Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM

Salah satu daripada calon presiden baharu FAM iaitu Tan Sri Annuar Musa telah menarik diri daripada bertanding sebagai presiden FAM.

Keputusan ini disahkan oleh beliau sendiri selepas mengadakan sidang media di Parlimen sebentar tadi – sumber Astro Awani.

Tiada desakan

Menurut Annuar sendiri, keputusan beliau menarik diri ini bukanlah atas desakan daripada mana-mana pihak.

“Tiada sebarang desakan daripada mana-mana pihak, ini keputusan saya sendiri.”

Tambah Annuar lagi, beliau akan meneruskan tugas beliau seperti biasa dengan jawatan yang ada sekarang dan tidak akan menerima sebarang posisi sebagai penasihat di FAM.

“Saya rasa tak perlu, saya akan lakukan tugas seperti biasa.”

“Bagi saya, FAM perlu bermula dari posisi yang betul.”

Elak berpuak

Keputusan Annuar untuk menarik diri daripada menjadi calon presiden FAM adalah kerana beliau tidak mahu situasi berpuak-puak wujud di dalam FAM.

“Tiada guna jika ada yang menang dan yang kalah.”

“Jika saya menang, akan ada yang kata saya ini menang kerana Khairy Jamaluddin. Tetapi jika pihak satu lagi (TMJ) menang pula akan timbul kelompok yang suka dan tak suka dengannya.”

“Itu satu perkara yang tidak baik untuk bola sepak.”

Penarikan diri Annuar sebagai calon presiden FAM menyaksikan pertandingan satu penjuru yang kini menyaksikan hanya Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang masih bertanding.

TMJ dijangka menang tanpa bertanding pada Kongres FAM ke-53 Sabtu ini.

Baca juga: Manifesto TMJ Sempena Pemilihan Presiden FAM: Bola Sepak Adalah Milik Rakyat

The post Tan Sri Annuar Musa Tarik Diri Bertanding Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Jadual Perlawanan Piala Presiden 2017

Sepak mula saingan bola sepak bawah 21 tahun negara, Piala Presiden akan membuka tirai saingan pada 23 Februari 2017 (Khamis) akan datang. 20 pasukan akan bersaing merebut gelaran juara edisi ke 31 ini. 20 pasukan ini telah diundi dalam 2 kumpulan di mana kedua-dua kumpulan mengandungi 10 pasukan. 4 pasukan teratas kumpulan masing-masing akan melangkah ke peringkat suku akhir Piala Presiden 2017 akan datang. Saingan Piala Presiden 2017 ini pastinya adalah antara medan untuk mencungkil pemain-pemain muda berpotensi untuk diserapkan dalam pasukan senior negeri atau kelab masing-masing. Selain itu juga, pemain-pemain yang berbakat besar juga berpotensi diserapkan dalam kem pasukan kebangsaan bawah umur 22 tahun.

Bual Sukan percaya, Ketua Jurulatih pasukan-pasukan yang bersaing pastinya akan mencurahkan segala ilmu untuk pemain-pemain muda ini untuk melangkah lebih jauh di masa akan datang. Saingan edisi kali ini juga pastinya sengit dan setiap perlawanan yang dihadapi pastinya akan memberikan permainan terbaik masing-masing untuk mencatat kemenangan. Berikut adalah Jadual Perlawanan Piala Presiden 2017 akan datang :

PERLAWANAN PERTAMA
23 Februari 2017 (Khamis)
Kumpulan A
Johor Darul Ta’zim III lwn Kelantan
Kedah lwn Pulau Pinang
Terengganu lwn PDRM FA
Sarawak lwn Felda United
Melaka lwn UiTM FC

Kumpulan B
Selangor lwn TTeam
Pahang lwn Negeri Sembilan
Perak lwn PKNS FC
Sabah lwn PKNP FC
ATM FA lwn Kuala Lumpur

PERLAWANAN KEDUA
2 Mac 2017 (Khamis)
Kumpulan A
Kelantan lwn Kedah
UiTM FC lwn Johor Darul Ta’zim III 
Pulau Pinang lwn Terengganu
PDRM FA lwn Sarawak
Felda United lwn Melaka

Kumpulan B
TTeam lwn Pahang
Kuala Lumpur lwn Selangor
Negeri Sembilan lwn Perak
PKNS FC lwn Sabah
PKNP FC lwn ATM FA

PERLAWANAN KETIGA
9 Mac 2017 (Khamis)
Kumpulan A
Terengganu lwn Kelantan
Kedah lwn Johor Darul Ta’zim III
Sarawak lwn Pulau Pinang
Melaka lwn PDRM FA
Felda United lwn UiTM FC

Kumpulan B
Perak lwn TTeam
Pahang lwn Selangor
Sabah lwn Negeri Sembilan
ATM FA lwn PKNS FC
PKNP FC lwn Kuala Lumpur

PERLAWANAN KEEMPAT
30 Mac 2017 (Khamis)
Kumpulan A
Johor Darul Ta’zim III lwn Terengganu
UiTM FC lwn Kedah
Pulau Pinang lwn Melaka
PDRM FA lwn Felda United
Kumpulan B
Sabah lwn TTeam 
Selangor lwn Perak
Kuala Lumpur lwn Pahang
Negeri Sembilan lwn ATM FA
PKNS FC lwn PKNP FC 

31 Mac 2017 (Jumaat)
Kumpulan A
Kelantan lwn Sarawak 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

Presiden FAP Tegaskan Tak Mahu Lepas Jawatan, Terima Ugutan Bunuh

Presiden FAP, Zairil Khir Johari menegaskan beliau tidak akan berundur dari jawatan Presiden FAP seperti yang didesak penyokong Pulau Pinang.

Menurut laporan Berita Harian, Zairil berkata beliau mahu barisan kepimpinan beliau diberi peluang untuk menunjukkan kebolehan mereka sebagai pemimpin FAP.

Terima ugutan bunuh

Dalam masa yang sama, Zairil juga memberitahu yang beliau dan beberapa individu dalam FAP menerima ugutan bunuh.

Beliau juga berkata ugutan bunuh itu tidak ditujkan kepada beliau sahaja. Bahkan ditujukan kepada jurulatih Ashley Westwood dan juga para pemain.

Menurut Zairil, beliau sudah pun melakukan laporan polis mengenai ugutan tersebut.

Hasil dari ugutan tersebut, Zairil berkata pihak FAP akan mengambil kira pendapat penyokong yang konstruktif dan membina manakala komen berbentuk ugutan dan negatif akan diserahkan kepada pihak polis.

“Justeru, FAP berpendirian untuk ambil kira semua komen dan pandangan dikemukakan penyokong kepada FAP, termasuk komen yang konstruktif dan sebaliknya. Setiap komen berunsur ugutan juga akan diserahkan kepada pihak polis.”

Tersilap dengar

Semalam kami ada melaporkan yang penjaga gol Pulau Pinang iaitu Sani Anuar Kamsani bakal disingkirkan dari skuad Pulau Pinang akibat tuduhan atur perlawanan.

Menurut sumber dalaman FAP, insiden berikut tidak benar kerana beliau dipanggil badan disiplin FAP bukan kerana isu atur perlawanan sebaliknya Sani mengalami sedikit pertengkaran bersama Westwood.

Pertengkaran yang berlaku akibat salah faham ketika latihan telah memaksa Sani dan Westwood dipanggil pihak atasan untuk menjelaskan isu sebenar.

Westwood bagaimana pun telah diberikan amaran untuk meningkatkan prestasi pasukan dalam perlawanan seterusnya ketika menentang Melaka United.

Jika gagal, nasib beliau bersama pasukan mungkin tidak sampai 11 perlawanan seperti yang ditetapkan FAP.

Sementara Sani pula tidak akan dibuang dari pasukan Pulau Pinang.

Baca juga: Ranking Liga Malaysia Naik Dalam Ranking AFC, Hampir Dapat Slot Automatik ACL

The post Presiden FAP Tegaskan Tak Mahu Lepas Jawatan, Terima Ugutan Bunuh appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

FA Selangor Nyatakan Sokongan Terhadap TMJ Untuk Jadi Presiden FAM

FA Selangor (FAS) baru-baru ini menyatakan sokongan terhadap Tunku Mahkota Johor untuk menjadi Presiden FAM menjelang pemilihan kerusi tersebut – penghujung Mac ini.

FAS menurut presidennya iaitu Datuk Subahan Kamal berkata FAS memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada TMJ untuk menerajui FAM.

Yakin dengan TMJ

Subahan berkata FAS yakin untuk memilih TMJ kerana beliau adalah seorang individu yang boleh mengubah landskap bola sepak negara.

“TMJ adalah individu yang tepat kerana masih muda serta berani dalam memperjuangkan bola sepak yang terbukti dengan kecemerlangan pasukan JDT.”

Subahan bagaimana pun memberitahu Sinar Harian yang kebolehan pencabar TMJ iaitu Tan Sri Annuar Musa tidak boleh dipandang enteng.

“Kita tak boleh pandang sepi kebolehan Annuar Musa. Beliau telah menjadi individu yang mengubah bola sepak Kelantan sementara TMJ pula mengubah bola sepak Johor.”

Tak ambil elaun

Subahan yang dalam masa yang sama merupakan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia dan juga calon Timbalan Presiden FAM berkata beliau tidak akan menerima sebarang wang elaun sekiranya menjadi orang nombor 2 di FAM.

Sebaliknya beliau hanya akan fokus untuk mencari dana untuk sukan tersebut sahaja.

Saya tidak akan jadi yes man dan akan pastikan kebajikan persatuan negeri diperjuangkan. Semua pihak perlu tahu tanpa anggota gabungan, tiadalah FAM.”

“Sebelum ini, FAM hanya menunggu presiden bekerja. Perkara ini perlu berubah kerana timbalan presiden, naib presiden juga perlu bekerja dan berusaha mendapatkan dana.”

Baca juga: Merzagua Abderrazak Bakal Kembali Terajui Pulau Pinang?

The post FA Selangor Nyatakan Sokongan Terhadap TMJ Untuk Jadi Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Bola Sepak : Perebutan Kerusi Panas Presiden FAM

Perebutan kerusi panas selaku Presiden baru Persatuan Bola Sepak Malaysia atau FAM bakal menyaksikan pertembungan 1 lawan 1 di antara 2 tokoh iaitu penaung pasukan Johor Darul Ta’zim, DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor yang bakal berdepan saingan Tan Sri Anuar Musa bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA). Pemilihan tampuk kepimpinan baru FAM akan berlangsung pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53 dijadualkan 25 Mac 2017 akan datang. Pemenang jawatan ini bakal menggantikan DYTM Tengku Abdullah Sultan Haji Ahmad Shah Pemangku Sultan Pahang sebagai Presiden FAM. 2 calon yang sebelum ini turut disebut sebagai calon Presiden FAM iatu, Encik Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang juga Menteri Belia dan Sukan serta Tan Sri Aseh Che Mat yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri menarik diri pada pemilihan kali ini.


Walaupun calon pilihan utama untuk kerusi panas ini adalah DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim Tunku Mahkota Johor, namun begitu saingan Tan Sri Anuar Musa bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak harus diketepikan. Bual Sukan percaya, siapa pun presiden yang dipilih oleh ahli gabungan kelak mampu memberikan hala tuju bola sepak negara dengan lebih fokus, jelas dan terancang bagi memastikan martabat sukan bola sepak negara mampu kembali menyinar di peringkat yang lebih baik. Semoga Ahli Gabungan membuat pemilihan calon Presiden FAM yang tepat pada Kongres Pemilihan FAM Ke-53 akan datang. 

Sukan Malaysia dan Antarabangsa

TMJ Akan Ditentang Tan Sri Annuar Musa Untuk Jawatan Presiden FAM

Pemilihan presiden FAM akan ditentukan oleh saingan 2 penjuru selepas waktu untuk mendaftar sebagai calon tamat jam 5.30 petang tadi.

TMJ yang merupakan penaung JDT dan bekas presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa akan bertarung dalam pertandingan 1 lawan 1 untuk merebut jawatan panas kerusi presiden FAM.

Gambar: Free Malaysia Today

Pemilihan presiden FAM ini menurut sumber Arena Harimau Malaysia, 2 lagi calon yang disebut-sebut untuk bertanding iaitu Menteri Belia & Sukan iaitu Khairy Jamaluddin dan juga bekas pengerusi Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat menarik diri daripada bertanding.

Khairy dikatakan telah “menepati janji” beliau selepas beliau berkata akan menarik diri daripada bertanding jawatan presiden FAM sekiranya TMJ masuk untuk bertanding.

TMJ dan Tan Sri Annuar Musa akan bertanding untuk jawatan presiden FAM pada bulan Mac ini dan ia akan diundi oleh ahli-ahli gabungan FAM dalam kongress FAM yang berlangsung pada 25 Mac 2017.

Selain itu juga, untuk jawatan lain seperti Timbalan Presiden FAM ia akan ditandingi oleh 4 orang calon.

Manakala 9 calon akan merebut jawatan naib presiden FAM dan 17 calon untuk exco lelaki dan 7 exco wanita.

Siapa yang akan memimpin bola sepak Malaysia? TMJ atau Annuar Musa?

Baca juga: Khairy Jamaludin Umum Tidak Bertanding Jawatan Presiden FAM

The post TMJ Akan Ditentang Tan Sri Annuar Musa Untuk Jawatan Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

8 Senarai Semak Untuk Tan Sri Annuar Musa Jika Mahu Menjadi Presiden FAM

Memandangkan Tan Sri Anuar Musa dengan terbuka menawarkan dirinya untuk mejadi Presiden FAM.

Saya terpanggil untuk mengingatkan 8 senarai semak yang perlu dibuat oleh presiden FAM yang baru pada Mac 2017 akan datang.

Tidak kisahlah sama ada bakal Presiden itu adalah Tan Sri Annuar Musa ataupun orang lain. Namun kami memberikan fokus kepada Tan Sri Annuar Musa kerana beliau nampak benar-benar mahukan kerusi ini.

Untuk pengetahuan semua, senarai semak ini disediakan oleh Rizal Hashim dalam kolum FourFourTwo Malaysia edisi Januari 2017.

8 Senarai Semak

1. Melantik firma audit profesional untuk mencadangkan penstrukturan. Perlunya kajian semula dan rombakan bahagian sekretariat FAM.

Jika bakal Presiden bersedia untuk melakukan senarai #1 ini bermakna beliau ada keberanian untuk mengubah dan membawa FAM kepada era perubahan.

Sebaliknya, jika Tan Sri Annuar Musa tidak mahu melakukan senarai semak #1 ini, ibarat tiada bezanya kita letak tunggul kayu untuk menjadi presiden.

2. Korek semula isi-isi penting dalam buku ‘Football Management’ tulisan mendiang Datuk Paul Mony Samuel (gambar). Seterunsya sila baca slaid powerpoint ‘Road Map’ tulisan Robert Alberts.

Jangan lupa juga, baca semula laporan Seminar Bola Sepak Kebangsaan 1999 dan laporan lawatan sambil belajar oleh FAM ke Jepun pada 1999.

Ambil mana-mana isi yang bagus dan relevan lalu tambah apa yang patut ke dalam blueprint pembangunan bola sepak negara yang disediakan oleh Fritz Schmid.

3. Lantik Setiausaha Agung FAM yang baru. Paling ideal adalah calon dari golongan Gen-Y. Mereka seharusnya ada latar belakang undang-undang yang kuat dan bebas daripada motif politik.

4. Tubuhkan sebuah kounsel sebagai watchdog kepada sekretariat FAM. Cadangan keahlian kounsel ini diberikan kepada pakar penjenamaan, sifu media dan pakar pengurusan syarikat.

Kounsel ini akan menjadi titik rujukan (think tank) utama untuk presiden.

5. Presiden baru perlu ada inisiatif untuk mendraf kurikulum kebangsaan yang akan mengajar semua pelajar sekolah (dari peringkat awal) tentang DNA bola sepak Malaysia.

Input kurikulum mestilah meliputi input daripada jurulatih bola sepak. Kalau susah sangat,  ambil (adopt) sahaja DNA bola sepak Malaysia yang dicadangkan oleh NFDP.

(Sumber: NFDP Malaysia – PPBN)

6. Menerapkan struktur profesional dalam skuad kebangsaan. Tidak mahu ada isu carca merba dan tunggang langgang dalam semua bidang kerja.

7. Memastikan setiap ahli gabungan FAM yang tidak ada akademi akar umbi untuk mengadaptasi projek NFDP yang kini sedang diusahakan oleh Safirul Abu Bakar.

8. Mewajibkan setiap ahli gabungan FAM untuk mewujudkan marketing team sendiri.

Marketing team ini bertugas untuk memastikan kelab dapat memberikan pulangan hasil perlaburan ataupu ROI (Return On Investment) kepada penaja.

Ya Atau Tidak?

Sekarang saya nak bertanya kepada mana-mana individu yang mahu jadi presiden FAM. Bolehkah anda melaksanakan 8 senarai semak ini?

Jika ya, kami dengan terbuka menyokong anda sebagai Presiden baru FAM.

Baca juga : 10 Peristiwa ‘Awesome’ & Memalukan Yang Berlaku Di Liga Malaysia Sepanjang 2016

The post 8 Senarai Semak Untuk Tan Sri Annuar Musa Jika Mahu Menjadi Presiden FAM appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Jika Tak Jadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Mungkin Sudah Jadi Pemilik Rangers

Sejak akhir-akhir ini topik yang cukup hangat di luar dunia bola sepak adalah mengenai pilihan raya di Amerika Syarikat.

Bukan saja di Amerika Syarikat, bahkan seluruh dunia juga tertanya-tanya siapa yang akan menjadi presiden ke-45 negara tersebut antara Donald Trump dan Hillary Clinton.

Pilihan raya itu bagaimana pun dimenangi oleh Trump dengan kemenangan selesa 276 berbalas 218.

Namun begitu, apa kaitan Trump dengan cerita di laman Semuanya BOLA ini?

Mahu beli Rangers

Cerita ini sebenarnya sudah lama terjadi, namun secara tiba-tiba ia menjadi cerita hangat terutamanya di Scotland.

Akhbar Daily Record mendedahkan Trump pernah mempunyai perancangan untuk membeli Rangers satu ketika dahulu.

Donald Trump

Tujuan pembelian sedemikian adalah sebahagian daripada usaha untuk menyelamatkan Rangers daripada mengalami bangkrap pada 2012.

Pada 2012, Rangers pernah mengalami masalah kewangan hasil kegagalan pengurusan wang yang baik oleh pengurusan kelab yang mengheret mereka kepada jumlah hutang yang terlalu banyak.

Oleh kerana tiada yang tampil menyelamatkan kelab, Rangers diisytihar bangkrap dan terpaksa bermula semula dari divisyen 4 sebelum kembali semula ke divisyen 1 musim ini.

Usaha Trump itu bukan main-main. Pada waktu itu, Trump sangat serius mahu membeli Rangers.

Walaupun serius mahu mendapatkan Rangers, Trump bagaimana pun mematikan hasrat beliau.

“Saya memang serius mengenai tindakan ini namun pada akhirnya saya berhenti mahu dapatkan Rangers.”

“Ya benar Rangers adalah sebuah kelab yang baik dan besar. Namun bila saya fikir balik keinginan saya untuk dapatkan Rangers ini macam tindakan yang sia-sia.”

Walaupun tidak jadi membeli Rangers, Trump ketika itu berharap ada yang akan hadir menyelamatkan kelab Scotland itu.

rangers trophy

Darah Scotland

Pasti ada yang tertanya, kenapa Trump berminat untuk dapatkan Rangers?

Beliau adalah ahli perniagaan yang mempunyai berbilion wang dan rasanya lebih baik beliau cuba miliki kelab-kelab sukan di Amerika Syarikat sahaja ataupun menjadi pemilik kelab bola sepak utama di Eropah seperti di England misalnya.

Semuanya adalah kerana Trump sebenarnya mempunyai darah Scotland dalam dirinya.

Ibu Trump merupakan seorang warga Scotland yang lahir di Lewis, Scotland sementara ayahnya pula mempunyai darah Jerman.

Mereka bertemu dan kemudiannya berpindah ke New York, dan akhirnya Trump lahir di New York pada tahun 1946.

Oleh kerana mempunyai pertalian dengan Scotland dikatakan sebagai sebab utama mengapa beliau berminat untuk memiliki Rangers.

Sekarang ini kami terfikir, jika Trump menjadi pemilik Rangers sekarang ini. Siapa pula yang akan jadi presiden Amerika Syarikat sekarang?

Jawab soalan trivia bola sepak dan menang!

photo518307488277309561-1

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola bakal menawarkan hadiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan yang tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini? Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan nantikan tarikh 15 November 2016. Tunggu!

Baca juga: Sadio Mane: Daripada Bermain Bola Sepak Di Jalanan Senegal Ke Bintang Premier League

The post Jika Tak Jadi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Mungkin Sudah Jadi Pemilik Rangers appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

Incoming search terms:

Presiden AC Milan Sahkan Penjualan Kelab!

Kenyataan Berlusconi

Presiden Milan, Silvio Berlusconi, mengesahkan bahawa beliau akan menjual kelab juara Eropah tujuh kali, AC Milan kepada pelabur dari China.

Beliau juga dijangka menerima €400 juta dalam tempoh dua tahun akan datang.
Berlusconi, yang membeli kelab itu pada tahun 1986 menyatakan bahawa beliau telah berunding lebih setahun untuk perkara itu melibatkan pelbagai pihak.

Kini beliau benar benar yakin bahawa perjanjian itu adalah muktamad. Beliau membuat kenyataan selepas keluar dari hospital pada Selasa, selepas berjaya menjalani pembedahan jantung.

Menurut beliau;

“Saya melalui tempoh 26 tahun yang kemudiannya menjadi 30 tahun di sini.”

“Kebimbangan saya memuncak dalam tempoh empat tahun yang lalu kerana saya gagal untuk melakukan perkara-perkara sepertimana yang pernah saya lakukan pada masa lalu,”

“Saya perlu membuat keputusan yang sangat penting.”

“Saya mahu menyerahkan AC Milan kepada orang yang boleh menjadikan kelab ini sekali lagi menjadi kuasa utama, bukan sahaja di Itali malah di Eropah dan dunia.”

“Terdapat satu komitmen daripada pelabur baru untuk membayar €400 juta dalam tempoh dua tahun akan datang.”

“Saya menjual kelab ini kepada orang yang boleh membawa AC Milan kembali ke tempat selayaknya ia berada.”

Milan Akan Bangkit

Milan, dilaporkan mengalami kerugian sebanyak €93.5 juta pada tahun lepas.

Mereka baru sahaja melantik Vincenzo Montella sebagai jurulatih baru mereka.

Milan menduduki tempat ketujuh dalam liga Itali musim lepas dan gagal layak ke mana mana slot Eropah untuk 3 tahun berturut-turut.
Robin Li, pengasas enjin carian Baidu dan disenaraikan sebagai orang keenam terkaya di China telah mengetuai konsortium tersebut dan akan membeli 70% saham kelab itu.

Jika selesai, mereka akan menjadi kumpulan pelabur terbaru dari China untuk membeli pegangan dalam kelab Eropah.

Pada bulan Disember, syarikat induk Manchester City City Football Group telah mengumumkan pelaburan $ 400 juta dari sebuah konsortium China, CMC.

Manakala kumpulan hartanah Dalian Wanda membeli kepentingan 20% di Atlético Madrid tahun lepas.

Apsirasi Penyokong 


Adakah ini berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat AC Milan di seluruh dunia, tidak lupa juga di Malaysia?

AC Milan menerima tekanan teruk daripada bebanan hutang dan masalah kewangan kelab.

Mereka cuma mampu menandatangani bintang-bintang veteran dan bukannya marquee signing.

Banyak perjanjian pinjaman dibuat dan juga penjualan pemain ke kelab lain kerana mahu mengelakkan masalah pembayaran gaji.

Perjanjian ini diharap akan membolehkan Milan bersaing sekali lagi di pasaran perpindahan dan membentuk pasukan yang kuat.

Uploading…

The post Presiden AC Milan Sahkan Penjualan Kelab! appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA

700 Komen Negatif Dalam Masa 30 Minit, Perlantikan Presiden Baru KFA Diprotes Penyokong Kedah

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang baru, YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah mempunyai tugas berat untuk memenangi hati penyokong Kedah.

Ini kerana rata-rata penyokong Kedah memberikan reaksi negatif kepada berita perlantikan rasminya sebagai presiden KFA di laman Facebook rasmi Kedah FA.

Mengikut tinjauan kami, gambar YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah Md. Hanipah yang sedang memakai blazer KFA menerima lebih 700 komen negatif hanya dalam masa 30 minit.

Selain meluahkan protes mereka dengan emoji ‘muntah’, penyokong Kedah juga membangkitkan isu Ahmad Bashah yang tidur ketika ucapan Sultan Kedah dan sokongan mereka kepada mantan presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

bashah1

Selain itu, ada juga beberapa penyokong Kedah yang memuat naik semula status Ultras Kedah 2009 yang mendedahkan cubaan gagal Ahmad Bashah untuk berdamai dengan penyokong Kedah.

bashah2

Dalam laman Facebook rasmi mereka, Ultras Kedah menjelaskan mereka ‘tak pandai berdamai’ dengan presiden KFA baru, sambil menyuruh beliau untuk ‘berdamai dengan orang lain’.

Kalau bak berdamai, berdamai lah dgn org lain, kami tak pandai nak berdamai. Yg kami tau kami syg negeri kami ja. Kalau…

Posted by Ultras Kedah 2009 – UK09 on Wednesday, March 23, 2016

Sebagai rekod, Ahmad Bashah dilantik sebagai presiden baru KFA selepas perletakan jawatan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah pada 3 Februari 2016 yang lepas.

Dengan perletakan jawatan Mukhriz sebagai menteri besar, kerusi presiden KFA telah dikosongkan untuk diisi oleh menteri besar baru, iaitu Ahmad Bashah.

Dalam Liga Super, Kedah sedang berada di tangga ke-6 liga, 5 mata di belakang JDT selaku pendahulu liga.

Baca juga: Pemain Import Kedah Ini Melakukan Apa Yang Tak Mampu Dilakukan Oleh Pengadil

The post 700 Komen Negatif Dalam Masa 30 Minit, Perlantikan Presiden Baru KFA Diprotes Penyokong Kedah appeared first on Semuanya BOLA.

Semuanya BOLA