Dato’ Iskandar, Ahli Politik Dan Penyokong Southampton Santai Yang Harus Anda Ikuti!

Umum sudah mengetahui kebanyakan personaliti terkenal negara kita memberikan sokongan kepada sesebuah kelab bola sepak Inggeris.

Di samping itu, ada sebahagian daripada mereka memaparkan sokongan kepada pasukan bola sepak di Liga Malaysia. Rasanya jarang ada yang bersikap lalang.

Datuk Seri Najib terkenal dengan keghairahan beliau kepada Manchester United. Manakala Ahmad Maslan pula pernah memakai jersi Arsenal.

Mereka mungkin ahli politik yang seringkali diaitkan dengan kehidupan yang lebih serius. Namun mereka sebenarnya tetap manusia biasa yang mencari hiburan termasuk dengan bola sepak.

Mungkin ramai ahli politik berprofil tinggi di sana fanatik juga dengan pasukan bola sepak. Kami tertarik dengan Dato’ Iskandar Abdul Samad merupakan seorang personaliti politik serta penyokong Southampton yang setia.

They're like a hypermarket. People coming in and carting away as they please. The same every season. Forster won't be around in August.

Nai-post ni Iskandar A Samad noong Miyerkules, Mayo 10, 2017

Meskipun kesibukan beliau dalam mentadbir parti dan negeri, beliau sempat memuatkan ulasan terhadap pasukan kesayangannya.

Ya, beliau betul-betul sangat konsisten. Beliau sendiri pernah tinggal di Southampton untuk menyambung pengajiannya. Berikut antara status Facebook beliau mengenai The Saints.

4 games to go but not going anywhere. Cannot go down and cannot go much higher. No motivation except to perform and get noticed by the big guns.

Nai-post ni Iskandar A Samad noong Miyerkules, Mayo 10, 2017

Brilliant penalty save!

Nai-post ni Iskandar A Samad noong Linggo, Mayo 7, 2017

No 12 at the moment, no European football next season, League Cup finalist counts very little.

Nai-post ni Iskandar A Samad noong Sabado, Mayo 6, 2017

Hari ini, beliau juga sempat memuatkan kemaskini Facebooknya perlawanan Southampton menentang Arsenal dalam bentuk gurauan.

Must beat the Emirates gang tonight.

Nai-post ni Iskandar A Samad noong Martes, Mayo 9, 2017

Menariknya, ramai tidak ketahui beliau merupakan penyokong Southampton pada mulanya. Malah dari kalangan ahli partinya sendiri. Tetapi, beliau ‘sporting’ menjawab persoalan kelab manakah disokongnya di Facebook.

Komited

Selain mentadbir parti dan negeri, beliau amat komited dengan ‘beautiful game’ ini. Beliau sendiri pernah menganjurkan pelbagai program terhadap bola sepak.

Antaranya pejabat beliau di DUN Chempaka bersama PKNS membuat kerjasama Klinik Bola Sepak. Difahamkan Klinik Bola Sepak ini sudah banyak kali diadakan.

Klinik Bola Sepak. Jom…

Nai-post ni Iskandar Abdul Samad noong Biyernes, Disyembre 9, 2016

Nai-post ni Iskandar A Samad noong Martes, Disyembre 13, 2016

Nai-post ni Iskandar A Samad noong Martes, Disyembre 13, 2016

Apa yang menarik beliau berkongsi cerita dan perkembangan Southampton seperti netizen biasa. Santai dan juga kerap.

Beliau juga tiada masalah jika anda melakukan cuitan troll kepada Southampton.

Beliau memberikan juga sokongan kepada pasukan Piala Sultan Selangor pada tempoh hari. Pernah juga beliau muncul beberapa kali di stadium untuk menonton perlawanan melibatkan Selangor.

Personaliti yang membuatkan beliau dekat di hati rakyat termasuk dalam urusan sukan. Pernah juga penulis dengannya bertukar-tukar idea di laman Facebooknya.

Tidak hairanlah beliau dihormati ramai pihak. Agaknya beliau ada impian tersendiri terhadap sukan.

Harus diingat, ahli politik memberikan sokongan tidak semestinya kerana untuk meraih populariti. Tetapi, ada yang memberikan sokongan kerana cinta terhadap sukan.

Baca juga: Alistair Edwards: “Fernando Torres Ke JDT? Maaf, Tidak Berlaku!”

The post Dato’ Iskandar, Ahli Politik Dan Penyokong Southampton Santai Yang Harus Anda Ikuti! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Terjerat lagi dalam jerangkap samar arena politik

Tanggal 28 Mac 2017, pasukan Harimau Malaya sepatutnya bertandang ke Stadium Kim Il-Sung di Pyongyang, Korea Utara untuk menghadapi perlawanan kelayakan Piala Asia AFC 2019 namun keadaan politik semasa nampaknya akan merubah sedikit rancangan jadual perjalanan yang telah diatur tersebut.

Misteri terbaru selepas tragedi MH370 dan MH17.
(gambar: www.ttgasia.com)

Berkemungkinan besar perlawanan tersebut akan diadakan di gelanggang berkecuali memandangkan situasi hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Korea Utara yang kian tegang dianggap boleh menjurus kepada kebimbangan berkaitan isu jaminan keselamatan. Korea Utara (Korea DPR) pula dijadualkan membalas kunjungan ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 14 November 2017 tetapi mungkin akan turut terpengaruh dengan keadaan politik pada waktu itu samada sudah diselesaikan ataupun masih lagi berlanjutan. Harap-harapnya kedua-dua pihak dapat mencari jalan perdamaian dan bukannya permusuhan.

Bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia edisi ke-17 ini, Malaysia dan Korea Utara diletakkan dalam Kumpulan B bersama-sama Lubnan dan juga Hong Kong. Terdapat 6 kumpulan dan hanya dua pasukan bagi setiap kumpulan yang akan layak bertanding di negara tuan rumah kejohanan yakni Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 2019 nanti.

Pasukan-pasukan yang telah pun layak ialah Arab Saudi, UAE, Australia, Qatar, China (China PR), Iran, Jepun, Syria, Thailand, Iraq, Korea Selatan (Korea Republic), dan Uzbekistan. Berikutan saingan kelayakan pusingan pertama dan kedua juga adalah kelayakan untuk ke Piala Dunia FIFA 2018, maka pasukan-pasukan yang telah layak ke Piala Asia tersebut akan berentap lagi bagi merebut 4 1/2 tempat yang dikhususkan buat benua Asia (termasuk negara Australia yang asalnya dari Oceania Football Confederation).

Jika Sir Alex Ferguson melatih Malaysia sekalipun dan
bukannya Datuk Ong Kim Swee, FAM belum berkelas dunia.
(gambar: bongdaso.com)

Buat pertama kali, pusingan akhir Piala Asia kali ini akan menampilkan 24 pasukan berbanding 16 pasukan sahaja sebelum ini semenjak tahun 2004. Malaysia telah pun tersingkir daripada melayakkan diri ke Piala Dunia di Rusia namun adakah Malaysia berpeluang ke Piala Asia? Secara realistik, Korea Utara (120), Hong Kong (142), dan Lubnan (146) menurut ranking FIFA yang terkini dilihat mempunyai banyak kelebihan berbanding Malaysia (162).

Kedudukan Ong Kim Swee sebagai jurulatih negara pula ibarat retak menanti belah apatah lagi Kongres FAM ke-53 bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Eksekutif FAM penggal 2017-2021 akan bersidang pada 25 Mac 2017 ini. Presiden baru FAM yang bakal dilantik nanti dijangka salah seorang daripada dua calon, calon yang akan membuat perubahan-perubahan kecil ataupun calon yang akan membuat perubahan secara besar-besaran. Tunggu dan lihat sahajalah nanti bagaimana Malaysia akan menempuh tahun-tahun yang mendatang. Peace!

Rekod pertemuan antara Malaysia dengan Korea Utara:
– Menang 1, Seri 3, Kalah 3; jumlah perlawanan 7
  [sumber: www.11v11.com]

15 Sep 1974
Malaysia lwn Korea Utara, Menang 2-1, Sukan Asia

18 Feb 1976
Malaysia lwn Korea Utara, Kalah 0-2, perlawanan persahabatan

9 Mei 1979
Korea Utara lwn Malaysia, Seri 1-1, kelayakan Piala Asia AFC

14 Mei 1979
Korea Utara lwn Malaysia, Kalah 1-0, kelayakan Piala Asia AFC

26 Sep 1990
Korea Utara lwn Malaysia, Seri 0-0, Sukan Asia

27 Mac 2000
Korea Utara lwn Malaysia, Seri 1-1, kelayakan Piala Asia AFC

6 Apr 2000
Malaysia lwn Korea Utara, Kalah 1-4, kelayakan Piala Asia AFC

DUNIA BOLA SEPAK

Bolasepak sebagai sukan bukannya politik

Baru-baru ini sebuah pasukan kelab dari Liga Malaysia (Liga-M) yang dahulunya dikenali sebagai Johor FC telah menempatkan nama Malaysia kembali gah di pentas Asia. Pasukan Johor Darul Ta’zim FC (JDT) yang dibarisi ramai pemain bintang tempatan telah menjuarai Piala AFC tahun 2015 dengan menewaskan FC Istiklol dari Tajikistan di tempat lawan. Sekalipun bernasib baik apabila mara ke perlawanan akhir selepas juara bertahan Qadsia SC (Al Qadsia) ditendang keluar akibat penggantungan yang dikenakan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ke atas campur tangan kerajaan Kuwait, ternyata tuah menyebelahi pasukan JDT apabila jaringan tunggal Leandro Velazquez pada minit ke-23 kekal hingga ke wisel penamat walaupun terdapat tiga gol yang dijaringkan Istiklol tidak dikira. Dengan kejayaan ini, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah melangkah setapak lagi berbanding tokoh-tokoh bolasepak Malaysia yang lain seperti Tan Sri Annuar Musa (Kelantan), Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Perak), dan Allahyarham Dato’ Paduka Ahmad Basri Akil (Kedah).

Sebelum pasukan JDT melakar kemenangan yang bersejarah ini, pasukan Selangor FA sudah pun mengecapi pencapaian yang agak membanggakan apabila muncul naib juara Kejohanan Kelab Asia pada 19 Disember 1967. Hapoel Tel Aviv FC adalah pasukan yang berjaya merangkul kejuaraan edisi pertama pertandingan tersebut yang kini dikenali sebagai Liga Juara-juara AFC dengan menewaskan pasukan Abdul Ghani Minhat dan rakan-rakan 2-1 di Bangkok, Thailand hasil jaringan Danny Bursuk dan Yaakov Rachminovich. Namun, agak malang pula bagi pasukan kebangsaan Malaysia, kekalahan demi kekalahan turut dirasai dalam dua pertemuan pada tahun 1973 dan 1974 menentang pasukan rejim Zionis yang kini sudah berada dalam Kesatuan Persatuan Bolasepak Eropah (UEFA). Di sebalik polisi antarabangsa yang diketahui umum, pentadbiran Malaysia nampaknya seperti bersedia untuk mengetepikan masalah politik dan bersaing secara sihat. Samada perkara tersebut menimbulkan tanda tanya orang ramai atau tidak, terpulanglah kepada masing-masing untuk menilainya.

Selangor FA dalam Kejohanan Kelab Asia 1967

Berhubung permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebanyak tiga kali agar perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 di Stadium Antarabangsa Dora, Hebron, Palestin pada 12 November 2015 dipindahkan ke lokasi yang neutral, perkara tersebut harus diteliti dengan sebaiknya. Kegusaran yang ditimbulkan mengenai isu keselamatan memang ada asasnya memandangkan ketegangan di Tebing Barat dilaporkan kian memuncak. Meminta pengesahan rasmi tentang jaminan keselamatan daripada pihak FIFA adalah tindakan yang bijak daripada FAM dan wajar dipuji. Walaupun begitu, FAM masih belum terlepas daripada tanggungjawabnya untuk memastikan segala persiapan menjelang perlawanan tersebut benar-benar tersedia dan mencukupi. Seluruh skuad yakni para pemain dan juga para pegawai perlu dibekalkan dengan maklumat terkini dari masa ke semasa supaya mereka sentiasa peka tentang keselamatan dan tidak lalai daripadanya. Perancangan yang rapi bukan sahaja untuk menghadapi perlawanan, tetapi juga untuk sebelum dan selepasnya.

FC Barcelona melawat Stadium Dora, Hebron pada 3 Ogos 2013
(gambar: Mahmoud illean)

Berita terbaru mengenai Arab Saudi menarik diri daripada perlawanan kelayakan menentang Palestin yang sepatutnya berlangsung pada hari Khamis (5 November 2015) selepas tertangguh tidak semestinya mempengaruhi Malaysia. Ini kerana Arab Saudi bakal berdepan hukuman, berkemungkinan besar Palestin diberi kemenangan percuma 3-0 manakala Arab Saudi didenda dengan jumlah yang besar malah boleh juga dibatalkan terus penyertaannya. Malaysia sudah pun menerima hukuman yang akan dijalankan selepas kejadian segelintir penyokong membuat kacau di Stadium Shah Alam tempoh hari (8 September 2015) dan sudah pasti tidak mampu lagi menerima sebarang hukuman tambahan. Dalam perlawanan Malaysia menentang Emiriah Arab Bersatu di tempat sendiri pada 17 November 2015 kelak bakal berlangsung secara tertutup dan tanpa penonton. Di samping itu, FAM akan didenda sebanyak 40,000 Swiss francs dan turut diberikan amaran. Arab Saudi mungkin sudah mengira bahawa 12 mata penuh yang terkumpul daripada empat perlawanan sudah memadai untuk mendahului Kumpulan A berbanding Emiriah Arab Bersatu di tempat kedua dengan 7 mata, 5 mata bagi Palestin, 4 mata bagi Malaysia, dan hanya 2 mata buat Timor Leste pada waktu ini.

Harimau Malaya pernah diiringi dengan kereta perisai di Jakarta

Keengganan Arab Saudi bermain di Tebing Barat yang diduduki rejim Zionis dipercayai atas sebab kebimbangan mereka tentang isu diplomatik yang turut dirasakan berhubung kait dengan isu keselamatan. Sekiranya Arab Saudi agak risau apabila bermain di Palestin nanti seolah-olah semacam mengiktiraf pendudukan rejim Zionis, bagi Palestin pula adalah sebaliknya. Palestin khuatir jika tiada lagi perlawanan bolasepak yang diadakan di Tebing Barat dan Genting Gaza, maka hilanglah peluang bagi rakyat Palestin khasnya dan peminat bolasepak seluruh dunia amnya untuk menikmati sukan bolasepak tanpa sekatan yang membebankan. Apabila semua orang merendah diri dan benar-benar ikhlas mengidamkan keamanan, apa jua bentuk penindasan mahupun perkauman mudah sahaja diketepikan. Hanya dengan keamanan yang dipupuk barulah manusia sejagat tidak lagi terancam nyawanya, manakala fikiran dan emosi juga menjadi tenteram.

Pada dasarnya, Malaysia tidak seharusnya cepat terpengaruh dengan apa yang berlaku di negara-negara lain. Menyedari bahawa Malaysia mempunyai keadaan serta situasi yang berbeza, pihak-pihak yang berwajib hendaklah berupaya membuat keputusan sendiri tanpa terikut-ikut secara membabi buta sebarang cara atau gaya yang kurang sesuai. Ambillah langkah berjaga-jaga dan sentiasa membuat pemantauan yang bersesuaian. Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat. Oleh itu, sama-sama berdoa agar Allah melindungi kita semua. Semoga berjaya!

#TutupAurat #HarimauMalaya #MalaysiaBoleh

DUNIA BOLA SEPAK

Politik Dan Bola Sepak Britain

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Ahmad Loqman Izzat bin Mat Pozi. Penulis bebas yang fokus menulis mengenai sukan di dunia.

Anda boleh hubungi beliau melalui page Sepakan Korner Ahmad Loqman Izzat.


Mei lalu, Britain mengadakan Pilihan Raya Umum. Semua maklum, Parti Konservatif diberikan mandat penuh.

Daripada 650 kerusi dipertandingkan, Konservatif mendapat 330 kerusi sekaligus melepasi 326 sebagai majoriti mudah.

Parti Buruh mendapat 232 kerusi sebagai tempat kedua.

Tempat ketiga, Parti Kebangsaan Scotland (SNP) mendapat 56 kerusi. Parti Liberal Demokrat memenangi 8 kerusi. Parti-parti kecil mendapat 24 kerusi.

Britain dibentuk melalui kesatuan antara 4 negara iaitu England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Keempat-empat negara ini mempunyai FA dan liga berasingan.

Britain merupakan tanah kelahiran bola sepak moden. Malah, salah satu liga terbaik di dunia dimainkan di Britain iaitu Liga Perdana Inggeris.

Industri bola sepak Britain dijadikan modal parti-parti politik untuk diletakkan di dalam manifesto mereka.

Parti Konservatif dipimpin oleh David Cameron menyatakan sekiranya mereka menerima mandat, kemudahan Sukan Komuniti akan ditingkatkan kualitinya dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan, FA dan Liga Perdana.

Kemudahan padang bola sepak tiruan akan dibina di sekitar 30 bandaraya sekitar Britain.

Kebetulan ada peristiwa lucu sewaktu kempen Parti Konservatif, David Cameron menyatakan sokongan kepada West Ham United.

david cameron aston villa and west ham

Walhal, semua sudah mengetahui David merupakan penyokong tegar Aston Villa. Kekeliruan kelab kerana warna yang sama menyebabkan beliau terkeliru.

 

Parti Buruh diketuai Edward Milliband menyatakan dalam manifesto bahawa mereka bakal memperkenalkan peraturan membenarkan kewujudan Yayasan Amanah Penyokong (Supporters Trust) untuk melantik dan memecat paling kurang dua orang ‘Director of Football’.

‘Supporters Trust’ juga dibenarkan untuk membeli saham kelab sekiranya ada perubahan pemilik kelab bola sepak.

Nick Clegg yang memimpin Parti Liberal Demokrat menawarkan untuk membentuk Perbadanan Keselamatan Venue Sukan.

Berkaitan isu ini, parti ini akan membenarkan kewujudan ‘safe-standing’ yang diamalkan di negara Eropah lain seperti Jerman.

Ini merupakan hanya poin utama dalam bidang bola sepak untuk tiga parti utama Britain. Menariknya di Britain ini, ahli politik tidak perlu menyatakan kelab bola sepak sokongan mereka untuk mendapat kempen dari penduduk sekitar.

Seperti David Cameron, penyokong Aston Villa tetapi jarak kawasan parlimen Witney yang diwakilinya agak jauh ke utara.

‘David menyokong Aston Villa kerana pakciknya, bekas pemilik Aston Villa, Sir William Dugdale. Sir William Dugdale sering membawa David sewaktu kanak-kanak ke stadium untuk menonton perlawanan Aston Villa.

David Cameron pernah turun membuat pembentangan bidaan Piala Dunia 2018 England bersama David Beckham dan Putera William.

Prince-WilliamDavid-Camer-006

Malah, beliau sering menonton perlawanan Piala Dunia di pejabatnya, No 10 Downing Street.

Nick Clegg meskipun mewakili salah satu kawasan parlimen di Sheffield, beliau pernah memberitahu beberapa tahun dahulu bahawa dia tidak menyokong sama ada United atau Wednesday.

Akhirnya, Nick memberitahu dia penyokong Arsenal dan seringkali dilihat menonton perlawanan melibatkan Arsenal.

Mantan Perdana Menteri Britain, Gordon Brown merupakan penyokong Raith Rovers yang bermain di divisyen bawahan Scotland. Gordon sendiri sewaktu kanak-kanak pernah menjual ‘match-programme’.

Sewaktu Gordon menjadi Menteri Kewangan, beliau pernah membantu Raith Rovers untuk menjayakan pengambilalihan kelab itu. Lucunya, beliau ketika itu mewakili kawasan Kirkcaldy dan Cowdenbeath.

Musuh setempat Raith Rovers ialah Cowdenbeath, dan ada pengundi yang tidak menyukai beliau kerana menyokong Raith Rovers.

Begitu kuat budaya sukan bola sepak British sehinggakan ia menjadi kunci utama parti-parti politik Britain untuk mengekalkan legasi kebanggaan negara mereka.

Jangan terkejut jika anda melihat wajah ahli politik di stadium kerana mereka hanya ingin tonton perlawanan bola sepak, bukan berkempen!

Sumber: The Telegraph, The Guardian, Football Supporters Federation, The Scotsman.

The post Politik Dan Bola Sepak Britain appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA