan mahukan setiap pemain beliau tidak hilang fokus di dalam padang. Beliau sangat passionate dan meraikan setiap hasil yang dituai di dalam padang.

conte1

Dari segi kredibiliti kedua-dua pengurus ini sentiasa ada pelan sekiranya pasukan dalam masalah. Kedua-dua mereka meluangkan masa berjam-jam sehari hanya untuk kajian dan mencari formula taktikal bola sepak.

Tegas dalam isu cara hidup dan disiplin pemain di dalam dan di luar padang.

Dalam perlawanan menentang Spurs anda melihat bagaimana Conte menukar taktikal pada separuh masa kedua selepas 40 minit bermain dengan taktikal ralat (tactical error).

Guardiola ketika perlawanan UCL, beliau ditewaskan Barcelona di Camp Nou, lihat apa yang beliau lakukan pada perlawanan pertemuan kedua di Etihad.

pgo

Ini adalah perlawanan pertama Pep Guardiola lawan Conte dalam sejarah. Ini kerana mereka tidak pernah bertemu sebelum ini sebagai pemain mahupun pengurus.

Ia dijangka akan menjadi perlawanan penuh taktikal. Chelsea mungkin dalam prestasi sedikit lebih baik daripada City. Jangan lupa, kedua-dua turut pasukan memiliki no.9 yang terbaik dalam EPL buat masa ini.

Siapakah yang akan menang pertarungan Guardiola Lawan Conte?

Baca juga : ‘The Godfather’ Dan Revolusi 3-4-3 Luar Biasa Di Chelsea

The post Guardiola Lawan Conte: Pertarungan Taktikal Permainan Posisi vs. Stabiliti Team Shape appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu EPL 2017/17: Manchester United vs. Arsenal – Bukan Sekadar Pertarungan Taktikal

Pada 8.30 malam ini akan berlangsung perlawanan terbesar dalam EPL untuk minggu ini. Dalam era moden di EPL, ini merupakan antara perseteruan yang terbesar.

Daripada era Keane-Viera sehinggalah ke peristiwa perpindahan Robin Van Persie yang berhijrah ke Old Trafford untuk menjadi pemain penting yang membantu United menjuarai kejuaraan EPL terakhir mereka setakat ini.

Siapa akan lupa jaringan solo Piala FA Ryan Giggs menentang Arsenal pada 1999 dengan celebration yang anda juga akan ingati.

giggs

Seterusnya, Manchester United adalah pasukan yang telah menjadi penamat kepada perjalanan invincible pasukan Arsenal dengan cara yang masih dipertikaikan oleh penyokong Arsenal.

Tidak lupa aksi Martin Keown dan Ruud Van Nistlerooy.

keown

Hari ini juga pertarungan peribadi antara Jose Mourinho dan Arsene Wenger!

mo

Baiklah, kita akan tinggalkan sejaraha panas itu, kerana kami mahu membawa anda kepada previu yang lebih statistikal.

Prestasi Semasa

Manchester United hanya menang 2 kali, seri 3 kali dan tewas sekali dalam 6 perlawanan terakhir mereka. Daripada 10 perlawanan terakhir United, mereka hanya mencatatkan streaks kemenangan 2 perlawanan berturut-turut.

Arsenal mencatatkan 4 kemenangan dan 2 seri daripada 6 perlawanan terakhir mereka. Daripada 10 perlawanan terakhir Arsenal, Arsenal mencatatkan streaks kemenangan terbanyak dengan 4 kemenangan berturut-turut.

Rekod Pertemuan

223 pertemuan di antara kedua-dua kelab ini dalam sejarah mereka. 96 kemenangan adalah milik United. 81 lagi milik Arsenal. Manakala 46 lagi adalah seri.

banner-manchester-united-arsenal-clash

Dalam 6 pertemuan terakhir pula, kedua-dua pasukan masing-masing menang 2 kali, seri 2 kali dan kalah 2 kali. 7 gol dijaringkan United dalam 6 pertemuan terakhir dan 9 oleh Arsenal untuk tempoh yang sama.

26 kad kuning (United-17, Arsenal 9) dan 1 kad merah (United-1) dicatatkan dalam 6 perlawanan terakhir mereka.

Perlawanan terakhir pada Februari 2016 dalam EPL dimenangi oleh Manchester United dengan jaringan 3-2 di Old Trafford.

Previu Taktikal

Formasi

United dijangka akan mengekalkan 4-2-3-1 dengan meletakkan Pogba di peranang yang hampir seperti no.10. Namun sukar untuk meramalkan taktikal dan formasi United setakat ini.

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Manchester United Pamer Karakter Lebih Baik Berhadapan Leicester City

Arsenal dijangka akan cuba menanti laporan akhir daripada Alexis Sanchez. Jika Sanchez cergas, tidak ada keperluan untuk mereka menukar sistem false 9 yang menjadi kekuatan utama mereka.

Baca juga : Analisis Taktikal EPL 2016/17: Kualiti Dan Struktur Arsenal Musnahkan Chelsea

Jika Sanchez gagal cergas, mereka mungkin akan menggunakan Giroud dalam sistem 9 tulen. Namun Arsenal masih ada alternatif untuk kekal dengan false 9 dengan adanya Theo Walcott yang berada dalam prestasi yang baik setakat ini.

Karakter

Arsenal kelihatan lebih garang buat masa ini berbanding dengan Manchester United.

Namun dari segi permainan, United lebih berorientasikan serangan dan perancangan daripada bahagian sayap berbanding dengan Arsenal yang suka untuk masuk segera ke half-space dan bahagian tengah.

Kedua-dua pasukan ada ancaman tambahan yang kuat daripada bek sisi yang ofensif. Ia akan menjadi elemen penting dalam mengubah perlawanan.

United adalah pasukan yang lebih agresif setakat ini berbanding dengan pasukan Arsenal. Ini akan mempengaruhi kemampuan mereka untuk memenangi duel secara aerial ataupun fizikal.

Dari segi kelemahan pasukan, Arsenal hanya ada masalah dengan kesilapan individu dan lemah dalam menewaskan perangkap ofsaid. Selain itu, mereka tidak ada kelemahan yang terlalu signifikan.

United pula ada masalah dengan penyudah walaupun dalam perlawanan terakhir mereka, jelas ada karakter yang lebih baik di hadapan gol.

Seterusnya adalah, United kerap berhadapan dengan isu lemah untuk masuk ke tight area ataupun zon 14 yang membuatkan mereka tidak penetratif dan terlalu bergantung kepada hantaran lintang.

Perkembangan Pasukan

miss

Pemain Tumpuan

Matteo Darmian (Manchester United)

darmian

Kenapa kami pilih beliau? Ini kerana Beliau dijangka akan menggantikan Antonio Valencia.

Corak serangan Arsenal yang berpusat di kiri ataupun kawasan bek kanan lawan adalah perkara yang signifikan dengan Arsenal dalam 3 musim terakhir.

Amat penting untuk Darmian mengekang gerakan dari arah kanan beliau dan pada masa yang sama naik ke atas untuk membantuk serangan dan menjadi lebar kepada bentuk pasukan.

Alex Iwobi (Arsenal)

iwobi

Meskipun ada laporan beberapa media menyatakan Sanchez masih bertarung untuk cergas. Kami rasakan Sanchez akan beraksi pada malam ini.

Namun kami rasakan kepentingan Iwobi dalam taktikal Wenger musim ini harus diberikan lebih kredit. Beliau adalah asas kepada fluiditi di bahagian serangan dan pembuka utama ruang di half-space kiri.

Interaksi beliau dengan Ozil juga sangat baik setakat ini.

Fakta Perlawanan

  • Arsenal menang 4 perlawanan away terakhir mereka dalam EPL.
  • Manchester United belum tewas dalam 12 daripada 13 perlawanan EPL terakhir mereka di Old Trafford
  • Manchester United masih belum tewas 10 tahun atau dalam 12 daripada 13 perlawanan terakhir mereka menentang Arsenal di Old Trafford menentang Arsenal.
  • emmanuel-adebayor-arsenal-manchester-united-old-trafford_3422138

  • Manchester United hanya tewas sekali dalam 10 perlawanan EPL terakhir menentang Arsenal (menang 6, seri 3). Kekalahan itu pada Oktober 2015 dengan kekalahan 3-0 di Emirates.
  • United seri dalam 2 perlawanan terakhir mereka di Old Trafford. Kali terakhir mereka seri 3 perlawanan beturut-turut di sana adalah pada 1992.
  • Manchester United menjadi pasukan yang paling banyak menewaskan Arsenal di EPL berbanding pasukan lain dengan 22 kali, 15 daripadanya di Old Trafford.
  • Jose Mourinho belum pernah tewas dalam EPL menentang Arsenal, menang 5 kali dan seri 6 kali
  • Arsenal hanya menang sekali daripada 15 perlawanan ke atas pasukan Mourinho dan ia dalam Perisai Komuniti 2015
  • Wenger tewas dalam semua perlawanan tugasan pertama pengurus Manchester United menentang beliau. Kesemuanya pada bulan November. Alex Ferguson (November 1996), Moyes (November 2013), Van Gaal (November 2014)
  • Purata mata yang dikumpul oleh Wenger pada bulan November dalam EPL dalam karier beliau adalah 1.58 dan ia adalah kadar paling rendah dalam karier beliau.
  • 6 daripada 10 sepakan penalti gagal disempurnakan di Old Trafford dalam pertemuan kedua-dua pasukan.

Sebelum Wisel

Ini adalah perlawanan penting bukan sahaja untuk kedudukan di dalam liga tetapi kerana nilai perlawanan ini yang penuh dengan ego dan prestij.

Sebagai pihak neutral, kami pasti mengharapkan ada gol awal daripada mana-mana pasukan untuk menjadikan perlawanan ini lebih seronok dan panas untuk ditonton.

Ketiadaan pemain berpengaruh seperti Zlatan Ibrahimovic sudah pasti akan dirasakan oleh United.

Perlawanan ini bukan masa yang sesuai untuk bersembang pasukan mana yang berada dalam prestasi terbaik dan pasukan mana yang lebih lemah.

Ini kerana, isu tekanan dan cara pemain mengendalikan emosi juga akan menjadi aspek penting dalam perlawanan ini.

Baca juga : Penyokong Charlton Terbang Ke Belgium Untuk Beri ‘Surprise’ Yang Paling Diingati Pemilik Kelab

The post Previu EPL 2017/17: Manchester United vs. Arsenal – Bukan Sekadar Pertarungan Taktikal appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Liga Super: Analisis Dan Panduan Pertarungan 4 Pasukan Untuk Kekal Di Liga Super 2017

Ia adalah hari perhitungan untuk 4 pasukan sama ada mereka akan terus kekal di Liga Super atau tersingkir ke Liga Premier.

Dalam analisis kami menjelang perlawanan ke-21, kami meletakkan Pahang sebagai pasukan dengan peratusan tertinggi untuk disingkirkan. Ini diikuti Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak dan PDRM.

Dengan Pahang diberikan 3 mata teknikal kelmarin, bermakna mereka sudah selamat daripada zon penyingkiran. Kini skop penyingkiran tertumpu kepada 4 pasukan iaitu Terengganu, Pulau Pinang, Sarawak dan PDRM.

Paling menarik adalah, hanya 2 venue sahaja menganjurkan perlawanan 4 pasukan ini dengan mereka akan bertarung sesama sendiri.

Berikut adalah beberapa panduan tentang perlawanan malam ini.

1. Jika Seri Di Stadium Bandaraya

Jika Pulau Pinang dan Terengganu seri di Stadium Bandaraya, kedua-dua pasukan akan tersingkir dan Sarawak serta PDRM akan kekal walau apa jua keputusan mereka.

2. Jika Pulau Pinang Atau Terengganu Menang?

Pemenang perlawanan ini boleh layak dengan syarat tidak ada keputusan seri di Kuching. Jika ada keputusan seri di Kuching, hanya Pulau Pinang yang boleh mara jika mereka menang.

Terengganu agak mustahil untuk mara kerana perbezaan gol yang teruk.

3. Jika Sarawak atau PDRM Menang Di Kuching?

Pemenang dalam perlawanan ini akan sah kekal di Liga Super walau apa jua keputusan lain. Yang kalah masih boleh mara jika Pulau Pinang dan Terengganu seri.

4. Jika Sarawak dan PDRM seri Di Kuching

Dalam situasi ini, hanya Sarawak yang ada kelebihan untuk mara. Kedua-dua pasukan masih boleh mara dengan syarat Terengganu adalah pemenang di Bandaraya.

Jika Pulau Pinang menang, ini menyaksikan PDRM boleh tersingkir dan Sarawak akan kekal. Pulau Pinang ada perbezaan gol yang terbaik di antara keempat-empat pasukan ini.

Analisis Kebarangkalian Untuk Kekal

Jadi Kami Rumuskan pasukan Sarawak dan PDRM memiliki peluang yang tinggi untuk kekal. Terengganu dan Pulau Pinang pasti lebih mengharapkan ada keputusan menang atau kalah di Kuching.

Berikut adalah peratusan keempat-empat pasukan untuk kekal.

Sarawak (55%)

swak_phg_1_of_14_-1

Gambar oleh: Zaini Ahmat / Asiana.my

Mereka ada kelebihan di tempat sendiri. Pada masa yang sama, keputusan seri mungkin sudah cukup untuk mereka kekal dalam Liga Super.

PDRM (50%)

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Gambar oleh Nazrulhad Hashim / www.asiana.my

Pada hakikatnya, mereka wajib menang dalam perlawanan ini. Jika seri mereka perlu mengharapkan Pulau Pinang kalah atau seri di Bandaraya.

Pulau Pinang (50%)

Gambar oleh Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

Gambar oleh Zulfachri Zulkifli/ www.asiana.my

Pulau Pinang tidak boleh kalah atau seri dalam perlawnaan ini. Mereka mesti menang. Pada masa yang sama mereka ada peluang kerana di Kuching sudah pasti ada pasukan yang kalah atau seri.

Terennganu (45%)

Gambar oleh Imotai / www.asiana.my

Gambar oleh Imotai / www.asiana.my

Terengganu perlu menang dan tidak ada cara lain. Paling kejam jika mereka menang dan ada keputusan seri di Kuching, maka mereka akan tetap tersingkir kerana perbezaan jaringan mereka adalah -22 berbanding Sarawak -9, dan PDRM-10.

Sebelum Wisel

Ia adalah hari terakhir yang penuh debaran dalam Liga Super kali ini. Mana tidaknya, secara kebetulan jadual 4 pasukan yang bertarung untuk kekal adalah bertemu sesama sendiri.

Kepada 4 pasukan tersebut, selamat berjuang sehingga ke wisel penamat. Elakkan daripada membuat kesilapan mudah.

Baca juga : Pasukan Impian Liga Super Malaysia 2016 Pilihan Semuanya BOLA

The post Previu Liga Super: Analisis Dan Panduan Pertarungan 4 Pasukan Untuk Kekal Di Liga Super 2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah v T-Team (1-0) Pertarungan Sukar Di Tengah

Permulaan

Kedua dua pasukan menggunakan sistem penyerang tunggal dalam perlawanan ini. Ia sekaligus menjanjikan pertarungan lebih kuat di tengah.

Kedah lebih kepada 4-5-1 manakala T-team dengan 4-2-3-1. Kedua dua pasukan menggunakan sistem midfielder 5.

tte

Pertarungan di Center Circle

Perlawanan bermula dengan tempo yang agak bagus dengan kondisi padang yang lembap dan licin. Kedua dua pasukan cuba untuk menguasai bahagian tengah, di sini berlaku pertarungan yang menyebabkan bahagian tengah menjadi agak sesak/congested.

Perlawanan menjadi sukar di center circle. Namun Kedah punyai sedikit kelebihan kerana mereka ada pemain yang lebih bertenaga seperti Liridon dan Syazwan.

T-team dan Kedah masing masing akan cuba untuk memberikan pressuring lebih awal dan agresif apabila pihak lawan cuba memasuki final third.

Selepas minit ke-10, Kedah mulai lebih aktif untuk menyerang daripada sayap kiri melalui Farhan Roslan yang disokong oleh Syazwan Zainon.

Ini penting untuk mereka mengatasi formasi pertahanan T-Team yang bertahan dengan baik dalam organisasi yang compact.

ttt111

tt2

Farhan aktif melakukan overlap. Walaubagaimanapun, beliau masih dikawal dengan baik oleh pemain pemain T-Team secara keseluruhannya.

press  kiri

Pada separuh masa kedua Tan Cheng Hoe mengarahkan Ariff Farhan untuk lebih advance. Ariff lebih ofensif dan kerap mencecah kawasan kota penalti.

Pendekatan Lebih Agresif Oleh Kedah

Dalam perlawanan sebelum ini, mereka ada isu dengan soft defending yang pasif, dimana pemain agak toleran dengan serangan lawan.

Kali ini, Kedah lebih agresif untuk mematahkan ancaman lebih awal. Ini membuatkan pemain pemain T-Team terutamanya Patrick agak tidak selesa ketika menyerang.

Patrick Cruz jelas dikawal ketat oleh Khairul Helmi secara man marking dalam perlawanan ini. T-team amat buntu untuk masuk lebih dalam di kawasan final third Kedah.

Dari segi pengurusan garisan pertahanan, Kedah menggunakan ketinggian medium dan lebih compat kali ini. Walaubagaimanapun, masih ada berberapa ketika pemain seperti Bang Seung Hwan out of position.

Kali ini Kedah lebih baik di defensive midfielder yang lebih baik daripada sebelum ini.

T-Team High Line Pressuring

T-Team juga memberikan tekanan kepada pasukan Kedah di garisan tinggi. Mereka mendesak pasukan Kedah untuk melepaskan bola awal dan cuba mewujudkan keadaan supaya pemain pertahanan Kedah panik dan melakukan kesilapan.

Tekanan ini kurang bertenaga pada separuh masa kedua kerana saya melihat T-Team ada isu dengan stamina dan mereka gagal mengekalkan tekanan ini.

tt3

Isu Masalah Produk Akhir T-Team

T-Team banyak mencipta gerakan dan peluang di kawasan Kedah. Namun masalah utama mereka adalah final passes dan juga isu hilang bola di saat saat penting untuk mencipta gol.

Konate memberikan sokongan yang kuat di final third. Patrick Cruz ada interaksi yang baik dengan pemain-pemain di sekeliling beliau.

Pada masa yang sama, pertahanan Kedah masih ada isu dengan fokus ketika bertahan. Mujurlah kegugupan T-team gagal untuk menghukum mereka.

Verdict

Ia adalah kemenangan yang sukar. Kedua dua pasukan berhak untuk menang dalam perlawanan ini. Namun individual brilliance Syafiq Ahmad dan Smeltz menjadi perbezaan terbesar.

Satu assist yang menggunakan ground zero back heel flick dan juga ground zero direct first time turning shot. Ia memang gol yang berkelas ‘A’.

T-Team ada isu dengan keyakinan di barisan serangan. Mereka juga jelas ada masalah dengan stamina dan tenaga. Secara taktikal mereka bermain dengan baik dan berterusan cuba mencipta peluang terutamanya dengan gerakan bola mudah.

Manakala Kedah masih ada isu dengan organisasi pertahanan walaupun Tan Cheng Hoe memberikan khidmat Liridon dan Halim untuk melindungi back 4. Liridon kerap beraksi di deep area dalam perlawanan ini.

Satu perlawanan yang menghiburkan dengan sistem bolasepak yang memenuhi bahagian tengah. Kedua dua pasukan dipaksa untuk mengerah keringat dan juga mental untuk memecahkan blok pertahanan lawan masing masing.

Kondisi padang yang lembap dan licin masih bukan penghalang besar untuk kedua dua pasukan bermain bolasepak dengan pertukaran hantaran yang banyak.

Tahniah kepada Kedah kerana menang untuk kali kedua ke atas T-Team dalam tempoh 4 hari.

Dan tidak lupa, kepada T-team, dengan cara bertahan yang ditunjukkan anda cuma berhak kalah kerana kualiti gol seperti itu sahaja.

Man Of The Match

Syafiq Ahmad.

Beliau beraksi cemerlang dan dinamik dalam perlawanan ini. Membantu untuk meng-unlock pertahanan compact T-Team. Mencipta assist kelas tinggi.

Itu yang perlu dilakukan oleh mana mana pemain sekiranya berdepan dengan pasukan yang bertahan dengan baik. Mereka perlu ada kemampuan mencipta ruang dengan apa keadaan sekalipun.

Baca juga: Analisis Taktikal (Liga Super 2016):Perak 2 v Terengganu 0

The post Analisis Taktikal Liga Super 2016: Kedah v T-Team (1-0) Pertarungan Sukar Di Tengah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Taktikal Final Piala FA 2016: Pertarungan No.10 Antara Safiq Rahim – Matias Hadwa

Seperti yang ramai sudah ketahui, PKNS FC bakal berhadapan dengan pasukan heavyweight JDT dalam perlawanan final Piala FA 2016 nanti.

Kedua-dua pasukan mempunyai motivasi tersendiri untuk menang. PKNS mahu menjulang Piala FA pertama dalam sejarah kelab mereka.

JDT pula mahu memenangi menebus kehampaan semasa final edisi 2013 (kalah 0-1 kepada Kelantan).

Selain itu, mereka juga pastinya mahu terus menggondol piala domestik kedua pada musim ini selepas kejayaan Piala Sumbangsih pada awal tahun ini.

Prestasi semasa

PKNS – K S M M M S

13115918_1040664052680308_9002568798360583141_o

Sejak 6 perlawanan lepas, PKNS menunjukkan peningkatan prestasi yang baik. Mereka menang 3 dan seri 2 perlawanan. Kekalahan terakhir mereka berlaku lebih sebulan lepas, tewas 4-3 menentang Negeri Sembilan.

Pertahanan JDT perlu memberi perhatian istimewa kepada jentera serangan prolifik PKNS yang sudah menjaringkan 16 gol (purata 2.67 gol satu perlawanan) sejak 6 perlawanan lepas.

Bagaimanapun benteng pertahanan PKNS juga boleh tahan porosnya. Setakat 6 perlawanan lepas, mereka sudah bolos 12 gol (purata bolos 2 gol satu perlawanan).

JDT – M S M M M M

11259592_617031168460186_7864520482773265924_o

JDT pula berada dalam prestasi terbaik sejak 6 perlawanan lepas. Baru seri sekali, JDT menang 5 perlawanan – termasuklah ketika perlawanan menentang Ayeyawady United dan Bengaluru yang hanya menggunakan majoriti barisan simpanan mereka.

Seperti jentera serangan PKNS, jentera serangan JDT juga tidak kurang tajamnya. 15 gol berjaya dijaringkan (purata 2.5 gol satu perlawanan) sejak 6 perlawanan lepas.

Bagaimanapun jika dibandingkan dengan PKNS, benteng pertahanan JDT jauh lebih kukuh. Hanya 5 gol dilepaskan oleh JDT (purata bolos 0.83 gol satu perlawanan) sejak 6 perlawanan lepas.

Rekod 6 pertemuan terakhir

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah ketika aksi Liga Super pada 11 April 2014. Ketika itu, JDT menang 1-0 hasil jaringan sendiri pertahanan PKNS, Aminudin Mohd Nor.

Dalam 6 pertemuan antara mereka, JDT menang 3 kali, PKNS 2 kali dan seri sekali.

22 Jan 2013 (Liga Super)
PKNS 1-3 JDT

11 Mei 2013 (Liga Super)
JDT 3-1 PKNS

20 Ogos 2013 (Piala Malaysia)
PKNS 2-0 JDT

21 September 2013 (Piala Malaysia)
JDT 0-2 PKNS

4 April 2014 (Liga Super)
PKNS 1-1 JDT

11 April 2014 (Liga Super)
JDT 1-0 PKNS

Karakter pasukan

PKNS FC

  • Memberi free role kepada Matias Hadwa
  • Menyerang dari kedua-dua kawasan sayap
  • Gemar memanfaatkan aerial threat Juan Manuel Cobelli melalui hantaran-hantaran lintang
  • Kompak dan padat di tengah ketika bertahan

JDT

  • Gemar melakukan squad rotation
  • Bermain lebih narrow di final third
  • Gemar melakukan cubaan jarak jauh
  • Agresif
  • Menyerang melalui tengah dan kanan

Kekuatan pasukan

PKNS FC

  • Matias Hadwa sukar dikawal dalam situasi 1v1
  • Kualiti hantaran lintang yang baik dari sayap kanan dan kiri yang mampu dimanfaatkan Juan Manuel Corbelli
  • Berbahaya ketika melancarkan counter-attack
  • Boleh bermain dalam keadaan tertekan (di depan penyokong lawan yang ramai)

JDT

  • Boleh mencipta peluang melalui through passes
  • Klinikal ketika menyudahkan peluang gol
  • Mempunyai pemain yang mampu memberi ancaman set-pieces
  • Mempertahankan gol pendahuluan
  • Kelajuan di sayap
  • Kreatif ketika merancang serangan

Kelemahan pasukan

PKNS FC

  • Tiada kepelbagaian ketika menyerang, terlalu mengharapkan kombinasi Matias Hadwa-Juan Corbelli
  • Ada kecenderungan untuk bergelut dalam situasi set-pieces

JDT

  • Agak bergelut menentang compact, defensive team
  • Menghalang pihak lawan daripada mencipta peluang melalui bola lintang
  • Kadang kadang agak terlalu bergantung kepada sistem no.10.

Pemain Tumpuan

JDT: Juan Martin Lucero

13123089_616168475213122_7253890230100957824_o

Lucero semakin menunjukkan peningkatan dalam sistem yang lebih kepada no.9 moden di kem JDT.

Interaksi yang berkesan dengan Diaz kerap menjadi kunci utama kepada keberkesanan Lucero. Namun ia bukan tugas mudah untuk mendiamkan Diaz.

PKNS: Matias Hadwa

13041091_1035446009868779_6008790861044292143_o

Jika JDT ada Jorge Pereyra Diaz, PKNS ada Matias Hadwa. Di atas kertas Hadwa mungkin diletakkan berpasangan dengan Juan Corbelli di jentera serangan.

Tetapi di atas padang, Matias Hadwa boleh dilihat berada di mana-mana – kanan, kiri dan tengah.

Taktikal pasukan

Besar kemungkinan PKNS akan turun dengan barisan 4-4-1-1 yang bermentaliti defensif untuk menghidu peluang melakukan counter attack.

PKNS akan tampil kompak dan padat di tengah untuk menyukarkan kerja Safiq Rahim dan Jorge Pereyra Diaz – dua pemain JDT yang paling kreatif.

Dalam bahagian serangan, mereka akan bergantung harap kepada Matias Hadwa untuk memecahkan struktur defensif JDT dalam situasi 1v1.

Untuk JDT pula, mereka turun sebagai pasukan pilihan dalam final ini.

Ketika ini, JDT sedang berada dalam transisi daripada target man no.9 kepada sistem no.10 + no.9 moden yang lebih fluid.

Bagaimanapun permainan fluid JDT mungkin akan terganggu oleh keadaan padang Stadium Shah Alam yang buruk.

Posisi Safiq Rahim di final nanti juga akan menjadi sesuatu yang harus diberikan perhatian setelah JDT banyak bermain dengan sistem no.10 sebenar musim ini.

Baca juga: Final Piala FA 2016: Final Pertama Antara Dua Pasukan Kelab, PKNS FC Dan JDT FC

Semuanya BOLA