Kesebelasan 30 Tahun Pilihan SemuanyaBOLA Untuk Liga Super Musim 2017

Ini adalah kesebelasan 30 tahun dan ke atas dalam Liga Super 2017 pilihan kami. Kami memilih formasi 4-2-3-1.

Penjagan gol – Farizal Harun – Felda United -30 Tahun

Antara penjaga gol terbaik dalam kejohanan domestik sejak beberapa musim kebelakang ini. Beliau membantu Felda United muncul naib juara Liga Super musim lalu.

Bek kanan – S. Kunanlan –  JDT 30 Tahun

Kunanlan masih menjadi tonggak penting skuad JDT. Kami jangkakan ia akan kekal begitu pada musim ini. Mempunyai gaya permainan yang bertenaga dan boleh mencipta peluang gol

S.Kunanlan & Zar Rahan – kredit gambar : asiana.my

Bek tengah – Razman Roslan – Selangor – 32 tahun

Mungkin nama ini merupakan bakat yang agak underated di dalam bola sepak kita sejak beliau berkarier. Memiliki gaya permainan bek tengah moden yang boleh mengawal bola dan hantaran yang baik untuk seorang bek tengah.

Razman Roslan

Razman juga bek tengah yang berdarah sejuk tetapi sangat komited di dalam padang.

Bek tengah – Shukor Adan – Felda –  37 Tahun

Kami memilih lagenda Shukor Adan sebagai kapten pasukan ini. Masuk tahun ini beliau akan berusia 38 tahun pada September nanti.

Pertahanan kalsik dengan gaya yang keras dan no mercy. Memiliki perwatakan kepimpinan yang kuat. Dan beliau masih boleh bersaing secara duel dengan mana-mana pemain import yang berbadan besar.

Bek kiri – Ronny Harun – Sarawak – 30 Tahun

Pemain yang boleh beraksi di kesemua posisi defensif. Beliau menunjukkan taringnya agak lewat (late bloomer). Musim lalu beliau cemerlang menjadi antara pertahanan terbaik di negara kita.

Foto: Zaini Ahmat / www.asiana-my.com

Tenang dan bersahaja gaya permainan beliau. Mempunyai kepakaran lontaran ke dalam yang boleh mencetuskan ancaman.

Tengah pertahanan -Shakir Shaari – JDT – 30 tahun

Ini adalah senarai kecemasan kami. Kami memerlukan seorang destroyer di dalam pasukan. Sukar untuk mencari pemain tempatan yang boleh bermain posisi ini dengan baik.

Jadi, kami senaraikan Shakir Shaari dan berharap beliau tidak lupa cara melakukan destroying kepada gerakan lawan.

Tengah – Badhri Radzi –  Kelantan – 34 tahun

Photo by Kamarul Akhir / www.asiana.my

Kami memilih Badhri Radzi sebagai pemain tengah. Pasukan ini ada 2 pemain yang boleh bermain defensive winger. Jadi diharap ia dapat mengurangkan impak.

Badhri Radzi masih ada kualiti hantaran yang baik dan juga memiliki pegalaman di dalam perlawanan yang bertekanan tinggi.

Sayap kiri – Christie Jayaseelan – Pahang – 31 Tahun

Kepantasan dan kelincahan adalah kunci utama pemain ini. Beliau adalah tipikal penyerang sayap yang agak direct dan tidak tamak. Beliau juga kunci utama kepada serangan balas ketika transisi kepada serangan segera.

Sayap kanan – Azamuddin Akil – JDT – 31 tahun

Ketika beliau menyertai JDT, ramai menjangkakan beliau sudah di akhir karier. Namun ianya silap. Pemain ini mungkin bermain antara bola sepak terbaik beliau musim lalu.

Dalam 2 perlawanan awal JDT musim ini Azamuddin adalah pemain penting.

Beliau adalah defensive winger. Peranan yang menjadi pilihan oleh ramai jurulatih. Cuma kami perlu pastikan dia tidak hilang fokus untuk menjana output terbaik.

Pemain tengah menyerang/ no.10 – Amri Yahyah – Melaka United – 36 tahun

Beliau masih kompetitif untuk liga kita. Memiliki kemampuan untuk merancang gerakan dari zon 14. Satu peranan yang kami sentiasa mahukan di dalam pasukan.

Memiliki teknik sepakan yang sangat baik. Dan tidak lupa, kami harap dia raikan gol seperti di bawah ini jika menjaringkan gol.

foto: JST

Penyerang – Norshahrul Idlan Talaha – Felda United – 30 tahun

MALAYSIA, Johor Bahru: Norshahrul Idlan Talaha of Felda (centre) celebrate his goal during Super League match between JDT and Felda at Larkin Stadium on Jan 27th, 2017. Photo By Nizam Rahman – www.asiana.my

Kami memilih Norshahrul Idlan Talaha sebagai penggempur utama. Dalam 2 perlawanan  pertama Liga Super musim ini beliau berjaya menjadi penjaring gol yang yang klinikal.

Jika Norshahrul Idlan Talaha menolak untuk beraksi di posisi serangan utama barulah kami memanggil Safee Sali ataupun Indra Putra Mahyuddin.

Itulah kesebelasan 30 tahun pilihan kami. Apa pula pilihan anda? Boleh tak lawan dengan pasukan kami ini?

Baca juga: Hasil Ketagihan Terhadap Football Manager, Lelaki Ini Peroleh Kerjaya Dengan Kelab Bola Sepak

The post Kesebelasan 30 Tahun Pilihan SemuanyaBOLA Untuk Liga Super Musim 2017 appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

10 Senarai Pilihan Peminat Yang Untuk Memenangi Anugerah Puskas

Anugerah Puskas adalah anugerah tahunan yang memberikan peghargaan untuk gol tercantik dilakukan oleh pemain-pemain di seluruh dunia. Ia biasanya dilangsungkan pada Januari.

Anugerah ini terbuka, dengan syarat ada pencalonan daripada mana-mana pihak dengan video yang jelas.

Calon untuk anugerah Puskas 2016 adalah yang dicalonkan dari tarih 6 November 2015 sehinggalah satu tarikh yang akan diumumkan oleh FIFA pada masa teredekat ini.

Berikut adalah 10 calon yang diramal oleh peminat bola sepak seluruh dunia akan menjadi calon utama mengatasi yang lain.

1. Dele Alli (Tottenham Hotspur) vs Crystal Palace, Premier League – 23 Januari 2016

Dele Alli berusia 19 tahun ketika melakukan jaringan ini. Beliau menerima hantaran daripada Christian Eriksen.

Alli melakukan sentuhan pertama dan melepasi Mile Jedinak lalu melepaskan cubaan dari jarak 18 meter dan gol.

2. Aritz Aduriz (Athletic Bilbao) vs Marseille, UEFA Europa League – 18 Februari 2016

Usia hanya sekadar angka. Itulah Aritz Aduriz yang masih segar dengan kejayaan meledak 5 gol menentang Genk.

Untuk pencalonan anugerah Puskas, beliau pastinya akan dicalonkan kerana jaringan voli dari jarak 32 meter, menyambut clearance lemah daripada pemain Marseille.

FIFA biasanya menngemari jaringan voli jarak jauh seperti ini.

3. Quincy Amarikwa (San Jose Earthquakes) vs Portland Timbers, MLS – 13 Mac 2016

Qunict Amarikwa menjadi sensasi setelah gol ala gelecekan Mardona dari kawasan sendiri. Beliau memecut kira-kira 35 meter dan melakukan cubaan dari luar kotak penalti dengan teknik chip ke arah penjuru sebelah kiri.

Jaringan yang menggabungkan kekuatan, kepantasan, kebijaksanaan dan penyudah berteknikal tinggi.

4. Hlompho Kekana (South Africa) vs Cameroon, Kelayakan Piala Afrika – 26 Mac 2016

Kekana memang terkenal dengan gol-gol dari jarak jauh. Kali ini, ia antara yang terbaik pernah dilakukan beliau. Kekana melakukan cubaan dari kawasan beliau sendiri dan menewaskan N’dy Asembe.

5. Edgar Costa (Marítimo) vs Nacional, Primeira Liga – 2 April 2 2016

Dalam perlawanan Derbi Madeira Costa telah melakukan menguis bola yang melantun di luar kotak penalti dan melakukan satu voli yang cukup ‘kejam’ untuk diselamatkan penjaga gol

6. Javi Gómez (Socuéllamos) vs Toledo, Segunda División B – 24 April 24 2016

Ia turut menjadi antara video viral pada satu ketika. Jaringan dengan sepakan gunting dari jarak sekitar 28 meter. Jaringan yang membantu mereka untuk bersaing ke promosi namun sayangnya mereka gagal melakukannnya selepas itu.



7. Saúl Ñíguez (Atlético Madrid) vs Bayern Munich, UEFA Champions League -27 April 27 2016

Jaringan ala Messi ini sememangnya satu usaha solo yang menarik daripada Saul Niguez. Menggelecek dari tengah padang melepasi 3 pemain Bayern sebelum menewaskan Manuel Neuer.

8. Xherdan Shaqiri (Switzerland) vs Poland, UEFA Euro 2016 – 25 Jun 2016

Dianggap jaringan paling cantik dalam Piala Eropah lalu. Ia adalah libasan gunting daripada luar kotak penalti. Rasanya sukar untuk mana-mana penjaga gol menyelamatkan bola itu.

9. Kevin-Prince Boateng (Las Palmas) vs Villarreal, La Liga – 23 Oktober 2016

Sebelum ini FIFA tidak banyak memilih gol berpasukan (team goal) bebanding dengan jaringan kerana kehebatan individu.

Namun dalam beberapa edisi terakhir, beberapa gol secara berpasukan kian menjadi perhatian dengan mengambil kira cara gol dicipta.

Jaringan K-P Boateng ini adalah gabungan

10. Faiz Subri (Penang) vs Pahang, Liga Super Malaysia – 16 Februari 2016

Ini antara perkara terbaik yang berlaku dalam liga Malaysia musim ini. Jaringan sepakan percuma Faiz Subri menjadi viral dan fenomena di seluruh dunia.

Beliau melakukan sepakan percuma dengan lengkungan yang tak tercapai akal dan mencabar hukum fizik. Bahkan ia lebih sensasi daripada sepakan percuma UFO Roberto Carlos menentang Perancis.

Ramai peminat di seluruh dunia menganggap jaringan ini adalah pilihan utama untuk memenangi anugerah Puskas.

Mujurlah kita ada footage yang jelas untuk gol tersebut kerana kita kekurangan siaran langsung untuk perlawanan-perlawanan bola sepak domestik.

Kami di semuanyaBOLA turut berpandangan yang sama dan berharap ia menjadi realiti.

Anda bagaimana? Ada pilihan lain?

Baca juga : Antara 10 Cerita Di Sebalik Cara Pemain Bola Sepak Meraikan Gol

The post 10 Senarai Pilihan Peminat Yang Untuk Memenangi Anugerah Puskas appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Previu Perlawanan EPL Pilihan: Manchester United v Southampton

Manchester United akan menanti kunjungan Southampton di Old Trafford untuk cuba mencatat kemenangan kedua selepas menang ke atas Bournemouth pada perlawanan pembukaan.

Ini adalah perlawanan home pertama Jose Mourinho. Manakala, pemain box office-Paul Pogba pula dijangka akan membuat debut kedua bersama Manchester bulan ini.

1913611-40267990-640-360

Manchester United

United seakan-akan sudah melepaskan kemurungan musim lalu dengan berberapa faktor yang menyatukan mereka. Antaranya adalah watak Ibrahimovic.

United juga memenangi perlawanan pembukaan liga dengan cara yang sensasi apabila Ibrahimovic menjaringkan gol yang menakjubkan.

Skuad yang ada pada hari ini mungkin tidak ada penambahan lagi selepas Jose Mourinho menyatakan beliau cuma akan melakukan 4 pembelian sahaja.

Southampton

Bos baru mereka Claude Puel, sekadar berpuas hati dengan keputusan seri pada perlawanan pertama mereka.

FC-Groningen-v-FC-Southampton-Friendly-Match

Puel berjaya membawa masuk Pierre-Emile Hojbjerg dari Bayern Munich,Redmond, Jeremy Pied dan Alex McCarthy.

Namun mereka dikatakan dalam usaha untuk memastikan Jose Fonte akan kekal selepas berberapa pasukan besar mulai dikaitkan dengan Juara Eropah itu.

Perkembangan Pasukan

  • Paul Pogba boleh bermain dalam perlawanan ini selepas menjalani penggantungan 1 perlawanan.
  • Pemain antarabangsa England Chris Smalling juga kembali dari penggantungan, namun Blind dan Bailly mungkin akan menjadi pilihan utama buat masa ini kerana Smalling kekurangan perlawanan pra-musim.
  • Fonte dijangka akan kembali beraksi selepas tidak terlibat dalam perlawanan menentang Watford.

Rekod Pertemuan

Ini adalah peretemuan ke-119 antara Man United dan Southampton dalam semua pertandingan. The Red Devils telah memenangi 61 daripada 118 perlawanan.

Southampton pula merekodkan 28 kemenangan dan lagi 29 perlawanan adalah seri.

Namun begitu, The Saints telah mencatakan kemenangan 1-0 back to back  di Old Trafford di EPL dalam 2 musim berturut-turut.

Malah, Man United masih gagal menewaskan Southampton di Old Trafford dalam Liga Perdana sejak Januari 2013. Namun begitu, United telah menang dalam dua lawatan terakhir mereka ke St Mary .

6 pertemuan terakhir mereka berakhir dengan kedua dua pasukan masing masing menang 2 dan seri 2 kali.

Fakta Menarik

Carlos Puel adalah pengurus Lille yang mengarahkan anak-anak buahnya meninggalkan padan selepas sepakan percuma kontroversi Ryan Giggs dalam pertembungan UCL 2007.

Pemain Tumpuan

Eric Bailly (Manchester United)

AFC Bournemouth v Manchester United - Premier League

Beliau adalah kereta kebal baru dalam pasukan ini. Diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan sebelum ini. Ini adalah perlawanan yang lebih sukar untuk Bailly dan United.

Fraser Forster (Southampton)

fraser forster daily star-2

Penjaga gol Southampton ini dijangka akan menjadi salah satu faktor penting untuk menghalang United dalam usaha mereka mencuri sebarang mata dari Old Trafford.

Kesebelasan Utama Kemungkinan

isr

Sebelum Wisel

Ia adalah pertembungan 2 pengurus baru dalam pasukan masing-masing. Puel berdepan dengan kehilangan berberapa pemain penting mereka.

Mourino optimis Paul Pogba akan terlibat dalam perlawanan ini. Wayne Rooney antara figura yang akan menjadi tumpuan, sama ada beliau masih mampu menjadi pemain utama dalam skuad United.

Ia perlawanan yang dijangka akan didominasi oleh United. Namun 2 musim terakhir, Southampton berjaya meraikan kemenangan di sini.

The post Previu Perlawanan EPL Pilihan: Manchester United v Southampton appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

11 Pemain Terbaik Pilihan Ryan Giggs

Lagenda Manchester United, Ryan Giggs muncul di rancangan terbitan Sky Sports Fantasy Football Club untuk memilih 11 pemain terbaik yang pernah bermain bersama beliau.

Untuk senarai pemain pilihan ini, Ryan Giggs tidak memasukkan nama beliau sendiri.

Berikut merupakan senarai 11 pemain pilihan Ryan Giggs:

1. Peter Schmeichel (Penjaga Gol)

2. Rio Ferdinand (Pertahanan Tengah)

3. Jaap Stam (Pertahanan Tengah)

4. Gary Neville (Pertahanan Kanan)

5. Denis Irwin (Pertahanan Kiri)

6. Roy Keane (Pemain Tengah Bertahan)

7. Paul Scholes (Pemain Tengah)

8. David Beckham (Sayap Kanan)

9. Cristiano Ronaldo (Sayap Kiri)

10. Eric Cantona (Penyerang)

11. Wayne Rooney (Penyerang)

Ini formasi 11 pemain terbaik pilihan Ryan Giggs:

ryan giggs fantasy2

The post 11 Pemain Terbaik Pilihan Ryan Giggs appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA