Paulo Futre: “Orang Portugal Sebenarnya Lebih Suka Lionel Messi Daripada Cristiano Ronaldo”

Apabila bercakap mengenai Cristiano Ronaldo. Semua pasti akan menceritakan mengenai kepantasan beliau, rembatan deras dari luar kotak serta semangat ‘tetap mahu menang’ beliau di atas padang.

Namun bagi mereka yang membenci beliau. Pasti cerita beliau yang kerap melakukan simulasi, gaya egoisitik beliau sebagai pemain serta dakwaan yang beliau adalah pemain yang hanya mahukan kejayaan individu akan terpacul keluar dari mulut para pembenci Ronaldo.

Dibenci bangsa sendiri

Ia ibarat sudah tercatat dalam hukum alam yang di mana, “jika ramai yang suka kita, pasti ramai juga yang membenci.”

Begitu juga dengan Ronaldo. Ramai diantara kita amat meminati beliau, tetapi dalam masa yang sama ramai juga yang membenci.

Tetapi apa rasanya jika dibenci oleh bangsa sendiri?

cristiano-ronaldo-portgual-1458948561908

Lagenda Portugal Paulo Futre menceritakan bagaimana Ronaldo begitu dibenci oleh rakyat Portugal.

“Ronaldo seperti yang kita semua tahu beliau adalah seseorang yang berbangsa Portugis. Belia telah lakukan segalanya dalam kariernya dan beliau adalah juara Eropah.”

“Tetapi beliau punyai ramai musuh di Portugal, hal ini berpunca kerana tindakan beliau sendiri.”

Futre mengatakan sikap Ronaldo di dalam dan luar padang membuatkan ramai rakyat Portugal meluat dengannya.

Sikap angkuh dan sombong yang ditunjukkan beliau di atas padang sudah menjadi pengetahuan umum. Ia adalah sebahagian daripada jiwa beliau yang sentiasa mempunyai daya saing yang tinggi dan tidak mahu mengalah dengan mudah.

Menurut Futre lagi, Ronaldo dibenci kerana apa yang katakan kepada media serta sikapnya.

“Ronaldo adalah seorang yang sangat lantang dan kerana kelantangannya beliau mencipta ramai musuh di negarannya.”

“Kadang kala apa yang beliau katakan selepas perlawanan, dan sikapnya cukup untuk membuatkan rakyat Portugal membenci beliau.”

Pada hemat penulis, mungkin ada beberapa kali Ronaldo telah menyakitkan hati rakyat Portugal. Namun cerita itu hanya diketahui oleh rakyat Portugal sahaja.

Perangai tipikal orang Portugal

Dek kerana terlalu bencikan Ronaldo, Futre memberitahu terdapat ramai rakyat Portugal yang lebih memilih untuk menyokong ‘musuh tradisi’nya iaitu Lionel Messi.

“Pernah terjadi satu ketika dahulu. Ramai pembenci Ronaldo datang ke hotel penginapan skuad kebangsaan Portugal dan menyorak nama Messi berulang kali.”

Futre juga berkata ada juga peminat Portugal yang mahukan Ronaldo tewas pemilihan Ballon d’Or di tangan Messi.

lionel-messi-2015-ballon-do

Lagenda Portugal itu menyifatkan tindakan rakyat Portugal yang membenci Ronaldo itu adalah tindakan tipikal orang Portugis iaitu dengki dengan kejayaan yang dimiliki oleh orang dari bangsa mereka sendiri.

“Jelas sekali, ramai orang di Portugal mahu Messi menang Ballon d’Or. Dan itu menunjukkan sikap tipikal orang Portugal yang dengki dengan kejayaan bangsa mereka sendiri.”

Kata-kata Futre itu sama dengan apa yang perangai tipikal bangsa Melayu di negara kita yang gemar untuk dengki dengan kejayaan bangsa sendiri.

Maka tidak hairanlah mengapa Portugal menjajah Tanah Melayu dahulu.

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Figo: “Maaf, Ronaldo Bukan No. 1 Di Portugal.”

The post Paulo Futre: “Orang Portugal Sebenarnya Lebih Suka Lionel Messi Daripada Cristiano Ronaldo” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Figo: “Maaf, Ronaldo Bukan No.1 Di Portugal!”

Selepas dibandingkan dengan Messi oleh Xavi pada minggu lalu, kali ini Cristiano Ronaldo dibandingkan pula dengan lagenda Portugal Eusebio oleh bekas kapten beliau, Luis Figo.

Bekas maestro dan kapten Portugal, Luis Figo mengakui dia adalah peminat Cristiano Ronaldo. Figo juga pernah beraksi bersama-sama Ronaldo di dalam pasukan Portugal.

Namun, ketika ditanya tentang pilihan peribadi beliau, siapakah pemain terbaik Portugal sepanjang zaman, Figo tidak ragu-ragu untuk menjawab Eusebio.

Menurut Figo, Eusebio adalah antara watak yang paling penting dalam sejarah bola sepak Portugal berbanding dengan Cristiano Ronaldo.

Ronaldo telah memenangi 3 Ballon d’Or dan dianggap ramai pemerhati bola sepak sebagai pemain bola sepak terbaik di era moden. Ronaldo juga telah banyak memenangi 12 trofi domestik di di peringkat kelab.

Beliau adalah pemain yang paling banyak caps dengan Portugal dengan 133 kemunculan. Ronaldo juga menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Portugal setakat ini dengan 61 gol.

Lebih manis beliau melengkapkan karier beliau dengan kejuaraan antarabangsa apabila menjulang Piala Eropah 2016.

Eusebio, yang meninggal dunia pada usia 71 pada Januari 2014 adalah pemain ikonik untuk Benfica dan Portugal. Beliau adalah pemain yang paling popular di Portugal pada satu ketika dahulu.

Ronaldo Terbaik Tetapi Eusebio No.1

Menurut Figo, sukar untuk menafikan bakat Cristiano Ronaldo. Namun secara peribadinya beliau masih memilih Eusebio sebagai pemain yang paling penting dalam sejarah bola sepak Portugal.

Tambah Figo lagi:

“Saya mengagumi Cristiano dan saya menikmati serta melihat pencapaian beliau,”

“Dia sentiasa menjadi lebih baik, tahun demi tahun. Dia juga mencipta sejarah dalam bola sepak.”

“Walaupun saya tidak pernah melihat Eusebio bermain, saya tetap akan meletakkan beliau sebagai nombor satu kerana pendirian beliau, kerana ‘sayang’ beliau yang ditunjukkan kepada saya, persahabatan dan juga nasihat-nasihat beliau.”

“Semua orang akan berbicara kenapa saya mengatakan sebab begini atau alasan begitu. Tetapi yang paling penting adalah saling hormati-meghormati.”

“Setiap orang mencipta sejarah mereka sendiri.”

Sebelum ini Ronaldo memberikan respon panas kepada Xavi yang dianggap beliau sebagai mencari publisiti murahan menggunakan nama beliau.

Apa pula respon Cristiano Ronaldo kali ini?

Baca juga :

The post Figo: “Maaf, Ronaldo Bukan No.1 Di Portugal!” appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Wales v Portugal; Mendaki Tangga Untuk Mencipta Sejarah

Wales akan berdepan dengan Portugal di Euro 2016 separuh akhir. Tinggal dua anak tangga lagi untuk mereka menjulang kejuaraan berprestij Piala Eropah.

Wales mahu mara ke perlawanan akhir kejohanan major buat pertama kali.

Portugal pula mahu melengkapkan sejarah bolasepak mereka dengan kejuaraan major pertama setelah bolasepak mereka disegani sejak berdekad lamanya.

Pasukan Lebih Penting.

Ia seperti kisah pertarungan di antara super hero dalam filem aksi Civil Wars.

2 hero yang berasal dari projek BBC berpangkalan di Madrid terpaksa melupakan persahabatan demi perjuangan di padang.

Lebih ironi Bale dan Ronaldo akan menjadi pusat kuasa kepada kedua dua pasukan.

Namun lebih penting daripada itu adalah bagaimana mereka berdua mengemudi ‘pasukan’ masing masing.

Ini adalah 11 vs 11 bukannya Bale v Ronaldo!

Itulah yang lebih penting. Bale dan Ronaldo tetap sebahagian daripada instrumen dalam pertarungan ini, tidak lebih dan tidak kurang daripada yang lain.

Kuasa pasukan adalah lebih besar daripada kuasa individu.

Tetap Ada Bale v Ronaldo


Namun kedua dua pemain tetap tidak boleh lari daripada naratif ini. Mereka berdua tetap akan cuba dibandingkan secara statistik dan pencapaian.

Namun saya letakkan ia sebagai misi dan perbandingan peribadi dan bukannya aspek utama dalam menentukan kemenangan.

Ramai yang lebih meletakkan perjuangan Bale lebih utama dalam perlawanan ini untuk melepasi pasukan yang memang lebih stagnant namanya berbanding Wales.

Ini adalah masa terbaik untuk Bale membuktikan dia adalah lebih baik daripada Cristiano Ronaldo kerana di Real Madrid bukanlah tempat yang sesuai untuk melakukannya.

Ia bukan bermaksud mereka bermusuh, tetapi ia lebih kepada kuasa peribadi yang dimiliki di dalam pasukan.

Ia adalah kualiti yang mungkin akan mewujdudkan persaingan lebih kompetitif di antara mereka sama ada di peringkat kebangsaan dan ketika balik ke kem Zidane kelak.

Bale sudah meledak 3 gol dalam kejohanan ini dan 2 daripadanya adalah melalui sepakan bebas.

Ronaldo sudah melalukan 30 cubaan gol dan Bale cuma 21 sahaja.

Ronaldo kerap kali ‘hilang’ dalam perlawanan sebelum memberikan inspirasi ketika menentang Hungary.

Taktikal

Coleman mendedahkan Wales tidak akan mengenakan kawalan khas kepada mana mana pemain termasuk Ronaldo.

Mereka mahu meneruskan corak permainan mereka sendiri.

Mereka mahu fokus mengawal pasukan bukannya individu tertentu.
Falsafah 3-5-2 terus menjadi pegangan beliau ditambah dengan komitmen yanh luar biasa daripada pemain beliau.

Sementara Fernando Santos masih percaya akan magis Ronaldo.

Beliau mulai memberi kepercayaan kepada Renato Sanhes dalam pasukan utama dan kesannya amat meyakinkan.

Di bangku simpanan Portugal Ricardo Quaresma yang menjadi pemain pertukaran paling berbisa dalam Piala Eropah kali ini.

Namun beliau juga mungkin akan diturunkan dalam kesebelasan utama.

Tekanan


Tekanan mungkin lebih kepada Portugal. Mereka mahu memenangi sesuatu terutama dengan adanya pemain istimewa seperti Cristiano Ronaldo.

Ronaldo sendiri pastinya mahu menjadikan kejuaraan major seperti ini sebagai testimoni besar untuk status beliau.

Namun mereka masih gagal menang dalam 90 minit permainan.

Wales pula mungkin tertekan untuk memikirkan kehilangan Ramsey dan Davies yang menjadi pemain penting mereka dalam kejohanan kali ini.

Selebihnya mereka lebih menikmati setiap perlawanan sebagai sejarah baru, setiap gol dan kemenangan juga sebagai sejarah baru.

Kualiti

Bila berbicara soal kualiti. Portugal mungkin lebih kepada individual dan Wales lebih kepada team player.

Selain Cristiano, Portugal ada Nani, Renato Sanches, Ricardo Quaresma dan Joao Mario yang memiliki kemahiran individu yang tinggi.

Untuk Wales mereka ada Ashley Williams yang akhirnya menjadikan kejohanan kali ini sebagai testimoni kuat untuk diri beliau sebagai di antara most under rated center back di Eropah.

Tanpa Ramsey, Wales ada Joe Allen yang menjadi ‘Allen’ yang Rodgers mahukan.

Pemain pemain seperti Cristiano Ronaldo boleh hilang 75 minit namun mereka boleh mengubah nasib pasukan hanya dengan berberapa peluang yang ada.

Sebelum Wisel

Saya lebih merasakan ini adalah perlawanan untuk Portugal menangi (Portuguese to win).

Maksud saya, mereka akan lebih terdesak untuk memenangi perlawanan ini.

Manakala Wales buat masa ini menjadi pasukan yang benar benar sukar diramal.

Mereka boleh menjadi seperti pasukan divisyen 3 ketika tewas di tangan England dan boleh menjadi seperti juara duni ketika menewaskan Russia dan Belgium.
Jadi anda ramalkan siapa akan menang

Baca juga: Analisis Taktikal Piala Eropah 2016: Portugal v Croatia (0-0, aet 1-0)

The post Wales v Portugal; Mendaki Tangga Untuk Mencipta Sejarah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Analisis Taktikal Piala Eropah: Portugal v Poland

Permulaan 

Portugal memulakan perlawanan ini dengan 4-1-3-2 dengan merehatkan Joao Moutinho. Renato Sanchez memulakan perlawanan kali ini dengan 2 false 9 (Nani-Ronaldo)

Poland turun dengan formasi utama mereka 4-4-1-1. Arkadiusz Milik menjadi second striker dan agak free role pada kali ini. Lihat heat map ini untuk penjelasan kenapa dia lebih kepada free role.

milkik

Poland bermula baik

Poland pasukan lebih baik 15 minit pertama. Poland mendapat gol pertama dalam tempoh cuma 100 saat melalui siapa lagi kalau bukan Lewandwoski.

Ia lebih kepada kualiti Lewandowski yang terus cuba mencari ruang dan menunggu di kawasan yang tepat. Naluri yang kuat !

Kredit juga kepada Kamil Grosicki yang meneruskan aksi cemerlang beliau di dalam kejohanan kali ini

33

 

1111

Taktikal Poland jelas sekali cuba untuk menggunakan Grosicki sebagai pemain yang akan menjadi pemberi servis utama.

Milik akan cuba untuk melakukan dummies run untuk membuka ruang kepada Lewandowski. Milik memiliki mobiliti dan positioning yang sangat baik seperti biasa namun beliau masih ada isu dengan final passes dan finishing.

Penurunan intensiti Poland

Selepas 25 minit, Poland mengurangkan intensiti dan lebih selesa untuk drop deep. Ini memberikan banyak peluang kepada Portugal untuk menekan mereka di deep area.

Poland mengharapkan pemain seperti Krychowiak untuk melepaskan mereka dalam cubaan untuk transisi kepada menyerang.

Namun ia gagal berlaku kerana mereka ditekan terlalu dalam dan pemain agak pasif. Cuma Kamil Grosicki dan Kuba sahaja yang ada potensi melakukan fast break daripada wide area.

Mereka secara defensifnya beraksi baik. Berjaya melakukan 5 shots block sebelum dibolosi gol pertama kerana deflection.

Sanches adalah wayar hidup Portugal

Selepas 30 minit, perlawanan ini boleh dikatakan bertukar menjadi milik Portugal. Mereka lebih banyak menyerang.

Renato Sanches mulai diarahkan untuk beroperasi di wing kiri dan Joao Mario beraksi di tengah dalam formasi 4-4-2.

Ini adalah heatmap Sanchez untuk 90 minit. Pada separuh masa pertama beliau banyak bermain di kanan dan pada separuh masa kedua, impak beliau lebih kuat di wing kiri.

sanc

Sanchez menjaringkan gol penyamaan cantik untuk gol pertama beliau dalam karier antarabangsa. Namun sayang sekali gandingan Nani dan Ronaldo tidak begitu dominan di final third dalam perlawanan ini.

nani

Beliau juga distributor terbaik Portugal sepanjang 90 minit perlawanan. Sehingga saya pun tak pasti sama ada di bermain wing atau box to box.

caca

Kerapuhan pertahanan Portugal

Mereka banyak memberikan ruang dan masa kepada pemain Poland untuk melakukan sesuatu terutamanya separuh masa pertama.

2 winger mereka tak cukup komited untuk membantu fullback sedangkan mereka harus tahu akan ancaman Grosicki.

Sepanjang 90 minit pertama mereka cuma melakukan  3 tackles gagal di dalam kawasan pertahanan mereka.

tackle

Ini adalah contoh organisasi yang sangat lemah dalam zonal marking Portugal pada awal separuh masa pertama.

4

Portugal dan tight area

Dalam perlawanan ini, sebelum kemasukan Joao Moutinho, Portugal amat lemah untuk memecahkan blok pertahanan Poland, terutama di tight area.

Tidak ada pemain Portugal yang benar benar sanggup untuk bermain di dalam kawasan sempit tersebut. Ia menyukar link up dengan pemain serangan.

Nani dan Ronaldo sendiri terpaksa turun ke merata kawasan untuk mendapatkan bola.

tight

55

5

Hantaran Portugal banyak berlegar dalam U shape, dan ia adalah perkembangan yang tidak sihat. Ia menunjukkan pasukan ini tidak cukup penetrative.

Namun Moutinho masih gagal memberikan penyelesaian masalah secara total. Portugal masih bermasalah dengan tight area.

Mujurlah ada Sanches yang efektif di flank.

Perlawanan Seimbang untuk 90 minit

Boleh dikatakan perlawanan agak seimbang untuk 90 minit. Walaubagaimanapun Portugal mengakhiri 90 minit sebagai pasukan yang lebih baik.

Perubahan formasi kepada 4-3-3 oleh Portugal tidak memberikan impak yang sangat signifikan dan Cristiano Ronaldo hampir menjadi matchwinner jika beliau berjaya menguis bola dalam keadaan peluang terbuka.

Masa Tambahan

Tidak begitu banyak beza skrip pada masa tambahan dengan 90 minit. Kedua dua pasukan masih terkial kial di final third terutama di depan gol.

Perlawanan berakhir dengan kedudukan terikat dan pemenang akan ditentukan dengan penentuan melalui sepakan penalti.

Portugal menang penentuan penalti

Portugal berjaya menyempurnakan kelima-lima penalti mereka manakala Poland gagal menyempurnakan penalti ke-4 menerusi bekas kapten mereka, Jakub Błaszczykowski.

Kredit juga kepada Rui Patricio kerana satu save yang sempurna.

2071

Portugal mara ke separuh akhir untuk menanti pemenang di antara Belgium atau Wales.

Verdict

Ia adalah perjalanan yang tanpa kemenangan sekali lagi untuk Portugal bagi permainan 90 minit.

Ia bukanlah perlawanan pertarungan taktikal sebenar. Kedua dua pasukan banyak bergantung kepada aspek teknikal iaitu individual brilliance.

Adakah ia kemenangan yang adil ?

Bagi saya, mana mana di antara kedua dua pasukan ini berhak menang selepas perlawanan yang agak intensif sederhana.

Namun kualiti Portugal memang sudah dijangka untuk memenangi penalty shootout. Ricardo Quaresma menjadi pemain simpanan yang paling efektif dalam kejohanan Eropah kali ini.

2000

Beliau meledak 2 gol dari bangku simpanan. 1 gol kemenangan penentuan masa tambahan menentang Croatia. Dan kali ini, penjaring gol kemenangan untuk penentuan penalti.

Man Of The Match

Renato Sanches –  Nampaknya, beliau adalah prospek besar Portugal selepas Figo dan Ronaldo. 18 tahun!

Portugal's Renato Sanches goes for the ball during the Euro 2016 Group F soccer match between Portugal and Iceland at the Geoffroy Guichard stadium in Saint-Etienne, France, Tuesday, June 14, 2016. (AP Photo/Laurent Cipriani)

Statistik

ta

Tahniah Portugal kerana meneruskan kemaraan !

The post Analisis Taktikal Piala Eropah: Portugal v Poland appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Portugal vs Poland: Lebih Daripada Tugas Ronaldo

Cristiano Ronaldo seringkali dikaitkan dengan one man show untuk Portugal sejak beberapa tahun yang lalu. Selepas turut bersama dengan era emas Luis Figo-Deco, Ronaldo boleh dikatakan bermain dengan pasukan yang sederhana.

Selain daripada falsafah bolasepak yang dilabel mini samba, di satu sisi lain, pasukan Portugal terus menjadi perhatian kerana adanya pemain bernama Ronaldo dalam pasukan ini.

Pemain yang dikelaskan antara pemain terbaik dalam generasi beliau, sedar akan tugas berat yang akan beliau pikul.

Dalam pusingan suku akhir pada Jumaat ini, ia bukan masa yang sesuai untuk Portugal menyerahkan nasib mereka di kaki lincah Ronaldo.

Portugal 2016

Santos percaya dengan adanya Ronaldo segalanya akan mustahil. Beliau juga yakin pemain yang sinonim dengan no.7 ini cukup bagus untuk membantu Portugal menjuarai kejohanan kali ini.

Walaubagaimanapun, kita semua tahu, bermain sebagai pasukan itu adalah faktor yang lebih kuat untuk membantu sesebuah pasukan untuk menang.

Harapan penyokong Portugal dan juga peminat Ronaldo adalah tidak mahu pemain itu menghabiskan karier beliau tanpa ada kejohanan major di peringkat nasional.

Entah di mana silapnya bolasepak Portugal selepas generasi emas mereka diratah Greece dengan cara cukup kejam dalam perlawanan akhir di bumi mereka sendiri pada 2004. Portugal cuma dipandang sebagai pasukan ‘Ronaldo’.

Pasukan paling tua

Mereka kali ini hadir sebagai pasukan ke-8 paling tua secara purata umur dengan 28 tahun dan 142 hari. Ia adalah statistik yang agak merisaukan.

porrrrrr

Pemain seperti Ricardo Carvalho masih menjadi pilihan utama Santos dalam berberapa perlawanan kebelakangan ini.

Ia mungkin gambaran kepada kekurangan pemain pertahanan muda yang berkaliber untuk posisi center back. Nama seperti Bruno Alves pun masih dibawa ke Paris.

Dengan taktikal Portugal yang berasaskan pressuring football, ia kekadang agak ‘seram sejuk’ untuk melihat pemain seperti Carvalho diarahkan bermain di medium line atau high line.

Malahan, Ricardo Quaresma sendiri masih mendapat kepercayaan besar daripada Fernando Santos berbanding dengan pemain muda yang lain.

Prospek

Apa yang melegakan penyokong Portugal ialah, dalam kejohanan Eropah kali ini Portugal tetap memiliki berberapa pemain muda yang berkualiti untuk memulakan era baru dalam bolasepak Portugal.

Antaranya, Joao Mario (24), Andre Gomez (22), Rafa Silva (23), Raphael Guerreiro (22),William Carvalho (24), dan Renato Sanchez (18).

Dalam pentas Piala Eropah kali ini pemain seperti Andre Gomez, Joao Mario dan Willian Carvalho kelihatan sudah sedia untuk misi yang lebih besar.

Berhadapan dengan Poland sudah pastilah bukan tugas mudah untuk Portugal. Ia adalah hari dimana prospek muda dalam pasukan Portugal melakukan sesuatu.

Perlu lebih baik

Mereka pada menamatkan peringkat kumpulan di tangga ke-3 walaupun pada pra kejohanan mereka dianggap berada dalam kumpulan paling mudah.

Isu yang harus mereka perbaiki adalah keyakinan dalam jiwa pemain muda mereka walaupun di hadapan mereka ada Ronaldo. Pemain seperti Ricardo Quaresma sudah menjalankan tugas untuk ‘membantu’ pasukan ini.

Beliau sudah meledak gol berdepan Croatia untuk membantu Portugal mara ke pusingan suku akhir. Jadi dalam pusingan seterusnya, ia adalah skrip berbeza.

Portugal harus memperbaiki banyak aspek dalam taktikal dan teknikal mereka untuk memenangi perlawanan.

Suku akhir menentang Poland

Ia adalah bukan misi Ronaldo seorang, ia adalah misi satu pasukan Portugal. Pemain perlu percaya akan kemampuan pasukan ini untuk pergi sejauh yang mungkin dalam kejohanan kali ini.

Ronaldo menyatakan, pasukan mereka bukan pasukan pilihan. Memang Portugal bukan pasukan pilihan, namun mereka tidak boleh lari daripada status pasukan tumpuan.

Adakah Portugal akan berjaya menewaskan Poland dalam perlawanan pertama suku akhir Piala Eropah 2016 ?

Baca juga: Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia

The post Portugal vs Poland: Lebih Daripada Tugas Ronaldo appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia

Presiden pengurusan liga Portugal dan Sepanyol telah membaut satu perjumpaan untuk membincangkan idea penggabungan liga yang dinamakan Liga Iberia, menurut laporan rasmi Liga Portugal.

Dalam laman webnya, Liga Portuguesa de Futebol Profissional (LPFP) melaporkan presiden Pedro Proenca telah berjumpa dengan rakan sejawatannya dari Sepanyol, Javier Tebas dari Liga de Fútbol Profesional (LFP).

Perjumpaan rasmi itu merupakan ‘langkah pertama’ bagi kedua-dua negara untuk menubuhkan liga bersama dalam masa 4 tahun.

liga-sepanyol-portugal-bergabung

LPFP bagaimanapun turut memberitahu media, liga sedia ada tidak akan digabungkan. Sebaliknya LPFP dan LFP mahu mewujudkan pertandingan liga baru.

Matlamat liga ini adalah untuk mendedahkan kelab Portugal ke audiens yang lebih besar. Ini sekaligus menambah pendapatan kelab.

Idea menghasilkan Liga Iberia sudah lama diutarakan.

Tetapi baru mula dibincangkan ketika Portugal dan Spain bergabung untuk memohon hak sebagai tuan rumah Piala Dunia 2018, yang akhirnya menjadi milik Russia.

Spain_and_Portugal_2018-2022_FIFA_World_Cup_bid_logo.svg

Untuk rekod, kejohanan Iberian Cup pernah diadakan untuk mencari pasukan terbaik dari Semenanjung Iberia. Tetapi ia telah berkubur.

Kali terakhir ia diadakan adalah pada 2005 apabila Vitória de Setúbal menewaskan Real Betis 2-1.

Media Sepanyol melaporkan Portugal lebih mahukan Liga Iberia diwujudkan. Sedangkan Sepanyol hanya mahukan kejohanan berbentuk piala diwujudkan.

Idea Liga Iberia nampak terlalu sukar untuk dilaksanakan memandangkan ada beberapa komplikasi terpaksa mereka hadapi dengan slot kelayakan UEFA Champions League dan Europa League.

Sebelum ini, presiden LFP, Javier Tebas pernah menyuarakan hasratnya untuk mengadakan perlawanan La Liga di luar negara untuk mempromosikan liga Sepanyol secara ‘agresif’ di peringkat global.

Baca juga: Kenali Pemain Baru Sporting Lisbon Dari Indonesia, Yang Juga Mangsa Tsunami 2004

The post Portugal Dan Sepanyol Sedang Bincang Penggabungan Liga, Dinamakan Liga Iberia appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA